roketkini.com

DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta
Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, beliau telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada hari ini dan memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-15 diadakan dalam tempoh masa 60 hari.

Kita telah berulang kali menyatakan pendirian bahawa pilihanraya umum tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan terdapat risiko banjir melanda negara, namun DAP menghormati keputusan yang telah dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Maka, seluruh jentera pilihanraya DAP akan diaktifkan serta merta untuk menghadapi kempen PRU15.

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam esok (Selasa) untuk membincangkan persiapan parti menghadapi PRU15.

DAP juga akan terus mendokong keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan supaya kerajaan negeri masing-masing boleh terus fokus untuk bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana berlaku.

Seluruh pimpinan dan anggota parti akan dikerahkan untuk berkempen demi memenangi mandat rakyat untuk Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15.

Pakatan Harapan mesti bangkit! – Roketkini.com

DAPSY tubuh cawangan sulung di Kelantan
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Hormat.

Hari ini merupakan suatu detik yang bersejarah berjaya dicatatkan di negeri Kelantan kerana DAPSY Malaysia berjaya menubuhkan DAPSY Gua Musang secara rasminya. DAPSY Gua Musang merupakan sayap DAP peringkat bahagian yang pertama mula bertapak di Negeri Rendah Sekebun Bunga ini.

Penubuhan DAPSY Gua Musang ini telah dirasmikan oleh YB Dr Kelvin Yii, Ketua DAPSY Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kuching. Turut hadir bersama iaitu YB Young Syefura Othman, Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan merangkap ADUN Ketari dan turut mendukung penubuhan DAPSY Gua Musang iaitu DAPSY Pahang, Melaka dan Selangor yang turut hadir memeriahkan majlis penubuhan DAPSY Gua Musang.

DAPSY Gua Musang mendukung Perlembagaan Persekutuan dan hak demokrasi berparlimen serta bersedia membawa suara masyarakat Gua Musang khususnya suara anak muda ke pentas Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri. Sudah tiba masanya Gua Musang bersuara lebih lantang demi pembangunan infrasruktur yang kondusif, peluang pekerjaan yang lebih banyak, kebajikan rakyat terbela dan hak-hak masyarakat pribumi diperjuangkan.

Menjadi harapan besar DAPSY Gua Musang, membantu anak muda menyuarakan inspirasi, cita-cita dan harapan anak bangsa untuk didengari diperingkat Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri Kelantan.

Terima kasih di atas sokongan padu rakan seperjuangan Pakatan Harapan negeri Kelantan yang turut hadir memeriahkan majlis penubuhan DAPSY Gua Musang khususnya kepimpinan Pakatan Harapan Gua Musang.

Terima kasih juga buat sahabat muda DAPSY Gua Musang memberikan amanah dan tanggungjawab kepada saya bagi mengetuai DASPY Gua Musang. Ia merupakan satu cabaran, amanah, inspirasi dan harapan dibahu saya perlu dibawa dalam perjuangan anak muda. Sudah pasti saya memerlukan sokongan anda dan pasti akan bersama-sama membawa DAPSY Gua Musang menjadi satu sayap penting dalam kepimpinan Pakatan Harapan Gua Musang mahupun Negeri Kelantan.

Dengan adanya DAPSY Gua Musang ia bukan sekadar retorik tetapi medium menerima suara-suara anak muda dan membawa inspirasi anak muda kehadapan. Tanpa meminggirkan suara veteran Gua Musang. – Roketkini.com

Halang rakyat Malaysia ke Kemboja untuk kerja sehingga sindiket dibanteras – Steven Sim
Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Mertajam  pada 3 Oktober 2022

Saya merujuk kepada berita bahawa 261 rakyat Malaysia telah berjaya diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan (job scam) di Kemboja. (https://www.bernama.com/en/news.php?id=2125271) Syabas kepada Kementerian Luar Negeri atas usaha menyelamatkan rakyat Malaysia.

Namun, kes penipuan pekerjaan kini berada di tahap krisis dan melibatkan bidang kuasa yang lebih besar daripada pihak Kementerian Luar Negeri semata-mata.

Tambahan, angka yang diuar-uarkan setakat ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah sebenar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja. Ada pihak yang mendakwa bahawa angka sebenar mangsa kalangan rakyat Malaysia telah mencecah beribu-ribu orang. Mangsa-mangsa ini bukan sahaja merupakan mangsa penculikan dan pemerdagangan orang malah laporan media menyebut bahawa mereka dipaksa untuk melakukan kegiatan penipuan terhadap orang lain.

