novel ku ini
Music Album Online - AKU
Sementara itu di Bukit Subang Sophia, Ima dan Zaitun masih lagi menumpukan perhatian pada latihan mereka. Sophia dengan "Tendangan Super Sonic", Ima dengan "Nuclear Stick" dan Zaitun dengan "cannon Ball" dan "Little Blasting"nya. Masing-masing mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi penguasaan dan keampuhan senjata serta ilmu masing-masing. Mereka tak perlu merahsiakan lagi siapa diri mereka. Semua orang sudah sedia maklum dengan kemunculan "Dashing Doll". Keluarga mereka juga begitu. Tidak seperti superhero di layar perak yang kebanyakannya merahsiakan identiti.
Mereka kelihatan bersungguh-sungguh ketika ini. Mereka yakin yang kebolehan mereka boleh setaraf dengan Elius yang tak dapat mereka tewaskan. Selepas ini tentu ramai lagi yang akan mucul dan mereka pastinya berharap Elius adalah yang terkuat antara musuh-musuh mereka. Tetapi itu hanyalah harapan mereka semata-mata kerana kehebatan Elius adalah setanding dan setaraf dengan sembilan lagi orang kanan kumpulan 'Black Level'. Ini bermakna mereka terpaksa juga berdepan dengan musuh yang seampuh Elius selepas ini.Walaubagaimanapun, mereka juga menyimpan harapan akan ada keturunan Aramus yang lain muncul membantu mereka seperti yang berlaku di Menara Guan Teak Lim tempoh hari. Akan tetapi kehadiran orang itu menjadi misteri kepada mereka. Siapakah orang itu? Lelaki atau perempuan? Tua atau muda? Aramus atau bukan? Semuanya bermain di fikiran mereka semenjak tempoh hari. Sehinggakan kawan sekelas mereka yang baru itu sendiri mereka curigai.
Kecurigaan itu kembali menebal setelah apa yang mereka alami keesokan harinya semasa pulang dari sekolah.
Seperti biasa Sophia, Ima dan Zaitun berjalan pulang bersama. Seorang budak lelaki yang juga pulang dari sekolah bersama rakan-rakannya sempat menegur mereka. "Hei korang, apsal tak terbang je balik rumah. Kan cepat dan selamat..." Sambil rakannya yang lain ketawa terbahak-bahak.
Mereka bertiga hanya tersenyum mendengarnya kerana mereka sudah biasa dengan usikan sebegitu. Takde apa yang nak dimarahkan. lagipun budak-budak tu rakan sekolah mereka juga.
Tidak jauh dari sekolah mereka lebih kurang 300 meter,ada sebuah jejantas untuk pejalan kaki yang ingin melintasi landasan keretapi. Tidak ramai yang menggunakan jejantas itu kerana di seberang landasan adalah penempatan beberapa buah banglo mewah untuk orang-orang kenamaan.
Sedang mereka bertiga leka berjalan, ima ternampak kelibat Noor naik ke atas jejantas itu.
"Sophia, Tun... Ko tengok tu... Itu Noor kan... Rupanya dia tinggal kat perumahan elit seberang landasan tu la... Baru aku tau.." Ima menuding jari ke arah Noor yang sedang memijak beberapa anak tangga jejantas itu.
"Kalau macam tu, Noor ni anak orang kaya lah ye..." Zaitun pula bersuara di samping Sophia yang sedikit melopong.
"Selama ni dia tak bagi tau kita kan.. pastu kita mesti terlepas pandang time dia naik jejantas tu." Ima menyambung lagi sambil membetulkan begnya.
Sedang mereka bertiga berbincang tentang Noor, tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari celah-celah rumah kedai seberang jalan raya meluru pantas menaiki jejantas yang dinaiki Noor menggunakan lorong motosikal. Sejurus kemudian muncul pula seorang wanita mengandung dari celah rumah kedai yang sama menjerit meminta tolong.
"Sophia, itu kes ragut tu..." Zaitun mengagak situasi ketika itu.
Orang ramai di sekitar kawasan itu masih terpinga-pinga kecuali beberapa pemuda yang bergegas mendapatkan wanita yang sarat mengandung itu.
Jarak antara mereka bertiga dari tempat kejadian agak jauh. Lebih kurang 100 meter.
"Kau orang tunggu sini. Biar aku settle dulu benda tu." Sophia melepaskan sandangan begnya lalu dengan pantas meluru ke arah pemuda bermotosikal yang kini berada di tengah-tengah jejantas. Belum sempat sophia tiba, dinding konkrit di tengah jejantas itu tiba-tiba terburai dan sebuah motosikal bersama penunggangnya terhumban keluar lalu jatuh ke atas landasan keretapi. Apa yang mengerikan pada masa yang sama juga sebuah keretapi Komuter dari arah Kuala Lumpur merempuh dan menggilis penunggang motosikal yang kurang bernasib baik itu.
Sophia yang agak panik dengan kejadian itu mengesyaki sesuatu lantas meluru ke arah lubang konkrit pada jejantas. "Siapa punya kerja ni?" Bisik hati Sophia yang mendapati tiada sesiapa di situ. "Mana Noor?" Bisik hatinya lagi. Sophia berlari sepanjang jejantas menuju ke seberang landasan takut-takut Noor ada di situ.
Sophia Masih lagi tercari-cari di mana Noor berada. Kini dia betul-betul sangsi dengan kawan barunya itu. Sedang Sophia tercari-cari akan Noor, Ima dan Zaitun memanggilnya.
"Sophia...Sophia... Kau cari apa tu?" Zaitun memekik di seberang jejantas.
"Kau cari Noor ke?" Giliran Ima pula sambil menuding telunjuk pada seseorang di sebelahnya.
Alangkah terkejutnya Sophia apabila melihat Noor bersama-sama Ima dan Zaitun.
Sophia mendapatkan mereka kembali sambil bertanya pada Noor, "Noor, bukan ke kau dah naik jejantas ni tadi?"
"Memang aku dan naik, Tapi tak sampai tengah pun. Motor tu melintas dari belakang aku je aku patah balik.Aku turun tangga balik... Aku takut.. Motor tu laju sangat. Sikit lagi nak langgar aku. Sempat aku mengelak." Jelas Noor panjang lebar dengan nafas tersekat-sekat.
"Habis tu kau tak nampak ke sape yang campak orang tu ke bawah?" Tanya Sophia yang masih tak puas hati.
"Dah dia berlari turun tangga...mana la nampak" Ima menyampuk.
"emm..." Noor mengangguk.
Sungguh ngeri mayat peragut yang tersadai di tengah-tengah landasan. Tak sampai beberapa minit tempat itu dipenuhi dengan orang ramai. Noor memeluk Ima sambil menangis melihat mayat yang sudah tidak dapat di cam identitinya kecuali jika terdapat kad pengenalan pada mayat itu.
Sophia masih lagi sangsi dengan Noor. Baginya tangisan Noor itu hanyalah lakonan semata-mata. Dia memandang Noor dengan lirikan yang tajam. Baginya kini telah terjawab segala persoalan. Tiada apa lagi yang dapat disembunyikan lagi oleh Noor. Semasa kejadian tiada siapa kecuali Noor di jejantas itu. Mana mungkin motosikal itu boleh menembusi dinding konkrit yang begitu tebal dengan sendirinya kalau tidak dengan satu dorongan yang kuat daripada seseorang yang mempunyai tenaga yang luar biasa yang ada di situ. Siapa lagi selain Noor yang ada di situ? Sophia cuba menggunakan logik akalnya dalam memikirkan situasi sebentar tadi.
Tiba-tiba Sophia menarik tangan Noor yang masih berada di dakapan Ima lalu dibawanya Noor ke satu sudut yang tidak ramai orang. Noor yang ditarik dengan agak kuat oleh Sophia hampir tersungkur beberapa kali  tetapi Sophia tidak menghiraukan semua itu.
Ima dan Zaitun hairan dengan sikap Sophia.
"Noor... Boleh tak kau bagi tau kita orang siapa kau sebenarnya?!" Soalan Sophia yang pertama kepada Noor yang sedang melutut di depannya.
"Aku tak faham maksud kau Sophia...! Kenapa kau buat macam ni kat aku?! Apa salah aku?!" Noor menangis.
"Dah banyak benda pelik berlaku pada kau. Dari kata-kata kau di kelas hari tu, hinggalah ke peristiwa tadi.Kau ingat aku tak tahu semasa kami meninggalkan kelas untuk tugasan hari tu kau berada di bilik sakit dengan alasan kau sakit perut kan?" Di sekolah tadi ada rakan sekelas yang memberitahu Sophia perkara itu tetapi Sophia tidak menceritakan kepada Ima dan Zaitun.
Ima dan Zaitun ternganga mendengar kata-kata Sophia.
"Noor... Betul ke apa Sophia cakap?" Zaitun bertanya kepada Noor yang sudah berhenti menangis tetapi masih melutut.
"Ya...Memang aku sakit perut masa tu... Tapi aku masih tak faham kenapa kau orang tanya aku macam ni? Apa salah aku pada korang?!" Jawab Noor ringkas sambil menangis.
Sophia yang dari tadi membelakangi Noor lantas berpaling menerpa ke arah Noor.
"Noor, Kalau benar kau yang menolong aku hari tu, aku nak ucapkan terima kasih pada kau. Kalau bukan kau, aku harap kau boleh simpan rahsia ini. Aku tak nak paksa kau lagi lepas ni." Sophia membuat pengakuan yang pastinya mendatangkan kejutan buat Ima dan Zaitun.
Sophia kembali mendapatkan beg sekolahnya lalu meninggalkan rakan-rakannya. Sophia tertekan kerana terlampau ingin tahu siapa orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Manakala Ima dan Zaitun menenangkan Noor dan telah membuat keputusan untuk menceritakan semuanya kepada Noor. Barulah Noor faham kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa.
Noor Pulang ditemani oleh Ima dan Zaitun. Manakala Sophia hilang dari pandangan mereka degan sekelip mata.
Keadaan kembali tenang... Begitu juga situasi di landasan keretapi. Orang ramai kembali degan rutin harian amsing-masing setelah mayat peragut tadi dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
bayu lembut yang dari tadi membelai lembut pipi-pipi gebu Noor, Ima dan Zaitun semakin lama semakin deras dirasakan mereka. Debu-debu jalanan yang tidak tersapu oleh kontraktor pembersihan mula berpinar-pinar di ruang udara.Begitu juga dengan Pokok-pokok hiasan jalan yang selama ini menjadi warga lanskap Bandar itu mula menggugurkan daunannya kesan dek perubahan kelajuan angin yang semakin lama semakin deras. Awan gelap yang menyelubungi Bandar Metropolitan Sungai Buloh sudah tidak dapat menampung berat titik-titik air yang terkandung di dalamnya. Jatuh satu-persatu ke atas muka bumi. Orang ramai mula meninggalkan kawasan luar bangunan untuk mendapat perlindungan.
"Tiba-tiba je jadi macam ni… Kenapa yek? Setahu aku takde amaran ribut atau hujan lebat dikeluarkan oleh kerajaan sehingga sekarang ni." Zaitun bersuara sambil mereka bertiga meneruskan perjalanan ditengah kekalutan angin kencang dan renyai hujan.
"Tak payah risau lah…! Bukan selalu ada ribut macam ni. Fenomena ni berlaku sekali-sekala je… Tak perlu risau. Kejap lagi ok lah ni…!" Ima meninggikan suaranya kerana kederasan angin mengganggu pendengaran mereka. Noor hanya mendiamkan diri sahaja. Mungkin dia masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi antara dia dan Sophia.
Mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Noor. Ima dan Zaitun sama-sama memimpin Noor sambil Noor menunjuk arah mana yang harus mereka tuju. Baju seragam sekolah mereka sudah basah kuyup kerana hujan semakin lebat mengikut kelajuan angin.
"Jauh lagi ke Noor?!" Jerit Ima betul-betul di depan telinga Noor. Berdesing gegendang telinga dibuatnya.
"500 meter!" Jawab Noor dalam jeritannya yang tak kedengaran seperti jeritan.
"Kalau macam tu kita berteduh dulu lah...!" Cadang Zaitun.
"Kat mana?" Ima mendongakkan kepala ke arah Zaitun.
"Tu... Depan simpang tu sebelah kiri ada kedai makan tepi jalan." Noor yang fasih benar selok belok kawasan itu memberi cadangan kepada Ima dan Zaitun. Penglihatan ketika itu terbatas hanya beberapa meter sahaja.
Dalam kekalutan mereka mengharungi perjalanan ke tempat teduh, mereka tidak sedar ada sesuatu sedang menanti mereka. Bukan hanya Noor, Ima dan Zaitun, tapi seluruh penduduk bandar metropolitan Sungai Buloh tidak menyedari yang Bandar bersebelahan iaitu Kepong dan sebahagian bandar Elit Damansara sudah ranap di ratah Ribut dan hujan lebat yang mana sekarang ianya sedang mula merentasi bandar mereka pula.
Mereka hampir ke destinasi yang dituju iaitu kedai makan. Belum pun sempat mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam, tiba-tiba tanpa disengajakan Noor telah mendedahkan sesuatu perkara di luar dugaan yang akan berlaku.
Noor menahan tarikan tangan Ima dan Zaitun.
"Kekuatan angin akan meningkat 4 kali ganda dengan sekelip mata sepuluh minit lagi!! titisan hujan akan menjadi seperti butiran peluru!! Semua struktur di bandar ini akan tumbang dan runtuh dalam sekelip mata. Tiada tempat untuk berlindung!!"
Ima dan Zaitun terkejut mendengar Noor mengeluarkan ramalan sebegitu? Kenapa Noor ni? Macamana dia tahu benda tu? Betul ke tidak apa yang dikatakan Noor?
Langkah Ima dan Zaitun untuk memasuki kedai makan yang sudah menutup operasinya pada hari itu terbantut. Jari mereka berdua yang menggenggam pergelangan tangan Noor juga terlepas. Di tengah-tengah ribut dan angin kencang berserta hujan itu mereka bertiga berdiri sambil memandang antara satu sama lain. Ima dan Zaitun yang paling terkejut sekali di saat itu. Kenapa? Noor yang dari tadi mereka papah kerana kondisinya yang lemah kini boleh berdiri teguh dalam ribut yang berkelajuan 90 km sejam sama seperti mereka berdua yang memiliki kuasa luar biasa dan pastinya manusia biasa tidak boleh berbuat demikian.
Ditambah lagi dengan ramalan Noor terhadap situasi ketika itu. Ima dan Zaitun serba sedikit mula mengiakan sesuatu yang dulunya mereka tidak percaya tentang Noor. Beberapa orang awam yang sedang berteduh di kedai makan itu berasa hairan dengan ketiga-tiga budak sekolah itu. Mereka yang berada di dalam kedai makan itu pun terpaksa tunduk atau meniarap kerana tolakan angin yang begitu kuat juga berlaku di dalam bangunan. Apa lagi di luar bangunan!
"Noor!! Betulkah apa yang kau cakap tadi?!" Zaitun menjerit dari tempat dia berdiri.
"Ya..! macamana kau boleh tahu dan macamana kami boleh percaya?" Ima pula menyambung.
Noor memandang kedua rakan sekelasnya itu. Dia mengukir sedikit senyuman atas pertanyaan rakannya itu.
"Aku rasa aku tak sempat nak jawab soalan korang tu! Aku terpaksa lakukan ini demi orang selain kita. Yang penting sekarang adalah keselamatan keluarga korang, keselamatan keluarga aku dan keselamatan semua orang di bandar ni!! Korang berdua serta Sophia mungkin boleh terselamat dalam ribut ini. bagaimana dengan yang lain yang tiada kuasa luar biasa seperti kita!!"
"Kita?!"
Ima dan Zaitun terperanjat besar mendengar perkataan ‘kita’ yang terungkap dari mulut Noor.
"Jadi betullah kau yang selamatkan Sophia?" Ima begitu teruja sekali dengan penjelasan Noor.
"Aku tak cakap pun... Apa-apa hal tunggu aku balik10 minit lagi, baru aku ceritakan dari alif sampai yaa..ok?! " Noor menjawab selamba sambil mengikat erat tudung sekolah dibahagian lehernya. Hujung kain tudung yang panjang mencecah pinggang itu di juntaikan kebelakang. Baju kurung yang dipakai Noor terpisah dengan mudah dari tubuhnya setelah dia menarik baju itu dari bahagian depan menampakkan lapisan baju berikutnya yang merupakan T-shirt putih berlengan labuh ke siku. Kain pakaian seragam berwarna biru yang melitupi bahagian pinggang ke bawah disentak ke atas di bahagian pinggang. Maka tertanggallah kain biru itu dengan serta merta menampakkan seluar jeans berwarna hitam. Kasut sekolah berwarna hitam yang dipakai oleh Noor mengeluarkan tumit tinggi yang menambah sedikit ketinggian Noor. Akhir sekali Noor menyeluk saku sisi seluar jeansnya dan mengeluarkannya kembali. Kini kedua-dua tangannya disaluti dengan sarung tangan paras siku bewarna hitam.
Ima dan Zaitun kagum melihat transformasi Noor itu. Ditambah dengan keayuan wajah Noor yang dibasahi oleh tusukan hujan yang mengganas seiring ribut yang melanda, Cemburu sikit-sikit pun ada....
Noor memandang kearah Ima dan Zaitun sambil tersenyum.
"Apa kau nak buat Noor?" Tanya Ima dan Zaitun.
"Doakan aku berjaya hentikan ribut ni, ok? Aku pergi dulu... Assalamualaikum!!" Suara Noor tidak seperti biasa. Kini nada suaranya kedengaran agak meyakinkan. Noor tunduk dan memejamkan matanya. Kerut keningnya menunjukkan dia sedang fokus pada sesuatu. Angin tarikan dan hembusan nafasnya dapat dirasa lembut oleh Ima dan Zaitun yang berada tidak jauh dari situ.
"Ima, kau rasa tak tenaga dia?" Teriak Zaitun di sebelah Ima.
"Aku tak rasa kekuatan tenaga dia. Tapi aku rasa kelembutan dan keindahan kuasa yang dia lepaskan." Ima menarik nafas sambil menutup mata.
"Betul... Inilah Kawalan Tenaga Sejagat Asas Angin. Selembut Bayu, seindah daunan melambai, sekekal udara, sepantas ribut dan sekejam taufan." Zaitun mengungkapkan sesuatu yang pernah disampaikan oleh datuknya.
Ima membuka kelopak matanya perlahan-lahan sambil berkata dengan serius, " Tun, segala persoalan sudah terjawab. Inilah dia orang yang kita cari-cari. Jaga dia kat kelas nanti."
Zaitun tidak melayan kata-kata Ima.
Tidak lama kemudian, air hujan yang selaju kilat tidak dapat menyentuh  Noor malah berpusing mengelilingi tubuhnya akibat tarikan putaran angin yang ditimbulkan.
Dengan sekali hentakan kaki kanan, Noor sudah berada beberapa ratus kaki diatas mereka berdua.
"Hentikan ribut?! betul ke tidak ape yang aku dengar ni?" Ima terus melayan konfiusnya yang baru tercetus sebentar tadi.
"Noor juga keturunan Aramus seperti kita. Tak sangka dia memiliki Asas Kawalan Tenaga Sejagat antara yang terampuh sekali. Siapa dia sebenarnya? Kenapa dia cuba sembunyikan identitinya sebelum ni?" Zaitun bersuara sambil mendongak keatas.
Baik kita cari Sophia sekarang!Ima!...Ima!! kau dengar tak?!"
Ima masih lagi bingung memikirkan yang seorang lagi rakan sekelasnya boleh terbang seperti mereka. Malah sekarang ini dia cuba nak hentikan ribut...
"Keluarkan Handset kau. ‘Call’ Sophia... Tanya dia kat mana sekarang ni."
Zaitun menggoncang bahu Ima yang masih mendongak melihat Noor yang tak tahu kemana tujuannya itu. Zaitun tak sabar dengan kelakuan Ima. Dia sendiri yang mengambil telefon bimbit di dalam beg Ima dan mula mendail mencari Sophia... Pada tahun 2011 sebuah syarikat telefon bimbit telah memperkenalkan sebuah telefon bimbit kalis air dan boleh aktif dan melakukan aktiviti di dalam air. Produk itu mendapat sambutan hangat untuk beberapa tahun sehinggakan beberapa model susulan di keluarkan.
Ribut semakin kuat. Pokok-pokok mula tumbang, rumah-rumah di sekitar mula bergoyang. Sampah sarap dan semua benda-benda tak kira besar atau kecil mula bergelimpangan. Kereta dan motosikal bergerak tanpa bantuan manusia dan rodanya. Kekuatan angin mula bertambah 2 kali ganda.
Sementara itu Sophia pula tidak mehiraukan ribut yang dianggapnya hanya ribut biasa. Lagipun tak mungkin dia boleh menemui ajal dengan mudah sekalipun ribut itu bertukar menjadi ganas. Tiba-tiba Telefon bimbit kalis air yang dipegangnya selepas menelefon ibu bapanya bergetar. Sophia menjawab panggilan. Zaitun rupanya.Lebih kurang satu minit Sophia terdiam sambil mendengar penjelasan Zaitun. Sejurus selepas itu dia mendongak ke atas. Air mata yang keluar tidak sempat mengalir dipukul ribut . Kini dia tahu siapa yang menyelamatkan dirinya. Walaupun orang itu belum mengakuinya, tetapi siapa yang menewaskan Elius pasti sanggup menghentikan ribut yang sedang mengganas ketika ini....
“Habislah… Dua anggota baru kita telah tewas. Tak tahu apa nasib mereka. Sophia tak dapat dihubungi… Mungkin dia pun sudah dikalahkan oleh si bedebah tu. Tapi… Kenapa si bedebah tu terpelanting keluar? Macam ada orang serang dia dari dalam je..” S.M Khairi begitu gelisah dengan keadaan sekarang. Tetapi serangan ke atas Elius sebentar tadi menjadi tanda tanya kepada beliau dan semua yang ada di kawasan kejadian.
S.M Khairi mengarahkan semua anggota dari pelbagai unit untuk bersiap sedia melakukan serangan dengan tertewasnya tiga anggota Unit Simpanan Khas mereka. S.M Khairi juga sudah menghubungi Tentera udara Di Raja Malaysia Raya untuk bersiap sedia melakukan serangan udara jika diperlukan.
“Baiklah… Kami tiada pilihan lain lagi!! Kami akan serang kamu jika kamu tidak serah diri dengan kadar segera!” Laungan S.M Khairi  menggunakan alat pembesar suara khas membingitkan suasana.
Elius tidak menjawab atau menoleh sedikit pun kepada suara yang memberi amaran kepada dirinya itu. Fokusnya tertumpu penuh pada gadis yang dianggap Elius lebih berbahaya dari beribu bala tentera dan pasukan keselamatan yang ada di situ. Kawalan Tenaga Sejagat yang digunakan oleh gadis itu pun sudah dikenalpasti. Ianya adalah antara asas yang paling digeruni kerana kebanyakan kesatria terulung Aramus zaman dahulu menggunakan asas yang sama. Bahkan pengasas Aramus pernah mempelajarinya sebelum dia bertukar kepada asas yang lebih hebat.
Nampaknya S.M Khairi tiada pilihan lain. Semua anggota keselamatan hanya menunggu arahan daripada beliau. Musuh yang mereka hadapi tidak berganjak sedikit pun dari lokasinya. Malah langsung tidak menghiraukan amaran dari ketua mereka.
Kelihatan dari jauh beberapa jet pejuang dan helikopter tentera muncul dan meluncur ke arah runtuhan Menara Guan Teak Lim tempat Elius terapung di udara.
“Baiklah! Unit udara… Mulakan serangan dengan serentak!!” Laung S.M Khairi walaupun alat perhubungan pusat berada rapat di ulas bibirnya.
Ada 15 buah jet pejuang K-070 dan lima helikopter tempur Sayap Putra yang membawa peluru berpandu separa nuklear bebas radiasi bersedia melepaskan sepasang daripada peluru berpandu tersebut setiap satu.
Elius masih lagi tidak menghiraukan serangan itu.
Serangan dimulakan oleh Unit Udara. Berpuluh-puluh peluru berpandu canggih berputar-putar memotong antara satu sama lain sambil menuju ke satu sasaran yang sama.
Satu jeritan yang begitu kuat menggempakan bumi sekitar tempat pertempuran. Badannya dipenuhi dengan aura kekuningan dan berarus elektrik. Sepantas kilat dia meluncur ke arah gadis yang berada di dalam bangunan. Peluru berpandu yang berkelajuan tinggi itu juga masih mengekori sasaran walaupun Elius sudah berganjak dari lokasi sasaran awal.
Berduyun-duyun peluru berpandu mengekori Elius yang sedang menyerang ke arah gadis bertudung itu. Anggota polis dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu mengharapkan sesuatu yang positif  mampu dilakukan oleh senjata pemusnah canggih milik TUDMR. Kelihatan dari bawah Elius dan peluru-peluru berpandu menerjah bekas lubang dinding bangunan dimana gadis bertudung itu berada. Sejurus kemudian seseorang telah menerobos keluar dari puncak bangunan. Elius!
Nampaknya dia sengaja mengumpan peluru berpandu supaya mengubah sasaran ke arah gadis bertudung untuk menguji kehebatan musuhnya itu. Selaju mana pun peluru-peluru berpandu itu bergerak tetapi dia tidak dapat mengubah haluan mengikuti sasaran yang secara tiba-tiba mengubah haluan sebanyak 90 darjah daripada haluan asal seperti yang dilakukan oleh Elius dua meter di hadapan gadis bertudung itu.
Kebanyakan anggota keselamatan dan orang awam yang berada di bawah menundukkan kepala dan berselindung di sebalik apa saja. Tak kurang juga yang melarikan diri mencari tempat berlindung dari letupan yang bakal berlaku. Tiada seorang pun yang mendongak ke atas ketika itu.
………Suasana sepi seketika… Tiada bunyi letupan kedengaran… Seorang demi seorang mengangkat kepala dan mendongak ke arah sasaran peluru berpandu tercanggih buatan negara itu.
Rupa-rupanya ada sesuatu yang hebat berlaku di dalam bangunan. Gadis ayu bertudung itu telah berjaya memerangkap kesemua peluru berpandu tadi di dalam aura yang dijelmakannya melalui gerakan tangannya yang lemah gemalai. Dalam erti kata lain, kelajuan peluru berpandu menjadi sifar sejurus bertembung dengan aura yang diwujudkan dan pegun di dalamnya tanpa mengganggu bahan peledak yang terkandung pada muncung peluru berpandu. Itu adalah gaya ke-3 daripada Kawalan Tenaga Sejagat asas angin yang di gelar ‘GERAKAN BAYU’. Gaya itu di beri nama ‘GERAKAN PEMUSNAH BADAI’.
‘Gerakan Bayu’ terdiri daripada lima gaya berlainan dengan setiap gaya menghasilkan tekanan angin yang berbeza kekuatan dan cara penggunaannya. Pemiliknya dapat memanipulasikan tenaga yang diaktifkankan bagi menghasilkan setiap gaya seperti gadis itu yang mampu menggunakan kekuatan dan gerakan udara sekitarnya bagi menghentikan peluru berpandu yang dianggarkan berkelajuan supersonik.
Elius yang begitu licik itupun hairan dengan apa yang terjadi. “Kenapa tiada letupan? Apa yang dia buat pada besi-besi buruk tu?” Elius memandang kebawah . Lubang bekas rempuhan pada puncak bangunan yang berjarak 250 meter darinya itu kelihatan gelap dari luar. Dia tidak nampak apa yang terjadi di dalam bangunan. Beberapa detik kemudian, satu demi satu peluru berpandu keluar dari lubang itu dengan kelajuan yang sangat tinggi. Lebih pantas dari kelajuan semasa ia mula-mula dilancarkan dari pemacunya pada jet pejuang dan helikopter tempur. Ini menyebabkan Elius yang kehairanan  tidak sempat untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’nya. Dia hanya bergantung pada aura ‘Perisai Maharaja’. Satu demi satu peluru berpandu menghentam tubuhnya dan menghasilkan letupan demi letupan yang amat dasyat hinggakan bahang letupan itu dapat dirasai oleh setiap manusia yang berada di sekitar bawah lokasi kejadian. Elius mengalami sedikit kecederaan pada seluruh badannya. Di dalam keadaan itu Elius tidak dapat menumpukan perhatiannya untuk mengaktifkan ‘Tarikan Titik Maut’.
Orang ramai tidak dapat melihat apa yang terjadi kepada Elius di dalam letupan yang amat mengerikan itu.
Dikesempatan itulah gadis bertudung itu mengekori peluru berpandu terakhir yang dilancarkannya untuk melakukan serangan terhadap Elius di dalam api letupan bertujuan melindungi identitinya daripada sesiapa.
Setelah tamat hentaman peluru-peluru berpandu, Elius cuba membuka matanya yang terpejam sepanjang letupan berlaku di badannya. Serentak biji matanya kelihatan, imej gadis bertudung itu juga terlakar di biji matanya. Rupanya kedudukan kepala gadis itu sudah berada di sebelah bahu kanan Elius dengan tangan kanan gadis itu menggenggam erat buku lima dan sudah juga ditekap pada perut Elius.
“Awak memalukan keturunan kita! Sama seperti Ayah!” Rupa-rupanya ‘Dia’ yang dimaksudkan oleh gadis itu adalah ayahnya sendiri.
Elius sedar dia sudah tak sempat berbuat apa-apa. Sesuatu berlegar di fikirannya. Pemimpin ‘Red Level’ yang digelar Tuan Jaque mempunyai seorang anak yang sudah meninggal dunia sewaktu dia berusia sepuluh tahun, enam tahun lepas akibat serangan penyakit leukimia. Kemudian dia mengambil anak angkat yang berusia empat belas tahun, empat tahun kemudian iaitu dua tahun lepas dari rumah anak-anak yatim Hulu Kelang untuk mengisi kekosongan hidupnya yang sudah kematian isteri setahun sebelum itu.  walaupun dia sudah berusaha untuk mendapatkan anak kandung sendiri. Dia mengambilnya kerana wajah anak yatim itu seiras dengan Allahyarham anak nya. Semua manusia berdarah Aramus tahu yang Kawalan tenaga Sejagat hanya mampu dikuasai oleh anak sulung dalam sebuah keluarga berdarah Aramus.Sekiranya Tuan Jaque berjaya menurunkan Kawalan Tenaga Sejagat kepada anak angkatnya sekalipun, sudah tentu ianya asas Titanium. Sama sepertinya. Tetapi gadis yang amat dikenalinya semasa berkunjung ke rumah Tuan Jaque itu telah menguasai asas Angin dengan begitu sempurna sekali. Ini bermakna ayah atau ibu sebenar gadis itu yang telah meninggal dunia tentu berdarah Aramus! Apakah punca kematian mereka? Tak mungkin pemilik Kawalan Tenaga Sejagat asas Angin boleh menemui ajal dalam kemalangan melainkan kerana penyakit. Kalaulah Elius sempat memberitahu Tuan Jaque siapa sebenarnya anak angkat ketuanya itu….
Sayangnya, gaya ke-4 ‘Gerakan Bayu’ iaitu ‘PUTARAN TAUFAN MEMBELAH AWAN’ telah mencabut nyawanya. ‘Perisai Maharaja’ yang menjadi pelindung tubuhnya sejak tadi hancur berkecai. Pusingan tubuh gadis itu sekaligus memutar buku limanya yang melekat di tubuh lawan yang turut sama berputar. Putaran tubuh Elius akhirnya terhenti akibat pusingan tubuh dan buku lima gadis itu yang semakin laju menembusi isi perut dan mencarik-carik daging dan tulang lawannya. Sungguh kejam gaya ke-4 ‘gerakan bayu’, tidak seindah namanya. Buku lima seorang gadis lebih berkuasa dari puluhan peluru berpandu tercanggih di Malaysia Raya!
Bahang dan bara letupan semakin reda. Elius hilang dari pandangan. Begitu juga dengan gadis misteri bertudung. Tetapi sesiapa yang menyaksikan pertarungan itu tidak sedar akan kewujudan gadis yang telah menyelamatkan Sophia malah mereka menyangka Sophialah yang telah menewaskan Elius. Sepasukan unit penyelamat yang menaiki helikopter bergegas ke tempat dimana Sophia berada. Ketika ditemui, Sophia dalam keadaan masih bernyawa dan tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke hospital Sungai Buloh sepertimana Ima dan Zaitun.
S.M Khairi begitu kagum dan bangga dengan tiga orang gadis yang telah membantu Unit Gerak Khas CCD dalam misi kali ini yang dianggap paling sukar dan mendebarkan serta berlainan dalam sejarah Malaysia Raya bahkan mungkin di dunia.
Keesokan harinya barulah Sophia, Ima, dan Zaitun sedarkan diri di wad khas untuk anggota  CCD. Apa yang menghairan para jururawat dan doktor di situ, kecederaan mereka pulih berkali-kali ganda lebih cepat dari manusia biasa. Bahkan mereka sudah boleh bangun dan berdiri pada hari itu. Cuma kondisi badan mereka masih lemah dan terdapat kesan-kesan luka pada tubuh mereka. Tiada kecederaan serius seperti patah tulang dilaporkan pegawai perubatan. Bagi manusia biasa itu adalah sesuatu yang ‘pelik tapi benar’.
Pada hari itu juga kawasan ruang legar Hospital Sungai Buloh penuh sesak dengan wartawan dan orang awam yang ingin memberikan penghargaan kepada Dashing Doll yang telah menghapuskan tiga pengikut ‘Red Level’. Tiada sesiapa di benarkan masuk kedalam wad yang menempatkan Sophia, Ima dan Zaitun walaupun keluarga mereka sendiri. Beberapa anggota CCD mengawal pintu masuk wad. Mereka bertiga memerlukan rawatan lanjut bagi memastikan kecederaan mereka dipantau dengan rapi dan memberi peluang mereka pulih dengan cepat.
Ketiga-tiga gadis itu membualkan pertarungan semalam semasa mereka sedang di rawat.
“Aku betul-betul respek la dengan kau Sophia. Kau memang hebat. Rugi aku tak nampak kau tewaskan dia semalam. Macamana kau lawan dia? Kau pakai ‘Tendangan Super sonik’ peringkat terakhir ke? Aku bergabung dengan Ima pun tak larat menahan tarikan pelik dia semalam” Ujar Zaitun memuji Sophia.
“Kita apa kurangnya… Dapat kalahkan dua pengikutnya.” Ima pula berkata sambil menaikkan kedua-dua belah keningnya sambil mencebik bibir.
Mereka nampak gembira kerana berjaya menewaskan musuh mereka. Kecuali Sophia yang hanya berbaring dengan tangan di belakang kepalanya. Dia memikirkan sesuatu yang misteri dan dia sahaja yang mengetahui hal itu. Siapa yang telah menewaskan Elius semalam? Dia sedar yang dia telah tertewas pada pertarungan itu. Kenapa rakannya mengatakan dia yang membunuh Elius? Takkan tiada seorang pun yang tahu manusia hebat yang telah membunuh musuhnya itu. Hanya Elius yang tahu siapa dia. Sophia termenung jauh mengimbau kembali pertarungan semalam yang pada realitinya tidak berpihak kepada mereka. Sekarang baru dia dapat merasai keadaan sebenar bertarung dengan manusia seperti mereka. Tentu ada yang lebih hebat dari lawan mereka semalam dan pastinya berkali-kali ganda lebih hebat dari mereka bertiga. Bagaimana mereka harus mengekalkan kecekalan dan ketabahan mereka ke tahap tertinggi untuk meneruskan niat murni mereka itu sedangkan hatinya kini ragu-ragu untuk memikul tugas menjaga keamanan negara dan dunia amnya. Mampukah mereka?
Walaupun di mata rakyat mereka dianggap wirawati negara dengan tertumpasnya tiga anggota ‘Red Level’ pagi semalam, hakikatnya… Bukan Sophia yang menewaskan Elius. Hanya Sophia saja yang tahu. Rasa serba salah membelenggu dirinya. Dia harus berterus terang kepada rakannya tentang hal itu supaya selepas ini dia tidak menjadi sandaran paling tinggi hingga mengecewakan hati rakan-rakan seperjuangannya dan umat manusia.
“Zaitun…Ima… Ada sesuatu yang aku nak bagitau pada kau orang berdua…Bukan aku yang menewaskan lawan aku semalam.” Pengakuan itu mengejutkan Ima dan Zaitun.
“Habis tu siapa?” Jawab Ima dan Zaitun hampir serentak.
“Aku tak tahu. Aku tak sedarkan diri selepas aku terpelosok ke dalam bangunan. Sedar-sedar aku dah ada kat atas katil ni.” Sambung Sophia sambil bingkas dari baringnya.
Ima dan Zaitun melopong…Seperti tak mempercayai apa yang didengarnya. Memang mereka menyedari pasti ada manusia yang lebih hebat dari mereka dan musuh mereka semalam. Tetapi begitu cepat kehadiran mereka seperti mengetahui yang kita memerlukan bantuan.
“Siapa agaknya orang tu?”Zaitun mengerutkan dahi.
“Aku yakin dia seperti kita. Berdarah Aramus.” Sophia mengagak.
“Apa kata kita tanya pada Sarjan Mejar. Mesti dia nampak orang tu.” Zaitun mencelah memberi cadangan. Ima dan Sophia mengangguk tanda setuju.
Masin mulut mereka apabila sejurus kemudian S.M Khairi muncul di pintu bersama Tan Sri Jafri. Nampaknya mereka berdua adalah orang pertama yang datang melawat.
“Assalamualaikum… Kamu semua dah sihat?” Tan Sri Jafri menghulurkan tangan kepada setiap seorang dari tiga orang gadis itu.
S.M Khairi hairan sejurus melihat keadaan tiga gadis yang difikirkannya masih dalam keadaan koma. “Eh! Betul ke kamu ni Dashing Doll? Macamana kamu semua boleh pulih secepat ini?”
Sophia, Ima dan Zaitun tersenyum kambing dengan kata-kata S.M Khairi yang kelihatan kebingungan.
“Ok! Apapun… Saya ucapkan tahniah dengan kejayaan kamu semua semalam walaupun kamu terpaksa jadi begini. Pengorbanan kamu amat dihargai dalam membenteras jenayah dan kejahatan yang telah memasuki era baru. Jenayah dan kejahatan yang tak mampu pihak keselamatan tangani sendirian. Sudah tiba masanya kami memerlukan orang-orang seperti kamu bertiga. Diharap selepas ini kamu bertiga tidak serik dan bimbang menabur bakti kepada negara walaupun terpaksa menggadai nyawa. Siapa lagi kalau bukan kamu bertiga? Ingat tu!” Ujar Tan Sri Jafri panjang lebar.
Sophia, Ima dan Zaitun hanya tunduk dan mengangguk kecil. Mereka bertiga tidak mendedahkan perkara sebenar yang terjadi semalam.
Kini mereka telah terjebak dalam hal-hal yang tak sepatutnya di ambil berat oleh pelajar seperti mereka. Mereka mempunyai cita-cita berkerjaya pada masa depan. Ingin menjalani kehidupan seperti insan biasa, dan bersosial dalam negara yang begitu aman dan harmoni ini. Kawalan Tenaga Sejagat yang mereka pelajari tanpa sebab yang mereka ketahui semasa kecil, kini telah menunjukkan maknanya tersendiri. Begitu besar maknanya kepada masyarakat dunia amnya. Kalaulah bukan kerana mempamerkan kuasa mereka di khalayak ramai di Heaven Square tempoh hari, tentu sudah terlewat mengekang ‘Red Level’ suatu hari nanti. Ketidaksengajaan itulah yang memberi kesedaran kepada CCD dan rakyat Malaysia bahawa ‘Red Level’ terdiri dari mereka yang mempunyai kuasa luar biasa yang tak mampu ditentang dengan senjata semata-mata. Dashing Doll sedar yang mereka begitu penting ketika ini. Mereka tak boleh mengalah dan menyerah kalah pada ‘Red Level’. Satu-satunya cara adalah menjalani latihan bagi memperhebatkan lagi kuasa mereka.
Petang itu mereka dibenarkan keluar dari Wad Khas CCD Hospital Sungai Buloh. Pesakit yang kritikal seperti mereka yang dah berbulan-bulan terlantar pun belum keluar lagi.
Mereka di hantar pulang ke rumah masing-masing. Mereka juga tidak dibenarkan menghadiri sidang media berkenaan kejadian semalam atas sebab-sebab keselamatan. Seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi berikutan kejadian semalam. Kemungkinan serangan terbaru akan dilakukan oleh anggota ‘Red Level’ pada bila-bila masa. Kejadian ini juga telah menarik minat media dan seluruh penduduk dunia. Mungkinkah ada Keturunan Aramus wujud di luar Malaysia Raya?
SEKOLAH MENENGAH SAINS MALAYSIA RAYA
Kelas 4 Hikmah…
“Dah baca dah ‘paper’ hari ni?” Nor bertanya kepada Sophia yang sedang duduk mengelamun menongkat dagu.
“Kenapa?” Soal Sophia sepontan sambil menyentuh kesan luka di pipi kirinya.
“Kau orang ni memang dasyat! Ada satu wartawan tu, dia cerita dari mula sampai habis kejadian semalam. Siapa yang baca tentu akan merasa bangga dengan korang. Termasuk aku. Koranglah idola aku sekarang ni.” Nor begitu bersemangat dalam ceritanya. Dia sangat teruja kerana wirawati-wirawati yang menjadi pujaan ramai itu adalah rakan sekelasnya.
“Ye lah tu… Kau tak tahu betapa teruk kita orang kena belasah dengan kumpulan ‘Red Level’ tu.” Zaitun yang bedekatan dengan Sophia dan Nor menyampuk.
“Tu la… Korang sedap je baca ‘paper’, tengok berita, dengar radio pasal kita orang. Hakikatnya, kita orang yang teruk tau. Nasib baik lah ada Sophia… Dialah hero sebenar yang selamatkan kita semalam. Betul tak Tun..?”Ima mendekati meja Nor.
“Ha?…Oh, ya..Ya…ya..” Zaitun terkedu mendengarnya. Serba salah untuknya membenarkan kata-kata dari Ima. Tapi mereka sudah berjanji untuk sembunyikan kenyataan buat sementara waktu.
Sophia dan Ima risau dengan gelagat Zaitun menjawab pertanyaan Ima itu.
“Betul ke ni….Leh caya ke?” Nor tiba-tiba bersuara. ………. Mereka berempat terdiam beberapa saat…….
“Eh eh…!…Ye ke?! Bagus lah Sophia ni…” Nor seperti sedang membetulkan kata-kata. Sophia, Ima dan Zaitun memandang tepat ke arah Nor. Nor hairan dan mengerut kening.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
Mereka bertiga bergerak perlahan-lahan kearah Nor. Nor mula risau dengan keadaan itu. “Korang kenapa ni?” Tanya Nor sekali lagi.
“Shhh! Kau macam tau sesuatu je..” Sophia merapatkan mukanya ke muka Nor.
