adiputra.org

Penipuan di Internet…
Aku terpanggil untuk menulis kali ini bagi menceritakan tentang penipuan di internet yang semakin lama semakin menular di kalangan masyarakat kita. Tak kiralah dari segi perniagaan, saham, produk, idea, ebook, teknik, langkah-langkah dan sebagainya… ia tetap satu penipuan dan seharusnya dihentikan. Siapa agaknya yang akan dipertanggungjawab untuk menghentikan ini semua? Diri kita juga yang sebenar-benarnya bertanggungjawab. Tak boleh harapkan pihak lain.

Ini aku ‘paste’ kan sumber dari smartconsumer.my mengenai contoh-contoh penipuan di internet, akhbar, surat, brosur dan sebagainya. Semoga menjadi panduan kita semua untuk menyedarkan diri kita dan sahabat/saudara kita betapa semua perkara yang dijanjikan, dinyatakan, ditaburkan, distrategikan, disusun, diwar-warkan… ia adalah penipuan semata-mata. bangkitlah orang kita… berusaha dan bekerjalah untuk mendapatkan hasil yang jujur, bersih dan halal…

Contoh 1 : Mengisi sampul surat

Merupakan satu kaedah yang paling klasik sekali dimana ia bermula  semasa kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan  1930-an. Anda dijanjikan akan dibayar antara RM1-2 untuk setiap sampul  surat yang anda isikan. Anda hanya perlu membayar sedikit yuran dan anda  DIJAMIN akan menerima sehingga 1,000 sampul surat seminggu yang telah  siap diisi dan lengkap ditampal dengan setem! Apa yang tidak dinyatakan  ialah anda perlu mendapatkan alamat bakal pelanggan.

Setelah  pembayaran dibuat, anda akan menerima satu manual ringkas dan contoh flyer yang perlu anda edar atau iklankan dalam usaha anda mendapatkan alamat  pelanggan. Setelah mendapat langganan dan bayaran, anda hanya perlu  fotokopi manual ringkas tersebut dan berikan kepada pelanggan anda.  Kaedah yang sungguh bijak tetapi tidak beretika.

Contoh 2 : Surat/e-mail berantai (perolehi wang segera)

Jika anda sering mencari peluang pendapatan dari rumah melalui internet  dan suratkhabar, anda pastinya pernah menerima dan melihat surat/e-mail  berantai ini. Mereka menjanjikan bahawa anda hanya perlu menghantar  surat/e-mail bersama sejumlah wang kepada nama mereka yang tersenarai,  kemudian mengeluarkan nama diaras bawah sekali dan digantikan dengan  nama anda, dengan harapan suatu hari anda akan menjadi jutawan.

Ia  juga ada dikatakan didalam versi kutu atau konsep saling membantu  melalui kaedah sedekah dimana anda bersetuju untuk memberikan wang  tersebut tanpa sebarang paksaan. Pada dasarnya ia adalah satu bentuk  skim piramid. Biasanya senarai ini akan dimanipulasikan dimana hanya  satu nama sahaja yang sentiasa berada diatas(pengasas program) dan akan  menerima wang sangat banyak.

Contoh 3 : Sila dail nombor 600 untuk maklumat lanjut

Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang dengan mendail  nombor-nombor sebegini. Anda seharusnya tahu bahawa kos panggilan ke  nombor 600 sangat mahal iaitu RM1.95 seminit (7.00 pagi-7.00 mlm) dan  RM0.98 (7.00 mlm-7.00 pagi). Bayangkan jika anda menghabiskan 5 minit  diwaktu siang, anda telah membazirkan hampir RM10.00 dan disitulah  mereka memperolehi keuntungan. Simpan wang anda dan jangan mendail  mana-mana nombor 600 hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai  apa yang dikatakan peluang bekerja dari rumah.

Contoh 4 : Senarai nama syarikat

Jangan terpedaya dengan membeli senarai syarikat yang memerlukan  khidmat pekerja  dari rumah melalui kaedah ini. Anda membayar untuk  mendapatkan senarai syarikat yang mencari pekerja dari rumah sama  seperti anda sama ada dalam bentuk digital atau bercetak. Antara  syarikat yang biasa tersenarai ialah syarikat yang menawarkan pekerjaan  pemasangan barangan, pengurusan katalog, syarikat MLM, dan lain-lain.  Apa yang menjadi masalahnya ialah, senarai ini tidak semestinya  betul-betul benar kerana syarikat tersebut mungkin tidak mencari pekerja  dari rumah ataupun tidak pernah bersetuju untuk disenaraikan, atau  tidak dapat dipastikan adakah perniagaan tersebut dijalankan secara sah  atau masih terbuka peluang untuk anda memohon. Biasanya adalah sukar  untuk anda mendapatkan kembali wang anda.

Contoh 5 : Memasang barangan di rumah

Biasanya peluang serupa ini akan memberitahu bahawa ada akan memasang  barangan seperti anak patung, komponen elektronik, permainan  kanak-kanak, produk kegunaan hotel dan pelbagai lagi projek kraftangan  yang boleh dilakukan dirumah dan dijanjikan upah yang lumayan. Apa yang  perlu anda lakukan ialah dengan membayar deposit atau yuran pendahuluan  (yang dijanjikan akan dikembalikan semula) dan anda akan menerima segala  peralatan, barangan dan arahan yang perlu dilaksanakan.

