2DAYBLOGGER-BLOG BERITA SEMASA ONLINE !

Rehat Tidak Cukup Punca Kesihatan Diana Danielle Terganggu
PETALING JAYA: Pelakon jelita Diana Danielle (Diana) berkata keadaan kesihatannya yang tidak begitu stabil kebelakangan ini bukan disebabkan oleh dakwaan kononnya dia sedang sakit.

Sebaliknya Diana berkata ia berpunca daripada waktu rehat tidak menentu yang dilaluinya sejak kebelakangan ini.

“Saya akui tahap kesihatan saya tidak menentu kebelakangan ini. Ia berpunca daripada waktu tidur yang tidak tentu masa.

“Saya sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja menyebabkan rehat dan tidur juga tidak cukup,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.

Kekasih kepada aktor Farid Kamil ini berkata, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah sikapnya yang tidak suka mendapatkan rawatan doktor atau mengambil ubat.

“Masalahnya ialah sikap saya yang tidak mengambil berat kesihatan sendiri. Saya tidak suka berjumpa doktor atau ambil ubat melainkan apabila keadaan bertambah teruk.

“Sekarang pun saya sedang demam selesema sejak dua hari lalu dan masih keberatan untuk jumpa doktor, walaupun sudah didesak beberapa kali oleh Farid,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana berkata dia bakal terlibat dalam filem animasi tempatan terbaru berjudul Supertots The Movie bermula minggu hadapan.

“Saya akan memainkan salah satu watak utama bernama Elly dalam animasi itu. Proses memasukkan suara akan bermula pada minggu depan bersama pelakon-pelakon lain seperti Aaron Aziz, Dafi dan Radhi Khalid,” katanya.

Filem animasi futuristik arahan Naa Murad itu berkisar tentang lima kanak-kanak yang cuba menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing. Ia dijangka ditayangkan di pawagam pada 2013.

Bongkar Rahsia Cinta Lisa Surihani, Yusry Di Astro Malam Ini
PETALING JAYA: Bersempena dengan majlis Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) dan Lisa Surihani pada Khamis lalu, Astro akan memaparkan sebuah dokumentari eksklusif sebanyak dua episod bagi menjejaki kisah cinta pasangan itu sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jenjang pelamin.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, istimewanya dokumentari ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan Yusry dan Lisa yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak.

“Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

“Episod satu yang akan disiarkan pada Sabtu (hari ini) pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan,” katanya.

Antara kenalan Yusry dan Lisa yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah adik-beradik Yusry iaitu Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibu bapa termasuk temu bual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang. Selain itu temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay dan Erra Fazira.

Bagi episod dua pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, ia mengenai upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temu bual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsi bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka.

Pada satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104.

Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed pada malam Khamis lalu dan Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

GAMBAR MAJLIS MANDI BUNGA, BERINAI DAN KHATAM AL-QURAN LISA SURIHANI
Tinggal satu hari saja lagi, Lisa Surihani bakal di Ijabkabulkan dengan pasangannya, Yusry KRU.Umum dah ketahui bahawa Lisa Surihani akan adakan Majlis Bersiram[Mandi Bunga], berinai dan Khatam Al-Quran sebelum Majlis Perkahwinannya..

Acara Bersiram

Upacara Khatam Al-Quran

Berinai bersama Teman Teman rapat

AHMAD IDHAM DIDAKWA HINA ISLAM DALAM FILEM ‘APA CELOP’
KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan drama popular, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak mendakwa drama bersiri terbaru arahannya iaitu Apa Celop menghina agama Islam.

Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, Subanallahdan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop.

“Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih,” ujarnya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Ahmad Idham mengulas pendapat sesetengah pihak menerusi beberapa laman sosial yang menuduhnya mempersendakan agama Islam apabila kalimah Allah diungkapkan oleh pelakon yang membawa watak mat rempit dalam drama bersiri tersebut.

Apa Celop menemui penonton TV3 pada setiap Isnin dan telah memulakan siaran pertamanya pada 20 Februari lalu.

Dalam pada itu, Idham berkata, masyarakat sepatutnya melihat perkara itu sebagai kebaikan dan cara membudayakan elemen Islam yang semakin jauh daripada masyarakat terutamanya golongan belia.