Saya ingin mencadangkan 5 langkah segera kepada kerajaan untuk menangani krisis penipuan pekerjaan ini:

Hentikan pengambilan pekerja Malaysia ke Kemboja selagi kes penipuan pekerjaan tidak diselesaikan.

Satu moratorium harus dikenakan ke atas Kemboja di mana syarikat-syarikat yang beroperasi di Kemboja dilarang daripada mengambil pekerja Malaysia sehingga sindiket penipuan pekerjaan dibanteras sepenuhnya. Nyawa rakyat Malaysia tidak harus diperjudikan di Kemboja sekiranya kerajaan Kemboja tidak mampu memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat kita apabila berada di sana.

2. Tubuhkan satu mekanisme khas untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa serta mangsa.

Keluarga mangsa dan mangsa sendiri selalunya tidak tahu di mana dan bagaimana mereka boleh mendapatkan pertolongan. Apabila mereka membuat laporan polis, ada kalanya mereka diberitahu bahawa polis tidak mempunyai kuasa untuk bertindak di luar negara. Jika mereka berjaya melarikan diri di Kemboja, mereka selalunya tidak mempunyai dana untuk membiayai kehidupan harian sehingga dibenarkan untuk pulang ke Malaysia. Ada di kalangan mereka pula mungkin dikenakan tindakan imigresen di luar negara walaupun mereka sendiri merupakan mangsa. Justeru, satu mekanisme khas pelbagai agensi harus ditubuhkan bagi memberi sokongan kepada pihak keluarga mangsa dan mangsa bagi memastikan setiap kes dapat dilapor, disiasat, diselesaikan dengan segera agar mangsa dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.

3. Pihak polis harus mengambil tindakan terhadap agen tempatan.

Kebanyakan kes penipuan pekerjaan mempunyai agen tempatan di Malaysia yang berhubung dengan mangsa sebelum mangsa dibawa ke luar negara. Tindakan undang-undang yang paling berat harus diambil terhadap sindiket agen tempatan yang terlibat.

4. Tindakan harus diambil terhadap pengiklan pekerjaan (job advertiser) yang memaparkan iklan berupa penipuan pekerjaan.
Adakah menjadi tanggungjawab pengiklan pekerjaan sama ada individu ataupun syarikat pengiklanan untuk memastikan iklan pekerjaan yang dipaparkan adalah sah. Pengiklan penipuan pekerjaan harus dianggap sebagai terlibat sama dalam sindiket penipuan pekerjaan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

5. ASEAN harus mengambil tindakan lebih serius memerangi sindiket pemerdagangan orang.

Rantau Asia Tenggara telah disenarai hitam sebagai wilayah pemerdagangan orang. Sudah tiba masanya ASEAN mengambil langkah yang drastik dari segi penguatkuasaan undang-undang dan dasar perlindungan pekerja yang lebih tegas bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang. Perniagaan dan produk negara-negara yang terlibat termasuk Malaysia sudahpun dikenakan sekatan sebelum ini dan jika jenayah pemerdagangan orang tidak dibanteras, perniagaan dan pelaburan rantau ini akan terjejas. Justeru Malaysia harus memimpin di peringkat ASEAN bagi mewujudkan kerjasama serantau memerangi sindiket pemerdagangan orang. – Roketkini.com

Pembubaran Parlimen: DAP menjunjung dan menghormati sepenuhnya keputusan YDPA
Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada 1 Oktober 2022.

DAP membidas kenyataan media Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dikeluarkan melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 30 September yang bersifat angkuh, tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan membelakangkan kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran Parlimen.

Perenggan pertama kenyataan tersebut berbunyi;

“Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada tahun ini juga. Berdasarkan keputusan ini, YAB Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan”

Kata kunci dalam kenyataan tersebut bahawa pembubaran Parlimen mesti diadakan dalam masa terdekat dan pilihanraya diadakan pada tahun ini juga iaitu dalam tempoh masa 3 bulan berbaki seolah-olah merupakan satu pra-syarat yang telah ditetapkan oleh MKT UMNO terhadap Yang di-Pertuan Agong tanpa mengambil kira bahawa Perkara 40(1) juga perlu dibaca bersekali dengan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong seperti berikut;

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,

dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

Perkara 40(2)(b) amat jelas memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berkenaan pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum pun Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong!

Bukankah ini satu tindakan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong?

UMNO juga perlu diingatkan bahawa mereka hanya mempunyai 38 Ahli Dewan Rakyat ketika ini daripada jumlah 222 orang atau hanya 17% yang membentuk Parlimen Malaysia.

