tag:blogger.com,1999:blog-8814826748145240912024-02-23T02:15:24.105+08:00KHALIFAHAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/13376751804616162685noreply@blogger.comBlogger396125tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-57656322599389416972014-12-27T17:43:00.001+08:002014-12-27T17:43:46.293+08:00Tangisan Rasulullah SAW
menyebabkan para malaikat
lupa bertasbih

KHALIFAH | Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim ! Ya Karim !"

Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim ! Ya Karim !"

Orang itu berasa dirinya sepeti di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW.

"Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya, " jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat."

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad?" "Ya," jawab Nabi SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.

Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar. "

KHALIFAH LINK >> http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, "Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya. "

Orang Arab badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."

Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti. "

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari

sumber peribadirasulullah.wordpress.com

sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/25098-tangisan-rasulullah-saw-menyebabkan-para-malaikat-lupa-bertasbihAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-72453840418865704862014-11-27T13:48:00.001+08:002014-11-27T13:48:53.285+08:00Subhanallah, tidur salah satu tanda kebesaran Allah

Tidur menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali cergas sehingga dia kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin kita tidak menyedari selama ini.

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur pada siang hari untuk masa yang singkat (satu setengah jam, misalnya). Para saintis telah mendapati bahawa otak merasa letih di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan oleh kerana itu otak memerlukan rehat sejenak. Rehat bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

kHALIFAH LINK -> http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Oleh kerana itu, saintis menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan memberi masa rehat kepada otak dapat menguatkan memori. Saintis mendapati orang yang biasa tidur sebentar di siang hari menunjukkan prestasi akademik mereka lebih baik dan kemampuan mengingat sesuatu adalah lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah kelebihan yang perlu direnungkan dan dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci Nya Al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan kelebihan yang harus kita renungkan. Allah berfirman

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar." (Surah Al-Rum: 23)

* DIterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.comAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-48057737506584748652014-11-25T07:22:00.001+08:002014-11-25T07:22:31.489+08:00Masya Allah, bayi lahir dari rahim ibu meninggal dunia di Gaza

Ketika doktor menarik dengan lembut seorang bayi kecil dari rahim ibunya di sebuah bilik pembedahan, ibu bayi tersebut telah meninggal satu jam yang lalu. Ibu perempuan tersebut berusia 23 tahun bernama Shayma Al-Sheikh Qanan sedang hamil lapan bulan ketika kereta kebal penjajah zionis 'Israel' menembak rumahnya di pusat Bandar Gaza. Rumah Shayma hancur dan Shayma cedera parah. Suami Shayma, seorang wartawan radio tempatan juga cedera parah dalam serangan tersebut.

"Jenazah Shayma dibawa ke hospital setelah serangan 'Israel' pada awal pagi Jumaat," kata Doktor Fadi Al-Kharti bertugas di hospital Deir Al-Balah. "Kami cuba menyelamatkan nyawanya, tetapi dia meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital," kata Doktor Al-Kharti.

Usaha menyelamat nyawa Shayma semakin sukar kerana dia telah terperangkap di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam.

KHALIFAH LINK -> http://khalifahalhidayah.blogspot.com

"Kami menyedari terdapat gerakan di perutnya dan menganggarkan bahawa dia hamil 36 minggu," kata Doktor yang melakukan operasi caesar kecemasan untuk menyelamatkan sang bayi. Bayi yang lahir kemudian diberi nama Shayma juga untuk mengenang ibunya.

Menurut ketua unit bersalin hospital Deir Al-Balah, Doktor Abdel Karim Al-bawab, "Bayi ini dalam keadaan tidak stabil dan perlu dibantu dengan mesin pernafasan kerana dia kekurangan oksigen sewaktu ibunya meninggal. Telah menunjukkan tanda-tanda positif, akan tetapi bayi ini masih perlu tinggal di wad sekurang-kurangnya untuk tiga minggu lagi."

Ibu kepada Shayma Qanan, menangis dan berkata, "Apa salah anakku sehingga dia harus diserang tanpa amaran? Dia berada di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam sebelum berjaya ditemui. Dia hanya seorang isteri yang baru berkahwin setahun dan sangat menantikan kelahiran anaknya. Akan tetapi, Allah telah melindungi bayi ini. Anakku Shayma meninggal dunia, namun cucuku selamat."

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com|Ma'an News|Sahabat Al-Aqsa/IslamposAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-80875133766711250122014-11-24T13:52:00.001+08:002014-11-24T13:52:45.183+08:00Kisah seorang lelaki yang ingin memukul Rasulullah

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya.

Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.

Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke

masjid.

Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat.

Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah

sampaikan amanah ini kepada mereka".

Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....

Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia.

Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut.

Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".

Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata: "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata: "Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".

Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian.

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah....

"Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan semua itu.

Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjawab dengan nada sedih: "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab: " Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.

Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: "Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku.......aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.

Mereka berdua merayu dan meronta.

"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit........pukullah kami

wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: "Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah.

Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju.

Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada kamu".

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.

Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata: "Ya Rasulullah, ampunkanlah aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing.

Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W

http://www.selatanonline.netAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-11031221137534585752014-11-24T07:33:00.000+08:002014-11-24T07:34:43.531+08:00Ratusan Pekerja China di Arab Saudi Jadi Muallaf Setelah Melihat Ka’bah

Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke Baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.

Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru.

Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.

Mereka adalah sebahagian daripada 4,600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu.

Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.

Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.

Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf)," katanya.

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

"Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam," katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim.

Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan di sebalik perubahan tersebut," ujarnya.

"Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan."

Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi," ujarnya

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.comAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-5416451015250471332014-11-20T19:42:00.001+08:002014-11-20T19:42:48.844+08:00Mustafa Kamal Ataturk: Kematianya Yang Menyeksakan

Mustafa Kamal Ataturk

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan?

Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.

Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.

Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau 'berjaya' meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakkan Yang Telah Di Buat Ataturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

sumber maklumat untuk artikel ini diambil di http://ruzanah.blogspot.comAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-28496602900692170832014-11-20T07:55:00.000+08:002014-11-20T07:56:17.792+08:004 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah sebelum tidur

~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~

Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.

" Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat

3. Sebelum para muslimin meridhai engkau

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah "

Bertanya siti Aisyah :

"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

KHALIFAH LINK ->http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali

Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat "

3. "Beristighfarlah" untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

4. Dan perbanyaklah "bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir" maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

( Tafsir Haqqi)

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/05/30/4-permintaan-rasulullah-saw-pada-siti-aisyah-sebelum-tidur/Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-44536632742770842132014-11-16T11:32:00.001+08:002014-11-16T11:32:30.598+08:00Teori Akhir Zaman (Kiamat) Antara Barat & Timur

RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891. Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' telah ditayangkan di pawagam. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi. Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah. Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang. Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta. Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara,

Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

1) HENTAMAN OBJEK

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa. "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya. Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri

bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036. "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

KHALIFAH LINK- http://khalifahalhidayah.blogspot.com

2) PERLANGGARAN GALAKSI

Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku. "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya. Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya. Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya."Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

3) FENOMENA ALAM BERANGKAI

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi. Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat. "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya. Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan. "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

KESIMPULAN

Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'. "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way. "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.

BY ISLAMIC VIEW :

wahai manusia,adakah iman kamu kuat atau lemah. adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL.iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus.mempercayai nasib adalah fasik.hendaklah kamu membaca surah al-kahfi setiap masa yang lapang.

dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. kemungkinan pada 21/12/2012??? ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun utuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan dajjal benar2 akan berkuasa selama 44 hari atau tahun. jangan takut.. dajjal tidak boleh masuk baitul maqdis,mekah dan madinah.

ya'juj dan makjuj tidak muncul lagi. kaum yang telah dkepung dan diperangkap oleh raja zulqarnain dan kaumnya serta membina dinding tinggi yang diperbuat daripada besi dan tembaga. haiwan yang aneh,ad-dabah,tidak keluar lagi.haiwan sepanjang 60 hasta ini membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. matahari masih tidak terbit dari tempat terbenamnya bermakna pintu taubat masih terbuka.

kekurangan gempa bumi dan gunung berapi mengakibatkan tekanan pada bumi lalu meletus menjadi bencana terbesar di dunia. laut akan kering dan menjadi gurun. neraka jahannam akan terbuka pintunya. kiamat akan berlaku apabila tiada orang menyebut nama ALLAH lagi di muka bumi ini.

sesunguhnya di zaman RASULULLAH SAW baginda menunjukkan jarak kiamat dgn zaman baginda adalah antara jari hantu dengan jari telunjuk.betapa dekatnya kiamat itu. baginda telah meninggalkan kita beribu2 tahun lamanya..agaknya hampir2 sangatkah kita dengan kiamat??? ya..semakin hampir..tp tarikh itu adalah dlm pengetahuan ALLAH..jangan sesekali kita mempercayai ramalan org..cuma kita harus bersedia untuk menemui hari kiamat itu dgn melengkapkan diri dengan ilmu agama & amal..kita bekerja bersungguh2 seolah2 esok masih hidup, dan kita beramal soleh bersungguh2 seolah2 esok akan mati..bila dah mati/kiamat, hanya iman & amal yg menentukan di mana tempat kita, SYURGA atau NERAKA???? sebarkan kepada orang lain terutamanya umat islam..Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-3409642579450489492014-11-10T07:29:00.001+08:002014-11-10T07:29:43.784+08:00Perjanjian Rasululah dengan Yahudi

KHALIFAH: Setelah Rasulullah berhijrah ke Yathrib atau pun Madinah, Rasulullah telah diangkat menjadi pemimpin di Madinah. Rasulullah telah membuat sebuah perjanjian dengan orang Islam dan dengan orang Yahudi supaya keamanan dan kedamaian negara Madinah dapat dijamin.