Anda akan  bernasib baik jika menerima produk yang dijanjikan selepas membuat  pembayaran tetapi ramai pengguna yang telah tertipu dengan kaedah ini.  Terdapat juga penipuan yang dilakukan dengan cara, apabila anda telah  menerima produk dan menyiapkan mengikut arahan, anda akan dimaklumkan  bahawa produk anda tidak menepati spesifikasi kehendak syarikat  pengeluar. Syarikat ini sebenarnya membuat keuntungan melalui penjualan  pek permulaan dan bukannya produk yang dipasang. Ini merupakan antara  contoh penipuan yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh  sesetengah syarikat.

Contoh 6 : Menaip dari rumah (kerani kemasukan data,  kerani, kerani pemprosesan e-mail dan lain-lain lagi)

Peluang seperti ini juga sering diiklankan untuk memerangkap anda  dengan pelbagai nama jawatan. Biasanya selepas menjelaskan sejumlah wang  kepada agensi penipuan ini hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut,  anda biasanya akan menerima bahan-bahan melalui disket, muat turun atau  maklumat bercetak yang akan memberikan anda pelbagai maklumat berkaitan  dimana dan bagaimana anda boleh mengiklankan tentang peluang menaip dari  rumah serta risalah jualan (dalam flyer, surat, e-mail, laman  web,dan lain-lain lagi) akan diberikan kepada sesiapa yang berminat.  Apabila mereka membuat pesanan untuk mendapatkan maklumat lanjut (sama  seperti yang anda telah lakukan sebelum ini), anda hanya perlu  mencetak/menyalin semua bahan yang anda telah terima kepada pelanggan  anda. Sebenarnya ia akan cuba menjadikan anda seorang PENIPU!! Kerana  hakikatnya tiada sebarang produk yang dijual, hanya maklumat tentang  kaedah dan bahan mengiklankannya.

Contoh 7 : Perolehi wang dengan melayari Internet

Anda dikehendaki untuk daftar masuk ke laman internet tersebut  sebanyak beberapa kali atau memuat turun sesuatu perisian pelayar  internet ke komputer anda, dan membaca iklan atau melihat papan iklan  yang tertera. Syarikat laman tersebut akan mengenakan bayaran kepada  syarikat-syarikat yang membuat iklan dan ganjaran akan diberikan kepada  ahli yang memenuhi kuota. Apa yang anda tidak ketahui ialah, anda akan  mengambil masa yang lama untuk mencapai kuota yang telah ditetapkan  sebelum anda layak menerima skim bayarannya, itupun sekiranya anda  berjaya mencapainya. Tiba masa anda menerima bayaran, jumlah tersebut  akan ditolak pula dengan kos pengurusan (boleh mencecah 20 peratus).  Situasi yang lebih teruk yang boleh berlaku ialah penutupan laman web  tersebut sebelum mana-mana peserta sempat menerima bayarannya.

Skim  seperti ini semakin bercambah dan dalam pelbagai variasi seperti PAID  EMAIL, PAID TO SURF, PAID TO DOWNLOAD dan sebagainya . Walau  bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba skim-skim seperti ini, anda  perlu memerhatikan perkara-perkara ini terlebih dahulu:

Berapa bayaran yang akan anda terima untuk aktivit yang perlu anda  lakukan (membaca setiap e-mel, melawat website dan sebagainya)

Apa yang perlu anda buat selain daripada membaca e-mel, (contoh:  sesetengah skim mengkehendaki anda memasuki laman web yang disertakan di  dalam e-mel). Boleh atau tidak rakyat Malaysia menyertainya? Sesetengah  skim hanya untuk warganegara Amerika Syarikat sahaja.

Berapakah jumlah paling minimum yang dibayar?Buat pengiraan berapa  lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bayaran minimum tersebut?  Ingat bahawa anda perlu membayar akses internet dan bil telefon untuk  membaca e-mel tersebut.

Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?. Sekiranya pembayaran dibuat  dengan menggunakan cek (US Dolar), sebahagian kecil akan diambil oleh  pihak bank sebagai caj perkhidmatan. Jika pembayaran dimasukkan ke akaun  online seperti Paypal, Clickbank, Stormpay,e-gold dan  lain-lain, sila pastikan samada ia mengiktiraf urusniaga dengan  warganegara Malaysia dan diiktiraf urusniaganya oleh pihak berkuasa di  negara ini..

Contoh 8 : Melobi wang

Skim ini telah wujud semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada  permulaannya dahulu menggunakan surat dan faks, kini ia semakin canggih,  dengan menggunakan e-mel sebagai medium utama. Skim tersebut  memberitahu anda yang pengirimnya (kebiasaannya daripada negara di Benua  Afrika) mempunyai sejumlah wang yang banyak, memerlukan pertolongan  anda untuk memindahkan wang ini ke dalam akaun bank anda, dan sekiranya  berjaya, anda akan mendapat peratusan daripada jumlah wang tersebut.  Ramai ahli peniagaan yang bijak, dan para remaja telah terpedaya oleh  skim seperti ini kerana sifat tamak. Sebahagian lagi telah kehilangan  sejumlah wang yang besar daripada akaun bank mereka, ataupun kehilangan  barangan peribadi yang digunakan dalam jenayah yang lain. Berita cara  penipuan seperti ini pernah disiarkan di suratkhabar METRO dan KOSMO.