UMNO tidak boleh dibenarkan untuk bertindak sewenang-wenangnya seolah-olah mereka masih merupakan parti majoriti terbesar di Parlimen pada hari ini.

DAP akan menjunjung dan menghormati sepenuhnya keputusan KDYMM Yang di-Pertuan Agong dalam soal membubarkan Parlimen selaras dengan prinsip dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP menaruh kepercayaan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan Baginda untuk membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan rakyat dan negara. – Roketkini.com

Perang terhadap rasuah dan membudayakan integriti mesti menjadi nadi pentadbiran PH – Anthony Loke
*Ucapan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, Kongres Khas DAP 2022*

1) Selepas Kongres Kebangsaan yang diadakan 6 bulan yang lalu, kita berhimpun semula di dewan ini untuk mengadakan Kongres Khas pada hari ini. Kongres khas ini diadakan untuk satu tujuan khusus iaitu untuk meminda Perlembagaan Parti selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang melarang tindakan lompart parti.

2) Dalam tempoh 6 bulan yang lalu, 2 perkembangan yang sangat penting telah berlaku yang akan memberikan implikasi yang sangat besar kepada senario politik Malaysia khususnya dalam Pilihanraya Umum ke-15 yang akan datang.

3) Yang pertama, Parlimen Malaysia mencipta sejarah pada 28 Julai yang lalu apabila 209 Ahli Dewan Rakyat yang hadir sebulat suara menyokong usul pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk melarang Ahli Parlimen untuk melompat parti selepas dipilih atas kapasiti parti masing-masing. Ini secara efektifnya dapat mengadakan satu undang-undang anti-lompat parti yang telah diperjuangkan oleh DAP sejak tahun 1970an khasnya oleh Sdr Lim Kit Siang dan mendiang Sdr Karpal Singh.

4) Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen akhirnya dapat direalisasikan kerana tindakan pimpinan DAP dan Pakatan Harapan yang berani menggunakan kekuatan politik kita di Parlimen untuk memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pentadbiran Dato’ Seri Ismail Sabri pada 13 September 2021 untuk menstabilkan keadaan politik negara semasa kemuncak pandemik wabak Covid-19 melanda negara.

5) Dalam proses rundingan sebelum MOU itu ditandatangani, syarat yang paling penting yang diletakkan oleh pimpinan PH yang tidak boleh dikompromi atau “non-negotiable” ialah pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang akta-anti lompat parti dilaksanakan. Undang-undang ini amat penting dilaksanakan sebelum PRU-15 untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara dan kebolehpercayaan sistem pilihanraya kita.

6) Saya sedar bahawa selepas MOU itu ditandatangani, ramai ahli dan penyokong kita berasa amat bimbang malah ada yang keliru mengapa pucuk pimpinan bersetuju dengan persefahaman ini dengan pihak kerajaan? Adakah kita sudah menyokong BN dan PN? Ada pula pihak yang menuduh kita menjual prinsip seolah-olah nak dapatkan peruntukan kawasan.

7) Kejayaan pindaan Perlembangaan Persekutuan ini membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada kita adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ia juga membuktikan keputusan pimpinan tertinggi parti yang diterajui oleh Sdr Lim Guan Eng pada ketika itu adalah satu keputusan yang berani dan strategik.

8) Bayangkan sekiranya kita tidak mengambil langkah berani tersebut pada bulan September 2021, sepanjang 12 bulan yang lalu kita hanya menjadi “bystander” dalam politik Malaysia dan bukannya memainkan peranan sebagai agen perubahan walaupun DAP merupakan parti yang terbesar di Dewan Rakyat sekarang dengan 42 kerusi.

9) Proses yang telah kita lalui ini akan menjadi pedoman kepada saya untuk terus  memacu hala tuju parti dengan pemikiran yang strategik, pendekatan yang fleksibel dan keputusan yang inklusif.

10) Sebelum kita memasuki gelanggang PRU15, marilah kita menghayati satu taktik perlawanan yang diilhamkan oleh seorang lagenda kungfu iaitu Bruce Lee. Bruce Lee pernah kata “Be Water, My Friend. Empty your mind. Be formless, shapeless, like water. You put water into a cup, it becomes the cup, you put water into a bottle, it becomes the bottle, you put into a teapot, it becomes the teapot. Now water can flow or it can crash. Be water, my friend”.

11) Ia membawa maksud bahawa kita tidak boleh terperangkap dalam paradigma yang lama dalam pendekatan dan strategi politik kita. Kita mesti berani untuk membuat perubahan mengikut keperluan semasa dan mengorak langkah yang strategik demi mencapai matlamat perjuangan parti.

