Motivasi Kejayaan

Saya Akan Menjual Blog Motivasi Ini
Seperti tertera dalam tajuk, saya akan menjual blog Motivasi ini. Tetapi saya akan menjualnya kepada mereka yang mampu untuk terus membangunkan niche ini. Tujuan saya bakal menjual blog ini adalah kerana saya sendiri sudah semakin sibuk di dunia offline. Saya sudah tidak menang tangan lagi untuk mengusahakan blog ini. Untuk pengetahuan para pembaca, blog personal saya, juga akan ditutup. Lagi cerita lanjut di sini : The End of DikMal.Com

Saya mengambil tindakan ini setelah lama menimbangkan segala baik buruk blog ini. Adalah lebih baik menyerahkan blog ini kepada mereka yang boleh membawa dan mengembangkan blog ini dari menyimpannya begitu sahaja. Jiak di dalam blog ini terkandung ilmu, maka harus ilmu ini disebarkan.

Jika ada sesiapa yang ingin mengambil alih blog ini, boleh emailkan kepada saya pertanyaan dan harga anda. Email saya di : e.norakmal@gmail.com

Saya berharap hanya pembida/pembeli yang serius dan benar-benar mahu mengusahakan dan mengembangkan blog ini sahaja yang tampil. Kerana saya benar-benar mahu kan owner baru yang boleh mengembangkan blog ini.

Kepada para pembaca yang di sayangi, saya yakin ilmu motivasi di blog ini tidak akan terhenti. Dan saya yakin anda akan sentiasa membaca penulisan owner baru kelak. Ikatan antara anda dan saya tidak pernah terputus, dan anda sentiasa boleh menghubungi saya melalui alamat email saya. Tidak terlintas langsung untuk saya mengabaikan anda, cuma saya ingin memastikan blog Motivasi Kejayaan ini ada kelangsungan.

Di harapkan satu hari nanti apabila blog ini sudah semakin membesar, saya mampu tersenyum kerana saya pernah menjadi pengasasnya.

Sebarang cadangan dari pihak Tuan/Puan, amatlah saya hargai dan boleh anda tulis di ruangan komen di bawah ini.

Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan. Intai saya antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

Nota : Tujuan utama penjualan blog ini, adalah kerana saya bakal menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian, dan kehidupan peribadi saya selepas ini. Mungkin saya bakal keluar dengan satu buku di masa hadapan. Siapa tahu bukan? Doakan saya.

Kepercayaan Anda Memungkinkan Segala Yang Mustahil
Lewat malam tadi, saya beroleh satu bukti yang semakin mengukuhkan kepercayaan saya bahawa sistem kepercayaan yang kita bina di dalam diri kita, boleh memungkinkan segala yang mustahil. Cerita ini adalah kisah benar yang saya lalui malam tadi, dan berharap ia menjadi iktibar.

Malam tadi, lewa ja 12.30 minit malam, ketika itu saya sudah tidur. Tiba-tiba menerima panggilan telefon dari makcik saya (tinggal di kawasan perumahan yang sama, fasa berbeza). Katanya, kesakitan gigi yang beliau alami semakin teruk, dan tanya jika ada apa-apa yang boleh beliau lakukan agar kesakitan ini dapat dikurangkan.

Untuk pengetahuan anda, bengkak gusi ini sudah beliau alami lebih seminggu. Dengan bantuan ubat tahan sakit yang diberikan klinik gigi, sakit itu berkurang. Tetapi kebetulan ubat itu telah habis, jadi malam tadi bila nak tidur, sebaik sahaja berbaring, rasa sakit itu menyerang kembali. Kesakitan itu tidaklah pada bahagian gigi atau gusi, tetapi menjalar naik hingga ke telinga. Hingga menyebabkan pendengaran makcik saya berkurangan. Erti kata lain, beliau tidak dapat mendengar langsung malam tadi bila kesakitan itu memuncak.

