Blog Sabree Hussin

The Psychology of Selling – Psikologi Menjual
Adakah anda cari rezeki dalam bidang jualan?

Jika jawapan anda adalah ya, saya ingin kongsikan sebuah buku yang pada pandangan saya, sangat bagus untuk dibaca.

Sesiapa yang ingin bina karier dalam bidang jualan, saya syorkan baca buku berjudul The Psychology of Selling karya Brian Tracy ini.

Untuk versi terjemahan, buku ini diberi judul Psikologi Menjual.

Ia diterbitkan pada tahun 2004 dan mengandungi 236 mukasurat.

Jika anda serius nak belajar cara-cara tingkatkan jualan, ilmu-ilmu yang terkandung dalam buku ini pastinya akan memberi impak positif kepada anda. Karier dan prestasi anda dalam bidang jualan pasti akan menunjukkan peningkatan, setelah anda baca dan praktikkan apa yang diajarkan dalam buku ini.

Saya juga adalah pembaca buku ini, dan hingga kehari ini, saya dah baca buku ini berulang-ulang kali. Ajaibnya, setiap kali saya ulang baca buku ini, saya pasti akan dapat idea baru atau setidak-tidaknya semangat baru untuk saya terus fokus kepada aktiviti membuat jualan.

Saya akui ada banyak teknik-teknik dan strategi yang diajarkan dalam buku ini yang saya sendiri praktikkan dalam setiap usaha jualan yang saya jalankan. Boleh dikatakan, kebanyakkan perkara yang saya tahu tentang membuat jualan, tak kiralah sama ada buat jualan secara online, ataupun secara offline, asasnya saya banyak belajar dari buku ini.

Maka tak syak lagi. Buku ini pasti sesuai untuk anda.

Tak kira walau apa industri anda berada sekarang, asalkan anda terlibat dengan aktiviti jualan, buku Psikologi Menjual ini sesuai dijadikan sebagai salah satu bahan bacaan dan rujukan anda.

Bila anda baca buku ini, saya harap anda bukan sekadar baca sepintas lalu, sebaliknya saya galakkan anda baca dengan bersungguh-sungguh. Kalau bacaan kali kedua dan seterusnya, yang tu anda boleh baca ikut bab atau topik yang anda minat sahaja pun tak apa.

Sambil baca tu, boleh buat nota dan catatan ringkas mengenai perkara-perkara penting yang anda perlu tahu dan perlu buat apabila melakukan usaha jualan. In Shaa Allah bila anda buat latihan sedemikian, akan muncul banyak idea-idea baru yang anda boleh praktikkan untuk membantu anda buat jualan.

Baiklah, posting kali ini, saya nak kongsikan review tentang buku berjudul The Psychology of Selling (Psikologi Menjual) edisi Bahasa Melayu ini. Kalau anda rasa buku ini menarik, boleh dapatkan satu untuk dijadikan rujukan.

Kalau nak beli secara online, boleh ke pautan berikut.

Beli dari PG Mall >> Gunakan pautan ini

Beli dari Lazada >> Gunakan pautan ini

Beli dari Shopee >> Gunakan pautan ini

Bab 1: Rahsia Kerjaya Jurujual

Buku The Psychology Of Selling ini berjaya membuka mata saya dan mengubah perspektif saya mengenai kerjaya dalam bidang jualan. Kalau sebelum ini, saya pernah beranggapan bidang jualan ini sangat susah dan saya malu sebenarnya nak menjual.

Kalau boleh saya nak cuba mengelak daripada terjebak dengan sebarang aktiviti jualan.

Tapi bila saya mula didedahkan dengan ilmu-ilmu yang betul, saya mula faham, sebenarnya bidang jualan ini sangat penting dan ia merupakan nadi bagi sesuatu perniagaan.

Kemudian pada satu hari, apabila saya sendiri cuba nasib dalam bidang jualan, dan akhirnya berjaya membuat jualan yang pertama, baru saya tahu rupa-rupanya bidang jualan ini sangat menyeronokkan.

Ia bukan semata-mata tentang jual barang.

Tapi kita sebenarnya membantu pelanggan kita menyelesaikan masalah yang dia sedang hadapi, dan perasaan dapat bantu selesaikan masalah orang lain sebenarnya sangatlah… BEST!

Jurujual adalah orang penting

Dalam bab ini, Brian Tracy ada memasukkan perbincangan mengenai kerjaya jurujual yang mana beliau menyifatkan seorang jurujual sebagai orang yang penting dalam sesebuah organisasi.

Syarikat yang terbaik, biasanya mempunyai pasukan jurujual yang terbaik, manakala syarikat yang kedua terbaik, juga mempunyai pasukan jurujual yang kedua terbaik.

Tanpa jurujual yang bagus, syarikat yang paling besar sekalipun akan gulung tikar dan tak akan mampu untuk meneruskan operasi perniagaan mereka.

Bidang jualan menawarkan pendapatan lumayan dan jaminan kerja

Jika anda mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam bidang jualan, anda berpeluang untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dan tak perlu risau lagi mengenai peluang kerja.

Walaupun dunia berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi, khidmat jurujual profesional akan sentiasa diperlukan. Apabila berlaku kegawatan ekonomi, individu yang bekerja dibahagian pentadbiran (admin) atau sokongan (support) ada kecenderungan untuk hilang pekerjaan, sebaliknya individu yang berupaya menyumbangkan jualan (sales) akan lebih terjamin, dengan syarat individu tersebut masih mampu menghasilkan jualan.

Namun, bagaimana kalau syarikat tak mampu untuk teruskan operasi? Seorang jurujual boleh berpindah ke syarikat lain, yang mempunyai jawatan kosong untuk posisi yang sama.

Jika dia tidak berpindah ke syarikat lain sekalipun, dia masih boleh teruskan kehidupan dengan menjadi jurujual sambilan, ataupun memulakan perniagaan mereka sendiri.

Potensi pendapatan seorang jurujual sebenarnya tiada hadnya. Lazimnya, lebih kuat dia berusaha, lagi banyak pendapatan yang boleh dihasilkan.

Semakin lama seseorang itu berada dalam bidang jualan, kemahiran dan kepakaran beliau akan turut meningkat, dan ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada pendapatan yang bakal dihasilkan.

Apa yang menentukan pendapatan anda dalam bidang jualan?

Berapa banyak pendapatan yang bakal dihasilkan sebenarnya berkait rapat dengan psikologi seseorang. Brian memperkenalkan istilah Self Concept atau konsep diri dalam bidang psikologi.

Self concept ini merujuk kepada satu konsep bagaimana kita melihat, membayangkan atau menggambarkan tingkah-laku, kebolehan dan karekter unik diri kita sendiri.

Jumlah pendapatan yang bakal kita perolehi amat berkait rapat dengan konsep diri. Ahli psikologi mendapati seseorang itu tidak mungkin memperoleh pendapatan kurang ataupun melebihi 10 peratus daripada pendapatan yang sudah ditetapkan oleh konsep diri kita.

Apabila konsep diri kita adalah positif, kita akan jadi lebih mudah untuk mencari prospek, menjalankan kerja-kerja pemasaran dan seterusnya mendapatkan jualan.

Sebaliknya, jika konsep diri kita adalah negatif, kita akan rasa susah untuk cari prospek. Hanya dengan membayangkan aktiviti mencari prospek sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu merasa cemas, rimas dan tak selesa.

Sampai satu tahap, mereka akan mencari helah dan alasan supaya tak perlu melakukan kerja-kerja mencari prospek.

Ubah zon selesa (comfort zone)

Bagi individu yang ingin meningkatkan pendapatan dalam bidang jualan, mereka boleh mulakan dengan mengubah zon selesa. Jika selama ini mereka merasa selesa dengan pendapatan sebanyak RM40,000 setahun, kali ini cuba naikkan zon selesa tersebut kepada satu nilai yang lebih besar, contohnya RM55,000. Iaitu satu peningkatan sebanyak RM15,000.

Walaubagaimanapun, target yang kita ingin capai mestilah satu jumlah yang berpijak dibumi nyata. Kalau selama ini, dengan keupayaan, skill dan kemampuan yang anda ada, anda boleh mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM40,000 setahun, agak mustahil kalau dengan tiba-tiba anda ingin meningkatkan pendapatan anda kepada RM400,000 setahun.

Jumlah yang terlalu besar ini bukannya akan menaikkan motivasi anda, sebaliknya akan membuatkan anda rasa tertekan dan akan hilang semangat.

Bab ini ditutup dengan perkongsian mengenai tujuh perkara yang perlu dilakukan oleh seorang jurujual dalam usaha untuk menghasilkan jualan.

Tahukah anda, apakah 7 perkara yang perlu dilakukan untuk membuat jualan? Tak tahu? Ini dia jawapannya.

i. Mencari bakal pelanggan (prospecting)

ii. Membina persahabatan

iii. Membuat persembahan jualan

iv. Mengenalpasti keperluan bakal pelanggan

v. Menjawab bantahan (objection handling)

vi. Mendapatkan pesanan (closing the sale)

vii. Mendapatkan jualan ulangan & pengesyoran (referral)

Bab 2: Tetapkan dan Capai Sasaran Jualan

Dalam bidang jualan, satu perkara penting yang perlu kita lakukan adalah menetapkan matlamat, berapa banyak jualan yang ingin kita hasilkan?

Menurut Brian Tracy, kita perlu tentukan matlamat berapa banyak jualan yang ingin kita hasilkan dalam masa setahun.

Jumlah pendapatan setahun

Bila kita nak tetapkan berapa jumlah pendapatan yang kita ingin capai, kita bermula dengan menetapkan berapa jumlah pendapatan yang kita cuba sasarkan dalam masa setahun.

Dari jumlah pendapatan setahun tersebut, kita bahagikan kepada pendapatan bulanan, mingguan dan seterusnya harian. Dalam menetapkan satu jumlah yang kita ingin capai, nilai tersebut mestilah munasabah.

Menurut Brian, kita boleh tetapkan jumlah tersebut dengan mengambil kira pendapatan tertinggi yang pernah kita capai sebelum ini, ditambah dengan 25% atau 50%.

Kalau sebelum ini pendapatan tertinggi yang pernah kita hasilkan ialah RM40,000 setahun, kali ini kita target untuk hasilkan pendapatan yang lebih tinggi.

Kalau 25% lebih tinggi = RM50,000 setahun (target baru)

Kalau 50% lebih tinggi = RM60,000 setahun (target baru)

Jika kita menetapkan satu target yang terlalu tinggi, ia tidak akan menjadikan kita makin bersemangat untuk cuba capai target tersebut, sebaliknya ia hanya akan membuatkan kita rasa hilang semangat, tak bermotivasi, kerana jauh disudut hati, kita sendiri tahu kemampuan kita, dan kita sedar target tersebut mustahil untuk dicapai.

Perkara ini membuatkan saya terfikir mengenai peluang-peluang bisnes yang dikongsikan kepada orang yang sebelum ini tak pernah langsung ada pengalaman buat bisnes dan buat jualan.

Semasa saya masih belajar di universiti, saya kerap kali ditawarkan untuk menyertai syarikat yang menjalankan bisnes menggunakan konsep network marketing atau multi level marketing (MLM). Dalam sesi presentation, penceramah biasanya akan tunjukkan simulasi potensi pendapatan yang bakal diperolehi jika ahli benar-benar komited dalam bisnes tersebut.

Kadang-kadang, dari penerangan yang diberikan, kita diberitahu bahawa setiap orang mampu untuk hasilkan pendapatan sehingga RM100,000 dalam masa yang singkat! Walaupun angka RM100,000 ini memang sangat besar, namun ia tak cukup untuk membuatkan saya rasa teruja.

Sebab pada waktu itu, saya sendiri tak pernah ada pengalaman untuk buat jualan atau hasilkan pendapatan sebanyak RM1,000 menerusi bidang jualan. Tiba-tiba saya diberitahu yang saya boleh hasilkan income sehingga RM100,000… Saya tak mampu nak bayangkan, dan jauh disudut hati saya rasa ianya terlalu mustahil untuk dicapai.

Kalau nak jadi seorang jurujual yang hebat, kita perlu tahu berapa pendapatan yang kita bakal hasilkan.

Sebaliknya, untuk jurujual yang biasa-biasa, atau jurujual yang rendah prestasi, biasanya dia tak tahu berapa jumlah pendapatan yang bakal dia perolehi.

Tuliskan matlamat

Berapa banyak pendapatan yang bakal kita perolehi, berkait rapat dengan berapa jumlah yang kita telah tetapkan untuk capai. Kalau kita dah tetapkan matlamat, untuk hasilkan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, maka kita akan berusaha sehabis baik bagi tujuan mencapai matlamat pendapatan tersebut.

Apa jadi kalau saya gagal mencapai matlamat tersebut?

Adakah semua yang menulis matlamat, pasti akan capai matlamat tersebut? Sudah tentu tidak. Orang yang tulis matlamat pun, ada yang gagal untuk capai matlamat tersebut.

Tapi setidak-tidaknya individu seperti ini lebih jelas dengan sasaran yang dia ingin capai. Bandingkan dengan individu yang tak menulis matlamat. Mereka ini lebih cenderung untuk bekerja mengikut mood, tahap kerajinan dan sebagainya. Cara kerja seperti ini tidak begitu baik untuk kelangsungan hidup.

Sekurang-kurangnya kita perlu ada satu disiplin dalam melaksanakan kerja kita.

Matlamat jumlah jualan

Kita tanya pada diri, berapa jumlah jualan yang kita perlu dapatkan bagi mencapai sasaran pendapatan yang kita mahukan?

Dalam bidang jualan, kita perlu tahu berapa banyak pendapatan yang bakal kita hasilkan, walaupun peratus komisen yang bakal kita perolehi bagi setiap produk yang kita jual adalah berbeza-beza. Namun begitu, kita masih tetap boleh mencongak.

Sebagai contoh, kalau anda terlibat dalam bisnes PG Mall dan mempromosikan produk-produk PG Mall, struktur komisen anda ialah 0.5% – 1.5% bagi setiap jualan yang terhasil.

Kita andaikan yang komisen atau insentif kita adalah sebanyak 0.5%, bermakna kalau kita nak hasilkan RM40,000 setahun bermakna kita perlu hasilkan jualan sebanyak RM8,000,000 dalam masa setahun.

“Adakah ianya suatu yang mustahil untuk dapatkan jualan sebanyak RM8,000,000 setahun?”

Jawapannya tak sama antara individu.

Ada orang akan kata mustahil.

Ada orang yang akan jawab… susah.

Ada orang yang akan kata, ia satu angka yang menarik dan boleh diusahakan!

Tetapkan matlamat aktiviti yang jelas

Kalau sebelum ini, perbincangan kita adalah tentang menetapkan matlamat berapa banyak pendapatan yang kita cuba capai, kali ini kita tetapkan matlamat dalam bentuk aktiviti apa yang kita akan laksanakan bagi tujuan mencapai tahap jualan yang kita inginkan.

Bila kita target untuk hasilkan pendapatan ribu-ribu ringgit, ianya mestilah disokong oleh aktiviti yang mampu untuk memberikan hasil seperti yang kita sasarkan.

Apa aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong kepada berlakunya jualan?

Biasanya ada beberapa aktiviti yang boleh memberi pengaruh terhadap kejayaan kita menghasilkan jualan, antaranya adalah seperti

i. Menelefon prospek untuk mendapatkan temujanji

ii. Hasilkan konten sama ada artikel promosi untuk blog, video tiktok, ataupun konten untuk media sosial

iii. Membuat persembahan jualan kepada seberapa banyak bakal pelanggan

Tentukan rutin jualan

Memang agak sukar untuk kita tentukan perkara-perkara berikut, iaitu

i. Berapa banyak jualan yang bakal kita perolehi pada satu-satu masa

ii. Bila kita akan dapat jualan

iii. Siapa yang akan membeli dari kita

Itu semua merupakan perkara yang kita tak dapat kawal.

Walaupun ada banyak perkara yang kita tak mungkin boleh kawal, namun kita sentiasa boleh kawal apa-apa yang berkaitan dengan diri kita, misalnya seperti

i. Aktiviti yang kita ingin fokus dan lakukan pada waktu tersebut.

ii. Berapa ramai prospek yang kita cuba cari

iii. Berapa banyak konten yang kita bakal hasilkan

Daripada kita membuang tenaga risaukan perkara-perkara yang kita tak boleh kawal, adalah lebih baik kita fokuskan tenaga dan masa kita untuk lakukan perkara yang berada dalam kawalan kita.

Gunakan minda separa sedar (subconscious mind)

Memandangkan buku ini adalah berkaitan dengan topik psikologi manusia, maka tak pelik kalau perbincangan mengenai minda separa sedar turut dimuatkan dalam buku ini.

Bagi mereka yang biasa membaca tentang minda, pasti akan tahu bahawa kita mempunyai minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (subconscious mind).

Apabila kita melakukan aktiviti menetapkan matlamat, kita sebenarnya sedang memprogram minda separa sedar untuk memberikan kita idea, ilham, semangat dan motivasi untuk terus mencapai matlamat tersebut.

Uniknya minda separa sedar ini sebenarnya ia tak pernah tidur. Ia berbeza dengan minda sedar, yang mana minda sedar akan berhenti berfikir apabila kita tidur ataupun apabila kita memilih untuk tak memikirkan sesuatu hal tertentu. Walaubagaimanapun, dalam kes minda separa sedar, ia akan terus bekerja 24 jam setiap hari.

Itulah sebabnya kalau anda perasan, apabila kita dah menetapkan sesuatu matlamat yang jelas, memang amat jarang untuk kita melupakan matlamat tersebut. Minda separa sedar ini akan memberi kita idea atau ilham yang sesuai yang dapat membantu kita mencapai apa yang kita hajatkan. Kadang-kadang ilham tersebut muncul pada waktu yang tak disangka-sangka, seperti waktu kita sedang mandi, selepas solat, sebelum nak tidur dan sebagainya.

Itulah tandanya minda separa sedar kita sedang bekerja dan memberikan idea serta ilham. Oleh itu, aktiviti menetapkan matlamat ini memang sangat penting. Biasanya, mereka yang mengelak atau tak pernah menetapkan sebarang matlamat, memang jarang akan dapat idea dan ilham seperti ini.

Mungkin sebab itu juga, orang yang berjaya cukup marah dengan individu yang tak ada matlamat hidup ini. Individu seperti ini tidak menggunakan fungsi mindanya secara optimum dan hanya ikut sahaja apa yang berlaku tanpa ada usaha untuk mengubah kehidupan.

Tapi, bila dia mula menetapkan matlamat hidup sebagai langkah pertama, percayalah, hidupnya pasti akan mula berubah sedikit demi sedikit, dan dia juga akan mula mendapat idea dan ilham untuk mengubah kehidupan jadi lebih baik. Dia juga akan mula nampak peluang-peluang yang ada disekeliling mereka, berbanding sebelum ini.

Konsep yang sama inilah yang kita terapkan dalam bidang jualan. Kadang-kadang kita juga akan rasa sangat susah untuk dapatkan jualan. Tapi bila kita menetapkan sesuatu matlamat jumlah jualan yang kita ingin capai, menetapkan apa aktiviti yang kita bakal lakukan, In Shaa Allah selepas itu kita akan mula mendapat idea, ilham, semangat dan motivasi untuk terus berusaha.

Bab 3: Sebab Apa Pelanggan Membeli

Topik yang dibincangkan dalam bab 3 ini cukup menarik, sebabnya kita akan didedahkan dengan jawapan bagi persoalan penting, iaitu “kenapa pelanggan membeli?”

Kalau nak jadi jurujual yang berjaya, kena tahu sebab-sebab kenapa pelanggan membeli.

Anda mungkin akan terkejut, bila anda tahu jawapan kepada soalan kenapa pelanggan membuat pembelian. Boleh jadi jawapannya langsung tak sama dengan sebab-sebab yang anda sangkakan.

Jurujual yang agak baru, dia menyangka pelanggan membeli sebab harga produk tersebut berpatutan atau kualiti produk yang bagus. Tapi boleh jadi hakikatnya, sebab pembelian langsung tak ada kaitan dengan faktor harga murah atau kualiti produk tersebut.

Motivasi asas kenapa pelanggan membeli

Seseorang individu itu membuat keputusan untuk membuat pembelian kerana mereka merasakan tindakan tersebut adalah baik untuk memperbaiki hidup mereka. Mereka percaya bahawa sesuatu produk atau perkhidmatan itu bukan sekadar boleh memperbaiki hidup, malahan keputusan untuk membuat pembelian itu adalah lebih baik berbanding beli produk atau perkhidmatan lain, atau tak membeli apa-apa.

Pelanggan pada setiap masa, sentiasa mempunyai pilihan berikut, iaitu

i. Tidak membeli produk yang anda ingin jual

ii. Beli produk lain atau beli dari jurujual lain

iii. Beli apa yang anda syorkan

Sudah tentu, bila kita baca buku ini, kita nak belajar cara macam mana nak pastikan bakal pembeli akan memilih untuk membeli dari kita berbanding beli dari orang lain. Betul tak?

Nilai emosional

Anda mungkin pernah dengar atau pernah baca dari mana-mana bahan bacaan, satu nasihat yang mana kalau nak buat jualan, cuba jual dengan emosi.

Seorang jurujual yang kurang berpengalaman, akan cuba meyakinkan bakal pelanggan untuk membeli sesuatu produk sebab produk tersebut dijual dengan harga berpatutan dan sangat berkualiti.

Tapi anehnya, prospek lebih berminat untuk beli produk lain yang berjenama dari syarikat lain yang mempunyai reputasi yang lebih baik, walaupun harga produk tersebut lebih mahal berbanding yang kita promosikan.

Kalau ikut nasihat Brian, harga berpatutan dan kualiti tak sepatutnya dijadikan sebab kenapa seseorang itu membeli. Maksudnya begini, setiap produk yang telah berada di pasaran, memang kita akan anggap ia sebagai berkualiti dan dijual dengan harga yang sepatutnya. Jika produk tersebut tak berkualiti, ia tak mungkin akan berada di pasaran, dan akan ada pihak berkuasa yang akan merampas produk-produk tersebut.

Penjual yang cenderung untuk mengajak pembeli membuat pembelian semata-mata sebab produknya murah hanya akan merosakkan peluang untuk membuat jualan. Satu lagi, kita kadang-kadang ada satu stigma, bila mana produk tersebut murah, kualitinya mesti tak bagus, dan ini bukan sekadar andaian semata-mata, malahan telah dibuktikan berulang kali.

Tapi nanti ada pula yang akan kata, “tapi kan dekat luar sana ada juga produk yang murah tapi berkualiti…”

Ya… memang betul. Ada produk yang harganya murah dan berkualiti. Tapi ia bukannya selalu ada. Apa yang banyak kita jumpa adalah kualiti produk setara dengan harganya. Jadi bila seorang penjual mengatakan produknya dijual dengan “harga berpatutan”, apa yang istimewa sangat dengan poin tersebut, sampai perlu dicanang kepada semua orang?

Dua motivasi besar kenapa pelanggan membeli

Terdapat dua sebab kenapa seseorang itu membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Pertama, prospek mempunyai keinginan untuk mendapatkan sesuatu kelebihan melalui pembelian produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Dalam situasi ini, sebagai penjual kita perlu terangkan dan bantu prospek untuk memahami sejauh mana kehidupan dan kerjaya mereka akan bertambah bagus dengan memiliki produk kita.

Kedua, prospek bimbang akan kehilangan sesuatu.

Perasaan bimbang akan kehilangan sesuatu ini akan jadi penghalang untuk dia tidak membeli produk yang ditawarkan kepada dirinya. Mereka ini bimbang, jika terbeli produk yang dia tak perlukan, yang tak dikehendaki, yang tak dapat digunakan dan yang dia sebenarnya tak mampu.

Bunyinya macam agak pelik, tapi cuba kita lihat balik pada diri kita. Pernah tak, kita terbeli satu barang yang mana lepas kita beli, barang tersebut kita tak gunakan sepenuhnya. Akhirnya barang tersebut kita simpan dalam almari tanpa diusik. Harganya boleh tahan mahal, tapi lepas kita beli, ianya tak digunakan.

Apabila kita ada pengalaman seperti ini, sudah tentu kita akan jadi lebih skeptikal sebelum terus bersetuju untuk beli sesuatu barangan yang dipromosikan kepada kita. Begitulah juga yang dirasai oleh setiap orang.

Mengenalpasti keperluan

Untuk menjadi seorang penjual profesional, kita perlu bermula dengan analisis keperluan bakal pelanggan. Cara untuk buat analisis ini juga tidak begitu sukar.

Kita tanyakan soalan-soalan yang berkaitan bagi memahami bakal pelanggan dan mengenalpasti apa keperluan yang paling mendesak yang dapat dipenuhi oleh produk kita.

Pada hari ini, kita juga boleh membuat kajian pasaran dan mengenalpasti keperluan bakal pelanggan dengan bantuan pelbagai tools dan software yang ada dipasaran.

Baca juga: Keperluan bakal pelanggan yang mereka sering sembunyikan

Sebagai contoh, kalau anda layari laman web https://answerthepublic.com/ dan anda masukkan topik yang berkaitan dengan bisnes anda, anda boleh tahu apakah persoalan yang sering ditanyakan oleh orang ramai berkenaan dengan bisnes yang anda ceburi.

Maklumat tersebut sangat membantu, untuk anda lebih memahami apa sebenarnya yang diperlukan oleh bakal pelanggan anda.

Apa kegunaan produk vs apa benda produk

Ini sebenarnya adalah perbincangan ciri-ciri lawan manfaat produk.

Lazimnya pelanggan membuat pembelian disebabkan manfaat yang ada pada produk tersebut, bukannya disebabkan oleh ciri-ciri produk.