Nor terdiam seketika merenung mata Sophia yang berbulu lentik itu. Lalu dia tergelak sopan…
“Ha! Ha! Ha! Ha!…. Hei! Awak bertiga…, korang buat lawak ye? Apa yang aku tau tentang korang selain daripada yang aku baca kat ‘paper’? Takkan aku cakap macam tu pun salah…” Nor menyambung tawa sopannya.
Mereka bertiga mempunyai fikiran yang sama iaitu mungkin Nor tahu siapa orang yang mereka cari. Mereka perlu peka tentang hal itu. Manalah tahu Nor orangnya… Tapi… Tak mungkin kot… Tak nampak ciri-ciri langsung pada Nor. Tapi mereka tetap berwaspada.
Kelas pun bermula… Sophia, Ima dan Zaitun telah merancang sesuatu waktu rehat nanti.. Mereka belajar seperti biasa. Sepanjang pembelajaran, tiga gadis itu asyik memerhatikan Nor sahaja gelagat Nor di dalam kelas. Nor tidak menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Apa agaknya rancangan Sophia, Ima dan Zaitun pada waktu rehat nanti.
Kriiiiiiiiiing!!!!!!!!!
Masa yang dinanti-nanti telah tiba. Semua pelajar keluar dari kelas untuk berehat 20 minit sebelum menyambung kembali pembelajaran.
Mereka bertiga kelihatan pelik kerana mengekori kemana saja Nor pergi waktu rehat itu. Nor tidak menyedari situasi itu. Semasa Nor sedang duduk membaca sebuah buku di astaka seorang diri, Zaitun melepaskan beberapa bebola besi tepat ke arah satu dari empat tiang astaka dan menyebabkan bumbung astaka itu runtuh. Nor yang berada di bawahnya tidak menyedari pada mulanya. Tetapi setelah bumbung yang runtuh itu berada beberapa kaki dari kepalanya, barulah dia sedar dan menjerit sekuat hati. Malangnya dia tidak sempat mengelak…Dia hanya sempat menutup kepalanya dengan kedua belah tangan. Bumbung itu menghempap dirinya.
Apabila Nor mendongak dan mengalihkan tangan yang menutup kepalanya, baru dia sedar yang dia berada di tepi runtuhan dan di dalam dakapan Sophia!
Kejadian itu disaksikan pelajar-pelajar lain. Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak.
“Terima kasih Sophia…! Nasib baik ada awak. Kalau tak tentu saya dah takde lagi.” Nor menangis. Tubuh Nor menggeletar kerana terkejut dengan kejadian itu.
“Sama-sama…Apa dah jadi dengan astaka ni? Pihak sekolah patut bertanggungjawab dalam hal ni. Dia orang tak ‘check’ ke tiang astaka ni. Bahaya tau!” Sophia mengangkat Nor yang kelihatan lemah semangat. Mukanya masih dalam keadaan pucat dan terkejut. Ima dan Zaitun yang berada beberapa meter jauhnya melopong menyaksikan kejadian itu. Sophia sempat memandang ke arah dua rakannya sambil menggeleng-gelengkan kepala memberi maksud ‘bukan dia’.
Ima dan Zaitun mengangguk kecil takut dilihat orang.
Pulang dari sekolah mereka bertiga berjalan bersama. Nor yang ingin berjalan bersama tidak mendapat kebenaran tiga rakannya itu.
“Kesian aku tengok budak baru tu… menggigil dia tadi..” Sophia memulakan perbincangan setelah Nor didapati hilang dari pandangan mereka.
“Aku rasa bukan dia la… kalau betullah dia ada kuasa luar biasa, dah tentu dia mengelak atau melakukan sesuatu. Ni tidak… Menjerit…lepas tu tutup kepala guna tangan dia macam orang biasa je..” Zaitun pula memberi pandangan.
Ima tidak memberikan pandangannya kerana sibuk dengan gelak ketawanya.
“Kau apasal gelak?” Tanya Zaitun.
“Tak lah… Aku kelakar tengok muka dia masa bumbung tu jatuh kat dia. Cuak gila muka dia!” Ima menyambung tawa.
“Korang nak tau kenapa aku yakin sangat? Masa aku kaut badan dia tadi, kuda-kuda bumbung astaka tu sudah begitu hampir dengan dia. Tak sampai suku meter pun… Lagipun aku tak rasa peredaran kuasa pada badan dia.” Sophia menjelaskan lagi kejadian terancang yang berlaku itu.
“Nampaknya kita dah aniaya orang.” Ujar Ima yang baru berhenti ketawa.
“Ye lah… Tapi tak pe… Apa yang kita buat ni untuk kita jugak.” Kata Sophia.
“Eh! Jom la cepat. Kata nak ‘training’ kat Bukit Subang. Nanti lambat pulak.” Zaitun mencepatkan langkah sambil diikuti dengan dua rakannya yang lain. Di Bukit Subang terdapat sebuah tempat lapang yang sesuai untuk mereka berlatih untuk memantapkan lagi Kawalan Tenaga Sejagat masing-masing.
MARKAS RED LEVEL
Seperti biasa di bilik khas yang menempatkan pemimpin tertinggi ‘Red Level’ yang dikatakan penjawat awam  itu dipenuhi dengan sembilan pengikutnya. Keadaan di dalam bilik begitu tegang. Masing-masing terdiam. Ada yang tunduk dan ada yang merenung ke arah pemimpin mereka yang sedang menggenggam buku limanya di sebelah gelas kaca yang berisi air di atas mejanya. Beberapa ketika kemudian pemimpin tertinggi yang bergelar Tuan Jaque itu menghentak meja menggunakan genggaman buku limanya. Gegaran meja menyebabkan air terangkat keluar dari dalam gelas dan sebelah lagi tangannya menolak kepulan air itu kuat kehadapan. Beberapa orang di hadapannya sempat mengelak daripada terkena kepulan air itu. Pada mulanya tiada siapa yang menghiraukan kemana kepulan air berkelajuan tinggi itu akan jatuh sehingga bilik itu digegarkan dengan bunyi kuat seperti terjahan lembing pada dinding besi.
Semua mata memandang ke belakang….
Apa yang dilihat amat mengagumkan mereka. Dinding besi yang diperbuat dari bahan istimewa itu bocor akibat terjahan kepulan air yang telah dilepaskan oleh pemimpin mereka. Kepulan air itu pula telah melalui proses pembekuan semasa menuju ke dinding dan terpacak pada dinding itu sebagai seketul ais yang berbentuk segitiga!
Tuan Jaque bangkit dari duduk.
Kesemua sembilan pengikutnya terundur satu langkah kebelakang akibat kuasa bangkit dari duduk pemimpin mereka itu.
“Elius…”
“Dia adalah anggota ‘Red Level’ antara yang terhebat , yang paling bersemangat dan sangat setia. Sanggup berkorban demi memenuhi impian kita bersama. Aku sangat sedih dengan kematian dia dan juga Lanang serta Wakwang. Tapi aku juga malu kerana kita telah ditewaskan dua kali dalam jangka masa tak sampai seminggu dengan orang yang sama.” Tuan Jaque menyuarakan rasa tidak puas hati pada keadaan ketika itu.
“Tapi, sesuatu yang menghairankan…Mustahil Elius terkorban disebabkan peluru berpandu yang mengenai badannya Itu. Kita sama-sama tahu yang apa jenis peluru di dunia ini takkan boleh menghancur lumatkan tubuh Elius dengan begitu mudah seperti yang berlaku semalam. Tentu budak-budak itu mempunyai kuasa Kawalan Tenaga Sejagat yang begitu ampuh untuk melumatkan tubuh badan Elius.” Ujar seorang Lelaki rendah berkulit sawo matang  bernama Heri dan bercakap menggunakan pelat Kelantan yang berada di tengah-tengah kumpulan manusia itu.
“Itu benar Tuan Jaque.., Sebelum Tuan mengarahkan kami masuk ke sini, kami telah berbincang tentang hal ini. Gadis yang bernama Sophia itu sebenarnya telah di tewaskan oleh Elius sebelum Elius menemui ajalnya. Cuma kita tak tahu apa yang tejadi di dalam bangunan yang dimasuki Elius untuk menamatkan riwayat gadis yang sudah terkena serangan terakhirnya itu.” Sampuk seorang lagi yang menggunakan loghat jawa. Dia bernama Hermanto berasal dari seberang. Rupanya ada juga keturunan Aramus di Indonesia.
“Maksud kamu bukan Dashing Doll yang menewaskan Elius?” Tanya Tuan Jaque.
“Ya Tuan… Kami rasa begitu.” Jawab Heri sambil disambut anggukkan dari rakan-rakannya yang lain.
Pemimpin ‘Red Level’ itu merenung tajam semua pengikut yang berada di hadapannya.
“Mungkin benar dan mungkin tidak. Kalau benar tanggapan kamu semua, ini bermakna hanya Elius sahaja yang tahu siapa gerangan orang itu. Kita tak boleh memandang ringan lagi halangan yang menanti perjalanan misi kita. Selepas ini, musuh kita akan bertambah dari hari ke hari Kita perlu meningkatkan kekuasaan kita secepat mungkin”.
Bagaimana seseorang itu dapat dipastikan yang dia adalah berdarah Aramus dan mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat?
Anak sulung dari seseorang yang menguasai Kawalan Tenaga Sejagat mengalami mutasi gelombang otak yang tak dapat di kesan oleh apa-apa alat perubatan di dunia. Dipercayai hanya ada segelintir ketururnan Aramus yang mampu mengesan kehadiran mutasi gelombang itu pada seseorang dan Sang Helang Biru adalah salah seorang daripadanya.
Mutasi itu membolehkan otak menerima intipati asas Kawalan Tenaga Sejagat. Tanpa evolusi itu, seseorang tidak boleh menerima atau melancarkan Kawalan Tenaga Sejagat walaupun dia mempelajari caranya dari sesiapa yang mahir.
“Nampaknya kita sudah tidak boleh bergantung kepada keperkasaan senjata-senjata yang kita ada sekarang semata-mata. Kawalan Tenaga Sejagat adalah senjata utama kita pada masa ini. Selepas ini bumi akan mengalami satu lagi revolusi peperangan cara baru yang dihidupkan kembali dari zaman kegemilangan Aramus dahulu. Itu akan pasti terjadi sebelum tibanya tetamu dari angkasa lepas yang pastinya lebih hebat dan memiliki jarak kemajuan yang berjuta-juta tahun lebih kehadapan dari kita. Kita mesti tunjukkan pada tetamu kita yang kita adalah tuan punya bumi dan kita menyebelahi mereka. Pada masa itu tiada siapa lagi yang dapat menghalang kita dari melakukan apa saja di muka bumi ini. Malah dengan otak kita ini nanti kita pelajari ilmu mereka. Biarlah anak cucu kita yang memikirkan cara untuk menghalau keluar tetamu kita itu nanti.” Tuan Jaque memang pandai menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pengikutnya supaya mereka meneruskan misi mereka dengan kekuatan mental yang cukup dan tidak terpengaruh dengan fahaman yang boleh merencatkan rencana mereka.
MENARA GUAN TEAK LIM, 10 09 PAGI
Terletak di Jalan Chan Sow Lin, bangunan ini sedang dirasmikan ketika ini. Ramai ahli perniagaan berbangsa Cina yang hadir di majlis gilang gemilang perasmian bangunan yang baru siap dibina dan akan memulakan operasinya sebagai ibu pejabat Pertubuhan perniagaan Cina Malaysia Raya.
Tapi sayang letupan yang berlaku di tingkat 25 bangunan 55 tingkat ini telah mencacatkan strukturnya. Jika dilihat di kejauhan, bangunan tersebut tak ubah seperti dirempuh oleh pesawat seperti kejadian 21 September 2001.
Di tengah-tengah bekas letupan di tingkat 25, kelihatan tiga susuk tubuh manusia sedang berdiri tanpa menghiraukan pasukan polis yang sedang mengepung kawasan itu. Runtuhan konkrit hasil dari letupan yang dilakukan  telah mengorbankan beberapa anggota keselamatan dan beberapa kenderaan polis.
Menurut saksi, penjenayah tidak bersenjata dan belum meminta apa-apa untuk digantikan dengan nyawa tebusan yang kini berada di tingkat yang sama dengan mereka. Semua tebusan takut untuk melarikan diri kerana beberapa orang yang cuba melarikan diri sudah menjadi korban kekejaman penjenayah itu.
Sekiranya penjenayah itu tidak menggunakan apa-apa senjata, bagaimana mereka meletupkan sebahagian dinding dan lantai konkrit di tempat mereka berdiri sekarang? Itu yang menjadi persoalan. Atas sebab itu, Dashing Dolls diarahkan untuk menangani drama tebusan ini. Ternyata penjenayah bukan manusia biasa.
Di dalam kabut asap letupan itu seorang dari mereka yang merupakan ketua kepada operasi tebusan itu bersuara dengan lantang dan kuat hingga boleh didengari oleh pasukan polis yang berada di luar tingkat bawah Bangunan Guan Teak Lim itu.
“Dengar sini!!! Nyawa mereka semua takkan bertahan lama. Kami tetap akan bunuh  mereka ini walauapapun terjadi. Kamu semua akan melihat mereka semua jatuh beramai-ramai dari tingkat ini. Ha! Ha! Ha!” Dia adalah Elius. Anggota Red Level yang telah menawarkan diri untuk menghapuskan Sophia, Ima dan Zaitun. Nampaknya mereka sengaja mengumpan Dashing Doll ke situ.
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang turut serta dalam operasi menyelamat itu membuat rundingan dengan Elius sambil melambat-lambatkan masa.
“Dengar sini!! Kami tidak faham maksud kamu berbuat begitu. Sekurang-kurangnya mesti ada satu sebab mengapa kamu melakukan keganasan seperti ini. Berikan sebab kenapa kamu membuat ugutan sebegitu!”
“Ha! Ha!Ha! Kami ingin membuktikan yang kami tidak akan pernah menyerah dan tiada siapa boleh menumpaskan kami!” Elius membalas laungan dari anggota polis sebentar tadi. Sekarang barulah pihak keselamatan tahu yang mereka bertiga itu adalah anggota kumpulan Red Level.Di samping itu keadaan diluar bangunan semakin kecoh dan genting. Beberapa kereta bomba kelihatan baru tiba di tempat kejadian.
Dua lagi pengikut Elius hanya berdiri tegak di belakang Elius dan hanya bertindak mengikut arahan.
Sarjan Mejar itu mengarahkan supaya kedatangan Dashing Doll dipercepatkan. Kalau tidak sudah tentu ramai yang akan terkorban.
“Kita dalam kesulitan yang amat kritikal. Kerahkan Unit Simpanan khas kita tu secepat mungkin. Tak ada apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan nyawa orang awam di atas sana.” Sarjan Mejar itu mengarahkan seorang anggota polis yang berada di dalam sebuah kereta peronda untuk menghubungi Dashing Doll secara langsung ke tempat kejadian.
“Lihat tu!!” Seorang pegawai polis yang tidak jauh dari situ menuding jari ke tingkat atas sebuah bangunan yang berdekatan.
Semua anggota keselamatan yang ada di situ tertumpu ke arah itu.
“Bagus…!” Sarjan Mejar yang tadinya kelihatan gusar kini berasa lega sedikit dengan kehadiran Unit Simpanan khas CCD.
“Tapi…, mereka tahu ke apa yang patut dilakukan?” Nampaknya dia masih ragu dengan kebolehan Dashing Doll mengatur strategi yang membabitkan tebusan. Sekiranya dia ada semasa kejadian di Heaven Square tempoh hari, tentu dia tidak akan berfikir begitu.
“Sambungkan saya ke Unit Simpanan sekarang! Saya perlu memberi arahan kepada mereka supaya tak terburu-buru menyerang.” Perintah Sarjan Mejar itu kepada pembantunya.
Tidak jauh dari kawasan kejadian, kelibat tiga orang gadis di atas bangunan yang sama tinggi dengan bangunan Guan Tek Lim itu semestinya Sophia, Ima dan Zaitun. Mereka berdiri betul-betul di bucu bangunan sambil memandang ke tingkat 25 bangunan Guan Tek Lim. Kostum mereka juga berubah. Sophia mengenakan T-Shirt biru dan seluar jeans biru gelap serta kasut tumit tinggi manakala Zaitun dengan baju seragam Tea Kwon Do yang selalu dipakainya ketika menghadiri kelas seni mempertahankan diri itu di sekolahnya. Tetapi uniform khas yang dikenakannya ini tidak berlengan dan dia juga menggunakan pelapik tangan paras pergelangan tangan yang menampakkan jari jemarinya. Lain pula halnya dengan Ima yang tidak mengubah penampilannya sebagai pelajar sekolah. Dia masih memakai Qiuniform berskirt labuh paras lutut seperti biasa dia menghadirkan diri ke sekolah setiap hari tanpa membuka tag nama di dada kiri yang tertulis namanya, ‘FATIMAH’.
“Janggal pulak rasanya penampilan kita ni. Lagi-lagi kostum yang aku pakai ni.” Zaitun memerhatikan pakaian yang dipakainya serta dua rakannya yang lain.
“Ala bisa tegal biasa…” Balas Sophia selamba sambil fokus ke hadapan. Ima tersenyum simpul memerhatikan Zaitun dalam baju yang dipakai temannya itu. “Kau nak pergi kelas Tae Kwon Do ke tun?” Seloroh Ima.
“Diamlah. Kau tu… Ingat nak ke sekolah ke?” Sentak Zaitun sebelum dia kembali fokus kepada keadaan semasa. Kemudian dia tersenyum sendiri mengingati kata-kata Ima sebentar tadi.
“Kemungkinan besar dia berketurunan Aramus.” Sophia memulakan analisis terhadap sasaran mereka.
“Itu dah semestinya… Mereka tidak bersenjata… Tetapi kerosakan yang dilakukan sangat dasyat. Nampaknya situasi sekarang tidak sama dengan di Heaven Square hari tu.” Zaitun menyambung.
“Tun.., kau yakin ke dengan tugasan pertama kita ni ? Lawan kita tu nampak lebih dewasa dan berpengalaman. Kuasanya tentu lagi hebat daripada kuasa kita bertiga.” Ima berkata dalam nada yang kurang yakin sambil memerhati musuh dengan dahi berkerut.
Elius dan dua pengikutnya juga sudah menyedari kehadiran musuh sebenar mereka. Menghapuskan ketiga-tiga gadis itu adalah matlamat utama mereka menonjolkan diri di situ. Tiada apa yang dapat menghalang pertempuran yang akan berlaku. Semua anggota keselamatan yang mengepung kawasan kejadian diarahkan supaya tidak bertindak sembarangan. Mereka juga menantikan sesuatu yang mungkin pertama kali mereka saksikan dalam hidup mereka.
Elius memandang bengis ke arah Dashing Doll yang bersudut dongak 45 darjah dari mata mereka. Bibir yang dari tadi membungkam tiba-tiba tersenyum lalu tertawa terbahak-bahak.
“Ha! Ha! Ha! Ha! Hari ini aku rasa bersalah sekali! Aku rasa bersalah kerana terpaksa membunuh kalian! Aku tak patut bunuh kamu bertiga. Kamu  semua bukan lawan aku! Walaupun kalian bertiga mempunyai kuasa luar biasa, layakkah menentang aku yang tiga kali ganda usia kalian!! Jangan nak berlagak jadi jagoan!! Kamu ingat kamu saja yang ada kuasa luar biasa? Aku rasa kamu bertiga sedia maklum perkara itu. Walau apapun, aku terpaksa membunuh kamu bertiga kerana cuba menghalang pergerakan kumpulan kami!”
Ima yang mendengar kata-kata Elius menelan air liur. Semangatnya menjadi kendur sedikit dek gertakan Elius itu. Sophia dan Zaitun pula sudah termakan serangan psikologi lawan. Perasaan ragu-ragu untuk bertarung sedikit sebanyak menghantui mereka.
“Alah…Gertak je tu..” Sophia cuba melawan perasaan takut diri dan rakan-rakannya.
“Dashing Doll! Dengar sini. Ini S.M Khairi! Ada baiknya kamu paksa dia bertarung di tempat lain demi keselamatan tebusan. Jangan menyerang musuh secara melulu. Apapun, nyawa tebusan lebih penting dari pertelingkahan kamu dengan musuh.” Tiba-tiba alat perhubungan yang dipakai oleh Sophia di telingannya berbunyi. Ianya datang dari Sarjan Mejar yang berada di bawah mereka.
“Arahan di terima.” Bisik Sophia pada alat perhubungan itu.
Pada masa itu juga Elius tersenyum memandang Sophia yang sedang membisikkan sesuatu pada alat perhubungannya. “Hm!! Nak selamatkan nyawa tebusan ya?! Nampaknya polis-polis yang tak guna tu dah lupa apa yang aku katakan awal-awal tadi. Nyawa tebusan tetap tak akan selamat!!” Elius menjerit sekuat hati sambil  memusingkan badan kebelakang dimana tebusan berada. Kesemua tebusan menjerit ketakutan.
“Wah! Macamana dia boleh dengar?!” Sophia terbeliak kehairanan. Padahal jarak antara mereka dan Elius sekitar 300 meter dan bisikan Sophia itu Zaitun sendiri pun tak dapat mendengarnya.
“Dia mengaktifkan kuasanya!! Habislah semua tebusan!!” Ima menuding jari ke arah aura kuning yang baru berkembang. Lama kelamaan ianya semakin membesar dan menunggu masa untuk dilepaskan.
Aura kuning yang dihasil Elius dari kedua-dua belah kakinya itu sudah sedia untuk dilepaskan. Dua orang pengikut yang dari tadi berdiri di belakangnya melompat dan terbang ke arah Sophia, Ima dan Zaitun. Mereka ingin menghalang Dashin Doll dari menyerbu ke arah Elius. Rupanya mereka pun ada kuasa luar biasa!
Satu daripada mereka tentu boleh meloloskan diri dari halangan dua pengikut Elius itu. Nampaknya Sophia memilih untuk lolos dan menerpa ke arah Elius. Sophia sengaja  berbuat demikian kerana dia sedar yang Elius mempunyai asas Kawalan Tenaga Sejagat yang sama dengannya berdasarkan warna aura dan bahagian tubuh yang mengeluarkan aura itu.
“Nak tengok sangat kuasa budak mentah ya…” Sophia meyakinkan dirinya yang semakin hampir dengan Elius. Dengan kelajuan 90 batu sejam, dia meningkatkan tenaganya ke tahap 50 peratus agar dapat dirasai dan dinilai oleh Elius. Itulah satu-satunya cara yang boleh dilakukannya pada masa itu bagi melengahkan tindakan musuhnya
Sepatutnya Elius sudah boleh melepaskan kuasa pemusnahnya pada tebusan yang sudah separuh mati akibat ketakutan. Tetapi sesuatu telah menarik perhatian dan memaksanya memikirkan keselamatan dirinya pula. “Betulkah ini tekanan tenaga budak mentah tu? Kalau aku melepaskan aura pada cencurut-cencurut ni, aku akan kena serangan dari budak itu. Kelajuannya lebih kurang 90 batu sejam.Dari tekanan kuasa yang dijelmakannya ini aku pasti aku akan mengalami kecederaan yang serius nanti… Bijak..!Memang budak bijak! Buat masa ni tebusan yang kau sayang-sayang ni selamat seketika.”
Elius menukar arah kuasa pemusnahnya  dari tebusan ke sasaran yang lebih penting…Sophia!!
Libasan kaki kanan yang beraura kekuningan itu ditujukan ke arah Sophia yang sudah berada dua meter dari dirinya. Sophia sudah mengagak situasi itu. Dia sempat mengukir senyuman kerana taktik bagi mengalih perhatian Elius sudah berjaya buat sementara waktu. Apa yang perlu difikirkannya sekarang ialah menangkis serangan jarak dekat Elius terhadap dirinya.
“Rasakan TENDANGAN MAHARAJA PERINGKAT PERTAMA: TENDANGAN MEMALU GONG DIRAJA!!!” Jeritan Elius serentak dengan libasan kaki kanannya ke arah tubuh Sophia yang berada di atasnya.
Hujung kasut Elius menyasarkan bahagian abdomen Sophia. Walaupun Sophia berada dalam jarak dua meter dari kepala Elius tetapi  dengan kakinya yang panjang dan bertenaga, dia mampu mensasarkan kakinya pada abdomen Sophia. Di saat genting itu, Sophia hanya mampu menangkis libasan itu dengan membengkok dan menyilangkan kedua-dua belah kakinya bagi menutup bahagian abdomennya.
Ternyata tenaga Elius lebih kuat daripada Sophia apabila belakang Sophia terhempas ke lantai akibat dorongan kuat libasan kaki Elius yang masih lekat di celah kakinya yang bersilang menutup bahagian abdomennya. Sophia menjerit kesakitan akibat hentakan kuat di tulang belakangnya. Hempasan itu menyebabkan lantai konkrit yang beralaskan jubin itu hancur berkecai akibat momentum berjumlah 45 Kg kali 120 Km/j.
Situasi kini memihak kepada Elius . Dia sedang memijak Kaki  yang bersilang di perut Sophia yang sudah rebah dilantai yang pecah. Bila-bila masa sahaja Elius boleh menekan kakinya yang sudah sedia ada di tubuh Sophia.
“Tenaganya terlalu kuat untuk aku tandingi. Tubuh dia lebih besar dan boleh menghasilkan kuasa hentakan dan momentum yang tak boleh dibayangkan. Aduhh.. Sakitnya belakang aku..! Nasib baik ada kuasa pendinding. Kalau tak, hancur badan aku di kandung konkrit.” Sophia mencari jalan bagaimana untuk mengatasi Elius yang lebih kuat daripada dirinya.
Elius sudah bersedia untuk menekan tapak kakinya untuk dibenamkan di tubuh Sophia yang kelihatan agak longlai akibat serangannya sebentar tadi.
“Hm! Ini hero yang diagung-agungkan selama beberapa hari ni. Sayang.. tak sempat kau ambil elaun cukup bulan ni dari CCD, kau sudah mati di tangan aku hari ini.!! Ha! Ha! Ha!..” Elius tampak yakin dengan kata-katanya sambil dia mengaktifkan Kawalan Tenaga Sejagatnya yang berasaskan kilat untuk serangan seterusnya.
“TENDANGAN MAHARAJA PERINGKAT KEEMPAT: TAPAK KAKI MAHARAJA”
BOOM!!!
Satu kilauan terang mengaburi mata dan bunyi yang memekakkan telinga berlaku di seluruh kawasan Menara Guan Teak Lim. Apa yang terjadi?  Rupanya, kuasa dari kaki Elius telah menembusi setiap lantai di semua tingkat Menara Guan Teak Lim hingga membentuk satu kawah di lantai aras paling bawah iaitu tingkat B2. Tidak dapat dipastikan berapa orang awam di dalam bangunan yang terkena ledakan kuasa itu.
Sejurus selepas serangan itu, Elius tersenyum melihat kerosakan yang terjadi. “Pasti dia dah terpelosok jauh ke dalam tanah. Aku dah agak… Tak susah mana pun tugasan ni. Budak sementah mereka ni bukan tandingan aku. Aku yakin Lanang dan Wakwang boleh uruskan dua lagi rakannya itu.” Elius memandang ke puncak satu bangunan di mana pertarungan dua pengikutnya dan dua lagi baki musuhnya sedang berlangsung.
Pandangannya bertukar arah secara perlahan-lahan ke segerombolan tebusan yang tak habis-habis menjerit dan berdoa. Terutamanya tebusan wanita.
“Aku berpegang pada janji. Walau apapun terjadi, kamu semua  akan mati!! Ha! Ha! Ha!” Nampaknya nyawa tebusan itu sudah sampai di penghujungnya. Elius masih sanggup membunuh orang yang tak berdosa walaupun hasratnya sudah tercapai.
“Kamu semua akan jatuh ke bawah dan bercampur aduk dengan pecahan konkrit sebelum terperangkap di dalamnya kerana aku akan meruntuhkan bangunan ini. Selamat Tinggal.” Sekali lagi Elius mengaktifkan aura tenaganya. Kali ini ianya lebih besar berbanding tadi kerana sasarannya bukan sahaja tebusan malah Menara Guan Teak Lim akan cuba diruntuhkannya.
Tiba-tiba…Di tengah-tengah kumpulan tebusan tersebut….
“Ooops…! Tunggu dulu..” Satu tangan menunjukkan tanda berhenti ke arah Elius. Pemilik tangan itu mengeluarkan kata-kata dengan tenang dan bersahaja. “Tugasan sebenar anda belum berakhir. Anda sudah pasti ke budak tu mati di bawah sana?” Wajahnya belum kelihatan kerana dihadang oleh kekalutan tebusan-tebusan di sekelilingnya.
Tumpuan Elius terhenti dengan suara yang dikenal pasti sebagai suara seorang perempuan. Bukan wanita. Tahap kekuatan auranya sedikit menurun. Keningnya berkerut.
“Siapa yang masih berani berkata begitu?! Cepat keluar!!” Elius menempelak dengan kuat ke arah suara itu.
Sedetik selepas Elius menghabiskan pertanyaannya, dengan sekelip mata,muncul seorang gadis yang baru sepuluh saat dikenalinya betul-betul beberapa kaki di hadapannya. Ya… Siapa lagi kalau bukan Sophia!!
“Tak mungkin! Semasa aku melancarkan ‘Tapak Kaki Maharaja’ tadi kau masih lagi terbaring di bawah kaki aku. ‘Tapak Kaki Maharaja’ adalah kuasa yang mempunyai kelajuan lepasan yang paling tinggi dalam ilmu aku. Ianya boleh mencapai kepantasan 130 batu sejam. Tak mungkin kau dapat mengelaknya kerana kelajuan kau hanya dalam lingkungan 90 batu sejam sahaja!!” Elius berundur satu langkah ke belakang sambil tidak mempercayai ada juga manusia yang boleh meloloskan diri dari kuasanya yang paling pantas pernah dipelajarinya.
“Pak Cik tahu apa maknanya?” Sophia yang menggelar musuhnya sebagai ‘Pak Cik’ bertanya dalam nada mengejek. “Gerakan badan saya lebih pantas dari kelajuan Pak Cik dan kuasa yang Pak Cik lepaskan. Memang keadaan sangat genting ketika Pak Cik hendak membunuh tebusan pada awal tadi. Tapi tak semestinya saya akan menggunakan kepantasan maksimum saya untuk halang Pak Cik tadi. Macamana kalau saya anggarkan kelajuan saya semasa mengelak tadi lebih kurang…195 batu sejam?!!”
“Apa? 195 batu sejam?!” Sesuatu yang sukar dipercayai oleh Elius.
Sebenarnya semasa serangan sebentar tadi yang hampir meragut nyawanya, Sophia sempat mengelak dengan kelajuan maksimumnya yang lebih setengah kali ganda kelajuan ‘Hentakan Kaki Maharaja”. Ini bermakna kepantasan gerakan Sophia ialah  195 batu sejam atau 312 Kilometer sejam. Hampir sama dengan kelajuan maksimum kereta Formula Satu!!
Jawapan yang dicari oleh Sophia tentang bagaimana untuk menewaskan musuhnya yang berkelebihan tenaga dan kekuatan telah ditemuinya dengan tidak sengaja semasa dia mengelak serangan Elius tadi. Ianya adalah….
Kelajuan….
“Pak Cik mungkin lebih kuat dari saya. Tapi, saya lebih pantas daripada Pak Cik. Tak mungkin Pak Cik dapat mencederakan saya. Tapi dengan kepantasan yang saya ada, saya boleh menyerang dengan efektif walaupun mengambil masa untuk menewaskan Pak Cik. Macamana? Nak cuba?” Sophia mempelawa Elius untuk bertarung lagi sambil melunjurkan jari telunjuk dan menggerak-gerakkannya ke depan dan belakang.
“Kurang Ajar!!!” Elius sungguh berang dengan kata-kata Sophia. Kini dia tiada masa untuk melayan tebusan yang diibaratkannya sebagai cencurut itu. Tendangan bertali arus ditujukan kearah Sophia yang ada di hadapannya. Sophia tidak menangkis tendangan Elius. Dia hanya mengelak semua serangan yang dihadapinya. Beribu-ribu tendangan yang diiringi dengan kilauan kilat di sekeliling mereka berdua akibat dari kehebatan tenaga yang dikeluarkan oleh Elius.
Sophia mengumpan Elius keluar bangunan. Sebelum mereka sempat keluar dari tingkat 25 menara Guan Teak Lim, Elius menghentikan serangannya. Mereka berdua terkaku dengan Elius kelihatan lemah dan tercungap-cungap. Pada masa yang sama pergelangan kaki kiri Sophia sedang memaut batang leher Elius. Kelihatan juga beratus-ratus kesan tusukan kasut tumit tinggi di seluruh tubuh Elius termasuk di kepalanya!!
“Pak Cik tak sedar ke yang saya juga sedang menyerang Pak Cik?” Sophia mengeluarkan kata-kata sambil melepaskan kakinya dari leher Elius. Benar kata Sophia, dengan kepantasannya dia mampu menyerang Elius beratus-ratus kali walaupun di masa yang sama musuhnya bertubi-tubi menghujankan tendangan ke arahnya.
“Tak mungkin…Patutlah semakin lama aku semakin lemah dan tubuh aku terasa sakit. Aku langsung tak dapat melihat serangannya. Yang aku sedar, dia hanya mengelak serangan aku, bukannya menyerang aku. Pertama kali aku melihat kepantasan luar biasa seperti ini!” Bisik hati Elius sebelum lututnya rebah ke lantai dengan tidak sengaja. Dia kelihatan begitu lemah sekali. Dia tidak menyangka sama sekali akan ditewaskan sebegitu rupa. Kini dia baru sedar yang kekuatan bukan segala-galanya. Walaupun dia sudah yakin dengan kelajuan gerakan yang dimilikinya, tetapi ternyata Kawalan Tenaga Sejagat asas kilat boleh mencapai tahap seperti yang dilihatnya sebentar tadi. Namun dia ada peluang terakhir untuk menang. Kawalan Tenaga Sejagat yang diberi nama ‘Tendangan Maharaja’ oleh Elius itu masih belum sampai ke peringkat terakhir. Masih ada peluang untuknya menang dalam pertarungan itu.
TENDANGAN MAHARAJA
Kawalan Tenaga Sejagat yang telah diberi gelaran berlainan oleh pemiliknya. Terdiri dari lima peringkat yang berlainan aras tenaga tetapi tidak banyak peningkatan dalam kelajuan di setiap peringkat. Elius telah menggunakan peringkat pertama dan keempat. Dia tak mungkin melancarkan peringkat kedua dan ketiga kerana dia sedar yang peringkat keempatnya pun tak mampu untuk menandingi kepantasan Sophia.
Walaupun Elius kelihatan lemah, Sophia tetap dalam keadaan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Tebusan yang menjerit-jerit ketakutan terdiam melihat situasi sekarang ini. Sedikit kelegaan terpancar di wajah mereka. Sophia memberi isyarat kepada semua tebusan supaya meninggalkan tingkat 25 dengan turun melalui tangga kecemasan dan menunggu di tingkat 22. Lalu mereka pun berpusu-pusu menuju ke arah tangga sambil Elius berpaling kearah mereka yang tak ubah seperti ayam keluar dari pintu reban yang sempit. Elius begitu geram dan maruahnya terasa tercabar kerana sudah dua kali cubaannya membunuh tebusan digagalkan oleh budak berusia 16 tahun dan sekarang mereka semua sudah hilang dari pandangan matanya.
“Sarjan Mejar, Semua tebusan ada di tingkat 22 sekarang ni. Minta bantuan Unit Penyelamat untuk menyelamatkan semua tebusan di sana.” Sophia membuat laporan melalui alat perhubungan yang masih melekat di telinganya.
“Baiklah! Macamana keadaan kamu sekarang?” S.M Khairi menjawab dan bertanya keadaan Sophia.
“Kami belum selesai lagi. Nanti saya hubungi Tuan. Out!” Jawab Sophia sambil matanya tidak lepas dari memandang musuhnya.
S.M Khairi kelihatan lega sedikit mendengar semua tebusan sudah dipindahkan dari tingkat 25. Tapi dia tertanya-tanya bagaimana Sophia melakukannya? Dia sudah mula yakin dengan kebolehan Unit Baru CCD itu.
“Pak Cik, Saya tahu Pak Cik ada lagi serangan yang hebat berbanding tadi kan?” Sophia mengagak. Elius mula bangkit perlahan-lahan dan mengatakan sesuatu kepada Sophia.
“Aku terlalu memandang rendah ke atas kebolehan kau. Ternyata teori kau tadi memang tepat sekali. Kepantasan mengatasi kekuatan…Tapi itu hanya berlaku pada peringkat pertama hingga keempat ‘Tendangan Maharaja’. Sedangkan peringkat terakhir ‘Tendangan Maharaja’ menafikan teori itu. Pada masa itu kepantasan sudah tidak beerti lagi.”
Sophia Hairan dengan penjelasan Elius.
Kepantasan sudah tidak beerti lagi…
Apakah jenis serangan yang dimaksudkan itu?
Kenapa kelajuan tidak dapat menandinginya?
Atau dia hanya cakap saja?
Elius kembali dengan senyumannya. Dari mata Sophia dia dapat mengagak Sophia sedang berkira-kira tentang jenis serangan Peringkat Terakhir Tendangan Maharaja.
“Sebelum tu boleh aku Tanya siapa bapa kau dan apa nama kuasa yang kau gunakan?” Elius menyambung kata-katanya dengan bertanyakan soalan kepada Sophia. Dia cuba berdiri tegak walaupun memerlukan banyak tenaga.
“Nama bapa saya Abdul Hamid bin Akhbar. Keturunan Aramus Tenggara. Saya mengunakan ‘TENDANGAN HYPERSONIC tujuh Peringkat dan sebentar tadi adalah gaya ke-3, JARUM DALAM BADAI!”Jelas Sophia dengan jelas dan terang. Encik Hamid sudah menceritakan semua tentang keturunannya pada malam selepas terjadinya ronpakan di Heaven Square.
Elius ternganga besar dan matanya terbeliak. Ada sesuatu yang mengejutkannya. Lantas dia ketawa terbahak-bahak.
“Ha! Ha! Ha! Ha! Kawalan Tenaga Sejagat asas Kilat dari Aramus Tenggara rupanya..! Hei budak! Kalau kau nak tahu, dari dulu tak ada seorang pun kesatria Asas Kilat dari Aramus Tenggara boleh mengalahkan kesatria Asas Kilat milik Aramus Timur. Nak tahu kenapa? Kawalan Tenaga Sejagat keturunan kau hanya mementingkan kepantasan di setiap peringkat kuasa sedangkan kuasa kami meningkat di setiap peringkat. Walau pantas macamana sekalipun gerakan kau tapi kekuatan serangan tidak banyak berubah. Ini memberi kelebihan kepada aku!! Sejarah telah membuktikannya! Kau tak akan menang!!!  Ha! Ha! Ha!” Elius seperti orang hilang akal. Dia nampak gembira sekali. Namun sejurus kemudian tawanya terhenti…
Lalu dia bersedia untuk serangan terakhirnya. Kilat memancar-mancar dari tubuhnya. Jarinya digenggam rapi. Tarikan nafasnya setiap satu semakin panjang. Dia amat yakin kali ini. Dia mahu membuktikan kepada Sophia apa yang dikatakan kekuatan boleh mengatasi kepantasan dan memastikan sejarah pertarungan kesatria Aramus Tenggara dan timur selalu berpihak kepada Aramus Timur.
Sophia mendapat isyarat dari S.M Khairi yang semua tebusan sudah diselamatkan dan Menara Guan Teak Lim sudah dikosongkan.
Sophia masih lagi tertanya-tanya bagaimanakah serangan yang akan dilancarkan oleh Elius. Mungkin selepas ini dia kebal dari sebarang serangan.. Atau dia melepaskan aura kesemua arah secara serentak supaya musuhnya tidak dapat bersembunyi di mana jua… “Ah..! Aku tak boleh mengagak bentuk serangannya! Ayah pun tak cerita sikit pun pasal Keturunan Aramus Timur… Walau apapun… Aku kena hadapinya. Aku tak boleh memancing dia ke tempat lain takut-takut dia melarikan diri.” Sophia mempersiapkan langkah bagi mempertahankan diri dari serangan Elius. Kaki kanannya diluruskan ke atas. Gegelung berwarna ungu terpacul satu persatu dari muncung kasut tumit tingginya yang tegak di atas kepala dan jatuh menyelusuri tubuhnya sehingga menutup semua bahagian badan Sophia. Dirinya kini di selubungi berpuluh-puluh gegelung aura ungu yang merupakan pertahanan dari peringkat ke-5 ‘Tendangan Super Sonic’ iaitu BAJU KEBAL ELEKTRON. Dalam keadaan biasa, pengguna ‘Tendangan Super Sonic’ hanya menggunakan kepantasan untuk mengelak serangan musuh. Tetapi dalam keadaan genting seperti masalah kondisi badan yang telah lemah dan sudah tidak bermaya, peringkat ke-5 menjadi pilihan terakhir untuk meneruskan pertarungan.
Amaran daripada musuhnya telah memaksa Sophia mengaktifkan Peringkat ke-5 pada tubuhnya kerana dia risau kepantasannya tidak dapat membantu.
Pada masa yang sama Elius menghentakkan kakinya dan menyebabkan lantai tingkat 25 roboh. Sophia yang menyedari situasi itu lantas mengapungkan badannya di udara. Begitu juga dengan Elius. Tingkat 24 dan 25 telah menjadi satu. Untaian-untaian wayar yang masih berarus elektrik memercikkan api di merata tempat sekitar mereka.
Tubuh Elius kelihatan seakan berkembang. Seluruh badannya berdenyut-denyut seperti ingin melepaskan sesuatu. Tiba-tiba tanpa amaran….
BOOMM!!!!!
Letupan berpusat di tubuh Elius mengeluarkan aura kuasa yang merembat kesemua arah. Tetapi apa yang menghairankan ialah letupan itu telah melanggar hukum fizik yang menetapkan bahawa tenaga dilepaskan semasa letupan berlaku. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Letupan itu menyebabkan semua kawasan yang berjarak 100 meter dari pusat letupan menghasilkan tenaga yang bergerak selaju 90 batu sejam menuju ke arah pusat letupan itu sendiri. Termasuk Sophia yang hanya berjarak 25 meter dari Elius.
Sophia tidak sempat untuk berbuat apa-apa kerana dia tak menyangka dia akan disedut ke arah Elius. Dia cuba bertahan tetapi benar kata-kata musuhnya itu. Kepantasan tidak diperlukan untuk menhadapi peringkat terakhir ‘Tendangan Maharaja’.
Dia terdorong oleh tarikan ala ‘black hole' di angkasa lepas. Nasib baik Sophia sudah mengaktifkan Baju Kebal Elektron untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang terjadi selepas ini.