Contoh 9 : Internet MLM

Jika anda pernah terdengar syarikat MLM dan  anda pasti tahu bahawa  ia merupakan salah satu jenis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah  satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem  Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi  lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.

Syarikat-syarikat  ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai  rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun  telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa  latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk  menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai  berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal  Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung  yang sah.

Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di Malaysia, anda  tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan. Anda  juga tidak boleh membuat aduan kepada orang yang memperkenalkan skim  tersebut kepada anda kerana dia juga hanya merupakan seorang ahli  sahaja.

Contoh 10 : Sistem affiliate

Sistem affiliate ialah dimana seseorang individu akan  dibayar sejumlah komisen apabila berjaya membuat jualan produk dan  perkhidmatan yang ditawarkan oleh penganjur sistem. Biasanya penganjur  boleh jadi orang perseorangan mahupun syarikat namun ia bukanlah  syarikat yang mempunyai lesen Jualan Langsung. Maka ia tidak  dikategorikan sebagai jualan langsung.

Sejak akhir-akhir ini semakin  ramai rakyat Malaysia yang mula membuat sistem affiliate sendiri. Namun kebanyakkannya lebih menjurus kepada bentuk sistem  piramid yang lebih mengutamakan kemasukan ahli baru berbanding kualiti  produk.

Kesemua ini hanyalah maklumat bagi tujuan pendidikan pengguna  sahaja. Ianya tidak melambangkan keseluruhan sistem perniagaan di  Malaysia. Tips yang diberikan ini hanyalah untuk peringatan dan  berkongsi maklumat sesama pengguna.

Tapi bagi aku… aku tidak akan sekali-kali terjebak dengan benda-benda macam ini di dalam dunia internet. Jangan percaya dengan perkataan KAYA, JUTAWAN, DUIT, WANG, JANA, RAHSIA, PENDAPATAN, SENANG, MUDAH, PERCAYA dan sebagainya. Berusahalah dengan kudrat, idea dan semangat yang ada.

Sekian… avoid scam… rock terus rock the world..!!

Kachewaa & Konsert 3K (Kugiran-Kugiran Kelantan)
Clip Video – Thunder March – Kachewaa (Konsert 3K)

Pada 24hb. Oktober (Sabtu) yang lalu, aku dan rakan-rakan seperjuangan di dalam dunia seni telah berjaya mengadakan satu mini konsert (gig)  di Dewan YKK, Kota Bharu, Kelantan. Konsert ini adalah konsert yang mengundang band-band indie di seluruh negeri Kelantan. Tujuan konsert ini ialah untuk mengajak belia-belia Kelantan untuk menceburi bidang muzik dan menghindari budaya lepak. Bukan senang nak senang tu memandangkan sudah hampir 20 tahun konsert ‘rock’ telah lama tidak diadakan kerana isu politik. Faham-faham je laaa… Tapi kami positif kerana niat kami untuk melihat sejauh mana belia-belia Kelantan aktif dalam industri indie band ini…

Aku sebenarnya sudah lama tak bermain muzik secara live… rasanya hampir 10 tahun kerana kesibukan dan tanggungjawab setelah bekerja dan berkeluarga… Jadi bila dah bekerja sendiri ni, ada free sikit dan masa aku tengah sibuk dengan projek 2 bulan lepas, kawan-kawan la yang offer dan bertanya mengenai aktiviti yang dah lama tak diamalkan di negeri Kelantan ini. Setelah perbincangan dibuat maka kami bersetuju berkongsi tenaga dan kapital untuk mencuba, aku membantu dari segi pengurusan dan nasihat, sementara bapa saudara aku Roy (Artmedia), Jai (e-Studiovalley) dan kamal (Artmedia) pula dipertanggungjawab sepenuhnya untuk urusan teknikal dan contact. Pada waktu itu aku tak terfikir pun nak join main muzik sebab aku dah lama tak main… jadi takda kesungguhan sangat… Nak dijadikan cerita sebulan sebelum konsert tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh bekas otai-otai rock era 90an… KaCheWaa atau Kachewaa (asalnya perkataan ‘kecewa’ tapi diklasikkan sikit)… dianggotai oleh Roy (Lead Guitar), Jai (Rythm Guitar), Kamal (Bass) dan Lan (Drum). Roy merupakan bekas ahli kumpulan Desire sementara Jai dan Kamal pula pernah menggangotai kumpulan indie Middleman dan Generation X. Lan pula merupakan orang lama dalam industri muzik di Kelantan dan banyak terlibat dalam dunia seni sebagai sessionist. Tak lama kemudian 2 beradik Hamzan (keyboards) dan Hasnol (vocal) turut menyertai Kachewaa dan melengkapkan lagi kumpulan muzik baru ini. Hamzan adalah bekas pemain bass kumpulan Zodiak sementara Hasnol adalah merupakan penyanyi solo untuk lagu-lagu seni dan budaya di Kelantan. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh mereka-mereka ini mengukuhkan lagi semangat dan perjuangan ahli-ahli band Kachewaa…

