Islam Itu Indah

7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak
Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. Namun, sebagai ibu bapa terutama yang masih mempunyai anak-anak kecil, ada beberapa perkara yang perlu diingat sama dalam perjalanan membesarkan mereka.

#1- Diri Sendiri Juga Perlu Belajar

Ramai yang inginkan anak-anak pandai membaca dan kenal alif, ba, ta di awal usia lagi. Ada yang menghantar anak sebelum masuk tadika lagi ke kelas fardu ain untuk memastikan anak-anak tak ketinggalan apabila masuk sekolah.

Tetapi, dalam kita seronok mendidik anak, jangan dilupa untuk mendidik diri sendiri. Jika sudah lupa tentang ilmu-ilmu asas dalam agama, sewajarnya juga kita belajar semula.

#2- Mempunyai Hubungan Yang Harmoni Dengan Pasangan

Hubungan yang harmoni bukan bermakna tidak bergaduh dan tidak ada masalah. Hubungan yang harmoni adalah apabila masalah timbul, kedua-dua pihak cuba mencari jalan untuk mencapai ketenangan semula. Bukankah tujuan utama pernikahan adalah mencapai kesimbangan dan ketenangan? (Baca lanjut Usahakan Sakinah Dalam Rumah Tangga)

#3- Ketepikan Perkara Yang Tidak Bermanfaat Untuk Anda Dan Anak-anak

Antara cabaran ibu bapa sekarang adalah gajet. Sesetengah ibu bapa sudah tidak mampu mengawal waktu skrin anak-anak apabila larangan kerap kali mengundang amukan dan keadaan yang cukup mengharu-birukan.

Namun, perubahan perlukan latihan. Sebagaimana anda inginkan anak-anak tidak hanya melekat dengan gajet, begitu jugalah anda sebagai ibu bapa perlu melakukannya. Jika kerja anda kerap memerlukan anda bersama gajet, maka berilah penjelasan pada anak-anak bahawa anda perlu bekerja menggunakan gajet, kemudian wujudkan waktu tanpa gajet sejam atau dua dalam sehari untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.

#4- Ajarkan Mereka Tentang Akhlak Islam Dengan Memberi Teladan Yang Baik

Baginda diutuskan kepada umat Islam untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Maka, akhlak bukan perkara yang patut diambil ringan. Ia juga bukan perkara yang boleh difahami dan diketahui sendiri oleh anak-anak.

Contoh mudah adalah apabila anda marahkan anak-anak melakukan sewenang-wenangnya di rumah orang, sedangkan anda belum mengajarkan kepada mereka tentang adab-adab menziarahi orang. Jika sudah diajar sekalipun, ia perlu diulang-ulang kerana kanak-kanak juga boleh lupa dek banyak perkara yang menarik minat mereka.

#5- Bersikap Ihsan Dan Rahmah Terhadap Mereka

Anak-anak masih budak-budak, jadi usah melayan mereka seperti kita sedang melayan seorang manusia dewasa. Mereka berhak dilayan mengikut fasa usia mereka. Bersikaplah ihsan iaitu layan mereka dengan cara yang terbaik dan sesuai. Sayangi mereka tanpa syarat. Sayangi juga pasangan kerana kesannya juga boleh dirasai oleh anak-anak.

#6- Ajar Mereka Untuk Berani Bersuara

Berani bersuara tidak bermakna bersuara dengan kasar dan tanpa adab. Berani bersuara adalah berani menyuarakan perasaan, idea dan pendapat. Usah menganggap apabila mereka mempersoalkan sesuatu, mereka bertindak biadab. Ajarkan mereka cara yang sesuai. Hal ini boleh memupuk mereka untuk berbincang dengan sihat dan tidak memendam emosi.

#7- Berdoa Kepada Allah Agar Anak-anak Sentiasa Dalam JagaanNya

Ada masanya anda tidak dapat melindungi dan memantau anak-anak 24 jam dalam sehari. Mereka juga ada kebarangkalian terdedah dengan unsur-unsur negatif setelah berada di luar rumah apabila berjumpa dengan ramai orang.

Berdoalah kepada Allah agar mereka sentiasa dilindungi daripada sebarang keburukan. Kita hamba yang punyai keterbatasan kudrat dan kemampuan. Maka, serahkanlah selebihnya kepada Allah Yang Maha Mentadbir Urusan makhluk-makhluknya.

Perjalanan membesarkan anak-anak sebenarnya mendidik kita menjadi lebih matang dalam pelbagai perkara. Ambillah peluang untuk belajar setiap hari. Maafkan kelemahan dan kesilapan yang lalu dan terus bersemangat untuk jadi ibu bapa yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: tzkrh.com

The post 7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak appeared first on Islam Itu Indah.

