etuisyen.com

Pengurus stesen minyak disamun dekat R&R Nilai
SEREMBAN: Seorang pengurus stesen minyak kerugian wang tunai kira-kira RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di KM287, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Yusoff Awang, berkata ketika 10.20 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an memandu kereta jenis BMW untuk ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau berkata, mangsa yang berkerja di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) membawa wang tunai hasil jualan dalam sebuah beg yang diletakkan dalam but keretanya.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah Lexus.

“Mangsa yang merasa curiga dengan tindakan pemandu kereta di belakangnya, tidak memberhentikan kenderaannya. Suspek terus mengejar kenderaan mangsa dan sekali lagi melanggar kenderaan mangsa menyebabkan kenderaan mangsa terhenti di tepi lebuh raya.

“Selepas kenderaan mangsa berhenti, dua lelaki bertopeng yang masing-masing bersenjatakan parang keluar dari Lexus tersebut dan menghampiri mangsa.

“Pada masa yang sama, sebuah lagi kereta Honda Accord hitam yang dinaiki dua lagi lelaki menghampiri dan turut berhenti berdekatan kenderaan mangsa.

“Kumpulan berkenaan kemudiannya mengambil wang tunai di dalam but kenderaan mangsa dan melarikan diri dengan kereta Honda Accord itu dan meninggalkan Toyota Lexus di tepi lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata, polis percaya Lexus terbabit adalah kenderaan curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/394 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata. – BERNAMA

Dipetik dari?http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengurusstesenminyakdisamundekatR_RNilai/Article

Berdasarkan berita tersebut, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak syarikat lebuhraya supaya mengurangkan kes jenayah yang berlaku di lebuhraya? Fikirkan…

Karangan UPSR 12: Cara-cara Menghargai Masa
Tajuk: Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menghargai Masa”.

Contoh Jawapan:

Kata orang tua-tua masa itu sangat penting kerana masa yang berlalu tidak boleh ditarik semula terutama jika masa itu tidak digunakan untuk melakukan sesuatu yang bernilai. Manusia yang bijak ialah individu yang memahami kepentingan masa lalu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jadi, bagaimanakah cara-cara yang positif untuk membuktikan seseorang itu menghargai masa?

Sikap menghargai masa bermula dengan keazaman kuat yang ditanamkan dalam jiwa seseorang itu. Rasa keazaman ini mengingatkan kita bahawa masa perlu dihargai tanpa wujud sebarang alasan untuk menolaknya. Maka, mereka yang mempunyai keazaman itu sudah memulakan usaha untuk menghargai masa dengan baik.

Selain itu, menghargai masa juga boleh dibuktikan menerusi sikap membuat perancangan masa yang sistematik. Dalam aspek ini jiwa seseorang yang menghargai masa akan membuat satu jadual lalu mematuhi perancangan masa itu dengan sebaik mungkin. Jelaslah, sikap membuat jadual dan mematuhinya membuktikan betapa seseorang itu menghargai masanya.

Malah, sikap tidak suka melakukan perkara-perkara yang sia-sia turut memberikan satu persepsi bahawa seseorang itu menghargai masanya. Masa seseorang perlulah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk masa depan kita seperti membaca buku dan membantu ibu bapa di rumah. Sesungguhnya, mereka yang melakukan perkara-perkara positif dalam hidupnya tahu kepentingan masa kepada manusia itu.

Sebagai kesimpulannya, semua kaedah yang diterangkan di atas itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun yang tahu menghargai masa. Semua pihak perlulah sedar akan kepentingan masa ini kerana masa itu tidak akan berlalu begitu sahaja. Bak kata orang tua-tua masa itu emas.

Karangan UPSR 11: Faedah Menonton Televisyen.
Tajuk: Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton Televisyen”.

Contoh Jawapan:

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa terdapat banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita boleh menonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlaku di luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih berpengetahuan dalam pelbagai bidang dan isu termasuklah peristiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna. Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusi televisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan. Maka, melalui televisyen, pelajar dapat menajamkan lagi akal fikiran serta menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada yang telah dipelajari di sekolah .