Dia sebenarnya sengaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut secara kerap dalamApa Celop kerana ingin mendidik golongan belia dan kanak-kanak bahawa ada cara sebenar untuk menyatakan sesuatu mengikut ajaran Islam.

“Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim dan sebagainya.

“Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam,” katanya.

Drama bersiri 13 episod tersebut merupakan cetusan idea Idham yang bertindak sebagai pengarahnya manakala skrip ditulis oleh Meor Shariman.

Ia memaparkan pelbagai dilema dan masalah pelumba-pelumba haram yang menjalani kehidupan mereka di Kuala Lumpur.

GADIS 17 TAHUN NURUL ZAKIAH HILANG PADA HARI KEKASIH DENGAN LELAKI PAKISTAN
KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.

Shila Amzah Bakal Kahwin Tiga Tahun Lagi Dengan Kekasihnya
Aura penyanyi muda, Shila Amzah kini semakin menyinari industri hiburan dengan keupayaan vokal yang mampu memukau pendengarnya.Persembahan hebat ketika menyertai pertandingan nyanyian realiti, One In A Million musim kedua, berjaya mengangkat namanya.

Terbaru, penyanyi ini bakal mewarnai industri lakonan melalui percubaan pertamanya dalam telefilem, Patah Seribu, yang akan ditayangkan, 23 Februari, 9 malam di saluran Astro Ria.

Menurutnya, sejak pembabitannya dalam industri hiburan, dia tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.“Saya tiada pengalaman memang tidak pernah berlakon. Pada awalnya saya sendiri tidak yakin untuk melakukannya. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar pengarah, Micheal Ang, saya dapat lakukannya dengan baik.

“Saya turut bersetuju berlakon dalam telefilem ini kerana sudah mengenali Micheal Ang sebelum ini dan tidak mengalami masalah menjalinkan kerjasama dengannya,” katanya.Sementara itu, Shila berkata, bergandingan bersama kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dalam telefilem itu tidak memberi masalah kepadanya. Malah setiap babak diberikan dapat dilakukan dengan baik.

Semasa penggambaran itu, mereka masih belum mempunyai hubungan, Shila bagaimanapun tidak menafikan ketika itu, mereka dalam proses mengenali hati budi.”Masa itu kami. Soal peribadi tidak perlu dicampuradukkan. Malah jika digandingkan lagi, tiada jadi masalah buat kami,” kata Shila yang semakin selesa bersama buah hatinya itu.

Shila yang juga merupakan pencipta lagu, Patah Seribu, menyatakan dia amat bangga dan teruja apabila karyanya diangkat menjadi sebuah drama oleh pengarah ternama seperti Micheal Ang. “Saya berasa bertuah kerana tidak ramai penulis lirik dan komposer menerima peluang yang sama dan saya juga tidak sabar menerima respons daripada penonton terhadap lakonan pertama ini.

Kisah percintaan

Kisah percintaannya dengan Sharnaaz, kini semakin mendapat perhatian.Menurut Shila, hubungan mereka masih dalam proses mengenali hati budi. Apabila ditanya mengenai perkahwinan, penyanyi yang berumur 22 tahun ini menyatakan, mereka tidak mahu terburu-buru memikirkan soal itu kerana alam perkahwinan bukanlah perkara mudah.

“Buat masa ini kami beri ruang kepada karier masing-masing memandangkan saya dan Sharnaaz masih lagi baru dalam industri ini.“Jika semuanya sudah stabil dan kukuh, dengan berkat doa peminat dan keluarga, kami akan ke alam itu sebelum Sharnaaz mencecah umur 30 tahun dan saya pada usia 25 tahun,” katanya.

Sedia terima kritikan

Sudah menjadi lumrah bagi seseorang selebriti dihimpit kontroversi. Tidak terlepas daripada perkara sama, Shila juga sering kali dikritik apabila hubungannya dengan Sharnaaz mendapat reaksi negatif daripada segelintir pihak. Paling ketara apabila kemesraannya bersama Sharnaaz dipertikaikan.