Baginda Rasulullah telah menggariskan peraturan2 yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia yang penuh dengan kefanatikan dan ego. Ini adalah antara isi kandungan perjanjian Rasulullah dengan Yahudi:-

1) Kaum Yahudi dari bani Auf adalah satu umat bersana orang2 mukmin, mereka bebas dengan adama mereka, dan orang2 Islam dengan agama mereka, begitu juga yang bersekutu dengan mereka.

2) Orang2 Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang2 Islam juga hendaklah membiayai negara.

3) Maka hendaklah orang2 Yahudi sama2 menolong menentang siapa jua yang memerangi mereka yang menganggotai piagam ini.

4) Maka hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, saling buat kebajikan dan bukan dosa.

5) Mana2 orang tidaklah boleh dianggap salah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya.

6) Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

7) Orang2 Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang Islam selama mana tidak berada daam keadaan perang.

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

8) Bahawa Kota Madinah adalah terpelihara sepenuhnya, tidak boleh diceroboh oleh mana2 pihak yang inenganggotai piagam ini.

9) Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa jua pertelingkahan di antara sesama peserta piagam ini sekiranya dikhuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah SAW.

10) Bahawa tidaklah boleh diberi perlindungan kepada Quraisy(musuh) begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang2 yang membantu.

11) Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan kota yathrib daripada mana2 pihak yang mencerobohnya. Setiap pihak adalah berkewajiban mengambil bahagian masing2 tentang satu2 perdamaian.

12) Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang2 ang zalim dan yang bersalah.

Alhamdulillah, itulah antara perjanjian Rasulullah dengan Yahudi. Kita dapat lihat disini bahawa Rasulullah mempunyai kebijaksanaan yang sangat hebat dalam mengendalikan keamanan dan kedamaian di kota Madinah. Sekiranya perjanjian ini digunai pakai di Malaysia, Insyaallah saya jamin Malaysia akan aman dan damai seperti kota Madinah dibawah kendalian Rasulullah SAW.

http://batusuci.blogspot.comAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-74439084117103963662014-11-09T06:15:00.001+08:002014-11-09T06:15:45.062+08:00Kisah Cinta Zulaikha Kepada Nabi Yusuf

Siapakah Zulaikha ?

KHALIFAH: Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : " Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya".

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf dipenjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

amun kejadian itu tidak berakhir begitu saja. Apa yang jelas, cerita itu akhirnya tersebar. Kemudian wanita-wanita yang tinggal di istana itu mula menjadikannya sebagai bahan cerita.

"Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al-Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata." (Yusuf: 30)

Wanita-wanita itu mencerca Zulaikha sebagai sesat. Sedangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana tampannya wajah Yusuf A.S. Mereka tidak mengetahui kehebatan daya tarikannya.

Zulaikha merancang untuk mengenakan orang-orang yang mencercanya. Dia mengatur jamuan besar di istana dan mengundang wanita-wanita untuk hadir ke majlis itu. Mereka datang beramai-ramai dan jamuan itu berlangsung dengan cukup meriah. Zulaikha memanfaatkan majlis itu sebagai kesempatan untuk menunjukkan seorang pemuda yang paling tampan dan mengkagumkan.

"Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebilah pisau (untuk memotong buah) kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka" Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia." Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia termasuk golongan orang-orang yang hina." Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada

memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh." Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Yusuf: 31-34)

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Para tetamu wanita itu tercengang ketika menyaksikan wajah bercahaya yang menampakkan ketampanan luar biasa. Wanita-wanita itu pun terpaku dan mereka terus memotong buah yang ada di tangan mereka dengan pisau. Semua pandangan tertuju hanya kepada Yusuf A.S dan tidak melihat buah yang ada di tangan. Akhirnya, wanita-wanita itu memotong jari tangan sendiri namun mereka tidak merasa kesakitan. Sungguh kehadiran Yusuf di tempat itu sangat mengkagumkan sehingga tidak merasa sakit meskipun keluar darah dari luka jejari tangan mereka.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz.

Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya.

Ada juga yang menceritakan selepas peristiwa itu, Zulaikha bertaubat kepada Allah SWT. Ketika Nabi Yusuf diutus menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz, baginda bertemu dengan Zulaikha yang ketika itu sudah tua. Akhirnya Allah SWT menjadikan Zulaikha muda remaja dan dikahwinkan dengan Nabi Yusuf.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zulaikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bahwa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

"Tidakkah keadaan dan hubungan kita sekarang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?"

Zulaikha menjawab,

"Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemuimu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan kedudukanku sebagai wanita yang bersuami?"

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Rujukan :

-Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim

-Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf

http://gadiskalispeluru.blogspot.comAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-84436572287980115422014-11-06T08:05:00.001+08:002014-11-06T08:05:56.694+08:00Najis Yang Dimaafkan Yang Tidak Menjejaskan SolatNajis Yang Dimaafkan Yang Tidak Menjejaskan Solat : Apakah Dia Najis Yang Dimaafkan itu? Menurut para ulama mazhab asy-Syafi'e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.

Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:

1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.

2. Najis yang sedikit seperti darah nyamuk, agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan perbuatannya sendiri.