Selain itu, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu lebih bermakna dan berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihat kerana lebih suka duduk di rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu, aktiviti menonton televisyen membolehkan seseorang itu menghabiskan masanya dengan lebih bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu aktiviti masa lapang yang berfaedah kepada seseorang individu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjana pemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Namun begitu, sikap suka menonton televisyen ini perlulah dikawal melalui pengurusan masa dengan bijak supaya tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti harian yang lain.

Karangan SPM 22: Gejala Antisosial Dalam Kalangan Pelajar.
Tajuk: Kebelakangan ini pelbagai gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah telah dilaporkan dan kerjasama semua pihak sangat diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Bincangkan.

Contoh Jawapan:

Gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kelakuan tidak sopan, tidak baik, bertentangan dengan budaya tempatan dan menjatuhkan imej pelajar. Antara kelakuan negatif itu melibatkan ponteng sekolah, bergaduh dan menyertai kumpulan samseng. Media massa telah menggunakan gejala ini sebagai salah satu bahan berita utama mereka sehingga pelbagai pihak terutama masyarakat umum memberikan pandangan mereka tentang perkara ini. Jadi, mengapakah apakah gejala ini sebenarnya dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?

Gejala ponteng sekolah bukan sahaja menular di kawasan bandar tetapi meliputi juga pelajar luar bandar. Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang dengan melepak di sesuatu tempat tanpa memberitahu keluarga mereka. Biasanya, pelajar sebegini akan berpura-pura pergi ke sekolah tetapi melencong kemudiannya. Pakaian sekolah akan ditukar dengan pakaian biasa ketika mereka melakukan gejala yang memalukan ini. Tindakan bijak mereka ini mampu mengaburi mata ibu bapa untuk mengesan kelakuan tidak baik mereka itu.

Selain itu, vandalisme yakni sikap suka memusnahkan sesuatu juga menjadi satu masalah yang besar dalam kehidupan pelajar kini. Pelajar suka merosakkan kemudahan-kemudahan awam sekolah seperti meja tulis, papan kenyataan dan juga kemudahan tandas. Tindakan ini telah menyusahkan pihak sekolah kerana kos untuk menggantikan semua kemudahan ini agak mahal juga. Pada masa yang sama, kemusnahan kemudahan awam ini turut menyusahkan pelajar lain untuk menggunakannya pula.

Dalam usaha menangani masalah ini, pihak ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dengan mendisiplinkan anak mereka. Sikap memahami dan mengesan sebarang perubahan tingkah laku dalam jiwa anak mereka amat penting supaya ibu bapa boleh memberi nasihat serta teguran yang membina. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah juga penting supaya semua masalah anak mereka di sekolah dapat dipantau dengan lebih efektif lagi.

Manakala, pihak masyarakat pula boleh menghulurkan bantuan dengan membuat laporan sebarang aktiviti yang mencurigakan daripada pelajar sekolah ini. Masyarakat boleh memerhatikan pelajar yang bermasalah ini dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Keprihatinan masyarakat ini turut memberi amaran kepada pelajar agar lebih berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu tindakan buruk kerana tingkah laku mereka sedang diperhatikan oleh pihak masyarakat juga.

Kesimpulannya, gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah memang semakin serius dan perlu ditangani segera. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa diperlukan agar masalah ini dapat dihapuskan dengan sebaik mungkin. Kegagalan untuk menghulurkan kerjasama ini pasti menyaksikan pelajare kita terus mengalami masalah sosial yang memalukan pula.

Penulis:Noor Azman Mahat

Karangan SPM 21: Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-kanak?
Tajuk: Minat membaca perlu dipupuk sejak usia muda agar tabiat suka membaca dapat direalisasikan oleh masyarakat negara ini.