Tidak mudah melenting, Shila berkata, dia sedia terima apa saja kritikan selagi tidak menjejaskan karier seninya.

“Bagi saya, semua pihak ada hak untuk bersuara bukannya saya tidak kesah dengan kritikan ini, tapi saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Sebagai seorang selebriti saya telah bersedia menerima apa jua dugaan yang mendatang asalkan saya tahu siapa diri saya yang sebenar.

“Setakat ini saya perlu menghargai sokongan peminat yang sentiasa memberi sokongan dan galakan terhadap kerjaya dan kehidupan saya dengan membuktikan keupayaan dalam setiap bidang yang saya ceburi,” katanya.

IBU MATI DITETAK ANAK LELAKI DENGAN PARANG
SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini tengah hari Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A’inshon Abdul Rahman ,60, dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan mangsa dan suspek sahaja.

Katanya pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah berkenaan.

“Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok (parang) perak di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Zakaria berkata siasatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih dadah dan turut mengalami sedikit masalah mental yang memerlukannya mengambil ubat-ubatan termasuk ubat penenang secara berkala.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

“Setakat ini kami belum masih menemu bual suspek sebab apa tetak mak dia, sama ada berlaku pertengkaran nak duit atau sebaliknya kita tidak tahu, semuanya masih dalam proses siasatan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran mangsa Maznan Omar, 48, berkata dia pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan adik lelakinya yang kebetulan melalui rumah mangsa bahawa dia melihat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bahagian dapur.

“Semasa saya sampai di rumah mangsa, saya tengok mangsa telah meninggal dunia dan anak lelaki dia pun tak ada. Saya lihat ada ikan dan sayur-sayuran, mungkin mangsa pada waktu itu nak masak makan tengah hari. Selepas itu, saya pergi ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis,” katanya.

Seorang lagi jiran, Fazilah Hussein, 27, berkata dia tidak mendengar sebarang bunyi bising yang menunjukkan berlaku pertengkaran dari rumah mangsa.

Katanya mangsa merupakan nenek saudaranya dan sebelum kejadian itu, mangsa telah pergi menoreh getah.

“Hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah memandangkan adik-beradik lain tinggal berasingan dan anak lelakinya ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kami susah nak nampak anak dia ini sebab suka duduk dalam bilik sahaja,” katanya.BERNAMA

WANITA INI MATI SELEPAS DI SUNTIK UNTUK BESARKAN PUNGGUNG
PHILADELPHIA - Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat kelmarin.

Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn.

Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung.

Pada Isnin lalu, salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan.

Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul.

Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia kelmarin.

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan.

Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut.

Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet. – Agensi

LISA SURIHANI MANDI BUNGA UNTUK KEKAL CANTIK & BERSERI?
TINGGAL beberapa malam sebelum berkongsi kamar bersama lelaki bergelar suami, si darah manis Lisa Surihani tidak sepi dihambat debar. Pelik dan ironinya, bukan pemilik badan yang ketar menghitung hari. Debar itu sebaliknya ditimbulkan orang sekeliling, teman-teman rapat serta setiap orang datang bertanya, hanya soalan itu yang disuakan ke benaknya.

Bertemu seketika pada malam gala Cinta Kura-Kura terbitan syarikat milik adik-beradik bakal suaminya, KRU Studio’s, Lisa dibidik soalan yang sama. Jawapan Lisa memberikan gambaran, bahawa jiwanya sedang lebar terbuka. Permaidani ke gerbang hidup bersuami sudah terhampar megah menantikan detik bergelar isteri kepada Yusry.

Memilih untuk diijabkabul pada pagi Khamis, 23 Februari, mereka memilih Hotel Marriott, Putrajaya sebagai lokasi memeterai janji. Selang dua hari kemudian, Lisa dan Yusry akan beralih ke Pusat Konvensyen Putrajaya untuk majlis resepsi kedua-dua belah pihak.

Bagi Lisa sendiri, hatinya sudah bulat tetapi sebelum bertaut kucupan di dahi, dia dan Yusry harus mengelak daripada bersemuka. Mereka memilih untuk berpisah sementara.

SENSASI BINTANG: Kenapa harus ada tempoh berpisah?

