IIUM Bloggers

Papa Rock bikin gempar di UIA
Kemunculannya meriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul bersama pelajar universiti

SESUAI dengan sambutan Maulidur Rasul yang disambut umat Islam pada 26 Februari lalu, Unit Kebudayaan dan Kesenian, Bahagian Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Tinggi menganjurkan sebuah persembahan yang diberi nama Islamic Performing Arts Concert (Ipac) 2010 di kampus induknya di Gombak.

Konsert terbabit dianjurkan dengan matlamat memberikan peluang kepada pelajar meningkatkan kemahiran insaniah seperti kebolehan komunikasi, kepimpinan dan pemikiran kreatif.

Lebih daripada itu, program itu dilihat sebagai landasan terbaik bagi pelajar mengasah bakat mereka. Ia usaha yang harus dipuji dalam menggalakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam di kalangan masyarakat kampus UIAM serta masyarakat sekitarnya.

Bertemakan Love Is, persembahan pada malam itu membabitkan pelajar daripada kumpulan kebudayaan UIAM seperti kumpulan teater, gamelan, caklempong, dikir barat, nasyid, angklung, genderang dan Ummul Qura’. Konsert itu juga dimeriahkan dengan kemunculan pemuzik dari Istana Budaya serta penampilan istimewa penyanyi terkenal, Ramli Sarip.

Biarpun tanpa kelibat ramai artis terkemuka, pementasan itu masih dianggap cukup unik kerana muzik yang dipersembahkan bukan hanya dimainkan secara langsung, malah irama yang kedengaran adalah hasil gabungan alat muzik moden dan tradisional.

Lebih bermakna, penonton dapat menyaksikan bakat yang dipupuk sendiri oleh universiti terbabit, apabila pelajarnya mementaskan pelbagai jenis seni persembahan termasuk lakonan yang menceritakan konsep cinta kepada manusia, Rasul, dan akhirnya cinta yang hakiki kepada Allah.

Pemilihan Ramli sebagai kemuncak persembahan malam itu tentunya keputusan paling tepat kerana pengaruh artis berimej rambut panjang ini bukan calang-calang. Dia penyanyi yang mempunyai aura tersendiri serta digemari generasi baru dan lama.

Alunannya terhadap lagu kemanusiaan dan ketuhanan sering kali menusuk hati peminat dan malam itu, Ramli dan magisnya sekali lagi berulang apabila dia menyanyikan lagu keramat, Engkau Yang Satu, irama cukup bersesuaian dengan tema persembahan.

Bukan Ramli saja yang menyampaikan lagu berunsur ketuhanan, malah majoriti persembahan pada konsert terbabit bercirikan konsep serupa. Daripada persembahan lakonan dan lagu yang disampaikan, semuanya mengajak penonton sama-sama menginsafi kejadian diri dan berkongsi kasih sayang sesama insan, ibu bapa, keluarga, Rasul dan paling utama, cinta kepada Yang Maha Esa.

Konsert itu sendiri dibuka kehadirannya kepada masyarakat sekitar. Bahkan pelajar dari institusi pengajian tinggi lain turut diundang termasuk dari Institut British Malaysia serta sekolah berhampiran. Pelajar UIAM kampus Kuantan tidak ketinggalan memeriahkan acara.

Pada malam itu, kira-kira 2,400 penonton termasuk Presiden UIAM, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Rektornya, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid serta pihak pengurusan tertinggi universiti hadir menyaksikan persembahan pelajar dan artis jemputan mereka.

Semoga, persembahan serupa akan terus diperkembangkan oleh unit kebudayaan IIUM, bukan sekadar memupuk bakat seni yang dimiliki pelajarnya, malah konsert sebegini mampu menyalurkan rasa keinsafan di kalangan penonton, menerusi lagu berunsur ketuhanan dan persembahan penuh pengisian.

Sumber: Berita Harian Online

Hujan lebat tidak halang perarakan Maulidur Rasul UIAM
GOMBAK 26 Feb. – Hujan lebat pada awal pagi hari ini tidak menghalang hampir 300 warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meneruskan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah.