Memang betul, diluar sana ada banyak jurujual yang lebih menumpukan penerangan berkenaan produk seperti

i. Produk diperbuat dari bahan apa

ii. Berapa lama masa yang digunakan untuk fasa research & development (r&d)

iii. Ciri-ciri yang terdapat pada produk

iv. Reka bentuk produk

Rupa-rupanya, menurut Brian, prospek sebenarnya tak peduli dan tak kisahpun semua perkara itu. Bagi prospek, dia hanya minat nak tahu apa kegunaan produk tersebut kepada dirinya. Selepas prospek benar-benar minat dengan produk tersebut, barulah dia akan cari maklumat berkenaan dengan ciri produk.

Bolehkah kita dipercayai?

Satu lagi perkara penting yang kita perlu lakukan sebagai seorang penjual adalah meningkatkan kredibiliti kita ke satu tahap yang membolehkan bakal pelanggan tak ragu-ragu dalam meneruskan pembelian.

Amat sayang, setelah kita bersusah payah menerangkan tentang produk, akhirnya prospek membuat keputusan untuk tak membeli dari kita, disebabkan mereka kurang percaya pada diri kita.

Mempengaruhi keperluan pelanggan

Kita boleh mempengaruhi (influence) keputusan yang akan diambil oleh bakal pelanggan apabila kita benar-benar faham, apa sebenarnya keperluan yang paling mendesak yang ada pada diri mereka. Dengan syarat, produk kita itu nanti mestilah mampu untuk memenuhi keperluan tersebut.

Dalam buku Psikologi Menjual ini, Brian ada kongsikan beberapa perkara yang boleh mempengaruhi bakal pelanggan, tapi saya akan kongsikan 7 daripadanya.

i. Wang

Semua orang suka wang. Jika produk atau perkhidmatan yang anda jual mampu untuk membuatkan pelanggan menjana lebih banyak wang, atau menjimatkan wang, ia pasti dapat menarik perhatian bakal pelanggan untuk mendengar tentang produk anda.

ii. Keselamatan

Sesetengah orang merasa lebih yakin dan lebih selamat apabila dia mempunyai wang. Dengan wang yang ada, dia boleh mendapatkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan dapat memberikan perlindungan serta keselamatan.

Apa bukti pelanggan suka pada sesuatu yang boleh meningkatkan tahap keselamatan?

Pelanggan akan memasang alat cegah kebakaran, alat penggera jika berlaku cubaan untuk pecah masuk, kamera litar tertutup, antivirus untuk komputer, mengupah pengawal keselamatan dan sebagainya.

iii. Disukai

Cuba lihat semula produk yang anda jual. Adakah produk anda mampu untuk membuatkan pelanggan yang membelinya jadi semakin disukai oleh orang sekeliling?

Saya membayangkan anda menjual perfume, dan perfume anda sangat wangi hingga mampu membuatkan orang lain tertarik dengan si pemakai perfume tersebut.

iv. Status dan kemegahan

Setiap orang ingin merasa dihormati dan dianggap penting serta mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat.

Konsep dia mudah sahaja. Kalau seseorang itu beli jam berharga RM50, kita mungkin boleh katakan yang dia memerlukan jam tersebut sebab nak tahu waktu.

Tapi kalau dia beli jam jenama G-Shock berharga RM2,314.80 model Mudmaster dia sebenarnya bukan sekadar membeli jam tangan.

Sebaliknya dia juga membeli barangan perhiasan dan ingin beritahu kepada orang lain, bahawa dia merupakan seorang peminat jenama jam tangan tersebut dan dia mampu untuk memakai model yang lebih mahal harganya.

Boleh beli disini.

v. Kesihatan

Setiap orang inginkan kesihatan yang berpanjangan untuk diri mereka termasuk juga untuk orang yang tersayang. Atas sebab itu, produk makanan kesihatan, alat senaman dan sebagainya cukup mendapat tempat dan dicari oleh pengguna.

Kita yakinkan bakal pelanggan yang kesihatan mereka akan jadi lebih baik setelah menggunakan produk kita, ini sudah tentu akan dapat menarik minat mereka untuk dengar dengan lebih lanjut.

Pendekatan ini memang cukup sesuai kepada pelanggan yang dah lama menderita dan menghidap penyakit tertentu.

vi. Pujian dan penghargaan

Manusia juga suka dipuji dan amat sensitif dengan apa yang orang lain kata tentang dirinya.

Apabila dia membeli sesuatu yang mahal, dia suka dipuji kerana mampu menggunakan barang-barang mahal.

Apabila dia membeli barang yang murah sedangkan mampu beli yang mahal, dia juga suka dipuji kerana memilih gaya hidup bersederhana.

Jika kita nak menjual peralatan senaman kepada pelanggan seperti ini, yang jenis suka dipuji, kita gambarkan pada dia, betapa dia akan kelihatan lebih menarik, nampak muda dan akan mendapat perhatian dari orang lain.

vii. Kuasa, Pengaruh & kemahsyuran

Manusia memang suka mendapat kuasa dan pengaruh, kerana dengan adanya kuasa, atau setidak-tidaknya dilihat berkuasa, barulah mereka akan mencapai satu status yang tinggi.

Malahan kalau kita lihat pada sejarah, memang ada individu yang sanggup lakukan apa sahaja untuk berkuasa.

Orang beli buku, masuk seminar, sertai bengkel latihan dan sebagainya, kadang-kadang tu bukannya sebab mereka minat sangat dengan ilmu yang bakal dipelajari tu.

Tapi mereka bayang, satu transformasi pada dirinya, dari biasa-biasa kepada lebih berkuasa sebaik sahaja

i. Selesai baca buku

ii. Selesai ikuti bengkel atau seminar

viii. Menjadi jaguh

Manusia juga suka menjadi nombor satu atau juara dalam sesuatu bidang. Kalau ketika dibangku sekolah, kita boleh lihat ibubapa sanggup berhabis duit untuk memastikan anak-anak menjadi yang terbaik dalam kelasnya. Mereka sanggup berbelanja untuk membeli makanan tambahan, membayar untuk kelas tambahan, private tuition, seminar, kursus dan banyak lagi.

Semua ini dilakukan supaya insan yang tersayang dapat menjadi yang terbaik dan menjadi jaguh dalam bidangnya.

Bab 4: Menjual Secara Kreatif

Topik perbincangan mengenai menjual secara kreatif ini, merupakan topik yang saya rasa sangat memberi kesan kepada saya.

Bila kita baca perbincangan tentang topik ini, kita akan mula nampak dan faham, setiap jurujual yang mencapai kejayaan yang membanggakan menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza dalam membuat jualan.

Sebab itu, kita seronok dan mendengar pengalaman kejayaan orang lain dalam membuat jualan. Mereka mempunyai teknik, kaedah dan pendekatan yang berbeza. Mungkin ada antaranya yang kita boleh cuba, dan ada yang kita rasa agak mustahil (bagi diri kita) untuk dilakukan.

Menurut Brian Tracy, kalau nak jadi jurujual yang kreatif, ada tiga faktor penting yang kita perlu ada.

i. Matlamat yang jelas

Semakin kita bersungguh-sungguh nak capai suatu matlamat yang jelas, semakin banyak idea-idea kreatif akan kita hasilkan bagi tujuan merealisasikan matlamat tersebut.

ii. Masalah yang mendesak

Apabila kita bersungguh-sungguh nak menyelesaikan suatu masalah yang mendesak, kita akan lebih kuat berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Kemudian bila kita dapat idea, kita akan lebih berani untuk mempraktikkan idea tersebut.

iii. Persoalan yang fokus

Begitu juga dengan persoalan yang perlu kita dapatkan jawapannya. Ianya perlu fokus dan jelas. Barulah ia akan menghasilkan jawapan yang tepat dengan keadaan diri kita.

Apabila kita tahu ketiga-tiga perkara ini, barulah kita mampu untuk mendapatkan idea-idea kreatif yang boleh dipraktikkan dalam bidang jualan.

Berlatih berfikir secara kreatif

Daya kreatif ini boleh dilatih.

Dalam proses mencari dan mendapatkan prospek, kreativiti sangatlah penting. Kreatif dalam membuat kempen pemasaran, kreatif dalam menghasilkan konten dan sebagainya, dapat membuatkan prospek jadi lebih berminat dengan produk atau perkhidmatan yang kita ingin tawarkan.

Cari kegunaan baru produk

Ini juga merupakan salah satu langkah yang dapat menjadikan idea pemasaran kita lebih kreatif.

Kita ambil contoh, produk perfume misalnya.

Kita fahamlah, perfume ini kita pakai untuk bau lebih wangi. Tapi bagi seseorang yang berfikir secara kreatif, dia dapat melihat kegunaan perfume bukan setakat itu sahaja, sebaliknya perfume yang sama boleh

i. Menjadi alat pemikat individu yang berlainan jantina

ii. Meningkatkan keyakinan diri

iii. Alat untuk meraih pahala kerana mengikut sunnah Nabi

iv. Simbol prestij kerana memakai perfume yang mahal harganya

Ada lagi tak fungsi lain? Kalau kita berfikir secara kreatif, pasti akan ada banyak lagi idea-idea yang akan muncul.

Kadang-kadang kita tak perlu bersusah-payah nak meyakinkan bakal pelanggan untuk beli produk yang kita promosikan. Cukup dengan kita tunjukkan testimoni dari pelanggan terdahulu, yang cukup berpuas hati dengan produk.

Saya percaya, anda juga biasa membuat keputusan sama ada nak beli atau tak beli sesuatu produk hanya dengan berpandukan kepada testimoni dari pelanggan terdahulu.

Apa yang penting, anda tahu bila masa yang sesuai untuk menggunakan sesuatu strategi atau idea yang terjana dari pemikiran kreatif tersebut. Actually, dalam bab ini ada banyak lagi dibincangkan tentang daya kreativiti, saya rasa lebih baik anda baca sendiri.

Bab 5: Dapatkan Lebih Banyak Temujanji

Dalam bab seterusnya, fokus perbincangan lebih kepada proses untuk mendapatkan prospek.

Bila kita dah berjaya dapat prospek, matlamat utama kita bukannya untuk membuat jualan ketika kali pertama berhubung, sebaliknya matlamat adalah untuk menetapkan satu masa yang sesuai untuk sesi temujanji (appoinment).

Apabila anda sudah mendapat satu tarikh yang dipersetujui, pada masa tersebut barulah anda membuat sesi persembahan jualan bagi menerangkan kepada prospek tersebut, apa kelebihan, manfaat dan keistimewaan yang terdapat pada produk.

Bab 6: Kuatnya Pengaruh Suasana

Seorang jurujual yang hebat, mampu membuatkan bakal pelanggan berasa tenang dan selesa untuk berurusan dengannya. Dari perspektif bakal pelanggan, mereka melihat jurujual adalah seorang kawan yang akan memberikan cadangan dan pengesyoran yang terbaik untuk dirinya, dan bukan semata-mata untuk buat untung.

Bagaimana keadaan ini dapat dicapai?

Sebenarnya ini ada kaitan dengan poin membina kredibiliti dalam bidang yang anda ingin ceburi. Jika anda ingin mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan, anda perlu dilihat sebagai seorang yang berkeyakinan dan mempunyai kepakaran tentang produk, perkhidmatan dan juga industri yang anda ceburi.

Anda boleh jadi seorang yang dilihat mampu untuk memberikan nasihat-nasihat yang berguna dan bermanfaat kepada bakal pelanggan. Adakah ia mudah untuk memberi nasihat yang tak bias sedangkan kita semua tahu, jurujual perlu membuat jualan barulah dia akan memperolehi pendapatan dan keuntungan?

Jawapannya ialah, memang sukar, namun ia tak mustahil untuk dilakukan.

Jurujual yang baik juga sepatutnya menjual sesuatu produk yang memang betul-betul diperlukan oleh bakal pelanggan, bukannya menjual sesuatu produk disebabkan produk tersebut memberikan komisen yang paling tinggi. Apa yang penting, jurujual perlu meletakkan kepentingan bakal pelanggan mengatasi kepentingan peribadi.

Dalam membangkitkan suasana yang selesa untuk bakal pelanggan, seseorang jurujual itu juga perlu memilih tempat yang sesuai untuk membuat jualan.

Boleh jadi, jualan boleh dilakukan semasa sesi temujanji direstoran.

Namun demikian, pemilihan restoran tersebut mestilah yang bersesuaian. Kalau restoran yang sentiasa ramai pengunjung, dan orang datang ke restoran tersebut untuk makan tengahari, biasanya suasana agak bising dan ini akan mengganggu fokus anda dan juga bakal pelanggan.

Sekiranya anda ingin mengajak bakal prospek untuk datang ke premis perniagaan anda, anda perlu pastikan susun atur dan suasana pejabat anda dalam keadaan yang baik dan teratur. Semua ini akan memberikan pengaruh kepada bakal pelanggan.

Atau mungkin anda memilih untuk membuat temujanji di rumah bakal pelanggan anda. Persoalannya, adakah sesuai? Boleh jadi prospek lebih selesa kalau anda sendiri yang datang ke rumahnya, namun apabila membuat usaha jualan di rumah bakal pelanggan, setidak-tidaknya anda perlu tahu menjaga adab anda sebagai tetamu kepada tuan rumah.

Bagi mewujudkan satu suasana yang sihat, anda juga perlu berusaha untuk mengajak prospek untuk terlibat sama dalam sesi penerangan. Beri galakkan kepada prospek untuk bertanya soalan, berkongsi pengalaman dan sebagainya.

Bab 7: Membuat Jualan

Akhirnya, matlamat akhir kita adalah untuk bakal pelanggan membuat tempahan.

Kesemua usaha dan penat lelah yang kita lakukan semuanya akan jadi lebih bermakna apabila bakal pelanggan bersetuju untuk membuat tempahan dan seterusnya membuat bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang kita promosikan.

Walaubagaimanapun, kita perlu faham dan sedar satu hakikat, bahawa pelanggan tidak akan dengan mudah bersetuju dengan tawaran kita dan terus memberikan duit kepada kita. Mereka perlu mempertimbangkan banyak perkara, sebelum betul-betul setuju nak membuat pembelian.

Setiap hari kita semua terdedah kepada beribu-ribu mesej jualan dari pelbagai sumber. Zaman sekarang ini, iklan berada dimana-mana. Semua platform ini sudah dijadikan medium untuk pengiklanan

i. Media sosial

ii. Televisyen

iii. Radio

iv. Surat khabar, laman web, blog

v. Panggilan telefon, SMS, Whatsapp

vi. Surat, email

vii. Papan iklan

Boleh dikatakan, kemana sahaja kita pergi, pasti akan ada cubaan untuk menjual dilakukan oleh pemilik bisnes. Oleh yang demikian, setiap orang perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk menangkis mesej jualan yang datang bertubi-tubi.

Jika kita tak mempunyai ketahanan yang tinggi seperti ini, pasti semua iklan yang kita lihat atau baca, kita akan rasa seperti produk tersebut penting dan perlu dimiliki. Sedangkan selama ini, kita tak pernah tahu pun tentang kewujudan produk tersebut, dan kehidupan kita baik-baik sahaja.

Bab ini juga dimuatkan perbincangan mengenai cara-cara untuk mendapatkan tempahan (closing the sale).

Oleh kerana kebanyakkan prospek kita secara semulajadi akan jadi agak defensif apabila dihidangkan dengan mesej jualan, maka disini ada dua strategi yang boleh digunakan bagi tujuan mendekatkan diri dengan bakal pelanggan.

i. Approach close

Saya berpendapat terjemahan yang lebih masuk akal bagi istilah approach close ini ialah satu usaha untuk membuat jualan dengan mendekatkan diri kita kepada bakal pelanggan.

Dalam pendekatan ini, kita akan nyatakan secara jelas kepada bakal pelanggan bahawa niat kita bukannya untuk menjual barang, sebaliknya kita ingin kongsikan maklumat yang benar tentang sesuatu produk.

Bila kita kata yang kita bukan bertujuan untuk menjual, biasanya prospek akan rasa lebih selesa dan tak merasa adanya tekanan untuk buat keputusan sama ada perlu beli sekarang atau tidak.

ii. Demonstration close

Dalam kaedah ini pula, kita mendekati bakal pelanggan dengan satu tawaran untuk mereka mencuba sendiri produk yang kita jual. Biasanya kaedah ini digunakan oleh penjual kereta, yang mana penjual akan mengajak bakal pembeli untuk cuba pandu uji kereta tersebut.

Begitu juga dengan gadget seperti smartphone, komputer dan sebagainya. Bakal pembeli diajak untuk mencuba sendiri produk sebelum mereka beli.

Adakah produk yang anda jual, atau promosikan boleh dipromosikan dengan cara atau pendekatan seperti ini?

Well… produk anda… sepatutnya anda lebih tahu jawapannya.

Bab 8: Tip Menjual yang Berjaya

Bab 8 ini merupakan bab yang terakhir dalam buku The Psychology of Selling.

Setelah kita pelajari perkara-perkara dari yang asas hingga ke peringkat yang lebih advance, maka sampai masa untuk kita lihat pula tips untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya.

Ada 10 tips yang dikongsikan dalam buku ini.

(1) Pilih bidang yang kita gemari

Nasihat ini sebenarnya selari dengan mana-mana nasihat sebelum nak terlibat secara serius dalam sesuatu bidang. Kita perlu pilih bidang yang memang kita minat, supaya kita tak rasa terlalu terbeban apabila perlu melakukan kerja secara konsisten.

(2) Tetapkan matlamat kita

Buat kerja tanpa matlamat, sama seperti kita memandu kenderaan tanpa hala tuju. Kita hanya akan membazir tenaga, masa dan juga petrol. Satu masa nanti kita akan kehabisan petrol dan akhirnya kita berada ditempat yang kita sendiri tak tahu dimana lokasinya.

(3) Tabah dan keazaman kuat bagi mencapai matlamat

Bidang jualan memang banyak cabarannya. Apabila kita berada dalam bidang ini, kita perlu cekalkan hati dan komited dengan kerja-kerja kita, walaupun adakalanya kita merasakan seolah-olah usaha kita membuat jualan tak memberikan sebarang hasil.

Apabila kita mempunyai matlamat pendapatan yang jelas, mempunyai matlamat tindakan yang perlu diambil, langkah seterusnya adalah disiplin dan komited dengan tindakan.

(4) Belajar dari buaian hingga ke liang lahad

Proses menuntut ilmu adalah proses berterusan. Jadikan aktiviti menambah ilmu sebagai rutin dan percayalah dengan bertambahnya ilmu anda, lagi baik strategi yang anda mampu fikirkan dalam menghasilkan lebih banyak jualan.

(5) Uruskan masa dengan bijak

Masa adalah sesuatu yang kita tak akan dapat semula apabila kita dah bazirkan ia dengan aktiviti yang tak perlu. Jadi, kalau betul-betul serius nak berjaya dalam bidang jualan, kita perlu pastikan masa yang kita ada digunakan dengan sebaiknya.

(6) Contohi pemimpin

Belajar dari orang lain yang lebih berjaya atau pernah meraih kejayaan seperti mana yang kita idam-idamkan.

(7) Akhlak mulia akhlak disukai

Sifat-sifat mulia seperti amanah, berintegriti, jujur dan sebagainya perlu menjadi sebahagian dari diri kita. Bakal pelanggan boleh menilai kita berdasarkan kepada sikap dan tindak-tanduk kita.

(8) Merungkai sifat kreatif semulajadi

Setiap orang mempunyai daya kreatif yang tersendiri. Ada orang yang mampu membuat ucapan yang memukau. Ada orang yang selesa membuat jualan menggunakan video, dan ada juga yang mahir membuat jualan menggunakan artikel.

Gunakan kreativiti masing-masing.

(9) Berbuat baik

Sentiasa berbuat baik kepada semua orang, walaupun orang tersebut bersikap kasar terhadap kita. Adakalanya orang bersikap kasar terhadap kita bukan sebab dia benci pada kita, tapi mungkin sebab ada sesuatu yang berlaku pada diri individu tersebut.

Apabila kita berbuat baik, walaupun kita mungkin tak mendapat jualan, kita masih lagi ada peluang untuk menjalin persahabatan.

(10) Sanggup berkorban demi mencapai kejayaan

Kejayaan itu memerlukan pengorbanan. Kita sama ada korbankan masa, tenaga ataupun wang ringgit.

Penutup

Buku ini pada saya sesuai dibaca oleh semua orang yang ingin mendalami ilmu dalam bidang jualan. Tak kisahlah sama ada mereka ini dah lama dalam bidang ini ataupun yang baru nak mengenali bidang jualan. Kalau yang baru dalam bidang jualan, lagilah sangat digalakkan untuk baca buku ini.

Bidang jualan ini keras.

Kita tak akan terlepas daripada perlu bersaing. Tapi ini bukan bermakna kita perlu takut dengan persaingan. Bersainglah dengan sihat, bersaing dengan ilmu. In Shaa Allah, kita semua mampu untuk survive dalam bidang jualan.

Andai kata anda merasa terlalu susah nak cari makan bila jual produk A, kita tukar kepada produk B pula. Diluar sana, ada terlalu banyak produk yang kita boleh jual, dan saya rasa tak akan habis produk yang boleh kita jual.

Dekat mana boleh dapatkan buku ini?

Buku ini sangat mudah diperolehi.

Boleh dapatkan dikedai-kedai buku berhampiran anda.

Kalau nak pinjam dan baca percuma di perpustakaan negara pun boleh.

Kalau nak beli secara online, boleh ke pautan berikut.

Beli dari PG Mall >> Gunakan pautan ini

Beli dari Lazada >> Gunakan pautan ini

Beli dari Shopee >> Gunakan pautan ini

Jika anda bercita-cita untuk memperbaiki skil menjual yang ada pada diri anda, dan menyimpan hasrat untuk berjaya menjual sesuatu yang lebih mahal harganya, sekaligus menjana komisen lebih tinggi berbanding sebelum ini, maka buku ini memang patut anda baca.

Pernah tak anda terfikir…

“Kenapa orang lain boleh buat jualan (sales) yang banyak, sedangkan kita cuma boleh buat jualan untuk cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang sales kita sangat rendah dan langsung tak mencukupi untuk tampung perbelanjaan bulanan kita! Kenapa ini berlaku?!”

Jika anda berada dalam situasi sedemikian, boleh jadi puncanya ialah anda kurang ilmu dalam bidang jualan. Jadi anggaplah perbelanjaan untuk mendapatkan buku ini sebagai satu pelaburan masa hadapan untuk anda.

Alright. Go sell something and makes money!

Dapatkan sementara stok masih ada.

The post The Psychology of Selling – Psikologi Menjual appeared first on Blog Sabree Hussin.

Panduan Lengkap Affiliate Marketing
Program Affiliate Marketing biasanya diperkenalkan sebagai satu kaedah atau cara paling senang nak buat duit online.

Dan biasanya bila kita dengar, ada cara yang boleh bantu kita buat duit dengan cara yang senang, kita pun mula rasa minat dan sanggup berikan tumpuan.

Tapi, betul ke affiliate marketing ni senang?

Kalau anda baca artikel ini, besar kemungkinan anda baca bukanlah sebab anda memang sangat berminat tentang topik affiliate marketing ini.

Saya percaya, yang sebelum ini anda dah pernah baca atau sekurang-kurangnya memang dah ada pengetahuan tentang topik ini.

Sama ada banyak atau sikit yang anda dah tahu, itu bukan persoalannya.

Anda berada disini mungkin sebab

a. Minat nak tambah pendapatan

b. Anda nak bina income online yang lebih stabil

c. Anda dah bosan dengan janji manis kononnya boleh buat duit pasif

d. Atau sekurang-kurangnya anda nak bukti yang affiliate marketing memang boleh buat duit

By the way, saya tulis artikel ini bukanlah bertujuan untuk meyakinkan atau mengajak anda untuk join affiliate program.

Tetapi saya ingin memberikan anda gambaran sebenar tentang

a. Bagaimana affiliate marketing berfungsi di Malaysia

Kita nak bincangkan strategi yang lebih sesuai dengan situasi yang khusus untuk pasaran di Malaysia.

b. Siapa sebenarnya yang sesuai untuk buat affiliate marketing

Affiliate marketing bukan untuk semua orang.

Walaupun semua orang boleh join affiliate marketing, namun itu tak bermakna semua orang yang join itu nanti akan berjaya buat duit.

Ada ramai sebenarnya yang join sebagai affiliate tapi masih tak berjaya nak pecahkan nilai RM0.00 dalam dashboard afffiliate mereka.

(Saya pun ada banyak join program affiliate dan ada yang tak berjaya buat sales.)

Dalam posting ini juga, kita akan cuba kenalpasti siapa yang sesuai untuk buat duit dengan cara ini.

c. Siapa yang patut elakkan diri dari menceburi bidang ini

Ya, ada orang memang tak berapa sesuai kalau nak buat affiliate marketing.

Sebabnya?

Mungkin cara kerja sebagai ejen pemasaran ini kurang sesuai untuk mereka.

Ejen affiliate kena selalu cari idea untuk hasilkan konten yang boleh hasilkan jualan.

Tapi itu bukanlah satu masalah besar, sebabnya diluar sana terdapat macam-macam perisian AI yang kita boleh gunakan bagi tujuan mendapatkan idea menghasilkan konten.

Akhirnya nanti, adakah kita sanggup untuk terus buat konten dengan bergantung pada AI sepenuhnya, dan semakin hari semakin hilang suara dan identiti kita sendiri, sebaliknya kita semakin menyamai AI dalam menghasilkan konten.

Ini satu persoalan yang saya sendiri sebenarnya tengah struggle untuk hadapi.

d. Macam mana nak bina sistem affiliate yang boleh bertahan lama

Kalau boleh kita nak komisen affiliate tu terus masuk dan bukannya kejap ada kejap tak ada.

Kalau komisen anda kejap ada kejap tak ada, bermakna sistem pemasaran yang anda gunakan itu perlu penambahbaikkan.

e. Betulkan salah faham dan mitos yang banyak berlegar dalam dunia affiliate marketing ini.

Mitos ini terlalu banyak disebarkan dan si tukang sebar ini kebanyakkannya memang ada niat tertentu.