Jika darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai najis yang dimaafkan.

Darah atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat, iaitu:-

Darah atau nanah tersebut merupakan darah/nanah dari orang itu sendiri

Darah atau nanah itu keluar bukan disebabkan perbuatannya atau disenghajakannya.

Darah atau nanah yang keluar itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak mengalir daripada lukanya.

3. Darah ajnabi iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan dari najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal dari keduanya atau salah satu dari keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya sedikit.

Menurut Imam al-Adzra'ie Rahimahullah bahawa adalah termasuk juga darah yang terpisah daripada badan seseorang itu yang kemudiannya terkena semula padanya sebagai darah ajnabi.

KHALIFAH LINK: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

4. Darah yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga danyang seumpamanya, selain dari jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.

Jika darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus menerus keluar darah tersebut, dalam hal ini jika pendarahan itu diharapkan berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu.

5. Darah yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil dari perbuatan mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih tinggal di tempat lukanya.

6. Darah yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air ludah sendiri. Sah sembahyang bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia tidak menelan air ludahnya ketika di dalam sembahyang.

7. Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan tersebut.

Perhatian: Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan sedikit dan dimaafkan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Kerana itu umat Islam diperintahkan untuk memelihara diri dari segala najis sehinggakan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat sah sembahyang. Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak membebankan umatnya dengan kesukaran.

Contohnya pengecualian terhadap najis yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahihan sembahyang, kerana kesukaran menghilangkannya atau mengelak dari terkena najis tersebut.

*Sumber dari www.islamituindah.myAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-90919785403908375682014-10-30T08:24:00.001+08:002014-10-30T08:24:16.576+08:00Sebab-Sebab Hitler Dan Nazi Membunuh Yahudi

"saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya membunuh mereka"

Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang dibuang, ayahnya sangat membencinya dan menganggap perilakunya yang "antisosial" itu adalah sebuah hinaan kerana Alois Hitler (Ayah Hitler) mengawini saudaranya sendiri. Adi (nama kecil Adolf Hitler) dilahirkan pada tanggal 20 April 1889 di sebuah kota kecil di Austria dekat perbatasan Jerman. Ayahnya adalah seorang yang keras dalam mendidik anak sedang ibunya baik kepadanya.

Ibunya adalah salah seorang dari sedikit orang yang benar-benar disayangi oleh Adolf. Ibunya sangat percaya bahawa anaknya adalah seorang pintar dan selalu menganggap anaknya normal, walaupun sejak kecil sudah menunjukkan gejala destruktif dan antisosial. Umur 18 tahun, Adolf sudah menjadi seorang yatim piatu setelah ibunya meninggal dunia sedangkan ayahnya sudah meninggal terlebih dahulu sebelumnya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dan perlakuan tidak adil dari ayahnya ini memberikan pengaruh besar dalam mental dan kejiwaan Hitler dewasa.

Ada hal yang harus kita fahami bahawa, jangan meremehkan "dendam masa kecil". Contoh lain juga boleh kita dapati dari kisah Mao Tse Tung. Mao kecil pernah bersekolah di sekolah yang didirikan oleh para pendakwah dari Eropah, oleh sebab suatu hal Mao dimaki oleh salah satu pengajar dengan makian yang bersifat perkauman "anjing kuning!" dan mulai saat itu Mao tidak pernah kembali ke sekolah itu.

Membenci kaum agamawan. Kemudian menjadi pemimpim komunis terbesar di China, juga menjadi pembunuh tegar, jutaan kaum terpelajar dan seniman tewas dibunuh dan dihukum buruh paksa dalam Revolusi Kebudayaan 1965. tidak kalah sadis dengan Hitler Sebuah dendam masa kecil; inilah bahayanya jika itu dialami oleh seorang pemimpin!

Hitler awalnya bercita-cita menjadi seorang seniman (bukan menjadi tentara/ ahli politik). Sebagai pencinta seni, maka dia mencuba mendaftar ke sebuah fakulti seni di Wina, Austria, tetapi ditolak. Penolakan ini memiliki kesan besar bagi dirinya.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

tekanan, yatim-piatu, tidak ada wang, sehingga dia selama kira-kira setahun menjadi kebiasaan, hidup dari belas kasihan orang lain di jalanan. Selama itu, dia juga mulai benci terhadap orang Yahudi, kaum pendatang yang hidup lebih mewah, dan ini dikuatkan dengan pendengaran dari ceramah yang sifatnya "Antisemit" oleh Walikota Vienna Karl Lueger.

Teori Lueger yang menyalahkan kekacauan ekonomi dan politik kepada kaum Yahudi, mengispirasinya menjadi pembenci kaum Yahudi sepanjang hidupnya. Ini pula yang membangun ideologinya dan menganggap bangsa Arya adalah ras tertinggi. Banyak orang berkata, seandainya saja dia diterima di sekolah seni tersebut, mungkin Hitler hanya akan menjadi seniman seperti Picasso misalnya, mungkin sejarah juga akan lain ceritanya. Disinilah salah satu titik pentingnya Hitler, dia mengubah sejarah (meskipun ke jalan yang dianggap salah). Garis hidupnya bagaikan takdir yang tidak boleh diubah.

