Aku Taip

Cari Kepuasan Diri (Lesbian)
Oleh ISMA ISMAIL dan FIRDAUS SAHAT metahad@hmetro.com.my

Shira KUALA LUMPUR: Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook.

Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu.  Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.   “Hanya wanita memahami perasaan wanita lain.

Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.   “Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai.

Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.  “Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.   “Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri.

Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya,” katanya yang ditemui Metro Ahad.  Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.   “Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur.

Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.   “Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan.

Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita,” katanya.   Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja.   Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.   “Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif.

Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.   “Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain.

Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri,” katanya.   Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.   “Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian.

Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.   “Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya.   “Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu,” katanya.

44 Fakta Menarik Seantero Dunia
1. Dianggarkan kira-kira 41 peratus daripada penduduk China makan sekali seminggu di restoran makanan segera,

berbanding penduduk Amerika, 35 peratus.

2. Dianggarkan apabila sekeping tilam berusia 10 tahun, beratnya akan meningkat dua kali ganda berbanding semasa dibeli.

Berat tilam itu naik sekali ganda kerana ditambah oleh habuk, sel kulit yang sudah mati, kelemumur, rambut, bulu, hama, pasir, tanah, peluh dan pelbagai lagi unsur yang tidak larat kami tuliskan semuanya di sini.

3. Bhutan: A Visual Odyssey adalah buku terbesar di dunia. Ia kini disimpan di perpustakaan awamChicago, Amerika Syarikat.

Buku itu setinggi 1.5 meter, lebar 2.13 meter dan berat 60 kilogram.

4. Kalau semua batu Piramid di Mesir dikeluarkan, ia cukup untuk melilit bumi dengan dinding setinggi 0.6 meter

5. Di hujung-hujung usianya, pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale (1820-1910) suka membawa seekor burung hantu dalam poketnya.

6. Topi seorang chef dibuat sedemikian rupa supaya ada angin yang berlegar di dalam topi itu agar kepala si tukang masak sentiasa dingin walaupun bekerja di dapur yang panas.

7. Kos kesihatan pekerja di General Motors kini hampir menyamai kos yang dikeluarkan untuk membeli besi.

8. Restoran McDonald yang terbesar di dunia terletak di Beijing, China.

la seluas 8,500 meter persegi dan mempunyai 29 kaunter pembayaran.

9. Tangan palsu lengkap dengan jari-jemari yang digerakkan oleh cogwheels dan tuil, dicipta oleh Ambrose Par berbangsa Perancis pada tahun 1551.

Ia begitu berkesan sehinggakan seorang askar pasukan berkuda yang tiada tangan mampu menggenggam tali kekang kudanya dengan baik.

10. Pada kurun ke-6 Masihi, seorang penggubal perundangan Athens bernama Solon telah meluluskan suatu undang undang yang membenarkan pihak bapa menjual anak-anak perempuan mereka yang berzina sebagai hamba abdi.

11. Seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.

12. Suatu kejadian gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan arus Sungai Mississippi mengalir ke belakang.

13. Fakta- fakta menarik tentang gajah:

Seekor gajah mampu menghidu bau air yang terletak sejauh lima kilometer darinya.

Gajah boleh membawa sehingga 7.5 liter air dalam belalainya.

Seekor gajah boleh makan sehingga 225 kilogram rumput kering dan 225 liter air dalam sehari.

Belalai gajah mengandungi lebih daripada 5O,000 otot-otot.

Sesetengah masyarakat kampung di selatan tanah air menggelar gajah dengan nama ‘orang kuat’.

Mereka takut untuk menyebut perkataan gajah kerana bimbang haiwan itu dapat mendengarnya’ dan akan datang ke tempat itu,

kemudian menyerang orang yang menyebut perkataan gajah tadi.

14. Sehelai bulu mata boleh tahan lebih kurang lima bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.

15. Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman,

kecuali bulan-bulan di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

16. Semua abjad-abjad utama di dunia ini telah dikembangkan daripada satu abjad yang dicipta 3,600 tahun dahulu di Timur Tengah.

Ia dikenali sebagai Abjad Semitik Utara.

17. Aligator boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

18. Hampir tiada pengecualian, lembu-lembu diperah susunya di sebelah kanan.

Sebabnya ialah sejak perusahaan tenusu bermula, kebanyakan penternak menggunakan tangan kanan untuk memerah’susu.