Jelaskan cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Contoh Jawapan:

Tanpa diketahui puncanya minat membaca memang satu tabiat yang sukar untuk ditanam dalam jiwa masyarakat kita terutama dalam kanak-kanak. Usaha ini hanya akan berjaya jika pemupukan itu dibuat sejak kecil lagi oleh ibu bapa tanpa banyak alasan lagi. Jadi, ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menanam minat membaca ini dalam jiwa kanak-kanak kita.Langkah awal ialah kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan bahan bacaan berbentuk hiburan terutama yang berkaitan dengan minat mereka. Kanak-kanak begitu mudah tertarik ilustrasi kartun terutama siri kartun yang terkenal kerana inilah jiwa mereka yang sebenarnya. Bahan-bahan bacaan ini hendaklah dipenuhi dengan gambar dan lawak jenaka yang boleh menarik perhatian mereka. Kanak-kanak suka membaca bahan yang menarik, comel dan memberikan mereka pengetahuan umum.Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan membawa anak mereka ke kawasan kedai buku. Akitviti ini boleh dijalankan secara berkala seperti setiap hujung minggu atau bulan melawat kedai buku yang berhampiran rumah mereka. Di kedai buku itu, anak-anak diberi peluang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati pula dan menghabiskan masa berjam-jam di sana pula. Anak-anak sudah pasti akan ternanti-nanti untuk melakukan aktiviti yang serupa pada minggu hadapan pula.

Malah, sikap berkongsi pembacaan juga boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak mereka untuk membaca. Sebaik sahaja ibu bapa selesai membaca akhbar, majalah dan buku, mereka boleh berkongsi maklumat itu dengan anak mereka pula. Penjelasan daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara boleh mencetuskan minat anak untuk membaca tentang perkara itu dengan lebih mendalam. Anak juga boleh dilatih dengan meminta mereka mereka membaca tajuk utama akhbar harridan, iklan, dan sebagainya pula.

Kewujudan perpustakaan mini di rumah turut membantu mencetuskan sikap suka membaca dalam jiwa kanak-kanak. Golongan muda ini mudah meniru perkara yang mereka nampak terutama apabila melihat ibu bapa sendiri mempamerkan minat membaca di rumah. Kanak-kanak akan melihat-lihat kulit buku, membelek gambar dan akhirnya akan berminat untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut pula.

Konklusinya, minat membaca dalam kanak-kanak ini boleh dipupuk dengan mudah jika tahu kaedah yang betul. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan jenis buku yang bersesuaian dengan tahap umur dan minat mereka. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ yang membuktikan betapa pentingnya amalan membaca ini diterapkan sejak awal.

Penulis:Noor Azman Mahat

Karangan PMR 18: Akibat Merokok
Tajuk:?

Tulis sebuah karangan yang bertajuk akibat merokok.

Contoh Karangan:

Kerajaan telah kerap kali menaikkan harga rokok dengan harapan agar bilangan perokok di Malaysia akan berkurangan. Namun begitu, kenaikkan harga bukan sahaja tidak berjaya untuk mengurangkan bilangan perokok malahan bilangan perokok telah semakin meningkat. Sedarkah mereka akan akibat yang bakal menimpa kepada diri perokok dan juga keluarga mereka yang tersayang?

Nikotin merupakan sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam rokok. Nikotin akan menyebabkan perokok ketagih untuk merokok. Ketagihan ini akan menyebabkan si perokok menghisap rokok dengan lebih kerap lagi. Sebagai contoh, perokok mungkin akan hanya menghisap dua batang rokok sehari tetapi setelah satu minggu merokok, perokok itu mungkin merokok lebih daripada lima batang sehari.

Merokok juga akan membawakan banyak masalah kesihatan yang serius dan berpanjangan seperti kanser hidung, penyakit jantung, dan kanser paru-paru. Apabila si perokok menghidap penyakit tersebut, bukan sahaja mereka harus membayar kos perubatan yang tinggi tetapi mereka juga akan ?menyusahkan ahli keluarga mereka untuk menjaga mereka.

Asap-asap rokok yang dihembuskan oleh perokok merupakan ancaman kepada mereka yang berada di sekeliling perokok. Mereka yang terhisap asap rokok dikenali sebagai perokok pasif. Perokok pasif adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan perokok aktif terutamanya jika perokok pasif itu adalah kanak-kanak.

Merokok itu membawa padah. Merokok bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan diri sendiri tetapi juga mereka yang berada di sekeliling anda. Cegahlah diri anda daripada rokok.

Ditulis oleh: Sueki?

Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang terlibat dalam perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Biasanya dadah akan mendatangkan perasaan gembira yang melampau atau ketagihan yang bertujuan untuk melari daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah merupakan penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Pada zaman ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan (bahan yang disedut). Kebanyakkandadah yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Sebarang dadah yang digunakan secara sah dari segi perubatan, sekiranya iadipreskripsikan ataupun diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser akan dirawat dengan menggunakan mofin untuk menghilangkan kesakitan kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak akan mendatangkan kesan ketagihan pada penggunanya. Begitu juga dengan pengambilan minuman yang beralkohol bersama dengan rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat? tetapi, penyalahgunaan dadah telah ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah dan tidak diterima oleh masyarakat umum.

Penggunaan dadah dan alkohol untuk mengubahsuaikan atau mengawalkan emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai penyalahgunaan dadah serta alkohol. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang membahayakan. Kesan-kesan smpingan yang mungkin akan berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga kes bunuh diri.

Masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat merupakan penyalahgunaan dadah. Masalah ini juga melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi, ahli-ahli professional yang tidak berpendidikan dan penggangu. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah. Contohnya dalam faktor sosial, biologi dan psikososial.

Dalam faktor biologi, terdapat satu tanggapan yang salah mengenai kehidupan manusia moden ini? adalah, ?jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu ‘memulihkan’ anda?. Malangnya pil tidak dapat menyelesaikan masalah seseorang itu sepenuhnya. Biasanya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa seseorang kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

Faktor psikologi pula, kehidupan moden kini sangat sibuk dan merumitkan, bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar secara positif sangat mencabarkan. Tekanan meningkat setiap hari pada setiap individu. Kadangkala, arus ?kehidupan individu terlalu pantas dan menyebabkan seseorang itu tidak mampu menangani masalah mereka. Secara semula jadi, manusia tiada imuniti terhadap tekanan, stress dan kerusingan.

Tekanan untuk berjaya dalam akademik ataupun kegiatan kokurikulum, tekanan untuk memuaskan kehendak orang lain serta tekanan untuk menerima seseorang merupakan tekanan yang biasanya dihadapi oleh seseorang.

Selain itu, faktor sosial pula merupakan gaya hidup seseorang yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam bidang dunia hiburan mampu menggoda orang ramai untuk mengecapi populariti yang sedemikian. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan ‘berarus deras’ ini sangat menggoda kepada masyarakat zaman ini.

Bagaimanakah untuk mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Dari segi fizikal, seseorang itu akan mengigil, berpeluh, pening kepala dan bulu romanya akan meremang. Dari segi psikologi, orang yang terlibat dalam peyalahgunaan akan keresahan, kerisauan, gangguan emosi serta perasaan dan insomnia (tidak datap tidur). Dalam segi perlakuan pula orang tersebut akan sentiasa ponteng kerja, penurunan prestasi kerja, digantung atau dibuang sekolah dan mencuri, ditahan kerana menganggu ketenteraman awam dan mabuk semasa memandu yang boleh memyebabkan kemalangan.

Langkah-langkah pencegahan dijalankan untuk mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah. Pencegahan primer, bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Hal ini ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko.? Salah satu pendekatan yang baik adalah dengan menekankan kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kanak-kanak serta golongan remaja yang berisiko. Selain itu, kesan-kesan yang dibawa oleh penyalahgunaan dadah dianalisis secara teliti sebelum sebarang penagihan muncul. Akhirnya, rawatan kesan dari dadah yang telah disalahgunakan untuk membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Kesimpulannya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan yang lama mereka dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah.