Di tahun 1914, Jerman ikut serta dalam Perang Dunia 1 dan Hitler masuk tentera. Sewaktu perang di garis depan, dia terluka, dipulangkan dan mendapatkan anugerah untuk keberaniannya. Selama perang, Hitler berangsur-angsur menjadi seorang patriot untuk Jerman meskipun dia sendiri bukan warga negara Jerman (dia lahir di Austria). Maka dari itu, sewaktu Jerman kalah perang, dia tidak mampu menerima kenyataan, kerana bagi Hitler, Jerman adalah yang terkuat. Dia lalu menyalahkan para 'pengkhianat', terutama orang Yahudi sebagai penyebab Jerman kalah perang.

Jerman setelah kalah perang porak poranda. Keadaannya sangat tegang dengan kota-kota yang hancur, harga barang tinggi ditambah lagi dengan datangnya gerakan-gerakan revolusi komunis. Hitler sendiri tetap berdiam di tentera. Hitler membenci orang-orang dari berbagai ideologi, termasuk komunis (Karl Marx adalah seorang Yahudi), sosialis kapitalis dan liberal. Sebenarnya pangkat tentera Hitler hanya sampai Kopral, boleh dibayangkan betapa hebatnya orang ini, dia menjadi Army Commander yang ditakuti seluruh dunia pada Perang Dunia 2.

Tahun 1919 Hitler lalu bergabung dengan sebuah partii kecil bernama Parti Pekerja Jerman dan meninggalkan pasukan tenteranya. Saat berhasil menjadi pemimpin dan akhirnya mengubah namanya menjadi parti NAZI. Tahun 1920, Hitler menerbitkan simbol Swastika dan Tahun 1921 Parti ini semakin kukuh dengan didukung oleh kelompok ketenteraan Amerika.

Disinilah kita boleh melihat salah satu kepintaran Hitler, berorganisasi dan berpidato. Apapun yang Hitler katakan adalah seperti sebuah "Religion's order" yang membuat pengikutnya menjadi super fanatic.

Maka sebab utama kenapa Adolf Hitler membunuh bangsa yahudi kerana mereka menjadi pengkhianat Negara Jerman walaupun yahudi dilayan baik dan hidup mewah sedangkan mereka cuma pelarian.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-14106558140119395652014-10-29T14:04:00.001+08:002014-10-29T14:04:29.390+08:00Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik

Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

(sumber)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-50805710723734105142014-10-29T07:29:00.000+08:002014-10-29T07:32:32.735+08:00Hikmah di Balik Gerhana, Menurut Pandangan Islam

Gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi saw telah terjadi satu kali kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, gerhana ini terjadi pada 29 Rabi'ul Awal tahun 10 Hijriah, iaitu pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pula berlaku pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan dengan meninggalnya putera beliau yang tercinta iaitu Ibrahim.

Kejadian gerhana bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

Dari Abu Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah"

(HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516)

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Apabila berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan.

Bertaubat dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh.

Di samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir dan bersedekah di jalan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

"Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah".

(Hadis riwayat Bukhari)

Namun ramai yang menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana manusia menilai kejadian yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata tanpa menoleh ke sisi syar'i. Mereka melihatnya dengan pandangan sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.

Hati yang bersih dapat melihat jauh lebih dari pandangan mata

Ada juga yang percaya dengan cerita-cerita tahyul seperti serigala kejadian, hantu dan bermacam-macam lagi apabila gerhana berlaku. Dan lebih malang lagi anak kecil pun di ajar begitu.

Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan khurafat dari sebarang fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai kepercayaan karut dan khurafat boleh membawa ke lembah syirik kepada-Nya.

(sumber)

(Sumber 2)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-19792342422444345572014-10-28T07:38:00.001+08:002014-10-28T07:38:47.475+08:00Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara suadari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

(sumber)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-80813151260683758402014-10-27T07:20:00.001+08:002014-10-27T07:20:36.150+08:00Penerbit filem hina Rasulullah tunai haji

Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira

setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

"Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji," beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

"Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia," katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.

BernamaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-53548284169722323312014-10-26T18:51:00.001+08:002014-10-26T18:51:40.544+08:00Syiah & Penyelewengan di Dalam Tafsir al-Quran