Untuk Anda Yang Sedang Patah Hati, 6 Perkara Ini Harus Dititikberatkan
Orang yang pernah patah hati dan terluka sahaja tahu bagaimana perasaan yang cedera walau lukanya tak nampak dek mata kasar, baik ia kerana kehilangan, perpisahan atau boleh jadi juga pengkhianatan. Badan terasa berat, fikiran jadi bercelaru dan diri seakan-akan tidak tahu lagi bagaimana cara untuk tersenyum. Anda sebenarnya sedang melalui fasa grief atau hiba. Buat anda yang sedang patah hati, enam perkara di bawah harus dititikberatkan untuk sembuh semula.

#1- Semak Suara Hati Anda Adakah Ia Seimbang

Dalam keadaan hati sedang sakit dan terluka, cukup mudah untuk ia mempengaruhi apa yang kita fikirkan. Mungkin ada suara-suara dalam minda anda menyalahkan diri dan berkata yang buruk-buruk tentang diri sendiri.

Setiap kali hati dan fikiran mula berfikir ke arah yang negatif, ingat semula bahawa menyalahkan diri pada masa sekarang tidak akan mengubah apa-apa bahkan akan menambah lagi luka. Banyakkan ingatan kepada Allah. Latih ia berkali-kali sehingga menjadi tabiat.

Selain itu, elak daripada bertanya soalan, “Mengapa hal ini terjadi kepada aku?”, tetapi tanya soalan, “Apa yang dapat aku pelajari daripada perkara ini?”.

#2- Salurkan Emosi Anda Ke Arah Yang Sihat

Dalam fasa-fasa hiba, akan ada masanya emosi jadi terlalu besar. Anda rasa ingin menjerit dan menangis sepuas-puasnya. Tidak salah untuk melepaskan emosi tersebut. Tapi, carilah tempat yang mendamaikan yang boleh membantu emosi anda untuk reda semula.

Anda juga boleh menulis isi hati yang mungkin tak sempat diluahkan kepada seseorang. Kemudian, anda boleh mengoyak dan membuangnya. Walaupun ia tidak sampai kepada orang tersebut, dan tidak mengubah keadaan secara drastik, daripada sudut psikologi, ia boleh menjadi simbolik anda ingin melepaskan hal yang membelenggu minda.

#3- Pastikan Anda Dapatkan Cahaya Matahari Lebih Kerap

Apabila berada dalam keadaan sedih, badan kita selalunya dalam keadaan yang lemah. Hilang selera makan, tidak mahu bangun dari katil dan tidak mahu melakukan aktiviti apa-apa.

Tetapi, setidak-tidaknya, carilah cahaya matahari di luar rumah. Peruntukkan 20 hingga 30 minit setiap hari berjemur dan mendapatkan cahaya matahari ketika naik dan ketika tenggelam. Percayalah, anda akan dapat rasai kelainannya. Badan akan lebih segar, dan tidur pada waktu malam juga akan lebih mudah.

#4- Mulakan Aktiviti Baru

Rutin yang berbeza boleh mendatangkan perasaan yang baru. Dalam keadaan hati sedang patah, anda akan kerap teringat dengan rutin sama yang pernah dilakukan dahulu.

Apa kata cuba perkara baru yang anda pernah ingin buat tapi tak pernah ada masa. Memang, keseronokan tidak akan datang sekelip mata, tetapi sekurang-kurangnya anda dapat memecah rutin dan kebuntuan. Apabila masa berlalu, anda akan jadi lebih selesa dengan aktiviti baru ini.

#5- Beri Masa Pada Diri Sendiri

Akhirnya, beri masa pada diri sendiri dalam menjalani proses penyembuhan hati. Anda tidak perlu bersaing dengan sesiapa. Dan fasa hiba juga memang ada naik turunnya. Ada hari anda rasa semakin pulih, ada hari anda seperti kembali ke garis mula. Ia menyakitkan, tetapi percayalah akan tiba masa hati anda akan jadi lebih ringan.

#6- Tidak Ada Yang Mustahil Dengan Kuasa Allah SWT

Jika anda yang membaca adalah seorang muslim, anda harus percaya bahawa tidak ada yang mustahil dalam kuasa Allah. Percayalah Dia akan memberikan jalan keluar daripada setiap kesulitan jika anda terus bersabar. Allah tahu anda mempunyai hati yang baik, maka pasti akan dibalas juga dengan hal-hal yang baik.

Sumber: tzkrh.com

The post Untuk Anda Yang Sedang Patah Hati, 6 Perkara Ini Harus Dititikberatkan appeared first on Islam Itu Indah.