2 minggu sebelum konsert bermula, Roy menghubungi aku dan bertanya jika aku dapat join band Kachewaa untuk konsert… aku mulanya panik juga sebab dah 10 tahun tak bermain muzik secara live concert (kecuali untuk majlis rasmi yang main muzik sambil duduk dengan pakaian kemeja & slack aiyoo…).  tetapi entah kenapa tiba-tiba darah aku berderau… bila diimbas kembali zaman kegemilangan aku sebagai pemuzik sejak tahun 1988 hingga 1995… dapat aku bayangkan diri aku semasa bermain untuk band Migraine Revolution, SDC, Desire, MigRev dan solo… aku menjadi bersemangat semula seperti baru semalam aku tamat (graduat) dari Yamaha Music School… hehehee…. aku pun lantas bersetuju dan apabila dimaklumkan oleh Roy band Kachewaa dah ada 6 ahli, kehadiran aku menjadikan 7 maka ada 3 orang pemain gitar la jawabnya… Ini dah kira macam Iron Maiden dah ni… heheheee…  ok lah… aku setuju untuk jadi pemain 2nd Lead Guitar sebagai undangan… Cuma satu je yang aku sedar… kelajuan dan skill solo aku dah makin hilang… arpegio & sequence pun dah lari habis, lama tak main la katakan… tapi apapun aku punya strumbing, power chord dan plucking masih berbisa… Yeaahhh..!!! redah je laahhh… Maka aku cari balik gitar ibanez gio yang aku beli pada tahun 2004 dulu dalam stor… masih berbungkus dengan baik lagi… dan bila test sound… masih ok.. syukur… original single pickup untuk plucking dan double pickup dimarzio masih lagi berfungsi dengan baik walaupun dah nampak karat-karat yang cemburu dengan aku kerana membungkusnya… jadi aku praktis sedikit demi sedikit supaya hujung jari jemari aku menjadi lasak. Tali-tali yang berkarat tu aku cuci dan lap dengan minyak supaya toksin-toksin tidak mencederakan dan menyerap ke dalam jari aku… huhuuu…

Seminggu sebelum konsert, aku pulang ke KB dengan membawa gitar… buat pertama kalinya naik flight dengan gitar… segannya rasa… kalau ada geng takpa juga, ni aku naik dengan 2 orang anak aku ammar dan aida… hahahaa…!! papa rock la katakan… aku try buat selamba tapi pakcik-makcik yang dok sebelah tu dok sok sek sok sek… ye lah.. nak bawa gitar balik kelantan buat apo? bukannya ada konsert pun… TAPI ADA…!!! Ya ada…! aku hanya mampu tersenyum sambil melayan 2 orang anakku yang lasak tu… Kebenaran untuk adakan konsert ni telah diuruskan oleh Jai dan Kamal setelah mendapatkan permit polis, kebenaran menggunakan dewan YKK, makluman IPD serta mendapat sokongan daripada Kelab Budaya Seri Temenggong serta beberapa company seperti E-StudioValley, Artmedia Production dan beberapa NGO yang lain. Maka konsert ini telah bersedia…

Aku dan team Kachewaa praktis 4 buah lagu iaitu Enter Sandman (Metallica), Pawana (Search), Thunder March (Marty Friedman) dan Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search). Praktis selama 2 hari je tapi sebab masing-masing dah ada pengalaman dalam muzik, memang tiada masalah, yang menjadi masalah ialah tempo je… iaitu laju… lagu slow pun jadi laju… pening.. pening… apapun lepas praktis tu kami nekad dah… hari konsert tu go on je lah… (memang main macam speed metal…)

Tiba pada hari konsert, memang bersemangat… walaupun dalam hati ini suspennya hanya Tuhan saja yang tahu… ye lah… dah lama tak dok atas stage… hehehee… kena pulak kumpulan Kachewaa adalah band undangan bersama sebuah band indie dari Selangor/KL iaitu Skudap Skudip… so kena jaga maruah juga tu… apapun rock must go on… dan hasil dari konsert ini aku kagum dan senyum sendiri kerana kumpulan-kumpulan muzik yang hadir dapat bermain muzik underground dengan baik dan hebat… sekurang-kurangnya mereka dapat membuka mata penonton bahawa Kelantan juga hebat dengan band-band indie setiap daerah… selain itu dapat mengingatkan aku dan rakan-rakan yang lain semasa zaman kegemilangan masing-masing… memang betul lah… rock never dies.. heheee.. dan bila tiba turn kumpulan Kachewaa… memang kami perform dengan penuh semangat dan ketenangan… walaupun terdapat masalah teknikal dan taktikal tapi kami selamba je teruskan… it’s just a beginning… not the ending… rock terus rock..!!

Antara band yang hadir ialah Kara Bay, Daisy Honey, Later All, 199x, Belon dan Ashtray sementara band Kachewaa dan Skudap Skudip adalah undangan… apapun nice joining with you all… satu kenangan yang takkan dilupakan… and of course… “ROCK NEVER DIES”..!!!!