Dalam sekelip mata dia sudah berada di depan Elius dengan lehernya telah direnggut oleh tangan kiri Elius yang bersaiz kepala Sophia. Semua objek yang di tarik oleh kuasa Elius hancur berkecai apabila bertembung dengan tubuh Elius termasuklah dinding dan lantai konkrit serta segala isi bangunan yang berada dalam jarak 100 meter dari Elius. Sophia juga menjadi mangsa hentaman objek-objek yang menuju kearah dirinya yang sudah berada dalam genggaman Elius. Kesakitan yang tak terkata dirasai oleh Sophia walaupun dia sudah mengaktifkan ‘Baju Kebal Elektron’.
Pada ketika itu Elius menggenggam sebelah lagi buku limanya untuk dibenamkan pada perut Sophia.
“Bagaimana? Awak percaya kata-kata aku sekarang? Aku perkenalkan kepada kau ilmu tertinggi keturunan Aramus Timur…TARIKAN TITIK MAUT!!!
Sophia sudah cuba meronta-ronta melepaskan diri dari cengkaman Elius. Ternyata ianya tidak berhasil. Akhirnya dia hanya ada satu jalan iaitu mengaktifkan ‘Baju Kebal Elektron’ ketahap tertinggi yang boleh dicapainya. Gegelung aura ungu yang melindungi tubuhnya tadi berubah menjadi seperti baju perisai yang bercorak seperti papan litar elektronik dan membaluti tubuhnya.
THUD!!!
Ledakan dari benaman penumbuk Elius di perut Sophia kedengaran hingga keluar bangunan. Perisai yang menyaluti tubuh Sophia terurai sambil Sophia terpelanting dan terperosok ke bangunan sebelah.
Menara Guan Teak Lim runtuh akibat bahagian tengah bangunan itu ranap angkara kuasa pemusnah tertinggi Elius. Pasukan keselamatan dan orang awam yang berada di bawah bangunan  lari bertempiaran meninggalkan kenderaan masing-masing.
Di tengah-tengah debu runtuhan itu, kelihatan Elius terapung di udara.
Sementara musuhnya yang terbenam di bangunan sebelah tiada khabar berita. Elius meluru ke arah lubang yang terbentuk akibat hentaman tubuh Sophia di bangunan sebelah. Kali ini dia tak mahu membuat kesilapan lagi. Dia berhati-hati dengan tindakannya. Setelah menghampiri lubang itu, Elius mendapati Sophia berada di bawah runtuhan dinding bangunan yang dihentamnya sebentar tadi. Elius kelihatan puas dengan tindakan penyudahnya. Sekali lagi Sejarah berulang. Setelah  sekian lama, satu lagi pertarungan antara Keturunan Aramus Tenggara dan Timur berpihak kepada Keturunan Aramus Timur. Maka benarlah kata sejarah…
“Sophia! Sophia! Awak tak apa-apa? Sophia! Awak dengar tak?! Sophia!” Alat komunikasi di telinga Sophia berbunyi. S.M Khairi ingin tahu apa yang tejadi kepada Sophia.
Sophia tidak sedarkan diri. Sisa-sisa ‘Baju Kebal Elektron’ masih  melekat di tubuhnya. Elius datang menghampiri Sophia yang sudah tidak bermaya dengan tujuan untuk menamatkan riwayat musuhnya. Belum pun sempat dia mendekati gadis berusia 16 tahun itu, satu lagi susuk tubuh berupa seorang gadis muncul dari runtuhan batu betul-betul membelakangi tubuh kaku Sophia.
Elius terkejut lalu memberhentikan kemaraannya. Siapa gadis itu? Dari mana dia datang? Adakah dia juga berdarah Aramus?
Sementara itu, Ima dan Zaitun yang sedang bertarung dengan pengikut Elius bagaikan bertemu buku dengan ruas. Mereka berempat sama-sama hebat. Kekuatan dan taktik serangan mereka setaraf. Pengikut Elius yang bergelar Lanang dan Wakwang adalah pengamal asas Batuan yang boleh memanipulasikan apa jua jenis batuan di sekeliling mereka untuk dijadikan senjata. Keadaan itu memaksa Ima menggunakan ‘Nuclear Stick’nya yang dijana oleh Kawalan Tenaga Sejagat asas Magnet. Zaitun pula dengan Kawalan Tenaga Sejagat milik Keluarganya iaitu asas besi. Zaitun mempunyai kemahiran menghasilkan besi cair dari badannya atau kawasan sekelilingnya yang diolah menjadi aura berkemampatan besi yang tinggi. Itulah yang digunakannya untuk meranapkan helikopter pada kejadian tempoh hari.
Ima dan Zaitun yang sedang bertarung di atas sana sedar yang Sophia telah di tewaskan oleh Elius. Mereka cuba meluru ke arah Sophia tetapi dihalang oleh Lanang dan Wakwang. Melihat kejadian yang menimpa Sophia, Ima dan Zaitun begitu marah dan berang sekali.
“Kita kena selamatkan Sophia, Tun…!” Ima bertempik ke arah Zaitun dengan nada marah bercampur sedih.
“Kalau macam tu, kita kena tewaskan diorang ni cepat!” Teriak Ima lagi.
“Aku ada idea! Apa kata kita gabungkan tenaga kita!” Zaitun memberi cadangan di saat genting itu.
“Betul tu..!Gabungan asas magnet dan besi akan bercantum dan menghasilkan tenaga berlipat kali ganda apabila dilepaskan..! Boleh ke? Kita tak pernah cuba kan..?” Ima ragu-ragu dengan cadangan Zaitun yang mahu mereka mencantumkan asas magnet dan besi.
“Kita cuba je dulu… Mengikut hukum sains, gelombang magnet akan menjadi kuat jika medannya berubah-ubah akibat dirapatkan dengan unsur besi!” Zaitun yang memang terkenal dengan kebijaksanaannya di dalam kelas sempat mengajar sesuatu kepada Ima.
“Ok! Kita cuba!” Ima setuju!
Lanang dan Wakwang belum menyedari taktik lawannya.
Ima pun menghayunkan batonnya yang diberi nama ‘Nuclear Stick’ ke arah Lanang dan Wakwang sambil Zaitun memegang bahu Ima bagi mengalirkan Auranya yang digelar ‘Little Blast’ ke dalam ‘Nuclear Stick’ bagi menambahkan lagi kuasa medan magnet yang dihasilkan oleh senjata milik Ima itu.
Sesuatu yang tak disangka muncul dihadapan mereka. Jika hayunan baton Ima sebelum ini mengeluarkan ‘kesan khas’ seperti arus elektrik berwarna merah jambu, kini batonnya itu seperti mengalami kerosakan. Ianya tidak mengeluarkan apa-apa yang dapat dilihat. Mereka berdua hairan dengan apa yang terjadi.
Lanang dan Wakwang pun terdiam kerana tidak ada apa yang terjadi. Mereka hanya berkedudukan sedia.
Alangkah terkejutnya Lanang dan Wakwang apabila mereka seperti dilanggar sesuatu yang bersifat halimunan. Bukan itu saja..
SWAP!!!!
Objek itu telah memenggal dada mereka berdua. Serentak dengan itu barulah objek halimunan itu muncul. Rupanya  itu adalah aura gabungan kuasa Ima dan Zaitun yang berbentuk cincin geregasi yang lutsinar!
Lanang dan Wakwang terkorban dalam pertarungan itu. Tubuh mereka yang terpenggal dua jatuh ke bumi. Tepukan gemuruh kedengaran dari bawah. Semua anggota keselamatan dan orang awam yang menyaksikan pertempuran kuasa-kuasa hebat itu gembira dengan tertumpasnya dua daripada tiga anggota kumpulan Red Level.
Ima dan Zaitun masih lagi terkaku dan tergamam dengan eksperimen mereka.
“Ima…Kau nampak tak?” Zaitun bersuara dalam kaku tubuhnya.
“Ya.. Kita berjaya…” Ima menoleh ke arah Zaitun sambil tersenyum dan menarik semula batonnya. Mereka melompat-lompat keriangan di puncak bangunan seperti pelajar yang baru mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Keriangan mereka terhenti sambil serentak memandang ke arah lokasi Sophia ketika itu.
“Sophia!!” Ima dan Zaitun menjerit sambil meluru pantas untuk membantu rakannya yang sudah tewas di tangan Elius.
Belum sempat mereka berdua menerpa ke arah bangunan di mana Sophia berada, seseorang telah terkena serangan dan terpelanting keluar dari lubang bekas perlanggaran Sophia. Dia adalah Elius!!
“Tengok tu! Sophia masih mampu melawan!!” Zaitun berasa lega melihat Elius terkena serangan dari dalam bangunan.
“Jom kita serang dia!!” Ima menukar haluannya dan menuju ke arah Elius. Zaitun hanya menurut sahaja kerana cadangan Ima itu pun ada baiknya! Cepat musuh mereka mati, lagi baik.
Elius yang sedar dua lagi Dashing Doll menuju ke arahnya terus mengaktifkan kembali ‘Tarikan Titik Maut’!!!
“Budak berdua ni nak cari mampus agaknya…:” Bisik Elius sambil mencebik bibirnya yang sudah bengkak akibat tertusuk tumit kasut Sophia semasa serangan di Menara Guan Teak Lim.
Tiba di jarak 70 meter dari Elius, Ima dan Zaitun mengulangi penggabungan kuasa yang telah berjaya menumpaskan pengikut Elius tadi.
Pada saat genting itu satu suara meminta mereka beredar dari situ..
“Hei! Kamu berdua!! Pergi dari situ…! Kamu takkan……”
BOOM!!
Suara itu tidak sempat menghabiskan amaran yang ditujukan kepada Ima dan Zaitun….
Sama seperti yang dilakukannya pada Sophia.. Elius mengaktifkan sekali lagi kuasa penyedut bagi menarik semua benda yang berada 100 meter daripadanya termasuklah Ima dan Zaitun yang tak sempat melepaskan gabungan tenaga mereka.
Seperti juga Sophia, Ima dan Zaitun cuba untuk meloloskan diri tapi gagal…Mereka berdua lebih malang lagi apabila Elius melepaskan tumbukan semasa mereka bergerak mengikut arus tarikan Elius. Ini bermakna momentum yang dikenakan keatas mereka berdua adalah lebih dasyat daripada Sophia yang ditumbuk semasa Sophia tidak bergerak.
Kali ini Elius tidak menghiraukan dua mangsa baru ‘Tarikan Titik Maut’nya. Dia lebih tertarik kepada seseorang yang telah melepaskan terjahan padu terhadap dirinya semasa dia cuba menamatkan riwawat Sophia yang sudah tidak sedarkan diri.
Beberapa minit sebelum itu…
“Siapa kau?” Elius melontarkan pertanyaan.
Wajah gadis yang tiba-tiba muncul dihadapan Elius itu diselindungi oleh dinding di dalam bangunan yang menghalang cahaya matahari memancar ke arahnya. Elius tergerak hati untuk melihat wajah gadis itu. Perlahan-lahan dia bergerak merapatinya.
Gadis yang berpakaian T-shirt putih dan berseluar Jeans hitam itu membenamkan penumbuk pada dinding konkrit setebal satu kaki yang berada di sebelahnya menyebabkan dinding itu berlubang dan membenarkan sinaran matahari memancar menembusi lubang itu lalu menerangi sebahagian wajahnya.
Gadis bertudung!!!
Wajahnya cukup ayu dan kelihatan tenang. Tak sesuai dengan tindakannya meruntuhkan paduan konkrit dan batu bata yang membentuk dinding kukuh di sebelahnya sebentar tadi.
Angin yang bertiup menerbangkan hujung kain tudung yang dililit di lehernya dan dikemaskan lagi dengan kerongsang berbentuk bunga teratai di bawah dagu.
Elius tergamam… Dia mengenali gadis itu. Cukup kenal…Pernah berjumpanya beberapa kali tetapi dengan karektor yang begitu kontra berbanding ketika ini. Dia mengenali gadis itu sebagai gadis yang manja, periang dan bersopan santun.
“Aku kenal kau…Kau adalah…”
“Ya… Awak kenal saya…dan saya akan pastikan hari ini awak tak sempat beritahu ‘dia’ siapa saya!” Gadis itu memotong kata-kata Elius dan…
YAAAAAAAH!!!!
Elius dapat merasakan tenaga tendangan itu. Ianya tenaga yang begitu sempurna dan mempunyai ketepatan sasaran paling mengagumkan pernah dirasakannya. Walaupun ketika itu dia masih lagi diselubungi aura ‘Perisai Maharaja’, tendangan itu mampu mengundurkan kedudukan Elius sejauh lebih kurang 150 meter dari gadis itu. Kini seorang lagi musuh sudah muncul tetapi dengan kreatiria yang berbeza. Bukan lagi kepantasan serangan yang perlu di beri perhatian oleh Elius, mengikut analisisnya kekuatan serangan musuh barunya itu mampu menggugat kredibiliti peringkat terakhir ‘Tendangan Maharaja’ yang belum lagi tercabar di arena pertarungan itu setakat ini.
Sementara itu Ima dan Zaitun mengalami nasib yang sama dengan Sophia. Mereka berdua terhumban jauh dan terhempas di dua kawasan yang berlainan. Anggota penyelamat terus bergegas menyelamatkan dua gadis itu.
Misi pertama Dashing Doll dalam Unit Simpanan Khas CCD berakhir dengan tragedi. Mereka gagal menandingi kehebatan musuh mereka yang berasal dari tamadun silam yang sama dengan mereka. Tugas mereka untuk menjaga keamanan seperti yang mereka ikrarkan dua hari lepas tidaklah semudah yang mereka jangkakan. Ramai lagi orang-orang Aramus yang jauh lebih hebat dari Elius. Mereka perlu meningkatkan lagi kebolehan Kawalan Tenaga Sejagat milik mereka jika mereka masih lagi ingin meneruskan niat murni mereka. Tetapi Dashing Doll tidak bersendirian. Pasti ada kemuliaan disegelintir hati keturunan Aramus yang masih wujud. Golongan seperti mereka inilah yang menjadi harapan kepada penduduk bumi yang akan menghadapi malapetaka dari luar tak lama lagi. Manakala golongan yang tamak dan tidak bertanggungjawab akan menjadi duri dalam daging yang mengambil kesempatan ke atas malapetaka itu untuk menguasai dunia seperti yang dilakukan kumpulan Red Level. Penduduk bumi yang bukan berketurunan Aramus tidak sedar akan hal ini. Mereka tidak perlu tahu…Zaman sekarang bukan zaman mitos bagi mereka. Mereka tidak akan percaya. Biarlah mereka tahu sendiri bila sudah tiba masanya nanti.
Kejadian-kejadian pelik yang berlaku dalam tempoh dua hari ini mungkin boleh membuka mata kepada orang ramai dari luar dan dalam negeri bahawa masih lagi wujud manusia-manusia luar biasa di sekeliling mereka. Cuma mereka tidak akan tahu dari mana asal usul mereka kerana keturunun Aramus tidak akan mendedahkan asal usul mereka kepada sesiapa yang bukan berdarah Aramus.
Kini Dashing doll tidak bersendirian. Siapakah gadis bertudung yang muncul secara tiba-tiba di saat mereka kecundang dalam tugasan pertama mereka?
Banjaran Titiwangsa, 22 00
Pergunungan di tengah-tengah tanah besar Semenanjung Malaysia Raya menyimpan seribu khazanah hutan hujan tropika yang paling tua di dunia. Atas dasar itu, sehingga ke hari ini iaitu pada tahun 2015 kerajaan tidak membenarkan pembangunan dilakukan di kawasan itu. Jika ada pun, ianya akan dikawal dan dipantau dengan rapi. Itupun dikhaskan untuk pembangunan tertentu seperti pusat perlancongan dan empangan bagi tujuan penjanaan kuasa.
Di sebalik keindahan alam semula jadi, banjaran ini juga menyimpan rahsia yang di cari-cari oleh kerajaan khususnya Polis Di Raja Malaysia Raya.
MARKAS RED LEVEL
Markas persembunyian di dalam perut gunung yang terletak di satu tempat yang tidak diketahui lokasinya. Di selindungi oleh kehijauan pokok-pokok hutan dan deruan bunyi air terjun setinggi beratus-ratus kaki, menjadikannya tempat yang sesuai menyembunyikan peralatan dan hasil rompakan serta menjadi tempat berhimpun bagi membincangkan kegiatan yang akan dijalankan.
Tidak ada yang menyangka air tejun yang indah itu adalah pintu gerbang untuk melangkah masuk ke dalam markas. Pergerakan ahli yang keluar masuk juga dipantau melalui system keselamatan kelas satu. Dalam erti kata lain takkan ada sesiapa yang dapat mengesan atau memasuki lokasi markas selain ahli mereka sendiri.
Jauh di dalam perut gunung rupanya terdampar satu dataran yang begitu luas, seluas beberapa padang bola sepak! Di dalamnya terdapat pelbagai jenis senjata yang kebanyakan tidak pernah dilihat.  Berada di dalamnya umpama terperangkap di ruang dalam sebuah kapal angkasa. Reka bentuk yang canggih dengan kebanyakan dindingnya diperbuat dari unsur yang tak diketahui. Di satu sudut di dalam markas itu terletaknya sebuah bilik khas yang menempatkan ketua mereka. Hasil siasatan polis, Pemimpin Red Level adalah orang yang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ianya berdasarkan penggunaan senjata yang digunakan penjenayah seringkali bersamaan dengan senjata yang dimiliki oleh RAMD atau Rejimen Askar Melayu diraja dan CCD. Adakah beliau orang penting dalam tentera atau polis?
Di dalam bilik khas yang dilengkapi dengan beberapa pengawal keselamatan dan senjata automatik, kelihatan seorang lelaki separuh umur sedang duduk di kerusi khas berwarna keperakan dan di kelilingi oleh beberapa pengikutnya. Mereka sedang mengadakan pertemuan tergempar.
Melihat dari gaya pengikutnya yang berdiri tegak tanpa bergerak sedikit pun, ternyata mereka setia kepada pemimpin mereka yang sedang bingkas bangun sepertinya ingin mengatakan sesuatu.
“Sudah bertahun-tahun kita bersama.” Itulah ayat pertama yang diucapnya.
“Bertahun-tahun jugalah masa yang diambil oleh kita untuk mengesan keturunan Aramus yang lain untuk menyertai kita… Akhirnya harapan untuk kita temui generasi dari tamadun Aramus terlaksana.” Senyuman sinis terlukis di wajah pemimpin Red Level itu menggambarkan perasaan gembiranya atas perkhabaran yang diumumkannya sendiri.
“Tapi sayang… Kemunculan mereka semalam telah menumpaskan kita!!” Rupanya senyumannya tadi hanyalah palsu. Hakikatnya pemimpin Red Level itu sangat marah dengan kemunculan keturunan Aramus yang baru.
Rupa-rupanya Kumpulan Red Level terdiri daripada sepuluh orang keturunan Aramus yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat yang diwarisi sejak turun temurun. Pemimpinnya telah berusaha mencari seberapa ramai keturunan Aramus yang mempunyai kuasa luar biasa bagi tujuan melakukan jenayah sekaligus merancang untuk menguasai dunia. Selagi mereka boleh menyembunyikan kuasa luar biasa mereka, mereka akan menggunakan pengikut-pengikut bukan berketurunan Aramus yang direkrut bagi melakukan kegiatan mereka.
Nampaknya bagi merealisasikan impian mereka untuk menguasai dunia, kini mereka terpaksa juga menggunakan Kawalan Tenaga Sejagat yang sekian lama tersimpan dalam diri mereka.
“Tuan Jaque… bagi saya, mereka bukanlah ancaman yang besar bagi kita. Mereka hanyalah budak hingusan..! Perempuan pulak tu… sepatutnya kita tak perlu risau..” Seorang pengikut yang berbadan tegap dan berkaca mata melontarkan pendapatnya.
“Rash!! Jaga sikit mulut kau!Bukan itu yang aku fikirkan sekarang! Mereka bertiga telah memecah tradisi! Telah membongkar rahsia mereka sendiri! Melanggar janji turun temurun yang tak membenarkan menunjukkan Kawalan Tenaga Sejagat kepada dunia sebelum sampai masanya. Kamu semua bukan tak tahu…Menurut ahli nijum Neus, sebelum datangnya pemilik batu dan pedang dari angkasa lepas, Manusia akan disajikan dengan pertarungan dari pemilik-pemilik Kawalan Tenaga Sejagat yang sudah tidak menghiraukan janji kepada nenek moyang mereka.” Pemimpin Red Level itu berlegar-legar di tengah-tengah sembilan pengikutnya.
“Tiga gadis itu sudah memulakannya. Tak mustahil selepas ini akan ramai lagi orang-orang seperti mereka akan muncul. Ini akan menjejaskan impian kita untuk menguasai dunia menjelang datangnya makhluk asing yang akan menuntut barang milik mereka.”Sambungnya lagi.
“Dengan adanya kuasa dunia di tangan kita, Kita tidak akan diserang oleh makhluk asing yang tentunya lebih hebat daripada manusia sekiranya kita bersatu dengan mereka. Itu matlamat kita!” Kata-katanya berakhir serentak dengan melabuhkan punggung di kerusi peraknya.
“Tak semua daripada mereka yang memiliki Kawalan Tenaga Sejagat adalah orang baik. Mereka pasti akan gunakannya untuk kejahatan pada akhirnya.” Seorang lagi pengikut yang bernama Shah mengutarakan pandangan.
“Perkara ini begitu rumit untuk diramal. Kita tak dapat gambaran dengan jelas bagaimana situasi yang sebenar pada masa depan. Kemungkinan kita mempunyai saingan yang lain dalam perebutan menguasai dunia.” Nampaknya seorang demi seorang sudah berani bersuara.
Dalam pada itu, tiba-tiba terdengar bunyi deringan telefon bimbit kepunyaan pemilik kerusi berwarna perak.
Mendengar nada dering telefonnya itu, dia tersenyum bagaikan sudah tahu siapa yang menghubunginya.
“Hello, Ada apa telefon Abah sekarang ni?”
“Hm..”
“Ya….”
“Oh..! ye ke?”
“Tahniah anak Abah! Akhirnya permohonan anak Abah diterima juga. Bila nak daftar?…Esok?…Baiklah.. Esok pergi dengan pakcik saja. Abah tak boleh pergi banyak kerja. Ok..Bye!” Pemimpin kumpulan itu kelihatan gembira sekali. Apa agaknya berita gembira yang baru diterimanya?
“Baiklah…!”
“Kita mesti hapuskan ketiga-tiga gadis itu. Sudah semestinya menggunakan cara nenek moyang kita dahulu…KAWALAN TENAGA SEJAGAT…” tapak tangan digenggam tanda semangat yang berkobar-kobar. Lalu seseorang menawarkan diri mengetuai tugasan itu. Sepertinya dia orang paling kanan dalam kumpulan itu melihat dari posisi dia berdiri.
“Serahkan pada saya Tuan! Saya faham benar dengan Kuasa salah seorang daripada mereka kerana kami mempunyai asas yang sama..iaitu…Kilat.Walaupun sama, Saya yakin, Kuasa saya lebih hebat daripada dia yang baru setahun jagung.” Apa yang dimaksudkan adalah Sophia.
“Baiklah… Kau menjadi anggota pertama yang menggunakan Kawalan Tenaga Sejagat di dunia luar.Susunlah strategi kau sendiri. Dan aku mahu mendengar berita gembira daripada kau, Elius” Pemimpinnya bersetuju. Pengikut yang lain kelihatan tenang.
Pastinya Sophia, Ima dan Zaitun sudah menyangka bahawa musuh mereka yang mendatang adalah berasal dari susur galur tamadun Aramus seperti mereka.
Sekali lagi dunia dan Malaysia Raya khususnya akan menjadi medan pertempuran kuasa-kuasa purba seperti yang berlaku 1500 tahun sebelum masihi dahulu. Ini juga bermakna sudah sampai masanya manusia menyambut kedatangan makhluk asing dari angkasa lepas yang akan mengucar kacirkan keadaan dunia.
Alangkah mudahnya jika manusia mengetahui lokasi terletaknya dua khazanah angkasa itu bagi mengelakkan kemusnahan bumi di tangan makhluk asing. Malangnya tiada siapa yang tahu.
SEKOLAH MENENGAH SAINS MALAYSIA RAYA
“Baiklah kelas.. Hari ini Ustazah nak memperkenalkan kepada kamu semua pelajar baru yang baru dipindahkan ke sekolah ini.” Ustazah Nor Baiyah iaitu guru kelas mereka berdiri di hadapan kelas besama seorang pelajar bertudung.
“Nor, kenalkan diri kepada teman-teman baru kamu.”
“Assalamualaikum… Nama saya Noor Aziah Binti Jafri. Saya tinggal di Putrajaya. Saya berpindah ke sekolah ini kerana ini adalah sekolah idaman saya. Saya berasa seronok dan bangga dapat bersama-sama anda semua.” Kata-kata perkenalan yang ringkas dari gadis itu.
“Ok… Kamu semua buat kerja mesing-masing. Ustazah ada hal di bilik guru. Ima… Pastikan kelas dalam keadaan terkawal.” Lantas Ustazah Nor Baiyah melangkah keluar dari kelas 4 Hikmah.
Kebanyakan mata pelajar lelaki tidak berkedip memandang pelajar baru itu yang mempunyai rupa paras yang cantik, comel dan menawan. Senyumannya semasa memperkenalkan diri sebentar tadi boleh menjadi igauan pelajar lelaki di dalam kelas itu.
Pelajar yang bernama Noor itu pun mengambil tempat di tempat duduk hadapan kelas bersebelahan dengan tempat duduk Sophia.
“E eh… Awak Sophia kan? Tak sangka sekelas dengan awak. Seronoknya..Apa khabar..” Noor terkejut melihat pelajar di sebelahnya sama seperti wajah yang terpampang di surat khabar dan berita di televisyen.
“Baik..”Jawab Sophia selamba. Cemburu Sophia melihat kecantikan gadis yang duduk di sebelahnya.
Sebelum ini, Sophia, Ima dan Zaitunlah yang menjadi tumpuan pelajar lelaki kerana mereka bertiga antara pelajar perempuan yang paling cantik dan bergaya di sekolah itu. Kemana mereka pergi pasti ada saja mata pelajar lelaki yang tak henti memandang mereka. ‘Rating’ mereka semakin naik semenjak peristiwa yang berlaku hi Heaven Square dua hari lepas.
Sophia dapat rasakan yang pelajar baru ini akan menjadi tumpuan baru dan saingan mereka bertiga di sekolah. Lagi-lagi pelajar baru itu lemah lembut, peramah dan kelihatan sopan di sebalik tudungnya.
Ima juga begitu. Kalau dulu pelajar lelaki di kelasnya suka mengusik dan menguratnya, kini mereka mata mereka lebih tertumpu kepada Nor yang duduk di sebelah Sophia. Tapi Ima tak kisah semua itu kerana dia pelajar yang ‘happy go lucky’.
Berlainan pula dengan Zaitun. Dia mendatangi Nor dan menyapa dengan baik.
“Hai…Macamana sekolah baru? Ok ke?” Zaitun berdiri di sebelah Noor.
“Alhamdulillah…! Ok je…Mmmm Saya kenal la dengan awak. Awak mesti Zaitun kan?” Noor membalas pertanyaan Zaitun dan nampaknya dia ketemu dengan Super Heroes yang kedua.
“Ya Saya…”Jawab Zaitun ringkas.
“Mana seorang lagi? Kamu bertiga kan?”Noor memaksudkan Ima.
“Tu dia… Ketua kelas. Ima nama dia.” Zaitun menuding jari ke arah Ima yang berada di tengah-tengah kelas.
Ima Hanya tersengih macam kerang busuk.
Kelihatan Zaitun dan Noor sedang rancak berborak ditambah dengan sikap Nor yang agak peramah menambahkan kerancakan hinggakan Sophia dan Ima terpaksa mengalah dengan ego masing-masing. Zaitun yang lebih cantik daripada mereka berdua pun tidak sombong dan cemburu dengan keanggunan rakan sekelas mereka yang baru. Sebenarnya bukan apa.. Sophia dan Ima Cuma terperanjat seketika dengan kemunculan Noor. Sebenarnya mereka tidaklah sejahat mana. Akhirnya Sophia dan Ima pun menyapa Noor dan berbual bersama-sama.
Dalam kerancakan mengenali satu sama lain, tiba-tiba Sophia, Ima dan Zaitun dikejutkan dengan bunyi yang datang dari poket baju seragam masing-masing.
Bunyi itu ialah bunyi alat komunikasi khas yang diberikan oleh CCD oleh mereka bertiga.
“Dashing Doll, Dashing Doll dari Eagle Eye!! Satu drama tebusan berlaku di Bangunan Guan Taek Lim,Jalan Chan Sow Lin. Tiga Suspek, 50 orang tebusan terperangkap di tingkat 25 dalam bangunan. Ada sesuatu yang ganjil pada tiga suspek tersebut. Lapan Anggota kita terbunuh dan tiga kenderaan MPV musnah. Apa yang menghairankan, mereka tak bersenjata. Segera ke lokasi.” Arahan dihantar serta merta dari Pusat komunikasi CCD ke alat komunikasi mereka.
“La…Drama je rupanya…” Ima mencebik bibir.
“Drama kau cakap?! Ini bukan cobaan… Ini betul-betul..!” Sophia menerangkan kepada Ima sambil berjenaka.
“Apsal diorang cakap drama tebusan? Cakaplah tragedi ke..kejadian ke…barulah faham..” Ima menyambung lagi kebodohannya.
“Betul juga kata Ima tu..” Zaitun pun terpengaruh dengan fahaman Ima.
“Eh! Korang sempat bertekak kat sini. Elok korang cepat pergi. Kalau tak nak pergi, biar aku je yang pergi…” Noor berseloroh dalam kekalutan Sophia, Ima dan Zaitun.
“Nak ikut jomla…Kalau tertinggal balik sendiri tau!” Kata-kata Sophia sedikit mengejek. Dia melangkah keluar kelas diikuti oleh Ima dan Zaitun.
Semua pelajar kelas 4 Hikmah meluru ke pintu kelas untuk melihat aksi rakan mereka yang kini bergelar Dashing Doll. Pelajar kelas lain pun turut sama tak ketinggalan menyaksikan aksi pertama rakan mereka itu semenjak bertugas dalam pasukan polis.
Dari jauh kelihatan Sophia, Ima dan Zaitun berlari sepanjang koridor utama sekolah. Cukup pantas dan bertenaga larian mereka.
“Mak aih! Aku ingat akulah juara yang tak tergugat kat sekolah dalam lari pecut. Kalau berlumba dengan diorang, cicir aku jawabnya….” Kata seorang pelajar lelaki yang merupakan juara lari pecut 100 meter sekolah dan daerah yang sedang melihat Sophia, Ima dan Zaitun berlari.
“Tak silap aku.., Sukan bulan lepas diorang bertiga tak tersenarai pun dalam pusingan akhir lari pecut kategori perempuan.” Seorang lagi pelajar bersuara.
“Penipu betul la diorang bertiga tu.”
Dalam banyak pelajar hanya Noor sahaja yang tak berganjak dari kerusi yang baru beberapa minit menjadi haknya disekolah itu. Noor hanya tersenyum dan memerhatikan gelagat rakan-rakan barunya yang sedang berkumpul di pintu kelas.
“Bagusnya dapat berkhidmat macam mereka bertiga.” Bisik hati Noor.
Pada malam itu benar seperti yang dijangka. Semua stesen TV menyiarkan berita rompakan panggung wayang di Heaven Square.
Encik Hamid memegang secangkir Necafe berjalan mendapatkan sofa di ruang tamu tempat dia biasa merehatkan diri setelah pulang dari kerja. Hari ni cepat pula dia balik ke rumah. Biasanya pukul 10.00 baru nampak batang hidungnya di rumah. Sekarang baru pukul 8.00. Mungkin dia keletihan lebih dari biasanya. Manakala Puan Habsah baru keluar dari kereta Proton Sensasi 2.5 keluaran terbaru di halaman rumah.
Sementara itu Sophia duduk di atas katil di dalam biliknya. Dia kelihatan sugul dan risau menunggu Buletin Utama yang akan ke udara sebentar lagi. Apa reaksi orang tuanya sekiranya mereka dapat tahu tentang kejadian di Heaven Square petang tadi.
“Satu rompakan bersenjata M-16x ke atas sebuah panggung wayang telah berlaku di Pusat membeli belah Heaven Square petang tadi. Lebih kurang 20 orang perompak bersenjatakan M-16x milik Angkatan Tentera Malaysia Raya turun dari sebuah helikopter jenis Junior-B9 juga milik Angkatan Tentera Malaysia Raya sebelum menyerbu masuk melalui pintu rintangan api di tingkat sepuluh yang menempatkan Heaven Cine iaitu panggung wayang terbesar di dunia. Apa yang menariknya di sini cubaan merompak itu telah di patahkan oleh tiga orang pelajar sekolah yang kebetulan berada di situ bagi menonton tayangan pembukaan filem Anak Patung Penggempur III. Kelihatannya mereka bertiga bukan seperti gadis lain. Mereka bertiga mempunyai kuasa luar biasa sehingga 20 orang perompak tewas di tangan mereka. Bukan itu saja, senjata tercanggih milik Angkatan Tentera Malaysia Raya iaitu M3-49x dan helikopter Junior-B9 yang digunakan dalam rompakan itu juga turut musnah.”
Encik Hamid tertarik dengan berita rompakan itu yang menyiarkan rakaman di tempat kejadian.
“Betul ke berita ni? Takkan ada budak yang boleh letupkan helikopter dan mengalahkan 20 orang yang bersenjatakan M-16x. Tak mungkinlah. Yang, mari tengok berita ni. Wartawan mana yang reka cerita mengarut ni..!” Encik Hamid memanggil isterinya yang baru melangkahkan kaki masuk di pintu utama rumah mereka.
“Takkanlah dia orang nak mengarut bang…” Puan Habsah yang mendengar berita itu dari luar terus menuju ke arah suaminya dengan beg dan beberapa fail di tangan.
“Tak tunjuk pun budak-budak tu…” Puan Habsah merungut.
Sebaik saja Puan Habsah menghabiskan kata-katanya, alangkah terkejutnya mereka berdua melihat anak mereka bersama dua lagi rakannya terpapar di kaca televisyen sedang bersalaman dengan pegawai polis dan pengurus pusat membeli belah Heaven Square.
“Patutlah…Anak awak rupanya! Berani dia tunjuk depan orang sekarang ni. Dia dah lupa ke janji dia pada awak?” Puan Habsah menengking dengan nada yang agak tinggi.
Encik Hamid hanya terdiam sambil merenung ke arah televisyen. Dia tertanya-tanya siapa dua rakan anaknya itu.
“Fifi!!!” Jerit Encik  Hamid memanggil Sophia.
Sophia yang sudah mengagak perkara itu keluar dari bilik dan berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu.
“Apa yang Fifi buat tadi petang?” Tanya Encik Hamid kepada anak tunggalnya.
“Fifi terpaksa, ayah…” Jelas Sophia dengan kepala tertunduk.
“Kan Ayah kau dah cakap, jangan tunjukkan kehebatan kau sekarang. Kau tu belajar lagi. Lagipun kegunaan ilmu tu satu saja. Ayah kamu akan bagitahu kegunannya bila kau dah dewasa nanti!” Puan Habsah memang seorang ibu yang garang. Percakapannya pun agak kasar sedikit.
“Biarlah saja perompak tu nak merompak. Kau anggap saja yang kau ni seperti gadis lain. Tak payah nak melawan.” Sambung ayahnya pula dengan tenang.
“Tapi, situasi tadi melibatkan nyawa Fifi dan kawan baik Fifi. Ingatkan kawan Fifi tu tak ada kuasa macam Fifi. Dia pun cuba rahsiakan kuasa dia. Tapi keadaan yang memaksa kami bertiga bertindak begitu. Kalau tidak nyawa pengunjung lain pun mesti terancam Ayah.” Jelas Sophia kepada orang tuanya. Sophia tidak pernah sesopan ini ketika menjawab soalan dari orang tuanya. Mungkin kali ini dia akan berubah menjadi anak yang lebih menghormati orang tua selepas kejadian petang tadi.
Encik Hamid memandang tepat wajah anaknya itu dan memikirkan logik cerita yang dijelaskan oleh Sophia sebentar tadi.
“Siapa kawan-kawan Fifi tu?” Encik Hamid bertanya hal Ima dan Zaitun.
Sophia menceritakan semua yang diceritakan oleh Zaitun kepada Ayahnya. Puan Habsah turut mendengar.
“Akhirnya Ayah bertemu juga dengan keturunan Aramus yang lain. Kita memang dilatih turun temurun untuk menyimpan rahsia keturunan kita. Sudah beberapa Generasi Aramus tidak pernah berjumpa sesama mereka. Kalian bertiga sudah mengubah segalanya. Selepas ini akan ramai muncul keturunan Aramus dari segenap pelosok dunia dan yang pastinya tak semua daripada mereka itu adalah orang yang baik. Ingat pesan ayah, keturunan Aramus adalah keturunan yang paling kuat berpegang pada janji. Selama beberapa kurun ini, rahsia keturunan kita tak pernah terbongkar, mungkin selepas ini ianya akan berubah akibat kecuaian yang kamu bertiga lakukan. Jangan dedahkan identiti kamu melainkan kepada keturunan Aramus sahaja. Berhati-hati kepada sesiapa yang mengaku dia keturunan Aramus. Selepas ini pasti mereka mengesyaki kamu semua setelah apa yang berlaku petang tadi.”Panjang lebar Encik Hamid memberi nasihat kepada Sophia.
“Saya akan ingat pesan ayah dan saya nak minta maaf sekiranya selama ini kelakuan saya, bahasa saya menyakitkan hati ayah dan ibu.” Sophia sujud di kaki kedua kaki orang tuanya.
Encik Hamid dan Puan Habsah tersenyum memandang anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang. Ada juga hikmah disebalik kejadian itu. Sophia yang dulunya bersikap kurang ajar dan tidak sopan kepada mereka kini seakan-akan berubah buat selama-lamanya setelah mengetahui yang dia ada tugas berat untuk dipikul. Kerja rumah Ustazah Nor Baiyah yang diberikan di sekolah tadi pastinya akan turut berubah.
Cerita yang lebih kurang sama berlaku di rumah Zaitun. Datuknya kelihatan tenang mendengar penjelasan cucunya. Bagi Tok Sarop, gelaran datuk kepada Zaitun ini, ianya sudah tertakdir. Tok Sarop juga memberitahu kepada Zaitun bahawa pencarian batu angkasa oleh pemiliknya semakin menghampiri bumi. Kenapa?
Menurut Neus, ahli nujum Aramus, apabila suatu hari nanti kawalan tenaga sejagat kembali berleluasa di dunia ini, di saat itulah datangnya bala dari luar bumi. Pada masa itu, ada antara mereka yang sanggup bersekongkol pemilik batu itu atas alasan membalas dendam ke atas kemusnahan tamadun Aramus lebih kurang 3000 tahun dahulu.
Berlainan pula yang berlaku di rumah Ima yang tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya.
“Ayah!!! Kak Long masuk TV! Cepat tengok ni. Cepat la Ayah..!” Tak cukup dengan itu, seorang budak kecil berumur lapan tahun yang sedang menyiapkan kerja sekolah itu juga memanggil ibunya yang sedang menyiapkan makan malam di dapur. “Ibu…!! Ibu…!!” Gamat isi rumah dibuatnya.
Sepasang suami isteri kelihatan muncul di ruang tamu dek panggilan anak tunggal mereka yang memekakkan telinga. Ikutkan hati, tak mahu dilayan anak mereka itu. Terpaksalah mereka bergegas ke ruang tamu takut-takut ada sesuatu yang tak diingini berlaku ke atas anak tunggal kesayangan mereka itu.
“Kalau ye pun kakak masuk TV, janganlah menjerit-jerit macam orang kena culik. Ha, mana Linda cakap Kak Long Linda? Ada-ada aje la anak ayah ni…” Encik Shahid yang berumur lingkungan 30 an memeluk anaknya dari belakang dan sama-sama menatap televisyen untuk membuktikan dakwaan anaknya itu. Begitu juga dengan Puan Hartini yang hanya tersenyum dengan gelagat Herlinda yang kemungkinan melihat seseorang yang mirip kakak saudaranya di kaca televisyen.
Encik Shahid yang tadinya tersenyum dengan gelagat anaknya mula mengerutkan kening mengamati seorang gadis bersama dua rakannya dikerumuni oleh ramai orang.  Pembaca berita juga turut membacakan laporan apa yang terjadi di kaca televisyen. Gadis itu persis anak buahnya.
“Bang! Tu bukan Ima ke bang?” Pun Hartini menjadi orang pertama yang bersuara di samping matanya yang terbeliak besar.
Encik Shahid menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mencebik bibir. Dia tak percaya yang itu anak saudaranya yang dia kenal sejak dia menjaganya dari awal kemasukannya ke sekolah Menengah Sains Malaysia Raya enam bulan lepas.
“Tak mungkin… Aku kenal benar dengan Ima. Dia bukan Supergirl. Dia budak biasa. Abang Hamzah pun orang biasa gak. Kalau Abang Hamzah ada super power, bolehlah aku percaya. Kemungkinan kuasa tu diwarisi anaknya pasti ada. Macam cerita kartun  ‘Mr. Incredible’.Tapi… Abang Hamzah tu lembik je. Kecik-kecik dulu selalu kena buli dengan kawan sekolahnya. Aku ingat lagi.” Encik Shahid bercakap seorang diri sambil tersengih.
“Ye la bang… Abang Long pun takde cerita apa-apa pun yang pelik pasal anak dia satu-satunya ni.” Puan Hartini menguatkan lagi kata-kata suaminya sambil menuding jari ke arah bilik Ima.
“Kenapa ni? Kenapa ni?! Ada apa-apa yang menarik ke berita hari ni?” Tiba-tiba Ima menerpa televisyen yang sedang ditonton oleh pakcik dan makciknya itu. Nampaknya dia buat-buat tak tahu kejadian yang menimpa Heaven Square petang tadi.
“Eh! Kalau tak silap tadi tengahari Ima telefon makcik nak pergi tengok wayang dengan kawan kan?” Puan Hartini teringat sesuatu.
“Memanglah… Tapi kat Heaven Square tu penuh sesak dengan kaki wayang. Tiket pun tak dapat apalagi nak menonton…Lepas tu kita orang pergi rumah kawan.” Nampaknya Ima memilih untuk menyembunyikan identitinya sementara dari Encik Shahid dan Puan Hartini. Tapi sampai bila? Esok semuanya akan terjawab di akhbar.
“Betul tak aku cakap..? Aku tau tu tak mungkin Ima…” Encik Shahid mempertahankan fakta ciptaannya kepada isterinya setelah mendengar penjelasan daripada Ima.
“Wah, hebat kan mereka tu, Pak Lang, Mak Lang.E eh… Yang seorang tu macam muka saya kan? Kalaulah itu saya, mesti best kan? Tentu Pak Lang dengan Mak Lang Bangga kan?” Ima pura-pura terkejut melihat dirinya di kaca TV.
