Myilham.Com

Fitnah Wanita : Jangan Pandang Enteng!
Kalaulah Allah ciptakan manusia tetapi tidak memberikan panduan kepada manusia mengenai cara untuk hidup, maka zalimlah Allah. Sebagaimana zalimnya pencipta kereta tetapi tidak menyediakan manual penggunaan kereta. Maha Suci Allah dari sifat zalim, bahkan Allah adalah tuhan yang Maha Adil. Tidak sesekali Allah menzalimi manusia melainkan manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka.

Hakikatnya, manusia dicipta beserta panduan bagaimana untuk hidup. Panduan-panduan itu menjelaskan banyak perkara. Itu boleh, ini pula tak boleh. Itu disuruh, ini pula dilarang. Di sebalik kesemuanya, ada hikmah besar yang tersembunyi untuk kebaikan ummat manusia. Demikianlah aturan Allah Sang Raja yang Maha Bijasana.

Salah satu panduan yang diberikan oleh Allah – dan disampaikan melalui lisan Rasul-Nya yang mulia – adalah betapa pentingnya menjaga diri dari fitnah kaum wanita.

Sabda Nabi s.a.w :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “

[ H.R Bukhari ]

FITNAH

Dalam kalangan orang kita, fitnah yang difahami lebih bersifat tuduhan yang tidak benar. Jika seseorang menuduh atau mendakwa perkara yang bohong, maka itu dinamakan sebagai fitnah. Namun dari segi bahasanya, fitnah juga membawa maksud Al-Ikhtibar, Al-Ibtila’ dan Al-Imtihan di mana semuanya berkisar dalam makna ujian dan cubaan, sebagaimana disebut oleh Imam Ibn Hajar, Ibn Manzur dan lain-lain.

Salah satu makna fitnah yang bertepatan dengan takrifan di atas adalah nas dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini. Iaitu tidak ada ujian atau cubaan yang lebih besar ditinggalkan oleh Nabi s.a.w ke atas ummatnya melainkan ujian dan cubaan dari kaum wanita.

TEBALNYA IMAN ?

” Takpe, aku tahu jaga diri. Janganlah rigid sangat. Aku dan dia cuma contact atas dasar kerja, dan sesekali berkongsi masalah. Tak ada melibatkan hati pun, jangan risaulah. Lagi pun dia bukan taste aku..”.

Demikian jawapan si jejaka berjanggut sejemput apabila ditegur.

Pemerhatian saya, ramai lelaki menganggap fitnah wanita hanya menyentuh perihal hati, atau lebih jelas, soal jatuh hati. Maknanya, selagi mereka mampu jaga hati dari jatuh hati, atau selagi mereka yakin mereka tidak akan jatuh hati, maka tidak ada apa yang hendak dirisaukan.

” Alah. Aku dah ada tunang. Tunang aku kawan baik dia kot. Takkanlah nak jatuh hati pulak. Kitorang just rapat, tu je..”

” Mustahillah nak ada apa-apa perasaan. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri..”

Seorang lagi juga dengan nada yang sama : ” Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri, takde apa-apa lah..”

MEREKA LUPA

Dalam jawapan-jawapan senang hati tersebut, mereka terlupa satu perkara. Justeru hadirnya tulisan ini untuk mengingatkan bukan hanya mereka, bahkan diri sendiri juga.

Syaitan itu tugasnya menggoda lelaki dan wanita untuk jatuh hati dan berputik perasaan cintakah?

Bagaimana kalau saya katakan, syaitan sebenarnya tidak pernah menolong dua manusia untuk jatuh cinta, bahkan itu sama sekali bukan kerja syaitan. Bagaimana?

Semak balik apa ayat berlepas diri syaitan dalam Al-Quran. Katanya : ‘ Allah menjanjikan perkara yang benar sedangkan aku menjanjikan perkara bathil dan aku memungkiri semua janji-janji aku. Dan antara aku dan engkau – wahai manusia yang disesatkan – tidak ada apa-apa melainkan aku ajak engkau ke arah kejahatan dan engkau mengikut aku. Jadi jangan engkau mencela aku sebaliknya engkau celalah diri engkau sendiri ‘.

Kata-kata syaitan ini termaktub dalam Surah Ibrahim.

Cinta suatu yang suci. Jatuh hati atas dasar cintakan agama, mahu memiliki zuriat dan membina sebuah perkahwinan yang halal adalah hasrat dan tujuan yang suci. Syaitan tidak membantu benda yang suci. Dia hanya membuka pintu kejahatan dan kekotoran.

Justeru, yang digoda antara lelaki dan wanita bukan untuk jatuh hati, tetapi untuk melakukan perkara-perkara faahisyah ( keji ) dan mungkar!

Matlamat godaan adalah supaya berlaku zina. Itu perlu diingat. Bukan matlamat godaan supaya bercinta dan berkahwin, tidak sama sekali. Kalau tak sampai berzina, dapat mukaddimah zina pun jadilah. Itu target syaitan.

Maka apabila dua anak adam berlainan jantina berhubung atas sesuatu tujuan yang syar’ie sekalipun, syaitan tidak akan duduk diam. Meskipun kedua-duanya tidak ada alasan untuk jatuh hati antara satu sama lain, tetapi mereka masih punya alasan untuk jatuh nafsu antara satu sama lain!

KECELAKAAN

Ada jejaka berkecil hati dan bersedih apabila hasrat hatinya ditolak oleh seorang wanita. Hatinya sudah berpaut, tetapi takdir tidak menyebelahinya. Terasa menyesal pula menyentuh sang mawar. Akhirnya terkena duri di jari, pedihnya sampai ke ulu hati. Tidur malam sampai termimpi-mimpi. Jiwa meracau setengah mati.

Lebih malang apabila ada jejaka berhati suci mahu memetik si mawar yang terpikat di hati. Rupanya tertipu dengan perasaan sendiri. Si mawar bukan hanya berduri, bahkan mempunyai racun tersembunyi. Terhina, malu dan terasa seperti tiada harga diri apabila ditolak mentah-mentah atas alasan ‘ kau syok sendiri’.

Itu sudah dianggap satu kecelakaan. Bukan mudah untuk diterima oleh seorang lelaki, apatah lagi jika benar-benar punyai hasrat suci di hati.

Namun sebenarnya, kecelakaan dari fitnah wanita adalah jauh lebih hebat dan dahsyat daripada itu. Setakat makan hati, itu masih kecil sebenarnya.

Al-Qurthubi pernah menulis suatu kisah berkenaan fitnah kaum wanita di dalam risalahnya At-Tazkirah Fi Umuril Akhirah. Fitnah yang bisa mengeluarkan seorang lelaki dari agamanya sendiri!

Kisah seorang lelaki yang melazimi masjid dan gemar melaungkan azan. Bererti seorang yang istiqamah datang awal ke masjid. Wajahnya bersinar dengan cahaya ketaatan dan ketenangan, bahkan menjadi ikon kebaikan dalam masyarakat. Setiap hari dia memanjat tangga menara untuk melaungkan azan. Suatu hari, ketika menaiki tangga menara, dia terpandang tingkap suatu rumah yang dimiliki oleh orang Nasrani, lalu terlihat di dalamnya puteri tuan rumah tersebut. Terpegun dengan kecantikannya, dia menuruni menara dan pergi ke rumah tersebut lantas menemui si wanita.

Wanita tersebut terkejut dengan kehadirannya lalu bertanya ; apa yang engkau mahu? Dijawab oleh pemuda seakan terpukau, aku mahukan engkau. Tanya si wanita lagi, kenapa? Dijawabnya, kerana hatiku telah terpaut dengan kecantikanmu dan engkau sebenarnya telah merampas hatiku.

Si wanita terdiam lalu berkata ; engkau muslim, sedangkan aku nasrani. Ayahku tidak akan membenarkan aku mengahwini muslim. Terus dijawab oleh si lelaki ; jika begitu, aku masuk nasrani. Si wanita lalu berkata ; kalau engkau masuk nasrani, aku bersedia. Akhirnya si lelaki murtad dari agamanya dan mengahwini wanita tersebut. Dia tinggal bersama wanita tersebut sehinggalah suatu hari dia naik ke bumbung rumah lalu ditakdirkan Allah, dia terjatuh dari bumbung tinggi tersebut dan meninggal dunia.

Maka alangkah rugi segala kerja buatnya dan rugilah segala amalannya. Mati di dalam kesudahan yang buruk ( suul khaatimah ) hanya kerana cubaan kecantikan dari seorang wanita.

Bukankah itu suatu kecelakaan yang paling besar?

TERPIKAT

Target syaitan adalah memastikan kita – para jejaka – terpikat dengan kaum wanita. Biar apapun status wanita tersebut. Celah mana ada kelompongan, syaitan akan pantas mengambil jalan. Sebab itu soal ikhtilat wajib dititikberatkan. Ia wajib menjadi antara fokus utama dakwah dalam masyarakat, apatah lagi buat mereka yang mempunyai kuasa.