LISA SURIHANI: Mungkin untuk kumpul rindu agaknya tapi saya cuma ikut pesan dan amalan orang-orang tua, pesan ibu saya. Kami sudah tidak bertemu sejak 10 Februari, Yusry mula-mula agak pelik dengan amalan sebegini, tapi dia okey lagipun ini bukannya satu paksaan cuma ada baiknya juga.

Bila cakap pasal hari akad nikah, apakah perkara pertama yang terlintas pada fikiran awak?

Sebenarnya perkara itu datang semasa hari rombongan keluarga Yusry datang menghantar tanda lagi, saya teringatkan arwah bapa. Dia tiada bersama kami untuk melihat satu-satunya anak perempuannya yang akan berkahwin.

LISA SURIHANI dan Yusry bakal diijab kabul pada Khamis ini di Hotel Marriott, Putrajaya.

Sudah mula menghitung hari dan semakin memuncak debar?

Sebenarnya tidak, tak berdebar sebaliknya saya rasa lega, tenang, bahagia dan sangat-sangat bersyukur kepada Ilahi. Saya tak rasa gementar saat bernikah nanti. Cuma saya hanya rasa menggeletar, bila cincin disarungkan ke jari pada hari pertunangan tempoh hari.

Mungkin sebab masing-masing sibuk bekerja, jadi tak rasa sangat macam nak kahwin?

Mungkin juga. Nak tahu tak, semasa beberapa babak terakhir penggambaran di Pulau Pangkor baru-baru ini, saya kena sengat tebuan betul-bawah kelopak mata kiri. Muka saya bengkak dan sakit yang amat, nasib baik tak kena mata tetapi sekarang dah pulih. Sekarang Yusry masih sibuk buat suntingan filem Vikingdom, saya pula masih terlibat dengan kerja-kerja sebagai duta tapi sudah mula cuti sejak 17 Februari lalu (Jumaat) sampailah hari nikah nanti.

Selain persediaan mental serta persiapan untuk majlis, ada persediaan lain?

Ada, mak nak saya ikut cara persediaan orang dulu-dulu, ikut cara tradisional. Inilah masanya sebab selama ini asyik sibuk dengan kerja, akan ada malam berinai dan khatam al-Quran juga, saya juga akan buat acara mandi bunga. Tapi mandi bunga beramai-ramai ala-ala girls affair dengan sepupu-sepupu serta ibu-ibu saudara yang dah kahwin atau belum kahwin boleh ikut serta. Seronoklah dapat rasa pengalaman begitu, saya sendiri ikut cakap ibu, dia yang nak sangat saya buat semua itu. Lagipun benda-benda begitu akan buat bakal pengantin rasa istimewa, menenangkan dan lebih dekat dengan budaya serta saudara-mara.

Sudah bersedia pikul tugas sebagai isteri orang?

Ini benda baharu, saya tak boleh kata sudah bersedia seratus-peratus sebab saya belum pernah berkahwin. Saya cuma harap Yusry bahagia dan gembira dengan kehadiran saya dalam hidupnya. Saya bersyukur sebab kami bertemu pada waktu yang tepat, kalau Yusri jumpa saya dua atau tiga tahun lepas mungkin kami orang yang berbeza, saya bukan saya seperti hari ini, begitu juga dengan Yusry.

Apa rancangan selepas berkahwin?

Kami rancang untuk bercuti selama dua minggu, mungkin akan ke Eropah untuk bulan madu kemudian balik sambung kerja sebab saya ada praproduksi untuk filem Tingkat 4 pula.

GURU WANITA MUDA DIDAKWA LAKUKAN SEKS DENGAN PELAJAR 17 TAHUN
PHILADELPHIA: Seorang guru sekolah menengah didakwa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan pelajar berusia 17 tahun dalam kereta serta hotel Ramada Inn, lapor media semalam.

Rachel Farrell, 25, baru berkahwin dua bulan apabila didakwa menjalin hubungan kelamin dengan pelajar terbabit.Menurut laporan, Rachel mengajar kanak-kanak membaca di Sekolah Tinggi Bangor di Pennsylvania.