“Eleh..! Jangan nak berangan la Ima. Kau tu lembik macam sotong… Pak Lang mintak tolong angkat air sebaldi macam angkat air sekolam renang. Jangan nak berangan jadi super hero. Kalau betul lah itu engkau… Pak Lang tabik hormat setiap kali selisih dengan kau selama dua tahun!” Encik Shahid mengejek Ima. Ima gelak terbahak-bahak mendengarnya.
“Ha baguslah tu, Ima!Mak Lang nak tengok samada Pak Lang kau tu akan tunaikan janji dia atau tak.” Celah Puan Hartini.
“Tak de la Mak Lang. Betul kata Pak Lang tu.” Ima menjawab setelah penat dia bergelak ketawa dengan kerenah Pakcik dan Makciknya itu.
Mereka sekeluarga terus menonton TV bersama-sama pada malam itu. Walaupun tinggal bersama bapa saudaranya, Ima menganggap Encik Shahid dan Puan Hartini sebagai bapa dan ibu kandungnya.
Kriiiiiiing!!!!!
Seperti biasa, 7.45 pagi adalah waktu persekolahan bermula. Waktu yang biasanya pelajar akan masuk ke kelas masing-masing bagi memulakan pembelajaran. Kecuali pada hari Isnin persekolahan dimulakan dengan perhimpunan di dataran Siber yang terletak di tengah-tengah sekolah.
Tetapi suasana berlainan pada hari itu. Terutamanya bagi Sophia, Ima dan Zaitun. Semua mata memandang ke arah mereka. Ada yang menjauhkan diri apabila berselisih, ada yang memandang sambil berbisik sesama sendiri, dan tak kurang ada yang terus menerpa mereka sambil memuji. Mereka sudah menjangka suasana sebegitu pasti akan berlaku pagi itu. Setibanya di kelas 4 hikmah, mereka disambut dengan tepukan gemuruh oleh rakan sekelas. Tak cukup dengan itu kedengaran juga tepukan dari luar kelas dari pelajar-pelajar kelas lain yang memenuhi setiap ruang pintu dan tingkap.
Mereka bertiga disambut seperti wira yang baru pulang berkhidmat di medan perang. Reaksi mereka bertiga ternyata berlainan antara satu sama lain. Zaitun kelihatan tidak selesa dengan keadaan itu. Dia memang tidak mengharapkan keadaan seperti ini terjadi. Semasa kejadian di Heaven Square semalam, Zaitun telah sedaya upaya menyembunyikan identiti sebenarnya sehinggalah dia terpaksa mendedahkannya di saat genting setelah mengambil kira keselamatan orang awam ketika itu.
Ima adalah individu yang paling bahagia ketika itu. Senyuman lebar yang dilemparkan oleh Ima membuktikan semuanya. Manakala Sophia kelihatan ‘cool’ melayan rakan-rakan.
Dalam pada keriuhan di kelas 4 Hikmah, Ustazah Nor Baiyah iaitu Guru Kelas 4 hikmah muncul di celah-celah kepadatan pelajar bersama beberapa orang pegawai polis yang datang untuk menjemput tiga gadis itu bertemu dengan Ketua Polis Negara di Central Cop Department atau CCD yang terletak di Putrajaya.
Setelah mendapat kebenaran pengetua, mereka bertiga masuk kedalam sebuah kenderaan MPV polis yang akan membawa mereka bertemu dengan orang kuat polis nombor satu di Malaysia raya, Tan Sri Jafri Hamzah.
“JELMAAN ‘DASHING DOLL’ DI HEAVEN SQUARE!” Itulah tajuk besar muka depan akhbar tabloid di laman web Harian Matrix yang dilayari oleh Sophia melalui telefon bimbitnya semasa dalam perjalanan mereka ke Putrajaya. Mereka saling bepandangan semasa membaca tajuk itu bersama. Imalah yang paling teruja dengan tajuk akhbar itu.
Ima yakin hari ini ibu dan bapa saudaranya sudah mengetahui perkara sebenar.Apa reaksi mereka petang nanti?
Mereka tiba di hadapan bangunan CCD yang tersergam indah di pinggir bandaraya Putrajaya. Bangunan yang berbentuk unik seakan-akan sebutir peluru gergasi itu dibina di atas permukaan tasik tiruan dengan sebuah jambatan menghubungi bangunan itu dengan tanah besar.
Inilah pertama kali mereka bertiga menjejakkan kaki ke dalam bangunan yang diiktiraf dunia sebagai struktur tidak seimbang yang paling selamat didiami.
Mereka dibawa ketingkat paling atas yang menempatkan pejabat Ketua Polis Negara. Sistem keselamatan yang begitu canggih Sepanjang perjalanan mereka di dalam bangunan itu menambahkan lagi kekaguman mereka pada bangunan ini yang sebelum ini hanya mampu mereka lihat dan dengar melalui media massa. Dalam perjalanan di dalam bangunan  mereka juga tidak terlepas dari pandangan orang-orang yang mengetahui siapa mereka.
Sebuah lif membawa mereka bertiga yang iiringi oleh beberapa anggota polis ke tingkat dua puluh lima bangunan itu. Lif yang berdindingkan kaca itu membolehkan mereka menikmati keindahan putrajaya dari pinggir bandaraya itu.
Setibanya di tingkat dua puluh lima, pintu lif terbuka dan di depan mereka hanya terdapat satu sahaja bilik. Iaitu bilik yang menempatkan pejabat Ketua Polis Negara. Pemeriksaan keselamatan yang ketat termasuk ‘Iris Scanner’ adalah yang pertama kali dilalui oleh mereka seumur hidup sebelum masuk ke dalam pejabat itu. Pengimbas Iris itu telah menyimpan data hasil imbasan mata mereka bertiga.
Daun pintu yang diperbuat dari Titanium menggelongsor ke kanan secara automatik.
Kelihatan seorang anggota polis berseragam lengkap sedang duduk di kerusi membelakangi mereka. Debaran jantung mereka semakin kencang untuk menghadap tan Sri Jafri Hamzah dan mendengar apa yang ingin disampaikan oleh beliau.
“Selamat Pagi Tuan. Saya bawakan tiga orang gadis yang terlibat dalam kejadian semalam.” Pegawai yang mengiringi mereka memberi laporan kepada Tan Sri Jafri.
“Terima Kasih. Silakan mereka duduk.” Arah Tan Sri Jafri dengan suaranya yang agak tegas dan garau. Dia masih tidak mahu memalingkan kerusinya kehadapan.
Pegawai itu mempersilakan Sophia, Ima dan Zaitun untuk duduk dihadapan meja Tan Sri Jafri. Pada saat itulah baru kelihatan kerusi yang diduduki beliau berpusing ke hadapan.
Walaupun sudah selalu melihat kelibat Tan Sri di televisyen atau di akhbar tetapi inilah kali pertama mereka bersua dengan Tan Sri yang berumur lingkungan 50 an secara bersemuka.
“Hm…Apa khabar wirawati negara sekelian?” Tan Sri Jafri mula bingkas dari tempat duduknya dan melangkah mendekati mereka bertiga yang sedang duduk.
Mereka bertiga bingkas bangun dan menghulurkan tangan ke arah Tan Sri Jafri sambil menjawab pertanyaan khabar dari Ketua polis Negara itu. Mereka juga tidak sabar menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Jafri.
Tan Sri Jafri memulakan kembali kata-kata sekembalinya beliau ke tempat duduknya, “pertama sekali, saya selaku wakil kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia Raya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jasa dan keberanian anda bertiga yang telah berjaya menumpaskan Penjenayah Level Merah yang paling dikehendaki di Malaysia Raya. Untuk pengetahuan anda bertiga, ada orang kanan kerajaan di sebalik penglibatan mereka yang dikenali sebagai ‘Red Level’. Nama yang diambil dari aras yang digunakan oleh Jabatan Polis Pusat mengukur tahap bahayanya penjenayah yang mana ‘Red Level’ adalah tahap yang paling tinggi sekali. Apabila sesebuah organisasi penjenayah itu sudah sampai ke tahap merah, ini bermakna peluang untuk memberkas mereka amat tipis sehingga di bawah dua peratus. Senjata yang di gunakan juga amat canggih dan sukar ditandingi di samping tiada pnyembunyian identiti . Modus Operandi sama yang digunakan semalam di Heaven Square.”
“‘Red Level’ menyebabkan kerugian sebanyak 57 Bilion Sepanjang sepuluh tahun pembabitan mereka sejak mula di kesan pada tahun 2005. Sehingga semalam, tiada seorang pun dari anggota mereka ditangkap oleh mana-mana jabatan polis di Malaysia Raya mahupun Interpol di seluruh dunia. Semua jabatan masih lagi dalam usaha mengesan Ketua ‘Red Level’ yang memegang kepentingan kumpulan dikatakan bersembunyi disebalik jawatan tinggi dalam kerajaan.”
“Selepas ini mereka dijangka akan membalas dendam sebagai balasan dengan apa yang terjadi semalam. Dengan cara apa…?Itu kami tak tahu”.
Sophia, Ima dan Zaitun memandang antara satu sama lain. Mereka tidak mengerti mengapa semua itu perlu diterangkan kepada mereka bertiga.
“Tan Sri, boleh saya tahu apa hubungan kami dengan penerangan yang Tan Sri berikan ini? Mengapa kami perlu tahu secara terperinci tentang pembabitan penjenayah semalam? Kami ingatkan Tan Sri hanya mahu memberikan ucapan penghargaan sahaja kepada kami.” Sophia tiba-tiba mencelah sebelum Tan Sri Jafri menyambung bicara.
“Sabar…Sabar… Saya baru nak beritahu kamu bertiga dengar dengan teliti. CCD telah mengadakan net meeting tergempar bersama Perdana Menteri malam tadi tentang tumpasnya Konco-konco ‘Red Level’.  Di khuatiri akan ada lagi kekecohan dan balas dendam kerana kredibiliti mereka telah tercalar dek tindakan luar biasa kamu bertiga semalam. Kami khuatir mereka akan melakukan kekejaman yang melampaui batas hingga mengancam nyawa rakyat dan menjatuhkan ekonomi negara. Kamu bertiga dipanggil ke mari atas arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengharapkan supaya kamu menyertai pasukan keselamatan negara!” Tan Sri Jafri mengakhiri kata-katanya dengan bersemangat.
Reaksi yang sama ditunjukkan oleh Sophia, Ima dan Zaitun. Terkejut..!
“Tapi Tan Sri…Kami kan masih bersekolah..” Zaitun mengutarakan masalah mereka yang paling utama.
Tan Sri Jafri ketawa kecil sambil bingkas bangun dari kerusi buatan Perancis yang bernilai RM2500.
“Ha ha ha… Sudah dua kali awak potong cakap saya. Kan saya belum habis cakap lagi. Dengar dulu… Kerajaan tidak membenarkan majikan mengambil pekerja di bawah umur 18 tahun. Kamu tahu kan. Kamu bertiga boleh meneruskan pelajaran kamu. Tetapi apabila kamu diperlukan, kamu harus bertindak. Dalam erti kata lain, kejadian yang memerlukan kepakaran kamu sahaja yang memerlukan kamu bertindak. Selagi kami boleh menangani masalah, kamu tumpukan perhatian dalam pelajaran. Kami  akan pastikan yang kamu tidak akan tertinggal matapelajaran dengan mengarahkan guru yang berkenaan meluangkan masa menulis nota atau membuat kelas khas untuk kamu bertiga. Macamana? Setuju?” Tan Sri menepuk meja di akhir keterangannya.
“Kami bersedia berkhidmat untuk negara!” Balas Sophia spontan dan tegas.
“Tak ada peruntukan uniform ke Tan Sri?” Ima pula besuara.
Sophia dan Zaitun mengerut kening sambil memandang ke arah Ima. Uniform?
“Kamu nak uniform ke?” Tanya Tan Sri Jafri.
“Tak Payah lah Tan Sri…Ada ada sajalah Ima ni. Lecehlah nak bukak pakai uniform.” Zaitun yang dari tadi mendiamkan diri kini mula bersuara. Itupun kerana Ima meminta uniform daripada Tan Sri Jafri.
“Biarlah kami pakai kostum kami sendiri.” Zaitun menyambung sambil tersenyum tanda berjenaka.
“Kostum? Nak jadi macam The Legion of Super Heroes ke?” Tan Sri pun turut melayan jenaka Zaitun.
“Aik?! Tan Sri pun tengok kartun jugak ke?” Sophia pun tidak ketinggalan.
“Saya pun kalau boleh nak hebat macam korang jugak….” Suasana di bilik Tan Sri Jafri kelihatan ceria pada akhir perjumpaan itu.
Hari itu menjadi sejarah bagi Sophia, Ima dan Zaitun. Mereka dilantik sebagai Unit Elit Simpanan di bawah Pasukan Gerak Khas Polis Di Raja Malaysia Raya. Satu majlis ringkas diadakan selepas   itu di ruang legar CCD bagi memberi penghargaan dan perlantikan khas mereka dalam PDRMR. Dari situlah bermulanya gelaran Dashing Doll atau Anak Patung Penggempur yang diiktiraf oleh PDRMR bersempena dengan tajuk filem kegemaran mereka.
Yang paling menyeronokkan mereka di majlis itu ialah mereka dihadiahkan LCD cetakan khas filem Anak Patung Penggempur III dari Pengarah Urusan KRU Films sendiri iaitu Datuk Norman Abdul Halim!
Pukul 6.00 petang.
“Tabik Hormat, Puan!!!” Seorang lelaki berumur 30 an yang masih memegang beg tangan dan berpakain pejabat berdiri tegak sambil melakukan tabik hormat di hadapan Ima yang sedang menonton Televisyen di ruang tamu.
Ima tersenyum lalu memaut tangan Encik Shahid dan mencium tangan Pakciknya itu.
“Pak Lang…Ima mintak maaf pasal tak berterus terang semalam. Tak Payahlah Pak Lang nak tabik saya macam ni lagi. Saya nak Pak Lang dan Mak Lang tahu sendiri perkara ni. Lepas ni layanlah saya macam biasa je. Saya masih Fatimah yang dulu.” Ima kelihatan sedih.
“Ima… Pak Lang bangga dengan kau, nak. Rupanya ada sesuatu yang kau sembunyikan dari Pak Lang. Mungkin Ayah kau pun sama. Betul tak?” Encik Shahid turut sama terharu sambil mencium dahi Ima.
“Pak Lang…satu yang saya minta dari Pak Lang. Kalau boleh jangan tanyakan rahsia tu boleh tak? Saya takkan beritahu dan Pak Lang takkan dapat tahu apa-apa daripada saya.” Ima memohon dengan baik.
“Syurga adalah tempat yang begitu indah sekali. Segala-galanya ada di dalam syurga. Dengan aliran sungai susu dan madu yang tiada penghujungnya. Bila-bila masa kita boleh meneguk airnya. Kerdipan bintang tak kira siang dan malam. Buah-buahan yang pelbagai, daging yang sedia dibakar, minuman berupa arak yang tidak memabukkan dan bermacam-macam lagi nikmat yang kita kecapi di dalam syurga. Oleh kerana itu, bersama-samalah kita menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah dengan mencegah segala yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh olehNya.” Ustazah Nor Baiyah memberi penerangan sambil mundar-mandir  memerhatikan secara rambang pelajar-pelajar di kelas 4 Hikmah.
Projektor yang berada diatas meja di depan pelajar-pelajar dipadam oleh Ustazah Nor Baiyah. Skrin putih yang tadinya bewarna-warni hasil biasan cahaya oleh projektor hilang sekelip mata.
Ustazah Nor Baiyah yang mengajar matapelajaran Agama Islam itu menuju ke ke meja guru yang berada di sudut depan kelas.
“Untuk kerja rumah, Saya mahu setiap kamu membuat satu karangan pendek tentang maksud syurga dunia. Bagi pendapat kamu semua, di dunia ini apakah tempat yang sesuai yang boleh dipanggil syurga. Contohnya, rumahku syurgaku ke… dan lain-lain. Minggu depan saya nak seorang demi seorang membuat pembentangan tentang karangan yang kamu buat.” Ustazah Nor Baiyah mendakap beberapa buah buku ke dadanya menandakan dia bersedia untuk meninggalkan kelas itu.
“Bangun…!” Satu suara yang agak kuat memdorong semua pelajar bingkas bangun dari kerusi masing-masing.
“Terima Kasih ustazah!”
Ustazah Nor Baiyah berlalu meningalkan kelas  4 Hikmah.
Suasana kelas berubah. Menjadi sedikit riuh.
Seorang gadis berambut Afro yang tak keterlaluan bingkas ke meja temannya yang berada betul-betul dihadapannya.
Temannya itu adalah pelajar yang menyuruh seluruh kelas bangun sebentar tadi.
“Ima, bagi kau apa yang boleh dikatakan syurga di dunia ni?” Gadis yang berambut Afro tadi tiba-tiba menanyakan soalan tentang kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.
“Apa lagi… Rumahlah…” Jawab gadis bernama Ima. Dia merupakan Ketua Kelas 4 Hikmah.
“Ah! Rumah aku macam neraka je. Bagi aku rumah tempat yang membosankan.” Sophia yang berambut Afro tidak bersetuju dengan pendapat Ima.
“Kenapa pulak?” Tanya Ima yang terkejut dengan jawapan Sophia. Selama ini Sophia tidak pernah memberitahu apa-apa tentang keluarganya.
“Mana taknya… mak bapak tak pernah ada kat rumah. Selalu Out station. Kalau ada pun asyik bertekak je. Sampai aku pun kena marah dengan dia orang. Ada pembantu rumah sekepala dengan mak bapak aku. Dia orang tak kisah kalau pembantu rumah aku marah lebih-lebih kat aku. Kalau aku melawan, dia mengadu kat bapak aku. Lepas tu apa lagi… Aku jugak yang kena marah balik.” Sophia menceritakan hal rumahnya kepada Ima. Bukan Ima saja yang mendengar, seorang lagi pelajar berambut perang pendek turut mendengar perbualan mereka berdua.
“Habis tu, kat mana syurga dunia kau?” Tanya Zaitun yang mencuri dengar perbualan dua rakannya itu sambil memasukkan wallet yang ber’keychain’kan dua bebola besi sebesar guli kedalam poket uniformnya.
“Bagi aku kan Zaitun, seluruh kawasan yang berada di luar pagar rumah aku, itulah syurga.” Sophia membuat muka sedih.
“Ha.. Bagus tu... Idea yang baik untuk kerja rumah Ustazah. Kalau digarap dengan baik, tentu karangan kau mendapat pujian Ustazah.” Kata-kata Ima tak dapat dipastikan samada mengejek atau memberi dorongan kepada Sophia.
“Betul ke? Terima Kasihlah Ima… Kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Sophia gembira dengan kata-kata Ima yang difikirkan semangat kepada dirinya.
Kriiiiiiiiiiiiiiiing!!
Bunyi loceng berdering menandakan jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Masa yang dinanti-nanti oleh setiap pelajar di Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya, Bandar Metropolis Sungai Buloh. Antara sekolah yang terbaik di Malaysia Raya. Tiga tahun berturut-turut menjadi sekolah elit terbaik negara yang menjadikannya tempat pilihan pelajar-pelajar seluruh Malaysia raya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi.
Pada tahun ini, iaitu 2015, Sekolah ini buat kali keempatnya baru diumumkan sebagai sekolah tebaik seluruh negara kerana pencapaian SPM pelajarnya mencatat 100 peratus ‘A’ dalam semua matapelajaran yang diambil oleh setiap calon yang mengambil peperiksaan!
Sekolah yang dilengkapi prasarana moden dan canggih ini telah dibuka serentak dengan hari perasmian Bandar Metropolis Sungai Buloh pada tahun 2010 yang dianggap bandaraya paling moden pernah dibina di Malaysia Raya.
Pembinaan Bandar moden ini dimulakan pada tahun 1994 dan mengambil masa selama 16 tahun untuk disiapkan pada tahap sempurna sehingga tahun 2010.
Bandaraya bertaraf MHC atau Multimedia Hyper Corridor ini lengkap segala-galanya. Cakaplah apa yang ada di luar negara ketika ini, semuanya ada di Bandar Metropolis Sungai Buloh. Bangunan-bangunan pencakar langit yang di bina berbentuk senibina terkini. Malah yang paling membanggakan Menara PJ Hilir adalah kebanggaan negara Malaysia Raya kerana diiktiraf sebagai bangunan paling tinggi di dunia mengatasi menara Al-Burj di Dubai, Arab Saudi dengan ketinggian 1 kilometer!
Bangunan yang bercirikan separuh ketimuran dengan lima menara setinggi 400 meter di sekeliling menara utama berketinggian 1040 meter itu menelan mega belanja sebanyak RM3.7 trilion. Setiap satu menara yang mengelilingi menara utama itu terdapat dua jejantas yang menghubungkannya dengan menara utama. Sepuluh jejantas kesemuanya. Manakala lima kabel berdiameter satu meter menghubungkan menara utama dengan puncak lima menara itu yang berbentuk kubah.
Ianya juga bukan saja diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia, malah sebagai struktur ajaib abad ke 21. Diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Raya ke-6 iaitu Datuk Seri Prof. Dr.Hj. Lutfi bin Hj. Mat Derus, Menara PJ Hilir menggunakan sepenuhnya tenaga anak tempatan dari senibina hingga kepakaran teknologi pembinaannya.
Bangunan di sekitar Bandaraya metropolis Sungai Buloh juga tidak kurang hebatnya. Rata-rata ketinggiannya sama seperti menara berkembar Petronas atau KLCC di ibu kota Malaysia raya iaitu Kuala Lumpur.
Meskipun hebatnya bandaraya ini, tetapi pusat pentadbiran tetap berpusat di Putrajaya kerana Bandaraya Metropolis Sungai Buloh hanyalah pusat tumpuan ekonomi serantau dan bukan di bina untuk tujuan pentadbiran.
Di tengah-tengah bandaraya itu terdapat sebuah pusat membeli belah terkemuka di dunia iaitu Heaven Square. Berketinggian 10 tingkat dengan semua tingkat dipenuhi ruang niaga. Ianya juga menjadi tumpuan pelancong tak kira dari dalam dan luar negeri. Malah ianya menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang pulang dari sekolah yang berhampiran. Termasuk Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya.
Sophia, Ima dan Zaitun… tiga remaja yang bersahabat baik. Pelajar Tingkatan 4 di sekolah yang sama ini mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR yang membawa mereka ke sekolah yang terbaik di Malaysia Raya ini.
Sophia berasal dari Kampung Bemban, Melaka tinggal bersama ibu bapanya yang menetap di Kenanga Avenue di pinggir Bandar Metropolis. Manakala Ima pula berasal dari Chenor menetap bersama ibu saudaranya yang juga tinggal di Kenanga Avenue dan Zaitun adalah mek ‘klate’ berasal dari Tanah Merah yang tinggal bersama datuknya di Delima Avenue.
Memang ada disediakan asrama di sekolah mereka. Tetapi mereka memilih untuk menjadi ‘outsider’ dan tinggal bersama saudara mereka.
Pada petang itu mereka telah merancang untuk pergi ke Heaven Square untuk menonton wayang.
5.50 petang.
“Sempat ke kita ni?” Ima memandang jam tangan sambil berjalan pantas ke lif bersama dua lagi rakannya.
“Lagi 10 minit… sempat kot…” Sophia pula bersuara.
“Ha…! Yelah tu, Dalam lif dah 5 minit. Bukan tingkat dua ke tingkat tiga. Tingkat sepuluh! Pas tu lagi nak menapak lebih kurang 150 meter ke panggung. Ingat Heaven Square ni kecik ke..” Zaitun pula meleter tak tentu pasal membuatkan rakannya lemah semangat.
Semua pengunjung yang berada didepan mereka terpaksa memberi ruang kerana mereka berlari bagaikan mengejar peragut. Akhirnya sampai juga mereka ke lif. Tetapi pintu lif belum terbuka.Zaitun sibuk melihat jam di tangan. Nampaknya harapan mereka menonton filem superhero kegemaran mereka daripada awal tak kesampaian. Lagi lima minit. Sedangkan perjalanan mereka di dalam Heaven Square lebih dari masa itu.
“Sophia, macamana ni...! Dah lambat dah. Ni semua ko punya pasal. Kalau kau cepat sampai tadi tak jadi macam ni.” Ima menyalahkan Sophia kerana Ima dan Zaitun telah menunggu Sophia hampir setengah jam.
“Aik! Aku pulak yang kena. Dah tau aku lambat korang pergi la dulu. Macamlah aku tak tau mana letaknya panggung wayang kat Heaven Square ni.” Sophia mempertahankan dirinya sambil memandang petunjuk tingkat lif. Lif berhenti di tingkat 3 ketika ini. Sedangkan mereka berada di ‘ground floor’.
Mereka bertiga tak pernah ketinggalan menonton filem superhero melayu pertama memecah rekod panggung beberapa negara luar seperti Hong Kong, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang kini masuk siri ketiga. Filem yang bertajuk ‘Anak Patung Penggempur III’ mengisahkan tiga orang remaja perempuan melayu yang mendapat kuasa luar biasa yang mereka sendiri tidak tahu asalnya kuasa itu. Inilah kali pertama mereka menonton bertiga kerana sebelum ini mereka menonton siri pertama dan kedua di negeri masing-masing bersama keluarga dan rakan-rakan.
Filem hasil terbitan KRU Films bertajuk Dashing Doll (Anak patung penggempur) mendapat beberapa pengiktirafan antarabangsa seperti Festival Filem Asia Pasifik dan Grammy Award! Percaya atau tidak, Sebuah filem melayu akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat tertinggi walaupun hanya merangkul satu kategori iaitu Penataan CGI terbaik mengalahkan beberapa filem Hollywood dan Eropah.
Apa yang membanggakan lagi ialah kemenangan dalam kategori ini telah diramal oleh pengkritik filem antarabangsa. Ternyata ianya lebih baik berbanding dengan filem-filem superhero lain dari segi teknik penjanaan imej berkomputer yang menghampiri tahap sempurna. Imej komputer yang dihasilkan umpama objek sebenar. Mulai saat itu, filem Malaysia berkembang maju dan banyak menghasilkan filem bermutu. Ramai penerbit yang mula sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menghasilkan filem yang baik sekaligus menarik sekurang-kurangnya tiga juta rakyat Malaysia Raya menonton di pawagam.
Peningkatan jumlah ini adalah kerana filem ‘Anak Patung Penggempur’ yang telah berjaya di peringkat antarabangsa.
Mereka tiba di tingkat sepuluh.
Perasaan lega kerana keluar dari lif bertukar menjadi sebaliknya apabila mereka terpaksa beratur panjang untuk masuk ke dalam panggung walaupun filem yang ingin mereka tonton sudah mula ditayangkan.
“Apa ni! Sampai ke lif panjangnya barisan ni!” Keluh Sophia hampa. Rakannya yang lain turut sama menunjukkan raut muka yang hampa.
Hampir semua panggung di Heaven Cine menayangkan  filem sensasi itu di hari pertama penayangannya. Cuma tiga panggung saja yang menayangkan filem lain. Manakala 40 lagi menayangkan filem ‘blockbuster’ itu! Heaven Cine adalah panggung wayang yang terbesar di dunia ketika ini.
“Pukul tujuh la kita masuk ni…” Ima mengomel seorang diri sambil menolak Zaitun yang ada di depannya kerana keadaan sesak. Manakala Sophia  yang berada di belakang Ima memanjangkan leher mengukur panjang barisan tempat mereka berdiri.
Nasib baik mereka bertiga sudah membeli tiket awal-awal lagi. Kalau tidak sudah tentu mereka tak dapat menonton di hari pertama ini.
“Sabar je la… Nak buat macamana kan. Dapat tengok separuh pun jadilah… bukan best mana cerita ni.” Bunyinya macam orang merajuk. Ima menjeling ke arah Sophia sambil tersengih..
“Apsal ko ni? Apsal pandang aku? Ko nak salahkan aku ke? Ok lah! Aku tak nak tengok cerita ni. Korang tengoklah dua orang. Aku blah dulu.” Sophia merasakan teman-temannya menyalahkan dirinya kerana lambat datang. Padahal, Ima tak bermaksud untuk menyalahkan Sophia. Lalu dia melangkah menuju ke arah tangga yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri.Biasalah… Kawan usik kawan…
“Woi! Kau nak kemana tu? La… merajuk la pulak…..!”Zaitun mengejar Sophia dari belakang. Manakala Ima termangu melihat rakannya itu tiba-tiba meninggalkan barisan. Dia tak menyangka yang Sophia akan terasa dengan kata-katanya. Tapi Sophia memang orang yang sensitif. Tak boleh salah sikit, mesti terasa.
Belum sempat Sophia membuka pintu rintangan api di depannya, tiba-tiba…
BAM!!!
Pintu itu bagaikan ditendang dari dalam. Daun pintu terhayun dengan kuat ke arah Sophia lalu mengenai dirinya.
Sophia terpelanting beberapa kaki kebelakang. Manakala Zaitun yang berada di belakang Sophia terkejut lalu menghentikan langkah apabila melihat rakannya jatuh tersembam ke lantai.
Sekumpulan lelaki memakai jaket dan seluar jeans bewarna hitam menyerbu masuk melalui pintu rintangan api itu. Ramai juga… Lebih kurang dua puluh orang semuanya.
Sophia yang terbaring tidak sempat bangun kerana kumpulan lelaki itu bagaikan tidak menghiraukan dirinya dengan melangkah tubuh Sophia sesuka hatinya.
Setiap seorang daripada lelaki itu memegang senjata seakan-akan M-16x iaitu senjata baru keluaran Rusia yang baru dibeli oleh Angkatan Tentera Malaysia Raya beberapa bulan lalu.
Seorang daripadanya melepaskan tembakan ke udara.
“Semua orang meniarap dengan tangan di belakang! Ini satu rompakan! Takkan ada yang cedera kalau tak ada yang melawan!” Jerit lelaki yang melepaskan tembakan tadi selaku ketua kumpulan itu.
Semua orang yang berada di situ dalam keadaan kelam kabut. Ada yang menjerit dan ada juga yang cuba melarikan diri kerana panik.
Sekali lagi kedengaran tembakan tetapi kali ini bukan ke udara tapi disasarkan ke arah seorang lelaki yang cuba meloloskan diri ke arah lif. Tembakan tepat mengenai kaki lelaki berusia lingkungan 30 an itu. Keadaan semakin gamat. Kedengaran jeritan beberapa wanita yang berada berdekatan lelaki yang terkena tembakan itu. Lelaki tadi meraung kesakitan. Ima yang berada berhampirannya turut meniarap dalam keadaan tenang. Begitu juga dengan Zaitun yang berada di tengah-tengah kumpulan lelaki itu.
Rompakan itu mensasarkan kaunter jualan tiket Heaven Cine yang dijangka mendapat kutipan hangat sempena hari pertama penayangan filem ‘Anak Patung Penggempur III’.
Kumpulan perompak itu terus menuju ke arah kaunter jualan tiket sambil mengacukan senjata secara rambang ke semua arah bagi memastikan tiada yang melanggar arahan mereka.
Terdapat 35 kaunter tiket di situ.
Terdengar bunyi enjin helikopter di luar pusat membeli belah itu. Rupanya mereka semua turun dari helikopter di tingkat atas dan turun melalui pintu rintangan api supaya tak di kesan oleh pengawal keselamatan di situ.
Setiap rompakan mementingkan kepantasan. Mengacukan M-16x ke kepala juruwang sudah cukup mepercepatkan kerja mereka. Setiap satu kaunter diberikan satu kantung kosong sebesar plastik sampah besar. Kesemua juruwang membuat kerja yang disuruh dengan pantas sekali.
Memang banyak kutipan tiket pada hari itu. Ianya termasuk tiket yang ditempah untuk hari yang akan datang. Sekali lagi kedengaran tembakan. Kali ini seorang juruwang menjadi mangsa. Mungkin dia enggan bekerjasama dan akhirnya meragut nyawa.
Sementara itu Sophia yang terkena pintu rintangan api sebentar tadi dan dilangkah oleh perompak bingkas bangun. Nampaknya perompak-perompak itu telah membuat kemarahan Sophia sebelum itu semakin menjadi-jadi.
Semua orang yang meniarap di situ terkejut melihat gelagat Sophia yang bersahaja bangun. Dari raut wajah Sophia tiada sikit pun perasaan takut. Mungkin dia betul-betul bengang sekarang. Apa yang mampu Sophia lalukan? Adakah sekadar memarahi perompak itu kerana kepalanya terhantuk pintu sebentar tadi dan akan mati ditembak perompak-perompak itu?
“Wei!” Jerit Sophia.
Keadaan menjadi senyap seketika. Semuanya memandang ke arah suara yang berkumandang sebentar tadi termasuk beberapa orang perompak yang bertugas mengawal keadaan.
“Kurang ajar punya jantan… Kalau ye pun nak merompak bagi salam dulu la..Dah la aku tengah panas dengan member aku. Sekarang kau pulak cari pasal! Nasib baik tak patah tulang hidung aku…!” Sambil mencekak pinggang Sophia melepaskan kemarahannya.
Tercengang semua yang ada di situ… termasuklah  perompak-perompak yang kebanyakannya bertubuh sasa.
Seorang dari perompak berjalan menghampiri Sophia dan mengacukan M-16x.
“Berani kau budak! Nasib baik kau budak-budak lagi. Kalau tak aku tembak dahi kau…Meniarap sekarang!!!” Arah perompak yang menghampiri Sophia dalam kedudukan lebih kurang empat meter.
“Eh! Tak ada alasan aku nak ikut cakap kau. Kalau pintu tu tak terhantuk kat aku tadi aku tak kisah. Kau nak rompak satu Heaven Square ni sekali pun aku buat dek je. Masalahnya aku dah sakit sekarang ni. Sakit hati pun iye… sakit hidung pun iye….! So… ko nak buat ape sekarang? Nak tembak aku? Tembaklah….!!!”  Nampaknya Sophia dah naik gila.
Ima dan Zaitun ternganga besar melihat rakan sekelasnya berubah bagaikan dirasuk jembalang penunggu kompleks membeli belah. Nampaknya lepas ini mereka akan kehilangan seorang rakan sekelas yang ceria dan peramah. Apa yang membuatkan Sophia berubah begitu sekali sehingga sanggup menggadai nyawa di hujung senjata buatan Rusia?
“Woi Sophia! Apa kau buat ni? Meniarap cepat! Kau nak mati ke…!” Terdengar suara Zaitun sayup-sayup di lantai berdekatan Sophia mencekak pinggang.
Perompak yang mendekati Sophia tadi memandang ke arah seorang lagi rakannya seolah-olah meminta pendapat apa yang patut dilakukan ke atas budak sekolah yang tunjuk berani itu.
Semua yang ada di situ seakan menunggu keputusan nasib yang akan terjadi kepada Sophia.
“Anak sape bodoh yang amat ni?” Bisik seorang lelaki yang meniarap bersama kekasihnya.
“Berani tak bertempat…” jawab kekasih lelaki itu yang meniarap di sebelahnya.
Ima yang berhampiran dengan pasangan itu sedih mendengar orang mengutuk rakannya. Perasaan bersalah timbul dalam hati. Kalau Sophia mati di hujung senapang, pasti dia akan menyesal seumur hidup. Walaupun kematian Sophia nanti dilihat berpunca dari tindakan bodoh Sophia sendiri, tapi Ima akan tetap merasa bertanggungjawab.
Atas dasar sahabat dan rasa bersalah, Ima turut memberanikan dirinya untuk bangun bagi menenangkan sahabatnya yang bagaikan telur di hujung tanduk.
“Sophia! Aku minta maaf! Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Aku main-main je… Kau pulak ambik hati lebih-lebih!”
“Kau jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan jantan-jantan bodoh ni! Hal kita lepas ni kita settle.”Sophia membalas jeritan Ima.
“Sophia… dah la tu… Aku sanggup gantikan nyawa aku untuk kau. Kau meniaraplah balik. Bang.. tolong jangan apa-apakan dia, kalau nak tembak, tembak saya je..” Dengan wajah sedih Ima melutut dan seakan-akan ingin menangis.
Keadaan menjadi semakin kecoh apabila Ima pula bangun sebentar tadi. Ini menyebabkan kumpulan perompak hairan dan boleh dikatakan ‘bingai’ dengan keadaan ketika itu.
“Dik! Dah la tu…Adik tak sayang nyawa ke?” Seorang wanita berdekatan merayu kepada Ima dan Sophia.
“Bang! Tembak je diorang tu. Degil nak mampus. Yang sorang tu berlagak berani. Dah kebal sangat agaknye…!” Terdengar satu suara jauh datang dari seseorang yang meniarap juga. Dia berkata begitu semata-mata untuk menakutkan Sophia dan Ima dan menyedarkan mereka dengan keadaan yang dihadapi ketika itu. Mereka berdua bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah semua pengunjung tingkat sepuluh Heaven square.
Malang sekali saranan tadi disalah anggap oleh salah seorang perompak yang merasakan apa yang disarankan itu adalah tindakan yang sepatutnya diambil.
Lagipun mereka merasa tidak dihormati oleh kedua-dua remaja itu. Mana ada dalam rompakan terjadi perkara seperti itu. Memalukan ‘persatuan penyamun’ saja. Lagipun tak ganaslah kalau mereka berlembut hati macam ni.
Atas dasar itu, Senapang diacukan tepat ke arah Sophia.
“Aku kira sampai tiga… Kalau korang tak ikut arahan aku, aku tak agak-agak nak tembak korang! Kau ingat kitorang datang ni nak dengar drama sedih korang ni ha?!”
Seorang lagi dari mereka meluru ke arah Ima juga melaraskan M-16x ke kepala Ima.
Zaitun yang meniarap dari tadi hanya menutup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.
Satu!!!
Sophia memandang tepat ke arah Ima. Begitu juga dengan Ima. Mereka bagaikan mengharap salah seorang dari mereka untuk menurut perintah Perompak-perompak itu.
Dua!!!
Kebanyakan yang ada di situ sudah tunduk menghadap lantai dengan perasaan hairan yang tak boleh dilupa. Iaitu,
Apa masalah dua budak ni?
Kerja-kerja memindah wang ke karung khas terus berjalan. Sesekali perompak yang ditugaskan di kaunter mencuri pandang situasi yang berlaku di ruang legar tingkat sepuluh itu.
Sophia dan Ima ada sesuatu yang dirahsiakan. Ima tak tahu apa rahsia Sophia, dan sebaliknya. Sepertinya mereka saling bersedia jika salah seorang dari mereka enggan mengikut arahan.
Sudah ada orang yang menutup telinga.
Kedua perompak sudah hilang sabar dengan Sophia dan Ima. Mereka terpaksa melakukan tembakan kerana kedegilan dua gadis itu.
Ti…
Belum sempat angka tiga dilaungkan, dua butir bebola besi sebesar guli yang tak tahu dari mana datangnya meluru laju ke arah pemicu M-16x yang diacu ke kepala Ima dan Sophia menyebabkan jari telunjuk perompak terlepas dari pemicu M-16x buatan Rusia itu.
“Aduh!!” Jerit kedua-dua perompak itu kesakitan.
Ima dan Sophia seperti kenal dengan bebola besi yang baru jatuh ke lantai selepas menghentam pemicu senapang dan jari kedua-dua perompak.
Satu tendangan cangkuk tepat ke leher salah seorang perompak memaksanya jatuh tersembam ke lantai.
Manakala seorang lagi terpelanting beberapa meter setelah menerima satu tumbukan padu tepat di dada.
Itulah rahsia mereka. Petang itu Ima dan Sophia mengetahui rahsia antara satu sama lain. Mereka mahir dalam seni mempertahankan diri. Hairannya, Tak takutkah mereka pada M-16x? setakat seni pertahanan diri biasa, orang lain di situ pun pasti ada yang tahu juga. Ada lagi rahsia yang belum mereka sama-sama ketahui.
Tendangan tadi tidak berakhir begitu sahaja,  perompak yang jatuh melutut itu terpaksa menerima satu lagi tendangan pantas tepat di muka menyebabkannya terhumban dan terseret jauh kebelakang sambil M-16x terlepas dari genggaman. Tendangan yang pantas dan bertenaga itu datangnya dari kaki Sophia!
Manakala tumbukan yang larat menerbangkan perompak bertubuh sasa sebentar tadi datang dari tangan kiri Ima! Sambil menggenggam penumbuk, Ima melompat ke arah perompak yang baru menerima tumbukannya sebentar tadi dan bersedia menghayunkan sekali lagi penumbuknya .
Sasaran Ima kelihatan terpinga-pinga kesakitan dan tidak sempat mengelak. Tumbukan yang tepat ke perut perompak itu bagaikan sebiji bom yang datang dari pesawat yang melakukan ‘air bombing’.
Beberapa orang perompak cuba menyelamatkan dua rakan mereka. Mereka meluru sambil bersedia melakukan tembakan. Sophia dan Ima sedar situasi itu. Tetapi jarak antara mereka berdua dengan perompak-perompak itu agak jauh dan tembakan sedia di lepaskan bila-bila masa.
Di tengah-tengah lautan manusia itu Sophia dengan beraninya meluru ke arah perompak. Ima hanya memerhatikan dahulu aksi Sophia.
“Ooo… Sophia pun hebat macam aku jugak rupanya. Tak cakap-cakap pun sebelum ni. Aku nak tengok setakat mana dia menangani musuh bersenjata.” Ima berbisik sambil bingkas menarik buku limanya yang tertanam di perut mangsanya.
Sementara itu Sophia yang meluru ke segerombolan perompak yang melepaskan tembakan melompat tinggi dan membuat ‘summer south’ sebaik sahaja tembakan dilepaskan serentak oleh lebih kurang lima orang disusuli dengan jeritan pengunjung yang terperangkap di situ. selepas dua pusingan di udara Sophia meluruskan kaki kanannya ke salah seorang dari mereka. Tepat di kepala. Empat lagi dari mereka terus menghalakan senjatanya kearah Sophia kemana sahaja kedudukan Sophia. Jarak yang dekat memudahkan pergerakan Sophia. Dia sedar akan ada orang awam yang cedera sekiranya perompak-perompak itu terus menerus menekan picu senjata mereka. Oleh kerana itu dia terpaksa menggunakan kepantasan luar biasa sebelum tembakan dilepaskan lagi.
“Aduh… terpaksalah aku tunjukkan ini kepada semua.” Sophia akan melancarkan sesuatu yang luar biasa.
TENDANGAN HYPER SONIC
Lompatan kaki kanan diikuti tedangan dengan kaki yang sama ala rejaman sepak takraw menyebabkan  M-16x tercampak keluar dan memecahkan tingkap kaca di tingkat sepuluh Heaven Square. Tanpa mendaratkan kedua-dua kaki dan badannya, Sophia terus berpusing dan merejam kesemua tiga lagi senjata di tangan perompak-perompak yang langsung tidak sempat menekan picu senjata masing-masing. Gerakan itu cukup pantas. Terpegun semua yang ada di situ. Termasuk perompak yang berada di kaunter. Nampaknya mereka terpaksa meninggalkan urusan di kaunter untuk menangani dua orang gadis yang sedang menjadi penghalang kepada mereka.