Soal siapa si wanita, itu tidak penting. Berapa umurnya, statusnya, guru, ustazah, apa sahaja. Semua itu tidak menjadi halangan untuk syaitan mencari jalan supaya para lelaki terjerumus ke kancah zina dan maksiat.

Ambillah ibrah dari betapa banyak kisah yang sampai kepada kita.

Ada di antaranya, di peringkat awal langsung tidak pernah suka, bahkan mendabik dada ‘mustahil untuk suka’. Katanya, si wanita tidak cantik rupa. Akhirnya, sedikit demi sedikit syaitan tonjolkan ‘kecantikan’ si wanita, di kala si lelaki lupa bahawa cantik pada wanita bukan semata-mata rupa parasnya. Bahkan antara faktor cantiknya wanita adalah keterampilan dan cara si wanita membawa diri dalam pergaulannya. Cara bercakap, cara senyum, cara memberi respon, cara bertanya dan seribu satu yang lain. Inilah keunikan wanita dan inilah juga lubang-lubang yang di ambil kesempatan oleh syaitan bagi menyesatkan para jejaka.

DOA DAN USAHA

Takutlah kamu kepada fitnah wanita.

Apabila Nabi s.a.w sendiri yang mengingatkan, maka yakinlah bahawa impak daripadanya sangatlah besar. Jangan dipandang enteng dan jangan diambil mudah. Jangan diperkecilkan soal ikhtilat antara lelaki dan wanita. Jangan diambil ringan hubungan-hubungan yang tidak terjaga atas nama ‘biasa-biasa saja’.

Dalam kelembutan seorang wanita, dalam tangisannya yang kita kata sebagai tanda lemahnya dia, engkau wahai lelaki boleh menangis dan meratap berpuluh kali ganda lebih hebat jika terkena fitnah mereka. Seorang lelaki di mercu kejayaan, dihormati dan disanjungi, boleh menjadi hina dina sekelip mata hanya kerana fitnah dari wanita.

Dan sesungguhnya, aku benar-benar bermohon daripada Allah agar diselamatkan dari fitnah kaum wanita. Benarlah sabda Nabi s.a.w bahawa mereka adalah sedahsyat-dahsyat cubaan yang ditinggalkan selepas pemergian Baginda!

Sekian.

Bila Housemate Sibuk Bercinta
” Kejap ye, nak jawab telefon “

Muka ceria sambil tersengih-sengih tatkala menerima panggilan telefon. Kemudian berlalu masuk ke dalam bilik atau mencari-cari ruang yang lebih privacy. Biasanya suara tatkala bercakap tersangatlah perlahan, sehingga langsung tidak kedengaran. Hanya sesekali terdengar gelak-gelak manja dan kemudian senyap kembali.

Aduhai. Begitulah situasinya apabila teman serumah atau teman sebilik sibuk bermain cinta. Kadangkala moodnya ceria sentiasa. Kadangkala merajuk tak semena-mena. Kadangkala ada di rumah atau di bilik tapi bagaikan tiada. Kadangkala semua kerja dalam rumah dan dalam bilik dibereskannya dengan rela.

Aneh dan kurang normal.

Itu salah satu sifat wajib bagi orang yang mabuk cinta. Kurang normal bukan bermaksud dia gila, tetapi akal warasnya kadangkala ditewaskan oleh kegirangan hati yang berlebihan atas nama cinta.

SISI KEDUA

Keadaan ini berlaku bukan hanya di kalangan orang yang tidak berpendidikan agama, bahkan yang sedang mengikuti pengajian agama juga tidak terkecuali. Itu tidak aneh. Yang aneh adalah apabila sebahagian orang menganggap syaitan hanya menggoda orang yang tidak mengaji agama, sebaliknya yang mengaji agama sentiasa bersama Malaikat. Pemikiran dan persepsi yang cukup aneh.

Bertitik tolak dari keadaan ini, yang banyak menanggung kecewa adalah rakan serumah atau rakan sebiliknya. Apatah lagi jika mereka yang mempunyai pegangan agama yang kuat, terlibat dengan gerakan dakwah dan sebagainya. Masalah teman serumah yang hanyut dalam cinta dan maksiat adalah suatu penyeksaan jiwa raga kepada mereka.

Sudah tentulah mereka benci melihat keadaan tersebut.

Tatkala situasi di atas berlaku saban waktu, tatkala si angau sibuk bergayut di telefon, tersengih-sengih dan sebagainya, ada yang buat tidak tahu, ada yang menjeling-jeling dan ada yang mengeluh serta menyampah.

Puas ditegur, tapi bagai mencurah air ke daun keladi. Kadang-kadang, bagai mencurah minyak dalam api!

REALITI

Banyak juga berlaku pergaduhan disebabkan masalah tersebut. Apabila terlalu lama dipendam, akhirnya terletus dan mengakibatkan keretakan dalam persahabatan. Sudah tentu keadaan ini tidak berlaku jika masing-masing hidup dengan hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Tetapi berlainan jika masing-masing hidup atas kesedaran agama dan mahu nasihat menasihati antara satu sama lain.

Realitinya, orang yang mabuk cinta dan orang yang benci dengan kemabukan sahabatnya bercinta, jarang dapat mencari titik temu untuk masing-masing redha. Maknanya, orang mabuk cinta benci apabila kerap ditegur, dipandang serong seperti dia ‘melakukan dosa besar’, rimas apabila merasakan ‘hal peribadinya’ diganggu dan sebagainya. Manakala orang yang benci dengan kemabukan sahabatnya bercinta pula tidak boleh merasa tenang membiarkan sahabatnya terus hanyut dengan fatamorgana cinta, apatah lagi dengan perhubungan yang tidak terkawal, berkhalwat dalam telefon dan sebagainya.

Justeru masing-masing sentiasa tidak berpuas hati antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, kedua-duanya merasakan diri mereka di pihak yang betul.

JALAN KELUAR

Sesungguhnya tidak ada jalan keluar yang mudah untuk semua permasalahan. Hidup ini bukan soal menjawab kertas peperiksaan. Ia adalah suatu kehidupan yang benar-benar kehidupan. Sebuah realiti perjalanan menuju Tuhan.

Manusia ditaklifkan untuk berusaha, bukan menentukan dosa atau pahala. Bukan juga untuk menghukum dia atau mereka masuk syurga atau neraka.

Tegur menegur, nasihat menasihati, selagimana atas paksi mencari redha Tuhan dan melengkapkan sebuah taklifan, insyaAllah ada pahalanya untuk kita.

” Habis tu, takkan saya nak biarkan dia hanyut macam tu je? Saya mesti pastikan dia berhenti dari perkara-perkara mungkar tersebut! “

Demikian luahan seorang housemate yang berpegang kuat dengan agama.

Saya cenderung mengatakan begini ; membiarkan kawan serumah hanyut dengan maksiat tanpa menegur, itu suatu kesalahan bukan hanya dengan Allah bahkan dengan kawan tersebut. Akhirat kelak boleh jadi dia akan menyalahkan kita di hadapan Allah kerana tidak menegurnya atau menariknya dari kancah dosa.

Tetapi untuk menentukan dan memastikan dia terus tinggalkan dosa, berubah serta merta dan keluar dari kemabukan cintanya, itu bukan kuasa kita. Itu soal hidayah dari Allah. Jika Nabi s.a.w sendiri pun tidak boleh memberikan hidayah kepada bapa saudaranya, maka apatah lagi dengan kita dan rakan serumah kita.

Istifadah yang kita boleh ambil adalah, sayang itu tidak semestinya dibuktikan dengan berjayanya kita merubah si polan dan si polan. Sebaliknya sayang itu dibuktikan dengan sejauh mana usaha yang kita ambil dan secerdik mana pendekatan yang kita pakai apabila menegur atau mahu mengubah kemungkaran yang dia lakukan. Juga, sebanyak mana kita konsisten menyebut namanya dalam setiap doa kita?

FITNAH

Pemerhatian saya, ramai orang tertimpa fitnah bukan kerana niat baiknya untuk menegur, sebaliknya kerana cara menegur yang salah. Terburu-buru, menegur dengan benci, menggunakan bahasa yang menyakitkan hati, meletakkan orang yang mahu ditegur dalam ‘kandang pesalah’ dan sebagainya.

Tidak cukup dengan kita merasakan ‘kita di pihak yang benar’ dan ‘kemungkaran ini mesti ditegah’ lalu kita ketepikan kebijaksanaan dan hikmah dalam sebuah dakwah.

Kalau setiap hari kata-kata yang sama kita lontarkan, ucapkan dan sindirkan kepada dia yang sedang sibuk bercinta, itu tidak bijaksana juga. Kalau setiap kali dia cuba mengasingkan diri untuk mencari privacy maka kita buat-buat tidak faham dan menutup ruang privacy yang dibinanya, itu pun tidak bijaksana juga.