Walaupun tertunda hampir dua jam, perarakan di kampus UIAM Gombak yang diketuai Rektor universiti itu, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid tetap diadakan disertai dengan paluan gendang dan kompang serta bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Dalam ucapannya, Syed Arabi mengingatkan pelajar UIAM bahawa sambutan berkenaan bukan satu acara agama tetapi cara mengimbau keperibadian ulung Rasulullah dan menunjukkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Menurutnya, sambutan pada kali ini mengambil tema perpaduan kerana perpecahan di kalangan umat Islam kini amat membimbangkan.

“Saya mengimbau kisah hitam 13 Mei 1969 ketika perpaduan antara kaum serta dalam bangsa Melayu dan umat Islam sendiri tergugat.

“Ketika media bertanya kepada Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sama ada akan meneruskan sambutan Maulidur Rasul selepas tragedi tersebut, beliau menegaskan: ‘Ya!’

“Walaupun polis mencelah untuk menghalang atas dasar keselamatan, Almarhum Tunku tetap dengan keputusannya demi menunjukkan kekuatan umat Islam di negara ini, satu simbol pegangan (perpaduan),” katanya.

Acara sambutan turut dimeriahkan dengan bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nasyid, dan ceramah dalam bahasa Arab oleh pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM, Prof. Dr. Abdul Razak Assa’adi dari Iraq.

Dalam pada itu, Syed Arabi memaklumkan mesej universal Islam disampaikan Nabi Muhammad SAW telah menjadikannya agama paling pantas berkembang dan tidak dapat dihalang mana-mana pihak.

“Terdapat sesetengah pihak yang mula bimbang dengan penyebaran Islam, antaranya khuatir jika Eropah menjadi rantau Muslim berikutan peningkatan jumlah penganut agama Islam di sana.

“Bukan sahaja di sana, di China, Afrika dan benua Amerika (Utara dan Selatan), Islam semakin kukuh,” katanya.

Namun, beliau menegaskan, ilmu dan agama Islam perlu disebarkan dengan kesederhanaan tanpa tekanan dan perasaan benci, seperti mana ilmu, kredibiliti, amanah dan integriti Rasulullah menjamin penyebaran Islam sejak dari mula lagi.

Tambahnya, pujian terhadap keperibadian Nabi Muhammad SAW masih kedengaran sehingga kini di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam, seperti oleh tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.

UIAM sangkal ada ‘kahwin koboi’
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menolak dakwaan yang mengaitkan pelajarnya dengan aktiviti ‘kahwin koboi’ yang tidak mengikut syariat Islam.

Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid menegaskan, pihak universiti sudah menyiasat dakwaan itu dan mendapati ia hanya berkaitan hajat sepasang pelajar di situ yang mahu berkahwin.

“Kami kemudian memaklumkan niat pasangan pelajar tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang cuma mengarahkan perkahwinan dijalankan mengikut syariat Islam.

“Pelajar perempuan itu juga tidak mengandung seperti yang didakwa dan tiada sebab untuk pihak kami mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya selepas diminta mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut di sini hari ini.

Minggu lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan tindakan sepasang kekasih dari universiti berkenaan berkahwin tanpa mengikut syariat Islam dengan tanpa kehadiran wali dan saksi sah serta pegawai agama bertauliah untuk menikahkan mereka.

Dalam pada itu, Syed Arabi menambah, UIAM tidak menghalang atau campur tangan dalam urusan pelajar yang ingin berkahwin.

“Bagaimanapun, kita menasihatkan mereka supaya mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kes disiplin pelajar yang diuruskan UIAM adalah mengikut jenis kesalahan.

Oleh NURUL ANUAR KARI

pengarang@utusan.com.my

Sumber – Utusan Online

Siswa UIAM tunjuk bakat – Tarian Arab, zapin penyeri malam kebudayaan antara mahallah
Persaingan secara sihat dan semangat persaudaraan tinggi ditunjukkan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) sepanjang seminggu penganjuran ‘Pertandingan Debat dan Kebudayaan antara Mahallah (kolej kediaman) baru-baru ini.

Program anjuran bersama Mahallah Ali, Sumayyah, Maryam dan Uthman itu berjaya mengumpulkan semua pelajar UIAM, termasuk pelajar antarabangsanya.

Persembahan antara budaya seperti persembahan tarian Asia Barat dan zapin memeriahkan lagi penganjuran program itu. Pertandingan Busana Muslimah turut diadakan bagi memperlihatkan kepelbagaian rekaan pakaian bercirikan Islam selain pertandingan deklamasi puisi.