Selepas skandal berkenaan terdedah, Rachel meletak jawatan dan bercerai.Dia kini berdepan tiga tuduhan merosakkan remaja.Sementara itu, sumber berkata, polis mengesyaki Rachel turut mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajar lain.

Remaja itu kini berusia 18 tahun mengaku mula berkomunikasi dengan Rachel melalui Facebook sebelum hubungan itu dilanjutkan ke ranjang beberapa kali di lokasi berbeza.Katanya, antara lokasi itu adalah kawasan meletak kenderaan yang jauh daripada orang ramai.

Penyiasat mendapati, hubungan seks itu pernah berlaku di kawasan meletak kenderaan Walmart dan Ramada Inn di Tannersville, daerah Monroe.“Rachel mengaku kepada rakannya, dia pernah mengadakan hubungan seks dengan dua pelajar berusia 17 tahun,” katanya.

Rachel berkahwin pada Jun 2010, manakala hubungan sulitnya mula berlaku di antara Ogos tahun sama sehingga Januari 2011. – DM

Zahid (AF) Tepis Dakwaan Bakal Kahwin Kerabat Pahang
PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid menafikan khabar angin kononnya dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang kerabat diraja Pahang dalam masa terdekat.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 31, berkata hubungannya dengan gadis yang dijalinkan atas dasar persahabatan itu sering disalah ertikan oleh orang ramai sehingga menganggap mereka akan mendirikan rumah tangga.

“Kadang-kadang apabila kita berkawan rapat dengan seseorang, orang sangka kita pasti akan berkahwin. Walhal, tiada apa-apa yang serius di antara kami.

“Memang saya berkawan dengan dia tetapi tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.

Zahid berkata pada waktu ini dia selesa untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengehadkan pilihannya pada seorang wanita semata-mata.

“Saya suka berkawan dengan ramai wanita pada waktu ini tetapi itu tidak bermakna saya jenis kasanova.

“Dalam saya berkawan dengan ramai wanita, saya masih belum temui yang istimewa. Sukar sebenarnya mencari calon terbaik untuk disunting sebagai isteri,” katanya.

Ketika didesak adakah dia cuba menyembunyikan perancangan untuk berkahwin, Zahid berkata sebagai selebriti dia tidak ada sebab untuk menyembunyikan perkara baik itu daripada khalayak.

“Dakwaan kononnya saya rancang untuk berkahwin pada hujung tahun lalu hanyalah gosip.

“Kalau diikutkan, memanglah saya terdetik untuk berkahwin tetapi saya belum temui pasangan yang sesuai. Kalau betul ada perancangan ke arah itu, saya tidak akan sorok,” katanya.

Selain aktif menyanyi, Zahid kini bertugas sebagai penyampai di radio Era FM bagi slot Petang Era pada pukul 4 hingga 8 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Terbaru, penyanyi ini bakal terlibat dalam pementasan teater KL Energetik anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2 hingga 4 Mac depan.

Hanya Sekali Lafaz, Yusry & Lisa Surihani Sah Suami Isteri
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.

Astro Awani turut menyiarkan secara langsung perkahwinan Lisa dan Yusry itu.

Foto Mayat Whitney Houston Dalam Keranda Tersebar
WALAUPUN mayatnya telah disemadikan pada Sabtu lalu, berita mengenai Whitney Houston masih terus hangat diperkatakan dan terbaru foto mendiang telah diterbitkan oleh majalah National Enquirer.

Daily Mail melaporkan, gambar Whitney yang sedang terbaring dalam keranda itu memperlihatkan mendiang tenang dengan mengenakan gaun ungu dan perhiasan.

Selain mendedahkan foto terakhir penyanyi itu, majalah tersebut turut melaporkan beberapa fakta yang tidak diketahui mengenai kesahihannya seperti nilai perhiasan yang dipakaikan dan sandal emas yang disarungkan kepada mayat tersebut.

Foto tersebut dilaporkan di ambil semasa mendiang ditempatkan di sebuah rumah mayat di New Jersey sebelum disempurnakan. Bagaimanapun identiti individu yang mengambil gambar tersebut masih menjadi tanda tanya.