Sebab itu para ulamak yang menulis tentang dakwah ‘menghighlightkan’ satu syarat penting dalam mengubah seorang manusia, iaitu ‘memahami kondisi’ orang tersebut sebaiknya. Sudah tentu ini perlu dilakukan dengan cermat.

Kalau kita sudah pastikan teguran sampai ke telinganya, dan dia sudah menunjukkan perhatian kepada teguran tersebut, berilah dia masa. Dalam banyak-banyak kesempatan yang ada, jangan hanya menegur, sebaliknya cuba juga fahami apa yang dia rasa. Banyak orang khususnya wanita menghubungi saya dan menyatakan permasalahan mereka bilamana mereka tidak mahu bercinta dengan cara yang salah tetapi di pihak lelaki pula tidak mengendahkan. Hendak ditinggalkan, tiada kekuatan. Hendak diputuskan, sudah terasa sayang.

KESIMPULAN

Untuk menegur orang bercinta, anda perlu letakkan diri anda di dalam ‘kasut’ orang tersebut. Sebab itu orang yang tidak pernah mengalami perasaan cinta, jatuh cinta, mabuk cinta dan sebagainya kurang mahir dalam seni menegur apabila rakan-rakannya bercinta. Akhirnya dia dijauhi begitu saja. Silap-silap tercetus pergaduhan, perselisihan faham dan sebagainya.

Saya suka mengingatkan, bahawa orang yang sibuk bercinta atau sedang mabuk cinta, kadangkala kedegilan mereka bertambah berkali-kali ganda. Kalau pergi ke hujung dunia bersama kekasihnya pun dia sanggup, apalah sangat dengan sebuah teguran daripada kita?

Justeru ingat, dalam mendakwah manusia, JANGAN ADA BENCI. Ramai orang gagal dalam mengubah dan menegur sahabatnya kerana benci dan kurang sabar. Akhirnya mereka beroleh rugi semata-mata.

Sekian.

Ikhtilat : Antara Tertutup Jumud Dan Terbuka Hanyut
Meyakini bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang lengkap, menyeluruh dan sempurna adalah suatu perkara yang wajib bagi setiap orang Islam. Bermakna, setiap daripada apa yang terkandung dalam syariat Islam wajib diimani dan diyakini bahawa ianya datang daripada Allah sebagai peraturan dan hukum, bukannya ciptaan hawa nafsu mahupun kehendak manusia.

Setiap yang datang daripada Allah itu pula, baik bersifat arahan mahupun larangan, terkandung tujuan-tujuan tertentu demi kebaikan dan kemaslahatan manusia.

Rentetan itulah, para ulamak menulis suatu bab yang sangat penting iaitu Maqasid As-Syari’ah A-Islamiah ( tujuan-tujuan syariat dalam Islam ). Ia meliputi perbincangan mengenai setiap perkara yang Islam anjurkan dan setiap perkara yang Islam tegah pasti berpaksikan konsep memberikan seluas-luas kebaikan kepada manusia dan menutup serapat-rapatnya ruang kerosakan kepada manusia. ( جلب المصالح ودرء المفاسد )

Itulah Islam.

Malangnya, dewasa ini ramai sekali umat Islam yang jahil dengan agama mereka sendiri, sehingga kejahilan tersebut memakan diri mereka apabila segelintir daripada mereka mula memandang formula-formula yang lain sebagai lebih baik daripada Islam itu sendiri. Mereka percaya dan mengikut Islam hanya pada urusan solat dan zakat, namun meminggirkan Islam dalam urusan muamalat, hubungan sosial dan pentadbiran.

IKHTILAT

Saya memetik satu bab yang agak banyak diperbincangkan oleh muda mudi khususnya di IPT.

Ada orang membincangkan bab ikhtilat dengan lunas-lunas ilmu yang betul dan ada juga yang membincangkan bab ikhtilat ini jauh dari disiplin ilmu yang sebenar. Sedang satu pihak memandang serong pada satu pihak yang lain dan beranggapan pendapat serta pendirian merekalah yang paling benar.

Bagi yang bertegas dengan dalil serta nas yang dipelajari, maka mereka dilabel sebagai tertutup dan jumud.

Bagi yang cenderung memilih formula dari barat dan tidak berpaksikan nas-nas agama, maka mereka dilabel sebagai terbuka dan hanyut.

Perbincangan terus menerus akhirnya membawa kepada pertelingkahan dan rasa tidak puas hati di antara satu sama lain.

MAQASID

Saya kira, sangat cantik jika kesemua pendapat dirujuk kembali kepada apa yang saya sebutkan di atas, iaitu tentang maqasid agama itu sendiri. Kita wajib beriman dan percaya, bahawa sesuatu yang diletakkan oleh Islam sebagai A pasti ada tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai. Begitu juga sesuatu yang diletakkan oleh Islam sebagai B, C dan seterusnya. Kesemuanya ada tujuan yang hendak dicapai. Dan perlu juga diingat, maqasid ini perbincangan tentang perkara dasar, bukannya teknikal.

Sebagai contoh, haramnya minum arak adalah jelas dan tujuannya juga jelas. Itu perkara dasar yang Islam letakkan sempadan. Namun cara bagaimana untuk memastikan masyarakat tidak minum arak, tidak membeli arak dan sebagainya, itu terbuka kepada perbincangan.

Persoalan ikhtilat, maqasidnya jelas. Kenapa ada larangan? Supaya masyarakat atau komuniti terjaga, bebas dari risiko maksiat dan zina serta membenteng maruah seorang muslim atau muslimah itu sendiri. Ini suatu dasar yang Islam hendak jaga. Justeru setiap daripada kita wajib berpegang dan tunduk dengan dasar ini sebagai suatu yang datang daripada Allah. Tidak boleh ada sebahagian yang menganggap ini rekaan manusia, atau semata-mata pemikiran rasional manusia, suatu pendapat yang ada pro dan contra dan sebagainya.

Suatu perkara yang merbahaya pada sebahagian orang adalah apabila mereka meletakkan konsep yang dibawa oleh Islam sebagai ‘sama dan setaraf’ dengan konsep-konsep yang dibawa oleh barat. Akhirnya mereka buta dan bersangka buruk dengan ajaran agama mereka sendiri.

ISLAM BUKA ATAU TUTUP

Sebelum ini saya telah menulis tentang ikhtilat dan sedikit sebanyak menyentuh tentang hukum. Saya kira ianya jelas dan saya tidak bercadang mengulangi perbincangan tentang hukum, kerana kesimpulan daripada perbincangan tersebut adalah BOLEH DAN BERSYARAT.

Justeru siapa yang tertutup sampai jumud?

Mereka adalah orang-orang yang berpegang dengan teks ( nas Al-Quran dan Hadith ) namun kurang mendalami tentang fiqh al waqi’ ( kefahaman tentang situasi semasa ). Golongan fuqaha’ sejak dari zaman dahulu diriwayatkan sebagai bercanggah dan berbeza-beza pendapat ataupun fatwa mereka disebabkan satu faktor utama iaitu perbezaan tempat dan masa. Hari ini, sekiranya masih wujud golongan yang berkeras dengan teks tanpa memberi pertimbangan terhadap konteks, maka mereka akan ditolak.

Saya juga tidak menafikan, sikap segelintir daripada mereka sedikit sebanyak memberi gambaran buruk tentang maqasid agama itu sendiri. Sehingga wujud fitnah, salah faham dan pandangan serong bukan daripada orang bukan Islam, bahkan daripada orang Islam itu sendiri.

Siapa pula yang terbuka sampai hanyut?

Mereka adalah orang-orang yang mengambil ringan persoalan SYARAT. Sebagai contoh, ikhtilat dibenarkan dalam urusan pembelajaran tetapi antara syarat yang mesti dijaga adalah masing-masing perlu memastikan suasana ikhtilat bebas daripada fitnah. Sebagai contoh, sekumpulan muslimin dan muslimat berada di suatu tempat atas urusan yang harus, misalnya berjual beli. Syarat yang wajib dijaga adalah tidak berdua-duaan, tidak memandang-mandang tanpa hajat dan tidak membuka ruang fitnah. Tetapi tiba-tiba mereka bukan hanya bercampur gaul, bahkan boleh pula bergelak ketawa, usik mengusik dan bergambar bersama!

Inilah yang dibenci oleh agama. Keterbukaan yang menjadikan masing-masing hanyut dan bebas, dengan beranggapan perkara tersebut dibolehkan. Persoalannya, adakah ketika anda berpendapat ikhtilat itu dibenarkan, tatkala itu juga anda merasakan akhlak perlu dicampak ke tepi dan tidak perlu dipertahankan?

KOMUNITI MUSLIM

Sesebuah komuniti yang baik, selamat dan sejahtera perlu dinilai mengikut neraca Islam, bukan neraca musuh Islam.

Baik, selamat dan sejahtera dalam sesebuah masyarakat bukan hanya pada kawasan perumahan yang bebas dari kecurian, bekalan air yang mencukupi, pengangkutan awam yang selesa dan sebagainya. Bahkan konsep baik, selamat dan sejahtera juga perlu dinilai pada sejauh mana masyarakat dalam komuniti tersebut tunduk kepada Allah dan hukum hakamnya, mempraktikkan nilai akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian mereka dan menjaga batas-batas serta larangan Allah sehabis kemampuan mereka.

Ini kerana pada pandangan orang yang mengecualikan agama dalam kehidupan mereka, selamat itu adalah apabila harta benda mereka terjaga biarpun masyarakat muslim terlibat dengan budaya couple, dedah aurat, gejala ikhtilat dan sebagainya.

Namun pada pandangan orang yang beriltizam dengan agama dalam kehidupan mereka, selamat itu bukan sahaja apabila harta benda mereka terjaga, bahkan juga apabila MARUAH DAN KEHIDUPAN BERAGAMA mereka terpelihara. Tiada gejala zina mahupun mukaddimah zina yang dibiarkan berleluasa. Kehidupan mereka penuh dengan kesedaran untuk mempertahankan suasana yang baik ( biah solehah ) selari dengan maqasid agama itu sendiri. Ini takrifan selamat dan sejahtera bagi mereka.

PEMIMPIN

Saya berbicara tentang komuniti muslim. Jika dalam sebuah komuniti yang masyarakatnya 100% muslim pun keindahan Islam gagal dibumikan, apatah lagi hendak berbicara dalam komuniti yang melibatkan bukan Islam. Jika dalam masyarakat yang semuanya muslim pun tidak percaya dan ragu-ragu dengan penyelesaian Islam, apatah lagi hendak menyeru dan mengajak bukan Islam supaya mempercayai penyelesaian yang dibawa oleh Islam.

Sebab itu dalam sesebuah negara ada pemimpin. Pemimpin ini ada tugas dan tanggungjawabnya. Kelak di akhirat mereka akan ditanya oleh Allah adakah mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut atau tidak.

Seorang Perdana Menteri misalnya, tidak hanya akan ditanya samada dia menjalankan pilihanraya secara adil ataupun tidak, bahkan turut juga akan ditanya sejauh mana usahanya memastikan masyarakat hidup dengan penghayatan Islam yang sebenar. Maka seorang Perdana Menteri akan disoal tentang konsert-konsert maksiat yang berlaku dalam negaranya. Beliau juga akan ditanya tentang gejala sosial di kalangan muda mudi dalam negaranya. Beliau juga akan ditanya tentang budaya rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku dalam negaranya.

Benar, dosa-dosa tidak boleh dihukum oleh manusia. Dosa memang antara manusia tersebut dengan Allah. Sebahagian orang menggunakan hujah ‘personal sin’ sebagai alasan bahawa pemimpin tidak patut dipertanggungjawabkan atas dosa rakyatnya. Saya tidak bercakap tentang pemimpin akan diazab sekiranya rakyatnya berzina, tidak. Saya bercakap tentang pemimpin AKAN DITANYA sejauh mana USAHA yang telah dilakukannya bagi memastikan rakyatnya bebas dari gejala zina. Adakah usaha-usaha itu benar-benar dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh atau semata-mata ‘ambil syarat’?

Adalah suatu yang bodoh dan dungu apabila seorang Perdana Menteri berhujahkan program Sambutan Maulidur Rasul sebagai mekanisma yang telah dilakukannya bagi memastikan masyarakat mencintai Nabi dan menghayati Islam dalam kehidupan mereka, sedangkan dalam masa yang sama dia memejamkan mata dan menghalalkan seribu satu konsert dan hiburan maksiat terus menerus dalam negaranya.

Itu Perdana Menteri, dalam konteks negara. Begitulah juga mana-mana pemimpin dalam mana-mana komuniti. Usaha untuk memastikan masyarakat terdidik dengan amar makruf dan nahi mungkar adalah TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB mereka, apatah lagi mereka mempunyai kuasa dan mereka boleh melakukan sesuatu dengan kuasa tersebut.

PEMIMPIN YANG ADIL

Sebab itulah takrif adil dalam Islam itu luas. Bukan hanya pada kebajikan material. Bahkan maksudnya adalah MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA. ( وضع الشىء في مكانه )

Pemimpin yang adil, akan memastikan kehidupan Islam terpraktik dalam masyarakat yang dipimpinnya.

Pemimpin yang adil, akan menyedari bahawa dia sedang menanggung beban dan amanah daripada Allah, yang kelak akan ditanya.

Pemimpin yang adil, tidak akan menjadikan gejala ikhtilat yang wujud dalam masyarakat yang dipimpinnya sebagai perkara remeh yang dipandang sebelah mata.

Pemimpin yang adil, akan berusaha menjernihkan konsep Islam supaya difahami dan dihayati oleh sekalian orang yang dipimpinnya.

Namun semua ini tidak akan terjadi jika yang lahir adalah pemimpin yang HANYA mementingkan nama dan reputasi. Pemimpin yang gembira apabila disanjung-sanjung dan dipuji-puji oleh rakyatnya. Pemimpin yang mengikut satu demi satu kehendak masyarakat tanpa menjadikan Islam sebagai paksi. Pemimpin yang hanya menjadikan Islam sebagai bab tazkirah di masjid dan surau bukan untuk dibawa dalam kepimpinan dan pentadbiran.

BUAT KAMU YANG CINTAKAN TAQWA

Janji Nabi s.a.w dalam hadithnya :

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

Selama-lamanya akan ada satu golongan yang berdiri dan memperjuangkan kebenaran, tidak memberi kesan ke atas mereka oleh golongan yang menentang dan meremeh-remehkan, sehinggalah datang janji Allah sedang mereka tetap teguh dengan perjuangan mereka.

[ H.R Muslim : 1920 ]

Kita mesti menjadi salah seorang yang berdiri tetap dengan golongan tersebut. Meskipun kita hidup dalam sebuah masyarakat yang tidak mementingkan Islam sebagai cara hidup, yakinlah bahawa golongan yang beriltizam dengan Islam sebagai cara hidup akan terus kekal dan bertambah, meskipun golongan yang menentang dan memperkecil-kecilkan itu adalah majoriti.

Insan yang cintakan Taqwa, adalah insan yang dijaga oleh Allah. Insan yang menyematkan Islam di hatinya, akan diberi kemuliaan dan JIWA BESAR oleh Allah dalam kehidupannya.

Tentang ikhtilat, sebaiknya bebaskan diri kita dari polemik tertutup jumud dan terbuka hanyut.

Gali kembali konsep sebenar Islam untuk dihayati, diyakini, diimani, disebati dalam diri dan disebarkan pada masyarakat. Inilah kerja kita. Inilah namanya DAKWAH.

Dan sesungguhnya dakwah itu telah dijanjikan dengan SUSAH.

Firman Allah Ta’ala :

” Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. Bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya “

[ Al-Mukminun : 71 ]

Sekian.

Digamit Rasa
Rasa itu datang lagi. Sejenis kerinduan.

Beberapa ketika membiarkan blog sunyi tanpa catatan baru, ia bukanlah suatu situasi yang membahagiakan. Ia suatu yang menyeksakan, sebenarnya.

Menulis itu sudah menjadi darah daging. Bukan sekadar hobi, bukan semata suka-suka, bukan suka semata-mata.

Ia suatu ‘rasa’ yang punya jiwa. Tersendiri.

Banyak perkara yang mendatang sebenarnya, di celah-celah banyaknya perkara yang mahu ditulis. Tinta ini jika berlari, matlamat penyudahnya suatu yang mesti. Tiada berhenti-berhenti, kerana kebiasaannya berhenti-berhenti penyudahnya tidak menjadi.

Jika matlamat penyudahnya kelam, rasa untuk menulis pun selalunya akan terpadam.

Penulis pun perlu motivasi, tahu.

Pemberi motivasi pun, kadang kala sangat perlu diberi motivasi.

Manusia tanpa motivasi adalah manusia yang mati.

Nun di kotak e-mail, ramai insan yang dahagakan motivasi. Hari demi hari, satu persatu. Ada ketikanya dibalas laju, ada pula di antaranya dibiarkan dengan diam membisu.

Terhimpit dengan seribu satu komitmen.

Ada jenis manusia yang kerjanya mahu sempurna. Setiap satu ejaan hurufnya mesti betul, kemas dan teratur. Teliti. Kesilapan yang ada meskipun kecil, bisa mencetus resah gelisah di hati. Mesti diperbetul, mesti disempurna. Lalu setiap yang dibuat, fokus mesti mendapat tempat pertama. Tiada fokus, tiada kerja.

Saya manusia jenis itu.

Sebab itu adakalanya penulisan tergendala. Mendahulukan fokus yang lain, menangguhkan idea sedia ada. Akhirnya hilang entah ke mana.

Itu satu bentuk kelemahan. Nama saja manusia, bukan.

Mohon maaf kepada para pembaca yang bertanya. Ada di antaranya bertarikh sebulan yang lepas. Sungguh rasa bersalah pada sebahagian daripada mereka.