The Way… masih diteruskan…
Ya… sudah 3 purnama aku tidak menulis di blog ini kerana aku banyak menulis di dunia luar sana… menulis… dengan idea yang dirancang dan tanpa dirancang… hanya untuk mendapatkan kepingan-kepingan kertas yang punya harga diri… apa boleh buat jalan yang aku pilih kini adalah yang amat mencabar… hanya pengalaman dan pengetahuan selama aku hidup di dunia yang fana ini saja yang banyak membantu…

Dunia produksi bukan satu dunia yang senang untuk kita ceburi… produksi ini akan senang jika poket kita penuh dengan kepingan kertas-kertas yang punya harga diri itu… bezanya dunia produksi ini lebih bebas dan tiada batasan dalam mengeluarkan output atau karya… bagaikan dunia ini milik aku…  bagaimanapun terdapat laluan dan onak yang perlu ditempuhi bagi menjayakan cita-cita dan perjalanan dalam dunia produksi ini…

Persatuan… ya… persatuan dalam bidang produksi… Profima atau dulunya ppfm, Fdam, Karyawan, Seniman dan beberapa lagi merupakan payung kepada mereka-mereka yang ingin bergiat di dalam bidang produksi ini… jika tidak… kita boleh berpayung kepada mana-mana syarikat yang sudah punya lampu hijau di dalam sebarang urusan menerbitkan produksi… jika tidak… kita tidak akan ke mana… perjalanan akan dipenuhi dengan tol, lencongan, batu bata, lubang sana-sini… memang banyak halangannya…

3 tahun mencuba secara sambilan… setahun mencuba secara serius… aku masih ditakuk lama… hanya berkarya untuk kepentingan masyarakat yang minor… secara amnya masih belum cukup meluas… walaupun ada produksi-produksi yang bersedia menjadi payung kepada karya aku… semuanya cakap saja… hanya untuk kepentingan diri mereka… bagaimanapun… kuasa Tuhan… pada satu hari ada seorang penerbit telah melihat produk yang team aku telah hasilkan… Alhamdulillah pertemuan dibuat dengan sedikit perbincangan… hasilnya amat memberangsangkan… setidak-tidaknya aku perlu mencuba untuk berada di bawah payung yang betul… harapan aku amat tinggi kali ini… Alhamdulillah… laluannya semakin cerah…

Segala nasihat, kata-kata, cadangan, pendapat, pandangan dari mereka-mereka yang berhasad dengki dan cemburu dengan kebolehan dan potensi aku dan team aku dengar selama ini telah Tuhan tunjukkan… ianya tidaklah sesukar mana… kalau niat mereka ikhlas… aku sudah pun memulakan kerja produksiku sejak tahun lepas lagi… hanya mereka-mereka yang nak membantu sahaja yang positif dalam memberi maklumat dan saluran tertentu supaya aku dapat merealisasikan harapan aku untuk berkarya ke persada tanahair dan dunia… mereka-mereka yang negatif… hanya mementingkan pulangan dan segala muslihat dan tipu daya…

Dari bidang teknikal dan teknologi maklumat ke bidang produksi… bukan sesuatu yang senang… aku memulakan bidang baru aku ini dengan kebolehan mengeksploitasikan teknik penerbitan berdasarkan kemahiran dalam teknologi… dan dengan idea yang lahir dari daging lembut yang berlekuk-lekuk tersembunyi di dalam tulang tengkorak di kepalaku… tidak cukup dengan itu… pengorbanan masa, tenaga, darah, kertas yang punya harga diri, keluarga dan banyak lagi sumber juga memainkan peranan… terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah membantu aku dalam bidang ini… sesungguhnya rakan diam di kiri kanan mereka telah menulis sesuatu untuk diadili pada hari perhitungan kelak… itu sudah pasti…

Semoga Allah  merahmati apa yang telah aku usahakan dan semoga Allah permudahkan jalanku ini untuk mencari rezeki kehidupan… amin…

Maxtor ATHENA – Primary or Slave Hard Disk Error
Masalah di atas dihadapi oleh aku beberapa hari lalu dan amat mengerikan kerana hard disk yg aku gunakan sebagai backup menjadi mangsa. Sememangnya baru aku sedar bahawa jiwa aku berada dalam hard disk ini dan sepanjang tak boleh dibaca, aku rasa seperti berada dalam keadaan koma… gila… Mana taknya… segala data kerja aku, gambar family, video projek termasuk data wife aku semua dalam tu… dan mulai dari hari ini.. aku akan ‘backup’… sentiasa backup.. hehehee…

Masalah pada mulanya berlaku apabila pc aku slow… selain tu ada bunyi hard disk yg agak kuat… aku gunakan 2 jenis hard disk maxtor untuk master dan slave… aku pun saja-saja try disable slave kat CMOS… pc running ok… lepas tu bila aku set balik auto.. slave hard disk aku ni detected sebagai ‘Maxtor ATHENA’… mulanya aku tak perasan tapi bila pc reboot keluar mesej ‘Primary Slave Hard Disk Error’… wadusss.. gabra habis aku dibuatnya.. try lagi dan lagi still masalah yang sama dan bila aku teruskan reboot drive slave tu dah takda… Blur dan Blank aku dibuatnya beberapa ketika…

Apapun… sehari dua aku mencari dan research dalam internet akhirnya aku menemui penyelesaian… rupanya hard disk maxtor versi 541DX ni selalu timbul masalah ini di mana firmware code pada hard disk tersebut telah berubah apabila tiba masanya (aku dah guna 6 tahun baru jadi).. biasanya jika kerapkali on off… jadi aku jumpa tools HDD Firmware Repairer dari SalvationData.com

Tools yang aku pilih ialah HDD Firmware Repairer 2.0 (versi CD-Rom)  Cara yang aku gunakan adalah seperti berikut :

- download pakej HDD Firmware Repairer 2.0

- extract ke folder untuk dapatkan manual dan iso file

- dengan menggunakan nero burner aku burn CD yg kosong dengan iso file tadi untuk menjadi bootable dengan pakej HDD Firmware Repairer

- baca manual dengan teliti (terutama setting jumper ‘safe mode’) – pin 2+6, 3+7.

- aku offkan pc dan tanggalkan kabel ide slave hard disk

- aku tanggalkan juga ide master hard disk

- aku onkan pc dan masuk ke CMOS

- set auto pada semua IDE (kalau dah set tak payah)

- aku tukar boot sequence kepada CDROM kemudian save dan exit

- boot dengan CDROM yang telah burn tadi

- apabila aplikasi HDD Firmware telah load aku pilih ‘repair wizard’ untuk repair secara berperingkat dan mengikut arahan pada skrin HDD Firmware

- perlu diingat bahawa hanya hard disk Maxtor jenis 541DX sahaja yang berfungsi dengan tools ini… maxtor jenis yang lain tak dijamin..

- tekan ‘enter’ untuk teruskan sambil membaca arahan

- apabila arahan untuk mount hard disk yang bermasalah tiba baru aku pasang kabel IDE slave hard disk tadi dan tekan ‘enter’

- satu paparan checking table 1, 2, 3 dan 4 akan dikeluarkan beserta keputusan (biasanya mesej ‘ok’ atau ‘found error and repaired’)

- arahan ‘finish’ dipaparkan dan tekan ‘enter’

- keluar dari program (Exit) untuk restart atau reboot pc

- masuk semula ke dalam CMOS dan lihat IDE yang detect kalau tiada lagi ‘Maxtor Athena’ maka masalah ini telah diselesaikan..

- off pc dan pasang semula kabel IDE master hard disk dan on kembali

- Settled and solved…

Fuh..!! lega tak terkira aku dibuatnya… terima kasih kepada internet dan google… heheheee… dan semestinya kepada Allah S.W.T. kerana memberi aku idea dan ilham untuk mencari penyelesaian ini… Subhanallah…

Bengkel Penulisan Skrip di FINAS
Pada 10hb. Mei 2009 yang lepas, aku telah join bengkel penulisan skrip anjuran Martias Entertainment dan Finas. Alhamdulillah… banyak gambaran yang aku nampak untuk menceburi bidang penulisan skrip ini di kaca mata penulis, penilai, penerbit, pengarah dan juga pelakon sendiri. Bukan senang nak senang sebenarnya dan tidak hairanlah banyak skrip yang dihantar ke stesen-stesen tv mahupun syarikat penerbitan berakhir di dalam tong sampah kerana kesilapan format, teknik dan bahan.

Aku rasa bertuah kerana panel yang memberi talk dalam bengkel tersebut terdiri dari mereka-mereka yang telah lama bergiat dalam bidang penerbitan tv dan filem. Antara yang terlibat ialah en. Martias Ali (penulis yang banyak menerima award), en. Zainal (penerbit RTM), en. Jurey rosli (penerbit & pengarah), en. Zaidi Omar dan pn. Wan Maimunah (pelakon). Mereka memberi pandangan tersendiri mengenai mutu dan persembahan penulisan skrip sebelum digarapkan di dalam pentas lakonan. Tak lupa juga kepada rakan-rakan peserta yang banyak berkongsi pengalaman di mana seterusnya menjadi networking aku dalam bidang produksi ini.

Kesimpulannya, walaupun bengkel ini diadakan selama satu hari suntuk tetapi aku telah dapat gambaran yang jelas mengenai penulisan skrip, hala tuju skrip, teknik dan format, masalah-masalah yang dihadapi, hakcipta, royalti, kos dan demand sebagai penulis. Sudah cukup banyak aku rasa hasil dari perkongsian dengan panel dan rakan-rakan. Alhamdulillah… hidup perlu diteruskan…

Bengkel Penerbitan Dokumentari FINAS
Alhamdulillah… semalam aku telah berjaya menamatkan bengkel penerbitan dokumentari di pejabat FINAS kat Hulu Kelang… walaupun jangkawaktu bengkel ini bermula pada 23hb. Mac 2009 hingga 27hb. Mac 2009.. tetapi atas sebab tak dapat dielakkan di mana bapa seorang fasilitator iaitu en. Zaki telah pulang ke rahmatullah pada hari Khamis, maka bengkel ini dilanjutkan sehingga semalam..