Sama ada mereka nak jual buku, ebook, software, apps ataupun personal coaching.

Saya bukannya anti dengan guru yang nak menjual pakej latihan seumpama ini.

Asalkan modul pembelajaran yang mereka ajar tu memang betul-betul terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan, dan bukannya sekadar konten motivasi.

Lagi satu, janganlah sampai over promised.

Risau ada yang sampai berhenti kerja dan lepaskan kerjaya yang dah stabil, sebab nak kejar benda yang belum pasti dan yang belum tentu membuahkan hasil.

Affiliate marketing ini boleh jadi sesuatu yang indah khabar dari rupa, kalau kita bermula dengan expectation dan pengetahuan yang kurang tepat terhadap program ini.

Sebab tu lah saya tulis posting ini.

Mudah-mudahan ada sesuatu yang bermanfaat buat anda.

Apa Itu Affiliate Marketing?

Apa benda sebenarnya affiliate marketing ni ye?

Kita nak mulakan perbincangan dengan konsep asas affiliate marketing itu sendiri.

Secara ringkasnya, affiliate marketing adalah satu model bisnes di mana kita bertindak sebagai ejen pemasaran (promoter atau marketer) yang membantu dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan milik orang lain.

Apabila berlaku tindakan tertentu dari audiens yang kita sasarkan, biasanya merujuk kepada berlaku pembelian, kita akan dibayar komisen mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Saya gunakan istilah “berlaku tindakan tertentu” sebabnya untuk program affiliate yang berbeza, ada yang menggunakan pendekatan berbeza sebagai reward sistem mereka.

Sebagai contoh,

a. Ada yang bayar kita berdasarkan kepada berapa banyak klik yang kita berjaya hasilkan.

b. Ada yang bayar mengikut jumlah views.

c. Ada yang membayar berdasarkan kepada berapa ramai jumlah orang yang mendaftar.

Model affiliate marketing yang biasa dipraktikkan adalah berdasarkan kepada berapa banyak jualan yang kita berjaya hasilkan.

Kalau ada jualan yang berlaku melalui link affiliate (atau link unik) kita, maka pemilik produk akan bayar komisen.

Itu sahaja.

Nampak macam senang, kan?

Kelebihan Affiliate Marketing

Dari segi operasi perniagaan, kaedah affiliate marketing ini memang sangat memudahkan kita sebagai individu.

Dalam model perniagaan ini,

a. Kita tak perlu pening kepala nak cipta produk

Kita tak perlu nak fikir atau jalankan proses R & D yang memerlukan kos dan masa yang banyak bagi menghasilkan produk yang betul-betul menepati kehendak pasaran.

b. Kita tak perlu simpan stok

Tak ada risiko modal akan tersangkut dalam bentuk barang yang tak laku dan tak perlu khuatir bab ruang nak simpan barang jualan.

Kalau ruang simpanan tak sesuai, barang-barang kita mungkin akan rosak dan ini akan menyebabkan kerugian.

Andai kata barang yang kita jual tu tak laku, kita boleh terus tukar produk lain untuk dipromosikan.

c. Tak perlu urus pelanggan

Bab bungkus barang, hantar kurier atau layan customer semuanya bukan tanggungjawab kita.

Semua ini akan diuruskan pemilik produk.

Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang mungkin ramai pemain affiliate terlepas pandang, dan ini akan menyebabkan bisnes affiliate kita dalam bahaya!

Walaupun kita bebas dari bebanan operasi, itu bukan bermakna kita boleh ambil mudah.

Sebenarnya tanggungjawab yang paling berat dalam bidang affiliate marketing ini terletak pada mendapatkan kepercayaan (trust) audiens kita.

Sekali mereka hilang kepercayaan, atau mungkin dari awal lagi, mereka memang langsung tak percaya dengan apa yang kita sampaikan,

i. Buatlah konten sebanyak mana pun

ii. Bayarlah mahal-mahal untuk dapatkan trafik

Semua ini tidak akan dapat membantu kita untuk hasilkan jualan.

Ada ramai yang silap langkah disini.

Agaknya mereka fikir, kerja mereka sebagai ejen affiliate ni sekadar tepek link affiliate dan tunggu je duit masuk.

Kalau andaian ini benar, bermakna orang yang paling banyak tepek iklan adalah orang yang paling kaya dan mungkin dah jadi jutawan.

Hakikatnya, duit yang masuk tu bukannya semata-mata sebab kita banyak share link dekat banyak platform, tapi sebenarnya turut dipengaruhi oleh kredibiliti kita.

Bila kita syorkan sesuatu produk, kita sebenarnya sedang mempertaruhkan reputasi kita sendiri.

Kalau produk yang kita promosikan tu memang bagus, itu tak ada masalah untuk kita katakan yang produk tu bagus.

Kemudian, apabila ada pembeli yang beli melalui link affiliate kita, lalu dia puas hati, maka dari situ tahap kepercayaan orang lain terhadap kita makin meningkat.

Sampai satu tahap nanti, akan ada orang yang kata, “dia ni kalau recommend produk boleh percaya… kita boleh beli.”

“Aku tunggu dia ni review dulu… kalau dia dah review baru aku akan beli…”

Tapi kalau produk tu tak bagus, kita pula bersungguh-sungguh kata produk tu bagus, semata-mata sebab komisen yang ditawarkan agak lumayan, dan pembeli yang beli melalui link affiliate kita rasa tertipu, sampai bila-bila kita akan diingat sebagai penipu.

Sekali orang terkena, sampai bila-bila orang dah tak akan percaya lagi.

Lepas ni, kalau kita promosikan produk yang bagus sekalipun, orang dah tak akan percaya lagi.

Memang satu mimpi ngeri bila orang dah tak percaya kita. Dekat belakang kita nanti, orang akan mula cakap

“Dia ni cuma nak komisen je… produk sampah pun dia promote…”

“Tak payah percaya la dengan dia, dia cuma kejar duit je…”

Benda ini betul sewaktu saya masih baru mula dalam bidang ini.

Dan saya yakin, ia akan terus betul sampai bila-bila walaupun di zaman kemunculan teknologi Artificial Intelligence macam sekarang ini.

In fact, pengguna pada hari ini sebenarnya sudah bertambah bijak.

Mereka lebih berhati-hati apabila ingin membuat keputusan pembelian.

Kalau yang rekemen mereka untuk beli produk tu adalah satu karekter, atau persona yang dicipta menggunakan perisian AI, lagilah mereka perlu berhati-hati.

Secara peribadi, saya tak akan beli kalau yang recommend sesuatu produk tu adalah akaun yang kebanyakkan kontennya dicipta menggunakan AI.

Bagi saya akaun macam tu langsung tak ada akauntabiliti.

Dia boleh cakap apa sahaja.

Boleh janjikan bulan dan bintang, dan bila kita dah beli dan dah terbukti yang produk tak sama seperti yang dia cakap, kita tak boleh minta dia bertanggungjawab.

Pemilik akaun bersembunyi disebalik konten yang dicipta menggunakan perisian AI.

Dia langsung tak pernah menunjukkan wajah dan mendedahkan identiti sebenar, sebaliknya menyorok dibelakang karekter AI.

Kita pun tak tahu, berapa banyak karekter AI yang dia dah hasilkan.

Maklumlah, dengan menggunakan perisian seperti Flow, Gemini, Grok atau ChatGPT, kita boleh cipta karekter AI yang mewakili diri kita dengan sangat mudah.

Orang macam ini akan bebas berjanji apa sahaja, memandangkan tak ada siapa yang kenal dia dan dia tak akan bertanggungjawab langsung pada kandungan yang dihasilkan.

Oleh yang demikian, kita boleh kata macam ni.

Affiliate marketing ni bukan sekadar teknik atau taktik siapa yang paling power untuk mendapatkan jualan.

Ia juga adalah tentang bagaimana kita menjaga amanah audiens yang membaca penulisan kita.

Realiti Affiliate Marketing di Malaysia

Kalau kita nak promosikan produk di pasaran Malaysia, sudah tentu kita kena faham dulu bagaimana audiens di Malaysia berfikir dan menilai sesuatu tawaran.

Ada banyak benda yang boleh diperkatakan, dan senaraiannya mungkin sangat banyak.

Tapi saya nak fokus kepada beberapa perkara yang pada saya paling penting.

(1) Trust lebih penting berbanding trafik

Audiens dekat Malaysia ni sebenarnya banyak yang pandai-pandai.

Mereka lebih berhati-hati.

Kalau mereka klik sesuatu link, itu disebabkan mereka percaya pada tawaran anda bukannya sebab ayat anda power.

Ayat power semata-mata tidak akan memberi jaminan bahawa audiens akan klik pada link affiliate anda.

Ya, ayat power ini boleh bantu dari segi untuk menarik perhatian audiens.

Tapi kalau kita nak harapkan ayat power semata-mata, ia sebenarnya tak betul.

Kadang-kadang orang sengaja tak nak klik pada link affiliate anda, sebab mereka tahu anda akan dapat ganjaran daripada pembelian yang mereka lakukan.

Mereka lebih sanggup untuk taip satu per satu nama produk, berbanding klik pada pautan yang anda berikan.

Kita kembali kepada persoalan kepercayaan.

Saya pernah buat jualan, walaupun pada waktu tu trafik atau views pada posting saya tak begitu besar.

Sudah tentu, kalau waktu tu, trafik lagi besar, boleh jadi lagi banyak jualan yang saya boleh hasilkan.

(2) Konten tempatan lebih convert

Artikel atau kandungan yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu serta menepati konteks tempatan selalunya lebih perform berbanding konten umum dalam bahasa Inggeris.

Ada ketikanya, bila kita gunakan bahasa baku kesannya juga tak begitu menggalakkan.

Kalau nak lebih power, cuba sesuaikan bahasa Melayu yang kita gunakan tu mengikut dialek tempatan.

Ada bunyi Kelate, loghat utara dan sebagainya.

Ini kita sesuaikan mengikut dimana lokasi audiens kita tu nanti.

Guna bahasa Melayu baku pun okay, tapi buat sesetengah audiens, mereka merasakan bahasa baku ini terlalu kaku dan nampak tak natural.

Silap-silap nanti ada yang anggap bahasa baku ini ditulis oleh AI dan bukannya oleh penulis manusia sebenar.

(3) Affiliate marketing masih berfungsi

Diluar sana masih ada ramai orang yang buat duit dengan affiliate marketing.

Tapi cara dia jalankan kerja pemasaran mungkin sangat berbeza berbanding cara lama yang anda pernah belajar sebelum ini.

(4) Persaingan yang sengit

Pada hari ini, persaingan dah jadi semakin tinggi.

Banyak orang dah tahu, yang affiliate marketing memang boleh hasilkan pendapatan.

Oleh sebab terlalu banyak ejen affiliate, maka setiap orang perlu mendapatkan perhatian dari audiens mereka.

Kadang-kadang audiens yang kita sasarkan tu pula, kebetulan adalah dalam kelompok audiens yang sama.

Kalau konten yang kita hasilkan lebih kurang sama dengan affiliate yang lain, memang agak susah nak dapatkan perhatian audiens kita tu nanti.

(5) Affiliate dan AI

Ramai ejen affiliate yang mula menggunakan AI dalam pemasaran, tapi itu tidak bermakna konten yang mereka hasilkan jadi semakin baik.

Sebaliknya kalau tak berhati-hati, ia membuatkan makin banyak konten yang bunyi seperti konten robotik.

Tulis artikel pun feel dia macam robot, dengan gaya penulisan yang hampir sama.

Buat konten video, suara pun semua lebih kurang sama.

Ya… suara AI.

Affiliate marketing bukan semata-mata tentang sebarkan link seberapa banyak yang boleh. Saya tak nafikan, memang ada ramai yang join affiliate marketing dengan mindset yang macam tu.

Tapi ini bukan bermaksud anda juga perlu ada mindset yang serupa.

Kalau semua orang buat benda yang sama, sesuatu teknik tu nanti akan mula hilang keberkesanannya nanti.

Dalam affiliate marketing ini, saya nak mengajak anda mula fikir mengenai konsep positioning, atau bagaimana cara anda membawa diri dan meletakkan diri anda dalam dunia penciptaan konten.

Bagaimana anda menyusun sesuatu konten supaya anda dilihat sebagai sumber yang tepat, relevan dan boleh dipercayai terutama apabila anda mula mencadangkan sesuatu produk.

Kat luar sana memang ada orang yang tak perlu nak try hard sangat nak hasilkan beratus-ratus konten setiap hari.

Sebabnya mereka ni memang cukup faham dengan strategi menghasilkan satu konten dalam konteks yang sangat kena dengan masalah yang dihadapi oleh audiens.

Bila positioning ini dibuat dengan betul, anda tidak lagi dilihat sebagai seorang promoter yang beriya-iya nak cari sales, sebaliknya anda dianggap sebagai seorang yang memang pakar atau at least seorang kawan yang memang ikhlas nak bantu berikan penyelesaian yang tepat untuk masalah yang sedang dihadapi oleh audiens.

Akhirnya, walaupun konten yang dihasilkan mungkin tak banyak, tapi ia masih mampu hasilkan jualan yang tinggi dan konsisten.

Kesilapan lazim ejen affiliate yang baru nak bermula

Saya nak tarik perhatian anda untuk kita sama-sama renungkan, beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh ejen affiliate yang masih agak baru dalam bidang ini.

Sebahagian kesilapan yang saya sebutkan dekat sini, adalah kesilapan yang saya sendiri pernah lakukan.

(1) Join terlalu banyak program affiliate serentak

Dulu saya pernah fikir, kalau lagi banyak produk yang saya promosikan, maka lagi besar peluang untuk hasilkan pendapatan yang lebih besar.

Kemudian saya mula sedar, bila join banyak sangat program affiliate, dan promosikan banyak sangat produk, akhirnya

i. Konten yang saya hasilkan jadi rojak

Saya tulis banyak artikel dalam satu masa.

Oleh sebab setiap artikel bercerita mengenai produk yang berbeza, saya tak boleh gunakan artikel yang baru ditulis itu untuk cross promote artikel yang terdahulu.

Sebabnya kedua-dua artikel itu memang saling tak ada kaitan.

Pada hari ini, saya berpandangan adalah lebih baik kalau kita dapat fokus pada satu produk sahaja dan menulis banyak artikel yang mempromosikan produk tersebut.

Setidak-tidaknya, setiap artikel baru boleh saling mempromosikan artikel yang terdahulu.

ii. Audiens jadi keliru

Saya rasa audiens saya pun tak faham, saya ni sebenarnya nak fokus kepada niche apa?

Macam-macam perkara yang saya tulis, dan mujurlah walaupun saya ni amalkan kaedah rojak, ia masih memberikan hasil jualan.

Walaubagaimanapun, saya berpandangan strategi yang sama ini dah tak lagi berkesan untuk hari yang mendatang.

iii. Tiada positioning yang jelas

Positioning ni kadang-kadang orang sebut juga dengan istilah branding.

Kita akan diingati berdasarkan kepada apa perkara yang kita tulis dan konten apa yang kita siarkan.

Setiap perkara, sama ada kecil atau besar, yang kita post sama ada di blog, tiktok, atau media sosial semua ini akan memberi impak kepada branding kita, walaupun kita sebenarnya tak pernah berhasrat untuk bina jenama.

Manusia itu akan dikenali berdasarkan kepada apa yang diucapkan dan apa konten yang dihasilkan oleh dirinya.

Oleh yang demikian, bila kita kata yang kita nak buat duit dengan affiliate marketing, maka kita perlu sedar dan fokus kepada niche, topik atau masalah tertentu, barulah usaha pemasaran kita itu kelak akan lebih masuk akal.

(2) Tak Pilih satu platform utama dulu

Kesilapan lain yang dilakukan oleh orang yang baru nak bermula ialah dia tak ada satu platform utama untuk dibangunkan terlebih dahulu.

Akhirnya dia guna semua platform yang dia mampu capai.

Dia buat blog, buat channel Youtube, buat Facebook reels dan tiktok.

Semua tu dibuat serentak.

Sebabnya?

Dia ada dengar atau tengok video tiktok yang mengatakan, sekarang ini lebih senang kalau nak buat duit dengan …. (sama ada reels, thread, tiktok dan sebagainya)

Akhirnya bila tak ada hasil, atau hasil terlalu sedikit, dia jadi penat.

Kebanyakkan orang, bila dia mula penat, dia pun berhenti.

Akhirnya semuanya terkandas separuh jalan.

Cara Mula Affiliate Marketing Dari Zero

Kalau sebelum ini, kita tak pernah ada pengalaman langsung dalam bidang affiliate marketing, apa yang kita perlu buat kalau baru nak mula?

Kita mulakan dengan memilih niche.

Pilih niche berdasarkan kepada Masalah

Lupakan sejenak tentang komisen dan kadar bayaran yang bakal diperolehi untuk setiap jualan yang terhasil.

Sebaliknya kita nak fokus kepada apa permasalahan yang sering dihadapi oleh audiens yang kita sasarkan.

Kenapa pilih niche berdasarkan masalah jauh lebih menguntungkan berbanding kejar komisen?

Ramai orang tersilap langkah di peringkat permulaan lagi.

… dan kesilapan yang saya maksudkan ialah, mengabaikan faktor niche.

Kebanyakkan orang yang baru nak mula buat duit, mereka akan tengok dulu, produk mana yang boleh bagi komisen paling tinggi?

Logiknya, kalau produk tu ada komisen yang tinggi, maka lagi berbaloilah setiap usaha pemasaran yang dijalankan.

Akhirnya mereka tersangkut dalam niche yang mereka sendiri tak minat dan tak faham… asalkan nampak duit.

Mentang-mentanglah zaman sekarang ni kita boleh gunakan AI untuk bagi idea konten.

Akhirnya sikit-sikit kita mula bergantung pada AI.

Masalahnya ialah, strategi ini jarang bertahan lama.

Kalau anda nak bina sesuatu yang sustainable, anda perlu tukar corak pemikiran.

Pilihlah niche berdasarkan kepada masalah, dan bukan sekadar komisen.

(1) Cari masalah yang berulang

Niche yang paling “lumayan” adalah niche yang cuba menyelesaikan masalah yang tak pernah habis.

Cuba fikirkan, apakah contoh masalah yang tak akan habis?

Ada beberapa contoh, misalnya masalah kesihatan, pengurusan kewangan, atau perhubungan.

Masalah dalam kategori ini bukannya jenis sekali beli terus selesai masalah.

Ia adalah masalah yang orang akan hadapi berulang kali sepanjang hidup mereka.

Apabila anda fokus kepada masalah yang berulang, anda sebenarnya sedang membina senarai pelanggan yang setia kerana mereka akan sentiasa memerlukan bimbingan atau produk anda.

(2) Orang sanggup bayar untuk penyelesaian masalah

Bukan semua masalah ada nilai komersial.

Ada orang yang bila dia menghadapi masalah tertentu, dia suka mengadu. Tetapi… dia tak sanggup untuk keluarkan duit untuk selesaikan masalah tu.

Niche yang berkualiti adalah apabila orang yang dilanda masalah tu merasakan masalahnya cukup besar sehingga dia rasa cukup berbaloi untuk melabur sedikit wang demi mendapatkan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Jika penyelesaian yang anda tawarkan tu dapat menjimatkan masa mereka, mengurangkan sakit, menambahkan pendapatan mereka, harga bukan lagi alasan utama kenapa mereka tak mahu bertindak.

(3) Anda sanggup bercakap mengenai niche tersebut berbulan-bulan

Ini adalah cabaran paling besar sebagai pemain affiliate.

Sejauh mana anda sanggup untuk konsisten dengan usaha dan mesej jualan yang anda bawakan.

Orang lain dekat sekeliling anda dah komen macam-macam berkenaan isu semasa, tapi anda tidak. Anda masih lagi konsisten bercakap hal yang sama.

Memang rasa sedikit bosan, tapi kalau dah memang itu terbukti berjaya berikan pulangan, boleh hasilkan jualan, bukankah itu lebih baik berbanding komen tentang isu semasa yang sebenarnya tak beri apa-apa kebaikkan pun buat diri anda.

(4) Sanggup rangka strategi untuk membina authoriti

Tiada istilah buat posting secara random.

Anda perlu sedar, setiap konten yang anda hasilkan ianya memberi impak kepada proses pembinaan nama dan jenama peribadi anda.

Jika anda memilih sesuatu produk kerana ia menawarkan komisen RM100 per unit, tapi anda tak begitu suka pada produknya, anda akan alami burnout dalam masa dua atau tiga bulan.

Sebaiknya pilihlah topik yang anda sendiri rasa teruja nak gali, nak kaji dan nak kongsi dengan audiens anda.

Apabila anda seronok menulis, seronok hasilkan kandungan, pembaca akan dapat rasa keikhlasan itu, dan secara automatik kepercayaan (trust) tu akan terbina.

Minat nak baca lebih lanjut perbincangan mengenai strategi memilih produk?

Baca posting saya sebelum ini bertajuk: Panduan lengkap memilih produk affiliate

Cara Buat Duit Affiliate Secara Konsisten

Ejen affiliate yang mampu hasilkan komisen yang konsisten, mereka tidak hanya fokus kepada aktiviti menjual semata-mata.

Sebaliknya mereka akan fokus kepada hasilkan kandungan (content) yang cukup berisi supaya dapat dijadikan rujukan.

Jenis kandungan yang ada potensi untuk bertahan lama selalunya adalah kandungan yang jenis

i. Tutorial langkah demi langkah

ii. Perbandingan produk

iii. Perkongsian pengalaman sebenar

iv. Penjelasan konsep yang banyak orang keliru

Kandungan seperti ini biasanya akan ada kebarangkalian untuk orang lain share ataupun save untuk dijadikan rujukan dimasa akan datang.

Kebiasaannya, konten yang tak terlalu menjual itulah yang lebih perform dan mampu untuk hasilkan jualan yang banyak, berbanding konten yang memang dibina dari awal dengan matlamat untuk menjual.

Strategi Content Affiliate Yang Selamat & Tahan Lama

Cuba tanyakan pada diri anda.

Adakah anda sanggup kalau perlu lakukan hard sell setiap hari?

Adakah anda bersedia kalau perlu tukar produk baru setiap minggu atau setiap hari?

Jika anda perlu lakukan perkara tersebut, ini menunjukkan bahawa strategi pemasaran yang anda pilih itu sebenarnya tak begitu stabil.

Anda patut fikir jangka masa panjang.

Affiliate yang memikirkan strategi pemasaran jangka panjang ini, biasanya akan lakukan perkara-perkara berikut.

a. Bina konten yang evergreen

Satu konten yang evergreen boleh memberikan pulangan yang stabil untuk jangka masa panjang.

b. Masukkan link affiliate secara natural dalam posting

Link atau produk tidak begitu menonjol dalam posting yang dihasilkan, sebaliknya produk itu sendiri adalah sebahagian daripada topik yang diceritakan dalam artikel.

Bila kita baca, ia tak nampak macam iklan, sebaliknya ia dilihat sebagai satu komponen penting dalam artikel tersebut.

c. Biarkan konten buat kerja

Kita tak akan setiap masa ada semangat.

Kita tak akan setiap masa ada mood untuk buat konten baru.

Tapi kalau kita ada konten yang evergreen, selagi mana ianya dibaca dan dicari oleh audiens, selagi itu ia berpotensi untuk menyumbangkan pendapatan pada kita.

Namun ini bukanlah bermakna kalau anda perlu tukar produk dengan kerap atau perlu buat hard sell sebagai satu strategi yang salah.

Akhirnya ia terpulang kepada apa kaedah yang sesuai dan kena dengan jiwa anda.

Sebab akhirnya nanti, anda yang kena buat, bukannya orang lain.

Soalan Lazim Affiliate Marketing Malaysia

Saya tahu, anda ada banyak persoalan berkenaan dengan bidang ini.

Terutama sekali kalau anda masih baru dalam dunia affiliate marketing.

Saya pun dulu sama macam anda.

Ada banyak benda tak tahu, dan ada banyak perkara yang nak ditanyakan.

Saya kongsikan juga beberapa soalan lazim, yang biasanya ramai penggiat affiliate marketing juga minat nak dapatkan jawapannya.

(a) Kalau nak buat duit dengan affiliate marketing ini, kena ada follower yang ramai ke?

Ada ramai follower itu membantu, tapi ia bukan segalanya.

Satu salah faham yang paling biasa saya jumpa ialah ramai orang sangka yang mereka kena ada beratus ribu follower dulu baru boleh buat duit dengan affiliate.

Sebenarnya tak begitu.

Ini alasannya.

i. Bilangan follower bukan jaminan “reach”

Dalam dunia media sosial, anda perlu faham dan sedar satu perkara.

Anda bukannya pemilik mutlak follower anda dan anda tak boleh tentukan apakah yang mereka bakal lihat dekat newsfeed mereka.

Walaupun anda memiliki beratus ribu orang follower, namun algorithma yang menentukan sama ada konten yang anda hasilkan akan masuk ke newsfeed atau FYP follower anda.

Realitinya, hanya peratusan yang kecil sahaja yang akan nampak konten anda secara organik.

Jadi, kalau anda hanya bergantung harap pada jumlah follower tanpa strategi konten yang betul, anda sebenarnya hanya mengharap pada sesuatu yang belum pasti.

ii. Niat follower VS Niat pembeli

Satu lagi perkara yang orang selalu terlepas pandang ialah berkenaan dengan sebab kenapa orang follow kita.

Boleh jadi mereka follow sebab suka tengok gambar kucing anda.

Mungkin sebab dia suka baca analisis politik yang anda lakukan.

Atau mereka sekadar bosan dan tak tahu nak buat apa.

Ohh boleh jadi mereka tak sengaja tekan butang follow.

Walaupun mereka follow anda, ini tak bermakna mereka minat nak beli apa yang anda promosikan.

Maka dekat sini, kita boleh katakan begini.

“Memiliki 1,000 orang follower yang memang mencari solusi bagi masalah mereka (targeted audience) adalah jauh lebih bernilai daripada 100,000 orang follower yang hanya sekadar mahukan hiburan kosong.”

Banyak kali berlaku, orang yang beli barang menerusi link affiliate kita, sebenarnya bukannya individu yang dari awal lagi adalah follower kita.

iii. Kualiti konten yang anda hasilkan

Ini satu lagi perkara yang kita tak boleh ambil ringan.

Kalau kandungan kita langsung tak bermanfaat, atau sekadar menyiarkan link produk tanpa ada sebarang nilai tambah, ia juga sukar untuk menghasilkan sebarang jualan.

(3) Pendapatan dari program affiliate halal atau tidak?

Ini sebenarnya berkait rapat dengan produk, perkhidmatan dan juga cara anda menjalankan kerja-kerja pemasaran.

Kalau produk yang kita nak promosikan itu ada elemen haram, unsur judi, dan apa-apa yang bertentangan dengan ajaran agama Islam, maka dekat situ sudah jelas yang pendapatan yang bakal terhasil juga akan tercemar dengan perkara yang haram.

Begitu juga dengan kaedah pemasaran yang kita gunakan.

Kalau kita menipu, menggunakan konten curi dan sebagainya, ianya juga akan mencemarkan kesucian dan kehalalan pendapatan kita.

(4) Adakah perlu daftar syarikat?

Tak wajib daftar syarikat diperingkat awal.

Tapi kalau semakin lama anda dalam bidang ini, dan pendapatan anda mencecah puluhan ribu sebulan, anda mungkin boleh mula pertimbangkan untuk daftar syarikat.

Nanti bila dah ada syarikat, mungkin boleh mula dapatkan pekerja untuk bantu anda lakukan kerja-kerja yang selama ini anda tak sempat nak buat sendiri.

Senarai Program Affiliate yang Popular di Malaysia

Saya nak kongsikan senarai program affiliate yang popular dan boleh anda fokus untuk promosikan.

(1) Kategori Marketplace & e-commerce

Kalau anda minat nak cuba promosikan macam-macam produk dalam satu masa, boleh pilih untuk promosikan produk yang dijual melalui platform e-commerce.

Ini antara yang boleh dipertimbangkan.

i. Shopee Affiliate Program

Kebanyakkan orang mungkin lebih mengenali platform Shopee ini sebagai tempat untuk shopping barang dengan harga yang mampu milik.

Tapi sebenarnya platform ini juga turut menawarkan program affiliate, dan peluang ini terbuka kepada mereka yang minat nak hasilkan pendapatan tambahan.

Melalui apps Shopee yang terdapat pada smartphone anda tu, anda boleh daftar program ini.

Program affiliate rasmi dari Shopee ini membolehkan anda mempromosikan pelbagai produk dari kategori yang berbeza dan anda masih akan dapat komisen walaupun pelanggan tidak membeli produk yang anda promosikan.

Asalkan dia pernah tekan klik pada link affiliate anda dan cookies masih aktif pada peranti yang digunakan, maka anda akan tetap dapat komisen juga.

Kalau anda minat nak baca lebih lanjut perkongsian saya mengenai program affiliate Shopee, boleh baca artikel saya yang dibawah ini.

Baca disini: Panduan affiliate shopee & cara join

ii. Program Affiliate Lazada

Dulu Lazada pernah jadi platform e-commerce nombor 1 di negara kita, sebelum dipintas oleh Shopee.

Kalau anda berminat, boleh juga sertai program affiliate Lazada.

Nanti anda boleh buat perbandingan harga, antara platform Shopee dengan Lazada.

iii. PG Mall

PG Mall ini ada keunikkan dia yang tersendiri.

Program referral yang ditawarkan ini lebih mirip dengan konsep network marketing.

Maklumat lanjut mengenai program PG Mall ini anda boleh baca dari posting ini.

iv. Tiktok

Tiktok bukan sekadar platform perkongsian video, malahan ia juga mempunyai ekosistem e-commerce yang tersendiri.

(2) Kategori Affiliate Network

Affiliate network ini adalah sebuah platform atau pasaran yang menghimpunkan pelbagai syarikat yang merupakan pemilik jenama (merchants) dengan ejen affiliate (kita).

Affiliate network bertindak sebagai orang tengah yang menguruskan segala urusan teknikal supaya kedua-dua pihak boleh bekerja dengan tenang tanpa perlu berurusan secara peribadi.

Kelebihan join program affiliate melalui affiliate network ini ialah kita boleh promosikan banyak jenama dalam satu masa, tanpa perlu membuat pendaftaran satu per satu dengan syarikat atau pemilik jenama yang berbeza.

Ada beberapa affiliate network yang anda boleh daftar, antaranya

i. Involve Asia

Boleh ke pautan ini untuk daftar.

ii. AccessTrade

Boleh ke pautan ini untuk daftar.

iii. Indoleads

Boleh ke pautan ini untuk daftar.

(3) Kategori produk digital

Program affiliate yang lahir dari negara kita yang fokusnya menjual produk digital seperti ebook.

Boleh cuba program affiliate Klikjer.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai program affiliate Klikjer dari posting saya yang terdahulu disini.

(4) Kategori Fesyen & Lifestyle

Untuk kategori ini kita ada platform seperti

i. Zalora Affiliate Program

ii. Watson

iii. Sephora

…dan banyak lagi.

Semua ini anda boleh join melalui laman web utama mereka, ataupun boleh join melalui platform affiliate network.

(5) Kategori Travel dan Perkhidmatan

Ini merupakan satu lagi kategori yang ada potensi sangat besar untuk hasilkan komisen.

Ada beberapa produk yang popular dalam kategori ini, antaranya.

i. Tempat penginapan

Ada resort, hotel, hostel, homestay, chalet dan banyak lagi.

ii. Tiket perjalanan

Tiket bas, tiket penerbangan, tiket kemasukkan ke tempat tumpuan pelancongan

iii. Aktiviti

Aktiviti snorkeling, hiking, dan banyak lagi.

Dekat mana nak join?

Boleh sertai melalui

a. Agoda / Booking.com Affiliate Program

b. Klook Affiliate Program

(6) Kategori Financial Service

Bagi mereka yang minat bercerita tentang topik kewangan, pun sebenarnya ada program affiliate khas yang anda boleh sertai.

Sebagai contoh, kalau anda sertai program affiliate melalui platform affiliate network Involve Asia, ada macam-macam produk kewangan yang anda boleh promosikan seperti kad kredit, personal loan dan banyak lagi.

Kalau anda nak promosikan pelan perlindungan takaful, anda boleh sertai program yang dijalankan oleh FWD Takaful.

Kalau anda minat nak dapatkan maklumat lanjut, atau nak terus buat pendaftaran, boleh daftar sebagai ejen affiliate menerusi pautan ini.

Model Affiliate Marketing

Cara pemasaran yang bagaimana yang patut anda gunakan?

Saya amat syorkan anda buat pemasaran dengan pendekatan membina konten.

Namun, konten yang bagaimana yang anda patut hasilkan?

Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh gunakan.

(1) Content-based Affiliate

Merujuk kepada penggunaan blog, channel Youtube, Search Engine Optimization, artikel dan konten video evergreen.

Pada peringkat permulaan kaedah ini memang nampak perlahan tapi untuk jangka masa panjang ia berpotensi untuk jadi satu rujukan yang ada autoriti dalam kalangan audiens anda.

(2) Social based Affiliate

Facebook, tiktok, thread dan sebagainya.

Platform seperti ini dapat berikan anda keputusan dan respon segera.

Tapi anda perlu konsisten dalam menghasilkan kandungan.

Walaupun anda rasa penat, rasa tak mood, kurang semangat dan sebagainya anda perlu pastikan yang anda ada siarkan konten untuk audiens anda.

(3) Intent-Based Affiliate

Anda fokus kepada hasilkan konten yang menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran bakal pembeli.

Konten anda adalah dalam bentuk review, testimoni dan juga perbandingan produk.

Anda berperanan sebagai pembantu untuk bakal pembeli buat keputusan, sama ada nak beli atau tidak.

(4) Authority-Based Affiliate

Dari awal anda memang ingin bina satu platform atau channel yang mempunyai authority apabila membincangan tentang sesuatu topik atau isu.

Orang ramai akan menjadikan platform yang anda bangunkan sebagai rujukan.

Mana satu nak pilih?

Pilihlah mana-mana satu yang lebih menepati gaya hidup anda.

Jangan terikut-ikut dengan pilihan orang, lebih-lebih lagi orang yang dah berjaya.

Dia berjaya mungkin sebab dia pilih berdasarkan gaya hidup dia, dan bukannya sebab pilihan dia itu adalah satu pilihan yang menjamin kejayaan.

Jenis konten yang cepat bagi signal awal

Kalau anda buat konten jenis ini, anda akan nampak petunjuk sama ada anda berada di tempat yang betul atau sebaliknya.

Ini jenis konten yang berkesan untuk hasilkan sales.

a. Konten jenis PAS

Merujuk kepada konsep problem, agitated and solution.

Kita cerita mengenai masalah yang mungkin dihadapi oleh audiens.

Kemudian kita tekankan, apakah worst case scenario yang akan terjadi kalau masalah tersebut dibiarkan.

Seterusnya kita tutup dengan mencadangkan penyelesaian bagi masalah tersebut.

b. Review jujur berdasarkan pengalaman penggunaan

Anda perlu beli atau sekurang-kurangnya ada pengalaman menggunakan produk yang anda sedang promosikan.

Kemudian barulah anda hasilkan konten berdasarkan kepada pengalaman tersebut.

c. Artikel jenis perbandingan untuk bantu audiens buat keputusan

Ada sesetengah keadaan yang mana bakal pelanggan masih belum buat keputusan, sama ada nak beli produk dari jenama A atau jenama B.

Kalau anda boleh buatkan perbandingan untuk bakal pembeli, ini juga satu konten yang sangat berguna untuk bantu mereka buat keputusan.

d. Konten jenis “biar aku cuba dulu supaya awak tak perlu bazirkan duit”

Ini juga satu jenis konten yang agak popular.

Biasanya dia akan beli dulu produk yang viral, dan bila produk dah sampai, dia akan buat video konten unboxing dan seterusnya akan review produk tersebut.

Di akhir video atau artikel tu, dia akan buat kesimpulan sama ada, apa yang viral tu betul boleh dipercayai atau sekadar auta semata.

Konsep konten seperti ini sebenarnya dia memindahkan risiko yang bakal dialami atau ditanggung oleh bakal pembeli kepada dirinya.

Konten jenis ini hampir sama dengan konten review, cuma biasanya konten ini dia ambil pendekatan yang lebih berterus terang tanpa ada niat nak selindung apa-apa maklumat.

Jenis-jenis konten yang saya nyatakan ini mampu untuk menarik audiens yang dah hampir membeli.

Affiliate Marketing & Artificial Intelligence

Ini bahagian paling penting untuk tahun ini dan yang akan mendatang.

Mana-mana artikel panduan yang tak menyentuh langsung topik artificial intelligence, kita boleh katakan ianya agak ketinggalan zaman.

Tapi sebelum tu, mari kita jujur dengan diri sendiri.

Penggunaan AI dapat memudahkan kerja, tapi ianya juga merosakkan kalau disalah guna.

Kita tak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada AI.

AI bukan penulis.

AI bukannya content creator.

Walaupun AI mampu untuk buat semua tu dengan adanya prompt yang betul.

Apa jadi kalau kita bergantung sepenuhnya pada AI?

Jawapan ini hanya pandangan saya semata-mata.

Anda mungkin tak setuju, atau anda mungkin ada jawapan yang lebih baik.

Pada pandangan saya, kalau kita terlalu bergantung kepada AI, sampai satu masa nanti,

i. Kalau anda adalah seorang penulis

Anda akan hilang skil menulis.

Bukan setakat hilang skil menulis, in fact “suara” dan “jiwa” anda dalam penulisan tu pun akan hilang sama.

ii. Kalau anda seorang video creator

Anda akan hilang bakat menghasilkan video atau kemahiran bercakap depan kamera

Letakkan fungsi AI ditempat yang sepatutnya.

Ia hanyalah pembantu.

Bukannya ambil alih seratus peratus kerja yang sepatutnya anda sendiri yang kena lakukan.

Artificial Intelligence dan Affiliate Marketing

Zaman AI ini, kalau kita tak cuba manfaatkan AI untuk kerja-kerja pemasaran affiliate, memang satu kerugian yang besar.

Jujurnya, AI memudahkan kita untuk hasilkan konten pemasaran, tapi AI juga boleh merosakkan keseluruhan strategi pemasaran affiliate kalau digunakan dengan cara yang salah.

Tolonglah jangan tanya AI,  soalan macam kat bawah ni,

“… apa yang perlu saya lakukan untuk berjaya hasilkan komisen sekian sekian jumlah setiap bulan melalui program affiliate marketing?”

Memang AI akan bagi jawapan, tapi itu lah… jawapan yang dia akan bagi biasanya agak umum dan biasanya kalau ikut sebiji-sebiji apa yang AI tu syorkan sekalipun, belum tentu kita akan dapat hasil macam yang kita nak.

Guna AI tu pun sebenarnya perlu ada teknik dia.

Tak bolehlah nak serahkan seratus peratus kerja-kerja penulisan kepada AI, sebab AI ni bukannya penulis (walaupun AI mampu hasilkan karya penulisan).

Tapi AI ni sangat berguna untuk bantu kita dalam perkara-perkara yang agak teknikal, misalnya kita nak minta bantuan dia untuk

a. Research data dan cari maklumat berkaitan untuk sokong hujah kita

b. Kembangkan cetusan idea yang kita dapat secara tak sengaja

c. Dapatkan idea untuk buat konten

d. Minta penjelasan atau penerangan tambahan tentang sesuatu poin

e. Susun struktur artikel supaya flow penceritaan jadi lebih menarik dan masuk akal

Tapi janganlah bergantung harap sepenuhnya kepada AI.

AI ni masih belum dapat ganti elemen yang unik hanya ada pada manusia.

Sebagai contoh,

AI masih belum mampu menulis berdasarkan pada pengalaman, sebab ia adalah robot yang tidak mempunyai pengalaman.

Ai juga tak dapat nak baca dengan baik, emosi manusia.

Lagi satu penulisan yang dihasilkan oleh AI kebiasaanya akan nampak terlalu sempurna.

Dia semacam ada satu format, atau style tertentu, yang bila kita baca sekali imbas pun kita dah boleh rasa… benda ni macam bukan ditulis oleh manusia.

Penulisannya best, tapi rasa kosong.

Kering.

Ah… susahnya nak cakap.

Tapi pada saya tu kita okay lagi.

Yang tak berapa okaynya ialah bila ada 10 orang berbeza, dan semua orang ini guna AI untuk kerja penulisan, akhirnya menghasilkan karya yang sama je style dan gaya bahasanya.

Keunikkan dalam penulisan tu dah tak penting ke?

Oleh yang demikian, saya syorkan kita hadkan penggunaan AI ini untuk bantu kita dalam kerja-kerja teknikal.

Apa-apa yang perlukan sentuhan manusia, itu kita gunakanlah kudrat kita sendiri.

Saya mungkin salah, dan orang yang gunakan AI seratus peratus mungkin lebih berjaya dari saya.

Tapi saya memang dah cuba nak gunakan AI sepenuhnya dalam salah satu projek penulisan saya.

Tak berapa lama lepas tu saya dapati, saya cepat hilang minat sebab saya rasa macam hasil kerja satu tu langsung tak ada jiwa (soul) saya.

Petanda bahawa anda on-track dalam dunia affiliate marketing

Ada ramai affiliate yang berhenti sebab dia merasakan apa yang diusahakan selama ini langsung tak memberikan sebarang hasil.

Sampai satu masa, dia rasa semua yang dibuat ini sia-sia dan tak berikan apa-apa hasil.

Tapi hakikatnya, untuk orang yang masih baru, ataupun orang lama yang baru nak aktif semula, signal awal bukannya dalam bentuk duit.

Sebaliknya ada beberapa parameter yang boleh dijadikan panduan.

Antaranya ialah

a. Impression naik

b. Views naik

c. Ada klik yang terhasil dari link affiliate yang kita promosikan

d. Ada orang yang tanya soalan

e. Ada orang yang like, share dan komen pada konten kita

Ini semua adalah penanda aras, bahawa kita berada dilandasan yang betul.

Memang agak jarang untuk orang baru terus dapat jualan, dalam percubaan pertama mereka mempromosikan produk di internet.

Tapi kalau kita perhatikan, pada petanda-petanda tersebut kita menunjukkan ada peningkatan, lambat laun jualan pasti akan terhasil juga.

Dalam masa yang sama, kita pun perlu teruskan usaha pemasaran dan hasilkan konten baru yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Menskalakan Bisnes Affiliate Anda

Anda patut jelas dengan soalan ini, bila perlu push dan bila kena perlahankan?

(dah macam push rank Mobile Legend pulak bunyinya kan)

Sampai satu tahap nanti, bila anda dah mula hasilkan banyak konten, anda akan mula nampak satu pattern.

Dari situ anda mula nampak mana satu konten yang convert dan memang disukai oleh audiens anda… dan mana satu jenis konten yang biasanya sepi sahaja.

Bila dah dapat rahsia tu, ulang proses tersebut untuk hasilkan lebih banyak konten yang lebih kurang sama.

Tujuannya sudah tentu adalah untuk hasilkan lebih banyak jualan.

Tiru strategi konten yang sama untuk promosikan produk lain yang berkaitan pula.

Tapi, anda juga perlu perlahankan sedikit kerja pemasaran, kalau

a. Anda mula rasa burn out

Buat konten rasa macam dah banyak, tapi satu pun tak convert kepada sales.

b. Anda buat konten tanpa melihat data

Pertama sekali, anda perlu tahu dekat mana tempat yang anda boleh tuju untuk cari data.

Saya sendiri suka ambil data dari sumber seperti

i. Ubersuggest

ii. Answerthepublic

iii. Google Keyword Planner

c. Anda cuma ikut emosi

Buat kerja-kerja hasilkan konten bila rasa ada mood.

Kalau emosi waktu tu stabil, maka ada lah konten pada hari tu.

Kalau anda terperangkap dengan disiplin kerja macam ni, saya sarankan anda berhenti sekejap.

Budaya kerja ini tak betul, dan sepatutnya anda perlu ada SOP kerja.

Mungkin sebenarnya audiens tak nampak anda…

Ramai orang yang baru nak aktif dalam bidang affiliate marketing ini rasa rendah diri bila nampak ada orang lain yang berjaya hasilkan income yang lebih tinggi, mencecah ribu-ribu ringgit setiap bulan.

Lepas tu, kalau dibandingkan dengan pencapaian sendiri, ibarat langit dan bumi.

Pada masa tu, akan mula timbul macam-macam rasa dalam diri,

i. Rasa diri tak pandai nak buat konten

ii. Rasa tak pandai nak shoot video

iii. Rasa tak ada bakat menulis

iv. Rasa diri tak menarik dan tak kelakar

v. Rasa tak pandai nak pujuk orang untuk beli barang yang kita promosikan

vi. Rasa tak cukup bagus sebab tak pandai guna AI dengan sebaiknya

Macam mana kalau saya katakan, masalah sebenar kita bukanlah sebab tak pandai, tapi sebenarnya konten yang kita hasilkan itu tak sampai pun kepada audiens yang kita sasarkan.

… atau dalam bahasa yang lebih mudah ialah, audiens kita tak nampak pun konten yang kita buat tu.

Dalam dunia affiliate, tak kira sama ada anda gunakan blog, Youtube, Tiktok, Facebook atau apa-apa platform yang membenarkan anda untuk letak link affiliate, ada satu peraturan yang lebih kurang sama yang kita perlu tahu dan ikut.

Setiap platform yang saya sebutkan ini, ada satu penjaga pintu yang kita namakan sebagai algorithma.

Untuk pengguna platform blog seperti saya, algorithma yang saya perlu kenal dan bersahabat baik, namanya ialah Search Engine Optimization (SEO).

Semua platform yang berbeza, ada algorithmanya yang tersendiri.

Anda mungkin dah peruntukkan masa yang agak lama untuk hasilkan konten jenis review produk yang paling jujur dan paling lengkap, tapi kalau algorithma tak suka konten yang anda hasilkan, maka alamatnya konten yang anda hasilkan itu nanti tetap tak akan muncul dekat newsfeed atau search result audiens anda.

Ironinya, kadang orang yang dapat banyak views untuk konten yang dihasilkan itu, bukanlah orang yang terbaik dari segi hasil kerjanya.

Tapi somehow, dia tahu cara nak berkawan dengan algorithma dan berjaya menarik banyak perhatian untuk tengok konten yang dia hasilkan.

Kita pun boleh buat penilaian sendiri.

Andai kata konten yang kita hasilkan tu, views tersangkut bawah 1,000 secara statistiknya memang susah nak buat jualan.

Dari 1,000 views tu tadi, berapa ramai sebenarnya yang tekan klik pada link affiliate?

Kalau views ada banyak, tapi tak ada seorang pun yang tekan klik pada link affiliate, itu juga tak akan memberikan sebarang hasil.

Kita andaikan conversion rate (kadar penukaran) ialah 1%

Apa maksudnya?

Kalau conversion rate ialah 1%, bermakna daripada 100 orang pelawat yang menekan klik, at least seorang akan jadi pembeli.

Sekarang, kita perlu tahu berapa banyak views yang kita perlu dapatkan untuk memperolehi 100 klik tu?

Mungkin 1,000 views.

Mungkin 3,000 views.

Atau mungkin perlu ada sekurang-kurangnya 5,000 views baru boleh dapat 1o0 klik.

Kenapa macam tu?

Sebab dekat media sosial ini, pengguna hanya akan scroll sahaja bila dia nampak posting kita.

Kalau ada yang baca sekalipun, mereka mungkin akan skip skip pada perenggan dan ayat yang mereka rasakan ianya menarik sahaja.

Walaupun views banyak, tapi kalau tak ada klik, ianya tak akan convert kepada jualan.

Sekarang ini, cuba bayangkan kalau views yang kita boleh tarik, (atau yang diberikan oleh algorithma) setakat 200 views, nampak tak betapa jauhnya perjalanan nak capai satu jualan?

Jadi, apa penyelesaiannya?

Tarik perhatian audiens!

Fokus utama dalam affiliate marketing, bukanlah “menjual” tapi sepatutnya lebih kepada “menarik perhatian”.

Sebelum anda nak fikir pasal nak suruh orang klik link, anda kena fikir dulu macam mana nak pecahkan sekatan algorithma yang menjadi penghalang untuk anda dapatkan view yang banyak.

Untuk pengguna blog, kena tahu bagaimana SEO berfungsi dalam era AI seperti sekarang ini.

Kalau pengguna video pula, kena kemaskan lagi penggunaan hook dan retention.

Tanpa trafik (views), konten yang hebat hanyalah ibarat sebuah kedai emas yang cantik tapi dibuka di tengah-tengah hutan rimba dalam sebuah pulau yang tak berpenghuni.

(Asalkan masih ada internet, kebarangkalian untuk dapat jualan tu masih ada)

Kadang kita tengok orang lain buat konten yang entah apa-apa, dan dalam hati kita pun kata

“Konten sampah macam ni pun boleh dapat views beratus-ratus ribu…”

Disebabkan views yang diterima mencecah ratus ribu, biasanya klik yang dia akan perolehi juga agak banyak dan seterusnya menghasilkan komisen yang banyak juga.

Kalau kita perhatikan dari sudut pandang ini, sebenarnya bukanlah sebab dia lebih pandai dari kita, tapi sebab dia berjaya “pecahkan” kod algorithma platform tersebut untuk dapatkan banyak views.

Affiliate Marketing bukan Skim Cepat Kaya

Pada saya tak salah kalau ada cita-cita nak jadi kaya.

Terutama sekali kalau nak jadi kaya, melalui usaha pemasaran affiliate marketing.

Akan tetapi, hal ini sebenarnya akan mustahil untuk berlaku.

Hari ini semakin banyak pemain affiliate masuk dalam pasaran.

Dengan jumlah persaingan sesama ejen affiiliate yang sangat sengit, jangan kata nak jadi kaya, nak dapatkan satu jualan pun sebenarnya agak sukar.

Daripada kita terlalu syok sendiri nak fikir pasal jadi kaya, lebih baik kita fikirkan strategi untuk buat affiliate marketing ini dengan cara yang lebih baik.

Kita fikir strategi yang bermaruah untuk bina kepercayaan dengan audiens yang kita sasarkan.

Kita bina satu sistem yang hanya kita sahaja yang boleh dapat manfaat dari sistem tersebut.

Kita jadikan nama kita atau jenama kita sebagai aset yang tetap memberikan pulangan.

Orang yang boleh bersabar, biasanya akan menang dan pasti akan terima hasilnya.

Penutup

Rasanya dah agak panjang perkongsian saya mengenai panduan affiliate marketing ini.

Sebagai penutup, saya boleh katakan begini.

Kalau anda cari jalan pintas, atau cara cepat untuk buat duit, affiliate ini mungkin akan mengecewakan anda.

Tapi kalau anda mencari kaedah yang realistik, yang boleh bantu anda untuk hasilkan pendapatan, sudah tentu saya akan kata affiliate ini masih relevan.

Affiliate marketing ini mudah.

Tapi tidaklah terlalu senang.

Apa yang pasti, ianya cukup fleksibel dan anda pasti boleh bina pendapatan mengikut cara kerja dan kemampuan anda sendiri.

Terima kasih atas kesudian anda membaca perkongsian ini, dan semoga ada manfaat.

The post Panduan Lengkap Affiliate Marketing appeared first on Blog Sabree Hussin.

Panduan paling LENGKAP belajar buat duit dengan blog
Adakah anda berminat nak belajar cara yang betul untuk buat duit dengan blog?

Kalau jawapan anda adalah ya, maka panduan LENGKAP buat duit dengan blogging ini, saya tuliskan khusus untuk anda.

Saya bagi amaran dari awal!

Artikel ini agak panjang.

Anda mungkin terpaksa luangkan masa beberapa minit untuk selesai baca perkongsian ini.

Justeru, saya cadangkan anda bookmark dulu blog saya. Kalau tak sempat nak baca dalam sekali harung, nanti boleh datang semula ke sini untuk sambung pembacaan.

Tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita mulakan perbincangan kita tentang cara untuk memulakan blog yang boleh memberikan income kepada anda.

(1) Sistem, Realiti & Strategi Jangka Panjang

Ramai orang diluar sana yang nak buat duit tambahan dengan bantuan internet.

Mungkin ada antara mereka yang mempertimbangkan untuk menggunakan platform blog.

Anda mungkin salah seorang daripadanya.

Sebab tu anda berada disini.

Ada yang mula terlibat dengan penulisan blog kerana memang minat menulis.

Ada juga yang terpengaruh dengan kisah kejayaan penulis blog lain, dan tak kurang juga yang berharap agar satu hari nanti blog miliknya boleh jadi sumber pendapatan pasif.

Siapa tahu, dari pendapatan pasif boleh bertukar jadi pendapatan utama pula.

Namun hakikat yang jarang diceritakan ialah, bukan semua blog boleh hasilkan duit, dan bukan semua orang yang memiliki blog tu faham bagaimana proses untuk memastikan blognya boleh menghasilkan duit.

Kalau melihat kepada trend tahun 2025, saya percaya, lebih banyak blog yang terpaksa ditutup disebabkan blog tersebut sudah tidak menghasilkan sebarang pendapatan.

Saya pun lalui perkara yang sama.

Ada kesempatan nanti, saya akan ceritakan apa puncanya.

Untuk orang baru pula, saya perasan mereka lebih cenderung untuk mulakan perjalanan menjadi content creator menerusi media sosial ataupun platform video.

Artikel ini saya tulis bukannya untuk mengajak anda bermimpi mahupun membayangkan sesuatu yang tak realistik. Sebaliknya saya nak cuba hasilkan perkongsian yang lebih dekat dengan realiti semasa.

Matlamat saya ketika menulis entri ini, adalah untuk membantu anda jadi lebih faham bagaimana sebenarnya platform blog berfungsi sebagai sebuah aset digital, dan bagaimana kita boleh manfaatkannya.

Jika anda mencari cara pantas untuk hasilkan duit, anda akan dapati kaedah yang saya bincangkan disini terasa perlahan.

Tapi kalau anda ingin bina sesuatu platform yang boleh dijadikan aset digital dan berdaya tahan, anda boleh mulakan dengan membaca perkongsian ini.

(2) Apa sebenarnya maksud buat duit dengan blog?

Blog itu sebenarnya hanyalah sebuah platform yang kita gunakan untuk menulis dan menerbitkan kandungan yang kita hasilkan.

Ia tidak menghasilkan atau mengeluarkan duit dengan sendirinya.

Tetapi dengan menggunakan strategi penghasilan kandungan yang betul, ia dapat membantu anda untuk hasilkan pendapatan.

Bayangkan kalau setiap artikel yang anda tulis dan siarkan, berupaya untuk menjana wang!

Bukankah ini suatu yang bagus?

Tapi untuk sampai ke tahap itu, ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Pada hari ini, bidang penulisan blog jadi semakin mencabar.

Diluar sana, wujud banyak content creator yang akan menjadi pesaing anda menerusi pelbagai platform untuk merebut perhatian audiens.

Ada yang menggunakan media sosial, sama ada Facebook, Instagram, Threads, X (twitter) dan sebagainya.

Ada yang menggunakan platform video seperti Tiktok, Youtube, Reel dan lain-lain.

Kalau kandungan mereka lebih menarik perhatian (tak semestinya lebih bagus) dan audiens yang anda sasarkan dah penat melayan kandungan tersebut, besar kemungkinan artikel yang anda siarkan di blog sudah tidak lagi dibaca.

Situasi ini sudah tentu sangat berbeza berbanding waktu saya baru mula menulis blog dulu.

Pada ketika itu tak ramai orang yang minat dan bersungguh-sungguh nak menjadi content creator.

Sampai satu tahap, orang akan mula bertanya satu persoalan, adakah menulis blog masih lagi relevan pada hari ini?

Oleh sebab itu, kita tinggalkan sekejap fokus untuk buat duit dengan blog.

Sebaliknya kita ubah perspektif kita kepada untuk menjadikan blog sebagai sebuah medium membina kepercayaan atau trust.

Pegang yang itu dulu, okay?

Blog sebenarnya sangat-sangat membantu dalam beberapa perkara, antaranya

a. Membina kredibiliti

b. Menunjukkan anda ada kefahaman dan kepakaran terhadap sesuatu topik

c. Meyakinkan pembaca sebelum mereka membuat keputusan

Atas sebab itulah, blog yang berjaya menjana pendapatan biasanya tak kelihatan seperti sedang menjual.

Sebaliknya, ia lebih kelihatan seperti sedang membantu, menerangkan dan membimbing audiens berkenaan sesuatu perkara ataupun topik.

Inilah juga yang akan membezakan antara blog hobi, blog peribadi dan juga blog yang dibina bertujuan untuk dijadikan sebagai satu aset perniagaan.

i. Blog hobi

Diwujudkan untuk kepuasan sendiri.

Perkongsian dalam bentuk aktiviti, senarai koleksi, tips dan sebagainya.

Pemiliknya berpeluang untuk berhubung dan berkenalan dengan individu lain yang mungkin mempunyai minat yang sama.

ii. Blog peribadi

Blog jenis ini dimulakan bagi tujuan berkongsi pengetahuan dan pandangan penulisnya terhadap sesuatu peristiwa atau perkara.

Penulis mungkin mempunyai pandangan dan pendapat tentang banyak perkara, jadi dia akan suarakan melalui blognya.

iii. Blog bisnes

Blog ini dihasilkan bagi tujuan menyelesaikan masalah audiens tertentu.

Perkongsian yang dimuatkan juga ada yang tujuan untuk menunjukkan kefahaman, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki.

Artikel jenis review sesuai dimuatkan dalam blog dalam kategori ini.

Ramai penulis gagal dalam bidang ini bukan sebab mereka tak rajin update blog, atau tak ada bakat menulis, tetapi sebab mereka membina blog tanpa memahami peranan blog itu sendiri.

(3) Pemilihan niche blog

Okay first thing first, sebelum anda nak terus menulis artikel blog yang pertama, apa kata anda berhenti sejenak dan mari kita mula buat kajian apakah niche yang paling bagus untuk kita bina blog.

3.1 Fokus & Niche Yang Jelas

Blog yang mencampur adukkan terlalu banyak topik akan menjadikan blog anda sukar untuk membina kepercayaan.

Sebaliknya, blog yang fokus pada sesuatu topik, perkara, bidang atau niche,

a. Lebih mudah difahami oleh pembaca

b. Lebih mudah dinilai oleh enjin carian dan AI

c. Lebih cepat untuk anda bina authoriti dalam bidang tersebut

Memilih niche bukan bermaksud kita nak sempitkan fokus penulisan, tetapi ia bertujuan untuk membantu audiens kita supaya mereka jelas dengan apa masalah yang cuba kita selesaikan melalui blog kita.

Orang yang baru pertama kali jumpa blog anda, akan terus tahu…

“Ohhh dia ni pakar dalam bidang sekian sekian… nanti kalau aku nak cari info pasal topik sekian… aku boleh rujuk pada dia…”

Fikir secara logik, dan sebenarnya kita bukannya mampu dan ada kepakaran nak tulis semua perkara dalam dunia ini.

Lebih baik kita fokus pada satu atau dua perkara yang memang kita betul-betul mahir.

Sebelum ini saya pernah beberapa kali menulis tentang apakah niche yang patut kita terokai sekiranya berminat untuk memulakan aktiviti blogging.

Tapi sekarang ini kan kita dah ada teknologi Artificial Intelligence, jadi saya syorkan anda gunakan teknologi tersebut untuk mengetahui apakah niche yang mungkin bagus untuk anda.

Anda boleh guna sama ada

i. ChatGPT (https://chatgpt.com/)

ii. Google Gemini (https://gemini.google.com/app)

iii. Deepseek (https://chat.deepseek.com/)

Saya bertanya kepada ChatGPT menggunakan prompt

“Base on the current data that you have, please brainstorm and list down 20 niches that is profitable for blogging.”

Dan dibawah ini adalah merupakan niche yang dicadangkan oleh AI.

(1) Health & Wellness

a. Fitness routines

b. Healthy recipes

c. Mental health tips

d. Holistic wellness.

(2) Personal Finance

a. Budgeting

b. Investing

c. Saving money

d. Financial independence

(3) Beauty and Skincare

a. Product reviews

b. Makeup tutorials

c. Skincare routines

d. Beauty tips

(4) Technology and Gadgets

a. Reviews

b. How-tos

c. Tech news

d. Troubleshooting guides

(5) Travel

a. Destination guides

b. Travel hacks

c. Budget travel

d. Cultural experiences

(6) Fashion

a. Outfit inspiration

b. Style tips

c. Fashion trends

d. Sustainable fashion

(7) Parenting

a. Childcare advice

b. Parenting tips

c. Family activities

d. Education resources

(8) Lifestyle

a. Minimalism

b. Productivity

c. Self-improvement

d. Organization

(9) Food and Cooking

a. Recipes

b. Cooking techniques

c. Meal planning

d. Dietary tips

(10) Home Decor and DIY

a. Interior design ideas

b. Home improvement projects

c. DIY crafts

(11) Personal Development

a. Goal setting

b. Time management

c. Motivation

d. Self-care

(12) Pets

a. Pet care

b. Training tips

c. Pet product reviews

d. Pet stories

(13) Self-Care and Mental Health

a. Stress relief

b. Mindfulness

c. Coping strategies

d. Therapy insights

(14) Entrepreneurship and Business

a. Startups

b. Online business tips

c. Marketing strategies

(15) Gardening

a. Plant care guides

b. Gardening techniques

c. Urban gardening

(16) Photography

a. Techniques

b. Equipment reviews

c. Editing tutorials

d. Photo inspiration

(17) Outdoor Activities

a. Hiking

b. Camping

c. Adventure travel

d. Outdoor gear reviews

(18) Home Workouts and Fitness

a. At-home exercise routines

b. Workout equipment reviews

(19) Book and Movie Reviews

a. Critiques

b. Recommendations

c. Analysis of popular media

(20) Sustainable Living

a. Eco-friendly practices

b. Green living tips

c. Zero waste lifestyle

Sebenarnya dekat luar sana ada banyak lagi niche yang anda boleh pilih. Memandangkan saya meminta secara spesifik, 20 niches sahaja, maka AI memberikan saya 20 sahaja.

Kalau sebelum wujudnya teknologi AI, saya akan sarankan anda untuk buat kajian niche terlebih dahulu. Tapi disebabkan teknologi ini sudah ada untuk memudahkan kerja-kerja penulisan kita, jadi saya fikir adalah lagi baik kita gunakan sahaja teknologi tersebut.

Baiklah, daripada niche yang dicadangkan, mana satu yang paling bagus?

Jawapannya ialah, bergantung kepada anda.

Ya saya tahu, jawapan ini sangat umum dan tak berguna.

Sesetengah pembaca, dia mengharapkan ada seseorang yang boleh menjawab setiap pertanyaan dia secara spesifik.

Misalnya, bila dia nak tahu, apa pilihan yang terbaik, dia mahukan satu jawapan yang spesifik dan konkrit.

Sorry to say, dunia kita bukan macam tu.

Jawapan yang anda mahukan mungkin tak ada siapa yang boleh berikan.

Jadi beginilah, persoalan mengenai mana satu niche yang baik ini, ia sebenarnya bergantung kepada diri anda sendiri.

Katakanlah dalam banyak-banyak niche yang disyorkan ini, anda tertarik dengan niche Personal Finance.

Persoalannya ialah, adakah anda cukup bagus dan mempunyai ilmu, kepakaran serta pengalaman yang banyak dalam bidang kewangan peribadi ini?

Jika jawapan anda adalah ya, maka anda berada dilandasan yang betul untuk menghasilkan blog yang bagus dan dimuatkan dengan konten-konten yang terbaik.

Tapi kalau anda sendiri agak kurang ilmu dan pengalaman dalam niche yang anda minat tersebut, besar kemungkinan hasil kerja yang bakal anda hasilkan juga tak begitu baik.

Jadi dalam keadaan ini, bukan niche itu yang tak bagus, tapi diri anda yang masih ada kekurangan.

Bagi mereka yang dah lama kenal blog saya ini, anda pasti tahu yang blog ini sebenarnya adalah blog peribadi.

Atas sebab itu, blog ini tak mempunyai satu niche yang spesifik. Saya menulis perihal yang saya kira menarik pada pandangan saya.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya saya akan menulis topik berkaitan dengan

1. Personal finance

2. Travel

3. Entrepreneurship and Business

4. Review buku

Niche ini sebenarnya akan jadi panduan yang memberi kita fokus, apa topik yang kita nak hasilkan dan siarkan dalam blog kita. Ia seperti satu blueprint yang memberi kita panduan, blog yang bagaimana yang ingin kita hasilkan kelak.

Bila kita ada pilihan niche yang jelas, kita tak akan hasilkan konten yang bercampur aduk macam rojak. Sekejap tulis pasal gossip artis, sekejap bicara tentang politik, dan kebanyakkan masa menulis mengenai produk review.

Kalau boleh jangan buat macam tu.

Adalah lebih baik kalau anda pilih suatu niche kemudian fokus untuk bangunkan blog anda dalam niche tersebut sahaja.

(4) Dapatkan nama domain dan hosting

Proses untuk mendapatkan nama domain dan hosting sangatlah mudah. Di Malaysia, ada beberapa syarikat yang anda boleh berurusan sekiranya ingin mendaftarkan nama domain dan hosting untuk projek blogging anda.

Antara yang boleh anda pilih adalah

i. NetKL

ii. Serverfreak

iii. Exabytes

Kalau anda buat carian melalui Google Search, anda pasti akan temui banyak lagi syarikat hosting yang boleh memberikan khidmat seperti yang anda mahukan.

Saya sendiri menggunakan khidmat dari syarikat Netkl. Dari awal saya mula berkecimpung dalam bidang penulisan blog ini, saya dah mula gunakan khidmat mereka.

Justeru saya amat berkeyakinan untuk mengesyorkan anda untuk menggunakan khidmat mereka juga.

Dibawah ini merupakan harga yang ditawarkan sekiranya anda ingin menggunakan khidmat dari syarikat netkl.

Sebagai permulaan, anda boleh ambil pakej yang paling murah sahaja dahulu.

Anda boleh mula dengan melanggan hosting pelan MySilver dengan kos RM60 setahun.

Kemudian dapatkan domain .com dengan kos langganan RM60 setahun.

Jumlah keseluruhan dia ialah RM120 setahun.

Anda rasa kos ini agak mahal?

Ya, saya pun rasa macam tu.

Saya masih ingat lagi, dulu waktu saya bermula sekitar tahun 2009 macam tu, kos langganan untuk setahun hanya RM60 sahaja.

Sekarang ini? Memang banyak benda yang naik harga.

Saya tak rasa kos untuk langgan domain dan hosting akan turun dimasa depan.

Sebaliknya yang akan berlaku, kosnya akan terus meningkat dan terus meningkat.

Tapi setidak-tidaknya, walaupun kosnya makin mahal, kita boleh bayar yuran langganan tersebut melalui pendapatan yang terhasil daripada aktiviti penulisan blog yang kita lakukan.

Blog anda akan jadi self sustainable.

Seolah-olah ia bayar untuk dirinya sendiri.

Kalau anda perasan, setiap penulis blog biasanya akan mencadangkan syarikat hosting yang berbeza, dan kebiasaannya, kalau dia akan buat cadangan, dia akan cadangkan untuk guna perkhidmatan dari syarikat yang sama yang dia gunakan.

Saya juga begitu.

Saya berani cadangkan NetKL sebagai penyedia perkhidmatan bukan semata-mata sebab saya akan menerima komisen jika anda buat tempahan melalui link affiliate saya ini. Tapi saya buat cadangan sebab saya sendiri adalah pelanggan mereka sejak dari tahun 2009 lagi.

(5) Pemasangan blog wordpress self-hosted

Selepas anda berjaya dapatkan domain dan hosting, seterusnya adalah masa untuk anda buat pemasangan sistem wordpress pada hosting tersebut.

Jangan risau sebabnya proses pemasangan sistem wordpress ini sangatlah mudah.

Setelah anda berjaya mendapatkan pakej domain dan hosting, anda akan diberi tunjuk ajar cara untuk akses akaun cpanel anda. Pada asasnya, cara untuk akses akaun cpanel adalah seperti berikut.

Katakanlah, nama domain yang anda beli adalah www.domainsaya.com

Maka, untuk mula akses ke bahagian cpanel, anda hanya perlu layari www.domainsaya.com/cpanel

Anda akan diminta untuk login menggunakan username dan password yang dibekalkan kepada anda semasa pembelian pakej hosting.

Setelah anda berjaya login, paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Ini merupakan paparan susun atur terkini bahagian dashboard. Pada pemerhatian saya, yang berubah hanyalah dari segi susun atur (layout) tetapi dari segi fungsinya ianya masih sama dengan versi sebelum ini.

Untuk pemasangan sistem wordpress ini, anda boleh gunakan perisian softaculous yang diberi secara percuma untuk kemudahan anda. Scroll down halaman dashboard cpanel itu tadi hinggalah anda jumpa Softaculous Apps Installer.

Klik pada menu dropdown dan kemudian anda pilih wordpress.

Anda hanya perlu ikuti sahaja langkah demi langkah yang diperlukan. Isikan maklumat yang diminta. Jika anda perlukan rujukan, boleh baca posting saya yang terdahulu.

Baca disini: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted pada hosting

(6) Alternatif kepada sistem blog wordpress

Dekat luar sana memang ada banyak alternatif untuk kita pilih bagi dijadikan platform untuk bina laman blog.

Kalau anda tekan klik pada bahagian softaculous itu tadi, anda akan dapat lihat ada beberapa cadangan platform yang anda boleh pilih bagi tujuan membina blog.

Antaranya ialah

1. WordPress (of course la…)

2. Dotclear

3. Serendipity

4. b2evolution

5. Textpattern

6. SitePad

7. HTMLy

8. FlatPress

Selain daripada senaraian yang kita boleh pasang menggunakan perisian softaculous ini, ada lagi perisian lain yang boleh kita gunakan seperti

1. Blogger/Blogspot

2. Typad

3. Tumblr

Walaupun senaraiannya ada banyak, namun adakah ini bermakna kita perlu cuba semua?

Sebenarnya tak perlu pun.

Kalau nak cuba lebih dari satu platform, saya syorkan anda gunakan wordpress dan juga blogspot sahaja.

Lain-lain platform tu, boleh abaikan sahaja.

Mungkin ada yang akan bertanya, mana satu yang patut dijadikan pilihan utama? WordPress ke blogspot?

Sebenarnya saya pernah tulis pendapat saya mengenai dua pilihan tersebut.

Baca disini ya: Platform blog terbaik? WordPress atau Blogpsot?

Pada akhirnya, persoalan sama ada wordpress atau blogspot, ia hanyalah sebuah platform yang menawarkan fungsi-fungsi tertentu sahaja.

Ia merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan anda dalam bidang penulisan blog.

Namun, faktor lain seperti

a. Skil penulisan

b. Minat pada bidang penulisan

c. Kepakaran anda dalam sesuatu topik

d. Minat yang mendalam terhadap topik walaupun tak pakar

e. Produktiviti anda

Semua ini akan diambil kira dan menjadi penyumbang kepada kejayaan anda. Bukan semata-mata aspek pemilihan platform sahaja.

(7) Pemasangan plugin

Plugin wordpress ini sebenarnya merupakan suatu software yang mampu memberikan fungsi dan ciri tambahan kepada laman web yang dibina menggunakan platform wordpress.

Dengan adanya plugin, pengguna platform wordpress ini akan dapat menjadikan blognya mempunyai lebih banyak fungsi dan tak terhad sekadar untuk dijadikan platform menyiarkan konten atau karya penulisan.

Selain daripada itu, pengguna yang kurang mahir dengan coding dan programming, juga dapat menggunakan wordpress dengan fungsi tambahan tanpa sebarang masalah. Kita tak perlu usik sebarang coding pun untuk meningkatkan fungsi blog kita.

Plugin ini ada pelbagai fungsi.

Antaranya

(1) Memperbaiki kualiti SEO

Saya tahu, untuk penulis blog yang masih baru ini, topik mengenai SEO mungkin agak complicated bagi anda. Justeru, saya cadangkan anda pasang plugin Yoast SEO untuk membantu dan memudahkan kerja-kerja SEO anda.

(2) Keselamatan blog

Perlindungan blog dari percubaan serangan hackers dan lain-lain.

Anda boleh pasang plugin All In One WP Security

(3) Bina contact form

Contact form contohnya macam yang saya gunakan di halaman ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca menghantar emel kepada kita, kalau mereka ada sebarang pertanyaan.

Ada banyak plugin yang boleh digunakan untuk bina contact form, tapi saya pakai Easy Contact.

(4) Membina laman blog dengan fungsi e-commerce

Ada juga plugin yang boleh membantu anda mencipta halaman yang dilengkapi dengan sistem e-commerce. Fungsi ini sangat berguna untuk mereka yang ingin membuat jualan terus melalui blog.

Pembaca boleh baca keterangan produk, buat tempahan dan seterusnya buat bayaran, tanpa perlu keluar dari blog tersebut.

(5) Backup kandungan blog wordpress

Terdapat juga plugin yang dihasilkan bagi tujuan membuat backup blog anda. Anda boleh back up keseluruhan blog anda dan simpan di hard drive. Jika terjadi apa-apa pada blog anda, dengan mudah anda boleh gunakan file back up itu tadi untuk dapatkan semula blog anda seperti waktu back up itu dibuat.

Apa yang saya boleh katakan, plugin ini ada terlalu banyak dan ada fungsi yang berbeza. Ada plugin yang kita boleh dapat secara percuma, dan ada juga yang didatangkan dengan versi premium.

Anda boleh baca dan lihat sendiri senarai plugin yang anda boleh pasang di blog anda di ruangan Plugins. Tapi nasihat saya, anda tak perlu pasang semua plugin yang ada disitu.

Cukup sekadar pasang plugin yang penting-penting sahaja.

Kalau terlalu banyak plugin yang anda pasang, ia boleh menjejaskan fungsi dan kelajuan blog anda.

(8) Pemasangan Premium Theme

Theme untuk blog wordpress sebenarnya berfungsi untuk menjadikan blog anda kelihatan menarik pada pandangan pembaca.

Ada pelbagai theme wordpress yang terdapat dipasaran.

Ada theme wordpress yang percuma dan ada juga yang berbayar (premium).

Theme yang percuma boleh diperolehi dengan mudah melalui dashboard wordpress anda.

Cari menu Appearance dan pilih Themes seperti dibawah.

Kemudian anda akan dibawa ke halaman seperti berikut.

Klik pada bahagian Add New yang saya tandakan dengan petak merah dibawah.

Selepas anda klik pada Add New, anda akan dibawa ke halaman dimana anda boleh pilih theme untuk dipasang pada blog anda.

Ini dia halaman yang saya maksudkan.

Kalau anda temui mana-mana theme yang anda rasa menarik dan anda berminat nak pasang, tekan sahaja butang Install.

Theme ini pun kita boleh tukar banyak-banyak kali. Kalau anda rasa jemu dengan satu theme, boleh sentiasa tukar yang lain.

Ataupun kadang-kadang kita tengok theme tu macam menarik, lalu kita pun pasang dekat blog kita. Tetapi bila kita dah pasang dekat blog, nampak macam kurang sesuai. Kita boleh tukar sahaja theme lain.

Premium theme ini pula dijual melalui laman web rasmi pengeluar theme tersebut.

Berikut adalah antara premium theme yang popular.

1. StudioPress (https://www.studiopress.com/)

2. Astra (https://wpastra.com/)

3. GeneratePress (https://generatepress.com/)

4. Themeforest (https://themeforest.net)

5. Woocommerce (https://woocommerce.com/)

6. Divi (https://www.elegantthemes.com/gallery/divi/)

Premium theme ini harganya memang nauzubillah mahal. Memang harga kerat leher.

Saya ada cadangan atau tips untuk anda dapatkan premium theme dengan kos yang lebih rendah.

Caranya adalah dengan dapatkan khidmat pemasangan theme dari freelancer di laman web fiverr.

Kita andaikan yang anda berminat nak pasang premium theme dari studiopress. Anda search sahaja keyword studiopress di laman web fiverr.

Lihat contoh dibawah ini.

Dekat situ biasanya akan ada banyak freelancer yang tawarkan servis pemasangan dengan harga yang lebih murah berbanding anda beli premium theme tersebut melalui laman web rasmi.

Saya syorkan anda baca juga posting saya, bertajuk pemasangan premium theme untuk wordpress, kerana dekat situ saya ada bincangkan beberapa langkah keselamatan untuk memasang premium theme melalui khidmat freelancer.

(9) Setting blog untuk Search Engine optimization (SEO)

Blog dengan search engine sememangnya mempunyai hubungan yang cukup rapat dan istimewa.

Salah satu sumber trafik yang sangat berharga bagi blog datangnya dari search engine.

Bagi meningkatkan kebarangkalian untuk trafik masuk dengan banyak dari search engine, pertama sekali blog anda perlulah dioptimasikan dengan betul.

Setting (atau tetapan) yang biasanya saya akan tukar dari awal lagi adalah setting untuk permalink.

Cari menu Settings kemudian pilih Permalinks.

Seterusnya saya akan pilih permalinks kepada format https://www.sabreehussin.com/sample-post/

Apabila kita tukar format permalink kita kepada bentuk yang saya nyatakan tadi, nanti bila kita publish artikel kita, link url kita tu nanti akan muncul kata kunci yang bakal kita sasarkan bagi tujuan SEO.

(10) Peranan SEO Dalam Dunia Blogging Hari Ini

SEO hari ini sangat berbeza berbanding ketika saya baru mula berkecimpung dalam bidang penulisan dulu (sekitar 2009).

10.1 SEO Dulu vs SEO Sekarang

Ada banyak yang saya nak perkatakan mengenai SEO, tapi untuk mengelakkan posting ini jadi terlalu panjang, saya rasa lebih baik saya hanya sentuh beberapa poin sahaja.

Selebihnya saya akan bincangkan dalam artikel lain, yang memang khusus untuk saya kupas mengenai search engine optimization (SEO) untuk blogging nanti.

SEO cara lama banyak bergantung kepada perkara berikut,

a. Keyword

b. Backlink

c. Teknik manipulasi ayat

Tapi hari ini, teknik yang sama sudah tak berkesan.

Kalau masih nak main keyword dalam artikel, kesannya dah tak sama macam dulu.

Jadi lebih baik janganlah buat gaya ini.

Sebabnya pada hari ini, SEO lebih memberikan penekanan kepada

a. Kefahaman terhadap sesuatu topik

b. Tahap kepercayaan keseluruhan blog

c. Hubungan antara artikel (pillar & cluster article)

Search engine kini dilengkapi dengan teknologi AI mampu untuk mengenalpasti mana satu artikel yang terbaik dan boleh menjadi sumber yang paling dipercayai.

Kalau setakat artikel yang panjang, itu belum cukup memadai, memandangkan hari ini ada banyak perisian AI dan chatbot yang mampu untuk hasilkan artikel yang panjang dalam masa kurang 2 minit.

Kenapa artikel panjang sahaja tak cukup?

Kalau dulu, siapa yang boleh buat artikel yang panjang, artikel dia akan ada peluang untuk tersenarai di muka surat pertama Google.

Dalam artikel yang panjang, kebiasaannya akan ada banyak keyword yang kita sasarkan boleh dilonggokkan dalam artikel tersebut.

Akan tetapi, artikel yang panjang tak semestinya ia berkualiti.

Ada artikel yang panjang tapi sebenarnya ia hanya mengulang-ulang poin yang sama.

Pada masa yang sama, ada juga artikel panjang yang sebenarnya langsung tak menjawab persoalan sebenar yang dicari oleh pembaca.

Kemudian, kalau artikel panjang tersebut tidak disokong dengan artikel lain, ia juga sukar untuk bertahan lama di muka surat pertama Google.

Teknologi AI yang ada sekarang ini juga berkemampuan untuk memahami artikel yang ditulis dan berkeupayaan untuk meringkaskan artikel panjang yang dihasilkan, kepada poin-poin penting sahaja.

Tak berguna ada artikel yang panjang, kalau isi kandungan banyak yang berulang atau langsung tak ada hujah.

Worst case scenario, ia tak akan masuk langsung dalam muka surat pertama hasil carian.

(11) Menghasilkan konten blog

Mesti anda dah tak sabar nak hasilkan artikel blog anda yang pertama bukan?

Sabar dulu ya.

Sebelum anda nak menulis artikel pertama anda, yang bakal anda berikan tajuk “ini adalah artikel pertama”, ada beberapa perkara yang anda patut lakukan terlebih dahulu.

11.1 Kajian kata kunci

Saya andaikan yang anda telahpun menetapkan, apakah sebenarnya niche bagi blog yang anda hasilkan. Sebelum anda nak terus menghasilkan artikel blog anda yang pertama, pertama sekali sudah tentu kita dapatkan maklumat mengenai kata kunci yang bakal digunakan.

Kajian kata kunci sebenarnya adalah langkah asas dalam proses menghasilkan sebuah karya penulisan yang menepati citarasa dan keperluan pembaca.

Dengan menjalankan kajian kata kunci secara terperinci, anda akan memperolehi maklumat yang penting dan berharga berkaitan dengan frasa dan perkataan yang spesifik yang banyak dicari oleh pengguna internet apabila menggunakan halaman search engine.

Halaman search engine ini adalah seperti

1. Google

2. Bing.com

3. Yahoo

Pengetahuan berkaitan dengan kajian kata kunci ini berupaya untuk membantu anda menghasilkan karya penulisan yang sejajar dengan kehendak (user intent) dan tingkahlaku mereka ketika membuat carian.

Peranan kita sebagai penulis blog, adalah untuk memastikan artikel yang kita hasilkan itu nanti betul-betul dekat dengan hati dan jiwa pembaca.

Kita nak, bila pembaca baca apa yang kita tulis, dia merasakan seolah penulis ini faham apa yang aku rasakan sekarang ini, dan nasihat yang dia berikan ini semuanya berguna untuk aku.

Saya nak sentuh sedikit mengenai user intent.

Apa benda sebenarnya user intent ini?

Kalau kita terjemah dalam bahasa Melayu, ia membawa maksud “niat pengguna” atau “hasrat pengguna”.

User intent ini sebenarnya merujuk kepada matlamat atau tujuan sebenar disebalik tindakan seseorang pengguna internet ketika membuat carian menggunakan kata kunci tertentu menerusi halaman search engine seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya.

Perkara ini penting untuk anda ambil tahu, kerana ia sangat membantu dalam proses menghasilkan konten yang betul-betul relevan dengan keperluan dan kemahuan pengguna internet.

Ada 4 jenis user intent yang kita perlu tahu.

1. Informational intent

Pengguna seperti ini membuat carian kerana ingin mendapatkan sesuatu maklumat ataupun informasi berkenaan dengan sesuatu perkara.

Mereka ini mungkin ingin

a. Belajar sesuatu perkara yang sebelum ini mereka tak tahu

b. Mereka ingin menyelesaikan masalah tertentu

c. Mereka ingin buat keputusan

d. Mereka mencari fakta, sama ada saintifik atau sejarah berhubung sesuatu perkara

e. Mereka ingin kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu isu

Matlamat mereka membuat carian dan pembacaan adalah semata-mata untuk mendapatkan informasi.

Contoh keyword: Kelebihan buat iklan advertorial

2. Navigational intent

Pengguna yang memiliki navigational intent ini sebenarnya sudah tahu laman web atau blog apa yang mereka ingin cari.

Laman web tersebut mungkin adalah laman web yang mereka pernah layari sebelum ini. Namun disebabkan mereka terlupa nama dan alamat url website tersebut, maka dia perlu buat carian semula menggunakan enjin carian.

Contoh keyword: arkib blog sabreehussin

3. Commercial intent

Pengguna yang mempunyai commercial intent ini sebenarnya bercadang untuk membeli sesuatu produk. Tapi mereka ini masih belum buat keputusan untuk beli produk yang mana satu, memandangkan diluar sana terdapat terlalu banyak pilihan.

Jadi, apa yang dia lakukan adalah dia membuat perbandingan harga, membaca review, mencari maklumat tambahan berkenaan dengan jenama serta model produk tertentu dan sebagainya.

Contoh keyword: Review jam tangan G-Shock

4. Transactional intent

Pengguna yang mempunyai transactional intent ini adalah mereka yang sudah buat keputusan untuk membuat pembelian.

Contoh keyword: Beli jam G-Shock

Apabila anda ingin menghasilkan konten untuk laman web anda, cuba tanya pada diri anda terlebih dahulu, konten yang bakal anda hasilkan ini sebenarnya memuaskan pengguna yang berada di fasa yang mana satu?

Informational intent? Navigational intent? Commercial intent? Atau transactional intent?

Justeru, kajian kata kunci ini merupakan satu fasa yang penting dan jangan abaikan ia.

Sudah tentu pada peringkat permulaan anda akan merasakan kerja-kerja membuat kajian kata kunci ini seperti banyak kerja dan leceh. Tapi percayalah, selepas beberapa kali anda buat langkah ini, anda akan mula terbiasa, dan anda boleh buat prediction sendiri, apakah kata kunci yang paling sesuai untuk digunakan.

11.2 Software atau apps untuk kajian kata kunci

Bagi tujuan menjalankan kajian kata kunci, ada beberapa software atau apps yang saya sendiri biasa gunakan.

Berikut adalah diantara software dan tools yang biasa saya gunakan.

1. Google Keyword Planner (https://ads.google.com/home/tools/keyword-planner/)

2. Keywordtool.io (https://keywordtool.io/)

3. Ubersuggest (https://app.neilpatel.com/en/dashboard)

4. Answerthepublic (https://answerthepublic.com/)

5. Program Artificial Intelligence (ChatGPT, Google Gemini, DeepSeek)

Sebenarnya memang ada banyak lagi tools yang anda boleh gunakan untuk kajian kata kunci.

11.3 Struktur Kandungan Lebih Penting Dari Kuantiti

Setiap kali anda ingin menulis tentang sesuatu topik, pastikan anda faham konsep Artikel Utama dan Artikel Sokongan.

Atau dalam bahasa lain, ialah artikel pillar dan artikel cluster.

Menulis banyak artikel tanpa mempunyai strategi dan struktur, hanya akan membuatkan blog anda jadi berserabut.

Kita nak dilihat sebagai seorang yang mempunyai authoriti dalam sesuatu bidang, dan untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlu menyusun artikel kita dengan struktur yang betul.

Struktur yang saya maksudkan disini ialah, perlu ada satu artikel yang lengkap untuk jadi artikel pillar dan seterusnya kita tulis pula artikel lain yang kita panggil sebagai artikel cluster.

Setiap kali nak mula menulis, tanya pada diri, adakah artikel baru ini merupakan artikel baru yang bakal dijadikan artikel pillar, atau ia merupakan artikel cluster yang tujuannya untuk dijadikan kesinambungan bagi artikel sebelum ini.

11.4 Bina Authoriti Menerusi Artikel Blog

Satu artikel, walaupun ianya mungkin panjang dan sarat dengan maklumat yang berguna, ia masih belum cukup dianggap sebagai mempunyai authoriti dalam sesuatu topik atau bidang.

Authoriti akan terhasil, apabila

a. Anda ada banyak artikel yang saling berkaitan

b. Topik yang anda pilih diterangkan dari pelbagai sudut

c. Audiens melihat anda konsisten dengan pandangan anda

Ini adalah asas bagi konsep pillar dan cluster dalam lapangan blogging hari ini.

11.5 Kalender penerbitan artikel

Ini merupakan kesinambungan bagi langkah selepas membuat kajian kata kunci.

Selepas anda temui kata kunci yang mempunyai potensi yang bagus untuk disasarkan, jangan tergesa-gesa untuk terus buat artikel. Sabar kejap.

Kita rangka dulu strategi penerbitan artikel dengan cara menyusun jadual penerbitan artikel dulu.

Perkara ini penting untuk dilakukan bagi mengelakkan kita kehabisan idea untuk menulis artikel.

Step ini pun sebenarnya kita boleh minta tolong bantuan Artificial Intelligence untuk berikan cadangan artikel yang menarik dan sesuai.

Anda boleh gunakan mana-mana satu AI yang anda suka, dan masukkan prompt seperti berikut

“Please brainstorm and list down for me 20 articles title related to topic ….”

Dalam contoh ini, saya bertanya topik mengenai “blogging” dan dibawah ini adalah 10 daripada 20 tajuk yang dicadangkan oleh AI.

1. 10 Proven Strategies to Boost Your Blog Traffic

2. The Art of Crafting Captivating Blog Post Introductions

3. SEO Tips Every Blogger Should Know for Higher Rankings

4. Mastering the Art of Consistent Blogging: A Step-by-Step Guide

5. From Zero to Blogger: A Beginner’s Guide to Starting a Blog

6. The Power of Storytelling: Engaging Readers through Narrative Blogging

7. Unleashing Creativity: Tips for Overcoming Writer’s Block

8. The Dos and Don’ts of Monetizing Your Blog: A Comprehensive Guide

9. Creating Evergreen Content: Timeless Strategies for Long-Term Success

10. The Role of Social Media in Growing Your Blog Audience

Memandangkan prompt yang saya gunakan adalah dalam Bahasa Inggeris, maka cadangan tajuk yang dibekalkan juga adalah dalam bahasa Inggeris. Anda juga boleh masukkan prompt dalam Bahasa Melayu jika anda lebih selesa menggunakan bahasa tersebut.

AI ini dari apa yang saya perasan la kan, dia akan meniru atau mengajuk gaya kita apabila memberi respon kepada pertanyaan kita. Maksudnya, kalau cara kita tanya seperti kasar, kurang sopan, maka jawapan balasnya juga akan lebih kurang sama, dan kadang-kadang kurang berkualiti.

Sebaliknya, kalau kita ubah sedikit gaya penulisan prompt, kepada yang lebih mesra, dan bersopan santun, jawapan balas yang kita akan terima biasanya akan lebih elok.

Seronok kan bila dah ada teknologi AI ini?

Senang-senang jer kita boleh dapat banyak cadangan idea untuk hasilkan artikel blog.

11.6 Bina outline untuk artikel

Apa benda sebenarnya outline ini?

Outline ini kalau saya boleh terangkan ianya adalah kerangka yang menggariskan isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam sesebuah artikel.

Sebelum ini, AI telahpun bantu kita dengan memberikan senarai tajuk. Tapi, sekadar ada cadangan tajuk, boleh ke kita terus tulis artikel?

Mungkin boleh. Dengan syarat kalau kita memang ada kemahiran dan kepakaran dalam topik tersebut. Kali ini kita minta bantuan AI sekali lagi untuk bantu hasilkan kerangka untuk artikel kita.

Kita pilih artikel yang bertajuk 10 Proven Strategies to Boost Your Blog Traffic.

Prompt yang akan saya gunakan ialah,

“Please help me write an outline for article title 10 Proven Strategies to Boost Your Blog Traffic”

Dibawah ini pula adalah hasil yang diberikan.

Introduction

A. Importance of blog traffic

B. Overview of strategies to be discussed

(1) Quality Content Creation

a. The foundation of attracting readers

b. Importance of originality and value

c. Crafting engaging headlines and introductions

(2) SEO Optimization

a. Keyword research and selection

b. On-page optimization techniques

c. Importance of meta descriptions and alt tags

(3) Social Media Engagement

a. Choosing the right platforms for your audience

b. Crafting shareable content

c. Utilizing hashtags and trends

(4) Email Marketing

a. Building an email subscriber list

b. Creating compelling email campaigns

c. Encouraging blog subscription

(5) Guest Blogging and Collaborations

a. Identifying relevant guest blogging opportunities

b. Pitching ideas and creating valuable content

c. Leveraging partnerships for mutual traffic benefits

(6) Content Promotion

a. Sharing on social media platforms

b. Participating in relevant online communities

c. Utilizing content syndication networks

(7) Visual Content and Multimedia

a. Incorporating images, infographics, and videos

b. The role of visual appeal in retaining readers

c. Enhancing user experience with multimedia

(8) Consistency and Posting Schedule

a. Establishing a consistent posting routine

b. Keeping readers engaged and returning

c. Balancing frequency and quality

(9) Optimizing for Mobile Users

a. Importance of mobile-friendly design

b. Responsive layouts and fast-loading pages

c. Ensuring a seamless experience across devices

(10) Analyzing and Adapting

a. Monitoring traffic and engagement metrics

b. Identifying successful strategies and areas for improvement

c. Adjusting your approach based on data insights

Conclusion

a. Recap of the 10 strategies

b. Encouragement to implement these strategies

c. The potential for increased blog traffic and growth

Bila dah ada kerangka macam dekat atas ini, barulah senang nak buat artikel, betul tak?

Anda nak tahu tak?

Sebenarnya masih ada lagi step yang lebih senang.

Selepas dah dapat kerangka macam dekat atas tu, anda masukkan pula prompt yang baru iaitu

“Please help me write complete article based on the outline generated earlier. I need your help to make the article interesting and enjoyable to read.”

Tekan je butang enter, BAM!

Satu artikel yang lengkap akan muncul dipaparan skrin anda.

Anda hanya perlu copy and paste sahaja artikel tersebut di blog anda, jika anda mahu.

Sila perhatikan, yang saya ada highlight ayat “jika anda mahu”.

Sebabnya, hasil kerja AI ini pada saya masih kurang kemas. Kadang-kadang lenggok bahasa dan ayatnya agak pelik. Selalunya saya terpaksa edit beberapa ayat sebelum betul-betul puas hati nak gunakan artikel tersebut.

Inilah puncanya kenapa di internet penuh dengan artikel panjang-panjang, tapi sebenarnya ia bukannya ditulis oleh manusia.

Sebaliknya ia ditulis oleh robot AI.

Kalau untuk blog personal, macam yang anda sedang baca sekarang ini, saya kurang selesa untuk menggunakan AI dalam penulisan. Tapi, untuk projek-projek blog saya yang lain, yang memang fokusnya cuma untuk buat duit, haaa yang tu saya gunakan AI dalam penulisan.

Apapun, semuanya terpulanglah pada anda.

Saya secara peribadi, saya tak berapa suka teknologi AI ini.

Ia memberi impak yang sangat besar kepada penulis blog seperti saya.

Baca juga: Adakah teknologi AI membunuh karier penulis?

Tapi itulah realitinya.

Sama ada suka ataupun tidak, teknologi ini sudah ada.

Belajar cara untuk menggunakannya, dan mudah-mudahan selepas ini kita mampu hasilkan karya yang lebih bagus berbanding hasil kerja AI.

Ya, walaupun pada hakikatnya, kita juga mendapatkan bantuan dari AI.

(12) Peranan AI Dalam Dunia Blogging

Rasanya tak lengkap kalau kita tak sentuh mengenai peranan dan kesan AI dalam bidang penulisan blog.

Banyak benda yang mula berubah dengan wujudnya teknologi AI.

Bidang penghasilan content (content creation) adalah antara bidang yang terkesan dengan kebangkitan teknologi AI.

AI mengubah cara orang mencari dan berinteraksi dengan kandungan.

AI turut mengubah cara orang menulis artikel.

Dengan adanya AI, orang yang dulunya tak pandai menulis, sekarang dah boleh hasilkan artikel yang hebat.

Tapi, ada kesan sampingannya.

Penggunaan AI tanpa kawalan menyebabkan munculnya banyak artikel yang tak berkualiti dan generic.

Walaupun penulisnya berbeza, tapi bunyi dan gaya penulisannya nampak serupa.

Sekali baca pun kita dah boleh perasan, yang artikel tersebut ditulis oleh AI.

12.1 AI Sebagai Alat, Bukan Pengganti

AI boleh membantu dari segi:

a. Mendapatkan idea

b. Buat kajian isi penting

c. Membina struktur artikel (outline)

d. Menulis draf artikel penuh sebagai rujukan

Walaubagaimanapun, AI tak boleh menggantikan

a. Pengalaman sebenar

b. Perasaan penulis

c. Pertimbangan manusia

d. Pemahaman yang mendalam terhadap audiens

Boleh jadi, satu hari nanti AI akan mampu buat semua tu.

Tapi buat masa ini, AI masih belum ada kemampuan tersebut.

Kenapa ramai guna AI tapi blog tetap sendu?

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa blog yang kita bina tu jadi sendu.

Masalahnya bukan pada AI tu.

Tapi cara kita menggunakan teknologi tersebut.

Bila kita terlalu bergantung kepada AI, blog yang kita hasilkan tu nanti nampak jelas ada kekurangan dari segi

a. Strategi penulisan

b. Positioning

c. Kefahaman tentang audiens kita

Selagi kita tak faham semua ini, gunalah AI banyak mana sekalipun, ia tetap tak memberikan sebarang impak kepada kita.

(13) Penggunaan imej untuk artikel blog

Penggunaan imej boleh membuatkan artikel blog yang anda hasilkan akan kelihatan lebih menarik.

Imej yang dimasukkan dalam artikel juga sebenarnya boleh menarik minat dan boleh membantu memberi emosi kepada pembaca.

Masalahnya, bukan semua orang mempunyai galeri gambar yang menarik, yang boleh dimasukkan dalam artikel.

Oleh sebab itu, saya syorkan anda menggunakan perkhidmatan Free Stock Photo.

Ada banyak gambar-gambar yang statusnya adalah royalty free yang anda boleh masukkan dalam artikel blog, tanpa perlu risau tentang isu copyright.

Ada dua laman web yang saya boleh syorkan, iaitu

1. Pexels (https://www.pexels.com/)

2. Pixabay (https://pixabay.com/)

Sebenarnya selain dua laman web ini, memang ada beberapa lagi laman web free stock photo yang anda boleh gunakan. Namun saya sendiri hanya guna dua ini sahaja.

Selain itu, kita boleh cipta gambar sendiri menggunakan perisian AI seperti

1. Google Gemini

2. ChatGPT

Gunakan prompt yang betul untuk hasilkan imej anda sendiri.

(14) Mencipta halaman (pages) blog

Ada beberapa halaman yang penting untuk anda sediakan atau bina untuk blog anda.

14.1 About Me

Ini merupakan halaman yang menceritakan tentang latar belakang anda sebagai pemilik dan penulis laman blog tersebut.

Kalau anda tak berminat nak menulis tentang diri anda, selaku penulis dan pemilik blog, anda boleh tulis mengenai visi, misi dan objektif kenapa laman blog tersebut diwujudkan.

Lazimnya, halaman about me ini, akan dimuatkan dengan perkara seperti

i. Pengenalan

Anda memperkenalkan diri anda.

Anda memperkenalkan team penulis yang menjadi tulang belakang pada blog anda.

Anda memperkenalkan syarikat atau perniagaan yang anda jalankan.

ii. Bina keyakinan dan kepercayaan pembaca

Siapa-siapa pun boleh bina dan tulis blog. Tapi adakah semua penulis blog boleh dipercayai?

Sudah tentulah tidak.

Jadi menerusi ruangan about me ini, biasanya pemilik blog akan cuba meyakinkan pembaca, bahawa dia adalah seorang yang boleh dipercayai dan diyakini. Dia juga ada kepakaran untuk menulis topik yang disiarkan.

iii. Membezakan blog anda dengan blog lain

Terdapat banyak blog yang masih aktif, dan anda perlu tunjukkan bahawa blog anda mempunyai kelainan berbanding sedia ada.

Manfaatkan halaman ini untuk terangkan, apa yang membuatkan anda berbeza?

iv. Maklumat perhubungan

Pada ruangan about me ini juga anda boleh masukkan maklumat perhubungan seperti

a. Alamat email

b. Whatsapp

c. Alamat surat menyurat

Maklumat apa yang anda ingin kongsikan bergantung kepada keselesaan anda untuk berkomunikasi dengan individu yang anda tak kenali dimasa akan datang.

v. Peluang kolaborasi

Sekiranya anda terbuka dengan cadangan untuk menjalinkan kerjasama dalam sebarang bentuk sekalipun, anda boleh nyatakan ia disini.

Sesetengah orang walaupun dia kata dia terbuka untuk kolaborasi, dia sebenarnya ada maksud yang spesifik. Bukan semua jenis kolaborasi dia akan terima.

14.2 Arkib Blog

Halaman arkib ini sebenarnya adalah untuk memudahkan pelawat dan pembaca melihat senarai artikel lama yang pernah anda siarkan diblog anda.

Halaman arkib untuk blog saya ini, saya bina menggunakan plugin wordpress iaitu Clean Archives Reloaded. Kalau anda ada terjumpa plugin lain yang lebih baik, boleh gunakan sahaja plugin tersebut.

14.3 Privacy Policy

Halaman ini menyentuh tentang dasar privasi yang anda amalkan sepanjang anda menjadi pemilik dan pengendali blog tersebut.

Pada halaman ini, anda bakal menyatakan secara jelas bagaimana cara anda mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi yang anda perolehi dari pelawat, pembaca, subscriber dan juga para pelanggan anda.

14.4 Penafian

Dalam halaman penafian ini selalunya kita akan bagi tahu, apa yang kita tulis dalam blog ini sebenarnya adalah pendapat dan pandangan peribadi.

Kita juga akan nyatakan bahawa sebarang posting yang kita hasilkan walaupun ia berbentuk nasihat, ia sebenarnya tak sepatutnya dijadikan pengganti atau satu-satunya rujukan dalam hal-hal berkaitan membuat keputusan kewangan dan yang terkait dengan aspek undang-undang.

Jika pembaca berhadapan dengan situasi seumpama ini, mereka sepatutnya mendapatkan khidmat nasihat yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan mereka. Pembaca tak seharusnya bergantung sepenuhnya dengan info yang disiarkan dalam laman blog.

Ada beberapa sebab kenapa pembaca tak seharusnya menerima bulat-bulat apa yang ditulis di laman blog, antaranya

1. Maklumat yang disiarkan mungkin sudah ketinggalan zaman

2. Situasi dalam penulisan tak sama dengan yang dialami oleh pembaca

3. Pembaca mungkin tersalah tafsir terhadap maksud sebenar penulis

4. Penulis tidak mempunyai pengetahuan sepenuhnya tentang risiko berkaitan

Dengan mewujudkan halaman disclaimer ini, ia bertindak sebagai pelindung untuk melindungi pembaca dan penulis dari kejadian yang tak diingini.

Walaubagaimanapun, sama ada halaman ini bakal dibaca atau tidak, ia merupakan persoalan kedua.

14.5 Servis / Perkhidmatan

Jika anda ada menawarkan perkhidmatan tertentu, seperti

1. Servis penulisan artikel

2. Penulisan review & advertorial

3. Penulisan Search Engine Optimization (SEO)

4. dan sebagainya

Anda boleh bina halaman khas untuk menyenaraikan perkhidmatan yang anda tawarkan.

(15) Sumber pendapatan blog

Bagaimana blog boleh memberikan pendapatan kepada pemiliknya?

Bagi sesetengah orang, topik mengenai buat duit dengan blog ini bukanlah satu perkara yang penting.

Kita sedia maklum, blog itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak fungsi.

Baca juga: Fungsi blog dan manfaatnya kepada pemiliknya

Alang-alang buat blog biarlah sampai dapat mengutip hasilnya.

Blog ini sebenarnya boleh memberikan hasil pendapatan melalui beberapa cara iaitu.

15.1 Pengiklanan

Kaedah lazim yang biasa digunakan oleh blogger dalam menghasilkan pendapatan adalah menerusi pengiklanan.

Ada dua pendekatan yang boleh dipraktikkan.

1. Sertai program pengiklanan

Terdapat beberapa program pengiklanan yang cukup popular dalam kalangan penulis blog, antaranya

i. Google Adsense

ii. Innity

iii. Bidvertiser

iv. Media.net

v. Infolinks

Program pengiklanan ini memang ada banyak diluar sana. Setakat ini, yang saya pernah cuba hanyalah Google Adsense, Bidvertiser dan juga Nuffnang.

Konsep buat duit dengan program pengiklanan ini juga begitu mudah.

Kita hanya perlu masukkan kod iklan dalam blog kita dan biarkan.

Iklan-iklan dari syarikat yang kita sertai akan muncul secara automatik, dan bayaran upah yang bakal kita perolehi lazimnya bergantung kepada faktor

i. Berapa banyak klik yang diperolehi

ii. Berapa banyak views pada iklan yang muncul

Program pengiklanan ini mudah untuk dilakukan. Tapi kalau anda inginkan pendapatan yang agak besar, anda perlu pastikan bahawa blog anda menerima limpahan trafik yang tinggi.

Walaupun terdapat banyak syarikat yang menawarkan peluang untuk kita sertai mereka sebagai publisher, namun ini tak bermakna kita patut sertai kesemua sekali.

Saya syorkan anda pilih satu, dan fokus pada syarikat tersebut hingga berjaya.

2. Anjurkan program pengiklanan sendiri

Cara pertama tadi, kita join program pengiklanan yang dianjurkan oleh syarikat lain.

Jika anda mempunyai laman blog yang mempunyai prestasi yang cukup baik, dengan trafik yang begitu tinggi, anda boleh pertimbangkan untuk menganjurkan program pengiklanan anda sendiri.

Cara biasa yang dilakukan ialah, anda akan sewakan tapak iklan di blog anda.

Dengan cara ini, anda boleh tetapkan, berapakah kadar sewa yang anda mahukan.

Mungkin, anda tetapkan harga RM2,500 untuk sewa tapak iklan selama 30 hari?

Adakah orang atau syarikat yang sanggup bayar anda sebanyak itu?

Semua ini bergantung kepada prestasi blog anda. Kalau memang blog anda terbukti mampu untuk memberikan pulangan yang lumayan, pemilik perniagaan lazimnya tak ada masalah untuk dapatkan khidmat anda.

Siapa tahu, dari RM2,500 yang dibelanjakan untuk tujuan iklan, sebenarnya memberikan pulangan sebanyak RM10,000 kepada mereka. Ini sebenarnya satu pelaburan yang cukup menguntungkan.

15.2 Program Affiliate/ Referral Marketing

Ini adalah cara kedua yang boleh anda cuba untuk hasilkan pendapatan melalui blog.

Dalam program affiliate, anda akan dibayar komisen dalam peratusan tertentu, apabila link-link affiliate yang anda siarkan dalam blog anda, menerima klik lalu berlaku jualan.

Baca juga: Apa itu program affiliate marketing

Dalam konteks program affiliate ini, anda bukan semata-mata perlukan trafik blog yang banyak, pada masa yang sama, anda juga perlukan trafik yang kita panggil ia sebagai highly targeted.

Kalau kita patah balik ke perbincangan mengenai user intent, kita mahukan trafik yang terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai

i. Commercial intent

ii. Transactional intent

iii. Informational intent

Artikel blog yang anda hasilkan juga perlu dimuatkan dengan elemen call to action bagi mengajak pembaca anda membuat suatu tindakan.

15.3 Jualan Servis atau produk fizikal

Seterusnya adalah melalui jualan produk ataupun servis.

Kalau cerita mengenai jualan produk ini, ia boleh jadi dalam bentuk digital ataupun produk fizikal.

Sekiranya produk digital, ia mungkin dalam bentuk e-book, rakaman video, software dan sebagainya.

Kalau produk fizikal ini pula, ada macam-macam produklah yang kita boleh jual. Produk fizikal ini memerlukan penghantaran kepada pelanggan dan selalunya ia memerlukan masa.

Penjualan produk fizikal ini, boleh dilakukan sama ada menerusi program dropship yang dianjurkan oleh mana-mana syarikat pembekal, atau anda sendiri yang uruskan semuanya.

Kadang-kadang penulis blog ni, dia malas nak fikir sangat bab-bab urus perniagaan ini. Kita lebih minat nak menulis dan bila ada masa, kita akan membaca atau menonton movie. Semua ini  bertujuan untuk dapatkan idea untuk menghasilkan konten yang lebih baik.

Tapi bila dah masuk bidang perniagaan, kadang tu fokus kita boleh berubah dan lari sedikit dari matlamat asal.

Memandangkan saya pun pernah menulis mengenai topik ini sebelum ini, saya kira ada baiknya anda sambung pembacaan melalui artikel tersebut ya.

Baca: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar

(16) Pemasaran blog

Pemasaran adalah satu lagi aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam bidang penulisan blog ini.

Memiliki sebuah blog sebenarnya ibarat memiliki sebuah perniagaan. Pembaca blog kita itu merupakan pelanggan kita. Adakalanya, blog kita tidak menerima sebarang kunjungan pembaca bukanlah kerana konten blog kita tak bagus.

Tetapi sebaliknya mungkin keadaan yang berlaku adalah pembaca tak tahu dan tak sedar pun tentang kewujudan blog anda. Justeru, daripada anda mengharapkan pembaca untuk tahu dan sedar sendiri kewujudan blog anda, apa kata anda yang mengambil inisiatif untuk membuat kerja marketing untuk memperkenalkan blog anda.

Pemasaran untuk blog ini, kita akan terokai tiga kaedah. Iaitu

16.1 Strategi pemasaran Search Engine Optimization (SEO)

Blogging mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan halaman enjin carian (search engine).

Setiap apa yang kita tulis dan siarkan di blog kita, ianya akan turut tersenarai di platform enjin carian. Sama ada ia akan tersenarai di muka surat yang ke berapa, itu persoalan yang lain.

Apabila kita menulis blog, kita sebenarnya boleh mengharapkan trafik dari search engine.

Tapi adakalanya, kalau sekadar mengharap dari search engine semata-mata, ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul nampak hasilnya.

Oleh yang demikian, kita juga perlu ambil langkah proaktif dan buat kerja-kerja pemasaran tambahan untuk mendapatkan lagi ramai pembaca.

16.2 Strategi pemasaran media sosial dan blog

Gabungan strategi pemasaran di media sosial untuk tujuan mempromosikan blog adalah antara kaedah yang biasa dipraktikkan diluar sana.

Dalam penulisan blog, kita akan fokus kepada pemilihan keyword yang banyak orang cari.

Tetapi, dalam pemasaran media sosial, gameplan dan strateginya adalah sedikit berbeza.

Pertama sekali kita perlu kenal pasti siapakah target audience yang ingin kita sasarkan dan cuba fahamkan apakah sebenarnya keperluan dan kemahuan mereka.

Media sosial seperti Facebook mempunyai ciri yang membolehkan kita untuk menghasilkan iklan berbayar, yang boleh menepati demografik, minat, dan tingkah-laku mereka apabila berinteraksi dengan akaun milik pengguna lain.

Apabila kita dah kenalpasti siapa target audiens kita, langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan konten yang berkualiti dan menepati citarasa dan selera golongan yang kita sasarkan.

Konten di media sosial walaupun pada asasnya menyampaikan mesej yang sama, namun ia tak boleh dipersembahkan dalam cara dan gaya bahasa yang sama.

Kalau anda buat gaya penulis blog dekat media sosial… alamatnya sunyi sepilah posting anda.

Apa pun, yang saya ingin sampaikan ialah, strategi pemasaran menerusi platform media sosial ini boleh digunakan bagi tujuan mendapatkan pelawat dan pembaca ke laman blog kita.

16.3 Strategi pemasaran emel dan blog

Strategi mendapatkan dan mengekalkan trafik blog yang tinggi kali ini adalah berkaitan dengan strategi pemasaran emel.

Sebenarnya strategi pemasaran emel ini adalah strategi yang biasanya dipraktikkan oleh para internet marketer, yang aktif mempromosikan sesuatu produk ataupun servis kepada senarai emel milik mereka.

Jika anda menjual atau mempromosikan produk, kaedah pemasaran emel ini adalah antara yang bagus untuk anda gunakan. Kita andaikan, setelah anda mempromosikan produk tertentu, ada antara subscriber anda yang akan buat pembelian, lalu menyumbangkan komisen kepada anda.

Duit komisen ini nanti boleh digunakan semula bagi tujuan membayar kos langganan sistem autoresponder kelak.

Walaubagaimanapun, anda mungkin akan berdepan dengan masalah seperti berikut

(1) Anda sudah kehabisan produk untuk dipromosikan

Pada peringkat permulaan dulu, saya pun tak sangka bahawa saya akan berdepan dengan masalah ini. Saya fikirkan, diluar sana akan sentiasa ada produk untuk saya promosikan. Tetapi, ianya tak begitu.

Selepas saya mula mempromosikan 4 – 5 produk kepada mailing list / subcriber saya, tak lama selepas itu saya mula menghadapi kesukaran untuk mencari produk baru untuk dipromosikan kepada mereka.

(2) Subscriber anda sudah tidak baca emel anda

Apabila emel yang kita hantar kepada subscriber kita adalah email untuk jual barang sahaja kebanyakkannya, lama kelamaan mereka ini akan mula bosan dengan kita, dan selepas itu mereka tidak lagi membuka emel kita.

Anehnya, mereka ini tak keluar dari senarai mailing list kita (unsubscribe) tetapi mereka sekadar tak buka emel kita. Kewujudan mereka dalam list email kita hanya menambahkan kos langganan autoresponder.

Kita benar-benar berada dalam situasi diluah mati emak, ditelan mati bapak.

(3) Anda terlalu mengejar sales

Memang seronok, apabila setiap kali kita hantar emel, dalam masa beberapa minit selepas itu jualan masuk dengan sendirinya. Banyak pula tu.

Ini yang akan buatkan kita rasa, nak hantar emel lagi, dan lagi, dan lagi. Tapi awas, subscriber anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Mereka akan mula rasa kurang gembira apabila setiap emel yang mereka terima adalah lebih kepada nak jual barang.

Pada awal-awal dulu, mereka tertarik untuk follow anda, mungkin kerana tips yang anda selalu kongsikan. Tetapi setelah anda mula seronok mengejar jualan, anda dah kurang berkongsi tips tetapi lebih banyak membuat kerja-kerja promosi.

(4) Anda mula rasa stress dengan komisen yang menurun

Satu masa nanti, anda mungkin akan berdepan dengan situasi dimana komisen affiliate anda semakin menurun.

Hal ini disumbangkan oleh beberapa faktor misalnya

i. Kekurangan produk untuk dipromosikan

ii. Subscriber yang sudah tak buka emel

iii. Subscriber kita sudah semakin pandai dan tak perlukan info dari kita

Dalam keadaan ini anda mungkin akan mempersoalkan apa rasionalnya untuk terus maintain list dan langganan autoresponder tersebut. Kita perlu ingat, kos langganan autoresponder semakin mahal dengan bertambahnya senarai emel yang kita miliki.

Justeru, apa yang patut dilakukan?

Masih lagi dibawah konsep database marketing, cuma kita ubah tools yang digunakan dari sistem autoresponder kepada sistem database percuma seperti

a. Group whatsapp

b. Channel/Group telegram

c. Group Facebook

Sebenarnya, bila kita tiada tekanan dari segi keperluan untuk membayar yuran langganan yang semakin mahal, kita akan lebih tenang dalam menghasilkan karya penulisan.

Kita tak dirisaukan dengan hal-hal dan komitmen untuk membayar yuran langganan.

Justeru, dalam konteks pemasaran blog, ini merupakan salah satu kaedah yang anda patut pertimbangkan. Kekal berhubung dengan pengikut anda, dan In Shaa Allah mereka juga akan terus menerus menyumbangkan trafik ke blog anda.

16.4 Strategi offline marketing

Pemasaran untuk blog sebenarnya boleh juga dilakukan secara offline. Boleh jadi, pemasaran secara offline ini juga sebenarnya sama efektif dengan kita buat pemasaran secara online.

Kalau anda masih belum pernah gunakan kaedah pemasaran secara offline sebelum ini, bolehlah mula dari sekarang. Ada beberapa strategi yang anda boleh dan patut lakukan.

Antaranya

i. Masukkan link url blog anda pada kad perniagaan anda

ii. Print artikel blog anda dan edarkan untuk bacaan awam (ya ada kos)

iii. Sertai acara seperti persidangan, dan bina networking dengan para peserta yang lain.

iv. Jika anda menjual sesuatu produk, lekatkan stiker yang mengandungi link url blog anda pada produk

Pemasaran secara offline ini juga sebenarnya boleh membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak pembaca. Cuma ya la, kita kena lebih kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru.

(17) Pantau prestasi dan perkembangan blog

Pantau dan analisa prestasi dan perjalanan blog yang anda hasilkan. Ini merupakan satu langkah yang cukup penting dalam menghasilkan sebuah projek blogging yang berjaya.

Perkara-perkara berikut perlu anda pantau setiap masa,

1. Trafik blog anda

2. Engagement pembaca blog anda seperti komen, like, share

3. Conversion rate berapa income terhasil dari artikel anda

4. Apa komen pembaca anda

Maklumat-maklumat ini sebenarnya boleh kita jadikan rujukan bagi mengetahui apa kekurangan dan kelemahan kita.

Kadang-kadang ada pembaca yang menghubungi kita dan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan artikel blog yang kita hasilkan. Ini tandanya, artikel kita memang ada yang baca, namun ianya kurang lengkap.

Jadi apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah mengemaskini artikel tersebut dan masukkan maklumat baru yang masih belum lengkap itu tadi.

Apabila kita peka dengan maklumbalas dari pembaca, dan seterusnya kita sentiasa kemaskini artikel kita, akhirnya kita akan dapat hasilkan artikel yang semakin baik dan sempurna.

(18) Upgrade diri anda dengan skil baru

Jangan cepat puas hati dengan apa yang kita telah tahu.

Boleh jadi, diluar sana sebenarnya masih ada banyak lagi perkara yang kita belum tahu.

Bercakap dalam konteks bidang penulisan itu sendiri, sebenarnya ada terlalu banyak ilmu dan skil penulisan yang terdapat diluar sana. Kalau anda masih belum pernah belajar skil penulisan tersebut, ada baiknya anda luangkan masa untuk pelajari.

Dibawah ini adalah antara skil penulisan yang anda perlu tahu dan kuasai.

18.1 Content marketing

Apa yang dimaksudkan dengan content marketing?

Kalau anda juga bertanya soalan yang sama, saya ingin jemput anda untuk baca posting saya sebelum ini.

Baca disini: Apa itu content marketing?

Bila kita faham, bagaimana content marketing ini berfungsi, kita akan mula nampak bahawa setiap artikel yang kita hasilkan, yang kita siarkan dalam blog kita, semuanya mempunyai peranan yang spesifik.

Apa peranan artikel blog kita sebenarnya?

Baiklah, artikel blog yang kita hasilkan sepatutnya memainkan peranan untuk

1. Memberitahu tentang suatu maklumat

2. Menghubungkan pembaca dengan topik yang dicari

3. Melibatkan pembaca dalam perbincangan

4. Mengajak pembaca untuk sama-sama berfikir

5. Menyampaikan suatu idea kepada pembaca

6. Menyelesaikan suatu permasalahan tertentu

Hanya menulis sebuah artikel blog mengenai suatu topik adakalanya tak mencukupi.

Sepatutnya kita perlu luaskan lagi topik perbincangan dan banyakkan penulisan di blog kita.

Usahakan untuk buat perkara ini.

Artikel kedua yang kita tulis, mempromosikan artikel yang pertama.

Artikel ketiga yang kita tulis, mempromosikan artikel kedua dan pertama.

Begitulah seterusnya.

Tak sepatutnya ada artikel yang anda biarkan untuk berdiri sendiri di blog anda.

Jika ada artikel seperti ini, lazimnya ia akan mula kehilangan pembaca dan akhirnya terus dilupakan.

Sebagai contoh, blog anda mungkin adalah dalam niche personal finance, dan dari beribu-ribu artikel yang anda pernah terbitkan, hanya ada satu sahaja artikel mengenai pelaburan emas.

Kebiasaannya satu artikel itu akan menjadi artikel ganjil dan ia juga akan kurang perform dari segi kedudukannya di search engine.

Artikel tersebut masih akan masuk halaman Google, tapi ia biasanya tercampak di page belakang-belakang.

Bagaimana caranya nak naikkan kedudukan artikel ini?

Caranya adalah dengan menambahkan beberapa artikel baru yang turut bercakap mengenai pelaburan emas juga.

Atas sebab yang sama inilah, penting untuk anda wujudkan kalendar penerbitan artikel.

Supaya tak ada artikel yang ganjil, yang berdiri sendiri.

Cuba bayangkan, kalau dalam blog anda ada 1,000 artikel tapi separuh dari jumlah artikel tersebut, langsung tak ada perkaitan antara satu sama lain.

Apa yang akan berlaku?

Sebenarnya situasi ini memang saya sedang alami.

Kesannya adalah dari segi trafik dan ranking di Search Engine Result Pages.

Artikel yang berdiri sendiri, yang tak ada kaitan antara artikel-artikel lain tercampak di muka surat yang agak jauh di search engine dan ia tak menerima sebarang trafik.

Justeru, jangan ulang kesilapan yang saya lakukan.

Ini akan mengambil masa yang agak lama untuk diperbetulkan.

18.2 Copywriting

Copywriting merujuk kepada suatu kaedah penulisan yang fungsinya untuk mempengaruhi dan mengajak pembaca untuk melakukan sesuatu tindakan tertentu.

Penulis copywriting akan membuat pemilihan perkataan dengan sangat teliti, supaya mampu mempengaruhi pembaca untuk melakukan suatu tindakan yang spesifik, sama ada

i. Membuat pembelian

ii. Menghubungi pihak penjual (whatsapp, email, call dan sebagainya)

iii. Menekan klik pada pautan yang disertakan

iv. Menekan butang share, like, komen dan sebagainya

Kaedah penulisan copywriting ini akan jadi lebih berkesan apabila penulis itu merupakan seorang yang faham serba sedikit

i. Bagaimana sifat psikologi manusia?

ii. Bagaimana cara pelanggan kita berfikir?

iii. Apakah perkara yang menyakitkan dan menyusahkan hidup mereka?

iv. Bagaimana pelanggan menilai kelebihan pada sesuatu produk

v. Bagaimana memanfaatkan sikap pelanggan yang takutkan kehilangan

Penulisan copywriting ini banyak digunakan dalam bahan pemasaran seperti iklan, laman web jualan, kempen pemasaran email, landing pages bagi tujuan mengumpul lead dan sebagainya.

Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam penulisan artikel blog, sekiranya penulisan tersebut memang ada tujuan untuk mengajak pembaca melakukan sesuatu tindakan yang spesifik.

18.3 Story selling

Ini merupakan satu cabang penulisan yang fokusnya adalah untuk membuat jualan.

Seandainya artikel tersebut gagal untuk menghasilkan jualan sekalipun, setidak-tidaknya ia dapat memujuk dan mengajak pembaca untuk melakukan suatu tindakan yang spesifik.

Hasil akhir yang kita harapkan hampir sama dengan teknik copywriting, iaitu kita mahukan

i. Pembaca membuat tempahan produk

ii. Pembaca menghubungi penulis atau penjual

iii. Tekan klik pada pautan yang disertakan

iv. Menekan butang share, like, komen dan sebagainya

Dalam konsep story selling ini, pendekatan yang kita akan gunakan adalah bercerita. Kita pilih suatu cerita atau kisah-kisah menarik lalu kita akan olah ia supaya dapat membangkitkan rasa minat dan ingin tahu, sehingga pembaca akhirnya melakukan tindakan yang kita jangkakan.

Sesekali, kita memang perlu masukkan unsur penceritaan dalam penulisan, bagi menarik minat dan perhatian kategori pembaca yang suka untuk membaca artikel jenis cerita.

(19) Cabaran kepada blogging

Saya akui, bidang penulisan blog ini memang ada banyak cabarannya.

Bercakap persoalan cabaran ini, sebenarnya dalam apa juga bidang, pasti ada cabarannya.

Cabaran ini bukanlah untuk kita takuti.

Sebaliknya kita perlu akui, ya cabaran itu memang wujud kemudian kita atur strategi dan langkah untuk mendepani cabaran tersebut.

Sebagai penulis blog, kita sebenarnya bersaing untuk mendapatkan perhatian kelompok tertentu yang kita sasarkan. Pada hari ini, ada terlalu banyak perkara yang boleh menarik perhatian audiens kita.

Kenapa dia mesti nak baca blog anda, sedangkan dia boleh

1. Tengok movie dekat Netflix

2. Tengok video dekat Youtube

3. Layan Tiktok

4. Layan media sosial

5. Baca portal berita

…dan banyak lagi.

Ya, diluar sana ada banyak lagi aktiviti yang target audiens kita boleh lakukan, selain daripada baca blog kita.

Sudah tentu, keadaannya tak begini sekitar tahun 2009 atau 10 tahun yang lalu.

Dunia semakin maju, teknologi berkembang dan banyak perubahan berlaku disekeliling kita.

Audiens yang kita sasarkan untuk menjadi pembaca blog kita, hanya mempunyai 24 jam sahaja dalam sehari. Ya, sama macam kita. Kalau masa mereka, telah digunakan untuk buat perkara lain, selain daripada membaca blog kita, maka agak sukarlah untuk kita dapatkan trafiik yang banyak.

Kemudian kita juga perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal terhadap respon negatif dari para pembaca blog kita. Maklumlah, dekat luar sana ada macam-macam jenis manusia.

Jenis-jenis yang toxic, kaki troll, suka kecam ini pun sebenarnya bilangannya agak ramai.

Bila kita menghasilkan konten dan siarkan ia secara terbuka, kita sebenarnya membuka pintu untuk individu seperti ini melemparkan kata-kata yang mungkin agak negatif.

Baca juga: Cabaran menghasilkan blog yang sukses

(20) Menulis adalah passion

Menulis ini bukan semata-mata satu “tugasan” atau “kerja” yang kita perlu siapkan.

Ia memerlukan minat yang begitu mendalam.

Setiap bait patah perkataan yang disusun membawa satu jalan cerita, yang membangkitkan emosi, menyampaikan suatu idea dan meluahkan apa yang terbuku didada.

Menulis ini bukanlah suatu perkara yang begitu sukar atau rumit untuk dilakukan.

Walaupun begitu bukan semua orang suka atau sanggup untuk melakukannya.

Sebaliknya, jika anda memang betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini, nescaya walaupun anda tak menerima sebarang bayaran, anda masih tetap suka menulis dan akan tetap terus menulis.

(21) So… Bila blog boleh hasilkan duit?

Setiap orang akan mengambil masa yang berbeza.

Itupun setelah mengambil kira pelbagai faktor.

21.1 Timeline realistik mula hasilkan duit dari blog

Kita andaikan yang anda sudah mempunyai jadual penerbitan dan memang betul-betul komited menghasilkan konten untuk blog anda.

Andaian seterusnya ialah, anda bukannya orang yang kena tunggu ada mood baru nak buat posting.

Time frame ini sebagai guideline sahaja.

i. 0 – 3 bulan

Ini adalah fasa untuk kita bina asas dalam bidang penulisan blog.

Kebiasaannya, pada fasa ini kita akan lalui beberapa pengalaman.

a. Trafik biasanya rendah atau langsung tiada

b. Tiada pendapatan dihasilkan atau kalau ada sekalipun, sangat sedikit

c. Kita fokus untuk bina artikel yang ada struktur dan latih konsistensi

Ada orang yang akan menyerah kalah pada fasa ini lagi.

Lalu mereka terus tukar kepada platform seperti Youtube, media sosial atau tiktok.

Itu lumrah.

ii. 3 – 6 bulan

Pada masa ini kita akan mula nampak petanda yang hasil kerja dan susah payah kita akan nampak berbaloi.

Kita juga boleh mula perhatikan

a. Statistik views dan impression blog kita mula meningkat

b. Beberapa keyword yang kita sasarkan mula tersenarai di page pertama Google

c. Audiens mula faham kecenderungan kita untuk tulis tentang apa (positioning)

d. Mungkin akan mula lekat satu dua komisen dari Program Affiliate

Teruskan menulis.

Enjoy the process.

iii. 6 – 12 Bulan

Blog anda mula memberikan hasil.

Pada masa ini, ada banyak data mengenai blog anda yang dah boleh dibaca.

Daripada data yang direkodkan tu nanti, anda boleh mula edit dan perbaiki artikel-artikel anda berdasarkan kepada data tersebut.

Pastikan anda sentiasa improve dan upgrade blog anda.

(22) Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Blogger

Sebelum kita tamatkan perbincangan tentang topik blogging ini, saya nak sentuh serba sedikit mengenai beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh blogger, yang menyebabkan blog miliknya gagal menghasilkan sebarang income.

Berita baiknya ialah kesilapan ini boleh diperbaiki dan boleh dielakkan, dengan syarat, anda ada kesedaran dari awal mengenai kesilapan yang boleh berlaku.

Antara kesilapan yang agak lazim ialah,

a. Terlalu kejar trafik tanpa faham siapa audiens anda

b. Terlalu kerap tukar niche penulisan

c. Terlalu banyak campur aduk niche dalam satu blog

d. Terlalu obses dengan tools dan software terkini

e. Menulis tanpa arah dan sistem yang jelas

f. Cepat bosan dan terlalu awal berhenti menulis

Kesilapan ini jarang nampak besar pada awalnya, tetapi untuk jangka masa panjang, ia boleh berikan impak negatif pada blog kita.

Akhirnya nanti, ia akan mengambil masa dan tenaga yang banyak untuk kita perbaiki mana yang perlu.

Penutup

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih untuk masa yang anda luangkan ketika membaca perkongsian saya ini.

Matlamat saya ketika menulis artikel ini, adalah untuk menghasilkan panduan yang cukup lengkap yang dapat membantu penulis baru mencipta blog yang hebat dan mampu menghasilkan pendapatan.

Namun demikian, jangan jadikan perkongsian ini sebagai satu-satunya rujukan anda.

Luaskan lagi pembacaan dan dapatkan juga pendapat serta pandangan penulis lain.

Anda mungkin akan memperolehi manfaat yang lebih besar.

Sepanjang saya menulis artikel ini, mungkin ada banyak juga perkara yang saya tak perasan atau tertinggal.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, boleh tanyakan dibahagian komen.

Saya harap semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

The post Panduan paling LENGKAP belajar buat duit dengan blog appeared first on Blog Sabree Hussin.

Dilema Agen Dropship & Masalah Perang Harga
Bila saya baca semula, artikel yang saya tulis tentang topik perang harga lebih 10 tahun yang lepas, saya tersenyum sendiri.

Dunia hari ni dah banyak berubah.

Tapi isu perang harga masih tak pernah reda.

Zaman permulaan dropship

Pada masa ni, rasa macam semua orang nak jadi ejen!

Sekitar tahun 2013 – 2014, kalau anda masih ingat, konsep perniagaan berasaskan dropship adalah antara peluang paling hot di negara kita.

Waktu tu, orang mula buka mata, yang nak berniaga tak semestinya kena ada kedai fizikal atau perlukan modal yang besar.

Orang yang tak ada kedai dan tak ada modal bisnes pun boleh mula berniaga!

Gunakan sahaja model perniagaan ejen dropship.

Pada waktu tu, Facebook boleh dianggap sebagai syurga bagi usahawa baru.

Tak perlu susah payah nak tekan iklan berbayar, iklan produk kita boleh reach ribuan orang.

Apa yang penting, konten kita cukup menarik.

Ada testimoni, ada ayat promosi panjang, dan yang penting disampaikan dengan gaya bercerita.

Jangkauan audiens pada waktu tu memang luas.

Saya kira ini adalah trend biasa bagi mana-mana platform media sosial.

Waktu awal-awal diperkenalkan, reach dia memang besar.

Tapi lama-kelamaan, apabila pengguna dah makin ramai, reach mula mengecil, dan kalau kita nak dapatkan reach yang besar, perlu buat iklan berbayar.

Saya masih ingat lagi, antara produk yang paling hangat pada masa tu ialah

(1) Felinna Inch Loss

(2) Pil pelangsingan badan, Figure Up

Siapa-siapa yang pernah promosikan produk ini, besar kemungkinan mereka juga pernah rasa keuntungan daripada hasil jualan produk ini.

Kalau anda aktif di media sosial pada waktu tu, mesti biasa nampak trend seperti

a. Gambar before and after berlambak dekat newsfeed

b. Ayat promosi gaya testimoni

c. Ribuan komen “PM sis” dan “PM done”.

Masa tu, siapa yang cepat, dia yang menang.

Ayat keramat pada waktu tu, yang sering diulang-ulang ialah

“Fast Action Fast Result.”

Kemudian ayat fast action fast result mula merebak dan digunakan dalam pelbagai lagi bisnes yang dipromosikan secara online.

Saya tak tahu, siapa orang pertama yang mula mencetuskan idea dan menggunakan ayat tersebut. Mudah-mudahan individu tersebut baik-baik sahaja hari ini.

Pada waktu tu, saya pun terlibat dalam dunia tersebut.

Saya tengok sendiri, macam mana produk boleh viral dalam masa yang singkat, dan satu Malaysia kehabisan stok dalam seminggu.

Seronok?

Bukan setakat seronok tau.

BEST Giler…

Tapi dalam keseronokkan tu, muncul satu dilema besar yang akhirnya membunuh banyak bisnes dropship.

Perang Harga

Pada awalnya, semua ejen jual dengan harga yang sama.

Semua ikut harga yang ditetapkan oleh pihak HQ.

Waktu ini, beli dekat siapa pun, akan dapat harga yang sama.

Tapi manusia ni biasalah.

Dia nak cepat dapat untung.

Dia bukan peduli pasal pasaran akan rosak.

Yang penting dia boleh buat duit.

Dan dia nak duit tu, sekarang.

Orang lain jual harga RM75?

Dia jual harga RM70.

Orang lain bagi free gift?

Dia bagi dua free gift dan penghantaran percuma.

Kalau orang lain bagi diskaun sempena peristiwa tertentu.

Dia hari-hari bagi diskaun.

Harga pasaran RM75.

Tapi harga untuk ejen dropship, ialah RM40.

(ini contoh sahaja okay)

Rasionalnya supaya ejen ada margin yang cukup untuk buat iklan berbayar, atau menyerap apa-apa kos lain sepanjang menjalankan perniagaan ini.

Tapi ada ejen yang potong terus harga.

Jual RM50 sahaja.

Dapat untung RM10 pun jadilah.

Lama-kelamaan pelanggan jadi keliru.

Mereka mula syak yang sebenarnya dekat pasaran sekarang ini, ada ejen rasmi, ejen dropship dan ada juga yang mula perkenalkan produk tiruan.

Akhirnya yang jadi mangsa ialah pemilik jenama itu sendiri.

Bila pelanggan nampak, harga dah jatuh, mereka mula hilang kepercayaan.

Mereka mula fikir perkara-perkara yang sebelum ini mereka tak pernah terfikir langsung.

Ini produk original ke?

Tamaknya seller ni, jual mahal-mahal.

Takutlah nak beli produk ini, baik cari jenama lain.

Dan dari situ, kepercayaan mula runtuh.

Sebab tu, tawaran jadi ejen ini tak boleh dibuka kepada semua tanpa ada sebarang tapisan.

Dapat dekat orang yang tak amanah, dia pasti akan potong harga.

Sama ada secara terbuka, atau senyap-senyap.

Untuk jangka masa panjang, pasaran untuk produk tu semestinya akan rosak.

Ejen lain yang sebelum ini menjadi tukang promoter setia pun akan mula berhenti jual.

Bukan sebab produk tak laku, tapi sebab tak sanggup nak lawan harga dengan ejen lain, yang mungkin dia pun anggap sebagai kawan.

Kalau dulu, satu produk boleh dapat margin untung RM20 – RM25.

Tapi bila dah mula main harga, satu produk cuma boleh untung RM5 – RM10.

Rasa tak berbaloi dengan banyak kerja dan penatnya untuk hasilkan jualan.

Perang harga ini, memang satu perkara yang perlu ditangani dengan serius!

Masalah Perang Harga jadi semakin parah

Kalau dulu, kita mungkin cuba berperang harga dengan sesama peniaga kecil, atau dengan usahawan yang lebih kurang sama macam kita.

Tapi sekarang ni, situasinya dah jauh berbeza.

Perasan tak, sekarang ini pintu sempadan antarabangsa semakin terbuka dan kuasa beli pelanggan juga berubah.

Kita bukan sekadar bersaing dengan peniaga dari kedai sebelah, ataupun dari page sebelah.

Sebaliknya, kita juga bersaing dengan usahawan dari negara lain, sama ada dari Indonesia, China dan sebagainya, yang turut menjual melalui platform yang sama.

Cubalah perhatikan betul-betul platform e-commerce macam Shopee atau Lazada.

Anda boleh tengok, seller tu kadang-kadang bukannya dari Malaysia.

…dan ya, mereka mampu tawarkan harga yang lagi murah berbanding seller tempatan.

Pelanggan boleh beli barang dari seller luar negara dan dapat harga yang murah.

Bagus ke tidak?

Ya, bagus dari segi penjimatan.

Tapi pada masa yang sama, kita juga nak tahu, boleh atau tidak pelanggan dari luar negara beli dari seller tempatan?

Kalau transaksi yang boleh berlaku hanya bersifat satu hala, pada saya itu hanya menguntungkan peniaga dari negara luar semata-mata.

Akhirnya peniaga tempatan kehilangan pelanggan, apabila pelanggan lebih selesa beli dari negara luar.

Kesetiaan pelanggan?

Benda apa tu (ha ha).

Pelanggan pada hari ini tahu macam mana cara nak terus berurusniaga melalui platform luar negara untuk beli dengan harga borong.

Proses borong pun tak susah.

At least tak susah macam dulu.

Bila pelanggan kita nampak produk yang sama, atau lebih kurang sama dijual jauh lebih murah jika beli terus dari seller China, mereka mula bandingkan harga.

Akhirnya, kita yang jual secara dropship akan tertekan.

Kalau turunkan harga, margin akan jadi terlalu nipis dan tak berbaloi dengan usaha untuk dapatkan jualan tu.

Inilah realiti baru dunia e-dagang.

Perang harga bukan antara sesama peniaga tempatan, tapi dah mula melangkau ke peringkat global.

Cabaran Dunia Dropship 2025

Bersiap sedia untuk hadapi cabaran baru.

Dalam apa juga bidang, cabaran itu pasti ada.

(1) Platform

Dulu bila kita nak buat dropship, platform yang boleh kita gunakan tak begitu banyak seperti sekarang.

Biasanya kita akan fokus untuk gunakan Facebook personal, Fanpage dan juga FB Group.

Kalau dari segi jenis posting pula, konten jenis perkongsian testimoni juga dah cukup untuk tarik perhatian pelanggan dan dapatkan jualan.

Pada waktu itu, fokus pelanggan adalah lebih kepada untuk dapatkan produk yang murah dan servis penghantaran yang cepat.

Hari ini kita sudah ada banyak platform jualan.

Kita ada TikTok shop, Shopee, dan macam-macam lagi.

Platform jualan tidak lagi terhad kepada platform Facebook semata-mata.

Sekarang usahawan dropship perlu aktif di TikTok Shop, Shopee, dan juga platform media sosial untuk kekal relevan.

Pelanggan pula sudah semakin bijak dan terdedah dengan pelbagai pilihan.

(2) Jenis konten

Kalau peringkat awal-awal dulu, konten jenis perkongsian gambar testimoni sudah cukup baik untuk memuaskan hati bakal pelanggan untuk beli produk yang kita promosikan.

Hari ni lebih cerewet.

Pelanggan nak tengok konten dalam bentuk video, live selling dan sebagainya.

Selari dengan perkembangan teknologi, pelanggan mula bijak mempertikaikan apa yang dilihat.

Gambar?

Boleh edit dengan perisian photoshop ataupun AI.

Jadinya, kita tak boleh percaya sangat dengan gambar yang memaparkan kesan “before and after”.

Kadang-kadang gambar tu memang bukan edit, tapi ia sekadar disusun secara terbalik.

Lagi mudah nak tambahkan berat, berbanding nak turunkan.

Model tersebut mungkin pada awalnya kurus, tapi diberikan makanan yang sedap-sedap untuk beberapa minggu supaya naik berat badan.

Kalau video pula?

Sekarang dah ada perisian AI yang boleh bantu untuk buat sebarang video yang kita mahukan.

Asalkan tahu nak gunakan prompt yang bersesuaian, apa-apa video boleh dihasilkan.

(3) Modal & Stok

Dulu cabaran paling besar bagi pemain dropship adalah berkisar kepada modal untuk mula berniaga dan juga stok produk.

Pada masa itu, cukup susah nak dapatkan maklumat individu atau syarikat yang boleh jadi pembekal untuk bisnes dropship kita.

Tapi sekarang dah lain.

Maklumat supplier dropship boleh diperolehi dengan mudah.

At least, tak susah macam dulu.

Hari ini, walaupun kita ada banyak senarai pembekal, tak tentu lagi kita boleh buat apa-apa dengan maklumat tersebut.

Cabaran berniaga hari ini lebih kompleks.

Kalau nak buat iklan berbayar, kos iklan hari ni semakin mahal.

Dulu orang kata, content is king.

Hari ini, konten masih lagi King, tapi konten biasa-biasa dah tak cukup untuk tarik perhatian pelanggan kita.

Hari ini kita berada dalam satu era dimana hampir semua orang adalah pencipta kandungan.

(4) Pesaing

Jenis pesaing yang kita akan jumpa juga dah berubah.

Kalau dulu pesaing kita hanyalah sesama ejen individu tempatan yang menjual produk sama, hari ini kita bersaing dengan peniaga dari China dan juga usahawan yang mahir menggunakan teknologi AI dalam laman jualan milik mereka.

Setakat nak buat repricing, itu sangat mudah.

Harga yang ditawarkan tak pernah tetap, sebabnya ianya akan terus berubah secara automatik mengikut keadaan semasa.

Kalau anda nak faham konsep price repricing ini, boleh lihat contoh seperti laman web Agoda, Airbnb dan sesetengah platform e-commerce.

Kalau anda perasan, harga yang mereka tawarkan akan sentiasa bertukar.

(5) Harga murah

Harga murah ini ada manfaatnya, terutama sekali dari segi penjimatan.

Tapi kalau dalam situasi peniaga kecil macam saya, mustahil untuk bersaing dengan memberikan harga murah.

Lambat-laun, kita akan ditendang keluar oleh pesaing yang mempunyai modal yang sangat besar dan mampu untuk berikan harga yang sangat murah.

Strategi Elak Perang Harga

Pesan guru pemasaran saya,

… jangan bersaing dalam bab harga.

Peniaga A jual murah.

Kemudian, ada peniaga B yang jual lebih murah berbanding peniaga A.

Tiba-tiba kita masuk ke pasaran yang sama, terus open satu harga yang lebih murah dari peniaga A dan peniaga B.

Ini bukan bermakna yang kita lebih cerdik berniaga.

Tapi ini sebenarnya satu tindakan yang berpotensi untuk bunuh pasaran.

Ia bukan satu strategi perniagaan yang sihat.

Tapi realitinya, ramai juga yang gunakan pendekatan macam ni.

Lagi produk tu tak laku, lagi banyak dia buang harga.

Walaupun kita menang dalam kategori harga terendah, kita sebenarnya kalah dalam persaingan yang kita sendiri reka.

Peniaga A mungkin dah ada pelanggan mereka sendiri.

Peniaga B pun mungkin sama juga. Dia dah ada pelanggan dan pengikut setia sendiri.

Kita andaikan, kedua-dua peniaga A dah letakkan margin keuntungan yang mereka sasarkan iaitu RM20 untuk satu produk. Kita pulak, disebabkan nak menang, dengan harapan akan dapat customer yang ramai, kita sanggup compromise dan hanya ambil untung RM5 sahaja untuk setiap barang yang terjual.

Kerja kita sebenarnya sama banyak dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh peniaga A dan B.

Bezanya, untuk setiap jualan yang terhasil, mereka dapat untung RM20, kita pulak hanya dapat RM5.

Berbaloi ke?

Saya rasa, tak berbaloi.

Kalau tak bersaing dalam bab harga, macam mana?

Macam mana kita nak bersaing dengan orang lama dalam industri yang sama yang kita berada sekarang?

Jawapannya bukan pada siapa yang paling murah, tapi siapa yang paling memberikan nilai kepada audiens.

Mari kita terokai satu per satu strategi yang masih relevan sampai hari ini.

(1) Penghantaran Percuma

Zaman dulu, tawaran “free postage” ini dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.

Tapi sekarang?

Sekarang tak lagi.

Tawaran penghantaran percuma ni dah dianggap sebagai sesuatu yang biasa.

Kalau anda masih nak guna strategi ini, perlu pastikan ia juga datang dengan kelebihan lain, misalnya seperti

a. Penghantaran pada hari yang sama

b. Servis pembungkusan premium

c. Nota ucapan

d. Sistem tracking yang sistematik

Hari ini pelanggan bukannya beli sebab adanya penghantaran percuma.

Tapi, kalau tak ada penghantaran percuma ni, pelanggan mungkin tak berminat nak beli pula.

(2) Free Gift

Berikan free gift masih lagi meruupakan satu strategi yang kuat.

Lagipun, siapa yang tak suka dapat hadiah, kan?

Tapi ramai yang buat silap, sebabnya mereka berikan hadiah yang langsung tak ada kaitan dengan produk.

Kalau jual produk skincare, bagi sample serum baru.

Kalau jual produk digital, bagilah ebook mini, checklist, atau voucher diskaun produk seterusnya.

Yang penting, hadiah tu mesti bantu pelanggan rasa dihargai dan percaya.

Sekarang saya nak sentuh mengenai servis after sales support.

(3) Servis After Sales Support

Daripada 10 pelanggan yang kita dapat, belum tentu kesemua sepuluh orang ini betul-betul faham cara menggunakan produk yang mereka beli.

Persoalannya ialah, selepas mereka beli, kalau ada masalah mereka nak tanya pada siapa?

Dekat mana mereka nak buat rujukan?

Sepatutnya sudah tentu dia bertanya kepada anda.

Ketakutan pembeli bukanlah hanya ketika hendak membeli sahaja, malahan, setelah pembelian dilakukan, mereka masih lagi menyimpan perasaan takut.

Jadi, apa kata kita lenyapkan ketakutan tersebut dengan menawarkan after sales service kepada pembeli-pembeli produk kita. Caranya?

Sediakan group khas yang mereka boleh sertai. Kita namakan group tersebut sebagai group support. Gunakan skrip ini jika bersesuaian dengan situasi dan perniagaan anda.

Terima kasih kerana puan sudi berurusniaga dengan saya. Bagi memastikan puan mendapat khidmat sokongan yang terbaik, saya ingin jemput puan untuk sertai group berikut >> [nama group anda]

Sekiranya puan ada sebarang pertanyaan tentang produk atau apa sahaja, team saya dengan senang hati akan bantu puan.

Saya juga menyediakan voucher diskaun, khas untuk ahli sahaja bernilai RM100 untuk ahli baru yang menyertai group tersebut

Lepas pelanggan kita dah join group kita tu nanti, apa akan jadi? Adakah dia akan selalu kacau kita? Dia akan tanya macam-macam ke? Dia akan susahkan hidup kita?

Jawapannya, tidak.

Mereka tak akan susahkan kita, malah akan lebih memudahkan kita.

Kita mudah nak keep in touch dengan mereka.

Kita juga mudah untuk build relationship dengan mereka.

Paling penting, kita mudah untuk promosikan sebarang produk baru kepada mereka. Pernah dengar kan…

“Menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding menjual kepada pelanggan yang kita tak pernah berurusan.”

Dalam hal ini, anda pasti tak menyangka, customer yang selama ni cuma beli kain dari anda, bila anda dah masukkan mereka dalam satu group khas yang menghimpunkan produk-produk lain yang turut dijual, mereka juga akan shopping untuk beli produk lain.

Anda tak tau macam mana nak create group? Mudah sahaja. Kalau saya secara peribadi, saya akan syorkan anda buat group di Facebook.

Buat sahaja Facebook Group.

Saya lebih suka FB Group sebab ianya lebih mudah untuk dikawal dan kita boleh kawal posting dari ahli lain. Kita boleh tapis apa jenis post yang akan keluar di wall group kita. Ini bermakna, ahli lain tak boleh dengan sewenang-wenangnya buat spam dalam group kita seperti mana yang kerap berlaku dalam group whatsapp.

Kalau group whatsapp, sesetengah orang selamba je promosikan produk dia dalam group yang kita bina. Ianya juga agak sukar untuk dikawal.

Sampai ke hari ini, saya percaya, inilah rahsia sebenar ejen yang mampu bertahan lama.

Mereka menyediakan khidmat after sales support yang benar-benar first class!

After sales support bukan sekadar hantar mesej, “terima kasih kerana beli”.

Tapi ini adalah ruang dimana anda membina hubungan atau connection dengan pelanggan anda.

Kalau dalam konteks hari ini, platform berikut boleh digunakan untuk tujuan after sales support.

a. FB Group

b. Whatsapp Channel

c. Telegram Group

(4) Jaminan Pulangan Wang

Ramai yang takut nak tawarkan money-back guarantee sebab takut rugi.

Nanti elok-elok boleh dapat untung RM20 untuk satu unit produk yang terjual, silap-silap kena tanggung kerugian sebanyak RM75 pula, sebabnya customer minta refund.

Kerisauan itu sebenarnya memang berasas.

Saya pun rasa perkara yang sama.

Tapi apabila saya sendiri cuba gunakan strategi ini, saya mula sedar sesuatu.

Tujuan kita offer money back guarantee bukan sebab nak beri peluang kepada customer untuk mintak balik duit dia suka-suka hati. Bukan macam tu.

Peranan money back guarantee adalah sebagai pelincir yang melancarkan proses jualan. Bila ada money back guarantee, pelanggan jadi lebih yakin dan tak teragak-agak untuk bank in duit ke akaun kita.

Itu yang kita mahukan.

Jangan risau.

Sepanjang saya buat dropship, tak pernah lagi customer mintak balik duit dia.

Paling teruk pun, diorang akan mintak tukar barang, sebab barang yang dia dapat kurang sempurna.

Dan ini memang hak pelanggan tersebut untuk dapatkan barang yang sama dari segi kuantiti dan kualiti seperti mana yang dia tempah.

Kalau mereka mintak balik duit sekalipun tak ada masalah.

Kita anggap je la duit yang kita kena keluarkan untuk refund duit customer tu sebagai modal perniagaan kita.

Walaupun orang kata dropship ini perniagaan tanpa modal, TAPI, janganlah sampai kita tak siap sedia dengan modal langsung.

Kita berani jual barang dekat customer, kita jugak kena berani tanggung kalau ada apa-apa masalah yang akan timbul.

Dari perspektif saya sebagai penjual, saya berani rekemen sesuatu produk dan berani buat marketing untuk sesuatu produk sebabnya saya yakin

1. Produk tu berguna

2. Produk tu bagus

3. Supplier saya mampu untuk deliver produk tu dalam keadaan yang baik

Manakala dari perspektif pembeli pula, mereka sanggup untuk buat pembelian kerana

1. Mereka nak/mahu/ingin/perlu produk tersebut

2. Mereka yakin kita memang boleh dipercayai

3. Mereka nak mencuba sesuatu yang baru dan ambil risiko (calculated risk)

Ini melahirkan satu situasi menang-menang antara kita sebagai penjual, dan juga pelanggan kita. Money is not an issue.

Kat Malaysia ni, teruk macam mana pun servis yang diterima oleh pelanggan, majoritinya lebih suka ambik pendekatan …

… ala tak pe la.

… kali ni kita bagi peluang, esok lusa jangan harap aku nak order dengan dia lagi

My point is, amat jarang untuk mereka minta refund, lebih-lebih lagi bila kita dah letakkan syarat siap-siap, kalau nak mintak refund

1. Mula-mula kena ambik gambar produk yang diterima kemudian emel pada kita gambar tersebut

2. Balut elok-elok produk tersebut dan hantarkan semula pada kita

3. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli

4. Setelah produk sampai pada kita, barulah kita refund

Ingat pembeli nak buat macam tu?

Leceh.

Jangan harap mereka akan buat.

Mungkin daripada 100 orang, akan ada seorang je yang buat macam tu.

Oh saya bukan bagi anda idea untuk jual barang reject ye.

Jangan salah faham pulak.

Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya ialah, pelanggan yang akan tuntut refund biasanya sangat kecil peratusnya.

Hampir kepada tak ada.

Tapi kalau anda jumpa pelanggan yang suka-suka minta refund, mungkin kena tengok semula.

Adakah dia memang benar-benar ikhlas nak jadi pelanggan?

Atau mungkin sebenarnya dia adalah scammer yang menyamar jadi pelanggan.

Zaman sekarang ini, siapa-siapa boleh jadi scammer.

Sama ada dia dipihak penjual ataupun pembeli.

Saya nak tegaskan sekali lagi, tawaran money back guarantee ni dapat naikkan tahap kepercayaan pelanggan.

Ia juga menunjukkan bahawa anda sangat berkeyakinan terhadap kualiti produk yang anda jual.

Apa yang sebenarnya tak berubah?

Hari ini, masih ada lagi ke orang yang nak buat dropship?

Saya pun tak tahu.

Saya dah lama tinggalkan dunia dropship.

Bila dihidangkan dua pilihan, sama ada dropship atau affiliate, saya lebih cenderung untuk pilih affiiliate marketing.

Lagipun dengan perkembangan teknologi hari ini, eko-sistem affiliate itu dilihat lebih menarik.

Bukan setakat menarik, tapi ia lebih sesuai dengan cara saya bekerja.

Saya boleh fokus kepada penghasilan kandungan. Lepas tu, kalau orang nak beli, belilah.

Tak nak beli?

Suka hati lah.

Tapi posting ini bukannya nak bincangkan pasal program affiliate.

Saya nak fokus kepada persoalan dropship sahaja.

Teknologi pada hari ini memang banyak yang dah berubah.

Tapi kalau kita lihat dari aspek psikologi pelanggan, ia tak banyak berubah pun sebenarnya.

Pelanggan tetap nak rasa dilayan dengan penuh hormat, dihargai, dan rasa mereka untung besar bila dia beli dari kita.

Semua ini masih belum mampu diberikan oleh mana-mana algorithma.

Baca juga: Buku Psikologi Menjual oleh Brian Tracy

Kesimpulan

Jangan lawan harga, tapi kita lawan persepsi.

Orang tak semestinya membeli sebab harga yang paling murah.

Sebab harga murah ini boleh buatkan kita ragu-ragu dari segi kualiti dan perkhidmatan.

Tapi mereka pasti beli dari orang yang mereka paling percaya.

Perang harga hanya akan buat anda letih dan rugi.

Sebaliknya, bina nilai tambah, servis baik dan kepercayaan pelanggan.

Itu sebenarnya strategi untuk bertahan lama, bukan untuk seminggu dua, tetapi untuk bertahun-tahun lamanya.

The post Dilema Agen Dropship & Masalah Perang Harga appeared first on Blog Sabree Hussin.