Elak Menyerabutkan Fikiran Sendiri Dengan Mengamalkan 7 Perkara Ini
Fikiran kita boleh jadi serabut apabila banyak perkara yang difikiran dan perlu diuruskan sekaligus. Tapi sebenarnya, anda boleh elakkan dari menyerabutkan fikiran dengan mengamalkan tujuh perkara di bawah. Kenapa saya gunakan perkataan ‘elak daripada menyerabutkan fikiran’? Kerana ia benda yang boleh dikawal oleh diri kita sendiri.

#1- Terima Realiti Hidup Sekarang

Terima realiti hidup dan jangan meratap-ratap mahupun berkeluh-kesah dengan perkara yang tidak ada. Berkeluh-kesah dengan apa yang tidak ada hanya akan menjemput rasa tidak bersyukur. Jika gaji sebanyak itu, maka sesuaikan cara hidup dan kehendak dengan jumlah tersebut. Fahamkan juga ahli keluarga, pasangan atau ibu bapa tentang kemampuan hidup sekarang hanya setakat itu sahaja.

Terima realiti hidup tidak sama dengan pasrah, tetapi kita berpijak pada realiti dan kenyataan sekarang, dalam masa sama terus berusaha meningkatkan mutu kehidupan.

#2- Jangan Mudah Percaya Dengan Perkara Yang Anda Dengar, Lihat Atau Rasa

Tak semua perkara yang anda dengar dan lihat itu betul, bahkan hal yang anda rasa dan fikirkan juga tak semestinya betul. Beri ruang kepada diri untuk bertenang dan mencari kefahaman yang sebenar tentang suatu perkara. Hal begini boleh mengelak fikiran anda menjadi serabut dengan berfikir hal yang belum pasti. Apa yang kita rasa, fikir, dengar dan lihat akan mempengaruhi tindakan, jadi tapis dengan baik apa yang anda rasa, fikir, dengar dan lihat.

#3- Kawal Perkara Yang Boleh Dikawal Sahaja

Kawal perkara yang boleh dikawal sahaja contohnya sikap sendiri, usaha sendiri, cara kita menguruskan kerja, keluarga dan lain-lain. Jangan menyerabutkan kepala dengan perkara yang tidak boleh dikawal seperti pandangan dan sikap orang.

Lepaskan perkara yang tak boleh dikawal. Pandangan orang terhadap kita bukan tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita hanya menjaga sikap dan kata-kata sendiri sahaja.

#4- Belajar Menunggu

Banyak perkara dalam hidup ini memerlukan proses dan tempoh menunggu. Orang yang memulakan perniagaan tidak akan senang sekelip mata, mereka perlu berusaha dan menunggu. Orang yang sedang belajar juga perlu menunggu sebelum memperoleh segulung sijil. Untuk beli kereta dan rumah pun, kita perlu menunggu hingga kewangan benar-benar stabil, bukan naik gaji sahaja terus selera pun jadi besar.

Pendek kata, menunggu bukan perkara yang buruk. Usah terperangkap dengan instant gratification (ganjaran segera) yang banyak dipaparkan di media sosial hari ini. Apabila kita sudah faham bahawa banyak perkara perlu menunggu, maka fikiran juga tidak akan cepat serabut memikirkan perkara yang kita belum dapat.

#5- Jangan Peningkan Kepala Dengan Hal Yang Tidak Berkaitan Anda

Lihat kehidupan seharian kita, berapa banyak masa dihabiskan dengan mengambil tahu kisah kehidupan orang lain – hal rumah tangga orang, perceraian orang, perbalahan orang, gaji orang, harta orang dan segala macam hal yang tidak berkaitan dengan anda.

Adakah hal ini mendatangkan manfaat pada kehidupan sendiri? Jika jawapannya tidak bahkan lebih banyak keburukan, maka jauhkanlah dari memeningkan kepala dengan hal-hal begini. Silap hari bulan, hubungan anda dengan pasangan pula boleh jadi keruh apabila perbualan tentang hidup orang lain bertukar menjadi perselisihan kerana pandangan yang berbeza.

#6- Jangan Menagih Kebahagian Dan Kegembiraan Dari Sesiapa, Anda Boleh Menciptanya Sendiri

Orang yang menagih kebahagiaan dan kegembiraan adalah orang yang hanya melihat perbuatan orang lain yang kena dengan kehendaknya sahaja yang boleh buat dia bahagia. Kita bahagia apabila pasangan kita buat begini dan begitu. Kita tak gembira disebabkan rakan buat begini dan begitu. Dalam tak sedar, kita meletakkan kegembiraan dan kebahagian bergantung kepada orang lain bukan diri sendiri. Jadi, apabila mereka tak melakukan seperti yang kita harapkan, kita jadi tak gembira dan bahagia.

Kegembiraan dan kebahagian sebenarnya boleh diusahakan oleh diri sendiri. Tanya diri semula, apa yang boleh membuatkan diri anda bahagia tanpa melibatkan orang lain. Adakah anda gembira apabila anda boleh memasak hidangan yang sihat? Adakah anda gembira apabila boleh belanja pasangan sekali-sekala? Adakah anda gembira jika rumah dalam keadaan kemas?

Jika sesekali anda perlukan bantuan orang untuk merealisasikannya, itu tidak mengapa, kerana ia bukan kebergantungan, ia hanya bantuan, jadi bezakannya.

#7- Jangan Mudah Terasa, Tidak Semua Perkara Perlu Diambil Serius

Ada akan mudah rasa serabut apabila mudah terasa hati. Kadang-kadang orang tidak berniat pun hendak menyakiti hati kita, atau kata-katanya hanya sekadar di bibir sahaja, tetapi kerana kita mengambilnya serius, hati mudah terasa, dan fikiran jadi tidak tenang.

Bezakan antara gurauan, cakap-cakap kosong, nasihat yang baik, kritikan yang membina atau kritikan yang menjatuhkan. Tidak semua perkara ini perlu diambil serius, ambillah yang perlu sahaja. Tidak semua perkara perlu dianggap sebagai serangan peribadi buat diri. Belajar untuk tidak mempedulikan kata-kata orang seandainya ia tidak beri manfaat buat diri kita.

Kesimpulannya, fikiran jadi serabut bukan kerana orang lain. Kadang-kadang kerana tindakan yang kita pilih dan lakukan sendiri. Keserabutan fikiran boleh dikurangkan apabila kita lakukan perkara di atas, InsyaAllah.

Sumber: tzkrh.com

The post Elak Menyerabutkan Fikiran Sendiri Dengan Mengamalkan 7 Perkara Ini appeared first on Islam Itu Indah.

Bolehkah Pilih Jalan Jauh Untuk Solat Qasar?
Umum mengetahui terdapat keringanan yang disediakan buat umat Islam yang bermusafir untuk menunaikan solat, iaitu solat qasar. Solat qasar ialah memendekkan solat, iaitu daripada empat rakaan kepada dua rakaat.

Salah satu syarat untuk menunaikan solat qasar ini adalah apabila perjalanan yang dilalui mencapai kadar 81km.

Hikmah bagi keringanan ini adalah kerana perjalanan yang jauh bukanlah suatu yang mudah, sekalipun masa telah berubah dan banyak kemudahan yang sudah wujud berbanding musafir pada zaman nabi dan para sahabat dahulu. Suatu perjalanan yang jauh masih lagi akan memenatkan tubuh badan, terutama pada musim-musim cuti umum dan perayaan.

Namun, timbul persoalan adakah kita boleh memilih jalan yang lebih jauh untuk sampai ke suatu destinasi atas alasan untuk mendapatkan keringanan solat qasar. Adakah hal ini dibolehkan?

Bagi Mazhab Syafi’i, soal memilih jalan ini ada dua keadaan.

Pertama, jika dia memilih jalan yang lebih jauh (melebihi 81 km) berbanding jalan yang dekat (tidak melebihi 81 km) kerana sengaja untuk mendapatkan kemudahan qasar, maka dia tidak boleh mengqasarkan solat.

Kedua, jika dia memilih jalan yang lebih jauh kerana ada sebab yang kukuh seperti lebih jimat bayaran tol, lebih selamat atau untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas maka dia boleh melakukan solat qasar.

Perkara ini disandarkan kepada kenyataan Imam al-Nawawi:

ولو كان لمقصده طريقان طويل وقصير فسلك الطويل لغرض كسهولة أو أمن قصر وإلا فلا في الأظهر

Maksudnya: “Jika tempat tujuannya memiliki dua jalan, salah satunya jauh manakala yang satu lagi dekat lalu dia mengambil jalan yang jauh kerana tujuan-tujuan tertentu seperti lebih mudah atau lebih selamat maka harus dia mengqasarkan solatnya. Adapun jika dia lakukannya tanpa sebab maka tidak boleh dia mengqasarkan solatnya”

Ulama’ Mazhab Syafi’i juga menyamakan orang yang sengaja memilih jalan jauh untuk menqasarkan solat seperti orang yang memanjang-manjangkan langkah (berjalan ke kiri dan ke kanan), dan ini jelas tidak dibolehkan.

Hukum ini juga diambil berdasarkan kaedah yang disebut oleh Imam al-Zarkasyi:

أن تَعاطي سبب الترخص لِقصْد الترخص لا يُبيح

“Sesungguhnya sengaja mengambil sebab-sebab rukhsah untuk membolehkan rukhsah tidak dibolehkan“

Justeru, semak perjalanan kita dan pastikan ia telah mencapai syarat-syarat yang dibolehkan untuk qasar. Semoga kejujuran dalam beramal lebih membuatkan ibadah kita bernilai di sisi Allah SWT.

Sumber: tzkrh.com

The post Bolehkah Pilih Jalan Jauh Untuk Solat Qasar? appeared first on Islam Itu Indah.

Keindahan Berbicara Mengikut Sunnah Rasulullah
Ali bin abi talib pernah berkata “janganlah engkau mengatakan sesuatu yang engkau sendiri tidak suka mendengarnya jika orang lain mengatakan kepada engkau”.Kata-kata mutiara ini apabila kita renungkan kembali ianya sangat berkait rapat dengan cara kita berkomunikasi dalam kehidupan seharian.Setiap hari, kita pasti akan berinteraksi dengan ramai orang sama ada bersama keluarga,kawan-kawan mahupun kenalan yang baru kita kenal.

Oleh itu,pentingnya kita mengamalkan adab-adab bercakap kerana ia mampu memperkuat dan memelihara hubungan sosial yang sihat.Individu yang bijak dalam menerapkan adab berbicara bukan sahaja pandai dalam memilih kata-kata supaya dapat menciptakan hubungan yang lebih akrab bahkan dapat mencegah konflik yang mungkin timbul akibat perselisihan faham.Dalam Islam, berbicara tidak hanya dipandang sebagai bentuk komunikasi, tetapi juga sebagai suatu perbuatan yang memerlukan adab dan etika tertentu yang menjadi wahana untuk meningkatkan kualitas diri.Oleh hal yang demikian, bagaimanakah menjadi individu muslim yang sesuai dengan syariat islam dalam berbicara?

Dalam hal ini,sudah pasti idola kita Nabi Muhammad SAW dianggap sebagai peribadi yang termulia dan menjadi rujukan utama bagi umat Muslim karena ajaran dan perilakunya yang luhur. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qalam ayat 4 menyatakan, “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang tinggi.” Hal ini menegaskan bahwa Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak yang mulia, yang menjadikannya teladan bagi umat manusia. Beliau adalah model terbaik dalam membangun peradaban serta menunjukkan keperibadian dan akhlak yang baik sebagai bagian dari rahmat bagi seluruh alam.

Bercakap Perkara Yang Baik

Nabi Muhammad SAW pernah menjawab pertanyaan masyarakat mengenai asbab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk syurga dengan mengarahkan, “Taqwa kepada Allah SWT dan berakhlak mulia.” Selain itu, terhadap pertanyaan masyarakat yang paling banyak mengakibatkan orang masuk neraka, Nabi Muhammad SAW menjawab dengan, “Mulut dan kemaluan.” (Hadits Riwayat Timidzi).

Jika kita perhatikan pada hari ini betapa ramainya yang bercakap tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan yang akan timbul daripada mulut sendiri.Contoh mudah yang boleh kita ambil seperti di media sosial. Apabila kita melihat sesuatu berita di media sosial, kita sering mengulas sesuatu perkara itu berdasarkan ekspetasi dan perasaan tanpa kita sedari ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu tersebut seperti buli siber.Oleh kerana itu,Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya supaya menahan lidah dengan diam dan hanya berkata perkara yang baik sahaja.

Bercakap Dengan Jelas dan Mudah Difahami

Sekiranya berada dalam bidang dakwah penuturan kata-kata yang baik amatlah penting dalam memberi kesan yang mendalam supaya dapat menarik minat pendengar dengan keindahan dan kebenaran islam.Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A berkata:Tutur kata Rasulullah sangat teratur ,untaian demi untaian kalimat tersusun dengan rapi,sehingga mudah difahami oleh orang yang mendengarkannya.”(HR.Abu Daud). Oleh itu,Berbicaralah dengan jelas dan tidak tergesa-gesa supaya apa yang diperkatakan dapat difahami oleh pendengar dengan jelas.Tambahan lagi,ada hadis yang meriwayatkan,Rasulullah mengulangi perkataannya sehingga tiga kali sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu amat penting.