Majlis perasmian dan penutup disempurnakan Rektornya, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Aidid, turut hadir Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Kamaruddin Samat; Pengerusi Penganjur, Ustaz Fauzi Muda dan Pengarah Projek, Wan Mohd Hafiq Abd Jalil.

Dalam ucapannya, Syed Arabi berharap program itu diteruskan kerana ia dapat mengurangkan tekanan di kalangan pelajar yang sentiasa berdepan dengan tugasan dan jadual kuliah yang padat.

“Program ini adalah landasan terbaik kepada pelajar menonjolkan bakat mereka. Kejayaan penganjuran program seminggu ini membuktikan kemampuan pelajar menguruskan sendiri acara yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik,” katanya.

Pelajar Tahun Satu Kulliyah Undang-Undang, Nurul Fadzilah Kamaludin yang memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Busana Muslimah, berkata penganjuran program seperti ini amat baik untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenali pelbagai jenis kebudayaan.

“Ia sebagai landasan baik untuk merapatkan hubungan sesama pelajar dan dapat mengenali rakan-rakan dari Mahallah lain.

“Selain itu, program ini dapat membuka ruang kepada pelajar mengenali budaya negara lain, apatah lagi di UIAM ini memang terdapat ramai pelajar luar negara,” katanya.

Majlis penutup program itu diserikan lagi dengan persembahan artis Yassin yang mendendangkan tiga lagu untuk menghiburkan pelajar dan tetamu yang hadir.

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/wCPbPHGN7j0&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/wCPbPHGN7j0&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Sumber – Berita Harian – Varsiti dan Youtube

Fesyen Jubah Muslimah – Pilihan mahasiswi tampil bergaya selesa, sopan, elak fitnah
Tuntutan masyarakat terhadap fesyen busana penuh kesantunan bukan sekadar menjadi suatu adat bahkan ia seiring dengan tuntutan agama.

Sejajar dengan tuntutan itu, trend pemakaian jubah kini semakin menjadi pilihan kalangan wanita termasuk mahasiswa universiti yang ingin tampil dengan gaya yang lebih selesa dan sopan.

Melangkah masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), fesyen jubah yang digayakan di kalangan mahasiswa perempuan bukanlah satu pemandangan yang asing sesuai dengan status UIAM sebagai universiti Islam.

Bagi mahasiswa Tahun Tiga, jurusan Pengajian Islam (Fikah), UIAM, Nihaz Fitriyah Mohd Yusoff, berkata pemakaian jubah begitu sinonim di kalangan mahasiswa universiti terbabit kerana ia bukan lagi pakaian hanya untuk golongan wanita berusia, sebaliknya untuk semua peringkat termasuk mahasiswa.

Katanya dia lebih selesa mengenakan jubah yang boleh digayakan dengan seluar kerana ia menyenangkan pergerakannya.

“Sebagai mahasiswa, saya kadang-kadang terpaksa berkejar dari satu bilik kuliah ke bilik kuliah. Dalam keadaan tergesa-gesa, jubah menjadi pilihan kerana ia hanya perlu disarungkan ke badan selain boleh dipakai ketika mahu bersolat.

“Penampilan yang sopan secara tidak langsung menggambarkan keperibadian seseorang selain menjadikan kita lebih selamat daripada sebarang usikan atau pandangan negatif orang lain khususnya lelaki,” katanya.

Pelajar jurusan Sains Kemanusiaan (Komunikasi), Sharifah Aishah Syed Hamzah, sebagai mahasiswa UIAM, penampilan sopan dan menutup aurat amat dititikberatkan dan jubah pastinya menjadi pilihan kegemaran mahasiswa.

“Jika sebelum ini saya tidak pernah memakai jubah, namun selepas bergelar mahasiswa UIAM, ia bukan sesuatu yang janggal untuk berjubah.

“Tidak kira sama ada mahasiswa itu daripada berlatar belakang pengajian apa sekalipun, jubah pasti menjadi antara pilihan fesyen yang dikenakan mahasiswa ketika mengikuti kelas atau berkumpul bersama rakan.

“Saya yakin kebanyakan mahasiswa perempuan UIAM memiliki sekurang-kurangnya satu jubah dalam koleksi pakaian mereka,” katanya.

Pendapat sama dikongsi kakaknya, Sharifah Fatimah Syed Hamzah yang mengakui kepelbagaian fesyen jubah dapat dilihat di UIAM, bukan saja dikalangan mahasiswa tempatan, malah mahasiswa antarabangsa khususnya dari Timur Tengah yang sememangnya menjadikan jubah sebagai pakaian harian mereka.

“Berjubah juga memenuhi tuntutan saya sebagai mahasiswa jurusan undang-undang yang hanya dibenarkan mengenakan baju kurung ataupun jubah ketika mengikuti kuliah.

“Alhamdulillah saya selesa dengan penampilan hari ini. Bagi saya, dengan penampilan berjubah juga secara tidak langsung mengingatkan diri sendiri supaya menjaga adab dan tingkah laku walau dimana kita berada,” katanya.

Sumber – Berita Harian – Varsiti

Mahasiswa selami pengalaman di kampung
TANAH MERAH 29 Jan. – Seramai 56 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang majoritinya dari kawasan bandar mendapat pengalaman baru hidup dalam suasana kampung pada Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Bukit Kecil di sini hari ini.

Mahasiswa institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu diberikan pendedahan terutama dalam aktiviti gotong-royong yang masih subur dalam masyarakat desa seperti membersihkan kubur dan kandang kambing serta menyiapkan dewan.

Mereka yang tinggal sebagai anak angkat itu juga mendapat pengalaman menghayati kehidupan sebagai penduduk kampung termasuk mengail ikan di sungai.

Ketua program khidmat bakti siswa UIAM itu, Nor Syaidahatul Fairuz Fauziz ketika ditemui berkata, matlamat mereka tercapai apabila semua pelajar menyertai aktiviti yang diadakan itu.

“Mereka turut menyertai sukaneka, demonstrasi masakan kuih tradisional dan kraftangan serta persembahan kebudayaan,” katanya.

Menurut beliau, mereka yang julung-julung kali menyertai program itu akan dapat menjadikan pengalaman tersebut sebagai panduan menjalani kehidupan masa depan.

Tambahnya, kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung amat baik dan membantu mencapai objektif yang ditetapkan.

Sumber: Utusan Online

Persidangan Logics Asean eratkan perpaduan pelajar serantau
Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya menghimpunkan seramai 1,800 mahasiswa dari 10 negara Asean bagi berbincang mengenai hala tujunya sebagai pertubuhan yang berfungsi memelihara kesejahteraan ahli.

Perbincangan menerusi Persidangan Logics Asean Kuala Lumpur 2010 berlangsung di UIAM, Gombak kelmarin yang mana majlis perasmiannya oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah.

Penolong Pengarah Pejabat Perhubungan Awam UIAM, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata program yang disertai mahasiswa negara ahli turut dijayakan dengan kerjasama Asean Foundation, Japan-Asean Solidaritory Fund dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Pertemuan muhibah itu katanya dimanfaatkan dengan proses bertukar pandangan dan pengalaman di kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai bidang pengkhususan antaranya dari Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Peserta yang juga generasi muda katanya bakal peneraju ekonomi dan pentadbiran negara masing-masing diberi pendedahan mengenai pentingnya usaha memupuk perpaduan dikalangan negara ahli.

Katanya, perpaduan penting bagi memastikan kemakmuran serantau dipelihara.

Kesejahteraan berterusan ini sebagai pemangkin kepada usaha memperkukuhkan gagasan Asean yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran serantau.

“Program julung kalinya ini akan berlangsung dalam empat siri pertemuan susulan yang dijadual berlangsung April ini.

Bermula dengan persidangan ini, aktiviti lain yang dirancang termasuk seminar, perbincangan berkumpulan, lawatan kerja ke beberapa lokasi terpiliah serta sesi pleno.

“Pertemuan ini adalah titik permulaan kepada program seterusnya. Peserta akan membuat satu resolusi mengenai pentingnya perpaduan dan kerjasama dikalangan generasi muda yang bakal menerajui gagasan ini pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Antara tokoh yang menjayakan persidangan menerusi pembentangan kertas kerja ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepemimpinan Perdana dengan tajuk “Cabaran dan Masa Depan Generasi Muda Asean”.

Forum bertemakan perpaduan iaitu “Bridging the Great Divide: Religious, Racial and Culture Barriers” dijayakan barisan ahli akademik antaranya Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Felo di Nanyang Technological University Singapore, Dr Farish Ahmad Noor.

Sumber – Berita Harian -Varsiti

Pengesan arah kiblat – Pelajar Tahun Tiga UIAM cipta alat tentukan hala sembahyang
Dekan Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Prof Dr Mansor Ibrahim (kiri) mendengar penerangan Yamilah (tengah) mengenai GPA sambil diperhatikan pensyarah, Muhammad Hussin.

Menyedari masalah kesukaran untuk mencari arah solat ketika di negara kelahirannya, Thailand, mencetus idea kepada Pelajar Tahun Tiga Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yamilah Samae, mencipta peralatan khas bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Lebih membanggakan, alat yang diberi nama ‘Guardian Prayer Aid’ (GPA) yang turut dimanfaatkan golongan cacat penglihatan itu direka bentuk sepenuhnya dalam masa kurang tujuh minggu.

Dengan rekabentuk yang menarik serta mesra pengguna, GPA dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalh yang sering dihadapi orang Islam setiap kali ke luar negara, terutara negara bukan Islam.

Apabila berada di tengah bandar raya Bangkok, yang tidak ramai penduduk beragama Islam, menyukarkan saya mengetahui kedudukan arah kiblat dengan tepat.

“Masalah ini membuatkan saya terfikir, sekiranya kita yang mempunyai deria penglihatan pun menghadapi masalah seperti itu, apatah lagi mereka yang cacat penglihatan. Pastinya situasi ini lebih menyukarkan mereka. Jadi, saya membangunkan GPA ini selama hampir empat minggu sebelum membuat analisis dan penambahbaikan,” katanya ketika ditemui di UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Yamilah berkata, dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), peralatan ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaiknya penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu.

Katanya, GPA akan mengeluarkan bunyi sebaik arah kiblat berjaya dikesan dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.

“Selain itu, saya turut menambah baik GPA ini dengan melengkapkannya dengan bebola pada bahagian atas yang berfungsi seperti tasbih dan papan kekunci yang mempunyai tiga fungsi utama.

Sekiranya pengguna mahu berwirid, mereka perlu tekan butang pertama (mula), jika mahu berhenti perlu tekan butang tengah dan jika ingin menyambung balik cuma perlu tekan butang ketiga.

“Kesemua ini masih dalam proses penilaian dan saya percaya GPA ini masih boleh ditambah baik fungsinya. Bagi memudahkan pengguna, kita turut meletakkan satu pin untuk memudahkan pengguna menyelitnya pada poket baju sekiranya ingin membawanya ke mana-mana,” katanya.

Konsep GPA itu menarik perhatian juri dan memenangi tempat pertama pada Persidangan Antarabangsa Dalam Reka Bentuk Alam Sekitar tahun lalu.

Keunikan GPA turut mendapat perhatian kumpulan pemain industri ternama dunia dan pihak UIAM masih dalam perbincangan untuk mencari kaedah terbaik serta mengenalpasti kos yang paling memadai sebelum mengkomersialkan peralatan berkenaan.

Sumber – Berita Harian – Varsiti

Pengakap UlAM timba pengalaman di Thailand
PENGALAMAN menyertai Jambori Pengakap Tempatan Kebangsaan Thailand di Kem Pengakap Vajiravut, Sriracha Cholburi, Thailand, baru-baru ini, menjadi kenangan manis sekumpulan mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Penyertaan julung kali mahasiswa UIAM mewakili negara itu mendedahkan mereka penganjuran program di peringkat antarabangsa.

Jambori julung kali dianjurkan itu disertai Iebih 4,000 pengakap Thailand dan 150 antarabangsa termasuk dari Indonesia, Bhutan, Vietnam, Kemboja, Jepun dan Nepal.

Program lima hari empat malam itu dilihat sebagai wadah memperkayakan modal insan, selain memberi peluang pelajar berkongsi pengetahuan serta pengalaman dengan rakan sebaya dari negara lain.

Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai aktiviti seperti projek perintis, rekreasi, pemuliharaan alam sekitar, sains dan teknologi, kraftangan dan sukan.

Aktiviti berkonsepkan perpaduan turut diterapkan di kalangan peserta melalui aktiviti dan malam kegemilangan kebudayaan dari setiap negara peserta.

Pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan, Mohd Solehuddin Ahmad Derifaee, 22, berkata jambori itu dapat mempertingkat jati diri dan menggembleng semangat berpasukan di kalangan pemimpin muda.