Pemilik rumah mayat tersebut, Carolyn Whigham ketika ditanya mengenai perkara berkenaan enggan mengulas mengenai kejadian.

Akibat penyebaran foto tersebut, National Enquirer telah menerima kritikan hebat daripada masyarakat yang mengecam tindakan majalah itu menyebar gambar mendiang.

Whitney meninggal dunia pada 11 Februari lalu pada usia 48 tahun. Dia ditemui tidak bernyawa di kamar mandi Hotel Beverly Hilton.

‘Saya Tidak Pandang Rendah Najwa Latif’ – Jaclyn Victor
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor (Jac) menolak dakwaan kononnya dia telah memperlekehkan penyanyi Najwa Latif bertujuan untuk mematahkan semangatnya sebelum beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), pada 29 Januari lalu.

Dalam pertandingan itu, Jac bertanding menerusi Sedetik Lebih dan Beribu Sesalan, sementara Najwa Latif muncul dengan lagu keramatnya, Cinta Muka Buku.

Menurut Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, tuduhan yang pertama kali didengarnya itu adalah sesuatu yang melampau dan tidak logik.

“Bagaimana boleh timbul tuduhan kononnya saya merendahkan Najwa untuk menjatuhkan semangatnya sebelum beraksi di AJL sedangkan saya tidak bertembung dengannya langsung di belakang pentas.

“Selepas persembahan lagu Sedetik Lebih, saya hanya mengurung diri di dalam bilik menunggu kerana mahu membuat persiapan untuk lagu Beribu Sesalan pula.

“Secara logiknya bagaimana saya hendak bertembung dengan dia kerana giliran persembahan kami jauh. Untuk apa saya berperangai sebegitu kerana saya sibuk menumpukan perhatian untuk persembahan sendiri,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Jac berkata dakwaan itu adalah terlalu kejam dan memalukan kerana sebagai penyanyi yang baru beberapa tahun dalam bidang nyanyian, dia sentiasa sedar akan kedudukan dan statusnya.

“Tak perlu saya merendah-rendah atau mempersendakan orang lain walaupun dia penyanyi baru. Saya sedar kedudukan dan status saya dalam bidang muzik.

“Saya bukannya penyanyi yang hebat atau berpengalaman sehingga merasakan diri ini terlalu gah atau besar seperti dakwaan itu.

“Kalau hendak tahu, saya pernah bercakap bahawa kita tidak boleh memandang rendah pada keupayaan lagu budak ini (Najwa), jika tidak mana mungkin ia diminati ramai dan melangkah ke AJL,” katanya.

Bercerita tentang pembabitannya selaku peserta program realiti nyanyian terbaru, Mania, Jac berkata dia enggan terlalu memikirkan mengenai peluang dalam pertandingan yang rata-ratanya disertai oleh penyanyi lebih muda dan popular.

“Saya tidak mahu fikirkan soal menang, kalah, mahupun sejauh mana saya dapat bertahan dalam program itu.

“Ia bergantung kepada undian peminat dan rezeki. Apa yang lebih bernilai adalah peluang untuk bekerja dan menimba pengalaman daripada tiga komposer hebat Datuk M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito,” katanya.

‘Lisa Buat Saya Kembali Percayakan Cinta’ – Yusry
PUTRAJAYA: Anggota kumpulan KRU iaitu, Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.

Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.

“Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan pekahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.

“Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu,” ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima seutas rantai plantinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Hampir 250 tetamu dikalangan ahli keluarga terdekat kedua mempelai dan wakil media hadir pada majlis itu.

Tambah Yusry, dia jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.

Dalam pada itu, Lisa ketika ditemui memberitahu Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya.

Ujarnya, Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.

“Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini bakal menjelajah ke benua Eropah untuk berbulan madu.

Yusry berkata, mereka akan berangkat ke sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

“Kami berdua akan berlepas ke Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta,” ujarnya.

Tambahnya, mereka memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu.

Ditanya mengenai soal anak, kedua-dua mereka berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.

“Jika boleh saya mahu empat orang cahaya mata,” ujar Lisa.

Lisa juga memberitahu selepas kembali daripada bercuti, kedua-dua mereka akan kembali sibuk dengan tugas masing-masing.

Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.

Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.

“Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain.

“Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam,” ujarnya kepadamStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.

Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.

Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.

Bersedia ke alam perkahwinan

Dalam perkembangan lain, Ana bakal melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada Sabtu ini memberitahu dia telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Ana berkata, dia tidak perlu berasa debar atau takut kerana perkahwinan itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut dalam agama dan berharap akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

“Sejujurnya saya langsung tidak rasa takut atau berdebar untuk bergelar isteri kepada Naim kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang menakutkan. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar pada majlis itu nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ana berkata, persiapan untuk majlis itu telah hampir siap berkat daripada pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Acara pada Sabtu ini akan dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu sekitar pukul 10.30 pagi dan upacara akad nikah sejam kemudian.

Kedua-dua pasangan itu akan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana iaitu Mohd Raffali Mohd Nor.

KISAH PRAMUGARI BERSETUBUH DENGAN HANTU RAYA
CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung
KUALA TERENGGANU – Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini hari ini.

Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman  penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu.

Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.

Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor.

Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri. – Bernama

TERKEJUT KERANA BUKU BACAAN KANAK-KANAK BERUNSUR SEKS & LUCAH
KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemas kini Dasar Buku Negara 1998 kerana banyak aduan yang diterima mengenai kandungan buku-buku bacaan kanak-kanak yang didapati mempunyai unsur lucah.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, surat berkenaan juga adalah bagi mendapatkan penjelasan mengenai bagaimana buku sedemikian boleh terlepas pandang sedangkan inti pati serta ilustrasi dalam buku terbabit terang-terangan tidak mengikuti garis panduan yang dibenarkan.

Menurutnya, pihaknya akan menyerahkan surat bantahan kepada KDN untuk menyekat buku-buku yang diimport ke negara ini khususnya untuk bacaan kanak-kanak. Ini berdasarkan aduan yang diterima sejak setahun lalu di mana kebanyakan buku untuk kanak-kanak mempunyai unsur lucah.

“Kami sudah menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Pemuda Umno tampil demi kepentingan awam. Bagaimana Dasar Buku Negara 1998 yang dibuat begitu ‘cantik’ boleh tersasar hingga begini sehingga bahan bacaan begini boleh terlepas pandang, sedangkan ia secara terang-terangan berunsur lucah.

“Ia juga mudah didapati di kedai buku terkemuka dan diletakkan di bahagian kanak-kanak. Ia benar-benar melampau,” katanya kepada media, di pejabatnya di sini, semalam.

Muhd Khairun berkata, sebuah buku berjudul ‘Where Did I Come From’ antara buku yang mengandungi inti pati serta gambar lucah dan dijual hampir 2 juta naskhah di pasaran dunia.

“Saya terkejut apabila melihat buku ini. Dari luar ia nampak seperti tiada apa-apa, tetapi setiap helaian buku ini mengandungi ayat dan gambar lucah.

“Kerana itu, kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan surat bantahan ini. Saya percaya, bukan hanya sebuah buku, malah pasti banyak lagi.

“Namun, kami bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak berwajib untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Jelasnya, mengikut laporan, jumlah dagangan buku yang diimport ke Malaysia mencecah RM3 bilion. Namun, penulis tempatan tidak tersenarai di dalam perkembangan ekonomi ini.

“Di Malaysia, ada lebih 5,000 penulis dan lebih 8,000 syarikat percetakan. Mengapa mereka ini tidak diberikan ruang secukupnya.

“Buku-buku dari luar negara ini kebanyakannya tidak sesuai dengan adat dan budaya negara ini. Jadi pemantauan perlu lebih dibuat bagi mengelakkan perkara ini terus merebak dan boleh merosakkan akhlak kanak-kanak.

“Selain ibu bapa, KDN perlu memainkan peranan maksima agar tidak ada lagi kes terlepas pandang seperti ini,” katanya.

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN MISHA OMAR DAN FIROS
Tahniah kita ucapkan kepada Misha Omar kerana sudah menjadi Tunang Orang sekarang ni…Dibawah ini adalah gambar pertunangan beliau dengan Firos.