Menjauhi Kata-kata Buruk Seperti Mencela, Melaknat dan Mengeji

Dalam hadis riwayat Tirmidzi,Rasulullah SAW mengatakan bahawa seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencela,melaknat atau berkata-kata keji.Berdasarkan hadis ini Rasulullah SAW dengan tegasnya melarang umatnya berkata sesuatu yang menyakiti atau merendahkan orang lain.kebiasaanya lidah yang sering mengeluarkan kata-kata yang buruk ini adalah gambaran kepada kekotoran hati.Jika hati kita penuh dengan kebaikan dan unsur-unsur yang positif,maka lidah kita akan mencerminkan dengan kata-kata yang baik.Saidina Abdullah Al Mubarak ada berpesan di dalam Kitab Qalbun Salim karangan Sheikh Abdul Qadir Abdul Muthalib al-Mandili supaya menjaga lidah kerana sesungguhnya lidah sangat cepat membunuh seseorang.Lidah adalah utusan hati yang menunjukkan akal seseorang.

Kesimpulannya,dalam kehidupan sehari-hari pentingnya menjaga adab berbicara supaya dapat menjaga lidah dan hati daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakiti perasaan orang lain tanpa kita sedari. Meskipun terlihat sebagai hal yang kecil, keindahan berbicara memiliki kelebihan dan dampak yang besar. Seperti yang disebutkan dalam pepatah Arab, “Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus.” Oleh karena itu, menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam berbahasa dapat membawa dampak positif dalam membangun kehidupan bermasyarakat yang lebih harmonis dan penuh kasih-sayang.Sebagaimana ALLAH S.W.T telah berfirman di dalam al-quran surah An-Nisa ayat 80:

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّـهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah kamu berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).”

Dengan menjaga lidah dan hati, serta mengikuti teladan Rasulullah yang mengajarkan untuk berbicara dengan baik, kita dapat menciptakan lingkungan yang lebih damai dan mengelakkan konflik dalam kehidupan bermasyarakat.

Auni Dalila

Universiti Sains Islam Malaysia

The post Keindahan Berbicara Mengikut Sunnah Rasulullah appeared first on Islam Itu Indah.

5 Akibat ‘Meninggalkan’ Al-Quran
Al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk bagi manusia memahami tanggungjawab dirinya diciptakan di atas dunia. Dengan Al-Quran, manusia boleh menjumpai makna dan sebab mengapa dirinya bernyawa setiap hari. Dengan Al-Quran juga, kita tidak hilang arah apabila ujian hidup datang menimpa.

Kerana itu salah satu rukun iman ialah beriman dengan Rasul dan apa yang disampaikan oleh Rasul. Mereka menyampaikan kalimah-kalimah kebenaran daripada Allah SWT yang hari ini boleh dipegang, dilihat dan dibaca.

Tetapi ada juga ancaman kepada mereka yang ‘meninggalkan’ Al-Quran iaitu yang tidak percaya dan mengingkari apa yang telah diberitahu melalui Al-Quran.

#1- Kesesatan Yang Nyata (ضَلَالٍ مُّبِينٍ)

وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

“Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata” (Surah Ali-Imran, 3:164)

#2- Dada Yang Sempit (ضَيِّقًا حَرَجًا)

“…Nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al’An’am, 6:125)

#3- Kehidupan Yang Sempit (مَعِيشَةً ضَنكًا)

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Surah Taha, 20:124)

#4 – Hati Menjadi Keras (فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ)

“…setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” (Surah Al-Hadid, 57:16)

#5 – Lupa Melakukan Kebaikan Untuk Menyelamatkan Diri

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka.” (Surah Al-Hasyr, 59:19)

Al-Quran adalah panduan dan penyelamat. Al-Quran membawa kesembuhan kepada yang sakit, penerang bagi keadaan yang ‘gelap’, melapangkan yang sempit. Di akhirat kelak, Al-Quran akan menjadi hujah bagi umat yang beriman dengannya.

Sumber: tzkrh.com

The post 5 Akibat ‘Meninggalkan’ Al-Quran appeared first on Islam Itu Indah.

Bagaimana Untuk Mendapat Kemudahan Ketika Hisab Di Akhirat?
Hari Hisab ialah suatu hari di akhirat kelak di mana segala amal manusia akan dikira, diaudit dan diberi balasan. Tidak ada satu pun amalan yang akan terlepas daripada perhatian dan pengetahuan Allah.

Tidak ada orang yang boleh disogok untuk menyembunyikan dosa dan kejahatan yang dibuat. Tidak ada peguam bela yang boleh dibayar dengan wang yang banyak untuk membela kita. Tidak ada orang yang dapat membantu dan melepaskan kita daripada ‘pertuduhan’ ketika di dunia, hatta teman rapat, ahli keluarga atau kaum kerabat.