Ada kesempatan masa, akan diberikan sedikit sebanyak pandangan yang ada. Jangan hanya menunggu, tetapi rujuklah jua pakar-pakar lain di luar sana. Mungkin jawapan dan pandangan mereka lebih baik dan lebih kena dengan jiwa yang bertanya.

Itu saja.

Coretan ringkas akibat digamit rasa.

Sekian.

Menyingkap Sebuah Keindahan
Dalam kehidupan kita, ada perkara yang kita boleh fahami dengan akal melalui pembelajaran, tetapi ada juga perkara yang kita tidak mampu untuk faham melainkan terlebih dahulu kita rasai dan kecapi perkara tersebut.

Sebagai contoh, kita tidak mampu untuk faham indahnya sebuah percintaan selepas pernikahan, melainkan setelah kita terlebih dahulu merasai dan mengecapi keindahan cinta tersebut.

Biasanya, keindahan ini tidak akan dapat dirasai oleh kita, melainkan setelah melalui proses mujahadah dan kesungguhan melawan apa yang bertentangan dengan keindahan tersebut. Antaranya adalah bermujahadah dan berusaha bersungguh-sungguh melawan keinginan hawa nafsu.

Sabda Nabi s.a.w : ” Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah

hawa nafsu ( keinginannya ) tunduk kepada apa yang aku bawa ( Al-Quran dan Sunnah ) “

Ia suatu perkara yang sukar difahami oleh akal semata-mata. Kerana itu, cerdik dan bijaknya seorang manusia, tidak menjamin iman dan taqwanya kepada Allah. Bahkan, berapa ramai manusia yang cerdik dan pandai tetapi kufur dan ingkar kepada Allah.

MENYINGKAP SEBUAH KEINDAHAN

Melalui kehidupan yang penuh ranjau, menjadikan kita terhijab dari suatu keindahan yang sememangnya didatangkan untuk kita. Keindahan tersebut adalah Islam. Ia sampai kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w setelah menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi. Ia bukan semata-mata perihal solat dan puasa, bahkan merangkumi suatu bentuk cara hidup yang sempurna, mulia dan terpuji.

Malangnya, keindahan Islam yang sepatutnya kita jaga, semakin lama semakin terhijab dari pandangan mata kita. Sehinggalah apa yang kita nampak hanyalah hijab, tidak lagi Islam itu sendiri. Antara faktornya adalah kejayaan musuh-musuh Islam melakukan serangan pemikiran ( ghazwatul fikri ) ke atas ummat Islam seluruh dunia.

Serangan dalam bentuk pemikiran terbukti berjaya menghakis keindahan Islam dari mata ummatnya, khususnya golongan muda dan remaja.

Ideologi Islam yang suci dan bersih, sedikit demi sedikit diracuni oleh ideologi barat yang jelasnya mahu merosak dari dalam. Apa yang dianjurkan oleh Islam ditukar sedikit demi sedikit kepada apa yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam. Sistem yang diajarkan oleh Islam, ditukar dengan sistem yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Begitu juga dengan peraturan dan gaya hidup.

SKEPTIK

Sehinggalah kepada perihal adab dan akhlak. Bermodalkan sikap sebahagian ummat, konsep asal yang indah daripada Islam dinampakkan seolah-olah ianya tidak baik. Seorang muslim yang berkopiah dan gemar bercakap tentang Islam, namun produktiviti sebagai muslim cukup rendah, mutu pekerjaan sangat lemah dan akhlaknya tidak menjadi qudwah, dijadikan alasan oleh sebahagian orang untuk mendakwa bahawa rata-rata muslim yang berkopiah dan bercakap tentang Islam itu tidak baik.

Lalu dicari ‘kebaikan’ dari kacamata mereka sendiri. Apabila diseru kepada cara hidup Islam, aplikasi adab dan akhlak sebagai muslim, maka dipandang sebagai remeh dan skeptikal.

Mencari ‘kebaikan’ selain daripada Islam, sama sekali tidak akan ditemui. Kerana di mana sahaja wujud kebaikan, maka itulah Islam. Sikap dan tabiat buruk segelintir ummatnya, bukanlah modal untuk kita ‘membuang’ Islam dan mengganti dengan fahaman lain, sebaliknya menjadi tugas dan tanggungjawab kita memperbaiki perkara tersebut seterusnya memperjuangkan keindahan Islam untuk dihayati seluruh ummat manusia.

Bukankah Nabi s.a.w itu diutuskan sebagai rahmat seluruh alam?

Malangnya, apabila sebahagian daripada mereka-mereka yang menyedari tuntutan dakwah bersikap sinis terhadap keindahan Islam itu sendiri. Antara punca terbesar adalah kegagalan mereka memahami Islam itu sendiri daripada sumber yang betul. Tafsiran Al-Quran dan syarah kepada hadith serta sirah tidak dihadam dengan baik sebelum berpencak di medan dakwah, menjadikan apa yang mereka ucap dan perjuangkan akhirya mendatangkan fitnah.

TUGAS SEHINGGA QIAM AS-SA’AH

Keindahan Islam mesti diperjuangkan supaya ia difahami dan diterima oleh seluruh ummat manusia. Inilah tugas sekalian manusia yang menyedari tanggungjawab mereka untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Dan sesungguhnya, seseorang yang gagal mengenal dan mengecapi keindahan Islam, tidak akan mampu untuk menjadi salah seorang yang memperjuangkannya.

Sebagaimana seorang yang tidak mampu menceritakan nikmatnya bertahajjud di sepertiga malam, melainkan setelah dia terlebih dahulu melazimi dan mengecapi kenikmatan tersebut.

Berhati-hatilah dengan serangan pemikiran dari musuh-musuh Islam yang ingin merosakkan Islam dari dalam. Yakinlah bahawa mereka tidak akan berdiam diri melainkan setelah sekalian ummat ini berjaya dirosakkan oleh mereka. Lalu sebahagian kita bertanya, bagaimana mahu menyediakan perisai dalam mendepani mereka?

Tidak lain dan tidak bukan, kembalilah kepada apa yang Nabi s.a.w sebutkan : ” Gigitlah dengan gigi gerahammu, Kitab Allah ( Al-Quran ) dan hadith Nabi s.a.w “

Ambillah ilmu dari lidah ulamak yang amilin lagi muttaqin. Mereka yang menghabiskan masa dan tenaga mereka bukan untuk kenikmatan dunia apatah lagi sanjungan manusia, sebaliknya benar-benar ikhlas mengabdikan diri di jalan Allah. Merekalah pewaris tugas para Nabi sehinggalah sampai hari kiamat.

Dampingilah mereka dan berjuanglah bersama mereka.

Sekian.

Pasir Di Hujung Kaki
Dia mengeluh lagi. Hamparan pantai di hadapan mata tidak mampu melerai serabut di jiwa. Benarlah kata sang pujangga, hati yang tidak bertemu ketenangan adalah kemuncak penderitaan seseorang manusia.

Dan dia sedang merasai setiap detik derita tersebut.

Cara bagaimana lagi untuk aku lakukan agar aku tidak mengulanginya? Dosa itu sungguh pedih! Nikmatnya seketika, azabnya sentiasa.

Kalau mampu untuk aku cabut akar nafsu dalam diri, sudah lama aku cabut. Tetapi mustahil.

Kalau mampu aku cari sebuah tempat yang tiada manusia selain aku, tentu aku cari. Tetapi aku tak mampu.

Hentakan demi hentakan menghujani dinding hati seorang hamba yang khilaf dengan dirinya, kerana sebuah dosa.

Dosa yang menjadikan dirinya gundah saban waktu dan ketika, namun untuk memencilkan diri darinya, dia tidak berdaya.

Saya kat masjid. Dengar tazkirah Ustaz Rahman. Ada ape?

Selesai patah-patah tersebut ditaip, butang send ditekan. Sebelumnya, nama Arina tertera di skrin telefon.

Ok. Hm. Takde pape. Sori ganggu.

Sms balas diterima.

Ada nada harapan pada mesej pertama yang diterima sebelumnya. Bagai mahu mengajak berborak. Mereka saling suka dan saling cinta.

Tetapi bukankah baru minggu lepas Arina menyatakan ketegasan untuk berhenti berhubungan? Pujukan demi pujukannya selepas itu tidak berkesan. Arina mahu berhenti dari cara mereka berhubung dengan alasan ia tidak menjaga batasan pergaulan yang dibenarkan agama. Arina terkesan dengan kuliah agama yang diikuti bersama kakaknya, siswazah lepasan Timur Tengah.

Dan kerana itu jugalah, dia jadi begitu. Tidak berhubungan dengan kekasih hati, samalah seperti putus cinta. Maka dia mula mencari masjid dan tazkirah. Bukan tidak dicari tempat-tempat yang lain untuk menghilangkan duka jiwa, tetapi akhirnya, hanya masjid yang mampu menenangkan jiwanya.

Dia sudah merasa tenang. Sangat tenang. Tetapi apabila menerima kembali mesej Arina, ketenangan itu seolah diragut.

Ketenangannya tercabar. Tazkirah hanya dihayati separuh, separuh lagi jiwanya telah keluar jauh dari masjid tersebut.

Susu dan arak, sedang dihidang bersama di hadapan mata.

Dalam kegalauan melawan rasa, mata dipejam dan akhirnya gelas arak pun dicapai.

Engkau tentu pernah mendengar bahawa mukmin sebenar itu sentiasa diuji, bukan?

Ia kandungan firman Tuhan. Tercatat dalam Surah Al-Ankabut.

” Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan berkata ; kami telah beriman – sedangkan mereka tidak diuji? “

Dan salah satu ujian paling besar pada manusia adalah untuk melawan kehendak dalam jiwanya. Kehendak yang mahu mencantumkan huruf-huruf sehingga dieja dosa atau maksiat.

Ujian untuk menuang arak ke tanah tatkala gelas arak berada hampir di bibir.

Ah. Minumlah dulu. Lepas ni jangan minum lagi.

Jangan percaya. Itu semuanya dusta syaitan durjana. Jika kamu minum, selepas itu kamu akan terus minum. Setiap kali kamu teragak-agak untuk minum, syaitan akan memujukmu dengan pujukan yang sama.

Minumlah. Sayangnya, gelas dah depan mata.

Lalu manusia tewas dengan godaan dan pujukan tersebut.

Ketika hati bertekad untuk berubah, meninggalkan perhubungan tidak berbatas, pujukan segera datang.

Kamu tak rindu? Jangan tipu diri sendiri. Apa salahnya kamu sms? Satu je, bukan banyak. Sambil baca Quran pun boleh sms.

Bisikan itu hadir dan terus hadir. Sehinggalah Al-Quran yang dibaca hilang manisnya, tazkirah yang didengar hilang tenangnya, lalu manusia kembali kepada tabiat lama yang ‘kononnya’ bisa memberi bahagia pada jiwanya.

Namun, di hujung sebuah dosa, ada derita.

Perit melakukan dosa, tidak sama dengan perit terjebak kembali dengan dosa setelah bersusah payah bangkit meninggalkannya.

Terasa bagai diri terlalu hina dan tak punya apa-apa. Harapan? Semuanya musnah. Amalan kebaikan yang diusahakan bagai tidak ada maknanya apa maksiat kembali diberi kuasa.

Lalu, terbitlah sebuah keluhan panjang.

Aku sudah berusaha untuk berubah. Betapa susah untuk aku mendaki setiap anak tangga. Namun akhirnya, begitu mudah aku tergelincir dan jatuh terjelepuk ke bawah.

Ingin daki kembali? Bagaimana kalau aku kembali jatuh?

Lalu syaitan pun datang, untuk kesekian kalinya.

Sudahlah. Jangan kau daki lagi anak tangga tersebut. Pasti dan pasti, engkau akan jatuh kembali. Engkau tak mungkin akan berubah. Mustahil engkau boleh tinggalkan tabiat dosa tersebut!

Janji Allah itu benar, wahai manusia.

Bila Allah berfirman ; janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Itu petanda bahawa Allah menjanjikan suatu bentuk bahagia bagi manusia yang tidak berputus asa. Termasuk, dalam usahanya meninggalkan dosa.

Benar. Syaitan akan mengungkap nista, kononnya perubahan tidak akan kekal lama. Tetapi hakikatnya, berkekalan dalam dosa itu lebih parah deritanya.

Berumah di tepi pantai, bagaimana berjaga-jaga sekalipun, kadangkala di hujung kaki terlekat pasir jua.

Namun jangan dibiarkan pasir itu kekal lama. Siram dan basuhlah ia, sebelum menjejak tikar sejadah menghadap Yang Maha Esa.

Jangan kerana beranggapan esok akan terpalit pasir lagi, maka pasir sedia ada tidak dibasuh dan dibiarkan saja.

Kerana akibatnya, sepanjang malam lenamu tidak akan bertemu tenangnya.

Sekian.

Mahu Bernikah, Jangan Contohi Tin Kosong
Kadangkala, apabila kebetulan berbual dengan teman yang usianya lebih muda dari saya, saya hanya tersenyum apabila topik blog saya diutarakan. Kemudiannya, saya akan membalas sambil tersenyum ; tak payahlah baca blog ana.

Apabila saya mengungkapkan begitu, bukan bermakna saya berbasa basi atau malu tersipu-sipu. Jauh sama sekali. Apabila saya ungkapkan begitu, saya memang maksudkan begitu.

Menulis tentang isu yang berlegar sekitar persoalan remaja, cinta, hubungan lelaki perempuan dan sebagainya, sisi buruknya memang ada. Kebiasaannya, bila saya mengungkapkan kalimah ‘jangan baca’ maka bermakna saya sedang memberi pertimbangan kepada sisi buruk tersebut mengikut siapa yang sedang saya bercakap.

Sedang pada ketika yang lain, saya tidak menegah bahkan menggalakkan.

BENDA BAIK JANGAN OVER DOS

Antara sisi buruk yang saya maksudkan adalah lahirnya anak-anak muda yang berlebihan dalam berbicara ‘benda baik’.

Saya beri satu contoh ; katakan, saya mempunyai seorang jiran.

Dia seringkali datang menziarahi saya. Kali pertama, dia meminta pandangan saya tentang kahwin di usia muda. Dengan senang hati, saya memberi pandangan saya. Saya nampakkan sudut positif, negatif dan saya sertakan juga nasihat-nasihat yang saya fikir perlu untuk dirinya. Kemudian dia berterima kasih dan kelihatan gembira dengan apa yang dia dapat.

Selang dua hari, dia datang lagi. Topik lain pula ditanya, namun masih berlegar pada isu yang serupa. Saya masih menjawab dan melayan rasa ingin tahunya. Selang dua hari, dia datang lagi. Sehinggalah kepada setiap petang dia mesti datang. Dari persoalan yang di awalnya dia benar-benar tidak tahu dan ingin tahu, berubah kepada mahu bersembang benda yang dia telah tahu. Bila saya bercakap topik lain, dia hambar. Bila dibicara topik cinta dan nikah kahwin, dia bersemangat.

Inilah yang saya katakan sebagai over dos. Ketagih bercakap dan berfikir benda yang dirasa sebagai ‘baik’, sedang dia tidak sedar tabiatnya itu telah menjadi suatu yang tidak baik.

BERCAKAP BILA PERLU

Antara sikap dan jatidiri orang berilmu adalah dia tidak bercakap melainkan apabila perlu. Dan sikap ini sewajibnya wujud pada diri anak-anak muda, apatah lagi yang bergelar mahasiswa. Mereka akan bercakap apabila perlu dan akan dipastikan apa yang mereka cakap benar-benar berfaedah dan bermanfaat.

Anak muda yang punya masa depan serta visi dan misi yang jelas, adalah anak muda yang mencintai masa dan fokus mereka. Bukan dileburkan untuk bersembang kosong dan bercerita perkara yang sia-sia.

Berbicara tentang cinta, jodoh, calon suami atau isteri dan sebagainya bukanlah suatu yang tidak baik. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap segelintir anak muda yang mengklasifikasikan perbincangan sebegini sebagai ‘tidak baik’, manakala perbincangan tentang akademik, kerjaya dan sebagainya adalah suatu yang ‘lebih baik’.

Pada saya, yang salah bukan tajuk, sebaliknya cara kita membicarakan tajuk menentukan betul atau salahnya kita.

Meminggirkan terus dari berbicara tentang calon, pernikahan dan sebagainya juga tidak baik. Mana mungkin anda boleh bersungguh-sungguh belajar demi beroleh kerjaya pada masa akan datang tetapi anda mengambil remeh isu pengetahuan dan persediaan ke arah perkahwinan sedangkan itu juga adalah perkara yang akan anda tempuhi di masa hadapan.

Namun berbicara dan terus berbicara tentang calon, tentang pernikahan dan sebagainya berulang-ulangkali, juga adalah suatu yang tidak baik. Kita hanya menjadi baik apabila bercakap mengikut keperluan, tetapi apabila kita terus terusan bercakap dan berborak tanpa keperluan, sebaliknya hanya untuk berseronok-seronok, maka kita tidak lagi menjadi baik.

TIN KOSONG

Setiap malam, hanya itu yang didendangkan. Waktu belajar, waktu makan, waktu minum petang, pasti topik itu yang keluar.

Cuba bayangkan kalau anda tinggal dengan orang seperti itu. Sekali atau dua kali, mungkin anda mampu bersabar dan melayan cakapnya. Namun jika berlarutan, sehingga segala perkara lain tidak diendahkan, masihkah anda mampu bersabar? Serupalah dengan situasi yang saya contohkan di atas. Jika berlarutan, mungkin saya akan menegur atau mengelak terus dari menerima tetamu seperti itu.

Mahu bernikah, itu suatu yang terpuji. Tetapi jalan mencapainya, bukan dengan berborak mengenainya saban hari. Sebagai mahasiswa, terutamanya, ada perkara lain yang lebih besar dan penting untuk diberi perhatian secara adil. Bagaimana dengan pelajaran, bagaimana dengan gerak kerja dakwah, tarbiyah diri dan sebagainya. Jika hanya topik nikah yang kita rancakkan, maka topik-topik yang lain akan tenggelam. Bermakna, kualiti kita sebagai mukmin juga merudum.

Janganlah kita mencontohi tin kosong. Dengan sebiji batu di dalamnya, bila digoncang saban waktu akan membingitkan telinga. Dengan satu modal untuk berborak tentang calon atau tentang nikah, maka diulang borak saban waktu sehingga menyendatkan kepala. Bukan kepala kita, tetapi kepala orang yang terpaksa menadah telinga. Contohnya, teman serumah kita, atau teman sebilik kita. Contoh lain, teman satu tempat kerja dengan kita.

Sedangkan, kuat atau tidak bunyi tin kosong itu, ia tetap tidak memberi kesan apa-apa. Banyak atau sikit anda berborak tentangnya, ia tidak berkaitan dengan cepat atau lambatnya jodoh anda tiba.

UBAH DIRI DAN JAUHI FITNAH

Tabiat seperti ini, jika wujud pada diri pemuda atau pemudi yang ada potensi diri, ia akan mengundang fitnah pada diri mereka sendiri. Seorang pemuda, yang sedar tentang kepentingan dakwah umpamanya, namun bicaranya saban hari hanyalah tentang calon isteri, tentang tunang ( jika sudah bertunang ) dan sebagainya, akan mengundang fitnah pada dirinya sendiri. Benda baik yang ingin diperjuangkan, dicerminkan sebagai tidak baik melalui tingkah laku dan perbuatan.

Ubahlah tabiat tidak baik tersebut sebelum memakan diri.

Berbicara tentang cinta, nikah kahwin dan sebagainya, biarlah dalam konteks yang membina. Berbicara dengan orang yang arif lagi berpengalaman, itu suatu yang mesti dan terpuji. Menelaah buku-buku persediaan ke alam rumahtangga, suatu yang mesti dan terpuji. Adapun berborak dan bersembang kosong, semata-mata untuk mengusik teman, bergelak ketawa dan sebagainya, maka itu bukan lagi suatu yang mesti apa lagi terpuji.

Saya menulis blog untuk audiens dan sasaran yang besar dan yang benar-benar memerlukan, namun kerisauan tetap bertandang apabila melihat audiens yang saya kira kurang memerlukan. Namun sebagai penulis, saya pastinya mengalu-alukan kunjungan setiap orang sebagai ‘pembaca yang budiman’.

Maka apa yang tinggal pada saya adalah memberi nasihat. Agar tabiat yang tidak baik tidak melarat. Agar kita menjadi anak muda yang cermat. Tidak berlebih-lebihan sehingga mengundang mudarat.

Perbanyakkanlah solat hajat dan taubat.

InsyaAllah, jodoh akan tiba, cepat ataupun lambat.

Sekian.

Bila Dihamba Pesona Cinta
Cinta bukan sekadar kalimah yang indah disebut, tetapi juga candu yang cukup luar biasa.

Ia menjadikan ‘mangsanya’ hilang pertimbangan, gagal menetapkan pendirian dan cenderung untuk mengikut sahaja ‘naluri’ tersebut tanpa panduan.

Seseorang boleh memberi dan terus memberi, berkorban dan terus berkorban, bagai lilin yang terus terusan membakar diri, semata-mata atas nama ‘cinta’.

Tiada siapa dapat nafikan, penangan sebuah cinta memang cukup luar biasa.

CENDERUNG MEMBERI

Lilin yang menyala membakari dirinya

Buat menerangi insan yang memerlukan

Tanpa disedari diri sendiri sirna

Duka nestapa dibiarkan saja

– Pesona Cinta, Hijjaz

Salah satu ciri-ciri orang jatuh cinta adalah, dia sanggup melakukan apa sahaja, sanggup memberikan apa sahaja dan sanggup mengorbankan apa sahaja.

Tanpa balasan.

Seorang manusia dilengkapi dengan sifat ego secara semulajadi. Ego itu menjadikannya tidak mudah ikut orang dan tidak mudah mengalah dengan orang.

Namun cinta terbukti berkuasa menyahkan ego seorang manusia.

Filem menggambarkan kesanggupan seorang lelaki membakulsampahkan egonya kerana cinta, dengan merayu-rayu di pagar rumah kekasih hatinya tika hujan turun lebat.

Novel menggambarkan kesanggupan seorang perempuan melupakan hak dirinya untuk bahagia dengan berterusan menanggung derita, asalkan lelaki yang dicintainya bahagia.

Dalam dunia percintaan anak muda remaja, memberi dan berkorban seperti itu adalah normal bahkan terpuji.

Rata-rata yang menghayati kisah cinta seperti itu akan merasa terharu dan terkesan dengan sebuah ‘pengorbanan’ atas nama cinta.

Kata mereka kemudiannya, itulah cinta. Memberi tanpa mengharap apa-apa.

TIDAK CERDIK

Allah Ta’ala sebagai Pencipta kepada manusia, Maha Tahu akan selok belok cinta yang fitrahnya wujud dalam diri setiap manusia. Lantas manusia diberi satu bentuk manual tersendiri untuk mengemudi cinta tersebut, iaitulah Al-Quran dan Hadith.

Sebabnya mudah. Allah Maha Tahu yang cinta itu jika tidak kena dengan caranya, maka manusia akan menjadi tidak cerdik. Sedangkan Islam datang untuk mencerdikkan. Menyedarkan bahawa cinta itu alat, sedang Allah adalah matlamat. Maka janganlah manusia menjadi hamba kepada alat.

Saidina Ali pernah menyebut sebuah kata-kata yang masyhur :

Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa memuhasabah dirinya dan membuat amal persiapan sebelum menemui mati. Orang yang tidak cerdik pula adalah orang yang suka mengikut hawa nafsu dan dalam masa yang sama berangan untuk mendapat macam-macam nikmat dari Allah.

Itu satu bentuk kecerdikan yang Islam mahu.

Buat amal, tetapi untuk hidup selepas mati.

Bercucuk tanam di dunia, hasilnya tuai di akhirat.

Nah, cinta juga begitu.

Orang bercinta yang tidak cerdik adalah, bercinta dengan memberi dan berkorban, tanpa mengharap untuk mendapat apa-apa. Bahkan secara hakikatnya pun, memang tidak mendapat apa-apa.

Tetapi orang bercinta yang cerdik adalah, bercinta dengan memberi dan berkorban, tetapi untuk mendapat habuan dan ganjaran di akhirat sana.

PERBEZAAN

Dalam alam percintaan sebelum kahwin, pesona cinta memang berlaku. Mencandukan akal manusia sehingga kerap kali bertindak tidak waras dalam perbuatannya. Duit dilabur, masa diluang, perhatian diberi, bahkan banyak berlaku, tubuh juga digadai. Biarlah tidak beroleh apa-apa, asalkan dia dapat ‘memberi’.

Begini jadinya

Bila dihamba pesona cinta

Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

– Pesona Cinta, Hijjaz

Ya. Memberi, atas nama cinta. Atas sebab dihamba sebuah pesona cinta.

Bila ditegur, mereka berdalih. Kata mereka, mereka bukan tidak mendapat apa-apa. Bahkan mereka dapat. Mereka dapat cinta, kasih dan sayang dari buah hati mereka.

Tetapi cuba kita lihat perbezaan mereka dengan orang-orang yang berada di alam percintaan selepas kahwin.

Cinta selepas kahwin, realitinya bukan semua indah. Ada juga yang diuji. Isteri tidak mendapat kasih sayang dan perhatian dari suami. Suami mendapat isteri yang sikapnya tidak menyenangkan hati, dan sebagainya. Namun pesona cinta tetap berlaku.

Meski suami sedikit dingin, namun isteri tetap juga ‘memberi’ dan berkorban. Layanan paling baik tetap dipersembahkan. Senyum tetap dikuntum meski hati bersalut duka. Suami juga begitu. Nafkah tetap diberi, hadiah tetap dihulur.

Bolehkah mereka juga dikira sebagai ‘dihamba pesona cinta’?

Ya. Boleh.

Tetapi bukan versi tidak cerdik.

Sebabnya?

Mereka memberi untuk menerima, bukan semata-mata memberi tanpa mengharap menerima apa-apa.

Seorang mukmin berhutang amalannya dengan Allah, untuk menuntut syurga di akhirat kelak.

Begitu juga cinta seorang isteri. Dia melabur segenap keikhlasannya berkhidmat untuk suami, semata-mata untuk merebut syurga Allah di akhirat kelak. Suami juga begitu, kesabarannya mendidik isteri, tidak diharap balasan pantas di dunia, tetapi pemberian agung Allah di akhirat kelak.