“Wow! Boleh tahan… pantas tendangan tu. Tak dapat dilihat oleh mata kasar. Aku yakin hanya aku seorang saja yang dapat melihat dengan jelas gerakan dia. Baiklah Sophia… Giliran aku pulak!” Ima menyedari yang semua perompak-perompak di kaunter mula menuju ke arah dia dan Sophia.
Tanpa berlengah, Ima berlari pantas ke arah mereka.
“Wah! Lajunya Ima lari! Nampaknya bukan aku sorang je yang memiliki kepantasan luar biasa di sini. Ima juga ada rupanya. Siap ada lingkaran medan magnet lagi di sekeliling tubuh dia.Tak pernah tunjuk pun sebelum ni.” Bisik hati Sophia sewaktu kelibat Ima bergerak pantas di hadapannya.
Tidak seperti Sophia sebentar tadi, tembakan sudah dilepaskan ke arah Ima yang sedang meluru pantas. Arah peluru itu pun tidak seratus peratus ke arah Ima. Ada yang tersasar. Ima risau tentang keselamatan orang awam.“Alamak… bahaya ni! Aku kena keluarkan juga ‘special move’ aku! Orang lain lebih penting dari diri aku!” Apa lagi kejutan dari Ima?
Kelihatan Ima meredah saja hujanan peluru. Dia perlu tiba di kelompok perompak itu sebelum ada tembakan yang tersasar ke arah orang awam.
“Ya Allah… Budak ni kebal rupanya. Tak lut peluru tu…” Seorang pemuda berhampiran Sophia merasa pelik sehingga dia mengucap kerana kehairanan.
Memang pelik. Kemana perginya semua peluru? Sophia cuba mencari jawapan dengan melihat secara teliti.
“Oh ya! Baru sebentar tadi dia bergerak laju di depan aku dan aku merasakan ada satu gelombang magnet yang begitu kuat. Mungkin gelombang itu yang menampan semua peluru.” Bisik hati Sophia sambil bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Sebenarnya semua peluru dibias keatas oleh medan magnet yang terhasil dari tali pinggang istimewa yang dipakai oleh Ima. Runtuhan konkrit berlaku setelah beratus-ratus biji peluru menghentam siling di tingkat sepuluh Heaven Square akibat biasan gelombang magnet ke atas peluru-peluru itu.
Kebanyakan pengunjung yang terperangkap dari tadi mula melarikan diri dari runtuhan  konkrit itu.
Ima berjaya mengharungi hujanan peluru. Dia berdiri dengan tenang sambil dikelilingi perompak-perompak yang menghujankan ratusan peluru ke arahnya. Tembakan tidak kedengaran lagi kerana Ima berada di tengah-tengah antara mereka. Kalau mereka menembak, bodohlah jawabnya kerana mereka saling menghadap rakan mereka juga.
Dengan perlahan dan raut wajah yang tenang, Ima mengeluarkan sesuatu seperti baton sepanjang satu kaki dari dalam beg yang  disandangnya.
Seperti seorang  srikandi perang, Ima menghayunkan baton tadi dengan gerakan yang begitu menarik dan berakhir dengan depaan tangan kanan yang memegang baton serta kekuda yang mantap.
Swap!
Kedua-dua hujung baton itu tiba-tiba memanjang sebanyak satu meter setiap satu.
“Buat pertama kali aku perkenalkan kepada korang semua teman aku yang dah lama tak beraksi..” Ujar Ima kepada kumpulan perompak itu dengan senyuman sinis.
“NUCLEAR STICK”
Satu hayunan 360 darjah mengeluarkan satu kesan khas seperti arus elektrik bewarna merah jambu menerbangkan kesemua M-16x yang berada di tangan perompak tersebut ke pelbagai arah. Hancur berderai kesemuanya menghempas dinding. Renjatan elektrik berlaku ke atas perompak-perompak tadi menyebabkan mereka semua jatuh tersembam ke lantai dalam keadaan menggelupur.
“Bantuan! Bantuan! Air Hawk! Air Hawk! Misi gagal… Minta bantuan M3-49x hapuskan dua orang budak di dalam!!” salah seorang perompak yang cedera secara diam-diam menguhubungi pasukan bantuan yang berada di dalam helikopter yang berada di ruang udara luar bangunan Heaven Square.
Suasana di tingkat sepuluh kembali tenang dengan kesemua dua puluh orang perompak rebah dalam keadaan kesakitan yang amat sangat.
Semua yang terperangkap di situ kembali bangun dan memandang ke arah dua susuk tubuh gadis 16 tahun yang baru sahaja mematahkan satu cubaan merompak di Heaven Square. Ada di antara mereka yang cedera akibat terkena runtuhan siling sebentar tadi.
Sophia dan Ima saling merenung antara satu sama lain. Ima memulakan senyuman diikuti oleh Sophia. Hari ini mereka saling mengetahui siapa diri mereka berdua sebenarnya.
Semua yang ada di situ hanya terdiam melihat Ima dan Sophia. Mungkin mereka terkejut kerana tak menyangka apa yang mereka sering tonton di kaca televisyen atau layar perak kini berlaku di depan mata mereka sendiri. Terutama sepasang kekasih yang berada berdekatan dengan Ima semasa meniarap tadi. Mereka berpelukan dengan mulut ternganga memandang gadis yang mereka kutuk sebentar tadi. Memang tak masuk akal!
Beberapa orang pengawal keselamatan kelihatan keluar dari tempat persembunyiannya.
Siren polis juga kedengaran di luar bangunan tingkat bawah.
Bunyi siren itu semakin lama tidak kedengaran. Ianya diganti oleh bunyi deruman enjin helikopter yang tadi sayup-sayup kini menjadi semakin kuat.
Semua mata menghadap keluar tingkap kaca yang pecah di mana arah bunyi itu datang. Didapati sebuah helikopter sedang merendahkan penerbangan dan berhenti 40 meter diluar tingkat sepuluh Heaven Square.
Apa yang memeranjatkan, helikopter itu membawa sesuatu yang boleh dikatakan kebanyakan orang di situ kenal dengan benda itu.
“M3-49x!!!!!!!!” seorang pengawal keselamatan menjerit dengan kuat diikuti dengan semua yang ada di situ. Keadaan kembali menjadi kelam kabut. Kali ini lebih teruk. Apa yang menyebabkan semua orang lebih panik berbanding tadi?
“Sebutir peluru umpama sebutir peluru berpandu…” ujar Sophia sambil menerpa ke arah Ima.
“Ya, aku tahu…” sambung Ima tenang dengan mata terjurus ke arah benda yang dikenali sebagai M3-49x itu.
M3-49x adalah sejenis peluru bersaiz biasa. Berkuasa peluru berpandu setiap satu. Ia didatangkan secara berantai seperti peluru mesin gan biasa. Yang membezakan adalah kesannya ke atas sasaran. Peluru mesingan biasa hanya boleh menusuk tetapi peluru M3-49x akan menghasilkan letupan seperti peluru berpandu setiap satu dengan taburan tembakan tiga ratus biji seminit. Bayangkanlah kemusnahan yang terjadi…
Ianya adalah senjata buatan Rusia yang baru tiba di Malaysia Raya minggu lepas dan mendapat liputan meluas.. Jadi semua orang sedia maklum dengan senjata ini kerana mereka sering melihat gambar pelancar peluru itu di kaca tv atau di surat khabar malah di internet dan kini ianya berada secara langsung di depan mata mereka.
Hairannya, mengapa semua senjata ini di gunakan dalam rompakan pada petang itu?
Heaven Square akan musnah jika tidak di halang.
“Gelombang magnet aku tak boleh di gunakan untuk menangkis peluru itu kerana ianya akan meletup dimana saja ia menghentam.” Ima memberitahu Sophia. Sophia sempat memandang tali pinggang yang digunakan Ima. Terdapat lambang atom iaitu elektron mengelilingi neutron pada kepala tali pinggang itu.
“Aku ingat selama ni fesyen je. Rupanya senjata…” Sophia menyentuh tali pinggang Ima.
“Dah la… Kita kesuntukan masa ni. Apa kata kita serbu ke arah helikopter tu sekarang sebelum mereka menembak. Kau boleh kawal badan di udara kan?” Ima berlari pantas ke arah helikopter itu dengan Nuclear stick di tangan kirinya.
“Mestilah boleh…” Sophia berkata seorang diri sambil mengatur langkah ke arah yang sama.
Belum pun mereka berdua sempat tiba di tingkap kaca yang pecah sebaris dengan helikopter itu, seseorang di dalam helikopter telah menekan satu butang bewarna merah pada pelancar M3-49x.
“Sophia! Lakukan sesuatu!”Jerit Ima menyedari situasi genting itu. Keselamatan orang awam perlu diutamakan.
Orang ramai masih lagi bertempiaran lari ke tempat yang difikirkan selamat. Kebanyakan mereka berpusu-pusu di tangga. Terdengar jeritan di sana sini.
Malah pengunjung di tingkat lain yang mengetahui kejadian itu turut sama cuba keluar dari Heaven Square.
Di saat getir itu Ima dan Sophia sekali lagi dikejutkan dengan beberapa objek seperti bebola besi sebesar guli melintasi kepala mereka dari arah belakang. Lajunya seperti kilat..! Ima dan Sophia menghentikan langkah kerana terkejut dengan kehadiran objek tersebut.
Objek itu disasarkan ke lubang pelancar tempat keluarnya peluru yang akan dilepaskan. Sepuluh bebola untuk sepuluh lubang pelancar. Semuanya tepat belaka.
Operasi pelancar tersekat. Tiada peluru yang dihentam keluar.
Pada masa yang sama Sophia dan Ima cuba meneka siapakah seorang lagi hero dalam drama rompakan itu berdasarkan memori mereka berkenaan bebola besi.
“Zaitun!!” Sophia dan Ima menyebut serentak nama Zaitun lalu menoleh ke belakang.
Satu lembaga kelihatan melangkahi tubuh mereka berdua dan menerpa ke tingkap kaca.
Dia mendepakan kedua belah tangan dengan tapak tangan dihalakan ke pelancar M3-49x di dalam helikopter. Satu aura bulat warna biru umpama cairan besi panas terbentuk di tapak tangan berdiameter setengah meter.
Terdengar jeritan dari lembaga yang berupa seorang gadis berambut perang paras bahu.
LITTLE BLAST!!!
Lalu, Aura itu tersentak ke hadapan dengan kelajuan yang tinggi. Ia menembusi badan helikopter itu dan menghancurkan sama sekali pelancar peluru M3-49x. Satu letupan yang agak dasyat berlaku di ruang udara Bandar Metropolis Sg. Buloh.
Lebih kurang 15 saat kemudian, kesan letupan mula hilang. Keadaan di Heaven Square kembali tenang tetapi agak tegang sedikit kerana pengunjung terkejut dengan kejadian rompakan besar pertama yang berlaku di Bandar itu.
Menyedari pergelutan sudah tamat, ada antara pengunjung yang naik semula ke tingkat sepuluh untuk melihat kesan kejadian.
Kelihatan beberapa anggota polis tiba untuk memberkas dua puluh orang perompak yang cedera parah.
Sementara itu Sophia dan Ima berjalan menuju ke arah Zaitun yang berdiri tegak menghadap ke luar tingkap kaca di tingkat sepuluh itu.
Ima memegang bahu Zaitun.
“Kau lah penyelamat kami semua, Zaitun. Tak sangka kau pun ada kuasa luar biasa.” Ima berkata.
“Yelah Tun.., Aku kenal sangat key chain bebola besi kau tu. Berapa banyak key chain daa kau ada? Aku dah agak dah… tapi aku rileks dulu takut salah orang. Eh… Kenapa ni? Apasal kau menangis?” Sophia turut sama memaut bahu Zaitun yang tiba-tiba tunduk dan terkedu.
Zaitun terus membisu…
Air matanya terpacul keluar dari kelopak yang menutup matanya. Ima mengalih kedudukannya ke hadapan Zaitun dan memegang kedua belah bahu Zaitun. “Tun…, Walau apapun sebab kau sedih, kau harus berbangga kerana menjadi penyelamat. Kita dah ditakdirkan untuk membongkar sendiri rahsia masing-masing hari ini. Kita tak boleh sorok identiti kita lagi. Semua dah tahu. Ini semua dah tertulis. Kita tertakdir untuk bersekolah di sekolah yang sama, dan mempunyai kelebihan luar biasa. Kalau boleh kami berdua pun tak mahu menggunakan kuasa kami. Mungkin khidmat kita sudah mula diperlukan.”
“Maafkan aku Zaitun. Ini semua salah aku. Kalau tak pasal aku panas baran dengan perompak itu, tak mungkin semua ini terjadi.” Jelas Sophia menyalahkan dirinya.
“Aku tak salahkan sesiapa. Tapi aku dah melanggar pantang larang arwah datuk aku. Aku tak boleh menggunakan semua ilmu yang aku belajar. Dia tak nak orang berkenaan tahu yang aku ada kuasa ini .Aku akan menjadi buruan. Dan datuk aku takut aku terbunuh di tangan mereka. Aku sayang atuk aku sangat-sangat.” Zaitun menangis teresak-esak dan mengusap matanya dengan belakang tapak tangannya.
“Datuk kau mesti berbangga kalau dia tahu yang kau gunakan ilmu dia menyelamatkan manusia. Lagipun apa kau nak takut. Kami berdua kan ada.” Pujuk Sophia ketika Ima menepuk-nepuk belakang Zaitun. Serentak dengan itu kedengaran tepukan gemuruh di belakang mereka bertiga.
Apabila berpaling ke belakang, alangkah terkejutnya mereka tingkat sepuluh Heaven Square dipenuhi lautan manusia yang memberi penghormatan kepada mereka bertiga. Terdengar kata-kata pujian dan sorakan datang dari ratusan yang ada di situ.
Beberapa orang dilihat berjalan menuju ke arah tiga gadis yang kini menjadi tumpuan ramai. Salah seorang darinya adalah anggota polis. Senyuman mereka dari jauh menandakan penghargaan akan disampaikan.
Seorang dari mereka yang memakai kot dan berumur dalam lingkungan 50an mendahului yang lain untuk berjabat tangan dengan tiga gadis itu.
“Saya pengurus besar  Heaven Square, Datuk Sazali Hamid. Terima kasih kerana mematahkan cubaan merompak sebentar tadi. Tak sangka kamu bertiga begitu hebat sekali. Saya rasa, baru kali ini saya dengar ada manusia yang mempunyai kuasa luar biasa. Kamu harus berbangga kerana di luar negara tak ada yang seperti kamu bertiga.” Ucapan penghargaan itu diiringi dengan jabatan tangan semua yang menghampiri tiga gadis itu.
Sophia dan Ima hanya menghulur tangan dan membalas senyuman. Manakala Zaitun berwajah muram walaupun masih mampu berjabat tangan.
Seorang anggota polis berpangkat tinggi pula memberikan kata-kata penghargaan.
“Kami dari jabatan polis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik bertiga kerana membantu kami memberkas kumpulan penjenayah yang paling kami kehendaki di Negeri Selangor malah di Malaysia Raya amnya. Di harap selepas ini di jemput adik bertiga dapat memberi keterangan di Central Cop Department. Ada beberapa perkara yang kami ingin bincangkan.”
“Baiklah Tuan.” Jawab Sophia ringkas.
“Walaupun Anda semua tak dapat menyaksikan tayangan hari pembukaan Anak Patung Penggempur pada hari ni, tetapi anda bertuah dapat menjadi saksi kepada kehebatan Anak Patung Penggempur yang sebenar di luar layar perak!Beri sokongan kepada tiga wirawati kita!!” Pengurus Besar Heaven Cine berucap di hadapan hadirin yang ada di situ dan diikuti dengan satu tepukan gemuruh. Terdengar sorakan ‘dashing Doll’ berulang-ulang kali menandakan gelaran tiga gadis itu diiktiraf oleh semua pengunjung Heaven Square.
Dashing Doll!
Dashing Doll!
Datuk Sazali Hamid juga ada mengatakan akan memberikan ganjaran atas jasa yang mereka lakukan.
Dalam Sorakan dan tepukan beratus-ratus manusia yang ada di situ, Sophia Ima dan Zaitun tak lepas dari lensa kamera wartawan yang hadir samada untuk membuat liputan tayangan hari pertama Anak Patung Penggempur atau liputan kejadian rompakan. Glamour habislah diorang lepas ni!
Zaitun kurang selesa dengan keadaan itu.
“Jom belah sebelum wartawan datang temuramah kita.” Zaitun bercakap dengan agak kuat kerana keadaan yang bising.
“Ala… Apa salahnya. Biarlah dia orang temuramah kita. Bila lagi nak kena temuramah. Sekarang ni lah masanya…” Ima pula berteriak dekat telinga Zaitun.
“Sophia, Ima… Kau orang nak dengar cerita tak tentang hubungan kita bertiga yang korang tak tahu?” Sepertinya ada lagi rahsia yang Zaitun simpan.
“Apa dia rahsia tu?…Ok lah… Tak payah temuramah. Nak keluar macamana? Penuh dengan orang ni.!” Sophia seperti teruja dengan rahsia yang Zaitun Simpan.
“Aku tahu korang boleh kawal diri di udara kan? Kita lompat ikut tingkap pecah ni.” Zaitun menuding jari ke arah tingkap pecah akibat pertempuran tadi dan sepantas kilat melompat keluar melalui tingkap itu.
Sophia dan Ima memandang antara satu sama lain kerana terkejut Zaitun pun boleh mengawal badan di udara dan Zaitun yakin benar yang mereka berdua boleh melakukan perkara sama. Sophia dan Ima juga membuat terjunan sejurus selepas itu.
“Minta maaf semua! Kami pergi dulu!” Ima melambai tangan kepada semua. Berat juga hati Ima nak meninggalkan wartawan-wartawan yang bakal mempopularkan dirinya.
Tiga orang gadis itu sekali lagi membuat kejutan dengan melompat keluar tingkap kaca di tingkat Sepuluh Heaven Square. Pengunjung terkejut dengan tindakan itu sambil menuju ke tingkap kaca tempat Sophia, Ima dan Zaitun membuat terjunan.
Sophia, Ima, dan Zaitun kelihatan seperti penerjun yang tidak berpayung terjun. Bergerak ke bawah mengikut graviti dengan kelajuan yang tinggi. Tetapi hairannya, kelajuan mereka bertiga semakin perlahan ketika menghampiri daratan.
“Ima! Zaitun! Tengok kat bawah tu!!… kat bawah pun banyak orang jugak…” Sophia terkejut melihat keadaan di luar Heaven Square lebih kurang sama dengan keadaan di dalam. Ramai orang berkumpul untuk mengetahui apa yang terjadi. Antara mereka di bawah itu ada yang menyedari tiga orang gadis sedang melakukan terjunan. Makin lama makin ramai yang menyedari. Masing-masing menuding ke atas dan menjerit-jerit.
“Ada orang bunuh diri!!!!!”
Situasi itu tak mengizinkan mereka mendarat. Sudahnya, mereka menukar arah pendaratan mereka ke tempat lain.
Semua orang di bawah yang tadinya panik bertukar menjadi hairan dengan tiga orang yang sedang ‘jatuh bangunan’ tiba-tiba melayang ke tempat lain jauh dari situ.
Jangan risau. Semua itu pasti terjawab dalam berita perdana malam ni dan suratkhabar esok pagi.
Zaitun membawa rakannya terbang ke sebuah tangki takungan air di atas bukit dalam kawasan Subang, bersempadan dengan daerah Sg. Buloh.
“Hm… Apa dah jadi hari ni.”Ima terbaring di atas tar yang terturap mengelilingi tangki air itu lantas menarik nafas panjang lalu menghembus kembali dengan perlahan.
“Aku tak sedar langsung selama ni yang korang ada kuasa luar biasa. Nampaknya kita berjaya menyimpan rahsia masing-masing hingga ke hari ini dengan sempurna.” Sophia mula melabuhkan punggungnya di sebelah Ima yang sudah memejamkan matanya.
“Ayah aku ada merahsiakan sesuatu…Dia melarang aku menggunakan kuasa sains dan teknologi ciptaannya walau dalam keadaan apa sekalipun. Ini kerana suatu hari nanti aku pasti akan terdesak menggunakannya untuk tujuan menyelamatkan dunia. Itu yang aku tak faham. Tapi keadaan tadi begitu mendesak. Ia melibatkan nyawa aku sendiri. Aku terpaksa menggunakannya. Apa kata Ayah aku nanti…Hm…” Ima menceritakan tentang dirinya dengan mata tertutup.
Sophia bingkas dari duduknya mendengar penjelasan Ima. Sepertinya ada kesamaan dengan apa yang akan diceritakannya.
“Macamana cerita kau boleh sama dengan cerita aku? Bapak aku pun cakap macam tu. Dia suruh aku rahsiakan kuasa aku dari dunia luar atas alasan aku akan menjadi penyelamat dunia satu hari nanti. Dia risau aku akan menjadi buruan di usia muda.”
Zaitun yang dari tadi berdiri agak jauh dari rakannya sambil menghadap pemandangan dari atas bukit mula memalingkan badan.
“Nampaknya hanya datuk aku saja yang tak merahsiakan perkara ini kepada aku. Kau orang mesti terkejut kalau mengetahui siapa diri kita sebenarnya. Aku tahu setiap nama kuasa yang korang ada dengan pecahan-pecahannya sekali.
Ima yang dari tadi berbaring merehatkan badan dengan pantas berdiri. Begitu juga dengan Sophia. Mereka berdua benar-benar hairan dengan Zaitun. Siapa Zaitun dan mereka berdua sebenarnya? Perkara ini perlu dijelaskan secepat mungkin.
“Kau Sophia. Gerakan kaki kau cukup pantas memintas kelajuan kilat. Tenaga tendangan itu pula boleh menumbangkan menara PJ hilir pada kekuatan maksimum dengan nyawa menjadi ganti. Aku dengar kau menyebut ‘Tendangan Hypersonik’. Tetapi, nama purba kuasa itu ialah Kawalan Tenaga Sejagat Asas Kilat. Terbahagi kepada tujuh pecahan.Aku pernah di beri keterangan tentang kuasa itu oleh datuk aku. …”
Sophia tercengang besar mendengar penjelasan panjang lebar Zaitun. Cukup memeranjatkan, penerangan Zaitun tentang Kuasa yang dimiliki Sophia. Semuanya tepat belaka.
“Dari mana asalnya tenaga itu, aku tak tahu. Tapi ianya berasal dari kerajaan Aramus yang wujud lebih kurang 3000 tahun dahulu.” Sambung Zaitun.
“Kerajaan Aramus? Tak pernah dengar pun dalam sejarah. Takkan takde peninggalan sejarah kerajaan itu.” Ima bertanyakan soalan kepada Zaitun.
“Negara Aramus mengalami kemusnahan akibat pertempuran Raja dan panglima perangnya. Kuasa yang digunakan dalam pertempuran teragung dunia itu amat besar hingga menyebabkan Negara Aramus hancur berderai dan terjadi bencana alam di seluruh dunia ketika itu. Semua penempatan dan penduduk termasuk mereka yang bijak pandai terkubur bersama gulungan tanah dan air laut. Dipercayai hanya beberapa puluh orang yang bernasib baik dan mereka membina semula penempatan dalam keadaan seperti awal kehidupan manusia. Tiada teknologi dan tiada ekonomi. Antara yang terselamat ialah Permaisuri Kerajaan Aramus dan Puteranya yang berumur lapan bulan. Tak tahu macamana mereka boleh terselamat dari bencana ketika itu. Seorang ahli Nujum yang juga terselamat ketika itu mengatakan memang sudah ditakdirkan keturunan kerajaan aramus tak akan pupus. Selepas kemusnahan itu, Permaisuri dan semua penduduk yang terselamat telah melupakan kerajaan Aramus dan memulakan hidup baru. Mereka tidak mahu di gelar keturunan Aramus yang telah memusnahkan dunia. Oleh kerana itulah nenek moyang kita sudah biasa menyembunyikan keturunannya hingga ke hari ini. Penggunaan Kawalan Tenaga Sejagat juga tidak digunakan lagi kerana mereka benci kepada kuasa itu yang telah menghancurkan kehidupan mereka. Permaisuri juga tidak membenarkan anak dan keturunannya mempelajari Kawalan tenaga Sejagat. Beliau bimbang ilmu itu sekali lagi akan merosakkan dunia. Tetapi dalam diam, ada juga yang mempelajari Kawalan Tenaga Sejagat. Dan kamu berdua adalah berasal dari golongan itu!” Zaitun menerangkan secara terperinci riwayat hidup keturunan Sophia dan Ima.
“Kalau kami dari keturunan Aramus, kamu pulak Zaitun?” Tanya Ima yang teruja dengan cerita dari Zaitun.
“Aku pun sama juga. Tapi Datuk aku cakap kami adalah keturunan ahli nujum merangkap ahli kaji bintang pada ketika itu. Pasal tu aku tahu semua cerita tentang negara Aramus.Kami yakin bahawa waris Raja Aramus masih ada hingga ke hari ini.” Zaitun menyambung lagi.
“Apa maksud penyelamat dunia yang atuk kau dan ayah Ima bagitau pada kita orang?” Sophia bertanya lagi.
“Ha… Ni yang aku nak bagi tau sebenarnya…Sejak turun temurun cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi dan disimpan dengan baik hingga ke hari ini yang mana aku dedahkan pada kamu berdua kerana kita berasal dari tamadun yang sama. Seorang ahli nujum yang bernama Neus yang terselamat dari bencana itu telah mengumpulkan semua rakyat yang terselamat dan memberitahu yang beliau mendapat satu petunjuk bahawa Asas Kawalan tenaga sejagat milik pemberontak iaitu Panglima Sonjasa masih ada di muka bumi ini. Ia berbentuk seketul batu yang berasal dari suatu tempat yang belum diketahui di angkasa lepas. Tetapi… Neus mendapat satu alamat yang pemilik batu sedang mencari di segenap pelusuk cakerawala. Dalam tempoh yang sudah agak lama ini, kemungkinan batu itu diketemui mereka tetap ada. Sekiranya mereka sampai di bumi, pasti ada kekalutan akan berlaku antara mereka dan manusia di bumi. Malangnya, kebanyakan mereka tak mempercayai ramalan itu dan menganggap kuasa yang telah menghancurkan hidup mereka itu sudah tiada lagi. Mujurlah ada beberapa orang mempercayainya dan orang-orang itu adalah dari golongan kamu berdua!”
“Macamana dengan Asas Kawalan Tenaga sejagat milik Raja Aramus? Apa asasnya dan boleh lagikah asas itu dikuasai oleh manusia?” Tanya Sophia. Ima hanya memerhatikan Zaitun dengan khusyuk.
“Asasnya berupa sebilah pedang. Juga berasal dari angkasa lepas.Tak dapat dipastikan samada ianya wujud lagi atau tidak. Keturunan kami percaya bahawa hanya darah daging terpilih dari keturunan Raja Aramus dan Sonjasa sahaja yang boleh mengalirkan kuasa asas ini.” Zaitun juga menceritakan serba sedikit tentang tamadun Aramus dan kehebatan Asas Kawalan Tenaga Sejagat milik Raja Chaos dan Sonjasa.
“Hebat giler ye tenaga diorang. Sapa agaknye waris asas itu. Ntah-ntah aku…” Sophia kagum dengan cerita Zaitun manakala Ima masih lagi ternganga kekhusyukan.
“Ini bermakna, ayah korang tahu tentang kemungkinan kehadiran pendatang dari angkasa lepas dan mereka bersiap sedia dengan mengajarkan ilmu Kawalan Tenaga Sejagat kepada keturunan mereka.” Zaitun menyambung lagi.
“Kenapa Ayah aku dan Ayah Sophia tak beritau semua itu? Hairan kan?” Ima tiba-tiba bersuara setelah membisu sekian lama.
“Mungkin belum masanya kot.” Sophia menyampuk.
“Mungkin..” Zaitun setuju.
“Kan kita sekolah lagi. Dia tak mahu kita terganggu dengan semua cerita tu.” Sophia memberi pendapatnya. Mereka bertiga sama-sama mengangguk kepala sambil memandang antara satu sama lain.
“Sekarang terpulang kepada kau orang nak percaya atau tidak cerita aku.”Zaitun seakan mahu menamatkan ceritanya.
Sophia dan Ima menjeling mata ke arah satu sama lain. Bagi Sophia apa yang disampaikan Zaitun sebentar tadi boleh dipercayai kerana dia tahu persis Tendangan Hypersonicnya. Manakala Ima hanya menganggukkan kepala sahaja tanda percaya.
“Maknanya bukan kita bertiga sahaja yang ada asas Kawalan Tenaga Sejagat. Pasti ramai lagi keturunan tamadun Aramus yang menguasai Ilmu ini.”Lalu Ima melompat ke atas tangki takungan air setinggi 10 meter itu dengan satu lompatan dan memerhatikan pemandangan dari puncak paling tinggi di situ.
“Itu sudah pasti. Aku yakin lepas ni pasti akan ramai lagi yang muncul.” Jelas Zaitun, anak tunggal pasangan yang telah meninggal dunia sewaktu dia berusia sembilan bulan atas sebab yang dirahsiakan oleh datuk kandungnya yang menjaganya kini. Begitu juga dengan Sophia dan Ima yang merupakan anak tunggal.
“Yang dirisaukan sekarang, akan ada yang menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Kita perlu berjaga-jaga kerana kejadian tadi pasti mendapat liputan yang meluas oleh pihak media.” Ima memberi amaran kepada rakan-rakannya.
“Apa nak takut! Kita bertiga dah tahu asal-usul kita. Ternyata kita dari tamadun yang hebat dan mendahului zamannya. Kita harus berbangga dan mencontohi semangat dari pemimpin terakhir Aramus. Kita tertakdir untuk menjadikan dunia tempat yang selamat diduduki.” Sophia menaikkan semangat rakan-rakannya. Dilihat Ima turun dari puncak tangki air menuju ke arah kedua rakannya.
Petang itu, mereka bertiga bertekad untuk bersama-sama menghadapi apa jua rintangan dan membantu pihak berkuasa menghapuskan kejahatan di Bandar itu.
Kewujudan Tamadun di dunia sudah lama wujud. Kesan dari tamadun itu boleh terlihat hingga ke hari ini. Monumen-monumen yang masih berdiri megah walaupun tidak lagi dalam bentuk yang sempurna dapat dilihat dan disentuh oleh generasi kini. Dari situlah sesebuah tamadun itu dinilai kehebatannya.
Ada beratus-ratus tamadun yang dikesan wujudnya di muka bumi ini. Antara yang terkemuka ialah Tamadun Mesir, Indus, Mesopotamia dan banyak lagi. Tetapi, manusia tidak sedar kewujudan satu tamadun yang terletak bersebelahan Tamadun Indus di Benua Asia yang seusia dengan tamadun Mesir. Berkali-kali ganda lebih besar dan lebih gah dari Tamadun Mesir dan Indus. Tapi sayang, tiada bukti berkenaan kewujudannya. Kemanakah hilangnya kesan tamadun ini sedangkan ianya adalah kelompok besar manusia elit yang teknologinya sudah hampir mencapai teknologi abad ke-18! Sudah tentu peninggalannya dapat ditemui pada hari ini sepertimana tamadun-tamadun lain. Bukti-bukti monumen tak terlihat walau seketul batu sekalipun. Adakah tamadun ini berkait rapat dengan penemuan satu objek seakan-akan kapal terbang klasik ala adik beradik Wright yang tertimbus 300 meter di bawah dasar laut Selat Melaka semasa cari gali Petroleum oleh Syarikat Petroleum Malaysia sekitar tahun 80an dahulu?
Bangkai kapal terbang itu kini disimpan di Pusat Sains Negara bagi tujuan penyelidikan mencari asal usul objek itu. Turut sama membantu ialah pakar dari luar negara yang arif tentang  arkeologi dan barangan purba.
Tamadun Aramus.
Tamadun yang berpusat di tenggara Asia itu meliputi kawasan yang begitu luas termasuk kepulauan Australia, Jepun, Taiwan, sebahagian Banjaran Himalaya dan kebanyakan pulau di Lautan Pasifik. Lebih tua berbanding Tamadun Mesir, tetapi mempunyai teknologi yang jauh lebih baik berbanding tamadun lain yang wujud ketika itu.
Sistem pemerintahan yang begitu tersusun dan efektif menangani segala masalah dan sistem perhubungan yang baik antara kawasan telah menjadikan tamadun ini sebagai satu negara yang begitu besar, lebih besar berbanding Rusia atau Amerika Syarikat yang wujud ketika ini.
Sayangnya pemerintahan yang begitu baik ini dicemari dengan sikap sombong dan bongkak pembesar-pembesar kelas atasannya yang tidak disenangi oleh tamadun lain ketika itu. Teknologi orang-orang Aramus tidak dibenarkan dibawa keluar. Hanya untuk negara itu sahaja. Sekiranya ada  negara lain yang meniru teknologi dari negara itu maka pemerintah tertingginya akan mengarahkan supaya segera memerangi negara tersebut tanpa usul periksa dengan alasan takut kemahsyurannya disaingi oleh negara lain.
Sikap tidak keterbukaan itu menyebabkan beberapa negara menjadi mangsa serangan melulu kaum Aramus hanya kerana teknologi negara itu lebih kurang sama dengan teknologi kaum Aramus. Sampai begitu sekali kejamnya pemerintahan ketika itu.
Ideologi itu berterusan selama beberapa generasi pemerintahan di Aramus sehingga kenaikan tahta seorang putera raja Aramus yang baru berusia 20 tahun bernama Chaos. Raja Chaos berbeza dengan raja-raja sebelumnya dari segi keterbukaan. Sikapnya yang lemah lembut dan merendah diri disenangi oleh pemerintah negara lain. Aramus menjalinkan hubungan yang baik dengan dunia luar di bawah pemerintahan Raja Chaos.
Beliau telah bersetuju membantu Mesir untuk membina tempat persemadian diraja menggunakan teknologi negaranya. Maka dengan itu terbinalah Piramid yang pertama hasil hubungan baik antara Mesir dan Aramus. Manakala Piramid yang lain dibina sendiri oleh pemerintah mesir selepas itu dengan menggunakan teknologi yang diberi oleh Aramus di bawah naungan Raja Chaos.
Rakyat Aramus tidak bersetuju pada mulanya dengan sikap Raja Chaos yang terlalu terbuka itu memandangkan mereka sudah biasa dengan pemerintahan yang terdahulu. Tetapi lama kelamaan, rakyatnya mula sedar kebaikan disebalik sikap rajanya itu. Ekonomi negara semakin meningkat dengan kedatangan peniaga dari luar. Peperangan juga tidak berlaku sama sekali. Malah ada negara-negara jiran Aramus ingin berada dibawah kekuasaan Aramus. Aramus semakin besar dan gah di atas peta. Kegemilangan Aramus berada di puncak ketika itu.
Dalam pada kemakmuran dan kehebatan Aramus ketika itu, ada pembesar Aramus yang membenci sikap Raja Chaos yang terlalu baik hati. Bukan orang lain, bapa saudaranya sendiri yang bernama Buntara. Dalam diam dia cuba meracuni otak pembesar-pembesar lain untuk mengembalikan Aramus ke pemerintahan tradisi.
Dia menganggap Chaos telah mengubah corak pemerintahan Aramus kepada sesuatu yang memalukan nenek moyang mereka. Aramus yang dulunya digeruni dan menjadi satu-satunya negara di dunia ini yang mempunyai teknologi dan prasarana yang mendahului zaman, kini tidak boleh berbangga dengan status itu kerana kepakaran teknologinya dikonsi dengan negara lain yang memungkinkan suatu hari nanti kedudukan Aramus akan tergugat.
Buntara telah bersekongkol dengan beberapa pembesar lagi untuk menjatuhkan Chaos dan merampas tahta. Antaranya adalah anak lelaki Buntara sendiri iaitu Sonjasa yang memegang jawatan Panglima Tertinggi Aramus kerana ketinggian ilmu tempurnya antara yang terhebat di Aramus.
Aramus bukan sahaja terkenal dengan kehebatan teknologinya  malah melahirkan pahlawan-pahlawan yang terbilang di dunia. Sonjasa adalah antaranya. Berbeza dengan tamadun lain yang mengamalkan ritual keagamaan untuk mendapatkan tenaga dalaman yang tak terbatas, Sonjasa dan pahlawan lain di Aramus mengaplikasikan gabungan biologi dan sains teknologi bagi membangkitkan tenaga dalaman atau dipanggil “kawalan tenaga sejagat”. Itulah antara keistimewaan pahlawan Aramus. Kawalan tenaga sejagat  telah lama dipelopori oleh nenek moyang kaum Aramus dan hasilnya sering meningkat dari masa ke masa. Tenaga tempur yang dihasilkan jauh lebih kuat dan hebat dari segala ilmu yang ada di dunia ketika itu.
Apa yang istimewanya Kawalan Tenaga Sejagat ialah, aplikasi alamiah dan ilmiah itu tidak boleh diturunkan kepada sebarangan orang. Disebabkan beberapa hukum dalam penggabungan intipati asas Kawalan Tenaga Sejagat, kuasa hanya boleh mengalir di dalam tubuh pewaris kandung pertama pemilik ilmu itu atau dalam erti kata lain ‘anak sulung’ setiap generasi. Ada keserasian gen antara ibu atau bapa yang memiliki Kawalan Tenaga Sejagat dengan anak sulung mereka yang membolehkan kuasa itu dipindahkan. Kekuatannya pula bergantung kepada pemiliknya mempelbagaikan gaya atau kuasa serta kerapnya latihan bagi meningkatkan prestasi ilmu mereka. Ada juga kes dimana pewaris terus mewarisi kekuatan kuasa yang sama dengan ibu atau bapa mereka.
Pelbagai unsur bumi yang menjadi asas untuk mencipta Kawalan Tenaga Sejagat. Antaranya udara, tanah, besi, emas, air dan pelbagai unsur lagi. Sehinggakan mereka berupaya menjadikan tahi bintang yang jatuh kebumi sebagai asas Kawalan Tenaga Sejagat.
Di zaman pemerintahan Raja Chaos, ada dua unsur tenaga yang paling hebat ketika itu. Tapi ianya bukan unsur yang biasa didengari seperti logam atau gas. Dipercayai salah satu daripadanya, diambil dari sebatian yang tak diketahui asal-usulnya di angkasa lepas. Dicipta oleh bapa Buntara iaitu datuk kepada Sonjasa. Mengambil masa tiga keturunan untuk mencapai ke tahap sempurna dan Sonjasalah yang bertanggungjawab melengkapkan Kawalan Tenaga Sejagat itu.
Oleh sebab itulah Sonjasa memegang jawatan sebagai Panglima Perang Utama di Aramus.
Manakala satu lagi tenaga yang dikatakan setanding dengan kekuatan tenaga Sonjasa adalah milik keturunan raja Aramus yang sentiasa diturunkan dari generasi ke generasi. Sudah pasti pemilik terakhirnya adalah Raja Chaos yang baru berusia dalam lingkungan 20an itu.
Asal usul tenaga milik keturunan Raja Aramus itu masih lagi menjadi rahsia hingga ketika itu. Hanya yang diketahui, ia berasal dari satu objek berbentuk sebilah pedang yang ditemui di dasar lautan selepas satu kejadian ombak besar melanda sepanjang pesisir pantai di Aramus yang menenggelamkan sama sekali semua pulau dan menyebabkan banjir besar sejauh 100 kilometer dari pantai sebelum bermulanya kegemilangan tamadun Aramus.
Seorang pemuda luar biasa yang telah menyelam ke dasar lautan dan menemukan pedang itu ternyata telah mengubah kehidupannya. Beliaulah pengasas kerajaan Aramus dengan menjadikan Pedang yang ditemuinya sebagai lambang kerajaan kerana menganggap pedang itulah yang membawa tuah dan mengubah kawasan bencana itu menjadi sebuah mercutanda evolusi manusia yang begitu pantas sekali.
Aramus diambil sempena nama pemuda itu.
Pada mulanya tiada apa yang istimewa tentang pedang itu. Ia hanya dianggap sebagai pedang tuah oleh Aramus. Tetapi jangkaan itu meleset sama sekali apabila Kawalan Tenaga Sejagat mula diperkenalkan di istana Aramus sebagai pertunjukan diraja oleh seorang tua yang menggunakan unsur air sebagai asasnya. Penemuan itu mengejutkan semua pihak di istana Aramus. Sejak dari itu, banyak pihak yang cuba mengorek rahsia Kawalan Tenaga Sejagat yang dikenalkan oleh orang tua yang tidak diketahui asal usulnya itu.
Lama kelamaan rahsia ilmu itu berkembang juga di Negara Aramus. Malah berbagai-bagai unsur telah dijadikan asas  Kawalan Tenaga Sejagat yang diadaptasikan dari ilmu orang tua itu.
Aramus meminta orang tua itu mengajar ilmu Kawalan Tenaga Sejagat asas Angin. Secara tak sengaja semasa berlatih di ruang santai istana, satu keajaiban berlaku.
Tenaga yang terhasil oleh gerakan Aramus sepertinya berkali-kali ganda lebih hebat dari biasa. Orang tua itu sendiri yang merasakan ada sesuatu yang mengganggu tenaga yang dihasilkan oleh gerakan Aramus.
Orang tua itu dapat merasakan satu lagi unsur yang boleh dijadikan asas Kawalan Tenaga Sejagat. Ianya bukan unsur dari perut bumi. Tetapi satu khazanah yang berasal dari satu tempat yang jauh di angkasa lepas. Dia bertanyakan kepada Aramus kalau Aramus ada menyimpan sesuatu yang ganjil.
Aramus mengeluarkan objek berbentuk pedang yang menjadi lambang kemegahan negara Aramus tak jauh dari tempat beliau berlatih dan menunjukkannya kepada orang tua itu.
Dia cuba mencari tenaga yang tersimpan di dalam objek itu untuk dijadikan asas Kawalan Tenaga Sejagat. Ternyata pedang  itu adalah salah satu dari unsur yang boleh dijadikan asas Kawalan Tenaga Sejagat.
Alangkah terkejutnya Aramus apabila gurunya itu memberitahu bahawa tenaga yang dihasilkan dari pedang itu begitu menakjubkan sekali. Ianya berjuta-juta kali ganda lebih hebat dari asas angin. Sesuatu yang dingin menyelubungi apabila tenaga itu dilancarkan. Seperti berada di satu tempat yang indah dan aman. Boleh dikatakan bagaikan berada di dalam syurga khayalan.
Orang tua yang menjadi guru kepada Aramus telah berjaya mengubah keterampilan aura ganjil itu kepada beberapa pecahan tenaga pemusnah. Sembilan kesemuanya. Setiap satu dilancarkan dengan cara yang berlainan menggunakan tahap tenaga yang berbeza.