12) Namun begitu, saya ingin memberi jaminan kepada semua ahli dan penyokong DAP bahawa apapun pendekatan dan strategi yang bakal diambil, saya selaku Setiausaha Agung parti tidak akan sesekali melupakan asas dan prinsip perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi, keadilan, kebebasan, budaya integriti dan pentadbiran baik (good governance).

13) DAP bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan mesti bertekad untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya yang meluhurkan Perlembagaan Persekutuan dengan berpaksikan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan pada masa yang sama, menjamin dan menghormati kemajmukan dan kepelbagaian di kalangan rakyat Malaysia dari segi agama, kaum, bahasa dan budaya.

14) Dalam soal menghormati kemajmukan dan kepelbagaian, kita mesti mengambil contoh yang terbaik daripada pengalaman di wilayah Sabah dan Sarawak. Kedua-dua wilayah ini merupakan manifestasi semangat rakyat Malaysia yang terbaik yang patut diteladani di Semenanjung. Pada masa yang sama, aspirasi rakyat di wilayah Sabah dan Sarawak untuk memperjuangkan lebih banyak autonomi pentadbiran demi memelihara keunikan kehidupan masyarakat tempatan perlu dihormati dan direalisasikan.

15) Kita mesti memartabatkan semangat “perpaduan dalam kepelbagaian” atau “unity in diversity”. Kita mesti menyakinkan rakyat bahawa kepelbagaian di kalangan masyarakat kita bukanlah satu penghalang kepada perpaduan tetapi  merupakan aset terbesar untuk negara kita untuk maju ke hadapan secara bersama.

16) Kita mengejar kuasa bukan demi jawatan atau memperkayakan diri tetapi kuasa politik diperlukan untuk melaksanakan apa yang kita perjuangkan selama ini seperti pepatah “Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata”. Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan mesti berazam untuk menganggotai pentadbiran negara demi menyumbang kepada reformasi institusi untuk membudayakan integriti dalam kerajaan, membantu menyediakan persekitaran ekonomi yang menjana peluang pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia, melaksanakan dasar untuk memerangi kesan perubahan iklim, meningkatkan mutu sistem pendidikan negara untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing, memperbaiki sistem pengangkutan awam ke arah yang lebih efisyen dan banyak lagi cabaran yang bakal dihadapi oleh rakyat dan negara dalam dekad yang akan datang.

17)  Pendek kata, kita ingin menjadi penyumbang kepada proses pembinaan negara atau nation building. We want to be “nation-builder”, not as “slogan cheerleader”.

18)  Perkara kedua yang memberikan kesan yang besar kepada lanskap politik ialah keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib. Pemenjaraan Najib merupakan manifestasi makna perubahan bersejarah pada 9 Mei 2018. Sekiranya Pakatan Harapan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU14, Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri sampai hari ini dan bukannya merengkuk di Penjara Kajang menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah rasuah besar yang dilakukan.

19) Apa yang berlaku ke atas Najib mesti menjadi pengajaran kepada semua pemimpin politik termasuk diri kita supaya jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan memecahkan amanah yang diberikan oleh rakyat.

20)  Beberapa hari yang lalu, DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa amalan rasuah di negara ini telah sampai ke tahap yang membahayakan dan menjadi penyakit barah dalam masyarakat kita sehingga membantutkan pertumbuhan ekonomi dan membawa pelbagai kesan yang amat buruk kepada kehidupan rakyat.

21) DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan mesti menyahut titah Baginda Sultan Perak dengan menjadikan perang terhadap rasuah sebagai misi dan agenda utama perjuangan politik kita untuk memenangi PRU15 dan menerajui tampuk pemerintahan negara.

22) Perang terhadap rasuah dan membudayakan integriti di kalangan rakyat Malaysia mesti menjadi nadi pentadbiran Pakatan Harapan.

23) Tidak seperti sebuah parti yang lain, DAP menentang rasuah tanpa mengira latarbelakang kaum dan agama. Kita benci kepada perasuah tak kira mereka bernama Najib ataupun Jho Low. Yang menerima atau yang memberi sama-sama salah lebih-lebih lagi yang menjadi “mastermind”.

24)  Perhimpunan perwakilan peringkat kebangsaan pada hari ini merupakan yang terakhir sebelum PRU15. Sebentar nanti, saya akan menyerahkan bendera parti kepada setiap Pengerusi Negeri sebagai simbolik pelancaran persediaan jentera pilihanraya DAP di seluruh negara. Saya yakin semua jawatankuasa negeri sedang rancak membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.