Punca Dan Kesan Pembalakan Haram Serta Kepentingan Hutan.
Hutan merupakan satu komuniti untuk hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok besar serta haiwan liar. Hutan juga boleh diperkenalkan sebagai tempet tinggal ataupun habitat hidupan liar. Hutan berperanan penting kepada manusia kerana ia membekalkan sumber bahan mentah dan ia juga merupakan penyumbang kepada sosioekonomi dan kestabilan ekologi kepelbagaian hayat sesebuah negara. Oleh itu, hutan merupakan satu khazanah yang amat berharga dan perlu dijaga secara sistematik. Dalam dasar perhutanan negara, perhatian utama diberi kepada pemuliharaan hutan di kawasan hutan, mewujudkan keadaan iklim yang baik, memastikan kawasan tadahan air mencukupi serta mengekalkan bekalan hasil hutan. Pada tahun 1984, Akta Perhutanan Negara diluluskan dan dikuatkuasakan untuk perlaksanaan polisi dasar perhutanan negara secara berkesan. Hutan negara kita semakin mengalami kepupusan. Hal ini adalah punca daripada sikap sesetengah manusia yang menjalankan aktiviti pembalakan secara haram tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.

Kayu-kaya merupakan hasil yang penting yang dapat dihasilkan oleh hutan. Kayu memyunyai pelbagai jenis keggunaan contohnya seperti bahan api, perabot, pembinaan rumah, keggunaan kertas dan sebagainya. Kawasan hutan tropika kaya dengan kayu-kaya yang keras dan bernilai tinggi. Hal ini menjadi tumpuan kepada pembalak untuk membalak di kawasan ini. Hutan tropika dapat terbahagi kepada dua jenis hutan yang utama iaitu hutan monsun tropika dan hutan hujan tropika. Kawasan hutan hujan tropika kebanyakkan terletak di garisan lintang 5 darjah utara ataupun 5 darjah selatan iaitu kawasan yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun (iklim khatulistiwa). Manakala hutan hujan tropika mempunyai pokok-pokok yang besar dan tingg yang boleh mencecah ketinggian 45 meter. Hutan monsun tropika didapati di kawasan yang beriklim monsun tropika seperti di Myanmar, Thailand dan lain-lain. Malaysia mempunyai kawasan hutan tropika yang luas dan sebahagian daripada hutan tersebut mengandungi kayu tropika yang keras serta bermutu tinggi seperti cengal, meranti, jelutong, seraya dan sebagainya serta kayu-kaya ini menjadi tumpuan sebagai bahan eksport yang penting.

Pada tahun 1979, hasil kayu-kaya merupakan barang yang ketiga penting selepas getah dan petroleum. Jumlah eksport kayu balak serta kayu gergaji pada tahun tersebut melebih kurang 4 ribu juta. Daripada jumlah tersebut, 70% adalah sumbangan eksport kayu balak dan 30% ialah kayu digergaji. Dari segi pengeluarannya pula, permintaan terhadap kayu-kaya perkembang secara pesat berikutan dengan kegiatan pembalakan yang bertambah di seluruh negara terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.

Pembalakan secara haram merupakan kes yang terpencil di Malaysia selepas penguatkuasaan undang-undang dan pelbagai jenis akta sertahukuman dikenakan ke atas pesalah jenayah perhutanan. Namun ia menjadi ancaman kepada penduduk asal yang bergantung sepenuhnya terhadap hasil hutan yang mereka perolehi sebagai sumber kehidupan. Hutan merupakan syurga kehidupan bagi mereka yang tinggal di dalamnya.

Hutan merupakan tempat untuk mereka bercucuk tanam, mencari kayu api, peralatan rumah dan sumber ubat-ubatan. Selepas pewartaan hutan simpan secara besar-besaran pada 1984, maka bermulalah era pencerobohan hutan yang diklasifikasikan sebagai penerokaan haram atau pembalakan haram.

Di Kuching, kegiatan pembalakan di kawasan belakang Kampung Matang Lot terus berleluasa dalam jangka masa lima tahun. Hal ini akan menyumbang kepada kepupusan spesies katu yang berkualiti tinggi. Malah, yang lebih merunsingkan apabila kegiatan pembalakan bertumpu di kawasan leren-lereng bukit ataupun kawasan tanah tinggi dan mungkin akan mengakibatkan tanah runtuh serta banjir kilat di kawasan yang lebih rendah.

Punca pembalakan adalah untuk aktiviti pembangunan. Aktiviti pembangunan adalah merupakan satu faktor penyumbang kepada kemusnahan hutan. Contohnya ialah pembinaan kawasan perumahan yang baru, pembinaan bangunan yang tinggi, dan pembinaan kawasan perindustrian yang baru.