HAMBA SEBUAH CINTA

Hamba yang cerdik, adalah hamba yang mengenali siapa tuannya. Seorang mukmin yang mengenali siapa Tuhannya, akan menjadi hamba kepada CINTA dan bukannya cinta.

CINTA, balasannya ada, iaitu di akhirat.

Cinta, boleh jadi tiada balasan apa-apa. Menanggung sakit hati semata-mata sewaktu couple, berkorban bagai nak rak, akhirnya clash juga.

Justeru bangkitlah dari terus menjadi hamba kepada sebuah cinta.

Memberi dan terus memberi atas nama cinta, walaupun tidak mendapat apa-apa.

Kerana sesungguhnya, cinta yang sebenar adalah memberi dan berkorban, dengan mengharapkan ganjaran besar di akhirat kelak. Dan ini tidak terjadi melainkan dengan cinta bersyariat.

Mari terpesona dengan janji Allah, dan bersama menyulam cinta untuk dipersembahkan kepada-Nya.

Sekian.

Kahwin Bukan Sehari Dua
” Keseronokan kahwin itu hanya satu bulan “

Ada satu pepatah mengungkap begitu.

Bunyinya agak tidak munasabah. Masakan perkahwinan yang begitu bahagia, cuma bertahan satu bulan?

Namun bukan itu maksud ungkapan. Isyaratnya lebih kepada menyedarkan anak-anak muda bahawa perkahwinan, tidak cukup dengan seronok-seronok sahaja. Kalau berasa cukup dengan seronok-seronok, padahnya menanti selepas sebulan.

Kerana hakikatnya, perkahwinan adalah medan realiti yang menghimpunkan tangis dan ketawa, bukan hanya ketawa semata-mata. Ia juga menghimpunkan senyum ceria dan masam mencuka, bahkan kadangkala marah membara. Paduan dan himpunan kesemua inilah yang melahirkan kalimah ‘rumahtangga’. Boleh jadi kalau hanya ada ketawa dan suka ceria, ia bukan rumahtangga, sebaliknya hanyalah tangga sahaja.

Dek kerana itu, orang tua-tua tidak mudah mahu memberi izin anak muda berkahwin.

” Kahwin ini berat nak, kamu masih terlalu muda…”

Begitu lebih kurang ungkapannya. Menghalang dalam pujukan.

Bukan kerana orang tua-tua tidak nampak kebaikan berumahtangga.

Bukan juga kerana menafikan kebaikan berkahwin di usia muda.

Tetapi kerana rasa risau dengan kebolehan dan kemampuan jiwa-jiwa muda zaman sekarang untuk memasuki alam rumahtangga.

Sudah cukup bersediakah mereka?

Sudah cukup matangkah mereka?

Ini antara persoalan yang membebankan benak mereka dalam memberi izin berkahwin kepada anak muda.

KESEDIAAN BERUBAH

Ramai anak muda agak tidak berpuas hati apabila keinginan mereka untuk berumahtangga seolah tersekat dengan ketidakyakinan orang tua.

Mereka merasakan alasan ‘mereka masih muda’ atau ‘banyak lagi perlu diubah’ adalah tidak relevan, kerana dalam diri mereka sendiri benar-benar telah wujud satu tekad dan keazaman yang jitu untuk melakukan perubahan.

Mereka yakin yang mereka sedar, perubahan itu suatu yang mesti dalam menuju perkahwinan.

Maka mereka membuat perubahan pada sikap, cara berfikir dan cara bertindak.

Azam untuk mendirikan masjid menjadi tonggak utama yang menyokong perubahan tersebut.

Namun di pihak orang tua, sekali lagi mereka bukanlah menafikan kesediaan anak muda untuk berubah. Mereka tahu, anak muda yang ingin berkahwin di usia muda bukan calang-calang anak muda. Anak muda yang tiada inovasi dalam diri tidak akan berfikir untuk berkahwin kerana masih muda.

Cuma, mereka mahu menyatakan bahawa orang tua lebih dahulu makan garam berbanding orang muda.

Justeru bukan kesediaan berubah yang dibimbangkan, tetapi kesediaan untuk mengekalkan momentum perubahan yang dimulakan.

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Maklum saja, anak muda banyaknya cenderung bertindak atas dasar semangat.

Tika semangat berkobar-kobar, apa sahaja rasa mampu ditempuh. Namun tatkala semangat merudum, apa lagi yang tinggal?

Lebih malang jika bertemu dengan realiti ungkapan pepatah di awal artikel ini.

Semangat berkobar-kobar hanya untuk bulan-bulan pertama, dan bulan madu. Kemudiannya apabila didatangi jemu, bosan, terbeban, lemah semangat dan sebagainya, mengeluh tidak tenang dan tidak senang, sehingga sampai ke tahap mahu membubarkan perkahwinan.

Inilah yang ditakuti dan dibimbangi.

CARA MENGATASI

Mungkin akan ada yang berkata ; lemah itu lumrah manusia. Mana ada manusia yang sentiasa bersemangat.

Benar, justeru itulah pesanan ini ditulis.

Bukan untuk memenangkan hujah orang tua, atau keyakinan anak muda.

Tetapi untuk sama-sama beringat dan berwaspada, bahawa hakikatnya kahwin itu bukan untuk sehari dua.

Cara mengatasi perasaan putus asa, jemu dan bosan dalam mengharungi cabaran berumahtangga, pertamanya adalah dengan kembali kepada nawaitu kita mula-mula.

Ada orang, kahwinnya cuma untuk membahagiakan si dia. Lantas segala apa yang dibuat, dibayangnya wajah dan keredhaan pasangannya. Lama kelamaan, rasa jemu dan lesu, apatah lagi jika merasakan pengorbanan dan apa yang dilakukannya seolah tiada timbal balasnya. Di situlah bermulanya rasa futur dan putus asa.

Nawaitu mula-mula harus betul.

Matlamat membahagiakan pasangan adalah lebih kecil berbanding matlamat untuk menyempurnakan pencarian redha Allah.

Apabila matlamat agung itu menguasai jiwa, ia akan menjadi perisai ampuh dari serangan putus asa.

Tidak mengapalah jika hingga hari ini aku merasa tidak beroleh apa-apa dari dia, kerana hakikatnya Allah menghitung penat lelah dan keikhlasanku sejak dari mula.

Seorang mukmin, tidak melihat ungkapan itu sebagai ‘dongengan’ sebaliknya ungkapan itu adalah pegangan keimanan.

Dia berkahwin bukan semata-mata untuk diri dan pasangan, sebaliknya untuk Allah.

Perkahwinannya adalah jalan ke syurga, bukan terhenti setakat di dunia.

Maka dia tidak pernah merasakan kahwin itu cuma sehari dua, sebaliknya perkahwinan itu adalah sehingga ke akhirnya. Hingga ke syurga.

Lalu hidupnya dalam rumahtangga disuburi dengan keikhlasan dan dibajai dengan kesabaran. Tiada satu pun yang dia lakukan dalam melengkapi tanggungjawabnya melainkan diniatkan ikhlas kerana Allah.

Justeru Allah hadirkan baginya suatu bentuk kekuatan.

Setahun.

Tiga tahun.

Lima tahun.

20 tahun.

40 tahun.

Sehingga dia tersedar dan tersenyum, betapa dirinya telah melalui perjalanan yang cukup jauh dalam kehidupan berumahtangga, dan dia masih ‘selamat’ dengan penjagaan dari Allah.

Kalam itulah yang ingin disampaikan kepada anak-anak muda.

Bukan tidak mahu mengizinkan, tetapi tersekat dengan gelora kebimbangan.

Berkahwinlah dengan suatu persediaan.

Bukan hanya persediaan untuk berumahtangga, sebaliknya persediaan untuk terus sedia berubah dan mengekalkan momentum perubahan.

Kerana kegagalan akan segera mendatang tatkala seseorang itu berhenti melakukan perubahan.

Lalu berpanjanganlah peringatan ; kahwin itu, bukan hanya sehari dua.

Sekian.

Tiada Lagi Followers?
Sedang mencuba theme baru untuk blog, baru terperasan berita tentang google membatalkan servis Google Friend Connect ( GFC ).

Bermakna selepas ini, tiada lagi widget followers untuk selain pengguna blogger.

Saya menjenguk kembali rakan-rakan yang telah mengikuti blog saya. Sejak 2007 hingga sekarang.

Jumlahnya tidaklah ramai, tetapi mencecah seribu lebih.

Apa akan jadi kepada followers tersebut, samada mereka akan terus mendapat update dari blog atau bagaimana, saya kurang pasti.

Namun paparan widget tersebut tidak lagi wujud di blog saya.

Kiranya tinggal kenangan lah ni.

Diganti dengan Google + yang saya sendiri masih pening menggunakannya.

Apapun, terima kasih kepada semua rakan-rakan followers.

Silalah kembali menjadi follower saya di Google + pula.

Mudah-mudahan perkongsian ini akan berterusan hingga ke akhirnya.

InsyaAllah.