SYIAH didefinisikan sebagai golongan yang memihak kepada Saidina Ali dan ahl al-bayt. Mereka menegaskan bahawa Saidina Ali ialah imam yang sebenar selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Pendapat terbanyak mengatakan bahawa golongan ini lahir pada akhir pemerintahan Saidina Uthman. Golongan ini berpecah kepada beberapa puak secara umumnya golongan pelampau yang terlalu mengagungkan Saidina Ali seperti al-Im miyyah al-Lthn 'Asyariyyah dan kedua, golongan yang mengamalkan sifat sederhana seperti al-Zaydiyyah.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Fahaman Syiah ini telah mempengaruhi mereka untuk berhujah dengan al-Quran bagi menyokong pendapat dan akidah puak masing-masing. Ini menyebabkan berlakunya penyelewengan-penyelewengan di dalam tafsiran al-Quran kerana mereka cuba mentafsirkan ayat-ayat al-Quran bagi menyokong dan memperkuatkan mazhab mereka walaupun tafsiran tersebut menyebabkan maksud al-Quran menyimpang jauh daripada kehendak lafaznya yang asal. Sebagai contoh, golongan al-Sab'iyyah mendakwa bahawa Saidina Ali berada di dalam awan, guruh ialah suara dan petir ialah cahaya cemetinya sehingga ada di kalangan mereka yang mengucapkan "Selamat Sejahtera ke Atasmu Ali" apabila mendengar guruh.

Golongan ini juga mentakwilkan ayat 85 surah al-Qasas,

"Sesungguhnya Tuhan yang telah memberikan al-Quran kepada engkau menjadi peraturan, sudah tentu akan memulangkan engkau ke tempat kembali (Kota Mekah)"

bahawa Nabi Muhammad s.a.w akan kembali ke dunia semula. Golongan al-Bayniyyah yang diterajui oleh Bayan ibn Sam'an al-Tamimi pula mendakwa bahawa yang dimaksudkan dalam ayat 138 Ali Imran, "Al-Quran inilah keterangan-keterangan yang jelas untuk manusia, pimpinan kepada kebenaran dan pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa" ialah beliau sendiri. Golongan al-Mughiriyyah telah mentafsirkan perkataan al-zalum dan al-jahul di dalam ayat 72 al-Ahzab, "….tetapi manusia itu banyak kesalahannya (zaluma) dan bodoh (jahula)" sebagai Saidina Abu Bakar.

Mazhab al-Imamiyyah al-Ithna Asyariyyah mentafsirkan al-Quran mengikut kepercayaan dan akidah mereka tanpa mempunyai sandaran dan dalil yang kuat. Sumber rujukan utama mereka ialah Jam al-Quran wa 'wilihi, iaitu kitab (mengikut dakwaan mereka) yang dihimpunkan di dalamnya al-Quran oleh Saidina Ali berdasarkan turutan turun ayat, kitab berkaitan 'Ulum al-Quran yang mereka dakwa diriwayatkan daripada Saidina Ali, al-Jamiah yang mengikut dakwaan mereka ialah tulisan Nabi s.a.w, al-Jaafar yang diriwayatkan daripada Jaafar al-Sidiq dan Mushaf Fatimah. Mushaf Fatimah mengikut dakwaan) ialah sebuah kitab yang ditulis oleh Saidina Ali mengandungi kata-kata Jibril a.s terhadap Fatimah r.a.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-76876950491957657082014-10-26T09:13:00.000+08:002014-10-26T09:14:07.308+08:00Rasulullah Dan Pendita Yahudi, Zaid bin Sanah

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.

Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.

(KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"

Mendengar kata-kataku yang kasar itu, wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."

Rasulullah memandang Pendita Yahudi tersebut dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."

Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."

"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.

"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."

"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.

"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.

Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.

Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."

Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."

Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.

Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayatnya.

(sumber)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-9653095424635933442014-10-25T20:46:00.000+08:002014-10-27T00:34:24.746+08:00Richard Patterson, Jutawan Amerika peluk Islam

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

(al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdulaziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.

Semasa tinggal di negara itu, Abdulaziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali Guide Me to Islam. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdulaziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.

"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim," kata Abdulaziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdulaziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik.

Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdulaziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.

"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.

Abdulaziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.

"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdulaziz.

Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernag mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.

Bagi Abdulaziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.

Dia memang berharap untuk membawa rakan-rakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdulaziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.

"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan.

"Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu," tegas beliau.

Seorang guru yang menjadi jurubahasa kepada Abdulaziz, Issam Abdul Razzaq berkata, golongan yang sudah berjaya terutama para usahawan adalah kunci utama dalam memainkan peranan mempamerkan imej-imej tertentu tentang Islam.

"Mereka yang sudah berjaya mempunyai kredibiliti dalam kalangan ahli komuniti mereka kerana mereka telah dianggap penting.

"Oleh itu, apabila mereka memilih untuk memeluk Islam, pasti ia menimbulkan rasa ingin tahu orang lain yang mana pada masa sama mereka mahu mengetahui dengan lebih mendalam akan agama baru mereka itu," kata Issam.

(sumber)Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-5349591164206615352014-10-25T12:54:00.001+08:002014-10-27T00:36:22.405+08:0020 Fakta Menarik Tentang Islam

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah "Muhammad" disusuli dengan nama "Jack"

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol' juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti "bubuk" yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur'an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata "Lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Qur'an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.

6. Jikalau sekarang Al-Qur'an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur'an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut "Huffaz" yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur'an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur'an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur'an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat. artikel lanjut di sini

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah "Ummatii … ummatii …ummatii" yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur'an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur'an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-68649552836248969382014-10-25T07:06:00.000+08:002014-10-25T07:07:37.601+08:0020 Penyebab Terbatalnya Akidah

Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka batal lah Iman mereka..