Punca kedua adalah industri pelancongan. Industri merupakan sebahagian faktor kemusnahan hutan. Hal ini disebabkan oleh pembukaan tempat pelancongan yang baru memerlukan aktiviti penebangan hutan bagi pembukaan kawasan yang baru. (Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya). Pembangunan yang terlalu mendadak di kawasan perlancongan akan memusnahkan ekosistem di kawasan tersebut tanpa disedari. Hal ini disebabkan kekurangan perlaksanaan yang tidak terancang dan pemantauan yang berterusan oleh pihak berkenaan sebelum mereka melancarkan pembalakan.

Punca seterusnya merupakan pembalakan secara haram. Aktiviti pembalakan ini merupakan aktiviti yang di jalankan secara tidak terancang dan salah dari segi undang-undang. Pembalakan ini boleh memusnahkan habitat hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan liar serta seterusnya akan memusnahkan ekosistem di kawasan tersebut. Contohnya pembalakna di kawasan Pulau Redang di Kuala Terengganu.

Tedapat kesan- kesan kepada pembalakan tanpa terancang. Kesan yang pertama adalah hakisan tanah. Keadaan struktur tanah yang longgar dan tidak stabil ekoran?daripada kehilangan cengkaman akar pokok yang berfungsi untuk meneguhkan kestabilan struktur tanah di kawasan tanah tinggi. Cotohnya kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antara Bangsa di Kuala Lumpur, Bukit Canada di Miri Sarawak dan sebagainya.

Kepupusan habitat alam flora dan fauna. Sekiranya, aktiviti pembalakan berleluasa dan tanpa kawalan, ekologi dan ekosistem hidupan liar akan terganggu. Seterusnya, haiwan liar akan melarikan diri ke tempat lain ataupun wujud kematian akibat daripada habitatnya terganggu.

Kesan seterusnya adalah kesan rumah hijau (penipisan lapisan ozon). Lapisan ozan bertindak sebagai memusnahan larutan karbon dioksida kepada organik karbon di udara dan peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan di dunia.

Ksimpulannya, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa cara untuk mengatasi masalah-masalah ini daripada berlaku. Pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang Jabatan Perhutanan Pemantauan Akta Pemuliharaan Hutan 1973, program menanam semula anak-anak pokok selepas aktiviti pembalakan, melancarkan kempen kesedaran dan sebagainya bagi memelihara habitat tumbut-tumbuhan serta kehidupan liar di dalam hutan. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif yang bakal wujud serta mengurangkan kadar kepupusan hidupan liar supaya generasi muda boleh menikmatinya.

Karangan SPM 20: Impak Industri terhadap Malaysia.
Tajuk: Sektor perindustrian sudah menjadi satu nadi ekonomi yang penting kepada negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Penubuhan beberapa kawasan perindustrian telah membuktikan bahawa sektor ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Namun, sudah ada beberapa pihak yang menganggap sektor ini membawa pelbagai impak negatif kepada masyarakat kita.

Jelaskan impak-impak negatif yang berlaku itu.

Contoh Jawapan:

Sektor perindustrian merujuk sektor kilang yang menghasilkan pelbagai produk yang berguna buat manusia seperti menghasilkan kereta dan makanan. Negara kita memang telah menggunakan sektor ini sebagai satu tindakan untuk meningkatkan tahap ekonomi penduduk negara menjadi setanding dengan negara-negara lain terutama di sebelah rantau Asia. Kejayaan sektor perindustrian di negara ini juga sering menjadi bahan berita dalam media massa tempatan dan asing terutama sekitar tahun 80-an dan 90-an. Cuma, sejak akhir-akhir ini pelbagai komentar tentang impak negatif sektor ini mula mendapat tempat dalam perbincangan masyarakat setempat.