Rakannya, Mohd Zaki lshak, 21 , berkata selain menyemai dan memupuk nilai murni, program itu juga menyedarkan golongan muda kepentingan hidup dalam suasana harmoni dan tolong-menolong.

”Aktiviti perkhemahan adalah satu cara terbaik untuk membentuk remaja mempunyai daya kepemimpinan, berdikari dan bermotivasi tinggi,” katanya.

Sementara itu, pelajar tahun akhir Jurusan Teknologi Maklumat, Mohd Ammar Hidayat, 23, berkata program itu dapat membentuk remaja lebih bersedia mengharungi kehidupan cemerlang kerana ia mendedahkan peserta aktiviti berbentuk rekreasi dan gerak kerja berkumpulan.

Katanya, pembabitan mereka dalam program itu dapat melahirkan semangat patriotisme, kerjasama dan nilai persaudaraan.

Program anjuran Persatuan Pengakap Diraja Thailand itu dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Boon Jong Wong Tai Rat.

Hadir sama Ketua Kontingen Malaysia, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kelantan, Shaikh Fadillah Shaikh Harun dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia Mohammad Faisal Hashim.

Sumber – Berita Harian – Varsiti

E-undi permudah pengundian
Pengundian secara elektronik atau E-undi ketika pilihan raya kampus merupakan antara proses yang semakin mendapat tempat di IPT di negara ini.

Antara yang menggunakan E-Undi ialah Universiti Malaya (UM), UPM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UIAM.

Bagi mengetahui sejauh mana penerimaan para mahasiswa terhadap sistem itu, Utusan Malaysia baru-baru ini mendapatkan pandangan mahasiswa yang memilih secara E-Undi pada pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM sesi 2009/2010, Khamis lalu.

Seorang penuntut, Ubaid Abd Aziz, 23, berkata dia gembira dapat menggunakan sistem E-Undi untuk kali ketiga.

Penuntut tahun tiga Kulliyyah Ilmu Wahyu itu berkata, sistem itu mempermudahkan cara mengundi dan mempercepatkan pengumuman keputusan calon yang menang.

“Kempen di fakulti berlangsung baik, cuma saya tidak berkesempatan menghadiri majlis dialog dan pengucapan awam,” katanya sambil menyifatkan kempen tujuh hari sebelum hari pengundian berjaya menghangatkan pilihan raya sesi ini.

Penuntut Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Psikologi), Zatil Arifah Mohd Amin, 24, pula lega dan puas dapat menggunakan sistem E-Undi dan kini memahami mengapa satu undi itu penting pada setiap pilihanraya umum.

“Sistem E-Undi ini menjadi akses kepada saya dengan dunia teknologi terkini, cuma saya harap setiap keputusan tidak disalahgunakan ketika pengiraan undi dijalankan secara automatik.

“UIAM melaksanakan sistem ini sejak tujuh tahun lalu dan ia terbukti berkesan tanpa mengganggu waktu belajar,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Fakhriyyah Ibrahim, 23, berkata perjalanan pilihanraya kampus tahun ini lancar seperti tahun-tahun sebelumnya termasuk dibantu dengan kemudahan E-Undi.

Penuntut tahun empat ijazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Fiqh dan Usul Fiqh) itu berkata, kempen kali ini lebih meriah kerana ia turut dilakukan melalui laman sosial seperti Facebook, Friendster dan laman blog calon yang bertanding.

“Dengan laman sosial itu, saya lebih mengenali calon yang bertanding. Pandangan ramai mengenai calon faktor penting untuk mengenali calon selain membaca manifesto mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM, Professor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, 42 calon bertanding bagi merebut 39 kerusi yang dipertandingkan pada pemilihan Khamis lalu.

Pilihan raya itu menyaksikan calon-calon yang dikenali sebagai pro aspirasi menguasai majoriti kerusi dipertandingkan.

Seramai 13 calon pro aspirasi memenangi kerusi yang dipertandingkan di kampus Gombak termasuk satu di Kuantan.

“Calon yang menang dijangka membentuk barisan kepimpinan MPP baru dalam tempoh satu hingga dua minggu ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nik Ahmad Kamal berkata, jumlah pelajar yang keluar mengundi tahun ini menyaksikan sedikit penurunan iaitu 59 peratus berbanding tahun lalu iaitu 66 peratus.

Sumber – Utusan 28 Januari