Satu lagi alasan, adalah lebih mudah untuk orang yang menggunakan tangan kanan itu menjalankan kerja memerah dari sebelah kanan juga.

19. Sungguhpun nama Argentina bermakna `Bumi Perak’ (argent bererti perak),

sebenarnya terdapat sedikit sahaja perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat kesilapan para penjelajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

20. Sungguhpun para penjelajah membawa pulang ubi kentang dari Dunia Baru pada awal tahun 1500.

orang Eropah takut untuk memakannya kerana bimbang akan dijangkiti penyakit kusta.

Kepercayaan karut ini berakhir apabila Louis XW (Raja Perancis 1774-92),

yang sedang mencari sumber makanan murah untuk diberikan kepada pembantu-pembantuny a yang kelaparan, telah menghidangkan kentang untuk mereka. Sejak itu orang ramai yakin makan ubi kentang itu selamat.

21. Bahagian tengah matahari mempunyai ketumpatan lebih beratus-ratus kali air dan suhu yang mencecah 10-20 juta darjah Celsius.

22. Kanji yang terdapat dalam pisang berubah menjadi gula apabila buah tersebut masak.

Maka, lagi masak ranum buah pisang, akan semakin manislah rasanya. Eemmm… enaknya.

23. Sehingga akhir 1820, ahli-ahli astronomi ketika itu percaya cakerawala ini berusia 6,000 tahun.

Kini ia dianggarkan berusia antara I5 hingga 20 bilion tahun.

24. Sehingga 31 Disember 2000,

bilangan pendaki Gunung Everest mencecah 1,314 orang dan jumlah kematian di pergunungan ini pula meningkat kepada 167 nyawa.

25. Aspirin mula dijual sebagai dadah farmasi pertama pada tahun 1899 selepas Felix Hoffman,

pakar kimia jerman di Syarikat Dadah Bayer, berjaya mengubah suai Asid Salicylic.

Asid ini ialah sejenis bahan yang ditemui dalam kulit pokok wilow. Aspirin adalah dadah pertama yang ditawarkan sebagai pil larut air pada 1900.

26. Andainya kesemua anak-anak lalat hidup maka, sejumlah 190,000,000, 000,000,000, 000 ekor boleh dihasilkan dalam tempoh empat bulan daripada anak-anak sepasang lalat induk.

27. Pada kadar 188 desibel, suara seperti bunyi wisel yang dihasilkan oleh ikan paus biru dianggap bunyi paling kuat dihasilkan oleh haiwan.

Sementara itu, pada usia 70 tahun, dianggarkan 73 peratus daripada lelaki masih poten (subur).

28. Landak dewasa mempunyai anggaran 30OOO batang duri pada badannya yang tumbuh silih berganti setiap tahun.

29. Seorang tukang masak Afrika-Amerika di Albany, New York, dipercayai telah mencipta kerepek ubi kentang sekitar tahun 1865.

Malangnya tiada siapa tahu namanya.

30. Rasa sebiji epal, bawang dan ubi kentang sebenarnya hampir serupa.

Perbezaan rasa adalah disebabkan oleh bau buah. Buktinya, cuba picit hidung anda dan gigit sedikit daripada setiap buah tersebut. Rasanya pasti manis.

31. Sekalipun pembinaan gereja besar Notre Dame di Strasbourg, Perancis, bermula pada 1015 namun puncak menaranya hanya siap pada 1439.

32. Sekalipun sering dikaitkan dengan Scotland, sebenarnya bagpipes adalah alat muzik purba yang diperkenalkan oleh bangsa Roman.

33. Semut Amazon (semut merah yang ditemui di barat Amerika Syarikat) mencuri larva semut lain untuk disimpan sebagai hamba.

Semut hamba abdi ini bertugas membina rumah dan mencari makanan untuk semut Amazon,

yang tidak boleh melakukan apa-apa kecuali bergaduh. Mereka bergantung sepenuhnya kepada semut hamba untuk terus hidup.

34. Hampir 1/5 sampah dunia setahun disumbangkan oleh Amerika Syarikat dengan anggaran 1.36 kilogram sampah seorang sehari.

Satu lagi ‘kehebatan’ orang Amerika – lebih AS$360 juta dibelanjakan oleh penduduk negara itu untuk mengelak nafas berbau pada tahun 1982.

35. Minyak wangi Estee Lauder bernama ‘Country Mist’ gagal mencatatkan jualan yang memberangsangkan di German kerana di negara itu perkataan ‘mist’ bermakna ‘baja’.

Baja pula boleh membawa konotasi yang buruk kerana melibatkan najis manusia dan haiwan.

36. Seekor iguana boleh bernafas di dalam air selama 28 minit.

37. Seekor serangga menggunakan banyak tenaga untuk terbang selama satu jam, sehingga boleh menyebabkan ia hilang sebanyak satu pertiga daripada jumlah berat badannya.

38. Sotong mempunyai tiga jantung.

39. Sel darah seseorang individu mengambil masa selama 60 saat untuk melengkapkan peredarannya didalam badan.

40. Sebiji telur burung kasuari bersamaan dengan 11 biji telur dadar yang dibuat daripada telur ayam.

41. Anagram (kata yang dibentuk dengan menukar susunan huruf-huruf dalam perkataan lain,

misalnya buku – kubu) begitu popular dikalangan masyarakat Greek, Roman dan Hebrew suatu ketika dahulu.

Ia juga menjadi kegilaan di Eropah semasa zaman pertengahan.

42. Pendeta Mesir purba mencabut setiap helai bulu roma yang tumbuh di badan mereka.

Bangsa Mesir purba percaya bahawa ‘Bast’ adalah ibu segala kucing yang terdapat diatas muka bumi ini.

Mereka juga percaya kucing adalah haiwan suci.

43. Masyarakat Mesir purba mencukur bulu kening sebagai tanda berkabung atas kematian kucing mereka.

44. Haiwan yang bertelur tidak mempunyai pusat.

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu
Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian.

Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Baâ€™ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.  Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu.

Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.  Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .  Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.  Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan.

Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.

SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar.

Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .  Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.  Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?  Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.

SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.  Sang Alim berfikir, â€œ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?â€

Sang Alim terfikir lagi ,”Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”.  Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : â€œ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?  Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut.

Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.  Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.  Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya.

Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

Mohd Nazrul Abd Nasir, Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff, Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Mari Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar
Oleh : Mohd Shahrul Naim

Sejujurnya saya memang berminat dalam mengkaji topik “kanak-kanak pintar”. Izinkan saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua maklumat yang saya dapat:

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi

• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi

• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam

• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas

• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi

• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal

• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas

• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi

• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama

• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti

• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi

• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah- masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain

Bersemangat dan bertenaga

• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous

• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.

Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Berdakwah Cara Mudah…?
Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?

Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Kapal berlanggar angkara iPod
WASHINGTON 11 April – Sebuah kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) melanggar satu lagi kapal lain sehingga menyebabkan kerosakan sebanyak AS$92 juta (RM294 juta), gara-gara petugasnya leka mendengar muzik menggunakan iPod.

Kelasi kapal selam USS Hartford itu juga menguatkan pembesar suara supaya muzik dimainkan semasa mereka bertugas, demikian menurut laporan rasmi malam semalam.

Operator sonar dan petugas radio tiada di tempat duduk masing-masing sementara kelasi lain mengendalikan kapal selam tempur itu ‘dengan sebelah tangan dan tanpa memakai kasut’.

Laporan itu menyelar pengendali kapal yang mendengar iPod di dalam kabin sambil mengulangkaji menjelang peperiksaan.

Tentera laut AS mendapati berlaku lebih 30 kesalahan termasuk ‘suasana tidak formal’ dan ‘penguatkuasaan lemah’ yang membawa kepada ‘kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan’.

Seramai 15 kelasi kapal selam itu cedera apabila ia melanggar kapal pengangkut, USS New Orleans dalam insiden di Teluk Parsi pada Mac tahun lalu itu. - AGENSI

Twitter Weekly Updates for 2010-06-20
jommm..join http://www.gengblogger.com #

Powered by Twitter Tools

Twitter Updates for 2010-06-14
jommm..join http://www.gengblogger.com #

Powered by Twitter Tools

Twitter Updates for 2010-06-14
jommm..join http://www.gengblogger.com #

Powered by Twitter Tools

Hadapi Kawan atau Lawan dengan Wajah Tenang
Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura.

6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

credit:

Kakros.