Setelah kami berikan tips (urut refleksi berpandukan buku) untuk mengurangkan kesakitan itu, masih tidak menjadi. Makcik saya cuma tinggal berdua bersama anak perempuannya yang masing-masing masih bersekolah. Jadi, ayah dan mak saya berkeputusan untuk menjenguk beliau di rumah, memandangkan beliau menangis-nangis ketika menghubungi keluarga kami.

Dalam fikiran saya, sakitnya tadi sudah berhentakan kaki. Ya, sebab dari perbualan telefon macam teruk sangat kondisinya. Tapi kemudian saya lihat makcik saya duduk di atas lantai menahan kesakitan. Memang jelas sakit benar. Lantas ayah duduk di hadapannya. Ayah tanya pada anak gadisnya, jika sudah mengurut jari kaki dan tangan seperti yang ayah sarankan. Katanya, dia tekan pada bahagian itu tapi tidak berkurang apa.

Lantas ayah pun mula mengurut bahagian tangan dan ibu jari kaki makcik saya itu. Dengan izin ALLAH, sakitnya berkurangan. Bila diteruskan lagi, bukan saja sakitnya berkurangan sikit, malah sendawa pula makcik saya (angin).

Hari ini makcik saya ke klinik gigi untuk rawatan lanjut. Saya pulang ke rumah lewat jam 2 pagi. Pening juga kepala jadinya.Hehe

Apa pengajarannya kali ini? Saya selalu memantau ahli keluarga di sekeliling saya. Bagi saya, dari situ saya boleh pelajari banyak sifat manusia, terutamanya yang berkaitan dengan kepercayaan diri. Seperti makcik saya, walaupun sudah di ajarkan satu persatu cara untuk mengurut tangan dan jari kakinya, namun ia tidak menjadi. Namun, apabila ayah saya tiba, dan mengurutnya. Ia menjadi. Kenapa? saya yakin makcik saya mempercayai bahawa ayah saya mampu mengubatnya, walaupun ayah saya bukanlah seorang tukang urut. Adalah sesuatu yang ajaib bagi saya, kerana kepercayaan yang tinggi kepada seseorang itu menjadikan sesuatu yang sebelum itu langsung mustahil, sudah menjadi tidak mustahil lagi

Ini mengingatkan saya juga kepada apa yang saya alami dengan ayah saya tahun lepas. Seperti juga ayah, saya bukanlah seorang tukang urut. Tetapi saya tekadkan kepercayaan bahawa saya mampu mengurut ayah sehingga sembuh, alhamdulillah dengan izin ALLAH, ayah kini sembuh.

Apa yang saya pelajari ialah, jangan sekali-kali meletakkan batasan yang menghalang sesuatu pekerjaan anda. Jika ia boleh mengganggu, maka robohkan kepercayaan itu dan semaikan sesuatu yang logik akal sebagai alternatifnya. Kepercayaan yang ada di dalam diri (apa yang kita percaya) sebenarnya tercipta sendiri berdasarkan pengalaman lampau kita. Namun, apa yang kita juga tahu, kepercayaan ini boleh di kawal, diruntuhkan dan di struktur semula jika kita menggunakan akal sebaiknya.

Renung-renungkan. Salam kejayaan!

Ke Mana Hilangnya Saya?
Sudah lebih 2 bulan (atau lebih lagi) saya tak kemas kini blog ini. Saya faham ramai juga yang tertunggu dan minta supaya saya kemas kini blog ini.

‘Kehilangan’ saya lebih bersifat personal. Al maklum sahaja, kini sudah bulan Jun 2009. Kurang 6 bulan lagi, tamatlah tahun 2009. Dengan bersemadinya tahun 2009 nanti, akan timbul satu pertanyaan : apakah pencapaian aku tahun ini?