Sayangnya, semasa ingin melengkapkan pecahan yang kesembilan, guru kepada Aramus itu telah menemui ajal kerana kekurangan tenaga untuk melengkapkannya. Hingga ke pemerintahan Raja Chaos, hanya raja dan putera sulungnya saja yang di benarkan menguasai tenaga itu. Setiap raja atau putera raja yang mempelajari Kawalan Tenaga Sejagat berasaskan pedang  itu akan menemui ajal semasa melengkapkan pecahan yang ke sembilan. Mereka menganggap kematian mereka tidak sia-sia malah mereka bangga mati dalam keadaan cuba merealisasikan impian nenek moyang mereka untuk melihat lengkapnya kesembilan-sembilan pecahan tenaga itu.
Berbanding dengan Kawalan Tenaga Sejagat yang dimiliki Keturunan Raja Aramus, Kawalan Tenaga Sejagat milik keturunan Sonjasa sepertinya mudah untuk dilengkapkan apabila Sonjasa telah berjaya melengkapkan ilmu milik keluarganya itu.
Maka bermulalah penberontakan secara terang-terangan oleh Buntara dan Sonjasa serta beberapa pembesar lain yang menyokong Buntara.
Raja Chaos begitu murka dengan Buntara dan pengikutnya setelah mereka secara terang-terangan ingin menjatuhkan dirinya.  Buntara mencabar raja Chaos untuk bertarung dengan anaknya iaitu Sonjasa yang telah berjaya melengkapkan ilmu keluarganya. Sedangkan Raja Chaos belum lagi mencuba untuk melakukan perkara yang sama terhadap ilmu keturunannya.
Demi mempertahankan maruahnya sebagai pemerintah tertinggi di Aramus, Raja Chaos menyahut cabaran Buntara dengan mempertaruhkan tahtanya.
Maka terjadilah satu pertarungan agung dua kuasa di muka bumi ini.
1500 TAHUN S.M, LEMBAH SOLARI,ARAMUS
Lembah Solari terletak di tenggara negara Aramus iaitu semenanjung Nusantara. Sebuah kawasan yang belum dimajukan oleh kerajaan Aramus berkeluasan negara Singapura. Dilitupi oleh gurun pasir yang luas yang menjadi faktor mengapa ianya belum dimajukan oleh kerajaan Aramus.
Tiada penempatan manusia dan menjadi habitat hidupan gurun. Ianya dipilih sebagai medan pertarungan kerana kawasannya yang sangat luas dan tidak mengganggu penempatan manusia.
Ditengah-tengah Lembah Solari itu berdirinya dua susuk tubuh manusia yang sama gagah dan sama hebatnya. Pertarungan yang menyaksikan hanya seorang saja yang tinggal dan akan menaiki tahta kerajaan Aramus.
Sonjasa dilihat lebih yakin kerana Kawalan Tenaga Sejagatnya sudah mencapai tahap kesempurnaan sejati. Manakala Raja Chaos tidak memikirkan tentang tenaganya yang belum lengkap tetapi dia turun sebagai seorang raja yang mempertahankan tahta dan maruah negaranya. Baginya semangat juang tinggi mampu menumpaskan ilmu yang sehebat mana sekalipun. Dia yakin kalau kuasa pedang itu sekali lagi membawa tuah terhadap dirinya seperti tuahnya kepada Raja Aramus semasa mula-mula mengasaskan kerajaan itu sehingga menjadi sebuah negara yang hebat dan tersohor.
Kedua-dua kuasa yang tak diketahui asal-usulnya bertembung pada hari itu. Pertarungan yang dianggap sebagai yang terhebat berlaku di muka bumi.
Dalam pertarungan yang berlanjutan selama dua hari itu, kedua-dua pahlawan itu masih tidak menunjukkan tanda siapa yang akan tersungkur awal. Masing-masing mempunyai kehebatan dan keampuhan ilmu yang seimbang. Sehinggalah pada hari ketiga dimana Sonjasa sudah tidak dapat bersabar lagi kerana Raja Chaos belum mahu menggunakan pecahan ke sembilan Kawalan Tenaga Sejagatnya.
Raja Chaos bukan tidak mahu melancarkan pecahan yang ke sembilan itu, tetapi dia sedar tentang bahayanya jika dia melancarkan serangan menggunakan pecahan yang tidak lengkap pada tahap yang maksimum. Ianya boleh meragut nyawa.
Sonjasa seperti dapat membaca situasi Raja Chaos ketika itu, lalu dia melancarkan peringkat tertinggi ilmunya. Serangan itu telah menimbulkan kuasa yang begitu besar sehingga sebahagian besar gurun tempat mereka bertempur itu bergegar dan merekah hinggakan separuh dari pasir gurun jatuh ke dalam bekas rekahan yang terhasil. Aura separa bulat kekuningan berdiameter 5 kilometer berpusat di tempat dirinya berdiri menyelubungi sambil memutar pasir gurun yang terkurung di dalam aura kuasanya. Manakala Raja Chaos bersedia mempertahankan kedudukannya. Setelah cukup padat kuasa yang terkumpul, ianya dilepaskan ke arah Raja Chaos dengan kelajuan tinggi. Kesan dari pergerakan aura itu sama sekali menghancurkan sisa-sisa rekahan gurun yang tinggal.
Raja Chaos telah bersedia menampan aura dari Sonjasa. Aura Sonjasa semakin hampir. Lebih kurang 500 meter jaraknya dari Raja Chaos. Tiba-tiba satu perkara aneh terjadi. Bagaikan hilang kawalan, satu aura berwarna ungu terhasil di kedua-dua tangannya. Semakin lama ianya semakin membesar. Itu adalah aura pecahan ke sembilan Ilmu keturunan Raja Aramus! Kenapa ianya terhasil tanpa kawalan Raja Chaos? Bagaikan ada pertalian antara peringkat terakhir ilmu Sonjasa dengan pecahan kesembilan tenaga milik Raja Chaos. Semakin hampir aura yang Sonjasa lancarkan, aura ungu Raja Chaos sudah mencapai tahap sekali ganda lebih besar dari aura kuning Sonjasa. Tetapi ianya masih diluar kawalan Raja Chaos.
Pada saat itu barulah Raja chaos mendapat petunjuk bagaimana menyempurnakan pecahan ke sembilan yang di cari-cari nenek moyangnya dari dulu hingga zamannya.
Kuasa muktamad ilmu keturunan Raja Aramus pastinya ada kaitan dengan ilmu milik keluarga Sonjasa. Pecahan ke sembilan memerlukan tenaga tertinggi Kawalan tenaga sejagat milik keluarga Sonjasa. Itulah saja dahulu kesimpulan yang boleh dirumuskan di saat genting itu.
Dengan berserah kepada takdir, Raja Chaos mengaktifkan tenaga pecahan ke sembilan ketahap maksimum. Tidak seperti nenek moyangnya yang terkorban semasa mengaktifkan pecahan itu ke tahap maksimum, Raja Chaos menjadi orang pertama dalam keturunannya yang berjaya melancarkan kuasa paling maksimum dalam sembilan pecahan tenaga warisannya itu.
Aura ungu mengatasi saiz aura kuning dengan 3 kali ganda ketika itu. Ianya berdiameter 1500 meter! Pada waktu itu jarak antara kedua aura itu hanya 100 meter dengan aura ungu mencapai tahap ketinggian muktamadnya. Ini beerti aura kuning berada di dalam aura ungu.Satu lagi peristiwa aneh berlaku.
Aura kuning membesar secara mengejut sesaiz dengan aura ungu! Mendapati perubahan itu,Sonjasa mengerah tenaganya ke tahap maksimum.
Pertembungan dua aura gergasi itu berlaku. Hasilnya di luar jangkaan. Satu letupan ala hypernova tercetus. Gabungan dua aura itu membentuk satu kubah mega sebesar empayar Aramus sekaligus memusnahkan bukan sahaja Lembah Solari dan Semenanjung Nusantara, malah seluruh Aramus di ambang kemusnahan. Termasuk sebahagian besar negara-negara lain yang bersempadan dengannya.
Jika dilihat dari ruang angkasa, bumi bagaikan bertembung dengan komet yang berkelajuan tinggi. Malah, kebanyakan tempat di seluruh dunia mengalami bencana alam yang dasyat hasil tempias dari pertembungan dua aura itu. Letupan yang terhasil mengambil masa sehari untuk reda keseluruhannya. Tiada apa yang tinggal di Aramus selepas pertarungan itu. Tanah besar Aramus bagaikan telah digemburkan oleh sebuah cangkul gergasi bercampur dengan air laut yang mengalir dicelah-celah pulauan tanah yang hancur lumat dek kehebatan tenaga yang dihasilkan.
Nasib Raja Chaos dan Sonjasa tidak diketahui. Adakah mereka masih hidup ataupun terkubur bersama seluruh penduduk Aramus dibawah pecahan tanah dan batuan?
Adakah di sini berakhirnya era tamadun Aramus hinggakan tiada bukti tentang kewujudannya sehingga ke hari ini?
Masih adakah lagi pewaris Kawalan Tenaga Sejagat pada hari ini?
Apa yang misteri sekali ialah, apakah hubungan ilmu tempur keturunan Aramus dengan ilmu tempur keluarga Sonjasa?
Semuanya tidak diketahui hingga ke hari ini. Bagaimana untuk membongkar misteri ini sedangkan kewujudan tamadun Aramus langsung tidak disedari oleh sesiapa di dunia.
Suasana Petang yang nyaman. Pemandangan dari beranda di tingkat atas rumah memang mengasyikkan pandangan mata. Apa lagi jika ditemani angin senja yang menyentuh lembut kemuka dan bahagian tubuh yang terdedah. Sungguh menyamankan. Walaupun matahari masih memancarkan lagi sinarannya, namun ianya hanyalah sinaran matahari senja yang hanya menunggu waktu sirnanya, sebelum purnama mengganti tugas.
Di kiri kotak penglihatan, tergambar susunan rumah teres dan beberapa blok apartmen yang berlatarbelakangkan kawanan awan senja berbagai bentuk.
Manakala di kanan pula hanyalah gugusan daun-daun pepohon kelapa yang sepertinya melambai-lambai ke pelbagai arah angkara angin senja yang tak tahu kemana hala tuju mereka yang sebenarnya.
Namun tumpuan sebenarnya diberikan ketengah-tengah kotak penglihatan yang terlukisnya sebuah rumah yang tak sebesar mana tetapi cukup besar ertinya dan indah memorinya dihati Ferdi. Bukan rumah orang lain, rumah bapa saudaranya sendiri.Apakah yang membuatkan kediaman bapa saudaranya itu amat bererti buat dirinya?
Pakcik Fahmi yang tinggal bersama isteri dan tujuh orang anaknya itu, lima lelaki dan dua perempuan adalah keluarga sederhana. Walaupun umurnya sudah separuh abad, namun dia masih kuat bekerja sebagai kontraktor dikampung ini. Anak-anaknya pun sudah dewasa. Tinggal seorang sahaja yang masih melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
Hubungan antara keluarga Ferdi dan Pakciknya itu juga seperti biasa sahaja. Tiada yang luarbiasa, tidak bermusuhan dan tidaklah baik sangat. Kadang-kadang adakalanya juga salah faham dalam hal-hal yang kecil namun ikatan tali persaudaraan meleraikan kekalutan yang melanda.
Sebenarnya bukan keluarga Pakcik Fahmi yang menjadi tumpuan Ferdi. Ianya hanya mengingatkan Ferdi kepada seseorang di dalam ahli keluaga itu. Umpama tergamam melihat kandang singa. Bukan kandang yang ditakutkan tapi singa yang ada di dalamnya. Namun yang dimaksudkan bukanlah singa atau sesuatu yang menakutkan. Ianya adalah mahluk ciptaan tuhan yang indahnya setengah darjat kurang dari bidadari. Mungkin kurang lagi, atau mungkin juga jelmaan bidadari. Pendapat lelaki tentang wanita berbeza-beza. Cantik bagaimanapun seorang wanita itu masih ada lelaki yang mempertikaikannya. Begitu juga sebaliknya. Buruk bagaimanapun rupa seorang wanita itu masih ada lelaki yang mengkategorikannya sebagai wanita cantik. Begitulah tanggapan Ferdi kepada anak perempuan bongsu Pakcik Fahmi. Walaupun tidak setinggi Heidi Klum atau Sushmita Sen tetapi masih boleh bersaing jika membandingkan tingginya dengan Erra Fazira ataupun Aishah Sinclair.
Bagi Ferdi, kecantikan gadis yang dimaksudkan itu tidak ubah bagaikan kemuncak keanggunan mutakhir seorang wanita. Fakta itu juga dipersetujui oleh ramai lagi belia kampung Paya Hilir dalam mesyuarat tidak rasmi di simpang-simpang jalan pada malam hari. Malah ada juga beliawanis kampung yang mencemburui kejelitaan anak gadis Pakcik Fahmi itu. Ini kerana gadis itu bukan sahaja memiliki wajah yang mereka idam-idamkan malah otaknya boleh dibuat batu geliga.
Teruna mana yang tak terpikat dan gadis mana yang tak iri hati apabila dia menjadi anak jati pertama kampung itu yang terpilih menjadi wakil pelajar sekolah menengah negeri Selangor ke parlimen pada usia 16 tahun tiga tahun lepas. Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana kebijaksanaannya membentangkan usul tentang gejala semasa sosial remaja dan nahas jalan raya yang dirangkanya sendiri ditambah pakej luaran yang bersesuaian dengan kehendak media massa zaman ini, wajahnya  menjadi buruan lensa kamera wartawan media cetak untuk menghiasi akhbar dan majalah dan tak kurang juga yang menyiarkan cerita tentang dirinya. Pernah juga dia ke udara di kaca televisyen dan corong radio beberapa kali.
Apa yang menjadi kebanggaan keluarga dan kampungnya bukanlah populariti yang dia kecapi, tetapi usulnya di parlimen telah digunapakai bagi mengurangkan masalah sosial remaja dan nahas jalan raya. Cadangannya supaya setiap kenderaan dipasang alat pengesan jarak yang membolehkan kelajuan kenderaan itu dikurangkan secara automatik apabila mencapai sesuatu jarak dengan kenderaan dihadapannya dalam kelajuan tertentu, telah di teliti oleh sebuah syarikat elektronik dan mempelawa gadis itu turut serta  membuat penyelidikan tentangnya. Tiga bulan selepas itu muncullah satu alat yang dipanggil “Automatic Speed Decreasing by Sensor” (ASDS) atau Sensor Pengurang Kelajuan Automatik yang wajib dipasang pada setiap kenderaan.
Kempen “mengangkat tangan di jalan raya” bagi memupuk rasa hormat dan menghargai pengguna jalan raya lain juga telah dijalankan oleh kerajaan dan hasilnya setelah tiga tahun, Malaysia telah mencapai kadar penurunan statistik kemalangan maut yang tertinggi di dunia pada tahun ini dengan penurunan sebanyak 45 peratus.
Begitu juga dengan gejala sosial remaja yang menampakkan penurunan kes juvana setelah kerajaan meluluskan satu undang-undang mengenakan hukuman denda kepada ibu bapa yang anaknya didapati terbabit dalam kes juvana. Walaupun mendapat tentangan oleh beberapa pihak termasuk di kalangan ibu bapa sendiri dengan alasan kesalahan anak-anak jagaan mereka bukan tanggungjawab mereka semata-mata, undang-undang itu diteruskan setelah parlimen berpuas hati dengan cadangan susulan gadis pintar itu supaya denda yang dikenakan mengikut tahap kekerapan remaja itu melakukan kesalahan. Utuk kesalahan pertama mungkin lebih rendah daripada kesalahan kedua dan ketiga. Ini sekaligus dapat menggalakkan ibu bapa mengawal dan memantau pergerakan anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan banyak memberi nasihat serta peringatan kepada anak mereka.
Bagi kesalahan kes rogol pula, gadis itu meminta supaya pihak berwajib menyiasat dengan teliti samada ianya benar-benar kes rogol atau menyerahkan kehormatan dengan rela hati. Kerana kebanyakan gadis remaja dengan rela hati menyerahkan kehormatan mereka kepada pasangannya dan membuat laporan polis selepas itu setelah diperkosa beramai-ramai oleh rakan pasangannya. Ini bermakna kesalahan tidak terletak pada pasangannya sahaja. Ada juga antara mereka yang membuat laporan polis setelah pasangannya enggan bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan terhadap dirinya. Sebagai seorang gadis mereka harus menjaga kehormatan diri dari sesiapa sahaja termasuk teman lelaki sendiri.
Maka tidak adil jika hanya sebelah pihak sahaja yang dipersalahkan jika terjadi hal sebegitu.
Usul denda yang dipraktikkan itu masih lagi mendapat reaksi pelbagai pihak walaupun ianya ternyata berkesan mengurangkan  kes juvana ke tahap yang memberangsangkan pada ketika ini.
Mungkin kerana pihak yang mengkritik itu telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar denda atas kesalahan anak remaja mereka. Dari situlah sepatutnya Ibu bapa mencari jalan bagaimana mendisiplinkan anak-anak mereka yang tidak mengerti bahasa itu.
Itu hanya sebahagian usul-usulnya yang diterima pakai kerajaan. Ada banyak lagi yang diketengahkan dan sebahagiannya sedang dikaji untuk hasil yang lebih baik dan berkesan untuk rakyat negara ini.
Selama satu tahun, bermula September 2006 hingga Ogos 2007 Wajahnya terpampang dimana-mana sekitar tanahair.
Kenapa?
Dia pernah menjadi duta pemasaran sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia!
Tak kurang juga syarikat gergasi yang melamar dia untuk tujuan yang sama. Yelah…. Dah popular kan. Tetapi gadis berkelahiran kota metropolitan Kuala Lumpur yang berpindah ke kampung sejak berumur satu tahun ini tidak mudah tenggelam dalam arus glamornya itu.
Setelah tamat kontrak bersama syarikat telekomunikasi, dia tidak menerima satupun tawaran yang diberikan kepadanya. Menjalankan hidup sebagai gadis kampung seperti dulu lebih memberi kepuasan kepada dirinya. Dia lebih suka menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dikampungnya. Lagipun dia masih lagi belajar di tingkatan lima pada ketika itu. Pelajaran lebih penting katanya.
Dia juga dilantik sebagai Naib Setiausaha kehormat JKKK Kampung Paya Hilir di samping beberapa jawatan lain seperti Naib Ketua Puteri UMNO dan AJK penerangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Walaupun menyedari dia masih lagi bersekolah, penduduk Kampung Paya Hilir yakin dengan kebolehan gadis itu memikul tanggungjawab berdasarkan sumbangannya di parlimen. Lagipun siapa tak kenal dirinya yang dah pernah bergelar duta.
Pendapatan hasil dari dunia glamornya dulu digunakan untuk memperbaiki dan memperbesarkan rumah keluarganya yang dulu hanyalah berukuran 20 x 35 kaki sahaja. Kini terdirilah sebuah rumah yang lebih selesa berbading dulu. Tidak berapa besar tetapi cukup menampung sembilan anak beranak keluarga Pakcik Fahmi.
Walaupun sudah agak dimudahkan hidup oleh anak-anak, Pakcik Fahmi masih lagi bekerja sedangkan dia sendiri sudah bergelar kotraktor setelah anak bongsunya melaburkan sebahagian dari wangnya bagi beliau memulakan perniagaan. Sebahagiannya lagi dilabur ke Amanah Saham Wanita atas nama ibunya, Makcik Fadhilah.
Bukan tidak diberi nasihat oleh anak-anak, tapi Pakcik Fahmi tetap mahu bekerja. Badan masih sihat katanya. Kalau dah tak larat nanti berentilah. Apa susah.
Januari 2009 genaplah 19 tahun umur Noor Aziah Md. Fahmi. Tak sampai setahun dia berada di UTM mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi dirinya ditawarkan melanjut pelajaran ke Universiti of Missouri  selama 5 tahun di Amerika Syarikat dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Barisan Nasional yang memegang tampuk pemerintahan pada ketika ini dengan syarat dia sanggup mengambil jurusan sains politik kerana dia dikesan berpotensi dalam bidang itu.
Maka terpaksalah Noor meninggalkan bidang yang diminatinya dan bertolak ke Amerika Syarikat kerana dia menganggap ini adalah penghargaan dari kerajaan kepada dirinya dan dari situ dia dapat rasakan yang dia akan memikul tanggungjawab dan amanah terhadap rakyat pada masa akan datang.
Sudah seminggu pemergian Noor…Ini bermakna sudah tujuh kali Ferdi mengelamun setiap petang sambil menghadap rumah Noor dari beranda atas rumahnya. Memang sukar dipercayai jika orang yang disayang semakin jauh dari pandangan mata. Sebelum ni tak kisah sangat. UTM Skudai, bukan jauh mana pun berbanding Missouri di Amerika sana. Jika di UTM, cuti perayaan Noor balik kampung. Cuti semester pun boleh lagi berjumpa lepaskan rindu. Kalau dah teramat rindu, boleh lagi Ferdi  naik bas ekspres ke Skudai. Apa yang boleh dilakukan sekarang hanya menghantar E-mail dan telefon sekali sekala. Kerap sangat pun tak boleh. Tahulah bil dia macamana.
Bagi Ferdi tiada yang dapat mengubat rindu hatinya selain menatap wajah ayu dan senyuman manis milik gadis bernama Noor. Gadis yang pernah menjadi ikon remaja satu ketika dahulu dan masih ada yang meminatinya hingga kini dek kebijaksanaan dan kecantikan asli kurniaan yang maha esa.
Umur bukan penghalang baginya untuk mendapatkan cinta Noor. Lapan tahun bukanlah jauh sangat berbanding umur pasangan Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza. Dalam usia 26 tahun masih belum terlambat bagi Ferdi. Dia sanggup menuggu walaupun sehingga umurnya hampir mencecah umur Datuk K.
Ferdi mengenali Noor sejak Noor berumur 10 tahun lagi. Ketika itu Ferdi baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM dan berpindah dari Perling,Johor Bharu ke Kampung Paya Hilir.Ferdi dikenalkan kepada Pakcik Fahmi iaitu abang kepada ibu Ferdi. Ferdi tak pernah bertemu dengan pakciknya itu semenjak Ferdi berumur 6 tahun kerana mereka tinggal berjauhan sehinggalah kehari dimana Ferdi sekeluarga berpindah ke Kampung Paya Hilir, Sungai Buloh.
“Manisnya budak ni.” Hati Ferdi berbisik sejurus ternampak seorang budak perempuan comel sedang bermain getah bersama rakan-rakannya dihalaman sebuah rumah kecil yang dia belum tahu itu adalah rumah pakciknya.
Budak perempuan itu tersengih memandang Ferdi. Lalu Ferdi mendekati budak itu.
“Hai…main apa tu?”
“Apasal tanya? Nak main sekali ke?”Jawab budak itu sambil memalingkan mukanya kembali kearah sebelumnya.
“Tak, Abang Tanya je. Sebenarnya Abang cari rumah Pakcik Fahmi. Adik Tahu rumah dia kat mana?”Tanya Ferdi lagi.
Muka budak itu berubah seperti dalam keadaan terkejut. Matanya membesar dan mulutnya agak ternganga sedikit. Lantas dia melepaskan getah yang ada di tangannya dan berlari kearah rumah berdekatan mereka bermain meninggalkan rakan-rakannya dalam keadaan kebingungan.
“Abah.! Abah..! Abang Ferdi Datang….. Jerit budak itu sambil berlari ke pintu rumahnya.
Ferdi terkejut mendengar budak itu menyebut namanya. Rupa-rupanya itulah adik penakannya. Mesti Ayah budak itu sudah memberitahu yang Ferdi akan datang petang ini.
Seorang lelaki separuh umur dan beruban lebat muncul di pintu rumah. Budak tadi terus mendakap Ayahnya.
“Ferdi ke?”Sambil menuding ibu jarinya ke arah Ferdi.
“Ya Pakcik.”Ferdi yang tadinya berdiri di halaman bergegas ke pintu rumah mendapatkan Pakciknya.
“Dah besar rupanya kamu. Maklumlah, dan 12 tahun tak jumpa.Mana Ayah kamu?” sambil menghulur tangan kearah Ferdi.
“Ke rumah Ketua Kampung nak memaklumkan perpindahan kami ke sini. Kejap lagi sampailah.” Ferdi mencium tangan pakciknya.
“Yang comel loteh ni siapa Pakcik?” Sambung Ferdi.
“Inilah sepupu kamu yang paling bongsu. Noor Aziah namanya.Noor, salam abang Ferdi.”Lalu budak itu menghulurkan salam dan mencium tangan Ferdi.
“Pandainya dia.” Puji Ferdi.
“Meh la masuk ke rumah pakcik yang tak seberapa ni.” Pelawa Pakcik Fahmi.
“Yah, Noor pergi dulu ya.”Noor meminta izin ayahnya untuk bermain semula.
“Jangan main jauh-jauh. Kejap lagi makcik Yah sampai. Kata nak jumpa dia orang.” Pesan Ayahnya.
“Hai… Noor ni kalau bermain nombor satu. Belajar bukan main malas. Sampai berbuih mulut Pakcik dan Makcik kamu ni.Nasib baik dia ni cerdik sikit. Alhamdulillah Kalau periksa tak pernah dapat tempat ketiga keatas. Kalau tak satu, dua. Dapat nombor dua pun baru sekali pasal tak datang masa periksa baru-baru ni gara-gara demam. Sampai Pakcik pun dapat pujian cikgu kelas dia. Kalau cikgu dia tahulah perangai Noor kat rumah macamana, mesti dia tarik balik pujian dia pada Pakcik.”celoteh Pakcik Fahmi tentang anak bongsunya itu.
Sejak itu Ferdi mula tertarik dengan kepintaran sepupunya itu berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pakciknya. Perasaan Ingin tahu Ferdi terhadap insan-insan yang dikurniakan akal yang pintar bukannya baru. Semasa di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Ferdi suka berkawan dan bergaul dengan pelajar-pelajar pintar walaupun pelajar yang lebih muda daripadanya.
Ferdi ingin menjadi seperti mereka. Walaupun akal tidak setanding dengan mereka yang pintar, sekurang-kurangnya dapat memanfaatkan persahabatan dalam hal-hal berkaitan pelajaran dan ilmu pengetahuan serta dapat mempelajari cara mereka menyelesaikan masalah. Biasanya orang seperti ini menyelesaikan masalah dengan berfikir secara sistematik, efektif, dan dinamik. Itulah kelebihannya jika bijak memilih kawan. Bukan tak boleh berkawan dengan semua orang. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja yang kita suka. Tetapi jangan lupa, bersiap sedia dengan “anti-body” yang sesuai bagi menghalang jangkitan tabiat atau perangai buruk mereka. Jangkitkanlah kebaikan yang ada pada kita kepada kawan kita dan benarkan virus-virus kebaikan yang ada pada mereka supaya menjangkiti kita.
“Mana yang lain Pakcik?Makcik….Anak-anak Pakcik yang lain. ” Tanya Ferdi sambil memandang ke kiri dan kanan takut-takut ada lagi orang di rumah itu yang perlu disalamnya.
“Ooo…Makcik kamu ke rumah Abang Suhaidi kamu di sebelah surau sana. Malam ni ada kenduri cukur jambul  di rumah sepupu kamu tu. Ha… kebetulan kau orang pindah hari ni, terus dapat makan free.” Seloroh Pakcik Fahmi dan bahu Ferdi menjadi mangsa tepukan manja tangan Pakcik Fahmi.
“Insyaallah kami datang sekeluarga….Hmm… Maknanya anak-anak Pakcik yang lain semuanya di rumah Abang Suhaidilah ni?”Ferdi meneka.
“Dari Pagi tadi….Pakcik balik ni pun nak jemput anak Pakcik yang seorang lagi tu dari kelas tambahan di rumah cikgunya di kampung sebelah. Husin namanya.”Jelas Pakcik Fahmi sambil mendapatkan kunci motosikal yang berada diatas meja. “Kamu duduklah kejap sementara Pakcik keluar ya. Buatlah macam rumah sendiri.”Sambung Pakcik Fahmi seraya bingkas dari kerusi.
“Baiklah Pakcik.”Ferdi menjawab dengan senyuman.
Pakcik Fahmi bergegas keluar dan menuju ke arah anak bongsunya yang sedang asyik bermain sambil berkata sesuatu.Barulah dia mendapatkan motosikal “EX5 Class”nya di tepi rumah dan meluru ke jalan raya.
Ferdi bingkas dari tempat duduknya dan meninjau ke segenap ruang tamu. Di satu sudut terdapat gambar keluarga dan dikelilingi gambar-gambar individu. Ada sembilan bingkai semuanya. “Pasti ini gambar si Noor.” Bisik hati ferdi sambil membongkokkan badan melihat sekeping gambar seorang budak sedang menjulang piala berlatarbelakangkan pentas yang biasa dilihatnya. “Macam pernah aku lihat tempat ini…Tapi dimana ya?”
“Big Quiz for little kid..TV5.”Satu suara halus memecah kesunyian.
Mendengar suara halus itu baru Ferdi teringat satu rancangan kuiz pengetahuan am untuk kanak-kanak berusia hingga 12 tahun terbitan sebuah stesen TV yang mana dua tahun lepas peserta termuda berusia lapan tahun menjadi juara di peringkat akhir mengalahkan dua lagi peserta yang berumur 11 dan 12 tahun..
“Oh my god…! It was you….” Ferdi berpaling kerana dia tahu siapa empunya suara itu. Ferdi seakan tak percaya pemenang rancangan kuiz itu adalah adik sepupunya sendiri. Dia pernah berharap untuk mendapatkan adik yang bijak dan pandai seperti pemenang kuiz itu. Kini dia tak perlu impikannya lagi kerana sibijak pandai itu adalah adik sepupu sendiri!
“La..Ingatkan siapa. Noor rupanya.” Ferdi meluahkan rasa terkejutnya.
“Ayah suruh Noor buat air untuk abang. Noor datang ni nak tanya Abang nak minum apa?”Noor fikir Ferdi terkejut mendengar suaranya dibelakang Ferdi.
Padahal Ferdi tidak menyangka Noor juara muda rancangan kuiz kanak-kanak paling popular di kaca TV. Ferdi ketawa kecil sambil memandang kearah lain kerana geli hati.
Betul ke Noor ni pandai bancuh air? Umur sepuluh tahun ni….Jerang air pun belum tentu pandai. Pakcik Fahmi ni buat hal betul. Budak darjah 4 dia suruh bancuh air untuk tetamu. Macam ala kadar je sambut aku.Ah! Order je lah.
“Dik…Bagi abang Fresh orange kurang manis satu. Makan…..Nasi goreng pattaya ye…” Ferdi berlagak seperti orang memesan makanan di restoran Tom yam seafood.
“Ada apa-apa lagi Bang?”Noor pula berlagak seperti pelayan restoran.
“Tu saja…” Balas Ferdi.
“Ok…” Noor membalas dengan senyuman dan berlalu meninggalkan Ferdi menuju ke dapur.
“Eh tunggu!Tunggu! Acah je…Bagi abang Air sirap dah la.” Ferdi mengakhiri lakonannya. Namun Noor tidak menoleh kebelakang.Dia meneruskan langkah ke dapur seperti orang merajuk. “Aduh….merajuk pulak dah. Menyesal aku main-mainkan dia tadi.kemana dia nak pergi tu? Keluar ikut pintu dapur ke?” Ferdi kembali duduk di kusyen dan memikirkan apa yang harus dilakukan. Biasanya budak-budak dipujuk saja sudah cukup. Belikan gula-gula atau makanan ringan sebagai penebus kesalahan, habis cerita. Tetapi macamana kalau lepas ni dia tak suka pada Ferdi? Alamak! Itulah yang Ferdi risaukan sebenarnya. Sedang Ferdi berada dalam kerisauan itu,tiba-tiba dia terdengar bunyi orang sedang mengisar sesuatu menggunakan blender didapur. Ada orang lagi selain Noor di rumah rupanya ketika ini. Makcik Fadhilah agaknya. Eh! Tak mungkin. Pakcik Fahmi sendiri beritahu Ferdi yang isterinya berada di rumah Anaknya yang bernama Suhaidi. Mungkin Makcik Fadhilah balik ikut pintu belakang. Ataupun jiran sebelah pinjam bleder tak minta izin. Di kampung kan jiran ni macam keluarga sendiri. Susah senang di kongsi bersama. Tak macam dibandar, susah tanggung sendiri, senang dikongsi bersama. Tak semua lah…. Segelintir saja.Tapi kalau ya pun pinjam barang, bersuaralah sikit barulah pakai barang tu. Dapat kebenaran atau tidak, lepas pakai baru cerita.
“Daripada aku fikir yang bukan-bukan, elok aku tengok TV. Teater Bintang Lagenda pun dah mula.” Ferdi mencapai alat kawalan jauh dan membuka siaran TV. Musang Berjanggut lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ferdi dan keluarganya adalah peminat nombor satu beliau. Boleh dikatakan setiap petang hujung minggu Ferdi dan kedua ibu bapanya akan tercongok didepan TV lima belas minit sebelum rancangan itu bermula. Rasanya bukan mereka sekeluarga saja yang kemaruk dengan filem lakonan Beliau. Allahyarham milik rakyat negara ini. Setiap lakonannya memberi kesan kepada sesiapa yang menonton.Hampir semua watak pernah dimainkan bermula dari bangsawan, bujang terlajak, penarik beca,tukang masak dan banyak lagi. Gelaran penghibur sepanjang zaman memang pantas diberikan kepada dirinya yang tiada pengganti itu.
Bercakap tentang tukang masak, terdengar pula bunyi kuali lima minit selepas bunyi blender. Ferdi semakin ingin tahu siapa sebenarnya yang berada didapur ketika ini. “Kali ini puas hati aku.” Ferdi bingkas dari kusyen dan menuju ke dapur meninggalkan rancangan yang paling diminatinya itu buat seketika.
Sebelum Ferdi sempat tiba di pintu dapur, Alangkah terkejutnya Ferdi melihat Noor membawa fresh orange yang dipesannya sebentar tadi. Noor tersenyum lebar melihat Ferdi yang dalam keadaan bingung.
“Tandas kat belakang. Jalan terus sebelah kiri. Yang kanan tu tandas tukang masak. Tak boleh masuk. Nasi goreng kejap lagi saya hantar ya bang.” Betapa malunya Ferdi mendengar kata-kata usikan dari Noor. Noor terus berjalan membawa minuman yang dipesan oleh Ferdi ke meja di depan TV dan menuju ke dapur semula.
Ferdi hanya memandang gelagat Noor. Baru darjah empat dah pandai kenakan orang. Nasib baik comel.Tak jadi Ferdi nak marah. Apapun dia mesti rasa fresh orange yang dipesannya itu.
Fresh orange kurang manis. Itulah minumannya yang selalu dipesan di gerai makan. Ferdi pun menghirup sedikit fresh orange itu. Memang sama seperti yang dipesannya di kedai makan. Kurang Manis pulak tu. Pertama kali Ferdi minum fresh orange buatan manusia yang baru berumur 10 tahun dan antara yang tepat dengan selera lidahnya. Bagaikan tak percaya tetapi itulah hakikatnya. Ferdi mula yakin dengan kebolehan sepupunya itu.
Kejutan bukan setakat itu sahaja apabila Noor kembali ke ruang tamu membawa menu selanjutnya untuk Ferdi iaitu Nasi goreng Pattaya. Hampir juga sama lazatnya seperti makan di luar.
“Dari mana Noor belajar masak ni. Sedaplah..” Ferdi bertanya sambil mengunyah nasi yang penuh di dalam mulutnya.
“Tak dari siapa-siapa…Tengok Pak Tam masak kat warung dia.” Jawab Noor yang berada di depannya.
“Pak Tam tak ajar Noor ke?”
“Tak. Noor selalu main dengan anak dia kat sana. Noor tengoklah cara dia masak. Lagipun mak selalu goreng nasi kat dapur. Noor tolonglah..”Noor menjawab.
“Apa lagi Noor boleh masak?” Tanya Ferdi lagi.
“Masak air dan mi dalam cawan.” Noor tergelak.
“Habis tu kalau Abang pesan makanan lain tadi macamana?” Ferdi terhenti mengunyah.
“Noor cakap tak jual lah…..” Kali ini mereka sama-sama tergelak dan kelihatannya Noor sudah membiasakan diri dengan Ferdi. Ferdi pula kelihatan seronok bersama sepupunya itu. Semenjak hari itu Ferdi semakin rapat dengan Noor.Bukan sebagai pasangan kekasih, tetapi sebagai adik dan abang. Pakcik Fahmi dan Makcik Fadhilah pun tak kisah kerana umur Ferdi dan Noor jauh berbeza dan mereka anggap kasih sayang yang Ferdi tunjukkan itu adalah kasih sayang seorang abang kepada seorang adik.
Boleh dikatakan setiap malam Ferdi bertandang ke rumah Noor dengan niat membantu Noor menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. Sebelum ini jarang-jarang Noor belajar malam. Kalau ada kerja rumah baru dia buat. Lepas tu pergi depan TV. Setelah Ferdi memberi nasihat kepada Noor tentang pentingnya mengulangkaji pelajaran, Barulah Noor mengisi malamnya dengan mentelaah buku sekolah. Itupun kalau ada Ferdi. Kalau tiada, Noor akan pergi menonton TV. Pakcik Fahmi pernah memberitahu Ferdi supaya memberi nasihat yang berguna kepada anak –anaknya terutama Noor. Tak semestinya orang pintar boleh bermalas-malas atas sebab kebolehannya. Malah sepatutnya mereka perlu bekerja keras untuk menyaingi kebolehan orang yang tidak dapat diduga kepintarannya. Perlu diingat kepada orang yang merasa dirinya pintar dan hebat bahawasanya di atas bumi masih ada langit.
Lagipun Pakcik Fahmi risau Noor akan terbawa-bawa perangai malasnya sampai ke tua. Sesetengah ibu bapa tak kisah mempunyai anak cerdik yang malas. Mereka tak sedar yang mereka sedang menuai benih yang rosak dalam diri anak mereka.Kehadiran Ferdi membawa sinar harapan kepada Pakcik Fahmi untuk mengubah sikap anak bongsunya itu. Tak tahulah mengapa setelah kedatangan Ferdi baru Noor mahu belajar. Sebelum ni bukan tak pernah diberi nasihat. Ketiga-tiga abang kandungnya sampai berbuih mulut. Belum campur buih mulut makcik Fadhilah lagi. Entah berapa banyak buih mulut keluarga Pakcik Fahmi yang dibazirkan untuk mengubah Noor. Tapi sekarang, tak sempat mulut Ferdi berbuih, Noor menunjukkan perubahan.
Adakah ini petanda Noor sudah pandai bermain dengan perasaan? Sudah bermulakah cinta monyet yang pertama dalam hidupnya? Ya. Sebelum ini Noor belum pernah dilayan begini istimewa oleh orang selain keluarganya. Ferdilah orang pertama yang begitu mengambil berat dan menyayangi dirinya. Memang berbeza kasih sayang dari orang luar jika dibandingkan keluarga sendiri. Ianya boleh membawa kita ke satu dimensi yang indah apabila kita mengingati insan itu. Dunia bagaikan milik berdua. Di akhirat tetap ingin bersama. Setiap ruang kosong dihati dipenuhi namanya. Setiap lamunan diganggu senyumannya. Segala yang jelek tak terfikir tentangnya. Semuanya baik-baik belaka. Begitulah maha ampuhnya cinta. Tak mengenal sempadan usia. Tak mengenal musuh dan saudara.
Noor berubah kerana dia ada perasaan pada Ferdi. Sedangkan Ferdi hanya menganggapnya sebagai adik kandungnya sendiri. Ferdi sedar potensi yang dimiliki oleh Noor. Dia ingin menggilap potensi semulajadi itu dari awal dengan harapan ianya boleh diterjemahkan dalam bentuk sumbangan kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara bahkan untuk dunia.
Ferdi sedang mencari apakah kebolehan Noor sebenarnya. Cerdik dan pintar sahaja tidak memadai sekiranya tiada kebolehan semulajadi yang menjadi  landasan bagi mengetengahkan kepintaran dan kecerdikan seseorang. Pernah Ferdi bertanya kepada Noor tentang cita-cita. Noor ingin jadi jurutera. Ferdi menjelaskan pada Noor yang Noor boleh jadi lebih hebat dari itu. Peguam? Lebih hebat lagi… Doktor? Lebih lagi…Pensyarah? Lebih lagi…Fikirkanlah sesuatu yang lebih hebat dari itu. Apabila ditanya oleh Noor apakah bidang kerja yang dimaksudkan, Ferdi sendiri pun tiada jawapan. Tetapi yang pasti ianya lebih hebat dan menjadi kebanggaan kepada keluarga dan masyarakat.
Begitulah tingginya harapan Ferdi kepada adik sepupunya itu. Dia tidak mahu orang memandang Noor sebagai insan biasa dikemudian hari. Setiap orang berhak menjadi insan luar biasa. Tetapi mereka yang memiliki pemikiran luar biasa, wajib menjadi insan luar biasa. Mereka wajib berbakti. Wajib berkorban dan bersedia menghambakan diri kepada masalah duniawi dan ukhrawi. Tuhan mengurniakan kebijaksanaan kepada mereka lebih dari insan lain. Mereka fikir untuk apa kurniaan itu? Untuk kesenangan individu? Untuk menjatuhkan orang lain? Atau untuk menjadi perhiasan diri agar disanjung atau dikagumi dunia? Mungkin juga sebagai barangan antik yang terperap dalam kepala mereka dan akhirnya hilang dimamah cacing tanah bersama jasad di liang lahad.
Sedangkan pemberian manusia yang tidak dihargai kepada manusia lain boleh menimbulkan rasa marah dan benci . Inikan pula pemberian Sang Pencipta kepada hambanya. Apalagi jika pemberian itu melebihi dari insan yang lain.
Begitulah sebahagian dari nasihat dan pesanan Ferdi kepada Noor sepanjang tiga tahun perkenalan mereka. Banyak perubahan berlaku pada Noor sehingga dia berumur 12 tahun. Kini dia seorang murid pintar yang rajin dan kurang bermain.Pencapaian ko kurikulum dan akademik di sekolah amat memberangsangkan. Menjadi ketua kelas selama tiga tahun berturut-turut dan ketua murid atas tawarannya sendiri. Mendapat Anugerah pelajar cemerlang sekolahnya tiga tahun berturut-turut. Pelajar terbaik UPSR peringkat kebangsaan. Johan Pidato Kebangsaan bawah 12 tahun. Mewakili negeri dalam pasukan debat sekolah.
Apa yang paling mengharukan ialah Noor Aziah binti Fahmi telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Sepanjang Zaman.Penghargaan tertinggi yang pertama dan terakhir dikurniakan kepada seorang murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong berdasarkan pencapaiannya dalam semua bidang yang dipersetujui oleh pihak sekolah sebagai sesuatu yang luar biasa.
Antara petikan ucapan Guru Besar semasa penyampaian anugerah itu di majlis perpisahan sekolah tahun 2002,
“Diharapkan selepas ini lebih ramai murid-murid dari sekolah kita yang dapat mengharumkan nama sekolah. Jadikanlah Noor Aziah sebagai lilin yang membakar semangat kamu semua. Kamu boleh menjadi seperti Noor Aziah tetapi tidak boleh menjadi persis seperti Dia. Noor Aziah tetap Noor Aziah….” Begitu sekali penghargaan sekolah terhadapnya. Nama Noor Aziah akan terpahat di lembaran sejarah kegemilangan sekolahnya.