Pada hari itu, Allah akan menunjukkan keadilan yang sebenar-benarnya yang tidak pernah wujud di dunia.

Jika waktu itu segala perbuatan dibongkar di hadapan Allah SWT, dan kita memiliki dosa lebih banyak daripada pahala, maka siapakah yang dapat menyelamatkan kita?

Rasulullah SAW pernah memberitahu ada beberapa amalan yang jika dilakukan ketika di dunia, Allah akan membebaskan kita daripada kesulitan ketika di akhirat. Berikut antara amalan tersebut:

1. Mengeluarkan Orang Daripada Kesulitan

2. Memberi Kemudahan Kepada Orang

3. Menutup Aib

Kemudahan bagaimana yang akan Allah berikan di akhirat? Pastilah kemudahan yang besar nilainya, kemudahan dan pertolongan yang benar-benar diperlukan oleh seorang manusia yang sedang berhadapan dengan segala macam jenis pertuduhan.

Tiga amalan yang disebutkan di atas adalah bersandarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.

Allah akan selalu menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya sesama muslim. Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga baginya. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan mereka akan diturunkan ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisiNya menyebut-nyebut mereka. Barang siapa yang ketinggalan amalnya (kurang), maka keturunannya tidak akan dapat meninggikannya (menambah amalnya).” (HR Muslim, no. 4867 – Status Hadis Sahih)

Bahkan sebenarnya, Allah bukan sahaja akan memberikan kemudahan di akhirat tetapi di dunia.

Bahagian penghujung hadis menyebut juga tentang amalan penting lain yang boleh dilakukan seperti:

1. Keistimewaan Orang Yang Mencari Ilmu

Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan jalan ke syurga.

2. Keistimewaan Orang Yang Berkumpul Di Masjid Untuk Membaca Al-Quran Dan Mempelajarinya

Mereka akan dikurniakan ketenangan, rahmat, dan dikelilingi para malaikat, serta Allah menjadikan nama orang ini disebut oleh makhluk yang berada di sisiNya.

Ada banyak cara yang Allah sediakan yang dapat membantu hamba-hambaNya pada hari akhirat. Hanya tinggal kita ingin melakukannya atau tidak. Jangan tunggu sehingga Allah bertanya di akhirat kelak, kerana kita pasti tidak dapat menjawab.

Sumber: tzkrh.com

The post Bagaimana Untuk Mendapat Kemudahan Ketika Hisab Di Akhirat? appeared first on Islam Itu Indah.

Siapa Makhluk Yang Terakhir Akan Dicabut Nyawa
Setiap kehidupan di dunia ini pasti mempunyai tarikh luput. Apabila sampai masanya, pasti tarikh itu akan datang dan menamatkan kehidupan tersebut. Begitu juga dengan manusia yang akan mati.

Bukan sahaja manusia yang akan tamat kehidupannya di muka bumi ini, bahkan makhluk ghaib seperti malaikat juga akan dicabut nyawanya.

Tahukah anda siapa makhluk terakhir yang akan dicabut nyawanya? Jawapannya adalah malaikat pencabut nyawa.

Peristiwa Sebelum Kiamat

Sebelum dunia ini hancur, Malaikat Israfil akan melakukan tiupan sangkakala sebanyak dua kali.

Tiupan yang pertama akan mengejutkan seluruh makhluk sehingga menyebabkan kematian mereka, manakala untuk tiupan yang kedua akan menghidupkan kembali manusia untuk dihisab amalan-amalan mereka.

Mafhum: “Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya), kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-maisng).” (Surah Az-Zumar, 39:68)

Imam Ibnu Katsir menyebut – “Tiupan ini adalah tiupan kematian di mana penghuni langit dan bumi yang hidup akan mati kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Ini sebagaimana yang telah disebut penegasan hadis yang mahsyur. Kemudian, baki ruh makhluk digenggam sehingga makhluk yang mati paling akhir adalah Malaikat Maut. Dan tinggallah Rabb yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri.”

Pandangan ulama lagi menyebut kematian penduduk langit diikuti dengan Malaikat Jibril, Israfil, pembawa Arasy dan yang terakhir adalah yang malaikat pencabut nyawa.

Kesimpulannya di sini ialah, Malaikat Maut ialah yang terakhir akan mencabut nyawanya sendiri sebelum semua makhluk dibangkitkan semula untuk dihisab.

Wallahu a’alam

Sumber: tzkrh.com

The post Siapa Makhluk Yang Terakhir Akan Dicabut Nyawa appeared first on Islam Itu Indah.

Nabi Adam AS Makan Buah Terlarang Kerana Dipujuk Hawa Hanya Mitos
Kisah Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa memakan buah yang dilarang dalam syurga ialah kisah zaman-berzaman yang diimani oleh umat Islam. Dalam kisah ini, dipaparkan bagaimana syaitan menghasut Nabi Adam dan Hawa untuk makan buah yang telah dilarang oleh Allah SWT.

Antara versi lain yang didengari ialah Nabi Adam AS telah terpujuk dengan desakan Hawa untuk makan buah larangan tersebut. Lalu kerana ingin menunaikan apa yang dipinta, maka akhirnya Nabi Adam AS juga telah makan buah itu.

Walau bagaimanapun, menurut hasil perkongsian Ustaz Adnin Roslan di Twitter nya, seorang penulis dan pendakwah berkelulusan Fiqh dan Usul, kisah tersebut ialah mitos yang dikutip daripada sumber bible. Antara petikan bible tersebut ialah:

“Perempuan itu melihat, bahawa buah pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagi pula pohon itu menarik hati kerana memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminya pun memakannya. Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu, bahawa mereka telanjang lalu mereka menyemat daun pohon ara dan membuat cawat. Ketika mereka mendengar bunyi langkah Tuhan Allah, yang berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap Tuhan Allah di antara pohon-pohonan dalam taman…” (Bible. Kejadian 3. 6-8)

Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada nas sahih Al-Quran, disebutkan dengan jelas bahawa Iblis menggoda mereka berdua dan bukan salah seorang sahaja.

“Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”. (Surah Al-‘Araf, 7:20)

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha 20:121)

Kerana peristiwa ini, kedua-duanya telah diturunkan ke dunia. Walau bagaimanapun, Allah telah menerima taubat mereka dan mempertanggung jawabkan pula dengan kehidupan di bumi.

Sumber: tzkrh.com

The post Nabi Adam AS Makan Buah Terlarang Kerana Dipujuk Hawa Hanya Mitos appeared first on Islam Itu Indah.

Doa Mendapat Pahala Dari Ujian Yang Dilalui
Ujian boleh menimpa manusia dalam keadaan yang disangka atau tanpa disangka-sangka. Tetapi yang lebih memberi impak pastilah suatu yang tidak kita jangka akan terjadi, yang boleh membuatkan seseorang terkaku dan terbungkam – terjatuh tangga, kematian yang tiba-tiba atau hilang duit dari bank tanpa sebarang notis transaksi.

Semakin besar ujian tersebut pada perkiraan kita, semakin besar kesan yang dirasai. Memang kita digesa supaya bersabar dan bersyukur dengan sebanyak-banyaknya, kerana itu adalah jalan keluar magik yang disediakan.

Tetapi, kita semua tahu bahawa proses sabar dan syukur bukan perjalanan yang lurus, bahkan berliku dan bersimpang siur. Ada hari kita rasa hati sudah boleh menerima, namun tidak mustahil ada hari kita sampai ke tahap tidak tahu apa sebenarnya makna syukur dan sabar.

Doa Yang Boleh Dijadikan Penguat

Dalam keadaan kita keliru dan tidak tahu bagaimana lagi untuk bersabar atau bersyukur, bacalah doa yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Ummu Salamah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا. إِلاَّ أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

“Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan;

“Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rooji’un. Allohumma’jurnii fii musibatii wa akhlif Lii Khoiron Minhaa”

Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik)’, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.

Malah ketika suami Ummu Salamah meninggal dunia, dia mengucapkan doa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Lalu akhirnya Allah SWT menganugerahkannya pasangan yang lebih baik iaitu Rasulullah SAW sendiri menjadi suaminya. Hadis yang disebutkan di atas diriwayatkan oleh Muslim, nombor 918.

Penguat Umat Islam Ialah Doa

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa dalam keadaan serba tidak berdaya, tidak tahu dan keliru sekalipun, penguat kita ialah doa. Mintalah supaya kita mampu menjadi lebih bersabar, mampu menjadi lebih bersyukur.

Tidak salah juga untuk meminta ganjaran pahala dan juga balasan lebih baik daripada apa yang telah hilang.

‘Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana untuk menjadi sabar, bagaimana untuk berasa syukur dalam keadaan diuji begini, namun engkau tahu, maka kurniakanlah aku rasa sabar dan syukur. Berilah ganjaran dari apa yang sedang aku lalui, berilah ganti yang lebih baik daripada apa yang hilang. Berilah aku kesembuhan dan rasa reda.”

Sumber: tzkrh.com

The post Doa Mendapat Pahala Dari Ujian Yang Dilalui appeared first on Islam Itu Indah.