1. Bertawakkal dan bergantung selain Allah S.W.T.

2. Mengingkari nikmat Allah S.W.T., sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah S.W.T.

4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.

5. Mentaati selain Allah S.W.T. tanpa keredhaan-Nya.

6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah S.W.T. atau tidak menggunakan hukum Allah S.W.T. sebagai rujukan dalam semua masalah.

7. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.

8. Menyintai dunia lebih dari akhirat.

9. Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah S.W.T.

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-Nya.

11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah.

12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang Islam dan orang Mukmin.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w.

14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.

15. Menyatakan bahawa Al-Quran mempunyai pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.

16. Tidak mengetahui ma'rifat Allah S.W.T. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan dan mengingkari nama-nama-Nya.

17. Tidak mengetahui Rasulullah s.a.w. secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.

18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mangkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.

19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah S.W.T., seperti menyembelih bukan kerana Allah S.W.T., sujud dan ruku' bukan kerana Allah S.W.T., atau tawaf di sekeliling lain dan Ka'bah dengan niat bukan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

20. Berperasaan riya'.

sumber : LamanKongsi.Blogspot.comAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-30859629066781112372014-10-24T07:46:00.001+08:002014-10-24T07:46:42.500+08:00Apa jawapan kalian di akhirat wahai pemimpin!

Oleh: ABD RAZAK MUTH ALIB, Perunding Latihan Dan Motivasi Di Aitc.

MERENUNG kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz selepas beliau dilantik menjadi khalifah, amat meruntun jiwa dan perasaan. Pembesar yang menunggu kehadiran Umar bin Abd al-Aziz hairan kenapa beliau tidak muncul di khalayak ramai.

Lalu mereka bertanya kepada anaknya. Kata anaknya: "Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, air matanya bercucuran hingga ke janggutnya.

Apabila ditanya, dia berkata: "Wahai Fatimah! Aku dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir perihal orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang di jauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu Tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis." (Lihat: Mahmud al-Baji, Muthul 'Ulya min Qada al-Islam, 144)

menangis ingat akhirat

Masih ada lagikah pemimpin umat seperti ini? Menangis kerana takutkan saat bertemu Tuhan bagi menjawab segala amanah yang dipertanggungjawabkan. Apabila dilantik menjadi pemimpin, fikirannya kepada kebajikan rakyat, kerana ada yang susah dan melarat, lalu timbul rasa resah apakah jawapannya di akhirat.

Alangkah bahagianya jika kita berada di bawah pemerintahan pemimpin seperti ini. Nasib rakyat benar-benar terjaga. Jauh sekali terasa dianiaya. Suara penderitaan rakyat didengar dan dibela. Adil dan saksama. Kesusahan dan kesenangan dirasai bersama. Jawatan dan pangkat tidak disalah guna untuk kemewahan diri dan sanak keluarga.

Menjadi pemimpin bukanlah suatu yang mudah dan ringan bagi mereka yang sentiasa ingat bahawa akan ada hari perhitungan di hadapan Tuhan. Semakin tinggi jawatan, semakin berat amanahnya. Semakin berat amanah, semakin banyak soal bicaranya. Jika di dunia seorang pemimpin mampu bercakap keluarkan alasan itu dan ini bagi menghalalkan pengkhianatan amanah yang dilakukan, jangan harap untuk ulanginya di akhirat.

ALLAH SWT mengingatkan: "Pada waktu itu Kami meterai mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan". (Surah Yaasin: 65)

Hanya sifat keadilan dan ketakwaan mampu menjamin nasib seorang pemimpin di akhirat kelak. Sebab itulah di dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW menyenaraikan satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat naungan ALLAH SWT di akhirat ialah pemimpin yang adil.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Rakyat pilih pemimpin adil

Justeru menjadi tanggungjawab rakyat juga apabila ingin melantik pemimpin, kriteria yang dinilai ialah tokoh yang berwibawa, bijak, amanah dan mampu memerintah dengan adil.

ALLAH SWT berfirman:memerintahkan kita: "Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (ALLAH menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya ALLAH dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah Al-Nisa': 58)

Rakyat perlu mengangkat pemimpin yang bijak, amanah dan adil. Malanglah bagi sebuah masyarakat jika yang dinilai layak menjadi pemimpin ialah mereka yang hartanya melimpah ruah, rumah tersergam indah, pakaian dan kereta serba mewah, tetapi amanah dan keadilannya punah ranah.

Tidak salah pemimpin kaya

Tidak salah untuk pemimpin menjadi kaya raya, asalkan kekayaan itu adalah hasil titik peluhnya secara halal. Mudah-mudahan kekayaannya itu dapat membantu menyempurnakan lagi tanggungjawabnya kepada rakyat jelata. Jika pemimpin yang diangkat hanya memikirkan kekayaan dirinya, maka akan terjadilah rakyat disuruh berjimat cermat, tidak membeli barangan yang mewah, sambil itu dia mengangkat telefon bimbit terbarunya dengan megah.

Ini satu musibah!

Islam tidak menghalang pemimpin mahupun rakyat untuk menjadi kaya. Tetapi biarlah ia diperolehi dan dinikmati secara halal, adil dan saksama. Kekayaan itu pula dimanfaatkan untuk meningkatkan kekuatan umat. Bukan untuk memuaskan nafsu tamak individu. Jika pemimpin kita kaya raya, tetapi rakyat masih ada yang merana, apakah patut kita berasa bangga?

Pemimpin yang dicari

Kita mencari pemimpin yang memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan berdasarkan syariat Islam. Said bin Suwaid di dalam khutbahnya pernah berkata: "Wahai manusia, sesungguhnya Islam mempunyai dinding yang kuat dan pintu yang utuh. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan. Islam akan sentiasa kuat selagi mana pemerintahnya bersifat tegas. Ketegasan pemerintah bukanlah membunuh dengan pedang atau memukul dengan cemeti tetapi dengan menegakkan perkara yang benar dan memerintah dengan adil." (Ibn Abd Rabbihi, al-'Aqd al-Farid, 1/33)

Pemimpin yang menjadikan akhirat sebagai matlamat, tidak akan tergamak untuk khianat kepada amanah rakyat. Rakyat akan dipimpin agar taat kepada ALLAH dan Rasul supaya dapat menuju akhirat dengan selamat.

Hayati ucapan khalifah pertama, Abu Bakr al-Siddiq semasa diberikan amanah pemerintahan: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku.

"Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-ALLAH.

"Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan ALLAH timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan ALLAH dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan ALLAH dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361)

Wahai pemimpin, kami dambakan keadilan, kejujuran dan keprihatinan kalian di dunia ini. Kami akan mati, kalian juga akan mati. Apa jawapan kita di akhirat nanti?

SINAR HARIANAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-17028503231805541752014-10-23T13:34:00.000+08:002014-10-23T13:35:51.632+08:00Berita:- Twitter jadi medium burukkan imej Islam

ARAB SAUDI. Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Asheikh mendakwa musuh Islam menggunakan rangkaian media sosial seperti Twitter untuk memburukkan imej Muslim.

"Ada pihak yang menyalahgunakan Twitter untuk kepentingan mereka dan perkara tidak berfaedah. Mereka langsung tidak mengambil kira sensitiviti orang Islam," katanya lagi.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Menurutnya lagi dalam laporan Arab News, mereka yang menyebarkan fitnah itu jelas menunjukkan mereka tidak takut dengan ALLAH SWT.

Susulan daripada itu, beliau menggesa semua pengguna Twitter di Saudi supaya sentiasa berfikir dengan teliti sebelum menghantar sebarang tweet yang mungkin akan mencetuskan kontroversi.

Harian SinarAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-593631291390729702014-10-23T07:52:00.001+08:002014-10-23T07:52:31.560+08:00Berita: Jangan melenting kempen sentuh anjing

SHAH ALAM - Penganjuran program 'I Want To Touch A Dog' yang menjadi kontroversi pada minggu lalu disifatkan cuba mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

Namun, para ilmuan, pihak berkuasa dan masyarakat dinasihatkan tidak melenting dan terlalu emosi ketika berdepan dengan perkara tersebut sehingga ada yang membuat ugutan kekerasan kepada penganjur berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak serta berhemah.

"Para ilmuwan dan orang ramai yang mengecam walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.

"Para ilmuwan dan pihak berkuasa sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. Sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang berdepan perbezaan pendapat dalam masyarakat awam kerana pandangan selain mazhab Syafie boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini.

"Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah-olah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pihak penganjur membuat permohonan maaf kepada pihak berkuasa dan masyarakat atas tindakan kurang bijak tersebut.

"Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

"Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam penganjuran hingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru itu, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka," katanya.

Menurutnya, meskipun tujuan program itu baik namun pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.

Menyentuh soal penganjuran tersebut, beliau berpendapat jika program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing ia wajar dilaksanakan namun menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan jelas itu sudah tentu mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

"Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program yang menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie atau sebagainya, program sebegitu adalah boleh dibuat dan wajar diterima.

"Namun jika program menggunakan tema 'saya mahu sentuh anjing' dan seolah-olah majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas kemudian diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dalam kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

"Walaupun mazhab Maliki menganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira.

"Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkannya sentuhan tanpa sebab yang syarie. Mazhab Hambali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie," katanya.

Sinar HarianAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-881482674814524091.post-87377002668249454032014-10-22T06:49:00.000+08:002014-10-22T06:50:10.929+08:00Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati.

Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya.

Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera karena di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir karena suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

( Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar | KHALIFAH )

KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com

3. Ada yang buta mata karena keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu karena mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan karena suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir karena suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir karena mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat karena takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusiaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/10382023462035953779noreply@blogger.com0