Ferdi yang duduk di penjuru dewan tersenyum bangga mendengar kata-kata Guru Besar sekolah Noor.
“Ianya baru saja bermula. Mulai saat ini aku yakin satu hari nanti, Perdana Menteri pun akan mengungkapkan kata-kata seperti itu.” Bisik hati Ferdi sambil merenung Noor yang berada kerusi hadapan.Seperti mendengar bisikan hati Ferdi, Noor berpaling ke belakang dan memandang ke arah Ferdi dengan penuh kasih saying. walhal dia tak pernah mengungkapkan kata cinta kepada abang sepupunya itu yang hingga kini tidak sedar dirinya dicintai dibelakang tabir.
“Noor tak nak tinggalkan Abang.”
“Apa Noor cakap ni? Noor bukan tinggalkan Abang. Noor Cuma jauh sikit dari Abang. Noor kan nak pergi belajar. Abang pun tak kemana-mana. Kat sini je.”
“Tapi Abang takde bersama Noor. Noor nak Abang dekat dengan Noor. Kalau Abang takde, siapa nak bagi Noor semangat? Apa yang Noor dapat dulu semuanya kerana dorongan Abang.”
Berat hati Noor untuk meninggalkan Ferdi. Tawaran bersekolah di sekolah berasrama penuh boleh dikatakan terpaksa diterimanya setelah Noor memandang wajah ibubapanya yang penuh dengan harapan. Bagaimana dia mampu meninggalkan abang sepupunya itu setelah tiga tahun bersama. Bukan setakat bersama, malah segala kejayaan yang dicapainya dahulu bertitik tolak dari nasihat pertama Ferdi tak berapa lama selepas mereka bertemu pertama kali. Bermula dari perasaan hormat bertukar menjadi perasaan sayang dan akhirnya Noor berubah demi insan yang bernama Ferdi. Dalam erti kata lain, Noor melakukannya untuk mendapatkan hati Ferdi. Sebab itulah dia menurut semua nasihat yang Ferdi berikan kepadanya.
Suasana malam itu muram antara Noor dan Ferdi. Nyanyian cengkerik disekeliling halaman rumah Pakcik Fahmi tidak dapat menceriakan suasana itu. Semua penghuni rumah sudah berada di dalam kerana jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Hanya tinggal mereka berdua duduk di beranda rumah yang dipenuhi dengan pokok bunga disekelilingnya. Masing-masing merenung jauh ke arah yang berlainan. Mereka hanya ada sedikit masa sahaja sebelum seorang daripada mereka pergi meninggalkan kampung ini pada keesokan paginya.
Walaupun Ferdi gembira atas tawaran yang diterima oleh adik sepupunya itu, dia tidak boleh lari dari perasaan sedih dan sayu membiarkan adik kesayangannya itu berjauhan daripadanya.
Namun begitu, dia redha dan ikhlas menerima hakikat yang dia akan merindui kenangan lalu yang ditempuhinya bersama Noor. Lagipun ianya untuk kebaikan masa depan Noor. Insan cerdik seperti Noor memang pantas mendapat yang terbaik. Cita-citanya melihat Noor menjadi insan luar biasa mesti ditunaikan.
Noor pula terperangkap antara dua kemahuan hatinya. Mengejar cita-cita dan tak mahu berpisah dengan Ferdi yang disayanginya. Kalau boleh dia mahu kedua-duanya sekali. Tapi hakikatnya, satu darinya terpaksa dikorbankan. Kalau dikorbankan cita-citanya, maka hancurlah harapan keluarga dan masyarakat setempat untuk melihat anak kampung Paya Hilir pertama bersekolah di sekolah berasrama penuh. Banyak hati yang akan kecewa terutama hati ibubapanya.
Kalau dia memilih untuk berpisah dengan Ferdi bagi mengejar cita-cita, hanya satu hati sahaja yang akan kecewa.Iaitu hatinya sendiri. Sanggupkah dia mengecewakan hatinya sendiri demi menjaga hati dan perasaan ibubapanya serta beratus-ratus hati lagi dikampung itu? Kenapa situasi begini terjadi dalam hidupnya. Bagi kebanyakan orang, konflik ini taklah serumit mana.Seumpama mereka tahu masalah ini, mereka pasti menasihatkan Noor supaya berangkat ke asrama dan melupakan seketika tentang Ferdi demi mengejar cita-citanya. Usia semuda Noor tak layak untuk bercinta. Fikirkanlah masa depan dan harapan mereka yang benar-benar berharap. Tentang jodoh tak akan menjadi masalah kepada Noor jika dilihat dari paras rupanya. Walaupun masih berumur 13 tahun, wajah dewasa Noor sudah boleh dibaca keayuannya. Ditambah lagi kepintaran ala Einstein semakin membuat ibubapa sang teruna tak senang duduk.
Cakap memang senang. Masalah orang lain hanya boleh dikongsi melalui kata-kata dan Tidak boleh dialami bersama. Perasaan individu tak boleh ditiru. Ianya hanya boleh dirasai oleh individu itu sendiri. Hanya Noor sahaja tahu betapa Ferdi begitu beerti dalam hidupnya. Hanya Noor sahaja yang tahu betapa siksanya hidup tanpa Ferdi walau sehari. Betapa sunyinya hati tak mendengar suara Ferdi walau sesaat. Kita tak tahu semua itu. Apa yang boleh dilakukan hanyalah memberi nasihat dan semangat kepadanya, bukan memaksa atau mengata andai Noor membatalkan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
“Noor kena pergi jugak…”Ferdi bersuara memecah kesunyian.
“Noor tahu Noor kena pergi. Tapi… Noor tak boleh tinggalkan Abang….” Suara Noor terketar-ketar menahan sebak.
“Cuba bagitau Abang kenapa Noor tak boleh tinggalkan Abang?” Ferdi mula memandang ke arah Noor yang sedang duduk di sofa ‘2 seater’ bersebelahannya.
“Noor sayangkan Abang. Abanglah tempat Noor bermanja. Tempat Noor mengadu, dan tempat Noor mendapat banyak ilmu serta nasihat. Lepas ni tak dapat Noor dengar Abang nyanyi lagu ‘Heart’. Nak cubit pipi pun dah tak boleh.” Noor masih lagi tak menoleh ke arah Ferdi.
“Noor…”Ferdi bangun dari kerusi yang didudukinya dan melabuhkan punggungnya ke sofa yang diduduki Noor sambil memegang lembut bahu adik sepupunya itu.
“Abang pun sayangkan Noor…. Abang dah anggap Noor adik kandung Abang sendiri. Abang kan dah tak ada adik. Noor lah pengubat kerinduan Abang pada arwah adik abang… Muka Noor manis… macam dia. Lagipun Noor ni budak pandai. Abang teringin adik macam Noor dan alhamdulillah, keinginan Abang ditunaikan oleh Allah walaupun Noor bukan adik kandung sendiri.”
Tersentak Noor mendengar kata-kata Ferdi. Baru kali ini dia memandang Ferdi dengan kening yang berkerut. Baru Noor tahu apa perasaan Ferdi pada dia selama ini. Mereka tak pernah meluahkan perasaan masing-masing. Dalam usia Noor yang masih dikategorikan sebagai kanak-kanak, memang tak hairanlah jika Noor malu nak meluahkan isi hatinya menerusi kata-kata. Noor hanya mampu menunjukkan melalui reaksi dan perbuatan sahaja. Lagipun orang yang dicintainya itu lapan tahun lebih dewasa daripadanya.
Manakala Ferdi pula tidak mengesyaki ada timbulnya rasa cinta dari Noor memandangkan Noor hanyalah seorang kanak-kanak dan dia menganggap kemesraan Noor selama ini adalah kemesraan seorang adik kepada abangnya.
Beberapa saat selepas Noor merenung wajah Ferdi, dia menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan agak kuat. Tapi Noor tidak berkata walau sepatahpun. Mungkin sedang menyusun ayat untuk besuara. Ferdi yang sedar dengan perubahan wajah adik sepupunya itu lantas bertanya, “Kenapa pandang macamtu? Abang salah cakap ke?”
Kali ini Noor ingin membuktikan yang dia sudah dewasa dan layak untuk dicintai. Dengan wajah yakin dia bersuara, “Ya… Ada yang salah pada tanggapan Abang tentang Noor. Memang Noor masih budak-budak yang memerlukan kasih sayang keluarga. Tapi Noor sudah berhak menyayangi Abang Ferdi lebih dari seorang abang. Jangan tanya berapa umur Noor sekarang. Tanyalah berapa dalam kasih sayang yang Noor selami untuk sampai ke jurang usia kita. Sekarang Noor sudah sampai ke jurang itu dan akan menimbusnya hingga tak kelihatan ada perbezaan usia antara kita berdua.”
Malam ini kata-kata Noor membuktikan Noor sudah matang dalam soal hati. Tiada rahsia seperti sebelum ini. Jika sebelum ini Ferdi mengakui kepintaran Noor dalam pelajaran, malam ini dia pasti mengakui kematangan Noor dalam soal cinta.
Kata-kata Noor tadi tak sepadan dengan usianya. Mengagumkan. Ferdi terdiam seribu bahasa. Apa semua ini? Seorang adik sepupu yang dianggap sebagai adik kandung meluahkan isi hatinya pada usia 13 tahun!
Ini satu kejutan buat Ferdi. Dia tak pernah terfikir yang Noor menyintainya. Dia juga tak pernah terfikir untuk menyintai adik sepupunya itu. Kasih sayangnya terbatas oleh usia.
Dalam wajah kekalutan Ferdi menjauhkan sedikit jaraknya dari Noor dan memalingkan badannya ke arah adik sepupunya itu seraya berkata, “Noor sedar apa yang Noor cakap ni?”
“Cukup sedar Bang…Noor dah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jawapan Abang. Lagipun sekarang masa yang sesuai bagi abang mengetahuinya sebelum Noor jauh dari Abang.” Kali ini Noor kelihatan pasrah untuk pergi meninggalkan Ferdi.
Nampaknya hati Ferdi sudah mula terbuka untuk Noor menjelajah lebih jauh lagi ke dalam hatinya. Kematangan yang ditunjukkan Noor jelas adalah kunci yang telah berjaya  membuka pintu hati Ferdi. Bagi Ferdi, Noor sudah dewasa pada malam ini. Dewasa dari segi pemikiran.
“Baiklah… Tapi Noor kena janji satu perkara dengan abang…” Ferdi tersenyum simpul sambil memegang bahu Noor dengan kedua belah tangannya.
“Apa dia?” Noor teruja mendengar persetujuan bersyarat dari Ferdi.
“Selama Noor di belajar di sana, Noor tak boleh bercinta dengan orang lain. Belajar rajin-rajin dan ingat Abang selalu ok?!” Usik Ferdi sambil menggoyang-goyangkan bahu Noor.
Sambil memegang kedua-dua tangan Ferdi yang masih memegang bahunya, Noor membalas usikan Ferdi, “Abang pun sama jugak. Ingat Noor selalu dan jangan main makwe kat sini!”Mereka sama-sama tertawa gembira dan memandang antara satu sama lain. Ferdi memandang Noor dengan perasaan yang tak pernah dirasainya sebelum ini. Perasaan yang aneh tapi indah. Anehnya, dia mempunyai buah hati yang berusia 13 tahun. Indahnya pula ialah, ianya baru sahaja bermula.
Bagi Noor pemergiannya esok hari tidak lagi menimbulkan dilema dalam dirinya kerana hasrat menjadikan Abang Sepupunya sebagai kekasih hati sudah kesampaian. Malah drama malam ini adalah pembakar semangat untuknya menjadi seorang manusia yang disifatkan oleh kekasihnya sebagai luar biasa suatu hari nanti.
Jika dilihat dari jauh, kedua-dua insan yang sedang bergurau senda itu tak ubah seperti adik beradik. Tidak ada apa yang harus dicurigai.
Sebelum mereka berpisah pada malam itu, Noor sempat meminta Ferdi menyanyikan lagu kegemaran Noor dalam keadaan yang sungguh romantik sekali. Nyanyian Ferdi yang lembut dan perlahan sungguh mengasyikkan Noor.
Bila kita mencintai yang lain…
Mungkinkah hati ini akan tegar…
Sebisa mungkin…
Tak akan pernah…
Sayang ku akan hilang…
If you love somebody could we be this strong…
I’ll fight to win our love, will conquere all…
Would’n risk my love…
Even just one night…
Our love will stay in my heart…
Lagu OST sebuah filem ini menjadi siulan remaja pada masa sekarang.
Perpisahan malam ini berbeza dengan perpisahan pada malam-malam sebelumnya. Jika sebelum ini Noor hanya mencium tangan Ferdi sebagai tanda hormat kepada abangnya itu, tetapi malam ini ditambah satu ciuman di dahi Noor oleh Ferdi sebagai tanda kasih dan sayangnya.
“Noor… bangun nak… dah sampai dah ni.” Makcik Fadhilah menggoncang lembut bahu anaknya yang terlena sepanjang perjalanan. Perjalanan yang memakan masa hampir tiga jam memang meletihkan walaupun duduk dikerusi belakang Toyota Unser kepunyaan Shuhaidi, abang Noor.
Jam menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Lebih kurang tiga jam perjalanan ke Ayer Keroh, melaka. Mereka sekeluarga bertolak selepas menunaikan sembahyang Subuh berjamaah di surau Al-Hidayah berdekatan rumah mereka.
“Pakcik ingat kita kena berlegar-legar lagi kat Ayer Keroh ni. Rupanya kau tahu sekolah ni. Memang tak salahlah Abang Shuhaidi kau suruh kau pandu. Kalau dia yang pandu, pukul berapa agaknya kita sampai.” Pakcik Fahmi yang duduk di kerusi depan berseloroh memecah kesunyian.
“Dia tak ikut ni pun pasal dia kena meniaga hari ni. Tahulah pelanggan dia tu… manalah nak bagi ‘chance’ dia cuti. Bukan cuti saja… servis lambat sikit pun kena ‘complain’.” Sampuk Makcik Fadhilah.
“Lumayan jugak ya hantar sayur ke pasar borong… Saya pernah tolong abang sekali hari Ahad lepas. Hui, banyak jugak rezeki dia sehari-hari.” Sambung Ferdi  bercerita tentang perniagaan abang sepupunya yang bertambah maju.
“ha… Yang kau pandu sekarang nilah hasilnya. Baguslah dia ada kemahuan nak cari duit banyak. Anak dah lima. Tiga empat bulan lagi, keluar yang baru… Enam semuanya. Kalau dia masih malas macam belum kahwin dulu, tak tahu Makcik nak cakap apa.” Ujar Makcik Fadhilah sambil memeluk Noor yang sudah terjaga tapi matanya masih terpejam.
“Cakap pasal kahwin ni, kau macamana? Dah ada buah hati ke belum?” Tiba-tiba Pakcik Fahmi menukar topik perbualan.
“Kahwin cepat lagi bagus. Kata orang,terhindar sedikit dari maksiat. Shuhaidi pun kawin muda juga dulu. Umur….22 tahun tak silap.” Sambung Makcik Fadhilah.
Mendengar pertanyaan Pakciknya itu, darah Ferdi menyirap. Fikirannya terus mengarah ke Noor tetapi tak sampai pecah di mulut. “Tak de lagi la Pakcik… Makcik, Nak kumpul duit dulu dalam sepuluh tahun dari sekarang, baru kahwin.”
“Hm! Sepuluh tahun lagi kau dah tak laku. Mertua mana pun tak nak.”Pakcik Fahmi berjenaka lagi sambil ketawa terbahak-bahak.
“Alamak, bahaya ni. Pakcik Fahmi sendiri cakap yang aku tak laku sepuluh tahun lagi. Kalau betullah… susah aku nak meminang anak dia nanti.” Bisik hati Ferdi yang geli hati bercampur risau mendengar usikan Pakciknya itu.
Noor yang dari tadi masih memejamkan mata sebenarnya pura-pura tidur dan mendengar perbualan mereka sehingga semua orang tak sedar yang Noor tersenyum dalam ‘tidur’nya.
“Ha… Sampai pun… Sekolah Menengah Sains Tengku Jalil shah, Ayer Keroh, Melaka….” Ferdi Membaca papan tanda di pagar sebuah sekolah.
Mendengar nama sekolah yang bakal menjadi tempat tinggalnya kelak, Noor terus mengakhiri lakonannya sebagai seorang puteri yang sedang beradu di dalam istana dan memandang keluar tingkap bagi melihat sekolah barunya buat pertama kali.
Kereta yang dipandu Ferdi meluncur masuk ke kawasan sekolah yang sudah padat dengan kenderaan. Maklumlah… Hari pertama melapor diri. Ferdi meletakkan kenderaan tidak jauh dari Astaka yang belum disinggah orang. Semua barang-barang keperluan Noor diletakkan di atas meja di bawah astaka itu.
Pakcik Fahmi meminta Ferdi menemankan Noor mencari kaunter pendaftaran pelajar baru.
Mereka berdua mula berjalan di beranda berdekatan dengan astaka dimana mereka berteduh dan menuju ke bangunan utama. Sambil berjalan Noor memandang ke kiri dan kanannya. Macam-macam ragam pelajar baru. Ada yang membawa barang melebihi keperluan, ada yang datang dengan rombongan yang besar, bahkan ada yang sudah menitiskan air mata. Mungkin pertama kali berpisah dengan keluarga agaknya. Samalah kita…. Pertama kali jauh dari orang tua.
Dalam pada mereka berjalan, tak kurang juga ramainya yang memandang Noor dan Ferdi.
“Mak! Mak! Itu Noor Aziah Fahmi kan? Mintak-mintak saya satu bilik dengan dia.” Noor terdengar seorang daripada pelajar perempuan berbisik kepada Ibunya. Noor tersenyum sendiri mendengar kata-kata pelajar itu.
Siapalah yang tak ingat dengan pelajar terbaik UPSR peringkat kebangsaan tahun lepas. Gambar Noor yang comel sudah beberapa kali masuk surat khabar dan TV. Malah berita tentang tawaran Noor ke sekolah ini pun dimuatkan dalam akhbar dua minggu lepas.
Kebetulan ada beberapa orang wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan hari pertama persekolahan di sekolah itu yang ternampak kelibat Noor. Mereka pun tidak mensia-siakan peluang mengambil beberapa keping gambar Noor. Ferdi pun turut ‘interframe’ sekali. Noor bagaikan sedang berjalan di landasan fesyen yang sedang memperagakan pakaian sekolah fesyen baru dengan diiringi perekanya iaitu ‘Bernard’ Ferdi.
Beranda yang dilalui Noor dan Ferdi membawa mereka ke dewan utama sekolah itu.
Wah… Ramai lagi yang belum mendaftar rupanya walaupun dah hampir pukul 10.00 pagi. Kena beratur pulak tu. Nasib baik barisan yang diambil oleh Noor dan Ferdi tidak begitu panjang. Lebih kurang enam atau tujuh pelajar di hadapannya yang ditemani penjaga mereka.
Pada ketika itulah perutnya terasa sesuatu.
“Sempat ke aku ke tandas ni?” bisik hati Ferdi. Dahinya berkerut menahan sakit perut. Mungkin sempat. Lalu Ferdi memberitahu hajatnya itu kepada Noor. Noor mengangguk dan Ferdi pun berlalu mencari tandas yang dia belum tahu dimana letaknya.
Ferdi sempat bertanya kepada seorang pelajar yang kelihatan senior setelah hampir beberapa minit dia berlegar-legar di kawasan itu . Langkahnya semakin laju menuju ke destinasi. Sudah hampir keluar barangkali… Dalam keadaan genting itu dia sempat mengingati peristiwa sama yang berlaku keatas dirinya semasa hari pertama mendaftar sebagai pelajar baru di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur ketika umurnya 16 tahun. “Dulu pun macam ni jugak. Macam aku pulak yang nak daftar masuk sekolah… hei… mana tandas ni?.. Ha! Tu pun Tandas.” Hati Ferdi lega walaupun hajatnya belum terlaksana. Rupa-rupanya tandas yang dimasuki Ferdi itu tidak jauh di belakang dewan tempat pendaftaran berlangsung. Hati dah kelam kabut. Benda senang pun jadi susah.
Kebetulan tandas kosong. Bagus… mana-mana pun oleh masuk. Tandas nombor satu dari depan paling dekat. Lagipun pintunya terbuka. Ferdi meneruskan langkahnya memasuki tandas itu. Dia menolak pintu untuk masuk ke dalam. Pada masa yang sama seseorang sedang menarik pintu tandas yang sama untuk keluar.
“Opocot! Sorry…” Latah Ferdi.
Seorang budak lelaki berkulit hitam manis setinggi bahu Ferdi keluar dari tandas itu. Melihat dari baju seragam yang dipakainya, dia pelajar baru. Tetapi dia tidak menunjukkan reaksi terkejut dalam insiden itu. Wajahnya tetap ‘maintain’. Dia memandang ke arah Ferdi dengan pandangan yang tajam lalu bersuara, “Macam takde tandas lain…”
Nasib baik Ferdi dalam situasi yang tak mengizinkan untuk dia membalas balik kata-kata budak itu. Setelah menutup pintu tandas baru Ferdi bersuara, “ Hoi budak, kau ingat aku nak sangat tengok kau punya ‘anu’ tu. Kurang ajar betul. Tak hormat orang tua langsung.” Bentak Ferdi dari dalam tandas.
Tiada jawapan dari luar. Bermakna budak itu dah keluar. Geram Ferdi dibuatnya. Budak macam dia tu tak layak masuk sekolah ni. Sekolah terbaik di Malaysia empat tahun berturut-turut. Budak macam tu bakal mengaibkan nama sekolah pada masa akan datang. Siapa agaknya orang tua dia? Tengok… Tak pasal-pasal orang tua dia kena. Kasihanlah sikit pada ibu bapa. Jangan sampai orang nak kenal ibu bapa kita disebabkan perangai buruk yang kita tunjukkan.
Jika difikir-fikir balik, kejadian dulu pun Ferdi masuk ke tandas yang ada orang juga. Tapi itu gara-gara tombol pintu tandas rosak. Seorang pelajar senior didalamnya. Mujur Ferdi tak nampak apa-apa yang ‘ekstrim’. Petangnya Ferdi dikehendaki berjumpa dengan senior itu. Biasalah… Asrama. Salah sikit..., kena.
Sementara itu, di dewan yang penuh sesak dengan pelajar baru yang ditemani penjaga masing-masing, Noor sabar menunggu giliran untuk mendaftar dan lapor diri. Hm.. lagi lima orang. Kejap lagi sampailah gilirannya. Walaupun tanpa Ferdi dia akan mendaftar seorang diri. Bukan susah sangat…
Seperti biasa, kebanyakan pelajar di situ tertumpu ke arah Noor. Terutamanya pelajar lelaki. Ada yang menyapa lah..Ada yang memberi senyuman lah…Dan ada juga pelajar lelaki yang melambai tangan ke arah Noor. Noor hanya membalas dengan senyumannya yang manis. Tentunya selepas ini Noor akan menjadi pelajar popular di sekolah ini yang akan menjadi rebutan pelajar lelaki senior atau yang sebayanya.
Pada ketika yang sama, ada satu suara lembut dari arah belakang Noor dan yang pasti suara itu milik seorang wanita.
“Assalamualaikum...”
Seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an berkulit hitam manis,berkaca mata, berhidung mancung bak seludang dan bertahi lalat di bawah mata memberi salam kepada Noor.
“Waalaikumsalam…” Jawab Noor yang menyembunyikan perasaan terkejutnya sambil menoleh kebelakang.
Wanita yang berseluar jeans, berbaju ‘body-fit’ dan tidak bertudung itu tersenyum lebar setelah Noor menatap wajahnya.
“Nama adik Noor Aziah kan?” Soal wanita tersebut.
“Ya, saya…” Jawab Noor.
“Kalau macam tu, adiklah pelajar UPSR terbaik peringkat kebangsaan tahun lepas kan?” Soalnya lagi.
“Saya menerima anugerah itu mewakili mereka yang terbaik. Saya yakin ada yang lebih baik dari saya.” Jawapan Noor membuatkan wanita itu berasa teruja.
“Dari apa yang Adik Noor katakan tadi, jelas Adik Noor layak menerima anugerah itu.” Senyuman wanita itu menampakkan susun atur giginya yang cantik dan putih bak kulit kerang yang sudah lama terdampar dipantai.
“Kenalkan….” Wanita itu menghulurkan tangan kearah Noor.
Selesai saja amali di tandas, Ferdi kembali ke dewan sekolah. Waktu itulah baru dia sedar yang tandas itu tidak jauh dari belakang dewan. Hanya dipisahkan dengan beberapa batang pokok pinang sahaja.
Dalam perjalanannya dia teringat tentang budak yang dijumpainya ditandas sebentar tadi. Sejurus selepas budak yang tak berbudi bahasa itu keluar dari tandas, Ferdi terhidu bau asap rokok. Bahkan ada sebatang puntung rokok di lubang tandas. Ferdi tidak menuduh, tetapi  kemungkinan budak itu menghisap rokok amat tinggi jika berpandukan bukti-bukti yang jelas dan nyata di tandas tadi. Begitulah penjelasan inspektor Ferdi mengenai kes ini.
“Ah, lantaklah.. bukan adik aku. Kalaulah adik aku, aku ‘cancel’ pendaftarannya dan aku hantar ke Henry Gurney.” Marah betul hati Ferdi.
Setibanya di pintu besar dewan, Ferdi dapati keadaan makin sesak. Ramai juga yang datang lewat selepas dari mereka. Sekolah ini memang menjadi tumpuan pelajar dari negeri lain. Ferdi tidak dapat melihat Noor dari tempat dia berdiri. Keadaan begitu sesak. Dia Cuma boleh mengangak kedudukan Noor dari situ. Ferdi menyusur mengikut arah yang dirasakannya betul.
Dapat beberapa langkah dari pintu besar dewan, secara tak sengaja dia terimbas lagi insiden semasa hari pendaftaran di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dahulu yang secara kebetulan bersamaan dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Persamaan itu tidak terhenti setakat itu sahaja kerana lima tahun lalu selepas dia sesat mencari tandas dan termasuk ke dalam tandas yang digunakan seniornya, dia kembali ke dewan tempat pendaftaran dijalankan. Selang beberapa langkah memasuki dewan, perhatiannya tertumpu ke satu wajah yang boleh memadam wajah sesiapa saja dari pandangannya di dalam dewan itu. Berkulit hitam manis, berkaca mata, Berhidung mancung bak seludang dan bertahi lalat dibawah mata. Tak ubah seperti pelajar perempuan melayu terakhir.
Kini, di Sekolah Menengah Sains Tengku Jalil Shah, Ayer Keroh, Melaka, Ianya berulang kembali. Ferdi takkan lupa wajah itu walaupun dengan penampilan tidak bertudung. Kini bukan setakat insiden di tandas, tapi semua memori indahnya semasa di Sekolah Teknik Kuala Lumpur berlegar di ruang matanya.
Heroin terbaik pementasan drama, permintaan lagu semasa Hari Kantin, markah sama dalam Pertandingan Nyanyian, duet lagu Mawar ku di jamuan akhir tahun, memegang ‘ranking’ teratas dalam ‘couple of the month’ tiga bulan berturut-turut ‘anjuran’ guru disiplin, pelari terpantas 110 meter berhalangan kategori perempuan dan banyak lagi…
Pernah sekali mereka mendapat markah tertinggi yang sama dalam pertandingan nyanyian Bahasa Inggeris antara kelas.
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur pernah berbangga mempunyai atlit lari berhalangan 110 meter kategori wanita yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukma 99’.
Selama dua tahun dia cuba memikat hati gadis yang pernah diberi jolokan ‘Tyra Banks of Technical Institute’ kerana wajahnya mirip peragawati bertaraf dunia itu. Namun, tiada jawapan yang memuaskan dari gadis yang menjadi kegilaan pelajar lelaki pada ketika itu. Gadis itu memberi alasan dia belum bersedia untuk melalui alam percintaan dan akan mengutamakan cita-citanya berbanding perkara lain.
Sehinggalah hari terakhir persekolahan Ferdi meluahkan cintanya pada gadis berkulit hitam manis itu buat kali terakhir. Jawapan gadis itu memberi seribu harapan kepada Ferdi apabila dia menyatakan kesediaannya menerima Ferdi setelah dia menamatkan pengajian sekiranya mereka ditakdirkan bertemu selepas itu. Ferdi pernah meminta agar mereka saling berhubung tetapi permintaannya ditolak. Gadis itu menyatakan kepada Ferdi kalaulah benar Ferdi adalah jodohnya, suatu hari pasti mereka akan berjumpa.
Sebenarnya Ferdi masih berpegang pada kata-kata gadis pujaannya itu. Cuma akhir-akhir ini dia merasakan harapan untuk bertemu gadis itu seperti dimakan waktu. Ditambah lagi kemesraan bersama Adik Sepupunya  mengikis sedikit demi sedikit kenangan beserta harapannya pada gadis itu. Apalagi ditambah dengan hubungan Ferdi dan Noor yang kini telah menjalinkan ikatan yang lebih erat dan kukuh.
Kini, Apa yang dikatakan takdir sudah terjadi. Harapan Ferdi bukan sekadar mimpi sahaja. kelibat ‘Tyra Banks’ itu muncul di depan matanya setelah harapan bertemu gadis itu hampir tersimpan di muzium hatinya . Sepertinya cubaan untuk menambat hati si jelita itu akan diteruskan selepas ini. Apa lagi melihat penampilannya kini yang begitu anggun dan mempesona umpama Tyra Banks yang sebenar.
“Mungkinkah dia akan mengotakan janjinya tiga tahun lalu?” Itulah soalan yang sering menghantui Ferdi kini. Alah… Kalau dia tak nak pun tak mengapa kerana Ferdi dah ada yang punya! Sesuai tak sesuai, itu belakang kira.
“Nampaknya dia tengah berbual dengan seseorang..” bisik hati Ferdi. Tidak kelihatan dengan siapa dia berbual kerana pandangan Ferdi dihalang oleh sekumpulan orang didepannya. Langkahnya masih diteruskan.
Semakin hampir dengannya, bermakna akan kelihatanlah teman bualnya.
“Apa dia buat kat sini?” Ferdi berkata sendirian.
Langkah Ferdi semakin perlahan dan akhirnya berhenti apabila dia melihat dengan jelas dengan siapa gadis pujaannya itu  berbual. Bukan dengan teman lelaki mahupun sesiapa… Tetapi dengan adik sepupunya, Noor.
Di depannya kini terpampang dua individu berlainan era. Era persekolahannya dahulu yang penuh dengan kenangan mengusik kalbu dan era barunya bersama seorang insan cilik yang begitu istimewa dalam hidupnya.
Noor tidak sedar kehadiran Ferdi kerana asyik berbual dengan wanita yang baru memperkenalkan diri kepadanya. Begitu juga dengan wanita itu, tidak sedar akan kehadiran jejaka yang mengidamkan dirinya.
“Lambat lagi ke Noor?” Tanya Ferdi selamba sambil pura-pura tak mengenali rakan bual Noor. Ferdi sengaja berdiri di belakang sekujur tubuh yang seksi itu.
“Ha… Ni lah Abang sepupu yang saya maksudkan..” Noor memperkenalkan Ferdi kepada wanita itu.
Tolehan gadis itu membuatkan rambut lurusnya yang keperang-perangan terhayun beberapa inci di hadapan muka Ferdi. Ekspresi wajahnya yang sebentar tadi ceria kini bertukar menjadi seperti mendapat ‘surprise’ harijadi.
“Ferdi!?” Nama Ferdi tiba-tiba terpacul dari mulutnya.
“Oh my God.. Mislia kan?” Ferdi pun turut sama terkejut. Lakonannya amat berkesan.
“Eh eh… dah tak kenal ke? Mesti Kau ingat Aku ni Tyra Banks kan?” Gadis itu berseloroh dengan suara yang agak manja.
“Dulu Kau macam Tyra Banks. Sekarang dah jadi lebih dari Tyra Banks.” Ferdi membalas usikan sambil tertawa kecil dan dibalas dengan satu pukulan manja ke lengan Ferdi oleh gadis itu.
Noor terpaku seketika melihat telatah mereka berdua. Tapi dia belum terfikir yang kedudukannya tergugat.
“Abang kenal dia?” Noor bersuara di celah-celah tawa mesra Ferdi dan Mislia.
“Siapa tak kenal ratu pecut KL ni.”
“Siapa pulak tak kenal guru vokal Kak Mis ni, Dik..” Balas Mislia. Mereka berdua menyambung tawa masing-masing.
Noor hanya tersenyum. Nampak sangat senyuman yang di buat-buat. Cemburu tetap ada. Tetapi masih di tahap yang boleh dikawal.
“Tak sangka ya, kita boleh berjumpa lagi. Betul tak Aku cakap… Kalau dah jo…” Kata-kata Mislia di celah dengan pantas oleh Ferdi. “Kau buat apa kat sini?”
“Hantar adik lelaki Aku. Kau pulak buat apa kat sini?” Jawab Mislia dan menanyakan soalan yang dia tahu jawapannya.
“Sama lah… Hantar adik sepupu. Noor tu adik sepupu Akulah…” Jawab Ferdi.
“Dah tahu dah… Beruntung Kau dapat adik sepupu yang pintar macam Noor. Bukan setakat pintar, popular pulak tu. Betul tak Noor?” Mislia memandang dan tersenyum ke arah Noor.
Noor hanya tersenyum dengan pujian dari wanita yang bernama Mislia itu. Ikutkan hatinya, dia ingin memberitahu yang dia adalah kekasih Ferdi. Nak kena gelak, bagitahu lah..
“Mana adik Kau? Tak nampak pun?” Ferdi berpaling ke kiri dan kanan.
“Entah la… Tadi dia cakap nak pergi ke tandas. Sampai sekarang tak datang-datang. Dia tu terpaksa bersekolah di sini. Dia nak bersekolah di sekolah biasa.Tak nak tinggalkan kawan-kawan katanya. Nasib baik mak dapat pujuk dia. Itupun monyok je masa sampai sini.” Terang Mislia.
“Tandas?” Ferdi teringat peristiwa di tandas sebentar tadi.
“Kenapa? Kau nampak dia ke?” Tanya Mislia ingin tahu.
“Eh, Tak lah.. Muka dia pun Aku tak kenal.” Ferdi mengerutkan dahi.
“Alah… ‘Cute’ macam aku jugak. Hitam manis. Tinggi bahu kau. Dan yang paling nyata sekali, muka dia tengah masam macam cuka getah.” Terang Mislia mengenai adiknya.
“Oh.. Tak nampak, tak nampak.” Jawab Ferdi ringkas. Ferdi mengesyaki sesuatu tentang pelajar baru yang ditemuinya di tandas tadi. Mungkinkah dia adik kepada Mislia? Entah la.
Sedar tak sedar, giliran Noor untuk sampai ke meja pendaftaran sudah hampir. Selang satu pendaftaran saja.
“Lepas selesai semua urusan, kita jumpa kat kantin sekolah ya. Ada sesuatu aku nak cakap kat kau.Jangan lupa ya.” Mislia mengajak Ferdi sambil melemparkan senyuman manis pada Ferdi.
Dari raut wajah Mislia, Ferdi seakan boleh mengagak apa yang ingin dibicarakan. Nampaknya Mislia berpegang pada janjinya dahulu. Ferdi serba salah untuk menjawab kerana Noor berada di situ.
“Mm… Macamana ya..? Boleh tak Noor?” Ferdi meminta izin dari Noor.
“Aik!Macam minta izin kat awek lah pulak. Takkan lah jumpa aku pun nak tanya kat adik kau.” Hairan Mislia dibuatnya.
“Yelah Bang… Buat apa Tanya saya? Saya kan adik abang. Pergi aja lah… Banyak benda yang Kak Mis nak cerita. Kan dah lama tak jumpa.” Noor mengiakan kata-kata Mislia. Sebenarnya dia sedang memerli Ferdi dan Ferdi faham maksud Noor.
“Aku ke sini dengan Noor. Tak salah kan minta izin dari dia?”Ferdi memberi pandangan. Sebenarnya dia terlepas cakap sebentar tadi.
“Oklah… Whatever, tapi jangan lupa tau?” pesan Mislia kepada Ferdi.
“Adik Noor belajar rajin-rajin tau kat sini. Kalau ada waktu, bantulah Rizal serba sedikit dalam pelajaran ya?” sambung Mislia lagi. Tetapi kali ini ditujukan pada Noor.
“Siapa Rizal tu, kak?” Tanya Noor.
“Oh ya, Lupa akak nak kenalkan. Rizal tu adik akak. Tak lama lagi Noor kenallah dengan Dia. Mohd Rizal Bin Ismail.” Jelas Mislia.
“Baiklah kak..” Jawab Noor ringkas.
Ferdi tak berapa selesa mendengar Mislia memperkenalkan Adiknya kepada Noor.
Setelah selesai mendaftar sebagai pelajar baru di Sekolah Menengah Sains Tengku Jalil Shah, Noor dan Ferdi pun kembali ke astaka di mana mereka meletakkan barang-barang Noor.
“Noor izinkan tak abang jumpa dia?” Tanya Ferdi meminta kepastian.
“Pergi je lah. Noor izinkan. Nanti apa pulak kata kakak tu. Kesian dia. Tapi, apa yang penting sangat yang nak diperkatakan antara  abang dan dia?” Noor bertanyakan soalan yang menyentap jantung Ferdi.
“Alah… Pasal kawan-kawan lama kot.. Mungkin nak reunion balik agaknya.” Ferdi menyembunyikan kebenaran.
“Ok.. Abang jumpalah Kak Mis. Biar Ayah dan Ibu saja yang hantar Noor ke Asrama.” Noor memberi keizinan pada Ferdi.
“Noor jangan risau. Di hati Abang hanya ada Noor.” Ferdi meyakinkan Noor.
Noor hanya tersenyum. Senyumannya melambangkan keyakinan terhadap kejujuran Ferdi.
Mereka berpecah. Noor meneruskan perjalanan ke astaka dan Ferdi kena mencari dimana letakkanya kantin sekolah untuk bertemu dengan gadis yang pernah menjadi idamannya dulu.
Setibanya di kantin Ferdi mencari Mislia. Matanya melirik ke kiri dan ke kanan. Batang hidung Mislia pun dia tak nampak. Belum sampai agaknya. Ferdi mencari tempat untuk melabuhkan punggungnya. Dia memilih tempat yang agak lengang sedikit di penjuru kantin. Suasana kantin agak tenang walaupun kedengaran perbualan antara ibu bapa dan pelajar-pelajar baru diselangi dengan suara anak-anak kecil sedang bermain di sekitar kantin.
Lama juga Ferdi menunggu. Hampir 10 minit. Takut tak sempat pulak berjumpa dengan Noor untuk terakhir kali sebelum dia pulang ke Selangor. Sedang dia berfikir demikian barulah Kelibat Mislia yang ditunggu-tunggunya diri tadi muncul di depannya.
“Hai, lama tunggu?” Mislia menyapa dahulu sebelum dia mengambil tempat bertentangan dengan Ferdi. Kali ni penampilannya berbeza. Berbaju kurung dan bertudung. Alahai, tak ubah  seperti Mislia masa sekolah dulu…
“Boleh la tahan.” Jawab Ferdi yang tak berkelip memandang Mislia yang berpakaian sopan. Tak ditanya pula kenapa.
“Kenapa lambat?” Sambungnya lagi.
“Lepas daftar adik, aku lapor diri di pejabat sekolah.” Jawab Mislia sambil meletakkan beberapa fail dan buku di atas meja.
“Lapor diri?” Ferdi hairan.
“Ya, sebagai guru pelatih.” Mislia tersenyum.
“Kau mengajar kat sini? Ah! Betul ke ni?” Ferdi masih sangsi dengan kenyataan Mislia.
“Betul. Aku ambil Ijazah Perguruan Sains lepas SPM. Sebelum graduate ni, Aku kena training kat sini selama dua tahun. Kementerian yang hantar aku ke sini. Kebetulan adik aku dapat belajar kat sini.” Jelas Mislia panjang lebar.
“Kau dah cerita kat Noor yang kau guru kat sini?”
“Belum. Aku saja tak cerita. Biar dia tahu sendiri nanti.” Mislia tersenyum bangga.
Ferdi terdiam seketika.
“Apa yang kau nak cakap pada aku?” Ferdi memecah kebuntuan.
“Aku nak Tanya kau… Kau masih ingat janji aku pada kau dulu?” Mislia memulakan perbicaraan.
“Mana boleh aku lupa kenangan aku di sekolah Teknik. Terutamanya pasal kau.” Ferdi memandang tepat ke arah mata Mislia.
“Kalau kau nak tahu, masa sekolah dulu memang aku tak ada perasaan cinta pada kau. Aku hanya anggap kau sebagai kawan. Hati aku belum terbuka untuk sesiapa kerana aku rasa aku lebih pentingkan pelajaran aku. Tapi selepas kau  meluahkan rasa hati pada aku buat kali terakhir selepas SPM, aku terpegun dengan sikap kau yang tak pernah berputus asa untuk mendapatkan aku. Aku hormati keikhlasan hati kau. Sebenarnya pintu hati aku dah terbuka ketika itu tetapi cita-cita aku mengatasi segalanya. Aku kesal kerana menolak permintaan kau supaya kita terus berhubung. Akibatnya, setiap hari aku terkenangkan memori indah sepanjang zaman persekolahan kita berdua. Aku cuba dapatkan nombor ‘contact’ kau pada kawan-kawan, tapi tak dapat. Kesimpulannya, selama tiga tahun ni aku tak dapat lupakan kau.” Mislia meluahkan segalanya pada Ferdi.
Benar apa yang Ferdi duga. Malah lebih dari itu. Kalau dulu Ferdi yang beria-ia, sekarang Mislia pula yang meluahkan perasaan kepadanya.
“Macamana dengan cita-cita kau?” Ferdi masih mahukan kepastian tentang perasaan Mislia.
“Tentang cita-cita aku, lupuskanlah dari perjanjian. Aku sedar kini yang cinta boleh seiring dengan cita-cita. Aku dah semakin dewasa untuk menghadapi semua ini.”Balasnya lagi.
Kalau tak kerana Noor, mungkin Ferdi sudah melompat gembira menembusi bumbung kantin.
Perlukah dia mengorbankan ikatannya dengan Noor semata-mata untuk menerima gadis yang membiarkan dia tertunggu-tunggu selama beberapa tahun? Sanggupkah dia menodai janji yang tak sampai pun setahun jagung dengan alasan Mislia terlebih dahulu bertahta di hatinya? Lagipun Mislia lebih layak jika usia jadi ukuran. Sedangkan Ferdi perlu menunggu lama jika dia meneruskan hubungan dengan Noor yang baru berusia 13 tahun. Lebih kurang 10 tahun lagi Noor mungkin menamatkan pelajarannya. Dalam tempoh waktu yang agak lama itu, banyak kemungkinan boleh terjadi, sedangkan Mislia sudah cukup matang dan bersedia untuk dirinya.