25)  Bagi pihak parti, saya ingin mengulangi pendirian kita bahawa DAP tetap komited terhadap Pakatan Harapan dan kita akan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan. Kita mengangkat semangat, dasar dan kepimpinan Pakatan Harapan untuk menuju ke Putrajaya.

26) Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memutuskan bahawa semua parti komponen akan menggunakan logo bersama. Saya amat yakin soal logo ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

27) Dalam soal pengagihan kerusi, rundingan sedang rancak diadakan setiap minggu dan disasarkan untuk diselesaikan secepat mungkin. Dalam proses rundingan ini, mesti ada semangat “give and take” dan faktor kebolehmenangan atau winnability perlu diambil kira. Seperti nasihat orang tua-tua, “yang meminta janganlah tamak, yang memberi janganlah kedekut”.

28)  Dalam mengorak strategi untuk calon-calon DAP pula, saya tidak akan lupa kepada peranan DAPSY dan Wanita. Peluang sudah tentu akan diberikan kepada calon-calon muda yang menjadi pelapis kepada kepimpinan parti terutamanya di peringkat kerusi DUN.

29) Kita amat bangga dengan prestasi dan kebolehan pemimpin Wanita kita sama ada di peringkat Parlimen ataupun negeri. Percayalah, wanita dalam DAP akan terus diperkasakan dan memainkan peranan kepimpinan yang penting untuk memacu kejayaan DAP.

30) Saya mengajak seluruh keanggotaan DAP untuk bangkit berjuang bersungguh-sungguh dalam PRU15 untuk membina sebuah Malaysia yang progresif, berintegriti, menghormati kemajmukan dan mengembalikan kewibawaan negara di persada antarabangsa. – Roketkini.com

Wanita BN tak faham cabaran sebenar yang dihadapi golongan wanita – Shu Qi
Kenyataan Media Ahli Parlimen Kluang merangkap Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangasaan DAP, Wong Shu Qi pada 23 September 2022 (Jumaat):

Wanita Barisan Nasional (BN) telah mencadangkan penubuhan sebuah universiti awam khusus buat wanita sebagai tawaran manifesto BN. Malangnya, sebuah universiti awam wanita langsung tidak menyelesaikan masalah malah menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak faham cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita.

Enrolmen pelajar perempuan di universiti awam melebihi pelajar lelaki sejak 10 tahun lalu atau lebih awal lagi. Menurut kajian Penang Insititute pada tahun 2016[1], Indeks Kesaksaman Jantina (Gender Parity Index, GPI) bagi semua universiti awam Malaysia adalah 1.71 pada tahun 2013. Ini bermakna kita mempunyai 1.71 orang pelajar perempuan berbanding dengan setiap orang pelajar lelaki di universiti.

Pada tahun 2017, peratusan pelajar perempuan kekal pada 63.5% maka lelaki pula hanya 36.5% bagi semua universiti awam[2]. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad melaporkan bahawa 61% pelajar di universiti awam sekarang adalah perempuan. Jelas, golongan wanita tidak menghadapi masalah untuk masuk ke universiti.

Sebaliknya, masalah yang dihadapi oleh golongan wanita adalah peluang kerjaya dan cabaran tanggungjawab dalam keluarga selepas mereka tamat pendidikan tinggi. Kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh pada tahun 2020 adalah 55.3% sahaja berbanding dengan kadar penyertaan lelaki pada 80.6%. Justeru, masalah pokok di sini adalah, sebahagian besar wanita tidak mengambil bahagian dalam pasaran buruh selepas mereka tamat pengajian.

Gambaran situasi menjadi lebih jelas sekiranya kita meneliti kadar penyertaan wanita dan lelaki mengikut kumpulan umur. Wanita yang paling aktif dalam pasaran buruh adalah mereka dalam kumpulan umur 20 – 24 tahun, iaitu 76.1%. Namun begitu, kadar penyertaan wanita mula menyusut pada kumpulan umur 25 ke atas. Pada masa yang sama, kadar penyertaan lelaki dalam pasaran buruh mencapai 98% bagi golongan umur 35 – 39 ketika kadar penyertaan perempuan turun kepada 68.1%.

Kadar penyertaan dalam pasaran buruh mengikut kumpulan umur (tahun 2020)[3]

Umur

Wanita

Lelaki

15–64

55.3

80.6

15–19

13.1

25.8

20-24

55

71.8

25–29

76.1

94

30–34

72.5

97.4

35–39

68.1

98

40–44

66.4

97

45–49

62.7

95.9

50–54

56.3

92.7

55–59

40.9

80.7

60–64

23.1

55.3

Malah, Malaysia menduduki kedudukan ke-103 dalam Indeks Jurang Jantina 2022 antara 146 negara yang diukur oleh Forum Ekonomi Dunia. Kita hanya 3 tempat lebih tinggi daripada Myanmar. Negara jiran lain seperti Indonesia dan Kemboja menduduki tempat ke-92 dan 98 masing-masing.

Masalah di depan mata kita adalah, lebih ramai lelaki aktif dalam pasaran buruh tetapi pelajar lelaki mempunyai enrolmen yang rendah di universiti awam. Sebaliknya, ramai perempuan memasuki universiti awam tetapi tidak sambung kerja selepas umur 25 ke atas.

Cadangan penubuhan sebuah universiti awam wanita langsung tidak menyelesaikan masalah tersebut.

Cadangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ketidakpadanan ataupun “mismatch” ini adalah mempergiatkan TVET supaya lebih ramai pelajar lelaki menerima latihan sehingga peringkat yang tertinggi agar kemahiran tenaga kerja lelaki kita dapat dipertingkatkan. Kedua, kerajaan harus menyediakan mekanisme dan jaringan sokongan yang lebih baik supaya wanita boleh terus mengejar impian mereka dalam kerjaya. Sekiranya kita mempunyai jaringan sokongan yang kuat, ramai wanita akan terus mengambil bahagian dalam sektor pekerjaan. – Roketkini.com

Jangan susahkan penjawat awam demi seorang banduan VIP – Syahredzan
Kenyataan media Syahredzan Johan, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, pada 22 September 2022

1.            Selepas drama melibatkan penghinaan dan serangan terhadap penjawat awam di dalam badan kehakiman, Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan atas jenayah pecah amanah dan rasuah nampaknya terus menyusahkan penjawat awam. Beberapa dakwaan layanan istimewa untuk bekas Perdana Menteri tersebut kini timbul dan tular, melibatkan penjawat awam yang berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.            Terdapat dakwaan bahawa tekanan diberikan kepada Jabatan Penjara dalam memberikan layanan istimewa kepada Datuk Seri Najib Razak yang melibatkan pengubahsuaian ruang penjara hanya kerana statusnya sebagai VIP. Kakitangan awam di Kementerian Kesihatan pula dibabitkan dalam menguruskan isu kesihatan beliau dan terdapat dakwaan mengenai rancangan untuk meletakkan bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan VIP.

3.            Kerajaan juga perlu menjawab dakwaan campur tangan pihak Kerajaan dalam pengendalian urusan kesihatan yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak. Terdapat dakwaan bahawa arahan terus daripada pihak tertinggi kepada penjawat awam bagi memastikan layanan istimewa dapat diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sepanjang 12 tahun menjalani hukuman penjara.

4.            Menteri Dalam Negeri juga perlu tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan peruntukan RM3.5 juta termasuklah RM50 ribu bagi mengubahsuai bilik penjara untuk Datuk Seri Najib di penjara Kajang. Peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk pembaikan dan ubahsuai penjara dalam Belanjawan 2022 hanya sekadar RM12.4 juta. Maka, sekiranya benar, bagaimana boleh RM3.5 juta digunakan hanya untuk seorang banduan di satu penjara sahaja? Peruntukan sebesar ini sepatutnya digunakan untuk menaik taraf secara keseluruhan penjara-penjara di seluruh Malaysia.

5.            Pihak berkuasa sememangnya patut memastikan mana-mana banduan yang menjalani hukuman mereka di penjara diberikan layanan yang adil dan baik. Tetapi layanan istimewa yang melampaui norma biasa dan tekanan luar biasa yang diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan banduan hanya demi keselesaan seorang banduan VIP, sekiranya benar, adalah amat tidak wajar.

6.            Jika dakwaan-dakwaan ini tidak dijawab dengan memuaskan, ia akan menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi yang berkaitan serta memberi kesan kepada morale penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab mereka. – Roketkini.com

PAS cuba alih perhatian skandal rasuah mereka dengan menggunakan retorik kaum dan agama
Kenyataan media Steven Sim Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Pemimpin-pemimpin PAS seperti Presiden parti Abdul Hadi Awang dan AJK PAS pusat Mohamad Zuhdi Marsuki telah mengaitkan isu rasuah dengan kaum dan agama. Presiden PAS memulakan retorik ini dengan mendakwa bahawa orang bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca kepada masalah rasuah di Malaysia. Dakwaan yang menyeleweng dan penuh dengan retorik kaum dan agama ini kemudian bukannya ditolak malah disambut oleh pemimpin PAS seperti Zuhdi yang memetik kajian yang meragukan dengan menyatakan 88% pemberi rasuah adalah orang bukan Melayu.