Impak yang paling ketara yang ditimbulkan oleh sektor perindustrian ialah kemusnahan kawasan hutan negara kita yang terkenal dengan flora dan faunanya yang tersendiri itu. Dalam usaha untuk membentuk satu kawasan perindustrian yang luas dan efisien serta berdaya saing, satu kawasan baru yang luas harus dibuka yang biasanya melibatkan penerokaan kawasan hutan negara. Penebangan kawasan hutan negara ini dikatakan telah memusnahkan habitat hidupan liar negara yang suatu masa dahulu menjadi kebanggan negara kita pula seperti harimau dan gajah serta badak sumbu sumatera. Maka, kewujudan sektor perindustrian telah membawa kemusnahan kawasan hutan negara yang luas dan sukar untuk dipulihkan semula.

Lantaran itu, kadar pencemaran alam turut meningkat kerana sektor perindustrian dikatakan sering menghasilkan sisa-sisa toksik yang tidak dibuang secara sistematik atau dengan baik. Kebanyakan bahan buangan sektor ini dialirkan begitu sahaja tanpa dilakukan sebarang rawatan yang sesuai untuk memastikan sungai dan udara negara tidak tercemar dengan mudah. Masalah ini diburukkan lagi dengan ketiadaan kawasan hijau negara yang sudah pun semakin berkurangan dengan pembukaan kawasan kilang yang besar ini. Sesungguhnya, kadar pencemaran alam menjadi begitu serius dengan bertambahnya kawasan sektor perindustrian kerana sektor ini mempunyai pembuangan sisa-sisa kimia yang berbahaya.

Bukan sahaja alam tercemar dan hutan negara hilang begitu sahaja tetapi kewujudan sektor perindustrian telah mengoyahkan sistem kekeluargaan di negara ini dengan begitu ketara. Banyak ibu bapa yang bekerja dengan sektor perindustrian terpaksa mengikut waktu kerja yang agak ganjil iaitu ada kalanya mereka terpaksa bekerja malam dan kerja lebih masa yang menyebabkan tumpuan mereka terhadap keluarga menjadi semakin kurang. Kekerapan mereka bekerja juga menjadikan diri mereka lebih tidak berupaya untuk mendidik anak dengan baik yang membawa peningkatan masalah sosial terutama di kawasan bandar yang banyak memiliki kilang-kilang moden. Jelaslah, sektor ini bukan sahaja memusnahkan alam tetapi turut menjadikan kehidupan sosial masyarakat menjadi porak-peranda dalam tempoh yang singkat.

Impak yang lain yang turut ditimbulkan oleh sektor ini ialah terpinggirnya sektor pertanian di negara ini. Dahulu sebelum pengenalan sektor perindustrian ini, kebanyakan penduduk negara ini terlibat dalam sektor pertanian yang begitu meluas. Kini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kadar upah dan cara kehidupan di ladang yang dikatakan tidak lagi menepati kehendak zaman yang membawa ramai tenaga kerja beralih bekerja di sektor perindustrian pula yang mendorong negara terpaksa menggunakan pekerja asing untuk bekerja di sektor peladangan. Maka, sektor perindustrian turut memusnahkan sektor pertanian negara yang dahulunya menjadi kebanggaan kita semua.

Konklusinya, sektor prindustrian membawa banyak impak negatif kepada negara dalam jangka masa panjang. Semua pihak harus menilai semula penekanan terhadap sektor ini dengan memikirkan kaedah-kaedah lain untuk memajukan negara kerana kita tidak mahu menjadi sebuah negara moden tetapi kehilangan budaya dan khazanah negara pula dalam masa yang sama. Keseimbangan harus dicari dalam usaha untuk menangani kemelut ini kerana faktor itulah yang bakal akan membawa negara kita terus mampu untuk bersaing dalam arena global kini. Mungkinkah kita harus mengetatkan syarat-syarat penubuhan kilang-kilang baru di negara ini?

Penulis: Noor Azman Mahat

Karangan PMR 17: Kegiatan Korikulum Merapatkan Hubungan Pelajar Dan Guru.
Tajuk:

Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.

Huraikan pernyataan di atas.

Contoh Jawapan:

Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.

Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini.

Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentang sesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua, disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapat kerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu.

Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz serta syarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dan kerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam program seperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dan sedar kelebihan masing-masing pula.

Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalam peperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua “bagai aur dengan tebing” yang membuktikan bahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah.