Karnival Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2012

Posted on the May 18th, 2012 under Tawau,Tawau Bloggers by

Bermula dari 18 hingga 20 Mei 2012, Tawau akan menjadi tuan rumah Karnival Hari Belia Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung di Stadium Tawau.

TawauBloggers akan bekerjasama dengan Discover Tawau akan bersama sama memeriahkan majlis dengan membuat pameran berkenaan blog dan sejarah Tawau.

Beberapa hadiah menarik juga akan diberikan jika melawat booth TawauBloggers.

Share

Facebook Messenger Untuk Windows

Posted on the May 15th, 2012 under Aktiviti,Tips,Web by

Sekarang Facebook sudah keluarkan klien Facebook Messenger khusus untuk Windows. Jadi, tidak perlukan lagi login the facebook untuk chat dengan rakan rakan. Cukup dengan install aplikasi ini secara ‘standalone’. Selain boleh chatting, ianya juga akan memaparkan sebarang notifikasi dan alerts dari Facebook.

Ini sudah kira setaraf dengan YM!, Gtalk dan MSN.

Download : Facebook Messenger

Share

pdfsam – Aplikasi Untuk Gabung, Pisah dan Atur Semula Fail PDF

Posted on the May 10th, 2012 under Aktiviti,Internet,Tips,Web by

Sekarang ni semakin ramai orang menggunakan format PDF. Format ni mudah untuk digunakan dan untuk melihatnya juga mudah. Hanya perlu PDF reader seperti Adobe Reader dan Foxit Reader.

Tapi kadang kadang aku dapat juga soalan dari rakan sekerja tentang bagaimana nak edit, gabung dan pisahkan fail pdf yang ada. So untuk ini aku akan rekomen untuk guna aplikasi pdfsam.

pdfsam ini dibangunkan dengan menggunakan platform java. Jadi sebelum install tu pastikan Java Runtime sudah di install.

Cara guna pdfsam ini agak straightforward dan mudah. Yang paling penting ianya adalah PERCUMA.

 

Link : PDFSAM

 

Share

Melayari Laman Web Yang Di Block Menggunakan UltraSurf

Posted on the May 9th, 2012 under Internet,Tips by

Dunia Internet sepatutnya terbuka dan tanpa sekatan. Tapi ada juga website yang di blok atas sebab sebab tertentu. Ada syarikat contohnya, tidak membenarkan pekerjanya untuk melayari blog, facebook dan beberapa website lain yang dikhuatiri akan menganggu prestasi kerja.

Namun, ada juga keadaan dimana web ni harus dilawati untuk tujuan tertentu dan niat yang baik. Caranya ialah dengan menggunakan perisian Ultrasurf

Ultrasurf adalah proxy yang berfungsi untuk ‘bypass’ polisi yang sudah ditetapkan di firewall. Apabila ia digunakan, ianya akan  ’connect’ ke beberapa proxy server yang ada diseluruh dunia.

Tapi tidak semua firewall yang boleh di bypass sebab ada firewall yang berupaya untuk blok aplikasi ni daripada menembusi sistem keselamatan firewall. Tapi setakat yang aku cuba, semuanya web boleh dilayari walaupun web tu sudah di blok di firewall.

Link : Ultrasurf

 

Share

Keputusan Kemasukan Ke IPTA/Politenik Bagi Lepasan SPM 2011

Posted on the May 7th, 2012 under Aktiviti,Web by

Kepada adik adik lepasan SPM 2011 yang ada memohon IPTA/Politeknik boleh menyemak keputusan permohonan bermula 12 tengah hari 7 Mei 2012.

Caranya adalah taip UPU Result [No KP] dan hantar ke 15888

 

Share

Simpan Fail Di Google Drive Secara ‘Cloud’

Posted on the May 5th, 2012 under Internet,Tips,Web by

Aku rasa semakin ramai orang ada komputer atau laptop sekarang ni dan di masing masing pasti ada fail yang penting yang di simpan di dalam hard disk. Cuba bayangkan satu hari hard disk tu tiba tiba rosak dan segala fail didalamnya tidak dapat dijumpai semula ataupun laptop tu kena curi dan tak ada harapan untuk dijumpai semula. Mungkin ada yang rajin ‘backup’ fail ke USB thumbdrive atau external hard disk tapi bagaimana pulak kalau itu pun rosak dan di curi juga?

Oleh sebab itu aku sangat sangat rekomen untuk backup fail penting di ‘Cloud’ dan satu servis yang aku rekomen adalah Google Drive. Setiap akaun akan diberikan storan 5GB secara percuma.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna mesti mempunyai akaun Google dahulu. Kepada yang sudah mempunyai akaun, link Drive akan tersedia di menu bar lepas login ke akaun Google seperti screenshot di bawah :

 

 

Seterusnya klik Download Google Drive For PC dan install

Satu hal yang aku paling suka tentang Google Drive ini ialah ianya sangat ‘intergrated’ dengan Windows. Satu Folder Google Drive akan tersedia di Desktop dan My Computer. Apa yang pengguna perlu buat ialah ‘Drag and Drop’ fail yang hendak di simpan di Google Drive ke folder ini dan secara otomatik di belakang tabir fail itu akan di ‘sync’ ke server Google Drive. Proses ‘Sync’ adalah dua hala. Maksudnya kalau tiada talian internet pun kita masih boleh akses fail tersebut dan apa apa perubahan akan di ‘sync’ semula ke server apabila talian Internet di kesan.

Jadi apabila berlakunya kerosakan hard disk atau kehilangan laptop, pengguna hanya perlu masuk ke dalam akaun Google Drive di Internet untuk akses fail yang tersimpan ataupun boleh install kembali aplikasi Google Drive di laptop yang baru dan segala fail akan di ‘sync’ semula. Sangat mudah.

Link : https://drive.google.com

1 person likes this post.
Share

Cara Selamat Untuk Melayari Internet Dengan Menggunakan Google Chrome

Posted on the May 5th, 2012 under Internet,Tawau Bloggers,Tips by

Masa Konvensyen Media Sosial hari ini, salah seorang peserta telah mengadu dengan wakil SKMM tentang e-mailnya yang telah di godam dan digunakan untuk benda benda yang tidak patut.

Sebenarnya aku selalu jugak dapat soalan soalan begini dan kebanyakkan kes yang aku dapati adalah akibat kecuaian diri sendiri jugak. Aku sempat mencelah dan berkongsi dengan peserta tentang beberapa tips untuk mengelakkan akaun media sosial daripada di ‘godam’ oleh pihak yang bertanggungjawab.

Di sini aku mau kongsi satu lagi cara untuk memastikan akaun kita selamat daripada di ‘godam’ terutamanya jika kita melayari internet menggunakan komputer orang lain atau di cybercafe. Tips ini khusus untuk pengguna browser Google Chrome sahaja.

Aku yakin ramai yang pakai Chrome sebab secara peribadi aku pun suka juga pakai browser ni. Laju dan stabil. Tapi aku yakin tak ramai yang tau tentang fungsi Incognito dalam Google Chrome.

Incognito adalah satu ‘feature’ khusus dalam Chrome yang mana bila digunakan, segala rekod ‘browsing’ ke satu satu web tidak akan disimpan di dalam ‘History’. Cookies juga akan secara otomatik akan dipadan apabila Chrome di tutup. Dengan kata lain segala rekod web yang kamu layari dan password yang kamu masukkan tidak akan dapat dikesan.

Untuk menggunakannya :

1. Klik ikon ‘Spanner’  di Browser Toolbar

2. Pilih New Incognito Window

3. Window baru akan di buka dan icon akan kelihatan disebelah kanan atas browser. Ini bermaksud browser sudah berada pada mod Incognito.

 

Ciri ini juga terdapat pada Mozilla Firefox. Ia dikenali dengan nama Private Browsing.

 

1 person likes this post.
Share

Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Peringkat Tawau

Posted on the May 4th, 2012 under Aktiviti,Internet,Tawau,Tawau Bloggers by

Satu Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan diadakan di Perpustakaan Tawau hari sabtu ni, 5 Mei 2012. Aku telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel mewakili Tawau Bloggers. Maklumat lanjut program ini adalah seperti berikut :

Tarikh                          : 5 Mei 2012 (hari Sabtu)
Masa                           : 7.30AM – 1.00PM

Lokasi                          : Auditorium Perpustakaan Tawau

Dirasmikan                  : YB Datuk Tawfiq DSP AB Titingan

Objektif Konvensyen Media Sosial Tawau:

  1. Menghargai penggiat Media Sosial melalui pengisian Anugerah Penggiat Media Sosial Tawau.
  2. Memberi pendedahan akan kepentingan dan tanggungjawab Media Sosial di Tawau.
  3. Memupuk kesedaran orang ramai mengenai etika penyebaran maklumat menggunakan Media Sosial.

Pengisian Program Konvensyen Media Sosial Tawau 2012.

1. Forum bertajuk “Media Sosial.”

Panel   : Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad Pengarah SKMM, Haji Bukhari Yahya, Blogger Tawau Budi Hermawan Saka dan Blogger Nasional Papagomo, Facebook Salman Al-Tawawi

2. Tayangan Dokumentari bertajuk Media Sosial Tawau.

Mengenai Media Sosial di Tawau, sejarah penglibatan penggiat media sosial  yang bermula sejak 1990an, evolusi media sosial dan impaknya dalam masyarakat dan memuatkan pelbagai pendapat dan solusi penggunaannya.

3. Anugerah Penggiat Media Sosial Tawau 2012

10 Penerima anugerah ini adalah personal yang tidak asing dalam Media Sosial Tawau.  Sumbangan yang mereka berikan sejak beberapa tahun memberi impak kepada penyaluran maklumat di alam maya khususnya di Tawau.

4. Cabutan bertuah

Sasaran peserta
Orang ramai yang mempunyai Facebook, Twitter, Blog dll.

Goodies menarik menanti peserta.

ATURCARA KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA DAERAH TAWAU

7AM-8.30AM : Pendaftaran peserta
8.45AM-9AM : Ketibaan jemputan khas dan VIP
9AM-10.30AM : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku
: Doa Ustaz Razil Rahim
: Tayang dokumentari bertajuk Media Sosial Tawau
: Ucapan wakil pemenang Anugerah Penggiat Media Sosial Tawau 2012
  -Wakil FB Page MyTawau
  -Wakil FB Group Pedas
  -Wakil Bloggers
: Ucapan Pengerusi Konvensyen Media Sosial Tawau 2012,YBhg Encik Mohd Gasing Haji Saling.
: Ucapan Perasmian Konvensyen Media Sosial Tawau 2012,YB Datuk Tawfiq DSP Ab Titingan.
: Penyampaian hadiah 10 Pemenang Anugerah Penggiat Media Sosial Tawau 2012.
: Penyampaian cenderahati
10.30AM-12.30PM : Forum Media Baru Tawau 2012Panel : Salman Al-Tawawi (fb), Budi Hermawan Sakka (Tawau Blogger),  Papagomo (Nasional Blogger), Datuk Ibrahim Saad (Pengarah BTN), Haji Bukhari Yahya (Pengarah SKMM Negeri)
12.30PM-1PM : Penyampaian cenderahati kepada panel Forum Media Sosial Tawau.
: Cabutan bertuah
: Majlis Bersurai.

1 person likes this post.
Share

Sanggar Cheese Tawau

Posted on the February 18th, 2012 under Uncategorized by

image

Sanggar cheese anyone?

1 person likes this post.
Share

Review : Konsert 30 Tahun Fenomena Search Di Tawau

Posted on the January 2nd, 2012 under Uncategorized by

First of all aku mau ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Rockstar Entertaiment kerana sudi menjemput aku sebagai media utk menyaksikan Konsert  Search di Tawau baru baru ini.

Mungkin review ini agak lewat, tapi rasanya ianya masih diperkatakan oleh peminat Search memandangkan konsert di Sarawak baru habis malam ni.

Aku ada sedaya upaya untuk review konsert ini seikhlas mungkin dan semuanya adalah berdasarkan dari pemerhatian ku sepanjang persiapan dan konsert berlangsung.

1. Promosi

Ada juga orang mengadu tidak tau tentang adanya konsert ni lebih lebih lagi orang Tawau yang berada di luar Tawau. Tapi ini boleh di fahami kerana pengesahan konsert ini berlangsung memang agak lambat. Lebih kurang 1 sebulan sebelum konsert kalau tidak silap.

Namun begitu pujian juga harus diberikan kepada Promotion Team kerana bunting dan banner ada di mana mana. Aku perhatikan mereka juga sangat agresif dalam promosi dan sanggup ke tempat yang jauh semata mata untuk menjual tiket.

2. Venue

Tiada tempat yang lebih sesuai daripada Stadium Tawau. Sejak di buka, stadium ini memang menjadi pilihan dalam beberapa konsert sebelum ni seperti Double Trouble.

3. Pentas

Dalam sesuatu konsert, memang pentas agak penting. Ianya menentukan betapa prestijnya sesebuah konsert itu.

Pentas konsert Search ni memang adalah antara yang terbaik kalau tengok konsert konsert yang pernah diadakan di Tawau. Tidak keterlaluan kalau aku katakan ianya on par dengan konsert konsert yang diadakan di semenanjung Malaysia

4. Keselamatan/Sekuriti

Nampaknya pihak penganjur memang menitikberatkan soal keselamatan. Tiap orang yang masuk akan diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan dari membawa benda benda yang berbahaya.

Habis konsert aku ada tanya Rela yang bertugas dan tiada apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

5. Sebelum konsert

Aku sampai ke Stadium lebih kurang dalam jam 7pm. Masa itu keadaan stadium masih agak lengang. Timbul juga kerisauan ku yang konsert ini tidak mendapat sambutan. Tapi lama kelamaan semakin ramai yang datang. Jalan pun agak jem di luar. Suasana di luar stadium penuh dengan gelagat para peminat Search.

5. Masa konsert

Stacy memulakan persembahan sebagai ‘opening act’ tepat jam 8 malam. Aku tengok ada ramai juga yang datang kerana Stacy. So pemilihan Stacy ni memang tepat lagipun dia memang diminati ramai oleh orang Tawau.

Personally, ni first time aku dengar Stacy nyanyi secara live dan memang dia penyanyi yang bagus.

Lepas itu lebih kurang dalam jam 8.30, turn Search utk mengambil pentas. Aku memang tidak ingat running order semua lagi tapi kebanyakkan lagu yang di bawa memang lagu yg pernah aku dengar.

Overall Search telah membawakan 24 lagu sepanjang konsert termasuk 1 lagu bonus iaitu dari album solo Amy iaitu Tiada Lagi.

Dari segi persembahan tu aku rasa tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang Search adalah otai rock Malaysia. Dari dulu sampai sekarang masih lagi bertenaga.

6. Penonton/Crowd

Di anggarkan 10 ribu orang yang hadir. Jumlah yang membanggakan sebenarnya. Aku tengok ada makcik yang siap bawak anak tengok konsert sekali.

Crowd memang happening sampai Amy Search sendiri mengakui yang crowd di Tawau lebih gila dari KL.

Memang ramai head bangers di Tawau ni sampai aku kesian tengok pakcik Rela yang bertugas berhampiran pentas kerana terpaksa menghadapi rambut rambut head bangers yang asyik berputar semasa konsert.

7. Sound System

Masa mula konsert aku berada betul betul di depan pentas. Masa itu aku tidak berapa dengar dan rasa kualiti bunyi yang sebenar. Hanya selepas aku pergi ke belakang crowd barulah aku rasa betapa bagusnya sound system malam tu. Rata rata pun ramai yang berpuas hati dengan sound system malam tu.

8. Tawau – Rock n Roll City of Sabah

Malam itu juga Amy telah mengistiharkan Tawau sebagai Bandar Rock on Roll. Pengumuman itu disanggup dengan sorak gembira oleh para peminat.

Sememangnya Tawau adalah bandar Rock n Roll. Ramai band band rock sudah mengadakan konsert di Tawau sebelum ni seperti Metalasia. Wings, May dan lain lain.

9. Kesimpulan

Good organizer, good promotion, good music, good sound system, good crowd.

Sebuah konsert yang berjaya bagi aku. Yang penting semua orang enjoy malam tu. Cuma aku sedikit kecewa kerana Search tidak menyanyikan lagu kegemaran aku iaitu Teguh.

Inilah konsert yang akan menjadi ‘benchmark’ untuk konsert konsert yang akan diadakan selepas ini di Tawau. Orang pasti akan membandingkan.

1 person likes this post.
Share