Ini bukan sahaja pemikiran yang rasis malah tidak membantu sama sekali dalam usaha melawan rasuah kerana gejala rasuah tidak mengenal warna kulit tetapi hanya mengenal warna duit.

Isu rasuah bukan soal kaum mahupun agama, tetapi soal sistem yang tidak adil dan tidak telus. Bila ada sistem sebegini, maka penguasa akan menyalahgunakan kuasa demi nafsu sendiri sekaligus mewujudkan budaya rasuah.

Jelas PAS kini menggunakan racun perkauman untuk mengalih perhatian daripada 5 skandal rasuah yang melibatkan PAS:

1. PAS telah gagal menjelaskan dakwaan Clare Rewcastle-Brown bahawa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO dan bahawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah membayar RM1.4 juta kepada Clare selepas menyelesaikan kes saman fitnah tentang dakwaan sogokan RM90 juta tersebut di luar mahkamah.

2. PAS mempunyai sejarah melindungi jenayah rasuah apabila pemimpin-pemimpin PAS menyatakan mereka berpuas hati dengan penjelasan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda mengenai skandal rasuah 1MDB yang merupakan skandal rasuah berskala antarabangsa.

3. PAS telah mengadakan kerjasama politik dan bersekongkol dengan kleptokrat Najib Razak yang telah disabitkan kesalahan pecah amanah dan telah dipenjarakan selama 12 tahun. Zuhdi sendiri mengakui bahawa dia yakin Najib tidak bersalah walaupun setelah keputusan dibuat di Mahkamah Persekutuan.

4. PAS bersekongkol dengan Muhyiddin Yassin yang telah dirakam perbualan “Scheme of Things” menawarkan rasuah kepada katak politik untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap, mengikut istilah Abdul Hadi Awang sendiri.

5. PAS kini terpalit dengan kegagalan kerajaan Ismail Sabri mendedahkan sepenuhnya dan mengambil tindakan terhadap skandal RM6 bilion kapal LCS yang digambarkan oleh Transparency International semacam 1MDB.

Jangan sesekali PAS ingat mereka dapat menyucikan diri daripada rasuah kerana sokongan dan toleransi mereka kepada pemimpin dan sekutu politik mereka yang rasuah telah menyebabkan rasuah semakin membarah di negara ini yang terbukti dengan penurunan kedudukan Indeks Persepsi Rasuah ketika PAS menjadi kerajaan. Rasuah bukan sekadar melibatkan pemberi dan penerima malah mereka yang membuka jalan dan membenarkan rasuah itu berlaku. – Roketkini.com

Skandal kapal perang: Kerajaan jangan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga
Kenyataan Media Bersama mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada 6 September 2022.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan wajib melengkapkan proses siasatan terhadap skandal kapal tempur pesisir (LCS) dan mencari jalan penyelesaian bagi projek sakit ini.

Perhatian rakyat tertumpu kepada isu ini selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diumumkan pada 4 Ogos 2022 kerana ia membabitkan persoalan keselamatan negara.

Pada 10 Ogos 2022, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menyahklasifikasikan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan LCS. Dokumen penuh disiarkan secara umum pada 17 Ogos 2022. Penemuan siasatan menunjukkan beberapa red flags yang tidak dikesan, dibetulkan atau dihentikan oleh pihak berkuasa ketika projek LCS diluluskan.

JKSTUPKK yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang ditubuhkan selepas Jemaah Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat pada 30 Mei 2018 mencapai persetujuan untuk melakukan siasatan terhadap tadbir urus, perolehan dan kewangan di pelbagai kementerian. Ini merupakan inisiatif Mohamad Sabu selaku mantan Menteri Pertahanan dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Berikut adalah rumusan JKSTUPKK berhubung dengan  kelemahan perancangan projek tersebut:

1. Kaedah perolehan secara vendor-driven

Sejak mula lagi, projek pembinaan LCS merupakan projek vendor-driven yang diberikan secara rundingan terus kepada Boustead Naval Shipyard (BNS). Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima cadangan BNS untuk menukarkan reka bentuk dari sistem SIGMA kepada sistem GOWIND tanpa sebarang perundingan terdahulu dengan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia selaku pengguna (end user). Keputusan ini bertentangan dengan pendirian TLDM yang memilih reka bentuk SIGMA.

