24
May 2013

Afiq Muiz , Eina Azman dan Ibu

dunia artis di kecohkan dengan isu ‘anak derhaka‘ AM pula selepas isu bapa NL bagitahu media tentang perangai anak dia. tapi isu NL dah tutup dan menjadi kecohnya pulak si AM taknak mengalah dengan emak dia sendiri.

ada makwe pulak, makwe mulut puaka. di katanya emak si AM tu kurang siuman. astagfirullahalazim tersentak kita baca seorang makwe menghina bakal ibu mertua dia sedangkan dekat twitter pandai pula dia kata ‘tak baik menghina orang’ bila ada orang kata AM tu setakat jual burger sebelum jadi artis T_T

kita yang belum ada masalah besar camni bukan tolong mengeruhkan keadaan dan tolong mengutuk mengeji mereka (kecuali makwe mulut puaka tu lah T_T) ambil iktibar kisah keluarga camni jangan buat main-main tak pasal-pasal nanti kita pula yang terkena

kepada anak-anak seperti afiq muiz ni, kita sebagai anak kenalah mengalah, lebih2 lagi ibu kita. Ibu mana tak sayangkan anaknya. Sekeras2 hati ibu akan lembut akhirnya. Sekurang2 ingat jasa ibu kita yang melahirkan dan membesarkan kita. Tak perlulah nak suruh ibu kita membersihkan nama kita baru nak minta maaf. Ibu bukannya tarafnya sama dengan kawan2 atau girlfriend. Hidup tidak akan berkat kalau kita menyakiti dan menghiriskan hati ibu.

Kalau dah minta maaf kat ibu terlebih dahulu dan ibu memaafkan kita, Insyaallah segala2nya akan pulih sediakala. Secara automatik orang kat Malaysia faham dan menerima anda kembali dan rezeki akan datang mencurah2. Cuba bertindak secara matang. Mengalah bukan erti kalah. Ini bukan untuk buktikan siapa benar atau salah. Ini cuma masalah keluarga dan memerlukan sedkit pengorbanan. Girlfriend satu lori boleh di cari tapi ibu hanya ada seorang kat dunia.

 






Posted under Dunia artis No Comments

23
May 2013

Latihan vokal dari Arrianshah Akid Shah Indrawan.

Maakan saya kerana seperti tidak tahu hendak paparkan apa didalam blog sehinggakan saya tertarik sangat dengan keek dari tomok.

ARRIANN KENAPA COMEL SANGAT NI?

oh liyana lunia freehair dan sudah semakin kurus ke macam mana? T_T

gambar kita amik dari facebook keknis lah !

buat lagi sekali, buat lagi sekali ayah nak tengok. dia pun buat. alahai comel baq ang!






Posted under Dunia artis, keek No Comments

20
May 2013

Kelebihan minum air masak

SIAPA DEKAT SINI SUKA MINUM AIR MANIS LEBIH DARI AIR MASAK?

ye, kak yiying T_T

sebenarnya minum air manis adalah sangat membahayakan kesihatan kerana air manis ternyata manis dan boleh memudaratkan kesihatan andaikata kita terlebih minum. malah kak yiying gemuk juga adalah kerana terlebih minum air manis. jadi sempena masih sihat walafiat walaupun gemuk ini KITA kene amalkan banyak minum air masak , bukan untuk siapa-siapa tetapi untuk diri sendiri

cuba bayangkan kalau kita sakit, siapa nak tolong emak dan apak? takkan dari kecik kita dah menyusahkan mereka tetapi bila dah membesar pun masih hendak menyusahkan emak dan apak? sepatutnya bila dah besar, kita mengurangkan beban mereka tapi kalau kita dah kene kencing manis, darah tinggi , sakit jantung diusia muda kerana terlebih minum dan makan makanan manis kasihan lah emak dan apak kena jaga kita yang sakit pula. oh tuhan T_T

jadi di bawah ini terpampang besar kelebihan minum air masak atau kelebihan minum air kosong atau kelebihan minum air mineral atau kelebihan tidak minum minuman yang manis-manis. semoga kita semua menjaga kesihatan diri untuk mengurangkan bebanan kedua ibu bapa :)

Kelebihan air kosong

Kelebihan air kosong






Posted under Kesihatan 1 Comment