Seperti biasa… aku me’mute’kan diri aku sebagai peserta yang baru… walaupun aku biasa dengan production dalam 2-3 tahun ini tapi aku ingin belajar lebih lagi terutama dalam bidang penerbitan dokumentari untuk merealisasikan impian aku sedikit masa lagi.. dan Nah..!! baru aku tahu dan faham untuk penerbitan dokumentari ini… kita tidak mungkin akan berjaya dengan melakukannya mengikut cara sendiri… kita masih memerlukan kepakaran lain yang sememangnya akan menyelesaikan 17 task yang biasanya diperlukan oleh stesen TV atau channel di mana-mana seluruh dunia…

Untuk bengkel ini, aku dengan sengaja menugaskan diri aku untuk menjadi ‘Audio Man’.. sememangnya dari dulu lagi aku nak tahu konsep Audio dalam penggambaran dan penggunaan ’Mixer’ dan ’Boom Mic’.. dah syukurlah aku dapat mencuba dan merasai bagaimana teknik dan kaedah serta produksi yang betul.. terima kasih kepada en. Ibrahim Hashim, AMN atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ayahanda’… kerana banyak menurunkan ilmu kepada aku dan para peserta sekalian.. cuma yang buat aku terharu ayahanda masih ingat lagi pada aku semasa mengikuti kursus beliau di ASWARA tahun lepas… beliau juga kadangkala memanggil aku secara peribadi di cafe untuk memberi tips yang amat berguna untuk menjadi audio man… agaknya dia lihat aku ‘rock’ dengan rambut bertocang mengingatkan diri beliau di zaman kegemilangannya semasa bekerja dengan team ‘hollywood’ era zaman 80an dahulu… hasilnya aku berpuas hati dengan kerja aku… cuma… bila dah ada ‘group’ ni.. kita kena banyak bersabar dan berfikiran positif… sabar je lah…

Bagaimanapun… selepas 5 hari dan sehari tak tidur… team aku berjaya menghasilkan ‘Mencari Juwita’… misi mencari seekor Badak Air yang istimewa di Paya Indah Wetlands… nak tahu apa yang istimewanya? kena lihat dokumentari team aku ni di youtube atau di mana-mana saja yang team aku akan upload… bukan aku… kerana aku sebenarnya kurang berpuas hati dengan produk ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan… terutama  tentang dokumentari ini terlalu banyak background muzik… aku tak pasti samada editor yang ditugaskan atau team aku yang tambah benda alah ni.. mungkin dorang rasa kosong.. adusss..!!! kecewa betul aku… bila masa dorang taruk muzik tu pun aku taktau alih-alih bila aku preview ada dengar muzik lagu tu berulang-ulang.. ishhh..!!! sudah tentu masa penilaian juri komen sebab mengganggu VO… hmmmm…. tapi takpa.. learning process la katakan… apapun aku ucapkan terima kasih kepada editor bertugas kerana sudi menjadi editor team aku dengan idea yang orait… lagipun dokumentari ini hanya untuk produk bengkel untuk melihat sejauh mana pemahaman dan kebolehan peserta dalam membuat penggambaran dan suntingan… aku pun dah malas dah nak fikir pasal produk… dah dikeluarkan pun untuk penilaian dan dah dinilai dah pun…

dan aku… cukup puas hati sebab aku dah faham dah kegunaan ‘mixer’ dan ‘boom mic’ di mana terdapat 2 teknik rakaman yang biasa digunakan iaitu Sep : Mag dan Com : Mag… (separated & Combined)… ilmu ini menyedarkan aku bahawa penggunaan gun mic adalah lebih baik dari cordless, microphone  dan camera mic…

aku juga amat berpuas hati dan bersyukur sangat sebab team aku sememangnya memberi kerjasama yang amat baik kepada aku dan diri masing-masing walaupun terdapat beberapa insiden ketegangan urat yang tak dapat dielakkan… tapi dengan perbincangan dan luahan perasaan masing-masing… mereka dapat memahami antara satu sama lain…

tentang team dari FINAS… alhamdulillah juga… En. Zaki dan Ayahanda yang sentiasa tidak kering idea dan gusi dibuatnya sepanjang kelas dan luar kelas.. Jefri (teknikal), Zaidi (audio post) dan Ana (visual editor) termasuk urusetia Iza dan Ju… terima kasih kepada semua atas peluang dan ruang yang telah diberikan kepada aku…

InsyaAllah, kata-kata akhir aku… mungkin aku akan ke FINAS lagi untuk kursus lain pula… Rock….!!!

p/s: bila aku nak start dokumentari hasil sendiri ni..?? hmmmm…

Yang Kalut lagi Melalut…
Sehari dua ini aku dan rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi kejatuhan kerajaan pembangkang di tangan kerajaan BN di Perak darul redzuan… Apa boleh buat? aku hanya termenung dan berfikir yang bukan-bukan… Aku dah kata dah… rakyat sekarang ni dah sedar dan bijak dalam memilih wakil yang dapat membantu mereka untuk kehidupan sejagat dan inilah hasilnya.

Sememangnya apa yang berlaku di negeri kelahiran bapaku ini sudah di agak… bukan saja oleh aku dan keluarga malah seluruh rakyat Perak dan Malaysia. Ada permainan ‘wayang kulit’ di sana. cuma bezanya ‘tok dalang’ dalam wayang itu terlalu ramai lebih dari satu…

Hmmm… nampaknya terserlah juga Pakatan Rakyat yang mempunyai masalah dalam menerajui sesebuah negeri apabila ahlinya tidak sependapat dan bersatu… apa lagi untuk menerajui Malaysia kelak… sekurangnya Allah dah tunjukkan kepada rakyat dan pemimpin sendiri bahawa tiada lain dan bukan lagi bagi meneruskan perjuangan dalam politik mesti ikut kehendak rakyat untuk rakyat… sebelum ini pun aku perhatikan kerajaan negeri Perak agak sombong dalam menerajui kepimpinan dengan mengenepikan hak rakyat yang menyokong parti kerajaan. Tak perlu bertanya kenapa dan mengapa perkara ini berlaku… hanya perlu teruskan kembali perjuangan yang ada…

Satu perkara yang aku sangat tidak bersetuju dalam kontroversi ini ialah… keingkaran dan penderhakaan terhadap DYMM Sultan Perak sendiri… MasyaAllah… malah ada lagi yang nak mengambil tindakan saman terhadap DYMM Tuanku… Hishh.!! Ini memang gila bin ajaib… apapun tak perlu juga bertanya kenapa dan mengapa… sendiri mau ingat juga…

Harapan yang ada… kepada pemimpin-pemimpin yang telah diberi mandat sebelum dan selepas ini… bersyukurlah dengan kedudukan yang diberi oleh Allah S.W.T. melalui rakyat jelata… jalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan adil. Sesungguhnya kita tidak bersendirian di dalam dunia ini… Hari ini kita bangun… esok kita akan duduk dan baring…

Wallahu’alam…

Segalanya baru…
Tahun 2009 ni secara tak langsung memberi banyak inspirasi kepada aku untuk meneruskan karier aku… Aku rasa bagai bermimpi… kerana aku dikejutkan dengan banyak perkara… nak diringkaskan cerita aku baru saja tubuhkan satu company baru… Adi Karya Sdn Bhd… memang pada mulanya aku nak pindahkan opis lama aku di PJ tu ke area Serdang… tapi oleh kerana company enterprise aku Orenj Media House ni kalau nak tubuhkan sdn bhd kena tutup dulu yang enterprise ni… sayang pulak sebab semua dah ada (kewangan & bumi + projek-projek yang telah dilakukan dengan swasta & gomen). kena biarkan je lah…

apapun sebelum terdaftarnya adi karya ni.. ada la 2-3 nama yang dicadangkan… cuma masalah dari segi nak sebut dan skop yang ada pada nama saja yang buat jadi serba salah. so aku letak je la nama tu… jadi main business company baru ni aku akan letak sebagai company yang menguruskan produksi (production) dan kesenian (arts).

Opis baru aku terletak di Serdang/Balakong/Cheras/Kajang… 4 sempadan kawasan woooo… susah betul aku nak cari address… dalam bil air ditulis Cheras, Selangor  (Cheras dalam Selangor ka??)… bil letrik ditulis balakong jaya.. blok sebelah ditulis kajang.. adoiii.. pening… lagi pening bila nak register telefon nanti… ishhh…

Buat masa ni… opis masih kosong lagi sebab  sedang uruskan renovation… partition (gibson board), gril, wiring lampu & soket, aircond, karpet, perabot, utiliti, signboard… adoii.. banyak la jugak.. kalau kat area KB tu ada la habis dalam RM15K untuk semua ni… kat sini taktau lagi.. aku tengah tunggu quotation dari 3 company sebenarnya… satu je yg sampai.. lagi 2 esok kot? tunggu je laaa…

Apapun aku berharap satu lembaran baru akan terbuka untuk aku dan team aku pada tahun 2009 ini kerana ia ‘telah bermula’ dan dari tahun ke tahun akan datang… aku ingin maju lagi dalam dunia yang segalanya baru buat aku ini… makbulkan doa dan harapan ku ini ya Allah.. amiiinnn…

Misteri itu diteruskan…
Pada 5hb Januari yang lalu… aku pulang ke Kelantan untuk projek terbaru team aku… untuk permulaan aku buat temuramah dengan seorang bekas tok dalang wayang kulit.. Pok Sein Bageh… kg. Lati..

Temuduga ini bagi mendapatkan sejarah, watak-watak dan ceritera yang terdapat di dalam permainan wayang kulit…

Aku tak tahu kenapa… balik dari projek ni… bila aku balik ke KL rasa semacam je… letih dan penat… rehat la dulu… sebab 2 minggu lepas ada sesuatu yang berlaku pada aku dan keluarga… penangan wayang kulit juga ni… apapun… memang misteri… aku akui ada misteri di sebalik semua ini… mmmmm…

Selamat tahun baru 2009
Hmmm… Detik-detik berganti dengan detik, minit pun silih berganti, hari-hari pun terus berganti, bulan-bulan juga terus berganti, zaman-zaman pun terus berubah, hidup ini juga pasti mati…

Malam-malam diganti dengan pagi, pagi pun jadi siang, tahun-tahun pun berganti abad, yang muda pun pasti menjadi tua, musim-musim pun terus berganti, hidup ini juga pasti mati…

Tak akan ada yang abadi… Tak akan ada yang kekal…

(Pangeran Cinta : Dewa 19)

Selamat tahun baru 2009 dan selamat tahun baru hijrah 1430…