Seperti juga anda, saya juga mempunyai aim untuk di capai. Ada sesetengah teman online yang mengetahui apa yang sedang saya usahakan. Ada juga yang tidak tahu. Ringkas saya katakan, saya cuba mengaplikasikan semua yang pernah saya bincangkan di sini, untuk membawa kehidupan saya satu level yang lebih baik. Saya juga menempuhi kegagalan (sebagai sebahagian daripada kejayaan), saya menempuhi saat sukar, saat gembira, dan lain-lain resam perjalanan kehidupan.

Masih belum mencapai matlamat utama saya tahun ini. InsyaALLAH menjelang hujung tahun akan tercapai. Bagi mereka yang mengetahui apa yang sedang saya usahakan, terima kasih kerana sering mengirim kepercayaan melalui hati, doa dan lafaz anda. Saya menghargainya. Terima kasih!

You Raise Me Up : Terima Kasih Semua!
<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/oVv2TJVPbi8" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/oVv2TJVPbi8"></embed></object>

Dah lama saya tak update blog ini. Sedikit sibuk dengan Majalah IM  Dan sibuk dengan bengkel yang akan saya anjurkan di bawah Majalah IM.

Begitu pun, saya tidak pernah melupakan blog ini. Dan tentunya para pembaca blog ini yang saya sayangi. Saya tujukan lagu di atas ini, khusus untuk semua pembaca, rakan-rakan blogger, dan semua yang mengenali diri saya. Terima kasih untuk segalanya!

Bagaimana Untuk Berjaya Dengan Usaha Hampir Minima
Apa yang saya nak katakan selepas ini adalah rahsia besar orang-orang berjaya. Dari kajian saya melalui pemerhatian dan pembacaan, orang berjaya mencapai kecemerlangan bukan setakat dia rajin berusaha. Ya, kejayaan bukan sekadar usaha keras.

Ada sesuatu yang membantu dia untuk berjaya. Selain dari faktor seperti kekuatan semangat, kerajinan berusaha dan kekentalan tekad di hati, ada sesuatu yang lain.

Pendek kata, sesuatu yang satu itu adalah supernatural! Ia tidak lain dan tidak bukan, mereka berjaya kerana usaha mereka dibantu oleh imaginasi di minda mereka. Orang berjaya, sebelum dia mencapai kejayaan, dia telah membayangkan kejayaan itu di mindanya beberapa bulan sebelum dia benar-benar dapat mencapai tahap kejayaan tersebut.

Imaginasi membolehkan kita berjaya dengan kudrat hampir minima. Bukan sekadar kita, sesiapapun boleh! Janji, dia tahu memperalatkan imaginasi.

Syaratnya ada banyak untuk Anda mencapai tahap sebegitu. Dia kena tahu bagaimana untuk membina imaginasi yang membolehkan dia muncul jadi orang cemerlang. Dia kena tahu bagaimana dia boleh menggunakan kedua-dua belah otaknya semaksima mungkin. Ada lagi syarat.

Banyak tak? Memang banyak (sebab itulah mengapa hanya ada sedikit orang berjaya di kalangan kita!). Dia perlu menghampirkan diri dengan pencipta alam semesta juga tenaga-tenaga dari alam semesta itu sendiri. Namun, saya akan terangkan di artikel-artikel lain dalam blog Motivasi Kejayaan.

Sebenarnya kita sudah diberikan kapasiti untuk kita mempergunakan imaginasi dalam usaha mencapai kejayaan. Jika bukan kejayaan besar, cukup untuk kita mencapai kejayaan-kejayaan kecil dalam aktiviti seharian sebagai bukti ia boleh menarik kejayaan muncul dalam hidup kita. Nyatalah Yang Maha Esa memang amat menyayangi kita, jadi kita perlu jadi orang yang bersyukur.

Setelah bersyukur, langkah seterusnya adalah untuk kita membina kehebatan diri dengan menggabungkan imaginasi dengan pengetahuan sedia ada dalam diri kita. Rahsia kejayaan ini akan dibongkar lagi di bahagian kedua.