Segala keputusan berhubung dengan projek LCS diambil tanpa mengambil kira pandangan end user dan sebaliknya ditentukan oleh kontraktor yang hanya berniat untuk mengaut keuntungan.

2. Tiada usaha wajar (due diligence) dilakukan terhadap syarikat BNS

Kementerian Kewangan telah meluluskan wang pendahuluan sejumlah RM 1.365 billion yang bersamaan dengan 14.95% daripada nilai kontrak RM 9.128 bilion kepada BNS. Selain itu, Kementerian Kewangan juga telah memberi pengecualian bagi jaminan bank sebanyak RM 836.9 juta bagi wang pendahuluan yang diluluskan.

Kedua-dua ini adalah di luar kebiasaan daripada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan PK4 – Pentadbiran Kontrak Perolehan Kerajaan Secara Am yang menetapkan had maksimum wang pendahuluan yang dibenarkan adalah 25% dari kos projek atau RM 10 juta mengikut mana yang rendah.

Pemberian projek kepada sebuah syarikat dengan kekuatan kewangan yang terhad bermakna projek ini ditakdirkan untuk gagal dan perlukan bailout daripada pihak kerajaan.

3. Prestasi kewangan BNS yang lemah

Analisis yang dibuat oleh JKSTUPKK bagi tempoh tahun 2014 hingga 2018 mendapati syarikat ini mengalami kerugian tiga daripada lima tahun tersebut. Kerugian terkumpul BNS didapati meningkat jumlah RM 462 juta pada tahun 2018 sehingga menjejaskan ekuiti syarikat kepada negatif RM 332 juta (saham berbayar RM 130 juta).

Sehingga 31 Mei 2019, kedudukan keseluruhan pemiutang (creditors) BNS berjumlah RM 801.11 juta dengan pemiutang (creditors) projek LCS berjumlah RM 733.55 juta.

4. Syarikat BNS dibebani pinjaman yang tinggi

Syarikat BNS tentunya akan menghadapi kesukaran dan ketidakupayaan untuk membayar faedah dan hutang sekiranya keadaan kewangan syarikat tersebut kekal lemah. Sehingga 31 Mei 2019, pinjaman BNS telah mencapai jumlah RM 956.85 juta yang terdiri daripada sebanyak RM 354.96 juta hutang jangka pendek dan RM 601.89 juta pinjaman jangka panjang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan perlu memberi keterangan dan penjelasan terhadap isu-isu di atas agar rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku dalam skandal LCS. Kementerian Pertahanan dan kerajaan tidak boleh bersikap seperti semua masalah akan hilang sendiri tanpa tindakan lanjut daripada pihak berkuasa. – Roketkini.com

Laporan polis atas kenyataan fitnah Hadi Awang
Kenyataan Media Sheikh Umar Ali, Ahli CEC merangkap Naib Pengerusi DAP Johor pada 5 September 2022.

Pagi ini kami dari Pakatan Harapan telah membuat laporan polis supaya satu siasatan dibuat terhadap Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berikutan artikel beliau di Harakahdaily pada 1 September lalu. Laporan polis telah dibuat di IPD Dang Wangi 11 pagi tadi.

Artikel tersebut ada menuduh Pakatan Harapan dikelilingi pemberi rasuah sepanjang tempoh pemerintahannya. Ini ialah satu kenyataan berbaur fitnah jahat oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ulamak suci.

Lebih dari itu, kenyataan sebegini kami anggap sebagai suatu hasutan yang boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Lebih2 lagi apabila Hadi cenderung dengan mudahnya mengaitkan rasuah dengan kaum2 tertentu di negara kita. Ia boleh mengundang permusuhan serta kebencian antara rakyat.

Pada masa yang sama, kami anggap kenyataan Hadi ibarat ‘ayam berkokok sedangkan ekor bergelumang tahi’ kerana usul muktamar PAS yang berakhir semalam sendiri telah bersetuju dalam usaha kerjasama dengan UMNO yang pemimpinnya disabit dan dipalit dengan pelbagai isu rasuah serta salahguna kuasa.

Kami memohon agar Hadi dan juga Harakahdaily disiasat segera atas kenyataan serta penyiaran artikel bersifat fitnah ini.

Turut sama hadir pada pagi tadi ialah YB Dato Mahfuz Omar Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Hannah Yeoh Hannah Yeoh Ahli Parlimen Segambut, YB Sani Hamzan Sany Hamzan ADUN Taman Templer dan para anggota parti Pakatan Harapan. – Roketkini.com