Walau apa sekali pun, Ferdi tak boleh memutuskannya sekarang.
“Kau memang pujaan hati aku ketika dulu. Sampai sekarang pun aku masih ingat kenangan silam kita. Tapi aku perlukan waktu untuk membuat keputusan memandangkan sudah tiga tahun kita berpisah.” Jelas Ferdi.
“Kenapa? Kau sudah ada yang punya ke?” Soal Mislia yang kurang senang dengan jawapan dari Ferdi.
“Bukan macam tu…Aku ni boleh dikatakan dalam keadaan terkejut juga. Tiba-tiba kau muncul kembali dalam kehidupan aku. Aku macam tak percaya. Bagilah aku sedikit masa.” Minta Ferdi.
“Baiklah…Aku faham keadaan kau. Kau berhak menilai perasaan dan keadaan aku sekarang. Fikirkanlah baik-baik. Tapi kau harus ingat aku adalah destinasi perjalanan cinta kau yang makin hampir pasti kau akan tiba di sana. Bukan aku membangga diri dengan mengatakan seperti itu, tapi aku cukup yakin dengan perasaan cinta kau pada aku. Aku dapat rasakan yang kau akan menerima aku walaupun aku terlalu banyak membuang masa kau dahulu. Hubungi aku jika kau telah bersedia.” Mislia mengoyakkan sedikit kertas yang ada di dalam salah satu fail di hadapannya dan menulis sesuatu lalu didorongkan cebisan kertas itu ke hadapan Ferdi.
Mislia berlalu pergi dari situ meninggalkan senyuman buat Ferdi bagi mengisi khayalan ruang mata Ferdi selepas ini. Melihat dari zahirnya, Mislia kecewa dengan hasil pertemuannya dengan Ferdi sebentar tadi. Tetapi, melihat dari senyumannya yang sinis sewaktu meninggalkan Ferdi, terpancar keyakinan dari dalam diri Mislia yang Ferdi tidak akan mengecewakan hati dan perasaannya.
Ferdi merenung ke arah cebisan kertas yang tertulis nombor telefon bimbit tidak bernama di tangannya. Setelah puas merenung, Ferdi memasukkan nombor tadi ke dalam telefon bimbitnya.
Mislia hilang dari pandangan.
Muncul pula Pakcik Fahmi di depan Ferdi.
“Urusan dah selesai. Noor dah masuk ke asrama. Meh kita balik. Kang malam pulak sampai kat rumah.” Pakcik Fahmi bersuara di hadapan Ferdi.
“Alamak pakcik! Tak dapatlah saya jumpa Noor buat kali terakhir..!” Ferdi baru teringat untuk bertemu dengan Noor sebelum pulang.
“Kau buat apa kat sini lama-lama. Tak boleh jumpa dah. Dia orang berkumpul di dewan makan asrama kena mendengar taklimat untuk pelajar baru. Kita balik je lah.. Lain kali kau boleh jumpa dengan adik kau tu.” Desak Pakcik Fahmi.
Ferdi kesal kerana tak dapat melihat Noor buat terakhir kalinya. Jauh di lubuk hatinya Mislia harus bertanggungjawab dalam hal ini.
Tetapi,ada baiknya juga dia tidak berjumpa Noor kerana dapat bertemu dengan Mislia dan mengetahui perasaan Mislia terhadap dirinya.
Ferdi bingung sebingung bingungnya untuk membuat keputusan.
Toyota Unser yang dinaiki mereka meluncur keluar dari kawasan sekolah lebih kurang jam 12 tengahari.
Sudah pasti apa yang terjadi di Sekolah Menengah Sains Tengku Jalil Shah akan memberi impak pada kehidupannya selepas ini. Hatinya terbahagi dua. Pilihanraya terpaksa dijalankan setelah parti cinta Noor terpaksa menerima tentangan parti pembangkang untuk merebut setiap kawasan dewan undangan negeri di hati Ferdi.
Buat pertama kalinya Noor berada jauh dari keluarga dan insan yang tersayang. Kalau dahulu boleh dikatakan hampir setiap hari dia ketemu dengan Ferdi, tapi kali ini dia terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pelajar asrama. Tiada ayah, ibu, kakak, abang dan Ferdi di sisi, membuatkan dia rasa kesunyian pada permulaannya. Kawan pun tak ramai lagi. Kalau ada pun baru kenal nama, belum kenal rapat lagi.
Kalau dulu makan minum dan pakaian ada yang mengurus, tapi kini dia terpaksa melakukannya sendiri.
Ada eloknya juga tinggal berjauhan dengan keluarga. Kita dapat belajar berdikari dan mengurus kehidupan dengan cara kita sendiri. Dari situlah pemikiran kita dapat diolah untuk membentuk nilai-nilai murni dalam diri yang akan menjadi bekalan kita di hari muka. Itupun kalau kena dengan caranya.
Seminggu menjalani suai kenal atau minggu orientasi mendedahkan Noor keadaan sebenar di asrama dan di sekolah barunya. Peraturan-peraturan yang ditetapkan wajib dihafal satu persatu oleh setiap pelajar baru. Tiada yang berkecuali dalam hal disiplin.
Seperti yang dijangka, Noor menjadi tumpuan pelajar dan guru-guru di sekolah itu. Dengan reputasinya sebagai Pelajar terbaik UPRS peringkat kebangsaan, ramai pelajar yang mahu berkawan rapat dengannya. Noor menganggap semua pelajar di asrama itu adalah kawan rapat kepadanya.Cuma ada beberapa pelajar yang sebilik dengan Noor yang betul-betul dijadikan kawan rapatnya. Antaranya Ila, Amiroh, Fasha dan Alice.
Ada juga pelajar senior berjumpa dengannya untuk menjadikan Noor sebagai adik angkat tetapi di tolak dengan baik oleh Noor.
Minggu orientasi juga menemukan Noor buat kali kedua dan seterusnya dengan wanita yang tak disangkanya adalah teman kepada Ferdi.
“Akak!” Noor terkejut melihat wanita yang pernah di temuinya semasa hari pendaftaran.
“Ya, saya..” Jawab Mislia selamba sambil tersenyum.
“ Akak buat apa kat asrama ni?” Noor gembira dapat bertemu sekali lagi dengan Mislia yang peramah dan mudah tersenyum itu. Pada sangkaannya Mislia bekerja di dewan makan asrama kerana pertemuan itu berlaku di tepi dewan makan selepas makan pada pukul 7 malam.
“Akak baru masuk asrama petang tadi. Lewat dua hari pasal permohonan baru sahaja lulus hari ini.” Jelas Mislia sambil mendekati Noor yang sedang berdiri bersama empat lagi rakannya.
“Sebenarnya berapa umur akak? Kan sama dengan Abang Ferdi.” Noor kebingungan dengan jawapan Mislia yang seakan-akan menyatakan dirinya adalah pelajar yang baru masuk asrama.
“Mulai sekarang, Noor kena panggil akak, Cikgu… Faham?” Mislia mengajukan telunjuknya ke arah Noor sambil mengoyangkannya ke depan dan ke belakang.
“La….Ye ke…?”
“Cikgu mengajar SainsTulen dan Biologi tingkatan 4 dan 5. Sekaligus merangkap guru warden kamu semua.” Sambungnya lagi.
“Baik cikgu!” Noor tersenyum sambil menundukkan sedikit badannya.
Mislia berlalu pergi.
Wah! Penuh dengan kejutan.
Tidak lama kemudian, Noor juga bergerak bersama empat rakannya menuju ke bilik.
BILIK CEMPAKA
Mereka tiba di depan sebuah bilik di tingkat dua Blok D Asrama Puteri berdekatan dengan bilik mandi yang berada paling tepi sekali.
Itulah nama bilik Noor bersama empat belas orang pelajar lain yang terdiri dari tingkatan yang berbeza. Lima pelajar Tingkatan Satu, tiga pelajar Tingkatan Dua, tiga pelajar Tingkatan Tiga, dua pelajar Tingkatan Empat dan dua pelajar Tingkatan Lima.
Jika mengikut rutin harian, Selepas ini mereka akan menuju ke surau yang terletak di tengah-tengah blok Asrama Putera dan puteri bagi menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah.
Blok A dan B menempatkan Pelajar lelaki manakala Blok C dan D menempatkan pelajar perempuan.
Sungguh berbeza sekali suasana di asrama. Noor terasa janggal pada mulanya. Tetapi setelah setengah bulan berada di sana, Noor dapat membiasakan diri dengan keadaan. Rasa rindu pada keluarga pun boleh ditetapkan waktunya. Kalau mula-mula dulu, setiap saat tak pernah hilang ingatan pada kampung halaman dan keluarga. Tak kiralah samada di kelas, bilik, tandas, dewan makan, surau atau dimana saja kawasan asrama, pasti tergambar wajah ibu bapa dan keluarga serta kawan-kawan yang jauh di mata. Apalagi menjelang waktu tidur di malam hari. Ada juga yang menitiskan air mata sedih.
Itu sindrom biasa bagi mereka yang pertama kali duduk di asrama. Lama kelamaan, ianya akan hilang dan hanyut dibawa arus keseronokan bersama rakan-rakan yang semakin mesra dan seronok menempuhi hidup di asrama bersama-sama.
Selesai menunaikan solat berjemaah, pelajar Tingkatan Satu diminta berkumpul di Dataran Sekolah bagi menjalankan sessi orientasi yang seterusnya pada hari kedua . Manakala pelajar lain akan pergi ke kelas prep seperti biasa. Perhimpunan itu juga disertai oleh tiga orang Guru Warden lelaki. Ketua Pelajar dan Penolongnya juga menghadiri perhimpunan itu.
“Warden akan melantik beberapa orang daripada kamu  bagi mengendalikan Malam Penutup Minggu Orientasi kita pada hari Ahad ini. Mereka yang terpilih sila tampil ke depan.” Arahan Guru Warden Asrama itu disampaikan oleh Ketua Pelajar iaitu Sulaiman.
“Mohd. Syafiq bin Sani.”
“Noor Aziah binti Fahmi.”
Mendengar nama Noor disebut oleh Sulaiman, perhimpunan menjadi riuh sedikit.
Noor yang dalam keadaan terkejut lantas bangkit dan menyusup dicelah-celah barisan pelajar-pelajar lain menuju ke depan.
“Dan yang terakhir sekali, Mohd. Rizal bin Ismail.”
Pelajar terakhir yang disebut namanya tidak kelihatan. Tak seorang pun dilihat mara ke hadapan. Perhimpunan menjadi riuh kembali dan masing-masing saling mencari siapa gerangan yang bernama Mohd. Rizal bin Ismail.
Dalam masa kekecohan itu, seorang pelajar kelihatan berjalan dari arah Asrama Putera menuju ke dataran tempat berlangsungnya perhimpunan. Pelajar itu meneruskan langkahnya ke hadapan perbarisan pelajar. Sepertinya dia tahu yang namanya dipanggil sebentar tadi. Padahal Sulaiman tidak menggunakan alat pembesar suara. Pelik.
Noor teruja ingin melihat adik Cikgu Mislia. Dia masih ingat nama adik Cikgu Mislia yang pernah disebut semasa hari pendaftaran.
“Ni ke dia? Nampak macam samseng je.. Suka hati dia je datang lewat. Dah la buat muka selamba pulak tu.” Bisik hati Noor selepas dengan jelas dia melihat insan yang bernama Mohd Rizal.
Betul kata Noor. Riak muka Rizal itu langsung tak menunjukkan yang dia bersalah kerana lewat menghadirkan diri ke perhimpunan itu. Malah dia berasa bangga dengan apa yang telah dilakukannya.
Rizal menghampiri dua pelajar yang sedang berdiri di hadapan, iaitu Noor dan Syafiq. Setelah begitu hampir dengan Noor barulah Rizal perasan yang dia berhadapan dengan ‘best student of the year’. “Boleh tahan jugak budak ni dari jarak dekat. ‘Cute’ pulak tu. Dia pun lewat jugak ke?” Nampaknya hati Rizal sudah sedikit terpikat dengan wajah Noor.
Rizal berdiri disamping Noor dan sempat berbisik pada Noor, “Datang lewat jugak ke?”. Nadanya seperti mengejek.
Rizal sangkakan Noor dan seorang lagi pelajar yang berdiri di hadapan itu didenda kerana lewat sepertinya. Dia tidak tahu yang dia kena memikul satu tugas khas. Sulaiman menerangkan lagi bahawa pemilihan adalah berdasarkan keputusan UPSR yang terbaik antara mereka dan mempunyai rekod Ko-Kurikulum yang memberangsangkan semasa di sekolah rendah.
Noor tersengih mendengar bisikan Rizal sambil memberi pandangan sinis.
“A ah…Sekejap lagi kita bertiga kenalah…” Jawab Noor juga dengan nada yang sama.
“Mohd Rizal! Tak ada orang lain ke yang saya nak denda. Asyik awak saja. Kenapa lewat?” Tanya Sulaiman dengan suara yang agak keras.
“Tandas.” Jawab Rizal ringkas sambil memaling muka ke arah lain.
“Boleh jawab sopan sikit tak? Awak dah melakukan kesalahan dan jangan nak tambah kesalahan awak lagi. Depan Warden awak boleh cakap macam tu.” Jawapan Rizal yang sambil lewa tidak disenangi oleh Sulaiman. Beberapa orang Guru Warden pun menggelengkan kepala mendengar jawapan Rizal.
Rizal hanya terdiam sambil tersengih macam kerang busuk. Tiada secubit pun perasaan takut atau hormat jika dilihat dari riak wajahnya. Sekali-sekali dia menjeling ke arah Noor dan tersenyum. Noor mual hati dengan perangai Rizal. Macamana dia nak bekerjasama dalam pelajaran seperti yang dipesan oleh Mislia kalau perangai Rizal tak ubah macam samseng taik minyak macam ni. Tak sangka pula Cikgu Mislia ada adik yang berperangai macam tu. Sayang sekali perangai tak seiring dengan kepandaian yang dimilikinya.
Noor baru dimaklumkan pagi tadi oleh guru kelasnya, Puan Mawaddah, bahawa pelajar terbaik UPSR peringkat Negeri Melaka ada di Kelas 1 Citra iaitu bersebelahan dengan kelas 1 Bestari, kelas yang diduduki Noor. Seorang pelajar lelaki katanya; tanpa menyebut nama pelajar itu. Jika pelajar yang  akan mengendalikan malam penutup Minggu Orientasi pada hari Ahad ini dipilih berdasarkan pencapaian UPSR, ini bermakna kemungkinan besar Rizal lah orangnya kerana Mohd Syafiq adalah rakan kelasnya dan Noor tahu yang Mohd Syafiq berasal dari Pulau Pinang. Puan Mawaddah yang berbangga kerana Noor Aziah berada di bawah jagaannya juga ada memberitahu kepada kelasnya yang pelajar terbaik Pulau Pinang dan Melaka berada di tempat kedua dan ketiga seluruh negara. Cikgu Mislia dari Batu Berendam. Maknanya betul lah tu! Mohd Rizal adalah Pelajar terbaik negeri Melaka dan ketiga seluruh negara.
“Kak Mislia suruh aku Bantu adiknya dalam pelajaran. Nak Bantu apanya, dia dah pandai. Ntah ntah lagi pandai daripada aku. Mungkin Kak Mislia sengaja bersikap merendah diri masa tu.” Noor berfikir seorang diri di saat Rizal ditempelak bertubi-tubi oleh Sulaiman Si Kapten Asrama.
Nasib baik Mislia tiada dalam perhimpunan. Kalau tidak sudah tentu Rizal akan dapat tempelakan dari kakaknya pula selepas itu. Mislia sudah sedia maklum dengan perangai Rizal yang keras kepala dan suka bertindak mengikut sesuka hatinya. Tak payah dengan orang lain, dengan Mislia yang berpangkat kakak pun dia tidak berapa hormat.
Rakan-rakannya dulu terdiri dari remaja yang lebih tua dari dia dan kebanyakannya sudah berhenti sekolah. Pergaulannya juga agak bebas. Selalu keluar malam dan terjebak dengan gejala sosial peringkat permulaan seperti rokok dan lepak. Anak bongsu dari dua beradik ini tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Perceraian ibu bapa adalah punca utama masalah ini.
Mislia dan Rizal terpisah setahun lalu setelah bapa mereka, Encik Ismail menceraikan ibu mereka, Puan Syuhada atas sebab perselisihan faham tentang kesetiaan masing-masing dalam melayari bahtera yang mereka kemudi bersama selama 21 tahun. Natijahnya, Encik Ismail mendapat hak menjaga Mislia dan sebaliknya bagi Puan Syuhada. Kini, Mislia mendapat seorang ibu tiri yang begitu baik terhadap dirinya. Manakala Rizal jarang mendapat perhatian dari Puan Syuhada yang selalu sibuk dengan perniagaan butiknya dan beliau belum mendapat pengganti Encik Ismail sehingga kini. Sering kali Puan Syuhada pulang lewat malam di temani oleh lelaki yang silih berganti dan beliau tidak kisah kelakuannya itu diperhatikan oleh Rizal dari dalam rumah beliau. Keadaan ini menyebabkan Rizal kurang mendapat pengawasan dari Puan Syuhada tentang apa yang dilakukan oleh Rizal dan dengan siapa Rizal berkawan.
Tetapi tuhan masih memberikan keistimewaan kepada Rizal. Dia dikurniakan otak yang bijak dan cerdik yang membantunya berjaya dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan setiap semester pasti berpihak kepada dia walaupun dia banyak dikenakan tindakan disiplin semasa berada di darjah enam.
Selepas mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan mendapat tawaran ke asrama penuh, Mislia yang sudah sedia sedar akan kepintaran adiknya itu berbincang dengan ibu mereka iaitu Puan Syuhada untuk menerima tawaran itu. Tetapi dengan syarat, Mislia dikehendaki mengurus semua kemasukan Rizal ke sana kerana Puan Syuhada berpendapat dia sentiasa dalam keadaan sibuk walaupun pendaftaran Rizal tidak sampai sehari pun prosesnya. Lagipun sekolah baru Rizal bukannya jauh sangat. Dalam negeri Melaka jugak. Kalau dah tak nak tu, cakap je la… tak payah nak bagi alasan sibuk atau tak ada masa.
Kebetulan juga Mislia dapat tawaran ke sekolah yang sama sebagai guru pelatih.
Mislia setuju dengan syarat Puan Syuhada itu demi masa depan adiknya dan berharap adiknya itu dapat berubah setelah dia duduk di asrama kelak.
Setelah puas Sulaiman mencurah air ke Rizal yang umpama daun keladi itu, Sulaiman mengarahkan Rizal supaya meminta maaf kepada Guru Warden yang ada di situ kerana bercakap tidak sopan.
“Dari tadi asyik saya je kena… Yang dua orang ni dah kena denda belum?” Lain pula yang diucapkan oleh Rizal. Memang tak makan saman betul budak ni.
Noor tunduk sambil menahan gelak kerana dia berjaya memperdaya Rizal. Sebahagian pelajar yang berada di barisan depan juga melakukan perkara sama.
“Ooo… Rupanya yang awak terus ke depan ni awak ingat dia orang ni sama dengan awak la. Datang Lewat. Tak sopan macam awak.” Sulaiman baru tahu yang Rizal rupanya tidak tahu tujuan mereka bertiga dipanggil kedepan.
Terpaksalah Sulaiman menerangkan kepada Rizal tentang tugasan mereka bertiga.
“Macam rancangan the Apperantise la pulak.” Ajuk Rizal dengan nada yang agak kuat dan dibalas dengan gelak ketawa oleh sesetengah pelajar. Kepada pelajar-pelajar baru yang agak nakal, mereka seakan sudah tahu siapa yang layak menjadi ikutan mereka di asrama selepas ini. Pelajar seperti ini  menganggap tindakan Rizal sesuatu yang ‘cool’ dan membanggakan. Mereka adalah antara golongan yang mewarnai kehidupan di asrama dan sekolah. Warna-warna gelap yang mereka hasilkan boleh mengubah pemandangan dan keindahan sesebuah sekolah yang akhirnya akan membawa kepada runtuhnya reputasi sekolah itu di mata masyarakat.
Itulah yang Noor sedang fikirkan. Tiba-tiba saja fikiran Noor melangkau jauh dari had umurnya. Dia rasakan yang dia perlu mengatasi masalah itu. Sepertinya timbul satu tanggungjawab dalam dirinya yang dia sendiri tak tahu siapa yang memberi tanggungjawab itu kepadanya.
Ketika Noor melayari pemikirannya, Sulaiman mengarahkan mereka bertiga berkumpul di dewan makan bagi membincangkan tugasan mereka. Manakala perhimpunan pelajar baru diserahkan kepada Cikgu Radin, salah seorang guru warden asrama. Tugasan mereka akan dibantu oleh Sulaiman sendiri dan beberapa Senior lain.
Dalam perjalanan ke dewan makan asrama, Rizal asyik memandang ke arah Noor. Tetapi tak dihiraukan oleh Noor. Kadang kala Rizal mengusik Noor dengan kata-kata.
“Budak Pandai, kau tipu aku ye?”
“Tipu apa bendanya…” Jawab Noor sambil mengerutkan dahi dan memandang sipi ke arah Faizal.
“Apsal kau tak bagitau yang kita ada tugasan. Mati-mati aku ingat korang berdua tadi datang lewat jugak. Kau saja nak kenakan aku ye, budak pandai…” Rizal menuding jari ke arah pipi Noor.
“Memang tak baik kenakan orang. Tapi dalam kes kau, dibolehkan. Pasal kau ni budak jahat!” Selesai menjawab pertanyaan Rizal, Noor mempercepatkan langkah supaya Rizal ketinggalan di belakangnya dengan harapan Rizal tak mengejar dan mengacaunya lagi.
“Aik, Aku panggil dia budak pandai, dia cakap aku budak jahat pulak..” Rizal berkata seorang diri di belakang Noor yang meninggalkannya beberapa langkah ke hadapan. Harapan Noor supaya tak diganggu Rizal berkecai apabila Rizal kembali berada di sisi Noor tak lama kemudian.
“Budak pandai!” Sergah Rizal dari sebelah kiri Noor.
“Ya Allah! Apa lagi Budak jahat ni nak… Nak aku report kat Abang Sulaiman kat depan tu?!” Sentak Noor agak kuat sehingga Syafiq yang berada jauh dihadapan mereka berdua menoleh ke belakang. Mujur Sulaiman dan beberapa senior lain yang baru dipanggil oleh Sulaiman tidak mendengar suara Noor kerana sudah berada terlalu jauh dari mereka.
“Nak report? Silakan… Aku sedia menerima hukuman darimu budak pandai…” Rizal bersuara seperti pelakon drama latin yang dialih suara ke Bahasa Melayu.
Noor memberhentikan langkahnya secara mengejut. Wajah comelnya berubah menjadi ganas sedikit. Dia memandang tepat ke arah mata Rizal dengan pandangan yang tajam. Darah yang mengalir di tubuh Noor bagaikan menggelegak kepanasan. Kenapa dia diberi tugasan dengan budak yang tak faham bahasa dan bersikap kurang sopan begini. Ikutkan hatinya dia mahu meletakkan syarat jika warden mahu Noor memikul tugasan itu. Syaratnya ialah…Buang pelajar yang bernama Rizal dari sekolah!!
Namun pada rizal, renungan tajam Noor itu bagaikan satu panahan busur bidadari yang tepat mengenai hatinya. Dia tak hiraukan kemarahan Noor yang sedang membuak-buak. Baginya, Noor kelihatan sama saja dalam apa jua ekspresi wajah Noor. Tetap comel, cantik, dan menawan. Dalam pada renungan Noor itulah kesempatan diambil oleh Rizal memerhatikan setiap pelusuk wajah Noor yang dikelilingi kain tudung bewarna pink. Kulit wajah yang putih kekuningan, kening yang lebat dan seakan-akan tercantum di antara keduanya, pipi bak pauh dilayang, hidung mancung yang tak keterlaluan, bentuk bibir yang begitu cantik jika mengukir senyuman, dan akhir sekali…
Pap!!!
Tapak tangan yang lembut tapi pedih kalau dilayangkan ke muka.
Tamparan tangan kanan Noor tepat mengenai pipi kiri Rizal yang sedang asyik memandangnya.
“Nak lagi? Kalau nak cakap je… aku sanggup luangkan masa untuk menampar kau. Kalau kurang sakit, kau suruh aku hempuk muka kau guna Kamus Dewan kalau kau ada masa.Ok?!” Noor tersenyum puas menampakkan susun atur giginya lalu berlalu dari situ. Satu lagi keindahan pada wajah Noor terserlah di mata Rizal. Gigi taring Noor yang agak menonjol. Ianya menambahkan senyuman Noor berkali-kali ganda manisnya dari senyuman perempuan lain.
Rizal mengusap-usap bekas jurus tamparan wanita yang baru diterimanya sebentar tadi sambil memerhatikan gelagat Noor yang berlalu pergi. Dia tersenyum puas kerana diberi peluang menatap wajah Noor walaupun berakhir dengan satu tamparan.
Syafiq yang melihat kejadian itu hanya tersenyum kerana dia memang seorang yang pendiam.
Rizal meneruskan langkahnya ke dewan makan. Gigi taring Noor yang baru dilihatnya tadi terngiang-ngiang di matanya.
“Ianya takkan berakhir di sini, budak pandai..” Rizal berkata sendirian.
Nampaknya Rizal dah naik angau. Semangatnya untuk mendekati Noor semakin membuak-buak. Hatinya yang dulu terasa berat untuk tinggal di asrama sudah bertukar menjadi seringan kapas dek penangan tamparan Noor sebentar tadi. Nampaknya asrama akan menjadi medan untuk berperang memenangi hati seseorang. Hal pelajaran diletakkannya di tempat kedua. Yang penting sekarang, bagaimana caranya supaya Noor tunduk kepada dirinya.
Perbincangan di dewan makan asrama berjalan dengan lancar. Seperti yang telah di duga oleh panel yang ditugaskan untuk memilih tiga pelajar Tingkatan Satu untuk mengendalikan majlis penutup minggu orientasi, ketiga-tiga pelajar itu menunjukkan komitmen yang di luar dugaan. Terutamanya Noor yang paling banyak menyumbangkan idea yang bagi mereka sudah terbayang kemeriahan majlis itu.
Rizal yang tadinya bersikap kurang sopan di perhimpunan, mula menunjukkan belangnya dalam memberi buah fikiran. Sebenarnya dia seorang pelajar yang berbakat, tetapi bermasalah dalam sikap dan kelakuan. Noor terpegun seketika apabila Rizal memberi cadangan dalam perbincangan itu. Setiap kali selesai memberi idea, Rizal akan memandang ke arah Noor dan tersenyum bangga. Noor membalas dengan cebikan bibir apabila Rizal tersenyum ke arahnya.
Dalam majlis penutup itu nanti, Rizal telah menawarkan diri untuk membuat persembahan nyanyian. Dia mempelawa Noor untuk turut sama menyanyi dengannya tetapi Noor menolak pelawaan tersebut.
“Maaf, suara saya tak sedap. Awak carilah orang lain.” Noor menolak dengan baik di hadapan semua yang ada di situ. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia menampar Rizal buat kali kedua. Tak malu ke Rizal mempelawa dirinya di depan senior-senior yang ada di situ? Sia-sia je kena gossip lepas ni. “Ooo.. Tunjuk terror nampak. Kau ingat aku  tak reti satu ape pun dalam seni ye!?” Bisik hati Noor seraya mengangkat tangan untuk memberi cadangan.
“Saya rasa saya pun nak buat persembahan. Tapi persembahan tarian kebudayaan. Saya akan mengajar beberapa orang rakan saya tarian Zapin yang pernah saya belajar dulu.” Noor juga tak mahu mengalah pada Rizal. Sedar yang nyanyian bukanlah bidang kepakarannya, dia akan mempertaruhkan tarian Zapin untuk bersaing dengan Rizal. Di kampungnya, Noor adalah salah seorang penari Zapin yang dibimbing oleh Puan Rahmah iaitu seorang guru pencen. Kumpulan tarian itu sering kali mendapat jemputan ke majlis kenduri kahwin di dalam atau di luar kampung. Ferdi kerap mengikuti Noor ke rumah Puan Rahmah untuk latihan tarian.
“Kamu tak nak buat persembahan juga Syafiq?” Tanya Norsila yang merupakan penolong ketua asrama II yang turut sama dalam perbincangan itu.
“Tak kak… Saya apa pun tak pandai.” Jawab Syafiq sambil membetulkan cermin matanya.
“Apa kata kau join Noor punya team menari Zapin?” Tiba-tiba Rizal bersuara dan mendapat sambutan gelak ketawa dari beberapa senior di situ. Tetapi tidak  Si Kapten Asrama.
“Rizal!” Sulaiman memandang Rizal dengan wajah amaran. Rizal meneruskan gelak dengan menutup mulutnya.
Noor pun turut sama memandang Rizal sama seperti Sulaiman. Masuk kali ni sepatutnya dah tiga jurus hinggap di muka budak nakal itu. Apakan daya situasi tak mengizinkan.
Perbincangan selesai setelah ketiga-tiga pelajar baru itu diberikan tugasan masing-masing. Mereka bertiga dibenarkan pulang ke bilik masing-masing memandangkan waktu kelas prep tinggal beberapa minit sahaja lagi.
Dalam perjalanan pulang ke bilik Noor tidak diganggu lagi oleh Rizal kerana Noor berjalan bersama Norsila yang sama bilik dengan Noor. Lega hati Noor.
“Akak nampak si Rizal tu lain macam je dengan Noor.” Norsila tba-tiba bersuara setibanya di pintu masuk asrama puteri.
“Ye ke Kak? Saya tak perasan pun.” Jawab Noor sambil mengerutkan dahi.
“Alah… Akak tahulah. Dari pandangan mata Rizal  akak boleh baca yang dia macam ada minat kat kau.” Sambung Norsila lagi.
“Nahas aku. Boleh jadi aku digosip jap lagi ni.” Bisik hati Noor yang memang tak suka dengan perangai Rizal. Lagi-lagi Norsila adalah pemimpin di asrama. Mesti dia antara yang berpengaruh.
“Ala… Biasalah tu. Pelajar cemerlangkan kan… Mesti ramai peminat. Lagi-lagi muka cute macam Noor ni. Jap lagi mesti meletup punya.” Norsila memuji Noor.
“Akak jangan kecoh pulak kalau si Rizal tu betul-betul minat kat saya. Saya tak nak la kak digosip dengan dia. Dia jahat. Saya tak suka dia.” Jelas Noor pada Norsila.
“Sikap manusia boleh berubah dari baik menjadi buruk. Begitu juga sebaliknya. Akak rasa dia akan menjadi budak yang baik sekiranya Noor pun suka kat dia. Kalau tak percaya, cubalah…Dia pasti berubah demi Noor. Lagipun Rizal tu pun boleh tahan jugak. Kulit hitam manis…Nampak matang… Cuma ada masalah sikit dengan perangai dia. Itu semua boleh settle.” Norsila bagaikan memberi galakan pada Noor untuk mendekati Rizal.
“Kalau berubah dengan hati yang tak ikhlas pun tak guna kak. Takut nanti dia kembali dengan perangai lamanya sekiranya saya terima dia. Itu pun kalau saya terima. Tapi… Ianya tak mungkin terjadi walaupun dia berubah dengan ikhlas.” Balas Noor dengan pendapatnya yang boleh diterima oleh akal Norsila.
“Bunyinya macam Noor dah ada yang punya je..” Norsila mengesyaki sesuatu.
“Eh..! Akak ni… Mana ada.” Noor menyembunyikan hubungannya dengan Ferdi.
“Ok… Akak bagi pendapat je. Jangan Marah tau. Noor masuk bilik dulu Akak nak ke bilik Pengawas jap.” Norsila menuju ke satu bilik di tingkat satu Blok D. Manakala Noor menyusuri tangga untuk menuju ke biliknya di tingkat dua.
Jam menunjukkan pukul 10.55 malam. Lima minit lagi loceng asrama akan berbunyi menandakan tamatnya waktu prep. Noor memanjat ke atas katilnya. Di bawah adalah katil temannya yang bernama Amiroh. Noor meniarap sambil menghadap tingkap yang berada di sebelah katilnya. Sekaranglah masa untuk teringatkan kampung halaman. Ayah, ibu dan abang-abangnya terbayang-bayang di matanya. Halaman rumah tempat dia selalu bermain pun turut sama mewarnai ruang matanya. Teringat kenangan manis yang di lalui semasa di kampung. Sungguh menyentuh kalbu. Noor tersenyum seorang diri sambil mengusap air mata yang bergenangan di kelopak matanya. Apa boleh buat. Semuanya ditinggalkan demi mengejar cita-citanya.
Ok… Cukuplah dia mengenang semua itu. Sekarang tiba masanya mengingati insan yang paling bermakna dalam hidupnya. Dia sengaja mengasingkan kenangannya bersama Ferdi supaya tak bercampur aduk dengan kenangan yang lain. Dengan ini dia dapat mengingati Ferdi dengan lebih mendalam dan ini adalah tanda yang Ferdi terlalu istimewa di hatinya sehingga dalam ingatannya Ferdi diletakkan di tempat yang begitu tinggi supaya tiada sesuatu pun dapat menggangu khayalannya terhadap Ferdi.
Noor ingat akan pesan Ferdi supaya Noor belajar dengan rajin dan jangan mencintai orang selain dirinya. Noor bertekad untuk mengotakan janjinya walau apa rintangan sekalipun. Ferdi adalah insan teristimewa didalam hidupnya. Dialah cinta pertama Noor. Dialah motivator pertama Noor yang sentiasa bersama dirinya dalam apa keadaan sekalipun. Ferdi jugalah kaunter aduan peribadi bagi apa jua masalah yang berkaitan dirinya.
Dalam keasyikan Noor melayani perasaannya, wajah Ferdi yang terhologram di depan matanya bertukar menjadi seraut wajah yang baru dikenalinya. “Kenapa dia ni menyibuk dalam angan-angan aku? Tiba-tiba je muncul tanpa diundang.” Noor berbisik seorang diri.
Rizal…
Seorang budak pintar yang tak makan saman. Kurang ajar dengan sesiapa sahaja. Malah suka menyakitkan hati orang. Itulah definisi yang Noor dapat tentang budak yang bernama Rizal. Tak mungkin dia akan menyukai Rizal walaupun bak kata Norsila Rizal seorang budak yang cute, manis dan matang. Tetapi terfikir pula kata-kata Norsila sebentar tadi. Mungkin Rizal akan berubah bila Noor menerima cinta Rizal. Ya… Kemungkinan itu tetap ada. Tak kira perubahan itu ikhlas atau sebaliknya. Tetapi itu bukan alasan Noor untuk berpaling dari cinta Ferdi. Norsila tak bersalah dalam hal ini. Dia hanya memberikan pendapat sahaja. Sedangkan keputusan di tangan Noor. Lagipun Norsila tak tahu hubungan Noor dengan Ferdi. Jika dia tahu, mungkin dia tak berkata begitu di depan Noor.
“Hei! Noor Aziah!”
“Ya Allah ya tuhan ku!” Noor terkejut gila apabila belikatnya dihinggapi sebentuk tapak tangan.
Rupa-rupanya semua pelajar asrama sudah masuk ke bilik masing-masing. Loceng dah pun berbunyi beberapa minit yang lepas. Noor tak sedar semua itu akibat lamunannya yang agak hebat. Lupa segalanya. Padahal penduduk perumahan yang berdekatan pernah membuat aduan tentang bunyi loceng asrama yang menggangu tidur mereka di waktu malam dan pagi.
“Jauhnya terbang.Dah sampai kampung halaman ke?” Amiroh berseloroh sambil memanjat katil Noor.
“Dah nak balik asrama dah pun.” Jawab Noor yang bangkit dari baringnya.
“Kau nak tau tak Noor, Rizal yang berdiri dengan kau di depan tadi tu satu kelas dengan aku.” Amiroh memberitahu Noor sambil membuka tudungnya.
“Tau dah.” Jawab Noor selamba.
“Aku tengok dia lain macam je pandang kau tadi. Bukan aku seorang tau yang cakap. Ramai lagi budak yang cakap.” Sambung Amiroh lagi. Kali ni dia menanggalkan serkupnya pula.
“Eh! Apasal semua orang sama je? Baru tadi Kak Norsila cakap macam tu jugak. Tolonglah… Aku tak nak digosip dengan dia. Aku rela tukar sekolah kalau aku dikaitkan dengan dia lepas ni.” Nampaknya Noor betul-betul marah kali ni. Bukan pada Amiroh, tapi pada Rizal.
“Ala Noor… Kenapa macam tu sangat. Ok apa dia tu. Hensem…Pandai…Kau pulak cantik… Bijak… Korang banyak persamaan tau.” Suara Alice pula kedengaran di bawah Noor dan Amiroh.
“Korang tak nampak tadi betapa kurang ajarnya budak tu di depan Abang Sulaiman dan Guru Warden. Budak macam tu yang korang nak aku kawan?” Noor membantah sekeras-kerasnya pendapat  dari kawan-kawannya.
“Kau boleh nasihatkan dia. Kalau Si Rizal tu betul sukakan kau, dia mesti ikut cakap kau. Perangai boleh diubah, Noor.” Sambung Farisya yang baru selesai meletakkan beg di atas katilnya yang bersebelahan dengan katil Noor dan Amiroh.
Kelihatannya bukan Norsila saja yang berpendapat begitu. Rakan-rakan sebiliknya juga sama menyokong jika Noor berkawan rapat dengan Rizal. Ini menunjukkan pandangan kebanyakan pelajar lain mungkin juga sama seperti mereka. Kecuali mereka yang ada hati dengan Rizal atau Noor.
“Rizal ni nak kena dengan aku. Yang dia jeling-jeling aku depan orang ramai tu apasal? Matilah aku lepas ni. Mati.. Mati!” Noor menggelengkan kepala membayangkan apa yang akan berlaku lepas ni.
“Korang berdua antara pelajar Tingkatan Satu yang terawal menjadi pelajar popular di asrama ni tau. Kau terkenal kerana populariti ka dari dulu lagi. Rizal pulak pasal insiden selamba dia tadi. Kau orang berdua boleh jadi couple yang sesuai tau.” Ila yang mendengar perbualan mereka turut sama mengambil bahagian.
Amiroh, Alice dan Farisya menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Ila.
Noor menyedari niat rakan-rakannya bukan untuk mengejek atau mengajar sesuatu yang tak elok. Jika difikirkan dalam-dalam, tiada sebab untuk Noor memarahi rakan-rakannya itu. Ada betulnya kata-kata mereka.
Tapi…Ferdi?
Noor tiada pilihan lain. Dia terpaksa berterus-terang dengan rakan-rakannya.
“Korang sini semua, aku nak bagitau korang sesuatu…” Noor menarik tangan Alice, Farisya dan Ila yang berada di bawahnya.
“Terima kasih atas nasihat korang ye. Aku hargaiiii.. sangat. Tapi, Aku…. Dah ada… yang punyaaa!!” Noor berbisik dekat dengan telinga mereka berempat.
“Ooo…. Patutlah…” Jawab mereka berempat serentak sambil ketawa. Kini baru mereka faham kenapa Noor dengan sedaya upaya membantah semua cadangan mereka.
Kebetulan ketika itu Norsila masuk ke bilik dan mendapati ada lima orang pelajar Tingkatan Satu sedang ketawa dengan agak kuat.
“Kenapa korang ni? Happy semacam je…” Norsila mendekati Mereka dengan kerut di kening.
Tanpa segan silu Noor menceritakan apa yang dilucukan oleh mereka berlima kepada Norsila. Amiroh, Alice, Farisya dan Ila kecut perut melihat ketua Asrama Puteri terpacak dihadapan mereka. Mereka agak hairan kenapa Noor selamba membonkar perkara sebenar kepada seniornya. Ketua Asrama Puteri pulak tu.
“Patutlah…!”
Norsila pun tergelak setelah mendengar cerita Noor. Keempat-empat rakan Noor yang tadinya ternganga turut  ketawa bersama Norsila dan Noor.
“Apasai tak habaq!!”
Diam tak diam malam penutup Minggu Orientasi akan berlangsung sebentar lagi. Orang yang paling sibuk ketika itu tak lain tak bukan adalah Noor, Rizal dan Syafiq. Merekalah yang mengatur majlis penutup itu dari agenda hingga ke perjalanan majlis.
Beberapa hari sebelum itu Noor sudah mula sibuk dengan team tariannya. Lima orang penari semuanya termasuk Noor. Noor memilih Amiroh, Alice, Ila dan Farisya iaitu rakan sebiliknya untuk menjayakan persembahan tarian itu.
Noor juga sibuk berbincang dengan Rizal dan Syafiq setiap malam bagi menjayakan Malam penutup itu. Pernah sekali Syafiq tidak dapat hadir perbincangan pada satu malam. Hanya Noor dan Rizal saja yang berbincang sambil diperhatikan oleh beberapa senior lain termasuk Sulaiman dan Norsila.
Ingin saja rasanya Noor angkat kaki pada malam itu, tapi memandangkan senior-senior ada di situ terpaksa Noor meneruskan perbincangan dengan budak yang tak di sukainya itu. Seperti biasa Rizal akan cuba membuat Noor tertarik padanya. Kali ini dia kelihatan lebih sopan dan menunjukkan prestasi sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan. Boleh dikatakan sikapnya telah berubah. Sulaiman yang selalu mendenda Rizal kerana masalah disiplin di awal-awal kemasukannya ke asrama kini berasa hairan dengan perubahan drastik itu.Sebaliknya Noor kelihatan tenggelam di balik pencapaian Rizal. Bukan apa, Noor tak berapa selesa bekerjasama dengan Rizal. Dia membiarkan saja Rizal dengan keunggulannya. Bagi Noor niat Rizal tak lain dan tak bukan adalah untuk menarik perhatiannya sahaja.
Ini kerana Noor pernah menelefon Ferdi pada hari ketiga dia di asrama dan Ferdi menceritakan kejadian yang dialaminya di tandas pada hari pertama persekolahan. Ferdi meminta Noor memberi gambaran wajah serta fizikal Rizal dan terbukti pelajar yang menjengkelkan itu tak lain dan tak bukan adalah Rizal, adik kepada Mislia.
Sejak dari itu semakin membuak-buaklah bencinya Noor pada budak yang bernama Rizal. Tunjuklah baik macamana sekalipun… Noor takkan berganjak dari pendiriannya. Takkan beri muka pada Rizal. Lagi-lagi Ferdi yang menjadi mangsa sikap kurang ajarnya itu. Ferdi juga telah menasihatkan Noor supaya menjauhi Rizal yang Noor sudah memaklumkan kepadanya bahawa Rizal cuba mendekati Noor. Marah betul Ferdi pada Rizal. Kalau terjadi apa-apa pada Noor yang disebabkan oleh Rizal, tahulah apa yang akan dibuatnya. Tak kiralah dia tu adik siapapun.
Setengah jam sebelum majlis berlangsung,