menulis blog sambil beramal…

Blogging October 22nd, 2008

adeh.. dah lama dah aku tak menulis kat topotato.com ni.. tangan pon dah menggeletar je nak disuruh menaip.. tapi apa kan daya.. kesibukan melanda dengan teruk sekali.. ok untuk entry kali ini aku ingin berkongsi sesuatu.. semakin hari semakin ramai yang menjadi blogger.. blogger muncul bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.. hohoho kemana-mana sahaja aku pergi pasti jumpa golongan blogger.. tapi apa gunanya kita menjadi blogger?? adakah untuk berkongsi kisah suka duka kita kepada seluruh dunia?? adakah kerana nak jadi popular?? atau adakah untuk memaki hamun sesiapa secara public?? hohoh aku pon sendiri dah semakin sesat dah.. semakin tak tahu apa tujuan aku menjadi blogger.. tapi beberapa post dari rakan-rakan blogger ni memberi impak yang besar kepada aku..

pertama sekali post dari aeropama.com yang bertajuk blog untuk amal.. apa yang syam cuba lakukan adalah.. untuk memberi sumbangan kepada mana-mana rumah kebajikan apabila menjelang 31 oktober nanti.. apa kaitan sumbangan beliau dengan blog?? dicopy secara terus dari aeropama.com…

Caranya sangat mudah. Kau hanya perlu beri komen kau di sini. Untuk setiap komen, RM 0.20 akan dimasukkan ke dalam dana derma yang akan aku berikan pada badan kebajikan yang akan aku tentukan nanti. Untuk besarkan lagi dana, kau nampak logo Youthsays di sebelah? Kau klik & daftar. Setiap duit yang aku terima hasil dari pendaftaran kau, akan aku berikan secara total pada badan kebajikan tersebut.

jadi maknanya.. setiap komen yang wujud di aeropama.com RM0.20 akan di masukkan ke badan kebajikan.. dengan kata lain kita juga boleh turut sama untuk memberi sumbangan dengan hanya meniggalkan komen di aeropama.com.. hoho selama ni aku beriya-iya komen untuk menang commentator contest.. kini tiba lah masanya aku komen untuk beramal.. untuk maklumat lanjut.. sila ajukan sendiri pada syam aeropama…

yang kedua adalah post dari adrysabry.com dimana komuniti tawau bloggers sedang mengadakan pungutan derma untuk seorang kanak-kanak yang kemalangan akibat dilanggar lori seberat 10 tan.. dan syukur kerana adik itu maih lagi hidup tetapi kini masih lagi terlantar di hospital.. jika korang nak tahu kisah lebih lanjut mengenai adik khadizah tadi.. sila la melawat blog adrysabry atau ke blog tawaubloggers sendiri.. dan jika korang tak keberatan.. sila la beri sumbangan sekadar yang termampu.. semoga sumbangan kalian dapat meringankan beban adik khadizah..

aku rasa cukup la sampai disini sahaja post aku pada kali ini.. aku teringin jugak nak menulis lebih panjang.. tapi apakan daya.. masa amat mencemburui diriku ini. sekian sahaja.. selamat beramal…

11 Responses to “menulis blog sambil beramal…”

  1. aeropama dot com says:

    dude! thanks for telling others about the effort. really appreciate it.

    hopefully there is something we as bloggers could do to change the world to a better place.
    ———-
    topo: no problemo bro.. really amazed on what you are trying to do..
    hoho adeh berbelit2 lidah aku speaking..

    [Reply]



  2. nuaeman says:

    Satu usaha yang dipuji.. Topo walau sekadar bagi informasi.. aku ada tengok juga kat blog syam dan adry. Semoga usaha kalian diberkati Allah..
    ———–
    topo: amin.. aku buat apa yang termampu je…

    [Reply]



  3. chokilala says:

    dah hujung sem ni, standard aa student.. mesti aa dah kering kan? ko taknak highlightkan ttg kesusahan aku ke? beramal la untuk aku ni gak. hehe

    btw, nice post =d>
    ———-
    topo: ko susah gak ke?? hoho ko suruh la peminat2 ko sponsor.. dapat la jugak tahan samapai hujung sem ni..

    [Reply]



  4. sora says:

    owhhh..cam tu..baek..aku p komen sekarang jugak!
    ———-
    topo: sila la.. komen banyak-banyak sket..

    [Reply]



  5. Adry Sabry says:

    Thank you for spreading the news…. that is a really nice effort from Syam… congrats…

    [Reply]



  6. |1f34|-|1r3 says:

    jangan kata org belajar jer beb…org kije pon kering ujung bulan2 camnii…haiyaaaaaaa :ehsan01:

    [Reply]



  7. Alwis says:

    Salam Topo…semoga waktu tak mencemburuimu lagi…cerialah sahabat…

    [Reply]



  8. shaxx says:

    blogging sambil beramal memang best!

    [Reply]



  9. samdaddycool says:

    .. buat pahala sekali sekala.. asyik buat duit je…. kan>?

    [Reply]



  10. Jimmy says:

    Ha ha.. blogging dah jadi satu cam satu industri pulak. Siap boleh bagi sponsorship lagi.. Keep your good work bebeh..

    [Reply]



  11. helldream says:

    bagusla. patut semua blogger wat kan? hehe..:mail01:

    [Reply]



Leave a Reply